You are on page 1of 5

NISBAH BANCUHAN KONKRIT Bancuhan konkrit biasanya menjadi masalah bagi projek2 kecil...

kerana biasanya projek2 kecil ini membuat bancuhan di tapak.... masalhnya berapakah nisbah bancuhan yg sebenar??

Dalam Internet pn sebenarnya susah jgk nk cari, sebab bnyknya memberikan kaedah pengiraan dan bukannya bancuhan sebenar.... Saya sendiri pernah berdepan dgn masalah di mana ada kontraktor berapakah bancuhan yg dibenarkan oleh JKR utk gred yg tertentu... masalahnya berpunca apabila kontraktor tidak mahu mengambil bekalan konkrit dari luar... ini kerana bekalan konkrit yg diperlukan adalah sedikit dan jauh dari tapak... maka penyelesaiannya adalah bancuhan sendiri.. namun bagaimana?? apakah nisbahnya??

Setiap rekaan bancuhan konkrit adalah berbeza2 mengikut bahan2nya... agak susah untuk mengikut sebijik2 mcm dlm design mix yg diberikan oleh loji bancuhan kerana mereka menggunakan bahan kimia...sbg campuran.

Sya berikan kat sini nisbah bancuhan utk setiap gred, namun harus diingat... SETIAP BANCUHAN PERLULAH DIUJI DGN UJIAN MAMPATAN SEBELUM DILULUSKAN....

untuk G7.5 = 1 : 3 : 6 (Simen : Pasir : Batu) untuk G20 = 1 : 2 : 4 untuk G25 = 1 : 1.5 : 3 untuk G30 = 1 : 1 : 2

Bagaimana nk menggunakan nisbah ni... Nisbah ini hendaklah digunakan mengikut BERAT, diulang BERAT bukannya ISIPADU..

Ada satu lagi bahan paling utama dalam simen yg saya tertinggal, air... mcmn nk kira bancuhan air??

Kalau permukaan konkrit tu tertutup/dlm bangunan dan dia pn bukanlah tanggung beban yg kuat sgt gunakan nisbah air:simen 0.65.

Kalau permukaan konkrit tu terdedah kepada hujan panas/dia digunakan utk tanggung beban gunakan 0.55.

Kalau permukaannya terdedah secara langsung kpd air/ terendam, spt contoh konkrit dlm sungai/laut/bawah tanah , gunakan 0.45.

peratikan contoh mcmn nk gunakan ia....

contoh; untuk membancuh gred 20... 1 kg simen : 2kg pasir : 4 kg batu. Ktakanla timbang xde kt tapak......mcmn?? dan katakanla nak buat konkrit terdedah kpd hujan...

Langkah 1 : Utk kali pertama, kena gunakan timbang jgk .kira berapa berat baldi & berat yg dia blh tanggung... mcmn?? sng aje...masukkan air sampai penuh. pastu timbangla.....katakanla dh masukkan air beratnya 20kg (utk kali pertama ni kene cari jgk timbang, melainkan kita ada baldi yg ada tunjuk berapa isipadu)....(kalau nk timbang berat baldi tu sebelum & selepas pn boleh, tp bezanya x bnykla.)

Langkah 2 : Lps tu bahagikanla dgn berapa meter padu baldi tu....Katakanla dia blh tanggung 20kg air . 1kg air = 0.001m3 air. Jadi, 20kg = 0.02m3. Maksudnya, baldi tu blh tanggung 0.02m3 bahan.

Langkah 3 : Sediakan mesin pembancuh.. yg lbh krg mcm nila...

gambar dari http://www.caer.uky.edu

Langkah 4 : Masukkan satu bag simen = 50kg... Nisbahnya bertukar menjadi

1:2:4

50 kg : 100kg : 200kg

Langkah 5 : Masukkan pasir 100kg. Macamn??.... Ketumpatan pasir lbh krg 2600kg/m3. Jadi, pasir yg perlu dimasukkan adalah sbnyk 0.04m3 atau 2 baldi.

Langkah 6 : Masukkan batu 200kg.... ketumpatan batuan juga anggap sama mcm pasir. Jadi, batu yg perlu dimasukkan adalah sbnyk 4 baldi.

Langkah 7 : Untuk masukkan tambah air kita ambil nisbah air : simen =0.55... Jadi utk setiap 50kg simen (1 beg) = 0.55 x 50 = 27.5kg air diperlukan. 27.5kg = 27.5liter. 1 baldi setengah dipelukan.....

Jadi utk G20 utk setiap bancuhan tong 20liter, 1 bag simen memerlukan 2 baldi pasir, 4 baldi batuan dan 1 baldi setengah air.

INGAT : BANCUHAN INI UNTUK UJIAN MAMPATAN SAHAJ DAHULU.... BILA TELAH LULUS MAKSUDNYA BILA DIUJI, MAMPATAN MELEBIHI 20kN/mm2 SELEPAS 28 HARI, BARULAH IA BOLEH DITERIMAPAKAI.

Memadat konkrit Konkrit di antara dinding-dinding acuan hendaklah dipadatkan dengan alat getar dari jenis Benam dan konkrit untuk papak-papak yang tidak menggunakan acuan sebelah atasnya, hendaklah dipadatkan dengan alat getar dari jenis permukaan atau alat getar dari jenis rasuk atau jenis-jenis lain yang diluluskan oleh P.P. alat-alat getar hendaklah mempunyai kuasa yang mencukupi dan diluluskan oleh P.P.

Alat-alat getar hendaklah dikendalikan oleh pekerja-pekerja yang mahir dalam penggunaanya. Alat-alat getar jenis benam hendaklah dibenam dan dikeluarkan secara perlahan-lahan dengan kadar lebih kurang 100 mm sesaat. Pemadatan hendaklah dianggap memadai apabila mortar simen didapati berbentuk bulat disekeliling alat getar. Getaran yang berlebihan yang boleh menyebabkan pengasingan bahan-bahan bancuhan hendaklah dielakkan. Alat-alat getarjenis benam hendaklah dibenamkan ditempat-tempat berpandukan kepada kawasan mortar simen yang kelihatan selepas pemadatan, dengan mengambil kira pemadatan berulangkali. Alat getar itu hendaklah jangan tersentuh dengan acuan atau tetulang dan hendaklah dibenam sejarak 75 mm dari acuan. Alat getar jenis permukaan hendaklah diletakkan di atas permukaan konkrit yang telah dihentak dan diratakan, dengan megambil kira jarak tinggi untuk pemadatan sehingga mortar simen kelihatan di bawah alat getar tersebut. Alat getar hendaklah diangkat kemudiannya dan diletakkan ke atas permukaan bersebelahan dan operasi ini hendaklah diulang sehingga keseluruhan permukaan telah siap dipadat. Selain daripada itu, alat getar jenis Rasuk yang merintangi lebar permukaan, boleh juga digunakan. Membersih konkrit Sebelum konkrit dituang, acuan konkrit hendaklah dibersihkan sepenuhnya, dan hendaklah bebas daripada habuk kayu, tatal kayu, debu Lumpur atau lain-lain yang tidak diperlukan secara menyembur dengan air yang bersih. Lubang-lubang sementara hendaklah disediakan pada acuan konkrit untuk mengalirkan keluar air dan sampah tersebut. Kecuali jika selainnya diluluskan oleh P.P, permukaan dalam acuan konkrit hendaklah disapu dengan minyak acuan yang tidak meninggalkan tanda kepda konkrit, yang diluluskan sebelum tetulang ditempatkan. Perhatian rapi hendaklah di ambil untuk menentukan supaya tidak terdapat lebiahn minyak acuan di permukaan acuan konkrit sebelum konkrit dituang dan semua tetulang hendaklah bebas dari minyak tersebut pada setiap masa. Mengangkut.

Konkrit hendaklah diangkut dengan secepat yang mungkin dari alat bancuh ketempat yang hendak dituang dengan cara yang sesuai bagi mengelakkan pengasingan bahan-bahan yang sedia ada atau kehilangan bahan-bahan bancuhan. Konkrit hendaklah dituang sedekat yang mungkin ke tempat tuangan yang dikehendaki untuk mengelakkan tuanagn semula atau pengaliran. Konkrit hanya boleh

diangkut melalui saluran setelah mendapat kelulusan dari P.P dan segala persediaan untuk tujuan ini hendaklah diluluskan olehnya sebelum konkrit dituang.

You might also like