P. 1
HUTAN BAKAU

HUTAN BAKAU

4.0

|Views: 5,973|Likes:
Published by dhea ct
KEPENTINGAN HUTAN BAKAU, ANCAMAN HUTAN BAKAU, CARA MELINDUNGI HUTAN BAKAU
KEPENTINGAN HUTAN BAKAU, ANCAMAN HUTAN BAKAU, CARA MELINDUNGI HUTAN BAKAU

More info:

Published by: dhea ct on Dec 16, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/27/2015

pdf

text

original

HGF 3053 BIOGEOGRAFI

Soalan Individu : Kegiatan penebangan pokok bakau di tepi pantai bukan sahaja mengkibatkan ketidakstabilan pinggir pantai malah telah mengurangkan kawasan perlindungan hidupan marin. Bincangkan.

KUMPULAN KULIAH : A

Disediakan oleh : Nama : Siti Zubaidah bt Ibrahim No Matrik : D20091035632 Program : Pendidikan Geografi (AT33) Semester : Lima

Isi Kandungan
Bil Perkara Muka surat

1.0

Pendahuluan

1-2

2.0

Kepentingan pokok bakau 2.1 Sebagai tempat ekologi dan ekosistem marin 2.2 Kawasan penampan semulajadi dan penguraian pencemaran 2.3 Sumber ekonomi penduduk

2 2-3 4-5 5-6

3.0

Ancaman terhadap pokok bakau 3.1 Tebus guna tanah 3.2 Pembalakan secara berleluasa 3.3 Masalah pencemaran

6 7-8 8 9

4.0

Kesan penerokaan hutan paya bakau 4.1 Ketidakstabilan pinggir pantai
4.2 Kekurangan kawasan perlindungan hidupan marin

10 10 – 11 11 - 12
12 12 – 13 13 – 14 14 - 15 15

5.0

Langkah mengekalkan hutan paya bakau 5.1 Program pemuliharaan hutan pesisiran pantai 5.2 Menjaga kebersihan alam sekitar 5.3 Mengamalkan konsep kitar semula

6.0

Kesimpulan

Bibliografi

16 - 17

1.0

Pendahuluan Pokok bakau merupakan sejenis tumbuhan yang hidup subur di kawasan muara sungai

iaitu di kawasan pertembungan antara air laut dengan air masin dan di kelilingi oleh pulau serta berada di kawasan yang menerima pengaruh air pasang surut laut. Pokok bakau kebiasaanya akan tumbuh di kawasan yang beriklim tropika seperti Malaysia dan beriklim sub-tropikal dan telah dikategorikan sebagai hutan paya bakau. Pokok bakau mempunyai banyak spesies

antaranya ialah Api-api Avicennia spp., bakau Kurap Rhizophora spp., Perepat Sonneratia spp. dan Berus Bruguiera spp. Pokok bakau mempunyai beberapa ciri utama untuk dikenalpasti iaitu memiliki buah dan bahagian bawah daunnya yang berbulu. Kegunaan bahagian daun bakau yang berbulu adalah untuk megurangkan masalah penyejatan air ke atmosfera. Selain daripada itu, pokok bakau juga mempunyai ciri-ciri khas seperti sistem akar yang kuat untuk menahan aliran pasang surut air laut dan struktur daun dan kulit pokok yang khas dan cara penyesuaian istimewa untuk membolehkannya bermandiri di keadaan persekitaran yang bersaluran buruk (Mohd Affendi, Marzalina H.M. dan Wan Tarmeze W.T, 2007). Pokok bakau tumbuh subur di kawasan yang mempunyai proses saliran yang teruk antaranya ialah di kawasan yang mempunyai tahap kemasinan air laut yang tinggi, kandungan oksigen yang rendah di dalam air dan tanah, tanah yang berlumpur serta di pengaruhi oleh arus pasang surut air laut. Di Malaysia hutan paya bakau tumbuh subur di muara dan pantai yang terlindung. Hutan bakau di Malaysia meliputi kawasan seluas 586,036 hektar dan 57%

daripadanya terletak di Sabah, 26% di Sarawak dan 17% lagi di Semenanjung Malaysia. Sabah mempunyai kawasan bakau yang terbesar berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Namun demikian, keluasan hektar hutan paya bakau di Malaysia kini sedang mengalami penyusutan kerana terdapat segelintir pihak yang memanipulasikan kawasan tanah lembap

berkenaan untuk pembangunan dan permodenan kehidupan manusia sejagat (Ahmad Sanusi Hassan, 2005).

Gambarajah : Taburan hutan paya bakau di Malaysia Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bakau#Lokasi

2.0

Kepentingan pokok bakau Pokok bakau banyak mendatangkan manfaat kepada manusia dan alam sekitarnya.

Tanpa adanya peranan pokok bakau berkenaan maka ekosistem akan terjejas.

2.1

Sebagai tempat ekologi dan ekosistem hidupan marin Peranan utama pokok bakau ialah sebagai habitat hidupan marin. Pokok bakau

berperanan dalam sebagai tempat anak ikan berlindung dan membesar.

Sekiranya

kawasan hutan bakau di sesuatu tempat itu pupus atau tercemar maka keseluruhan populasi ikan dan industri nelayan di kawasan tersebut akan terancam kerana tiada lagi tempat bagi anak ikan berlindung dan membesar. Pokok bakau juga menjadi habitat bagi pelbagai jenis ketam dan udang. Selain daripada itu, hutan bakau turut digunakan oleh beratus jenis burung berhijrah sebagai tempat perlindungan untuk bertelur dan berehat

(Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, 2006). Sesetengah hutan bakau di Malaysia seperti Kuala Gula, Perak berada di atas laluan migrasi burung pesisiran pantai yang penting iaitu merupakan Jalur Migrasi Asia Timur-Australasia. Semasa musim sejuk di hemisfera utara, iaitu dari bulan September hingga Mei, banyak burung pesisiran pantai mengunjungi Kuala Gula untuk menghindari musim sejuk atau singgah sebentar untuk makan dan berehat sebelum meneruskan perjalanan mereka ke tempat lain. Kuala Gula mempunyai dataran berlumpur yang luas serta hutan bakau yang menjadi kawasan punca makanan dan tempat perlindungan yang penting kepada burung pesisiran pantai. Disebabkan terdapatnya burung air dengan jumlah yang besar di Kuala Gula dan kewujudan burung-burung ini amat terancam maka Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah menubuhkan satu stesen pemerhatian bagi tujuan penyelidikan dan pengawasan burung-burung di Kuala Gula yang juga dinamakan sebagai Kawasan Penting Burung. Manakala di Sabah pula, hutan bakau juga telah menjadi habitat Kera Bekantan (Holistik, 2010) .

Gambarajah : Pokok bakau sebagai habitat semulajadi hidupan Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bakau#Lokasi

2.2

Kawasan penampan semulajadi dan penguraian pencemaran Antara peranan pokok bakau yang utama ialah sebagai kawasan penampan

semulajadi dalam memperlahankan kelajuan ombak dan angin ketika menghampiri pantai. Akar pokok bakau juga bertindak sebagai pemerangkap tanah uantuk memberi kestabilan kepada tanah ketika menghadapi sebarang bencana yang melanda (Holistik, 2010).

Gambarajah : Pokok bakau menjadi penampan semulajadi. Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bakau#Lokasi

Pokok bakau dikatakan sebagai kawasan penampan semulajadi adalah kerana apabila angin atau ombak kencang yang melanda pinggir pantai dapat dinuteralkan oleh halangan yang dihadapi disebabkan adanya pokok bakau tersebut. Jika kawasan pinggir pantai terdedah kepada angin dan ombak tanpa halangan semulajadi yang wujud maka bencana yang besar akan berlaku. Contohnya ialah kejadian tsunami yang melanda pinggir pantai tidak akan terlalu memusnahkan kawasan pinggir pantai tersebut kerana

mendapat halangan daripada pokok bakau.

Tanpa pokok bakau berkenaan maka

kemusnahan teruk akan dialami oleh penduduk di pinggir pantai berkenaan (Azrul Affandi Sobry, 2007). Hutan paya bakau juga membantu menghalang pemendapan lumpur berlebihan di muara sungai, di tali air dan di terusan serta mampu mengawal corak cuaca dan hujan. Selain daripada itu juga, hutan bakau boleh mengawal kualiti dan kuantiti air di kawasan sekitarnya dan bertindak sebagai agen pemprosesan dan penguraian pencemaran sekali gus mewujudkan kitaran ekosistem yang melibatkan flora dan fauna di sesuatu kawasan (Ahmad Sanusi Hassan, 2005).

2.3

Sumber ekonomi penduduk setempat Pokok bakau dikatakan mempunyai nilai kormesialnya yang tersendiri. Hal ini

adalah kerana hutan paya bakau mempunyai nilai ekonomi yang tinggi dalam pasaran tempatan mahupun pasaran luar negara. Pokok bakau banyak dibalakkan oleh penduduk setempat bagi membuat perabot dan juga digunakan sebagai kayu arang. Selain daripada itu juga, pokok bakau juga banyak digunakan dalam membuat cerucuk bangunan ataupun rumah. Pokok bakau juga merupakan habitat bagi hidupan marin untuk membiak dan membesar. Oleh sebab itu, pokok bakau memainkan peranan yang penting dalam

memastikan sektor perikanan penduduk tempatan tidak terjejas. Ikan-ikan kecil yang sedang membesar mendapat kawasan perlindungan di sebalik akar-akar bakau berkenaan. Oleh sebab itu, masalah kepupusan ikan dalam sektor perikanan tidak akan terjadi kerana kitaran semulajadi ikan masih lagi terpeliharan dengan adanya habitat ikan di pokok bakau berkenaan. Malahan penduduk tempatan juga boleh mendapatkan bekalan

makanan laut tambahan yang terdapat di sekitar pokok bakau dengan menangkap ketam, udang dan sebagainya. Perairan di sekitar paya bakau juga menyokong industri sangkar terampung (Holistik, 2010). Di samping itu juga, pokok bakau dikatakan mempunyai nilai ekonomi yang tinggi dalam sektor agro-pelancongan negara. Hal ini adalah kerana hutan bakau

mempunyai nilai estetikanya yang dapat menarik perhatian burung air dan haiwan air yang lain. Maka, hutan bakau merupakan satu kawasan yang unik sebagai tapak

pelancongan dan rekreasi. Hutan bakau juga merupakan suatu sumber yang amat sesuai untuk program-program pendidikan alam sekitar dan untuk menjalankan penyelidikan saintifik. Salah satu kawasan yang seringkali mendapat perhatian para pelancong dan penyelidik untuk berkunjung ke hutan bakau ialah di kawasan kelip-kelip perkampungan Kuantan yang terletak di Kuala Selangor, Selangor. Perkampungan ini menjadi daya tarikan pelancongan kerana keunikan kelip-kelip yang hidup di kawasan bakau yang tumbuh subur di kawasan tersebut (Mokhtar Jaafar, Asmah Ahmad, Zaini Sakawi, 2010).

3.0

Ancaman kepada pokok bakau Sikap tamak manusia telah menyebabkan banyak kawasan hutan bakau di negara ini

diterokai setiap hari.

Mereka menebang pokok bakau tanpa sebarang kawalan telah

menyebabkan masalah penebangan pokok bakau di negara kita kian meningkat setiap tahun. Antara ancaman kepada pokok bakau yang kian meningkat ialah disebabkan oleh proses tebus guna tanah, pembalakan haram dan pencemaran di kawasan hutan paya bakau.

3.1

Tubus guna tanah Proses tebus guna tanah di kawasan hutan bakau telah menyebabkan kawasan

hutan bakau kian terancam. Proses tebus guna tanah banyak dilakukan bagi memberi laluan kepada proses pembangunan yang kian pesat kini. Banyak hutan bakau

ditebusguna atau diubahsuai untuk kegunaan lain seperti akuakultur, pertanian, perindustrian atau perumahan, resort pesisiran pantai, pelabuhan, jalanraya, lapangan terbang dan penggalian minyak. Kesemua aktiviti ini menyebabkan kehilangan besar habitat semulajadi untuk haiwan dan tumbuhan di kawasan hutan bakau. Selain daripada itu juga, proses tebus guna tanah hutan bakau akan mendatangkan pelbagai pencemaran alam sekitar yang serius dan kehilangan khazanah alam semulajadi yang unik (Ahmad Sanusi Hassan, 2005). Kebanyakan pengurangan tanah paya juga berlaku disebabkan oleh ditebus guna untuk tujuan pembangunan bandar. Berdasar laporan tahun 1996, sebanyak 540

kilometer persegi hutan paya bakau pupus di Malaysia dalam tempoh 10 tahun (dari tahun 1980 – 1990). Jumlah kawasan ini bersamaan dengan 12% dari kawasan paya

yang sedia ada. Pembangunan terkawal adalah penting untuk meminimumkan perkara ini daripada terus berlaku, lebih-lebih lagi Asia Tenggara memiliki hampir 40% daripada keseluruhan hutan paya bakau di dunia (Rohana binti Omar dan Halimah binti Mat, 2006). Contohnya pengurangan tanah paya untuk pembangunan industri, perumahan dan bandar banyak berlaku di bahagian utara Sungai Juru, Pulau Pinang. Akibatnya timbul masalah pemendapan tanah hakisan di Kuala Juru ini dan di kawasan pantai yang berhampiran. Kebanyakkannya mempunyai tanah paya selut lebih daripada 1 kilometer

yang dapat dilihat dari pantai atau muara semasa air surut (Rohana binti Omar dan Halimah binti Mat, 2006).

3.2

Pembalakan secara berleluasa Proses pembalakan secara berleluasa tidak terkecuali bagi hutan paya bakau juga.

Hal ini adalah kerana terdapat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menjalankan kegiatan pembalakan di hutan ini bagi mendapatkan kayu bakau untuk kepentingan ekonomi mereka. Pembalakan bakau yang tidak mapan boleh mengancam habitat flora dan fauna marin. Sejumlah besar flora dan fauna yang endemik atau yang sukar dijumpai mungkin akan lenyap dari muka bumi ini akibat daripada kegiatan yang tidak terkawal ini. Apabila tanah bakau mula berkurangan maka alam akan mula

bertindak balas kerana keseimbangan semulajadi sungai telah terjejas. Tindak balas ini menyebabkan bencana alam yang bukan sahaja akan memusnahkan kehidupan manusia malahan turut melibatkan ekologi haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang akan memusnahkan sistem ekologi habitat marin (Ahmad Sanusi Hassan, 2005).

Gambarajah : Pembalakan di Hutan Paya Bakau Sumber : Google Image

3.3

Masalah pencemaran

Masalah pencemaran hutan paya bakau juga merupakan satu masalah yang mendatangkan kesan yang buruk kepada hutan paya bakau. Hal ini adalah kerana, hutan bakau memainkan peranan penting dalam proses kitaran semulajadi dan mengawal tahap kemasinan air laut. Tahap keseimbangan kandungan air ini berubah mengikut perubahan air pasang dan surut. Tanah paya mengawal tahap air masin daripada masuk lebih jauh ke daratan melalui saluran sistem sungai semasa air pasang. Kawalan dilakukan dengan menyerap sebahagian air masin ke kawasannya. Oleh sebab itu, kandungan air masin dapat dihalang supaya tidak menganggu kehidupan dan alam persekitaran. Namun

demikian, masalah pencemaran telah menganggu proses kitaran semulajadi di kawasan hutan bakau ini. Hutan bakau digunakan sebagai tempat pembuangan sisa toksik sama ada yang pejal atau cecair. Bahan kimia beracun yang mengalir ke dalam hutan bakau boleh membunuh tumbuhan, haiwan dan organisma halus yang hidup di sekitar hutan bakau. Malahan, masalah pencemaran ini turut mengakibatkan kemusnahan dan

kepupusan hidupan di hutan bakau (Rohana binti Omar dan Halimah binti Mat, 2006).

Gambarajah : Masalah pencemaran di hutan paya bakau. Sumber : Google image

4.0 Kesan penerokaan hutan bakau Pelbagai kesan yang timbul ekoran daripada penerokaan hutan bakau. Antaranya ialah akan menyebabkan masalah ketidakstabilan pinggir pantai, kekurangan kawasan perlindungan hidupan marin dan kepupusan sumber marin. 4.1 Ketidakstabilan pinggir pantai Masalah ketidakstabilan pinggir pantai ini terjadi kerana penebangan hutan bakau secara tidak terkawal akan mendedahkan tanih di pinggir pantai secara terus kepada proses hakisan pinggir pantai. Agen hakisan seperti ombak dan angin akan menghempas pinggir pantai tanpa sebarang halangan dan akan menyebabkan berlakunya proses luluhawa yang tinggi. Selain daripada itu juga, tanah paya juga boleh bertindak sebagai sistem kawalan banjir dan kemarau secara semulajadi. Struktur tanahnya mampu menyerap atau mengeluarkan air yang terdapat dalam kandungan tanah membolehkan hutan paya bakau mengawal proses kejadian banjir. Contohnya, pada musim tengkujuh kawasan iniakan menerima banyak air hujan yang mana sistem saliran sungai tidak mampu mengalirkannya ke laut dalam jumlah air yang melebihi keupayaan normalnya. Hal ini akan berlakunya banjir. Pada ketika inilah tanah-tanah paya di sekelilingnya memainkan peranan menyerap air yang berlebihan ke dalam struktur kandungan tanahnya. Ia bertindak sebagai kawasan tadahan air bagi mengurangkan masalah kuantiti air yang berlebihan pada musim banjir (Azrul Affandi Sobry, 2007). Manakala pada musim kemarau, kandungan air di dalam sungai menjadi kurang, kekurangan air sungai akan menyebabkan masalah sumber air minuman dan pengaliran. Situasi ini memberi masalah kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Bagi mengelakkan masalah kemarau yang kronik daripada berlaku, tanah-tanah paya akan

memerah kandungan air di dalam struktur tanahnya supaya ia dapat keluar ke sistem saliran sungai. Ia dapat menolong mengeimbangkan kandungan air sungai supaya sungai dapat bertindak sebagai sumber minuman, pengaliran dan jalan pengangkutan seperti biasa. Oleh sebab itu, kekurangan hutan paya bakau akan menyebabkan satu masalah ketidakstabilan pinggir pantai dan muara sungai yang akan menyebabkan masyarakat setempat juga akan mendapat bahananya (Holistik, 2010).

4.2

Kekurangan kawasan perlindungan hidupan marin Kawasan hutan bakau merupakan satu kawasan yang menjadi habitat pelbagai

hidupan marin. Antaranya ialah sebagai habitat bagi tumbuhan yang hidup di kawasan percampuran air tawar dan masin seperti pokok bakau, gelam, nibung dan sebagainya. Selain daripada itu juga, hutan bakau turut menjadi tumpuan bagi habitat haiwan seperti ketam, udang, kerang, anak-anak ikan yang sedang menbesar dan beberapa spesis burung yang tidak akan dijumpai di kawasan lain. Ekoran daripada penebangan dan tebus guna kawasan tanah bakau maka habitat flora dan fauna marin akan terjejas dan akan menyebabkan wujudnya satu masalah kekurangan kawasan perlindungan hidupan marin. Hal ini akan menjejaskan hidupan di kawasan paya bakau berkenaan (Holistik, 2010). Ekosistem bakau sangat unik kerana ia terdedah kepada keadaan air pasang laut secara berterusan. Jika jumlah pokok bakau di sesuatu kawasan berkurangan, maka berkemungkinan besar habitat hidupan pinggir pantai akan musnah dan seterusnya mengganggu kelestarian ekosistem tersebut. Antara spesis terancam yang boleh didapati di kawasan hutan paya bakau adalah ikan belacak, memerang licin, burung botak, burung pacat, cecadu gua dan lotong kelabu. Selain daripada itu juga, kawasan bakau juga telah

menjadi laluan persinggahan bagi burung migrasi singgah untuk mendapatkan makanan dan rehat bagi untuk tempoh jangka masa yang singkat. Contohnya ialah di negeri Johor dan di Kuala Gula, Perak yang menjadi persinggahan bagi burung migrasi ini. Ia boleh dilihat di pantai barat Johor yang merupakan sebahagian daripada East-Asia, iaitu laluan yang digunakan oleh kira-kira dua juta burung pantai ketika migrasi. Antara tempat utama di negeri Johor ialah di pantai dan sungai Benut. Burung botak juga terdapat di kawasan ini yang telah diancam kepupusan kerana sebanyak dua peratus terdapat di negara ini daripada jumlah keseluruhan sebanyak 5000 ekor saja yang terdapat di seluruh dunia (Holistik, 2010).

5.0

Langkah mengekalkan hutan paya bakau. Kepentingan hutan bakau terhadap alam sekitar dan ekosistem sememangnya sentiasa

disedari dan diberikan perhatian sewajarnya sama ada oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) atau Jabatan Perhutanan. Oleh sebab itu, pihak JAS, Jabatan Perhutanan dan badan-badan NGO telah menjalankan beberapa langkah pemeliharaan dan pemuliharaan bagi memastikan kawasan hutan bakau ini terus terpelihara.

5.1

Program pemuliharaan hutan pesisiran pantai Program penanaman semula pokok bakau mampu untuk memeliharan kawasan

hutan bakau daripada terus musnah. Peluang kemandirian biji benih bakau adalah terhad disebabkan keadaan habitatnya adalah lembut dan berlumpur dan berada di kawasan berpengaruh arus air pasang surut. Biji benihnya mula berkembang semasa anak benih masih melekat pada pokok induk. Namun demikian, tidak semua benih yang jatuh

berjaya mencacak ke dalam tanah. Oleh demikian, program penanaman semula pokok bakau boleh menolong mencacakkan benih bakau yang tidak berjaya mencacak ke tanah dan menanam semula anak benih yang telah di berikan oleh Jabatan Alam Sekitar di kawasan tanah bakau bagi melestarikan kawasan berkenaan (Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, 2006). Salah satu contoh program penanaman semula hutan paya bakau telah dilakukan di negeri Johor Darul Takzim. Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perhutanan Johor telah memainkan peranan dengan mengadakan program menanam semula hutan paya bakau dengan. Pada tahun 2008, JAS negeri telah menjalankan aktiviti menanam 1,600 pokok bakau jenis bakau minyak dan bakau kurap di Pengerang dan Gelang Patah. Manakala pada tahun 2009 Jabatan Perhutanan Negeri Johor melancarkan Kempen Kesedaran Pemuliharaan Hutan Persisiran Pantai Peringkat negeri di Sedili Kecil, Kota Tinggi. Kempen yang melibatkan penanaman 1,400 pokok ru ini disertai 350 peserta yang terdiri daripada murid sekolah dan penduduk setempat (Holistik, 2010).

5.2

Menjaga kebersihan alam Menjaga kebersihan alam adalah satu amalan yang sangat dituntut dalam

masyarakat negara kita. Namun demikaian, tahap pemikiran masyarakat di negara kita yang masih lagi rendah dan tidak mementingkan penjagaan alam sekitar telah menyebabkan masalah pencemaran alam sekitar ini timbul. Sisa buangan yang dibuang ke dalam sungai akan dialirkan ke kewasan hutan paya bakau sebelum memasuki kawasan laut. Hutan paya bakau boleh dianggap sebagai kawasan penapisan sisa

buangan agar tidak dialirkan ke laut. Namun demikian, sisa buangan yang terlampau

banyak akan menyebabkan hutan paya bakau tercemar dan habitat haiwan marin di situ akan musnah (Rohana binti Omar dan Halimah binti Mat, 2006). Oleh sebab itu, amalan penjagaan alam sekitar amat dituntut bagi mengekalkan kelestarian hutan paya bakau terus terpelihara. Program gontong-royong mampu untuk mengurangkan masalah pencemaran sungai. Komuniti setempat seharusnya menyertai program gontong-royong yang dianjurkan di kawasan setempat bagi menjaga kebersihan alam sekitar dan memastikan sampah sarap tidak terlalu banyak dialirkan ke kawasan hutan paya bakau (Rohana binti Omar dan Halimah binti Mat, 2006).

5.3

Mengamalkan konsep kitar semula Konsep kitar semula merupakan satu amalan yang harus dilaksanakan bagi

memastikan alam sekitar bebas daripada sampah sarap. Populasi penduduk di bumi semakin bertambah. Bagi memenuhi keperluan untuk barangan pengguna, barang-barang yang dihasilkan dalam industri pembuatan semakin meningkat. oleh sebab itu, banyak sumber asli diperlukan dalam industri pembinaan. Secara tidak langsung, ini telah menghasilkan banyak sampah-sarap. Sampah-sarap ini akan mencemarkan alam sekitar. Bagi mengatasi masalah ini, amalan Konsep 3R perlu diamalkan. Konsep 3R bermaksud reduce (kurangkan), recycle (kitar semula) dan reuse (guna semula) (Wikipedia, 2011). Reduce bermaksud kurangkan. Melalui amalan kitar semula, pengurangan

pembuangan sampah sarap boleh dilakukan dengan amalan pembelian hanya untuk barangan yang diperlukan saja. Ini termasuklah dengan membeli barangan yang tahan lama, membawa sendiri bakul atau bekas makanan ketika membeli-belah bagi mengurangkan pengunaan beg plastik dan membeli dalam kadar yang diperlukan saja dan

tidak membazir. Manakala maksud bagi reycle pula ialah kitar semula dan merupakan proses mengasingkan sampah dan memprosesnya kepada bahan yang baru yang sama atau berbeza jenis. Mengitar semula merupakan satu amalan hidup yang baik kerana mampu mengurangkan penggunaan sumber semulajadi untuk menghasilkan barang baru. Antara bahan yang boleh dikitar semula ialah kaca, aluminium, kertas, plastik, besi dan getah. Maksud bagi reuse pula ialah mengunakan semula bahan-bahan terpakai. Antara konsep mengunakan semula bahan-bahan terpakai ialah dengan mengunakan semula pakaian lama sebagai kain pengelap, mendermakan barangan terpakai dan

menambahbaikan barangan terpakai menjadi barangan yang bernilai dan berharga (Wikipedia, 2011).

6.0

Kesimpulan Hutan paya bakau merupakan satu kawasan ekosistem yang harus dipelihara bagi

mengelakkan berlaku sebarang kemusnahan di kawasan ini.

Masyarakat akan rugi jika

membiarkan tanah paya bakau mengalami kemusnahan kerana negara akan kehilangan satu ekosistem alam yang unik dan tidak terdapat di kawasan lain. dilakukan di kawasan Jika eksploitasi berlebihan

tanah paya ini akan menyebabkan kawasan tanah paya bakau akan

berkurangan dan keseimbangan ekosistem juga turut terancam. Satu sistem pengurusan bagi mengelakkan pengurangan tanah paya yang efisen perlu dilaksanakan supaya dapat menjaga kelestarian tanah paya bakau agar akan terus berkekalan. Oleh sebab itu, semua pihak

seharusnya memainkan peranan penting dalam memastikan kawasan tanah paya bakau ini terus berkekalan dan tidak hanya memandang untuk mendapat keuntungan sahaja.

Bibliografi Ahmad Sanusi Hassan (2005). Seni Bina Tanah Paya. Universiti Sains Malaysia : USM.

Azrul Affandi Sobry (2007). Hutan paya bakau jana sumber laut. Setiu : Terengganu. Field, C.D. (Ed) (1996). Restoration of mangrove ecosystems. Japan : Okinawa. Google Image (2011). Taburan hutan paya bakau di Malaysia. Diperolehi daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bakau#Lokasi pada 30.11.2011. Google Image (2011). Pokok bakau sebagai habitat semulajdi haiwan. Diperolehi daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bakau#Lokasi pada 30.11.2011. Google Image (2011). Pokok bakau menjadi penampan semulajadi. Diperolehi daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bakau#Lokasi pada 30.11.2011. Google Image (2011). Pembalakan dan pencemaran hutan paya bakau. Diperoleh daripda http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bakau#Lokasi pada 30.11.2011. Holistik (2010). Mengekalkan kehijauan alam sekitar. Johor : Unit Media dan Komunikasi (Medkom). Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (2006). Program penanaman pokok bakau dan spesis-spesis yang sesuai di persisiran pantai negara. Kuala Lumpur : Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Lewis R.R. (2005). Ecological engineering for successful management and restoration of mangrove forests. US : Ecological Engineering. Mangor K (2004). Shoreline Management Guidelines. Denmark : Horsholm.

Mohd Affendi, Marzalina H.M. dan Wan Tarmeze W.T (2007). Teknik penyediaan anak benih liar Api-api Putih (Avicennia alba). Prosiding Bengkel Hutan Pesisiran Pantai Negara: Kesedaran dan Tindakan Bersama. Malaysia : Terengganu.

Mohamad Mahathir (2004). Kajian ekologi hutan paya bakau Sungai Balok, Kuantan, Pahang. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Mokhtar Jaafar, Asmah Ahmad, Zaini Sakawi (2010). Kemandirian industri eko-pelancongan : Kes tarikan pelancongan kelip-kelip Kg. Kuantan. Bangi : UKM.

Rohana binti Omar dan Halimah binti Mat (2006). Pengurangan tanah paya. Pulau Pinang : Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pulau Pinang.

Wikipedia (2011). Kitar semula. Diperolehi daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula pada 29.11.2011.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->