You are on page 1of 7

Pengenalan

Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap
pasangan suami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam,
adalah dipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing,
justeru itu setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini,
masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak
turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan
selepas lahir.

Sewaktu Mengandung

Melenggang Perut

Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara
Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian.
Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika
kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh
seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa
wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam
perut.

Peralatan untuk upacara ini termasuk

Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan


Segantang beras
Sebiji kelapa
Beberapa urat benang mentah
Damar
Minyak kelapa atau minyak urut
Lilin
Tepak sirih yang lengkap isinya
Pengeras sebanyak RM1.25

Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita
hamil tadi. Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur.

Seterusnya adat mandi sintuk limau dan air


buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan di
kain basahan iaitu di bahagian perutnya dan
sebuah cermin kecil dibawa bersama. Wanita
itu didudukkan di atas kerusi di mana pada
kaki kerusi itu ditambat seekor ayam.
Kemudian air buyung dijiruskan ke badannya
manakala telur tadi dilepaskan atau
dijatuhkan dengan kepercayaan ia akan
memudahkan wanita tadi bersalin.
Upacara Adat Melenggang Perut
Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak
yang bakal lahir nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai
bidan akan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di
atas sehelai yang lain. Ibu yang hamil dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut.
Bidan akan mengurut ibu yang yang hamil dengan menggunakan minyak kelapa atau
minyak urut. Bidan mengambil buah kelapa yang telah dibersihkan lalu
menggulingkannya perlahan-lahan di atas perut terus ke hujung kakinya sebanyak
tujuh kali. Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan matanya ke
atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika sebaliknya.
Akhirnya bidan akan melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita
hamil itu. Mengikut adatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan
beserta dengan peralatan upacara tadi. Lazimnya pada hari tersebut, kenduri doa
selamat akan diadakan dan ibu yang menjalani upacara ini dipakaikan dengan
pakaian baru. Adalah dipercayai adat ini mengandungi unsur-unsur budaya Hindu.

Sewaktu Bersalin

Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga
berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan
bulan sepuluh hari. Tetapi adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga
sepuluh hingga dua belas bulan yang dipanggil bunting kerbau. Mengikut
kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah dan
kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah wanita yang
hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Di samping itu
juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiran
ini.

Potong Tali Pusat

Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu
disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan,
tali pusatnya akan dipotong dengan menggunakan sembilu
buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit.
Di sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan
cincin emas. Baki tali pusat di perut bayi akan dibubuh
kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yang
telah dilayukan di atas bara api sehinggalah tali pusat itu
tanggal sendiri.

Azan/Qamat

Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua


belah telinganya manakala bayi perempuan akan
diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan
Bayi yang baru lahir
melakukan upacara ini. Ia bukanlah satu adat, sebaliknya diazankan/diqamatkan
lebih merupakan amalan berunsur keagamaan.
Membelah Mulut

Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat
dalam agama Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. Upacara
bermula dengan membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Ia diikuti dengan
langkah mencecap atau merasakan sedikit air madu atau kurma dan ada juga yang
menggunakan emas yang dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru
lahir tersebut. Sewaktu menjalankan upacara ini, jampi mentera dibacakan. Namun
demikian, adat ini sudah tidak diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu hari ini.

Berpantang

Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa
berpantang yang bermaksud larangan. Sekiranya wanita tersebut melanggar
pantang, mereka akan mengalami bentan atau sakit sampingan. Tempoh berpantang
lazimnya berlangsung selama empat puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin
dan ada juga yang berpantang selama seratus hari.

Dalam tempoh ini wanita tersebut dilarang dari


makan sebarang makanan mengikut kehendaknya
atau berbuat apa-apa kerja yang memerlukan
banyak pergerakan. Antara makanan yang dilarang
keras ialah yang boleh mengakibatkan kegatalan
diseluruh anggota badan seperti udang, kerang,
ketam dan ikan pari serta memakan ikan yang
mempunyai sengat seperti ikan keli, sembilang dan
baung kerana ia boleh menyebabkan bisa-bisa pada
badan. Sebaliknya mereka digalakkan memakan
Ramuan asli untuk nasi dengan ikan haruan yang dibakar atau direbus
wanita lepas bersalin
dan dibenarkan minum air suam atau susu.

Selama berpantang mereka diberi makan ubat-ubat


tradisi dan bertungku. Bertungku dipercayai dapat
membantu perut wanita bersalin kembali normal.
Biasanya tungku diperbuat dari batu yang
dipanaskan di atas bara. Kemudian tungku itu
dibalut dengan kain yang dilapik dengan beberapa
helai daun yang tebal seperti daun lengkuas yang
dipercayai dapat mengimbangi kepanasan tungku di
samping berfungsi sebagai ubat. Tungku akan
dituam pada bahagian perut dan bahagian lain
Bengkung
bertujuan untuk mengatasi masalah kesakitan
selepas bersalin. Selesai bertungku, si ibu akan
menyapu perutnya dengan air limau yang dicampur dengan kapur sebelum memakai
bengkung. Amalan berbengkung ini bertujuan untuk mengatasi perut buncit atau
pinggul yang turun selepas bersalin di samping memberi keselesaan kepada wanita
selepas bersalin.

Selepas lahir
Selepas kelahiran terdapat beberapa adat tertentu yang dijalankan.

Tanggal Pusat/Cuci Lantai

Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada
ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil
adat naik buai kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh
dibuaikan dan akan tidur disamping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada
hari Isnin atau Khamis.

Bahan-bahan yang digunakan untuk adat cuci lantai.

Nasi kunyit dan lauk-lauk


Seekor ayam hidup
Paku, buah keras, asam, garam dan sirih pinang
Hadiah untuk bidan sepersalinan pakaian

Kenduri doa selamat akan diadakan pada


permulaan adat ini. Selepas itu bidan akan
memulakan jampi serapahnya sambil memegang
ayam dengan cara mengais-ngaiskan kaki ayam ke
atas lantai tempat wanita itu bersalin. Seterusnya
lantai itu akan dibersihkan. Mak bidan akan
menjalankan keseluruhan upacara ini. Sebelum itu,
si ibu dan si bayi akan dimandikan, diurut dan
dibedak. Selesai upacara tersebut, bahan yang
digunakan tadi beserta sedikit wang akan
dihadiahkan kepada bidan tersebut.
Upacara cuci lantai

Memberi Nama

Mengikut ajaran Islam, adalah sunat memberi nama yang mempunyai maksud yang
baik kepada bayi. Kebiasaannya jika bayi itu lelaki, nama akan diberi mengikut nama
para nabi manakala untuk bayi perempuan, nama isteri-isteri atau anak-anak nabi
akan dipilih.

Cukur Rambut/ Potong Jambul

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat
potong jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut.

Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan.

Sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras
kunyit dan bertih.

Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok


siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air
sejuk. Kemudian kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil. Biasanya kelapa itu
dihias, umpamanya dengan melilitkan rantai emas atau perak di kelillingnya.
Pada hari itu, bayi dipakaikan dengan pakaian
cantik dan diletakkan di atas talam yang dialas
dengan tilam kecil atau didukung oleh bapa
atau datuknya. Si bayi seterusnya dibawa ke
tengah majlis dan disambut oleh hadirin lelaki
sambil berselawat. Si bayi akan ditepung tawar
serta ditabur beras kunyit dan bertih. Para
hadirin secara bergilir-gilir akan menggunting
sedikit rambut bayi tersebut dan dimasukkan ke
dalam kelapa tadi. Bilangan orang yang
Alatan potong jambul
menggunting rambut bayi tersebut hendaklah
dalam bilangan yang ganjil, iaitu tiga, lima,
tujuh dan seterusnya. Setelah selesai pihak lelaki menjalankan acara menggunting,
pihak perempuan pula mengambil alih. Setelah selesai kedua-dua pihak menjalankan
adat bercukur barulah kepala bayi tersebut dicukur sepenuhnya oleh bidan atau
sesiapa sahaja yang boleh melakukannya. Kesemua rambut yang dicukur akan
dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman
rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati
masa anak itu dilahirkan.

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan


akikah turut diadakan. Dari segi syarak,
akikah membawa pengertian menyembelih
ternakan pada hari ke tujuh selepas anak
dilahirkan. Orang Islam yang
berkemampuan disunatkan menyembelih
ternakan seperti kambing, lembu atau
kerbau sebagai akikah anak yang baru lahir.
Seorang anak disunatkan berakikah sekali
sahaja seumur hidup. Terdapat syarat-
syarat tertentu dalam memilih haiwan
Upacara potong jambul
untuk akikah dan jumlah ternakan untuk
akikah juga berbeza mengikut jantina bayi. Bagi bayi lelaki akikahnya ialah dua ekor
kambing dan seekor kambing bagi bayi perempuan. Antara hikmah akikah adalah
sebagai permulaan kebajikan dan kebaikan bagi pihak bayi tersebut. Akikah sunat
dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat
mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari
yang lain.

Naik Buai

Adat ini merupakan satu-satunya majlis yang masih


diamalkan dan mendapat sambutan di kalangan
masyarakat Melayu hari ini. Upacara ini dilangsungkan
dalam suasana penuh meriah terutama sekali jika
sesebuah keluarga itu baru mendapat anak atau cucu
sulung.
Bayi dikelilingi ibu bapa dan
saudara mara
Semasa upacara ini dijalankan bayi tersebut akan
diletakkan di dalam buaian yang menggunakan kain
songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-
bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian
dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara
berlangsung. Ketika itu juga, nazam atau marhaban
akan dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita.
Seterusnya bunga telur dan bunga rampai akan
dihadiahkan kepada kumpulan ini. Pada hari ini,
masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak
dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut.

Bayi diletakkan di dalam buaian


Naik Buai
yang dihias indah Marhaban
Potong Jambu
Berendoi

Jejak Tanah/Turun Tanah

Di sesetengah tempat, adat ini juga dipanggil adat memijak tanah. Ia sebagai
meraikan anak yang baru pandai berjalan. Turun tanah bermakna seorang anak kecil
dilepaskan untuk memijak tanah sebagai lambang meneruskan kehidupannya. Adat
ini dijalankan secara berbeza-beza dari satu tempat dengan tempat yang lain baik
dari segi cara mahupun barangan yang digunakan.

Lazimnya kenduri doa selamat


diadakan untuk mengiringi upacara
ini. Selepas kenduri selesai, tikar
dibentang di hadapan tangga sebagai
alas kanak-kanak berkenaan berjalan.
Di atas tikar disediakan beberapa
dulang yang berisi pelbagai jenis
barang, termasuk makanan dan Upacara jejak tanah
minuman. Antara barangan yang
diletakkan di dalam dulang itu ialah cermin, sikat, jam tangan, gelang, cincin, rantai,
bedak, kain, kasut, gunting, bubur, air sejuk dan wang. Lazimnya jumlah barangan
yang diletakkan adalah ganjil. Kanak-kanak tersebut akan dibiarkan bergerak
memilih barang tersebut dan dihadkan mengambil tiga barangan sahaja.

Menurut kepercayaan orang Melayu juga, adat ini


dilakukan untuk meramal masa depan kanak-
kanak itu berdasarkan barangan yang diambil.
Umpamanya jika kanak-kanak itu mengambil
gunting, kelak dia kuat bekerja atau pandai
membuat kerja tangan. Adat ini juga boleh
dilakukan secara sederhana iaitu dengan
memijakkan kaki kanak-kanak itu ke piring-
piring kecil yang berisi dengan padi, beras, tanah
dan beberapa jenis daun yang telah dijampi oleh
mak bidan. Seterusnya bayi itu dijejakkan ke
tanah dan doa dibaca.
Upacara jejak tanah
Bersunat / Berkhatan

Adat bersunat bagi bayi perempuan


lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih
kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan.
Namun demikian, kebanyakan kanak-
kanak perempuan akan menjalani upacara
ini sekurang-kurangnya ketika berumur
setahun atau lebih. Adat ini akan
dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak
lelaki, mereka akan menjalani adat
bersunat atau juga dipanggil berkhatan
ketika umur mereka dalam lingkungan 8 Kanak-kanak mandi untuk berkhatan

hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan


dijalankan oleh Tok Mudim. Di dalam ajaran Islam, bersunat atau berkhatan adalah
wajib kerana Islam menitikberatkan kesucian lahir dan batin. Di samping itu juga,ia
baik dari segi kesihatan. Majlis bersunat kanak-kanak perempuan tidak semeriah
majlis berkhatan kanak-kanak lelaki dan ada juga yang menjalankannya serentak
dengan majlis perkahwinan.

You might also like