P. 1
Kebersihan Dalam Islam

Kebersihan Dalam Islam

4.5

|Views: 3,114|Likes:
Published by buyah

More info:

Published by: buyah on Oct 28, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/13/2012

pdf

text

original

Kebersihan dalam Islam

Kebersihan dalam Islam adalah topik terutama tetapi sesuatu yang umat bukan Muslim tidak mengenali dengan baik.

Ungkapan
Selain dari keperluan untuk kebersihan ritual untuk waktu sembahyang seharian (Arab: "Salah") melalui Wuduk dan Ghusl, ada banyak lagi peraturan yang berkenaan dengan kebersihan yang menjadi perkara penting dalam hidup umat Islam. Isu-isu yang lain termasuk Peraturan makanan Islam. Pada umumnya, Al-Quran menasihati umat Islam untuk memegang taraf tinggi pada kebersihan diri dan dibersihkan secara ritual sebaik mana yang mungkin. - seperti di banyak negara Timur - bilik air selalu mempunyai saluran air yang diletakkan sebelah tandas, supaya seorang individu boleh membasuh diri mereka dengan sempurna. Kebersihan ini diwajibkan untuk menjaga kebersihan, walaupun mengunakan kertas tandas boleh diterima apabila seseorang tidak dapat membasuh diri mereka. Juga kerana kebersihan ritual, dan sekali lagi umum bagi kebanyakan kebudayaan Timur, umat Islam menanggalkan kasut ketika memasuki masjid dan rumah.

Air (bersuci)
Rencana ini adalah mengenai air dari segi kegunaan untuk bersuci dalam Islam. Untuk melihat gambaran umum mengenai air, sila lihat Air. Air adalah penting untuk kegunaan manusia. Begitu juga bagi agama Islam kerana meletakkan air sebagai suatu benda yang suci. Walau bagaimanapun, Islam tidak meletakkan semua air adalah suci. Maka, Islam mengkategorikan air kepada beberapa bahagian:
1. Air yang suci lagi menyucikan, tidak makruh digunakan seperti air mutlak. 2. Air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh digunakan iaitu air yang terjemur di di bawah kepanasan matahari. 3. Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan air yang digelar musta'mal ( ‫ )ﻣﺴﺘﻌﻤﻞ‬air yang berubah dengan suatu yang suci. 4. Air bernajis yang dikenali sebagai air mutanajjis (‫.)ﻣﺘﻨﺠﺲ‬

Pengertian bersuci
• Ertinya Pada Bahasa

Membersihkan diri atau sesuatu daripada sebarang kekotoran. Sama ada benda itu najis ataupun tidak. Benda-benda yang najis seperti darah, bangkai, tahi dan sebagainya. Bendabenda yang kotor tetapi tidak najis seperti air ludah, hingus dan lain-Iain.
• Ertinya Pada Syarak

Menghilangkan halangan beribadat kerana ada hadas atau najis atau menghilangkan halangan memakan sesuatu benda dengan sebab terkena najis.

Alat-alat yang sah untuk bersuci
a. Air mutlak b. Tanah yang suci

c. Batu yang suci

Hukum bersuci
Ulamak telah sepakat bahawa bersuci daripada najis dan hadas adalah wajib.

Bahagian air
Air mutlak
Air mutlak (‫ )ﻤﻄﻠﻖ‬adalah air yang suci dan boleh menyucikan. Air tersebut dikatakan mutlak disebabkan air itu adalah dalam bentuk keasliannya. Air tersebut masih dikatakan air mutlak walaupun ia sudah berubah disebabkan sudah lama terbiar, dimasuki tanah, lumut dan bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang. Disenaraikan berikut adalah tujuh jenis air mutlak:
• • • • • • • air hujan air laut air sungai air telaga atau perigi air mata air air yang dicairkan dari salji air embun

Apabila cukup sukatan atau timbangan air sebanyak dua kolah, maka air tersebut tidak dikira najis yang disebabkan oleh benda lain melainkan beubah dari segi warna, bau dan rasa. Air yang kurang dari sukatan tersebut akan dikira najis apabila jatuh najis ke dalamnya tidak kira berubah sama ada bau, warna ataupun rasa.
Ukuran Dua Kolah • • • • Beratnya anggaran 230 liter atau 52 gelen. Lebih kurang sebanyak 13 tin minyak tanah. Bekas Empat Segi ialah 23 inci lebar dan 23 inci dalam Bekas yang bulat lebarnya 19 inci dalam 46 inci.

Dua qullah
Dua qullah, atau dalam bahasa Arab ‫ قﻠتان‬qullatān, adalah satu sukatan minimum yang mana air kekal menjadi air mutlak, mengikut fahaman mazhab Syafi'i. Oleh kerana air boleh berubah rupa, bau ataupun rasa setelah digunakan, air mutlak boleh berubah menjadi air musta'mal. Sekiranya bekas air itu melebihi dua kolah dan najis jatuh masuk kea dalamnya, sifat air tersebut tidak berubah dan masih kekal sebagai air mutlak dan tidak ada najis di dalamnya) sekiranya tidak berubah warna, rasa ataupun baunya.

Latar belakang
Istilah dan signifikan istilah “dua qullah” ini berasal daripada hadis Rasullulah s.a.w dalam menerangkan kesucian air. Dari Abdullah bin Umar r.a dia berkata : Telah bersabda Rasullulah s.a.w. , apabila air itu ada dua kolah maka tidak akan mengandungi najis . Ibnu Khuzaemah, Al-Hakim dan Ibnu HIbban mensahihkan hadis ini. Di dalam satu lafaz lain dikatakan "Tidak membawa najis".

Tuntutan air melebihi dua kolah hanya diwajibkan dalam mazhab Syafi'i apabila air tersebut telah bercampur dengan sesuatu benda najis sehingga bertukar sifatnya dari 3 sudut, sama ada rasa atau bau atau warna. Apabila satu dari sifat ini telah berubah maka untuk menggunakan air tersebut kuantitinya wajib melebihi 2 kolah. (Mazhab Maliki berpegang bahawa air masih mutlak sekiranya tiga sifat air itu tidak berubah (bau, rasa dan warna) walaupun jumlahnya sedikit. Qullah dalah satu jenis bekas yang digunakan oleh orang-orang Arab di masa lampau untuk mengisi, membawa dan menyimpan air. Dua abad selepas kewafatan Rasullulah s.a.w., para ulama fikah di Baghdad dan di Mesir sudah tidak lagi menggunakan ukuran qullah. Mereka menggunakan ukuran rithl Baghdad. Tetapi ukuran rithl ini jug tidak menjadi standard kelamaannya, rithl Baghdad dan rithl Mesir tidak lagi sama. Sukatan rithl ni sudah lama ditinggalkan. Dalam banyak kitab fikah disebutkan bahawa ukuran isi padu dua qullah itu adalah 500 rithl Baghdad. Dua kolah berdasarkan sukatan lama Iraq iaitu 500 rithl. Satu rithl bersamaan dengan 375 ml. (Ulama bercanggah pendapat dengan jumlah rithl dalam dua kolah, ada yang mengatakan 400 rithl dan ada yang menyatakan sampai 1000 rithl. Orang Mesir mengukur 2 qullah dengan ukuran rithl mereka dan jumlahnya hanya 446 3/7 Rithl).

Jumlah sukatan
Terdapat pendapat yang berbeza di kalangan ulama mengenai jumlah air dua qullah ini. Dr. Wahbah az-Zuhaili dalam Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuhu menyatakan jumlah ini sebagai 270 liter. Jadi bila air dalam jumlahnya kurang dari 270 liter digunakan untuk berwuduk, mandi atau bercampur dengan air yang sudah digunakan untuk berwuduk`, maka air itu dianggap sudah mustakmal. Walaupun air itu suci, air itu tidak lagi boleh digunakan untuk menyucikan. Majlis Agama Islam Singapura juga mentakrifkan dua kolah sebagai 270 liter [1] Ada pendapat menyatakan jumlah dua qullah ini adalah sebanyak 216 liter. (Hafiz Firdaus Abdullah) [2] Mengikut Dr Abdul Salam Muhammad Shukri, dari Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ukuran dua kolah adalah isi padu air kira-kira 9 ¾ tin minyak tanah atau 192.121 kilogram. Ukuran takungan atau bekas air bagi bekas empat persegi tepat pula ialah 22 ½ inci atau 57 sentimeter, manakala bekas yang berbentuk bulat pula garis pusat 18 inci atau 45.75 sentimeter dan tinggi atau dalamnya 25 inci (63.542 sentimeter). [3] Mengikut Jabatan Mufti Negeri Melaka, jumlah dua kolah kalau dikira dengan tin minyak tanah, maka air dua kolah itu adalah sebanyak 9 2/3 tin ataupun kalau dikira dengan timbangan, maka berat air dua kolah itu adalah seberat 162.72 kg. dan jika dikira dengan ukuran tempat empat persegi, maka air dua kolah itu memerlukan tempat yang berukuran 60 x 60 cm. [4]

Air musta'mal
Air musta'mal (‫ )ﻣﺴتﻌﻤﻞ‬adalah air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan yang lain. Boleh dikatakan juga air ini boleh diminum tetapi tidak sah untuk menyucikan sesuatu. Air musta'amal yang diperolehi dari mengangkatkan hadas adalah air basuhan kali yang pertama pada mandi atau wudhu' yang wajib dan sudah jatuh dari anggota badan. Air musta'amal dari konsep najis pula ialah jika air itu tidak berubah dan tidak bertambah. Air tumbuhan dan buah-buahan seperti pucuk kelapa yang dibuat nira atau akar-akar kayu, air dari batang tebu dan yang dihasilkan dari buahan seperti kopi dan koko.

Air yang berubah dan bercampur

Air yang berubah dalam konsep tidak boleh menyucikan ialah yang berubah disebabkan oleh benda asing yang suci yang bercampur ke dalam air seperti kayu gahara sehingga tidak berubah sehingga jelas digelar "air gahara". Berikut adalah cara air yang berubah:
• Berubah dengan Taqdiri - Air yang berubah dengan Taqdiri iaitu air yang berubah hanya pada Taqdir sahaja yang tidak dapat dilihat akan perubahannya. Berubah dengan Hissi - Air yang berubah pada Hissi iaitu berubah air itu dengan sesuatu yang dapat dilihat akan perubahannya.

Contoh cara menentukan hukum air yang bercampur dengan sesuatu yang sama rupanya dengan seperti air mawar yang telah hilang bau, rasa dan warnanya.
• • • pada bau hendaklah ditentukan dengan bau gahara. pada rasa hendaklah ditentukan dengan rasa delima. pada warna hendaklah ditentukan dengan warna anggur.

Jika berubah dengan cara ini, maka hukumnya air musta'amal dan jika tidak, hukumnya adalah air mutlak. Bagi air yang bercampur pula, terdapat dua cara air bercampur iaitu:
• Majawir - cara Mujawir ialah apabila air yang berubah disebabkan termasuk ke dalamnya suatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya air yang dimasuki sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu adalah air mutlak. Mukhalit - cara Mukhalit pula ialah apabila suatu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan, contohnya air dimasuki nila, maka dihukumnya air Musta'amal.

Air muqayyad
Air muqayyad (‫ )ﻣﻘﻴﺪ‬pula ialah air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi. Walau bagaimanapun, qayyad pada air terbahagi dua:
• Qayyad Lazim - iaitu qayyad yang tidak bercerai sehingga menjadikannya berbeza langsung dari air mutlak seperti air kopi, air madu, air mawar. Qayyad Musfaq - iaitu qayyad yang bercerai iaitu yang tidak lazim bagi air sepert air hujan, air perigi. Maka, ia masih lagi hukumnya air mutlak.

Air musyammas
Air musyammas (‫ )ﻣﺸﻤﺲ‬adalah air yang terjemur di bawah panas matahari bagi negeri-negeri beriklim panas. Hukum air tersebut hanya pada air yang diisi ke dalam bekas yang bukan emas dan perak. Air tersebut hanya makruh ketika panas untuk digunakan pada badan dan makanan serta minuman. Walau bagaimanapun, air yang masih panas tersebut boleh digunakan untuk membasuh pakaian. Air yang sudah menyejuk tidak lagi makruh digunakan.

Air mutanajjis

Air mutanajjis (‫ )ﻣتﻨﺠﺲ‬adalah air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur hingga kadar dua kolah. Air tersebut tetap dikira mutanajjis sekiranya air tidak berubah sifat bau, warna atau rasa tetapi tidak mencukupi dua kolah. Air tersebut tidak dikira bernajis apabila jatuh ke dalamnya haiwan ataupun bangkai haiwan yang memang tidak berdarah seperti semut.
Contoh berikut tidak termasuk Air Mutanajis 1. Termasuk bangkai (lihat perkara di bawah) najis yang dimaafkan dengan syarat tidak sengaja dicampakkan. 2. Air atau bahan cecair yang lain termasuk najis yang halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar melampau daripada najis mughalazah. 3. Air yang lebih daripada dua kolah dengan syarat tidak berubah sifat air itu. Contoh bangkai binatang yang Najis tetapi dimaafkan 1. Lalat 2. Kumbang 3. Kala 4. Lipas 5. Cicak 6. Binatang-binatang yang tidak mengalir darahnya jika dibelah atau dikoyakkannya.

Air Qaid Lazim
Air yang ada kaitan dengan jenama-jenama lain untuk memperkenalkannya. Kalau tidak disebut orang tidak akan faham.
• Contohnya:

a. Air Kelapa b. Air Tebu c. Air Mawar d. Air Kopi

Hukum Air Qaid Lazim
Suci hanya pada dirinya sahaja tetapi tidak sah digunakan untuk menyucikan yang lain.

Ghusl
Ghusl (‫ )غﺴﻞ‬adalah perkataan Arab merujukkan kepada mandi. Mandi pada bahasa adalah mengalirkan air pada seluruh badan. PAda syarak pula, mandi bermaksud mengalirkan iar pada seluruh badan dengan niat tertentu. Untuk memasuki keadaan suci sebelum Solat, seorang Muslim biasanya mengangkat hadas kecil, atau wuduk. Pada sesetengah keadaan, seperti pada hari Jumaat, ia "mustahab" (iaitu disunatkan) mengambil "ghusl" atau mandi sunat. Dalam keadaan yang lainnya, "ghusl" wajib dikerjakan.

Mandi-mandi sunat dan waktunya
1. Mandi hari Jumaat bagi mereka yang hendak menunaikan solat fardhu Jumaat dan

waktunya adalah dari waktu Subuh.
2. Mandi Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha dan waktunya bermula sejak

tengah malam. 3. Mandi minta hujan
4. Mandi kerana gerhana matahari 5. Mandi kerana gerhana bulan

6. Mandi kerana memandikan mayat
7. Mandi kerana masuk Islam

8. Mandi bagi orang gila yang telah hilang gilanya 9. Mandi bagi orang pitam yang telah hilang pitamnya
10. Mandi ketika hendak ihram 11. Mandi kerana memasuki Makkah

12. Mandi kerana wukuf di Arafah 13. Mandi kerana bermalam di Muzdalifah
14. Mandi kerana melontar jamrah yang di Mina 15. Mandi kerana tawaf 16. Mandi kerana sa'ie 17. Mandi kerana memasuki Madinah

• •

Orang yang gila atau pitam yang sedar dan diketahui berhadas besar, maka wajiblah baginya mandi. Hukum bagi mandi ketika hendak ihram sama bagi yang baligh, belum baligh, gila ataupun haid. Mandi kerana memasuki Makkah itu sama hukumnya bagi orang yang ihram kerana haji atau umrah. Mandi kerana melontar jamrah disunatkan pada tiap-tiap hari melontar.

Mandi wajib
Mandi wajib ataupun mandi junub adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada Hadas Besar dan melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan.

Hukum mandi Wajib
Mandi wajib ataupun mandi junub adalah diwajibkan ke atas orang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar.

Perkara-perkara Yang Membawa Kepada Mandi Wajib
Seorang Muslim perlu mengerjakan mandi wajib dalam keadaan berikut :
• • • • • melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila zakar dimasukkan ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani. jika keluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj. Keluar air mani kerana bermimpi (wet dream) Mati Masuk Islam orang yang sebelumnya kafir. Dari Qais bin Ashim, ia menceritakan bahawa ketika ia masuk Islam, Nabi SAW menyuruhnya mandi dengan air dan bidara (HR. At Tirmidzi no. 602 dan Abu Dawud no. 351, disahihkan oleh Syeikh Albani dalam Irwaa’ul Ghalil no. 128) • Keluar darah haid “Jika datang haid, maka tinggalkan solat. Dan jika telah lewat, maka mandi dan Solatlah” (HR. Al Bukhari no. 320, Muslim no. 333, Abu Daud no. 279, At Tirmizi no. 125 dan An Nasa’i I/186)” • • Nifas Melahirkan anak (Wiladah)

Rukun Mandi Wajib
Rukun Mandi ada tiga perkara meliputi
• Niat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat. Niat ini sekadar dilafazkan di dalam hati dan tidak perlu dilafazkan secara zahir (dengan kuat) Menghilangkan kotoran dan najis pada badan. Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan-lipatan badan. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)

• •

Niat Mandi Wajib
Niat mandi wajib secara ringkasnya adalah "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala." Niat itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke bahagian anggota badan. Untuk wanita yang mandi wajib kerana hadas haid, niat mandi wajib adalah "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." manakala bagi wanita yang habis nifas, niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala". Niat mandi wajib hendaklah dilafazkan apabila mula terkena air kepada mana-mana bahagian anggota mandi. Sekiranya niat dilafazkan selepas dia telah membasuh anggota badannya, mandi wajibnya tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya. Orang yang tidak berniat mandi wajib tidak memenuhi rukun mandi wajib dan dengan itu tidak boleh dikatakan telah mengerjakan mandi wajib. Dia hanya sekadar mengerjakan mandi

biasa (mandi adat), dan masih terikat dengan larangan yang dikenakan ke atas orang yang berhadas besar.

Cara Mandi Wajib
Mandi wajib hendaklah dikerjakan menggunakan menggunakan air mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan, dan tidak sah jika menggunakan air yang bukannya air mutlak. Cara mandi wajib paling afdal sekiranya mengikut sunnah Rasulullah SAW. Berdasarkan hadis dari Aisyah ra., “Dahulu, jika Rasulullah SAW hendak mandi janabah (junub), beliau membasuh kedua tangannya. Kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimana berwuduk untuk solat. Lalu beliau mengambil air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga beliau menganggap telah cukup, beliau tuangkan ke atas kepalanya sebanyak 3 kali tuangan. Setelah itu beliau guyur seluruh badannya. Kemudian beliau basuh kedua kakinya” (HR. Al Bukhari dan Muslim) Cara mandi wajib yang paling baik adalah mengikut cara yang diriwayatkan oleh Imam AtTirmizi.
1. Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar 2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali. 3. Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis. 4. Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh selepas mandi nanti.. 5. Membasuh keseluruhan rambut di kepala. 6. Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air. 7. Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah. 8. Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah. 9. Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air. 10.. Membasuh kaki.

Jika dia mandi dengan menggunakan “shower”, tidak perlu tiga kali, memadai telah yakin air telah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari. Untuk wanita pula, oleh kerana rambut wanita lebih panjang, maka disunatkan diuraikan rambut. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul hendaklah dibuka untuk membolehkan air sampai. Seseorang itu elok memakai kain hingga ke lutut seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Najis Di Badan
Jika ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dgn mandi wajib iaitu membasuh najis dgn mandi wajib itu boleh disekalikan (Imam Nawawi) untuk memenuhi rukun kedua mandi wajib.

Keperluan Mengambil Wuduk

Seseorang yang telah mengerjakan mandi wajib tidak perlu mengambil wuduk semula untuk mengerjakan solat dengan syarat dia tidak melakukan perkara yang membatalkan wuduk selepas dia mengerjakan mandi wajib. Jika terbatal, dia perlu hanya mengambil semula wuduknya sahaja.

Sunat-Sunat Mandi Wajib
Pada masa mandi kita disunatkan menghadap kiblat, membaca bismillah, membasuh tangan, mengambil wuduk, mengosok-gosok seluruh badan, tertib dan muwalat, iaitu berturut tanpa putus. Bagi wanita yang mandi disebabkan haid dan nifas, disunatkan menggunakan perfume selepas mandi (afterbath perfume) supaya harum dari bau darahnya.

Perkara Berkaitan Melewatkan Mandi Wajib
Mandi wajib boleh ditunda dari malam sehingga siang. Dengan itu, pasangan yang berjimak boleh melewatkan untuk mandi wajib sehingga pagi dan mengerjakan mandi wajib sejurus mengerjakan solat subuh, tetapi pasangan itu disunatkan berwuduk sebelum tidur jika ingin melewatkan mandi wajib mereka hingga ke pagi. Orang yang melewatkan mandi wajibnya juga tidak membatalkan puasa dan boleh terus berpuasa, dan puasanya tetap sah selagi mana dia tidak membatalkan puasanya. Seseorang itu boleh melewatkan mandi wajib sebelum solat. Setelah masuk waktu solat, ia wajib mandi sebelum boleh menunaikan solat.

Ragu-ragu
Jika seorang yang mengerjakan solat tetapi ragu-ragu apakah sama ada ia sudah mandi wajib atau belum, maka seluruh solat yang telah dikerjakannya (selama itu) adalah sah, dan untuk solat-solat berikutnya ia harus mandi wajib dahulu.

Dan Jika Tiada Air (Atau Mudarat Tidak Boleh Terkena Air)
Menurut Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah rh. (Majmu' Fatawa, 21/396) jika terdapat sebab untuk melakukan tayammum, seperti ketiadaan air, atau tidak dapat menggunakannya akibat sakit, maka tayammum akan menggantikan wuduk dan mandi wajib. Maka seseorang yang junub hendaklah bertayammum lalu bersolat, kemudian apabila ada air (diperbolehkan menggunakan air untuk yang mduarat), maka hendaklah mandi menghilangkan janabahnya tersebut. Dariapda Imraan ibn Hussain ra. "bahawa Rasulullah saw melihat seorang lelaki yang menjauhkan diri dan tidak bersolat dengan kaumnya, maka baginda berkata : Ya siFulan, apa yang menghalang kamu dari tidak bersolat dengan kaummu? Dia menjawab : Ya Rasulullah, saya dalam keadaan junub, dan tiada air. Baginda berkata : Kamu hendaklah menggunakan tanah yang bersih, kerana ia mencukupi untukmu..... di dalam riwayat lain Nabi saw menjumpai air dan memberinya kepada orang yang telah menjadi junub tersebut, dan berkata : pergilah siram ini keatas dirimu." [Hadith riwayat al-Bukhari #344 dan #348].
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Mandi_wajib"

Wuduk
Wuduk atau wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Jika air tiada atau tidak mencukupi, maka wuduk boleh diganti dengan tayammum. Pengertian wuduk pada syarak adalah :-

Membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat.

Orang mengambil wuduk sebelum bersolat di Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan.

Hukum berwuduk
Hukum berwuduk adalah:
1. Wajib


1. Sunat • •

Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat. Ketika hendak mandi wajib Hendak membaca al Quran, hadis dan buku Ketika hendak tidur Ketika marah

• •

Fardu Wuduk
Cara berwuduk di dalam Islam berbeza sedikit mengikut mazhab:

Menurut Mazhab Syafie
Fardu/Rukun wuduk ada enam: 1. Niat 2. Membasuh muka 3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku 4. Menyapu sebahagian kepala atau sebahagian rambut di dalam hadnya 5. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali 6. Tertib

Menurut Mazhab Hambali
Fardu/Rukun wuduk ada tujuh: 1. Niat 2. Membasuh muka 3. Membasuh dua tangan hingga ke siku 4. Menyapu semua kepala 5. Membasuh dua kaki 6. Tertib 7. Berturut-turut

Batal Wuduk
Menurut Mazhab Syafie
Ada beberapa perkara yang dapat membatalkan wuduk, antaranya adalah: 1. Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur). 2. Hilang akal, sama ada sementara atau kekal. 3. Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. 4. Menyentuh kemaluan atau pintu dubur dengan telapak tangan. 5. Tidur, kecuali apabila dalam keadaan duduk dan tidak berubah kedudukannya.

Menurut Mazhab Hambali
Ada beberapa perkara yang dapat membatalkan wuduk, antaranya adalah: 1. Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur). 2. Menyentuh perempuan yang halal dinikahi (bukan mahram) dengan syahwat 3. Menyentuh kemaluan manusia tanpa berlapik 4. Tidur, kecuali tidur ringan samada berdiri atau duduk 5. Makan daging unta 6. Murtad 7. Memandikan mayat 8. Keluar apa jua najis dari tubuh badan

Kesempurnaan Wuduk
Berikut merupakan cara-cara mendapatkan wuduk yang lebih sempurna: • • •

Mendahulukan bahagian tubuh yang sebelah kanan Mengulangi membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali Tidak berkata-kata Menghadap kiblat Berniat Membaca basmalah Membasuh telapak tangan hingga ke pergelangan Berkumur Menggosok gigi (bersiwak) Membersihkan hidung Membasuh muka Membasuh tangan hingga ke siku Mengusap sebagian kepala Mengusap kedua telinga; luar dan dalam Membasuh kaki hingga ke buku lali


• • • • • • • • •


Membaca doa sesudah berwuduk Bersolat sunat wuduk sebanyak 2 raka'at. Tertib (berurutan)

Fadhilah(Faedah yang diperolehi)dari Wuduk
Secara amnya kita mendapati wuduk adalah salah satu langkah wajib atau syarat untuk memastikan solat atau sembahyang yang dilakukan oleh umat Islam itu dianggap sah.Serta memastikan kebersihan anggota badan dan kesucian rohani dan jiwa itu sentiasa terpelihara.Namun demikian terdapat fadhilah lain juga boleh diperolehi oleh orang yang bersifat ikhlas dan menyempurnakan wuduknya dengan baik sekali.Misalnya: Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik,dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya." (Hadis Riwayat Muslim(361)) Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata,Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya.Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintupintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. (Hadis Riwayat AlTarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))

Isam Bin Yusuf
Assalamualaikum. Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?". Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimanakah wuduk zahir dan batin itu?." Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengna air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara:1. ] Bertaubat 2. ] Menyesali dosa yang telah dilakukan 3. ] Tidak tergila-gilakan dunia 4. ] Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya') 5. ] Tinggalkan sifat berbangga 6. ] Tinggalkan sifat khianat dan menipu 7. ] Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata , "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap ke kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku

sedang berhadapan dengan ALLAH, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal Mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik." Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. Sampaikanlah walau pun satu ayat. Sampaikanlah kisah ini kepada sahabat-sahabat kita yang lain.......... insya-Allah ...............
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Isam_Bin_Yusuf"

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->