You are on page 1of 2

Soalan 3 – Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “ Vandalisme dan

Penyelesaiannya ”.
Yang saya muliakan Tuan Pengerusi Majlis , barisan panel hakim yang

bijaksana , dan hadirin yang saya hormati . Assalamualaikum dan salam sejahtera

saya ucapkan .Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan ialah “ Vandalisme dan

Penyelesaiannya ”.

Para hadirin yang saya muliakan ,

Tahukah anda , apakah yang dimaksudkan dengan vandalisme ? Menurut

Kamus Dewan , vandalisme dapat didefinisikan sebagai perbuatan membinasakan

atau merosakkan harta benda awam atau persendirian . Vandalisme merupakan suatu

perbuatan yang tidak bermoral dan kurang sihat . Lazimnya , perbuatan ini dilakukan

oleh golongan remaja yang bermasalah . Antara contoh-contoh vandalisme ialah

merosakkan pondok telefon , paip bomba serta menconteng dinding bangunan ,

tandas , lif , dan juga perhentian bas .

Para hadirin sekalian ,

Banyak punca yang mengaitkan fenomena ini dengan tingkah laku remaja . Hal

ini demikian kerana golongan remaja merupakan golongan yang kuat memberontak .

Sebagai jalan keluar , mereka bertindak merosakkan harta benda awam bagi

melahirkan perasaan tidak puas hati mereka . Golongan remaja ini biasanya terlibat

dengan pelbagai gejala sosial yang kurang sihat seperti menagih dadah , merokok ,

mencuri , melepak , dan ponteng sekolah .

Perbuatan vandalisme banyak menyusahkan pihak berkuasa dan juga

masyarakat . Semua kemudahan awam yang dirosakkan memerlukan perbelanjaan

yang besar untuk dibaiki atau diganti dengan yang baru . Orang ramai juga turut

mengalami kesukaran untuk menggunakannya terutama ketika kecemasan .


Bagi mengatasi masalah ini , kerjasama semua pihak amatlah diperlukan .

Masyarakat tidak boleh meletakkan beban ke bahu pihak berwajib semata-mata .

Ibu bapa perlulah mengawasi gelagat anak-anak di samping menerapkan nilai moral

dan agama kepada mereka .

Para remaja harus belajar mendidik diri mereka agar benci akan perbuatan

yang tidak berfaedah ini . Mereka perlu sedar tentang kepentingan menjaga harta

benda awam .

Hadirin yang dihormati ,

Pihak sekolah pula perlu mengadakan kempen antivandalisme dan menyediakan

pelbagai program untuk disertai oleh para pelajar di sekolah . Dengan kerjasama

semua pihak , sudah pasti gejala vandalisme akan dapat dibendung .

Hadirin sekalian ,

Demikianlah syarahan saya untuk kali ini . Semoga perkara yang telah saya

katakana dapat dijadikan pedoman . Sekian , terima kasih .

You might also like