You are on page 1of 18

1

PENULISAN ILMIAH
9.1 Pengenalan

Bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan ilmu memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Bahasa ilmu itu sendiri merupakan satu laras bahasa. Bahasa terhad (restricted code) adalah variasi bahasa yang digunakan dalam situasi biasa seperti perbualan dan komunikasi asas seperti dalam keluarga dan jual beli di pasar. Bahasa terbina (elaborated code) pula adalah variasi yang mempunyai ciri-ciri kompleks, tersusun rapi dan tidak bergantung kepada latar belakang yang saling difahami oleh penutur-pendengar atau penulis-pembaca. Dalam penulisan ilmu, variasi bahasa terbinalah yang menjadi asas. Oleh sebab itu, ilmu tidak mungkin dapat diungkapkan dengan bahasa basahan atau yang digunakan dalam suasana yang tidak formal. Penulis ilmu perlu menguasai ragam bahasa yang baku dan juga laras bahasa ilmu. Jelasnya, penulis ilmu perlu menguasai tatabahasa, sistem ejaan, peristilahan dan kosa kata terlebih dahulu supaya bahasa yang digunakan memenuhi ragam baku, iaitu ragam bahasa untuk suasana dan keperluan formal. Bahasa formal ialah bahasa yang digunakan dengan teratur untuk mengungkapkan sesuatu konsep, proses, sifat atau ciri dalam konteks intelektual dan ilmiah. Bahasa formal dikenali juga sebagai bahasa tinggi dan kedudukannya mengatasi dialek atau ideolek. Bahasa formal dianggap sebagai superlek yang harus mempunyai ciri gramatis (betul dari segi nahu), halus (finesse), jitu, intelek dan elitis. Kecemerlangan menjadi peringkat yang dituju. Ini menunjukkan bahawa karya ilmu bukan sahaja cemerlang dalam hal kandungan ilmunya tetapi cemerlang juga dari aspek penyampaian atau bahasanya. 9.2 9.2.1 Ciri Khusus Bahasa Ilmiah Nada Formal

Bahasa ilmiah bukan merupakan dialek, bahasa pasar, bahasa orang yang baru belajar bahasa Melayu, bahasa budak dan bahasa orang yang mengalami gangguan jiwa. Bahasa ilmiah mesti bersifat formal. Oleh itu, setiap fakta atau hujah perlu disampaikan dengan sempurna, iaitu dengan bahasa yang teratur dan cukup jelas. Penulis tidak boleh mengandaikan bahawa pembaca sedia faham atau dapat menduga maksud penulis.

9.2.2

Bersifat Objektif

Selain itu, penulisan ilmiah perlu bersifat objektif, iaitu penulisan mestilah berdasarkan fakta dan kajian. Penggunaan ungkapan seperti pada umumnya, barangkali, mungkin dan sudah tentu adalah tidak wajar. Sebaliknya kita perlu menyatakan sesuatu dengan ungkapan seperti berdasarkan kajian, analisis menunjukkan bahawa dan didapati bahawa supaya tidak timbul keraguan pembaca tentang kesahihan dan ketepatan kajian.

9.2.3

Sudut Pandangan Orang Ketiga

Walaupun bukan syarat, disarankan bahawa penulis menggunakan sudut pandangan orang ketiga, dan mengelakkan penggunaan sudut pandangan orang pertama (diri penulis). Jadi, di sebalik menyatakan Berdasarkan kajian, saya mendapati bahawa disarankan pernyataan seperti berdasarkan kajian, pengkaji mendapati bahawa. Kaedah ini disarankan untuk mengelakkan hubungan yang bersifat personal antara pengkaji dengan pembaca. 9.2.4 Ragam Pasif Neutral

Sungguhpun sudut pandangan orang ketiga boleh digunakan dalam penulisan ilmiah, namun penggunaannya perlu diminimumkan dengan bantuan ragam pasif. Konsep ayat pasif berkaitan dengan penegasan objek ayat, bukan subjek pelaku. Dengan menggunakan ragam ayat pasif, dapat dielakkan penegasan pelaku (penyelidik); sebaliknya yang menjadi fokus ayat ialah objek ayat (kajian). Ragam pasif yang paling sesuai untuk maksud ini ialah ragam pasif neutral, iaitu ragam pasif yang menggugurkan pelaku. Contohnya ragam pasif neutral ialah Data ini dikumpul berdasarkan kaedah soal selidik. 9.2.5 Istilah Khusus

Laras bahasa ilmiah dengan jelas ditandai oleh istilah-istilah khusus menurut bidang tertentu. Setiap istilah perlu ditakrifkan. Selain itu, kata-kata yang dalam penggunaan biasa dapat digunakan secara agak bebas menjadi demikian khususnya dalam tulisan ilmiah. Hal ini bererti bahawa pemilihan kata amat dititikberatkan dalam tulisan ilmiah. 9.2.6 Nada Bersahaja

Dalam tulisan ilmiah perlu dihindari ungkapan yang ekstrim, berlebihan dan emosional. Oleh itu, ungkapan seperti amat mendukacitakan, sayangnya, dan malang sekali, tidak harus muncul dalam tulisan ilmiah. Sesuai dengan wacana pemaparan, tugas

3 penulis ilmiah adalah memaparkan hasil kajiannya, bukan memaparkan sentimen. Oleh itu, ungkapan yang bersifat emosional perlu digugurkan sahaja. 9.2.7 Kata Mubazir

Oleh sebab tulisan ilmiah perlu bersifat tepat, maka kata yang digunakan perlulah yang setepat-tepatnya. Kata mubazir tidak diperlukan. Maksud kata mubazir ialah kata yang tidak berfungsi dan jika ditinggalkan tidak mengurang makna. Dalam tulisan biasa, sering kali penulis menggunakan kata-kata yang sebenarnya berfungsi sebagai hiasan semata-mata. Dalam tulisan ilmiah, kita mengharapkan pembaca cepat menangkap uraian kita. Oleh itu, pembaca tidak perlu diganggu dengan kata-kata yang tidak diperlukan.

9.3

Laras Bahasa

Laras bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud penggunaan sesuatu tahap bahasa atau variasi bahasa oleh penutur. Setiap laras berubah mengikut lokasi atau mengikut orang yang mendengar. Jadi penggunaan sesuatu variasi bahasa terpulang pada pendengar dan situasi tertentu. Setiap laras yang digunakan ada penuturnya. Penutur akan mengubah bahasa atau variasi yang digunakan semata-mata untuk mendapatkan reaksi daripada pendengar. Jadi, ciriciri yang terdapat dalam sesuatu laras ialah cara penyampaian, perhubungan sosial dan peribadi antara yang terlibat, isi yang diperkatakan dan fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa. Antara contoh laras yang mengandungi ciri-ciri tersebut ialah laras lisan, laras sains, laras akademik dan laras agama. Laras Undang-undang Bahasa yang digunakan dalam konteks undang-undang berbeza dengan bahasa yang digunakan dalam konteks yang lain. Laras bahasa undangundang dapat dikenal pasti daripada perkataan mahupun istilah khusus yang digunakan. Contohnya perkataan habeas corpus, locus standi, peguam cara, dan peguam bela. Konteks bahasa yang digunakan dalam bidang perundangan berkisar dengan daerah yang ada kena-mengena dengan masalah yang dikemukakan di mahkamah seperti kes-kes jenayah, kes rogol, kes bunuh dan kes penipuan. Laras Agama Pengaruh agama Islam dan seterusnya penggunaan kata-kata yang dipinjamkan daripada bahasa Arab menyebabkan banyak perkataan dan ayat yang digunakan khusus untuk agama mencerminkan ciri-ciri bahasa

4 tersebut. Gaya bahasanya lebih mirip atau menekankan kisah-kisah nabi, tafsir al-Quran, kitab al-Quran, hadis-hadis. Kesemuanya bertujuan untuk mengukuhkan keimanan umat Islam dalam hal-hal keagamaan. Laras Kejuruteraan Laras kejuruteraan bermaksud ciri-ciri khusus yang terdapat dalam bidang kejuruteraan. Unsur-unsur khusus dalam bidang ini dapat dilihat melalui kata-kata, istilah dan ayat tertentu. Kata-kata dalam bidang kejuruteraan elektronik berbeza daripada kejuruteraan mekanikal ialah pembetulan penjajaran (alignment) dan pengimbangan roda (wheel balancing). Laras Politik Laras politik memperlihatkan pemakaian bahasa khusus untuk bidang politik. Penggunaan bahasa, tekanan atau nada suara, kata atau ayat yang digunakan bertujuan menarik perhatian pendengar dan pembaca. Dalam ceramah, penceramah akan menggunakan dialek tempatan supaya pendengar dapat memahami apa-apa yang hendak disampaikan, menaikkan atau menurunkan suara semasa berucap atau menyatakan sesuatu agar mereka yang mendengar terpesona, percaya kepada penceramah atau mungkin menerima sahaja apa-apa yang disampaikan. Laras politik digunakan semasa berpolitik atau digunakan oleh orang tertentu yang ingin berpolitik. Laras Akademik Laras bahasa akademik atau ilmiah mempamerkan bahasa yang bersifat objektif, konkrit, mempunyai fakta atau maklumat yang lengkap dan bukti nyata. Konkrit atau data bermaksud sesuatu yang boleh diterangkan apabila diperlukan dan apabila berlaku ketidaktentuan dalam penganalisisan data, ketidaktentuan boleh dibuktikan dengan jelas. Laras Iklan/ Perniagaan. Laras bahasa ini berbeza daripada laras biasa. Laras ini tidak mementingkan aspek tatabahasa. Sebaliknya, ia mementingkan penyampaian mesej kepada pengguna atau pelanggan dan menjimatkan wang. Semua iklan sama ada berbentuk tender, jawatan kosong, notis dan keluaran barangan. Bagi iklan yang berkaitan dengan keluaran produk jualan, perkataan-perkataannya dipilih bagi menggambarkan kehebatan produk yang dikeluarkan seolah-olah jenama lain tidak dapat menandinginya. Laras Media Massa Bahasa media massa ialah bahasa yang digunakan dalam bidang berita dan penyiaran. Bahasa yang disiarkan dalam surat khabar, majalah, radio atau televisyen. Faktor ruang dan masa menyebabkan bahasa yang digunakan ringkas dan padat hingga kadang-kadang mengabaikan aspek tatabahasa. Apabila sesuatu berita dilaporkan dalam akhbar misalnya, terdapat format

5 khusus yang digunakan, iaitu maklumat tentang tempat dan hari berita itu berlaku. Sekiranya laporan itu dipetik daripada sumber tertentu, misalnya agensi berita luar negara, maka nama agensi itu dicatat pada bahagian akhir laporan itu seperti Reuters atau UPI. Laras Sastera Laras sastera memberi penekanan terhadap soal pemilihan kata, penyusunan kata, pengulangan kata, pembinaan ayat, rentak sesebuah ayat, kata kiasan dan segala liku lain dalam penggunaan bahasa. Bahasanya kreatif dan indah. Kadang kala terdapat penyimpangan dari aspek tatabahasa. Penyimpangan ini harus dilihat sebagai unsur relatif dan menampilkan kepengarang memanipulasi bahasa.

9.4

Format dan Protokol dalam Penulisan Ilmiah

Format dan protokol dalam penulisan perlu diberi keutamaan memandangkan pemahaman kepada prosedur-prosedur tersebut membolehkan seseorang pelajar dapat menghasilkan mutu penulisan dengan baik. Dalam unit ini, pelajar akan didedahkan tentang perkara-perkara asas dalam prapenulisan ilmiah seperti membuat skop atau bidang penulisan, pemilihan tajuk, pembinaan kerangka, pengumpulan maklumat, pemilihan dan penggunaan kosa kata, contoh-contoh laporan dan cara-cara menulis rujukan dan bibliografi. Dengan pendedahan ini diharapkan pelajar dapat menguasai kemahiran tersebut dengan baik dan seterusnya dapat mengaplikasikannya dalam penulisan yang berbentuk ilmiah seperti melaporkan aktiviti, menghasilkan kertas projek, wacana ilmiah dan menghasilkan penyelidikan. Berkaitan dengan tujuan melaporkan aktiviti, jenis penulisan yang sesuai ialah laporan dan minit mesyuarat. Untuk tujuan merancang projek pula, jenis penulisan yang sesuai ialah kertas kerja projek dan kertas cadangan manakala untuk tujuan penyelidikan, jenis penulisan ialah tesis, disertasi dan latihan ilmiah. Seterusnya untuk mencapai tujuan wacana ilmiah, bentuk penulisan yang boleh dilakukan ialah kertas kerja, seminar, esei dan artikel. 9.4.1 Penentuan Topik

Ruang lingkup Ruang lingkup merupakan batasan atau had yang hendak dicakup dalam sesebuah penulisan. Ruang lingkup digunakan untuk menentukan kepanjangan sesuatu penulisan dan untuk menentukan skop yang hendak diliputi oleh seseorang pengarang. Kebiasaannya ruang lingkup bersifat lebih khusus yakni menjurus kepada apa-apa yang hendak dibincangkan dalam sesuatu penulisan. Penentuan ruang lingkup atau bidang sangat penting kerana ia dapat menentukan tajuk sesuatu penulisan. Ruang lingkup penulisan merupakan perkara pertama yang perlu difikirkan oleh seseorang pengarang

6 sebelum melakukan aktiviti mengarang memandangkan daripada ruang lingkuplah dapat ditentukan perincian tajuk-tajuk tertentu yang terkandung di dalam sesuatu ruang lingkup tersebut. Jumlah perkataan dan ayat. Susah senang sesuatu perkataan juga ditentukan oleh saiz atau panjang pendeknya. Perkataan yang pendek, dikatakan lebih senang untuk diberikan maknanya daripada perkataan yang panjang. Oleh itu, semakin banyak perkataan yang panjang, semakin susah sesuatu teks itu dibaca. Audiens Dalam menghasilkan sesuatu penulisan, seseorang pengarang mesti mengambil kira aspek audiens yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan perbezaan umur. Sesuatu penulisan yang berjaya akan mengambil kira banyak faktor antaranya faktor perkataan. Pengarang harus menggunakan perkataan-perkataan yang selalu digunakan dan kerap kali ditemui semasa membaca akan lebih senang difahami oleh audiens. Oleh itu, pengarang perlu memastikan bahawa perkataan yang digunakan mestilah perkataan yang mudah dan tepat supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan audiens atau pembaca. Selain itu, pengarang juga harus mengambil kira aspek keperluan atau memenuhi cita rasa audiens. Pengarang mestilah memahami naluri atau kehendak audiens yang pelbagai. Umpamanya bagi golongan remaja, seseorang pengarang harus menggunakan pendekatan yang sesuai supaya dapat menarik perhatian remaja untuk mengikuti penulisan pengarang. Antara langkah yang sesuai ialah kenal pasti minat dan kecenderungan mereka, kenal pasti masalah mereka, kenal pasti penyelesaian kepada masalah mereka. Selepas mengenal pasti aspek-aspek tersebut, barulah difikirkan bahan-bahan penulisan yang sesuai untuk mereka. Dengan cara ini sahajalah, maka penulisan pengarang dapat diterima oleh golongan remaja. 9.4.2 Pemilihan Tajuk

Pemilihan tajuk adalah sama pentingnya dalam menghasilkan skop kajian. Kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain dalam menjelaskan tafsiran atau kekaburan sesuatu penulisan yang hendak dihasilkan. Dengan pemilihan tajuk yang sesuai, pelajar dapat mengumpul data atau maklumat yang tepat bagi menyelesaikan persoalan sebenar bagi sesuatu tajuk yang dibincangkan. Tajuk mestilah ditulis dengan ringkas. Kebiasaannya tajuk tidak melebihi 15 patah perkataan dan dapat menggambarkan apa-apa yang hendak dihuraikan serta dapat menggambarkan skop penulisan. Tajuk juga tidak boleh diletakkan tanda noktah. Selain itu tajuk mestilah dapat menggambarkan isi penulisan secara keseluruhannya. Sebagai contoh, tajuk yang dipilih ialah Kesan penagihan Dadah dalam Masyarakat maka daripada tajuk tersebut, pengarang akan dapat mengumpul data atau maklumat yang

7 berkaitan seperti keruntuhan rumahtangga, masalah jenayah, kos tanggungan kerajaan yang tinggi dan sebagainya. 9.4.3 Pengumpulan Maklumat

Pengumpulan maklumat terbahagi kepada dua, iaitu maklumat yang telah tersedia dalam jurnal, akhbar dan internet serta maklumat yang diperoleh melalui kajian. Antara jurnal yang mengandungi sumber maklumat yang baik ialah Dewan Bahasa, Dewan Sastera, Dewan Masyarakat, Readers Digest, News Week dan Dewan Siswa. Antara akhbar yang baik untuk dibaca ialah Berita Harian, Utusan Melayu, Utusan Malaysia, News Straits Times dan The Star. Untuk laman web pula, maklumat-maklumat boleh dikumpulkan melalui web CT dan web Mail. Sumber maklumat yang dikumpulkan itu dipilih supaya sesuai dengan wadah sesuatu penulisan. Berdasarkan sesuatu tajuk yang akan ditulis oleh pengarang, maka langkah permulaannya ialah dengan mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai tajuk berkenaan yang boleh diperoleh dari sumber yang telah dinyatakan. Peringkat seterusnya, setelah memperoleh maklumat penulis harus melakarkan kerangka supaya maklumat dapat disusun dengan baik bagi melahirkan penulisan yang jitu. Sebagai contoh tajuk yang dipilih ialah Sistem Meritokrasi di IPT, maka seseorang penulis harus mendapatkan sumber maklumat yang terperinci dan pelbagai seperti masalah yang dihadapi oleh pelajar Bumiputera, mengapa kerajaan ingin melaksanakan sistem tersebut, keberkesanan sistem kepada pelajar bumiputera, cabaran dan harapan di IPT, pandangan ahli-ahli akademik dan masyarakat, pandangan kaum-kaum lain dan sebagainya. Kesemua persoalan ini perlu dilengkapi oleh seseorang pengarang supaya mutu esei yang hendak ditulis benar-benar jitu dan mantap. 9.4.4 Pembinaan Kerangka

Pembinaan sesuatu kerangka penulisan harus mengandungi latar belakang atau pendahuluan, diikuti oleh pembinaan isi dan diakhiri dengan penutup. Kerangkakerangka tertentu mesti dibina oleh seseorang penulis dalam menyediakan laporan, minit mesyuarat, tesis dan wacana ilmiah. Fakta-fakta yang telah dikumpulkan semasa aktiviti pengumpulan maklumat harus disusun supaya penulis dapat membentuk satu idea yang menjadi inti pati kepada sesuatu penulisan. Idea itu perlu diperincikan dengan membentuk tajuk, sub tajuk dan tajuk kecil bagi menghasilkan kerangka kasar sesebuah penulisan. Jika kaitannya tidak jelas, fakta-fakta itu harus dibuang atau diberi tumpuan yang lebih supaya kaitannya menjadi jelas. Kerangka-kerangka tertentu dalam penulisan ilmiah adalah pelbagai bergantung kepada jenis penulisan yang hendak ditulis oleh seseorang pengarang. Berikut dinyatakan kerangka-kerangka yang perlu dimasukkan dalam sesuatu penulisan ilmiah.

8 ii.Kertas Kerja Projek atau Kajian i. Kertas Kerja Seminar Tajuk Nama penceramah Nama institusi Abstrak (Sinopsis/Ringkasan) Pengenalan Perkaedahan Keputusan Perbincangan Rujukan Lampiran Tajuk Rasional Objektif/ Matlamat Jangka masa yang diperlukan Kumpulan sasaran Andaian-andaian halangan yang mungkin timbul semasa menjalankan kajian atau projek Kewangan-perbelanjaan yang diperlukan Penubuhan jawatankuasa Menentukan jadual tugas Pelaksanaan Pengenalan - Tugas menyediakan laporan - Tujuan - Skop - Batasan - Latar Belakang Sejarah - Sumber dan kaedah mengumpul data - Definisi Badan Laporan Penutup Bahagian sesudah laporan Pengakuan Penghargaan Abstrak Kandungan (Lihat Lampiran) Senarai jadual Senarai rajah Senarai singkatan Pendahuluan Tinjauan Terhadap Kajian Berkaitan Metodologi Kajian Hasil Kajian dan Perbincangan Penutup Rujukan

iii. Kandungan Laporan Sebenar

iv.

Tesis/ Latihan Ilmiah

9 Lampiran (jika ada)

Dengan adanya pembentukan kerangka kasar, aktiviti penulisan seterusnya ialah fasa pengemaskinian kerangka dari segi penambahan fakta dan penyusunannya secara logik atau secara kronologi. Pengumpulan fakta secara logik ialah menyusun fakta berdasarkan sesuatu ciri yang sesuai. Contoh, kita boleh menyusun fakta secara meletakkan maklumat yang paling asas pada bahagian awal penulisan dan yang lebih terperinci pada bahagian terakhir. Prinsip ini ialah prinsip segi tiga terbalik dengan meletakkan fakta-fakta utama, iaitu fakta-fakta yang menepati idea pokok pada sudut asas. Fakta yang kurang penting secara relatif dijadikan subtajuk. Subtajuk ditambah bagi mengembangkan idea dan mengembangkan penulisan.

9.4.5

Pemilihan dan Penggunaan Kosa Kata

Kosa kata bersinonim dengan perbendaharaan kata dan leksikon. Kosa kata ialah perkataan yang biasa digunakan dan mempunyai makna yang diketahui ramai dan boleh digunakan untuk merujuk pada setiap benda, perbuatan, sifat dan lain-lain.Sebagai rumusan dapat dijelaskan bahawa kosa kata ialah khazanah kesatuan bunyi yang mempunyai makna.Dalam penulisan, pemilihan kosa kata merupakan aspek yang sangat penting bagi menentukan ketepatan makna sesuatu perkataan. 9.4.6 Senarai Rujukan dan Nota Rujukan

Senarai rujukan ialah bahan khusus yang menyokong sesebuah kertas kerja. Setiap rujukan yang dinyatakan dalam teks hendaklah dicatat dalam senarai rujukan. Bibliografi pula ialah nama buku-buku yang menjadi panduan yang mencatatkan bahan kerja yang menjadi latar belakang atau untuk bacaan lanjut. Nota rujukan ialah catatan bahan atau kerja yang sukar diperoleh. Sebagai contoh, laporan yang terhad sahaja. 9.4.7 Menulis Rujukan

Rujukan atau bibliografi merupakan perkara yang penting dalam menulis atau menghasilkan sesuatu penulisan ilmiah. Jika sesuatu penulisan banyak merujuk buku, bahan berkala dan akhbar, perlulah disenaraikan bahan rujukan tersebut pada bahagian akhir penulisan yakni selepas membuat kesimpulan atau penutup. Terdapat beberapa sistem yang boleh digunakan untuk menulis senarai rujukan atau bibliografi. Antara sistem tersebut ialah: a. b. American Psychological Association (APA) Modern Language Association (MLA)

10 c. Modern Humanity Research Association (MHRA)

Contoh penulisan senarai rujukan buku mengikut sistem APA adalah seperti yang berikut: Ahmad Khair Mohd. Nor (2003). Pengantar sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Nama Pengarang

Tahun terbitan

Tajuk buku

Truggill, Peter (1996). Sosiolinguistics: An introduction to language and society. London: Viking Penguin. Tempat terbitan Nama Penerbit

Penulisan Senarai Rujukan dan Bibliografi disesuaikan mengikut Panduan Penulisan Disertasi yang telah disediakan oleh Pusat Pengajian Siswazah UPSI. Rujukan atau bibliografi perlu dimulakan di muka surat baharu, ditulis menggunakan saiz 12 huruf Times New Roman, disusun secara urutan abjad berasaskan abjad pertama nama penulis, perlu ditaip tanpa langkauan (single spacing) dan santak kiri dan kanan (justify). A. Buku Seorang Penulis

Asmah Haji Omar (2002). Setia dan santun bahasa. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. . Seorang penulis dan beberapa buah bukunya digunakan sebagai rujukan perlu disusun secara kronologi (mengikut tahun) Abdullah Hassan (1974). The morphology of Malay. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan (1992). Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

11 Seorang penulis dan beberapa buah bukunya yang telah diterbitkan pada tahun yang sama digunakan sebagai rujukan perlu disusun tajuk bukunya mengikut turutan abjad dan dilabelkan dengan huruf a, b, c dan seterusnya pada tahun seperti berikut:

Gumperz, J. (1982a). Discourse strategies. Cambridge: Cambridge University Press. Gumperz, J. (1982b). Language and social identity. Cambridge: Cambridge University Press. Dua orang penulis

Sulaiman Masri dan Razali Ayob (2002). Komunikasi kewartawanan. Kuala Lumpur: Utusan Publication. Tiga hingga enam orang penulis

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood (1996) Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lebih daripada enam orang penulis

Abu Hassan Abdul, Ahmad Khair Mohd. Nor, Hamid Awang, Husna Faredza Mohd Redzwan, Idris Mohd Radzi, Khairul Azam Bahari, et al. (2003). Bahasa Melayu Profesional. Kuala Lumpur: Cetakrapi Sdn. Bhd. Buku yang diedit.

Davis, S. (Ed.). (1991). Pragmatics. Oxford: Oxford University Press. Buku yang diterjemah

Palmer, F.R., (1989). Semantik (Abdullah Hassan, Terjemah). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. (Karya asli diterbitkan 1976). Rujukan tersebut bermaksud karya asli diterbitkan pada tahun 1976 dan ditulis oleh Palmer, F.R. Buku tersebut diterjemah oleh Abdullah Hassan, diberi judul Semantik dan diterbitkan pada tahun 1989 oleh Universiti Sains Malaysia. Buku keluaran institusi atau organisasi.

12 Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan V. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Artikel atau Bab yang ditulis seseorang dalam buku yang diedit oleh orang lain.

Bailey, K. (1983). Competitiveness and anxiety in adult second language learning: Looking at and through the diary studies. Dalam Seliger, H. & Long, M. (Ed.) Classroom oriented research in second language acquisition (m.s. 67-103). Rowley: Newbury House. Rujukan tersebut bermaksud artikel atau bab yang ditulis oleh Bailey, K. terdapat dalam buku yang diedit oleh Seliger, H. dan Long, M. dalam muka surat 67 hingga 103. B. Artikel dalam jurnal Hassan Ahmad (1999). Dasar bahasa dan pembangunan negara di Malaysia. Dalam Dewan Bahasa, 43(9), 783-797. Rujukan tersebut bermaksud artikel yang ditulis oleh Hassan Ahmad terdapat dalam jurnal Dewan Bahasa Jilid 43 Bulan September pada muka surat 783 hingga 797. (Perhatian: Jilid 43 dicondongkan, nombor 9 tidak dicondongkan) C. Artikel dalam jurnal elektronik Kerin, J. (2000). Doctors from teen novel approach [Electronic version]. The Australian, 4. Diperoleh pada November 20, 2001 daripada http://www.the australian.com.au. D. Artikel daripada internet tetapi bukan daripada jurnal elektronik Sinclair, J.M. (1996). Preliminary Recommendations on Corpus Typology. Diperoleh pada Ogos 18, 2004 daripada http://www.ilc.cnr.it/EAGLES96/texttyp/texttyp.html. Jika tiada penulis Creative thinking (2004). Diperoleh pada Ogos 20, 2004 daripada http://www.virtualsalt.com/crebook2/html E. Artikel dalam akhbar Fazli Abdullah (2005,April 5). Boleh ambil pekerja asing. Berita Harian, 1 & 8.

13 Jika tiada penulis Boleh ambil pekerja asing. (2005,April 5). Berita Harian, 1 & 8. F. Artikel dalam majalah bulanan Zaidi Mohamad (2001, Jun). Kecemerlangan Akademik. Dunia Pendidikan, 17-20. G. Artikel dalam majalah mingguan Vygotsky, L. (2002, Ogos 4). Mind in Society. Newsweek, 100, 76-80. H. Tesis atau Disertasi Mohd. Rain Shaari (2003). Perilaku morfo-sintaksis imbuhan meN-kan: Analisis data korpus berkomputer. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. I. Prosiding Persidangan Seri Lanang Jaya Haji Rohani (2004) Memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan. Dalam Prosiding Seminar Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu Tafsiran Sukatan Pelajaran Baharu Universiti Pendidikan Sultan Idris (m.s. 69-78). Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. 9.4.8 Membuat Petikan atau Kutipan Teks

Penggunaan rujukan atau penyisipan kutipan melalui pendokumentasian dalam penulisan teks ilmiah merupakan kaedah yang paling berkesan digunakan oleh penulis mengemukakan fakta dan menyokong hujah-hujahnya. Malah, pendokumentasian yang teliti memberi maklumat yang boleh digunakan oleh pembaca untuk menilai karya dan kesimpulan yang dibuat oleh penyelidik. Sumber sesuatu data dimuatkan dalam teks agar maklumat yang digunakan oleh penyelidik itu boleh dipertanggungjawabkan. Selain itu, pembaca mungkin dapat mendalami sesuatu aspek daripada kajian itu, bahkan ia boleh berbuat demikian jika terdapat pendokumentasian yang penuh dalam karya itu. Yang berikut ialah panduan yang boleh digunakan dalam pendokumentasian: A. B. Petikan Langsung Petikan Tidak Langsung

14 A. Petikan Langsung

Petikan langsung ialah petikan yang diambil sepenuhnya daripada sesuatu rujukan tanpa melakukan sebarang perubahan, khususnya pada perkataan-perkataan asal rujukan itu. Biasanya, kutipan langsung ditulis dalam satu baris. Jika kutipan lebih daripada satu baris sesuatu rujukan itu hendaklah diindentkan. Selain itu, nama pengarang dan tahun diterbitkan karya itu mesti disertakan. Petikan langsung yang panjang ditaip seperti yang berikut: Sebagai kesimpulan, laporan hasil penelitian morfologi dan sintaksis bahasa Musi ini telah ditemukan masalah teoritis tertentu yang mungkin dapat dibahas dalam penelitian bahasa Musi selanjutnya, misalnya masalah imbuhan dan sekaligus menyangkut masalah reduplikasi bahasa Musi (R.M. Arif, 1985:117). Jikalau nama pengarang merupakan sebahagian daripada ayat, maka tahun karya tersebut diterbitkan hendaklah diletakkan di dalam kurungan, misalnya: Smith (1993) menjelaskan bahawa Sebaliknya jikalau nama pengarang bukan sebahagian daripada ayat, maka nama pengarang dan tahun terbitan diletakkan di dalam kurungan. Contohnya: Dalam penyelidikan yang lalu (Raman,1990) digambarkan penyelidikan yang pertama itu sebagai Jikalau merujuk kepada sesuatu karya yang ditulis oleh dua orang, maka keduadua nama pengarang itu hendak ditulis, misalnya: Ahmad Mahfoz (1973) dan Ismail Ayob (1993) mencadangkan supaya Jikalau merujuk sesuatu karya yang ditulis oleh tiga orang atau lebih, maka nama pengarang pertama itu hendaklah diikuti dengan et al. Tetapi dalam bibliografi, semua nama pengarang hendaklah dinyatakan. Misalnya: Nawi Abu Daud et al. (1989) mendapati bahawa tujuan analisis regresi adalah untuk menghubungkan secara matematik satu angkubah y dengan angkubah x. Jikalau pengarang yang sama telah menerbitkan dua buah karya atau lebih pada tahun yang sama, maka setiap karya yang dirujuk hendaklah ditulis tahun karya itu diterbitkan dengan diikuti oleh huruf kecil (a,b,c,dsb) serta kelainan rujukan tersebut hendaklah ditulis juga dalam bibliografi. Misalnya: Raman (1990a:90) menyatakan bahawa

15

Raman (1990b:25) mendapati bahawa 75% tenaga kerja dalam Projek i. Yang berikut ialah contoh yang boleh digunakan dalam pendokumentasian. Petikan yang memerikan atau membincangkan penulisan atau kata-kata oleh seseorang atau penulis lain. Contohnya: Salah satu masalah umum yang dihadapi oleh negara-negara baru muncul ialah sempadan politik negara-negara tersebut tidak selaras dengan unitunit etnik-kebudayaan yang sedia ada (Fishman,1986:6). Penyelidikan seperti ini banyak sekali terdapat, antaranya termasuklah penyelidikan oleh Gumperz (1964) Noraishah Noraihan (1998) telah menulis

ii.

Petikan yang menyampaikan maklumat atau pendapat bagi menambahkan maklumat sedia ada. Pemaparannya perlu memperlihatkan kesinambungan idea penulis. Contohnya: Perkara ini jelas timbul, misalnya dalam penulisan-penulisan Mills (1939) dan Hertzler (1953), dan juga dalam perbincangan mengenai konsep linguistic relativity oleh Whorf dan Sapir. Dell Hymes (1968:24) dalam sebuah makalah telah mendefinisikan bidang sosiolinguistik sebagai; sesuatu aktiviti antara disiplin, apabila ahli-ahli sosiologi, antropologi dan falsafah memainkan peranan masing-masing tetapi peranan yang penting ialah yang disumbangkan oleh ahli-ahli linguistik. Definisi tersebut diperincikan lagi oleh Hymes (1966:121) dengan menyatakan bahawa, Sosiolinguistik ialah bidang yang mengkaji perlakuan bahasa dari segi hubungan antara latar, peserta, tajuk perbincangan, fungsi sesuatu interaksi, bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan terhadap sesama sendiri. Fishman (1968:67) memfokuskan bidang sosiolinguistik sebagai bidang yang mengkaji ciri-ciri variasi bahasa, ciri-ciri fungsi variasi-variasi ini dan ciri-ciri penutur yang menggunakannya apabila ketiga-tiga unsur ini berinteraksi, berubah dan mengubah satu sama lain dalam sesuatu masyarakat bahasa.

16 iii. Sekiranya terdapat persetujuan pendapat dalam beberapa karya, anda boleh membantu pembaca melihat persetujuan pendapat itu dengan menggunakan frasa seperti: iv. Untuk menyatakan persetujuannya dengan pendapat Liaw Yok Fang, Asmah (1998) telah menulis Hazim Syahir (1989) sependapat Begitu juga, Hazim Syahir (2000) mencadangkan Penemuan Liz (1999) berbanding dengan Hazim Syahir (1999) menyokong penyelidikan Abu Syaf (1982)

Terdapat percanggahan pendapat dalam beberapa karya yang dirujuk, anda dapat membantu pembaca dengan menggunakan frasa seperti yang berikut: Sebaliknya Bertentangan dengan Penemuan Sri Maniam (1985) bertentangan dengan Walau bagaimanapun, bukan semua penyelidik sependapat dengan Sri Maniam, Zain Mansor (1997) mendapati bahawa Kajian-kajian yang berkonflik (Wijaya, 1997 dan Fauziah, 1998) mencadangkan bahawa Ulasan karya bertulis telah memperlihatkan penemuan yang berkonflik: Zubaidah (1982) berhujah

v.

Kaedah menyisipkan petikan langsung ke dalam teks: Jika petikan yang diambil itu pendek, iaitu kira-kira dua belas patah perkataan, maka petikan itu hendaklah dimasukkan terus ke dalam teks yang ditandai dengan membubuhkan tanda petikan tunggal (single quatation marks) pada awal dan akhir petikan tersebut. Contoh: tugas jawatankuasa itu tidak lain tidak bukan adalah untuk mengkaji semula matlamat dan kesan sistem pendidikan sekarang termasuk kurikulumnya (Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, 1979:1)

17 Jika petikan yang disisipkan itu panjangnya melebihi empat puluh patah perkataan, cara menyisipkan petikan tersebut adalah seperti yang berikut: a) petikan dimulakan dengan baris baharu dan diinden 1 cm ke tengah dari birai kiri dan birai kanan. b) ditaip dengan langkau satu c) tidak memerlukan tanda petikan d) Sumber petikan perlu dinyatakan jika sumber tersebut tidak dijelaskan sebelum petikan dilakukan. e) Mulakan petikan dengan ayat baharu. Jika petikan dikutip pada bahagian tengah ayat maka petikan itu perlu dimulai dengan tanda tiga titik () sebelum perkataan pertama petikan. B. Petikan Tidak Langsung

Petikan tidak langsung ialah sesuatu idea orang yang terlebih dahulu diolah menurut perkataan sendiri. Misalnya: Menurut Ayob Ravi (1996:54), orang-orang Papua lebih terikat dengan konsep akhirat, agama dan perkara ghaib, manakala orang Musi, menurutnya, bersifat pragmatik. Dalam contoh pendokumentasian di atas, yang dinyatakan ialah nama pengarang, tahun diterbitkan karya dan di mana halaman petikan itu diambil: Ayob Ravi (1996:54). Tahun penerbitan ialah 1996 dan halaman petikan itu ialah muka surat 54. Dengan kaedah pendokumentasian demikian, penggunaan nota kaki tidak diperlukan lagi; bahkan mengikut trend sekarang, nota kaki hanya digunakan untuk membuat penerangan lanjut akan sesuatu konsep, idea atau istilah, dan bukan untuk pendokumentasian. Namun begitu, dalam penulisan buku teks khususnya, penggunaan nota kaki (bagi menyatakan rujukan atau pendokumentasian) masih diamalkan kerana teknik pengeluaran buku berbeza daripada penerbitan penyelidikan atau penulisan ilmiah; tambahan pula pembaca (audience) bagi kedua-dua jenis penulisan tersebut berbeza.

18 Lampiran ISI KANDUNGAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN BAB I PENDAHULUAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 BAB II BAB III Pengenalan Masalah Kajian Tujuan Kajian Soalan Kajian Kepentingan Kajian Batasan Kajian Kaedah Kajian Definisi Kajian 1 1 1 2 3 3 4 5 7 Halaman i ii iii iv v vii viii ix x

TINJAUAN TERHADAP KAJIAN BERKAITAN METODOLOGI KAJIAN 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Pendahuluan Reka Bentuk Kajian Prosedur Kajian Prosedur Pengumpulan Data Prosedur Penganalisisan Data

16 16 17 18 19 21 40 49

BAB IV BAB V RUJUKAN LAMPIRAN

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN PENUTUP

You might also like