You are on page 1of 4

Menghasilkan Jaringan Hotspot WiFi Pada Komputer Yang Menggunakan Broadband

Oleh : Rosiadi Bin Tajudin Sharing Is Caring Anda mungkin ingin berkongsi talian/ jaringan broadband anda dengan pengguna internet lain di dalam rumah anda atau kawasan yang berhampiran dengan anda. Ianya tidak mustahil bagi pengguna telefon Android kerana kebanyakkan peralatan Android pada hari ini dilengkapi dengan aplikasi Teethering dan WiFi Hotspot. Namun, bagi perkongsian talian internet broadband menggunakan komputer peribadi/ laptop, kaedah ini kurang diaplikasikan. Oleh itu, di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang cara untuk menjadikan komputer anda sebagai WiFi hotspot, yang membolehkan pengguna internet berhampiran anda melayari internet hanya dengan menggunakan satu broadband sahaja yang dimasukkan pada komputer anda. Langkah Awal: 1) Download file mhotspot.exe daripada www.mhotspot.com. 2) Letakkan file yang telah didownload tadi pada desktop anda.

Langkah Menghasilkan Jaringan Hotspot WiFi pada komputer: 1) Klik pada ikon Network pada menu bar Windows. Sebuah paparan Currently connected to akan dipaparkan berserta semua jaringan rangkaian yang ada. 2) Dalam rajah disebelah Rosiadi Maxis adalah nama jaringan Broadband yang digunakan.

3) Klik kanan tetikus pada Rosiadi Maxis, dan pilih Properties.

4) Tetingkap Properties akan dipaparkan. Pilih butang Sharing. 5) Klik pada kotak Allow other netwrk users to connect through this computerss internet connection. 6) Pada Home networking connection, pilih Wireless Network Connection 2. 7) Kemudian Klik butang Settings.

8) Tetingkap setting akan dipaparkan. Pada bahagian Services, pilih kotak yang berkaitan (untuk membenarkan pengguna menggunakan jaringan internet anda), contohnya seperti dalam rajah. 9) Kemudian Klik Ok.

10) Pada Desktop anda, dwiklik ikon mhotspot.exe, yang telah anda letakkan tadi. Jika ada sebarang tetingkap arahan yang muncul pilih butang Yes / Next.

11) Kemudian, tetingkap mhotspot akan dipaparkan. 12) Klik pada SETUP HOTSPOT.

13) Berikan nama jaringan bagi WiFi anda di ruangan Hotspot name serta Password untuk membolehkan pengguna menggunakan jaringan internet anda. 14) Kemudian Klik Ok.

15) Klik butang START.

16) Selepas itu, apa bila anda menekan ikon Network pada menu bar Windows anda, satu paparan jaringan baru akan terpapar. Dalam contoh ini, jaringan hotspot tersebut ialah Rosiadi. 17) Ini menunjukkan bahawa anda telah berjaya menghasilkan sebuah WiFi hotspot pada komputer anda. 18) Sekarang nama WiFi hotspot anda akan terpapar pada komputerkomputer, telefon bimbit atau tablet yang mempunyai akses WiFi apabila WiFi di aktifkan pada peralatan tersebut. 19) Jadi, jika diminta masukkan password, taipkan semula passwrod yang telah anda setkan tadi. 20) Selamat mencuba.

Sharing is Caring Rosiadi Bin Tajudin

You might also like