You are on page 1of 21

BMM3109

PGSRBM08

BAB 1
PENGENALAN
Komunikasi yang berkesan ialah satu proses apabila penutur dapat menyalurkan maklumat dengan menggunakan bahasa yang betul dan tepat. Sehubungan dengan itu, sebagai pengguna bahasa kita mestilah dapat menguasai bidang morfologi dengan baik. Morfologi ialah satu bidang yang mengkaji tentang struktur, bentuk dan penggolongan kata. Penguasaan ilmu dalam bidang ini dapat membantu kita untuk menggunakan bahasa Melayu dengan lebih berkesan terutama dalam penulisan dan berinteraksi. Pembentukan kata dalam sesuatu bahasa itu merupakan proses penyusunan morfem berdasarkan peraturan morfologi. Pembentukan perkataan pula melibatkan pengimbuhan yang menghasilkan kata terbitan melalui proses perluasan kata dasar yang secara tidak langsung menyusun dan membentuk sistem ejaan bahasa itu sendiri.

Berdasarkan Program Pengsiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) BMM 3109, tugasan ini telah memfokuskan kepada penghasilan nota dan grafik berkaitan dengan morforlogi. Rangkuman morfologi yang meliputi analisis bahan media elektronik dan bercetak mengenai penggolongan kata, pembentukan kata mengenai sistem ejaan baharu, serta imbuhan dalam Bahasa Melayu. Diharapkan agar pada akhir tugasan projek ini, pengkaji dapat menghuraikan dan menghasilkan maklumat yang berkaitan morfologi bahasa Melayu selain menganalisis pembentukan perkataan bahasa Melayu mengenai Sistem Ejaan Perkataan Baharu, menganalisis dan membanding beza imbuhan menggunakan petikan teks juga mendapatkan maklumat dan mengklasifikasikan golongan kata bahasa Melayu menggunakan bahan media elektronik dan cetak.

Berdasarkan tugasan kerja kursus BMM3109, kajian dan eksplorasi lebih tertumpu kepada aspek morfologi iaitu mengenai struktur, bentuk dan penggolongan kata. Selain itu, tugasan kerja kursus ini memerlukan pengkaji menganalisis bahan tugasan yang berkaitan dengan bidang morfologi yang perlu dirungkaikan dalam bentuk ilmiah. Tugasan ini juga memberikan ruang untuk pengkaji mengetahui, memahami dan mengambil intipati yang berguna untuk diaplikasikan semasa pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pengalaman ini sebenarnya menyegarkan semula pengetahuan sedia ada pengkaji dan memberi banyak input berguna sebagai bekalan yang mantap kepada perjalanan seorang pendidik.

BMM3109

PGSRBM08

1.1 OBJEKTIF KAJIAN Diharapkan agar pada akhir tugasan projek ini, pengkaji dapat menghuraikan dan

menghasilkan maklumat yang berkaitan morfologi bahasa Melayu selain menganalisis pembentukan perkataan bahasa Melayu mengenai Sistem Ejaan Perkataan Baharu, menganalisis dan membanding beza imbuhan menggunakan petikan teks juga mendapatkan maklumat dan mengklasifikasikan golongan kata bahasa Melayu menggunakan bahan media elektronik dan cetak. Rumusannya, semoga pengkaji dapat ; i. ii. Melengkapkan diri dengan pengetahuan dan konsep asas dalam bidang morfologi. Mengklasifikasikan golongan kata bahasa Melayu menggunakan bahan media elektronik dan cetak iii. Menghuraikan secara terperinci mengenai pembentukan perkataan bahasa Melayu mengenai Sistem Ejaan Perkataan Baharu, iv. Mengkaji, menganalisis dan membanding beza imbuhan menggunakan petikan teks yang sesuai.

1.2 DEFINISI KONSEP Sebelum kita menelusuri lebih jauh kajian dan tugasan ini, takrifan ringkas tentang morfologi dan sub-sub tajuk adalah sebagai pengetahuan dan juga pemahaman untuk lebih memahamani aspek yang akan dibincangkan dan dihuraikan. Morfologi merupakan antara cabang linguistik yang mengkaji struktur pembentukan kata. Tatabahasa Dewan edisi baharu mendefinisikan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Kamus Dewan Ediisi Ketiga menjelaskan pengertian morfologi sebagai kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan. Hockett ( 1958 ) mendefinisikan morfologi sebagai unsur terkecil yang mengandungi makna dalam tuturan sesuatu bahasa. Kajian tentang morfologi bermula di Eropah pada awal kurun ke-19.

Menurut Abdullah Hassan (2009:117) menyatakan bahawa morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Menurut beliau, kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan. Nik Safiah Karim(2009:43) menyatakan bahawa morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata. Kamus Linguistik (1997:162) memberi takrifan kepada morfologi iaitu cabang tatabahasa yang mengkaji stuktur, bentuk dan golongan kata.

BMM3109

PGSRBM08

Secara literalnya, definisi morfologi ialah satu bidang lingusitik dan cabang tatabahasa yang memperincikan bagaimana kata itu dibentuk tidak kira daripada segi struktur, Unsur yang membentuk perkataan ialah

pembentukan kata mahupun penggolongan kata. morfem dan juga kata.

Morfem dan kata adalah unsur bahasa yang digunakan untuk

mengkaji cara-cara membentuk kata. Morfem ialah unsur atau unit bahasa yang terkecil mempunyai makna atau fungsi tatabahasa. Menurut Nik Safiah Karim (2009: 43) menyatakan bahawa morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Contohnya perkataan rumah, bangku, kantin adalah morfem bebas yang tidak dapat dijadikan morfem yang lebih kecil lagi. Selain itu, unsur lain seperti nya, -kah, -pun, ber-, an pula adalah morfem terikat. Unsur ini tidak bermakna, namun jika dilihat dari aspek tatabahasa ia berfungsi dan ia juga dikenali sebagai morfem. Kata pula ialah morfem bebas yang tidak dapat dijadikan unsur yang lebih kecil lagi. mempunyai makna. Kata adalah unsur terkecil yang Perkataan ini adalah

Contohnya, ketawa, cinta, tabung dan buku.

sesuatu yang bermakna dalam bahasa Melayu. digunakan bagi membentuk perkataan lain.

Kata juga adalah unsur bahasa yang

1.3 BIDANG KAJIAN Tugasan kerja kursus BMM3109 ini berfokus kepada kajian morfologi dalam bahasa Melayu sahaja. Skop eksplorasi dan juga tugasan ialah mengenai bidang lingkup morforlogi yang berkisar dalam aspek struktur, bentuk dan penggolongan kata Selain itu, analisis yang

dibuat berdasarkan ilmu morfologi berkenaan pembentukan perkataan bahasa Melayu mengenai sistem ejaan perkataan baharu dan imbuhan menggunakan petikan teks yang sesuai. Tugasan ini juga menggunakan pengetahuan bidang morfologi yang ada untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Luar daripada lingkungan perkara ini tidak dibincangkan atau dihuraikan dalam tugasan projek ini. 1.4 KAEDAH KAJIAN Kaedah yang digunakan dalam kajian secara keseluruhannya ialah kaedah kepustakaan. Pelajar mencari bahan ilmiah melalui akses kendiri dengan menggunakan pelbagai sumber rujukan seperti buku-buku rujukan, jurnal, artikel mahupun capaian laman sesawang. Kolaborasi bersama pensyarah dilakukan secara berkala agar tugasan dapat dilaksanakan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan. Selain itu, perpustakaan sebagai punca

utama sumber rujukan untuk mencari buku-buku rujukan yang berkaitan dengan kajian ini

BMM3109

PGSRBM08

BAB 2
MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Morfologi merupakan cabang linguistik yang mengkaji struktur pembentukan kata. Tatabahasa Dewan menyatakan bahawa morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses

menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

ASPEK MORFOLOGI

STRUKTUR KATA
Susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna

BENTUK KATA
Rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

PENGGOLONGAN KATA
Rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Grafik 1 : MORFOLOGI Apabila menyentuh tentang disiplin morfologi, unsur yang membentuk kata perlu difahami, iaitu morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga, tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Morfem terbahagi kepada dua jenis, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh, perkataan sekolah dan laut ialah morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam bersekolah dan an dalam lautan ialah morfem terikat, oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar. Perkataan /berlari/ terdiri

daripada dua morfem, iaitu awalan /ber-/ yang menjadi morfem terikat dan kata dasar /lari/ yang merupakan morfem bebas, iaitu dapat berdiri sendiri dan tidak perlu bergabung dengan morfem yang lain untuk membentuk kata yang sempurna.

BMM3109

PGSRBM08

MORFEM BEBAS

Morfem yang boleh berdiri sendiri sebagai satu kata, dan mempunyai makna yang tersendiri, serta berfungsi dalam ujaran. Bentuk ini tidak memerlukan kata lain. Contoh : ikan, meja, baju, kertas, manusia, jalan
MORFEM TERIKAT

Morfem yang tidak boleh berdiri sendiri sebagai kata, dan hanya wujud sebagai imbuhan yang digabungkan dengan morfem lain untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh :
ber + jalan = tulis + kan = ke + tulang + an = berjalan tuliskan ketulangan

Grafik 2 : JENIS MORFEM

Sesuatu perkataan dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Misalnya, bagi perkataan makan, terdiri daripada satu morfem, iaitu morfem bebas, manakala makanan terdiri daripada dua morfem, iaitu makan sebagai morfem bebas dan an sebagai morfem terikat. Oleh sebab itu, ada perbezaan yang jelas antara morfem dengan perkataan, iaitu semua perkataan ialah morfem tetapi tidak semua morfem itu menjadi perkataan. Perkataan berbentuk bebas, yang bermakna, dan dapat berdiri sendiri, misalnya kereta, kerusi, pengajar, dan kehakiman sedangkan awalan peng- dalam pengajar dan apitan ke--an dalam kehakiman menjadi morfem terikat dan bukanlah perkataan.

Tatabahasa Dewan edisi baharu menjelaskan bahawa proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Proses morfologi ialah suatu proses yang mengubah bentuk sesuatu morfem dan perubahan ini bertujuan untuk menambah sesuatu makna kepada morfem tersebut. Dalam kata lain yang lebih mudah, proses morfologi bermaksud cara sesuatu perkataan itu dihasilkan atau diterbitkan daripada bentuk dasarnya. Berdasarkan bentuk dan struktur kata baharu yang dihasilkan, proses morfologi itu dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman.

BMM3109

PGSRBM08

2.1

STRUKTUR KATA

Susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang ( tulisan ) yang menjadi unit bahasa bermakna. Struktur kata juga ialah kata tunggal Bahasa Melayu yang mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Struktur kata dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Pola suku kata terbuka (bola, buku dan pusaka) dan Pola suku kata tertutup(kamus, rapat dan ketupat). Struktur suku kata ada 11 jenis di mana 4 berasal daripada bahasa melayu manakala 7 daripadanya pinjaman bahasa asing. Struktur suku kata yang asli (v, vk, kv, kvk). Struktur suku kata pinjaman daripada bahasa asing (kkv, kkvk, vkk, kkvkk, kkkvk)

STRUKTUR KATA SUKU KATA ASLI


v agak, emosi, aku, vk untuk, impak, aktiviti, amboi, kv guru, juga, tari, kvk makna, mesra, maksud, kompang

SUKU KATA PINJAMAN


kkv - prihatin, kreativiti, proses, projector, kkvk- praktis, konflik vkk inspirasi, saintifik kvkk konteks, sindrom kkvkk kompleks, kkkv strategi, kkkvk struktur

Jadual 1 : JENIS STRUKTUR KATA 2.2 BENTUK KATA Bentuk kata boleh terdiri daripada satu morfem atau susunan beberapa morfem. Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk Kata Tunggal, bentuk Kata Terbitan, bentuk Kata Majmuk dan bentuk Kata Ganda. Menurut Nik Safiah Karim dan rakan (1996), perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Dengan itu, dapatlah disimpulkan bahawa kita dapat membentuk perkataan baharu melalui tiga cara. Kita dapat membentuk perkataan baharu dengan menambahkan imbuhan kepada satu perkataan lain iaitu kata terbitan. Kita juga boleh membentuk perkataan baharu dengan menggabungkan perkataan kepada suatu perkataan lain iaitu kata majmuk. dengan menggandakan sesuatu Malah. kita juga boleh membentuk perkataan baharu perkataan iaitu kata ganda. Perkataan yang

diimbuhkan, digabungkan dan digandakan ini dipanggil kata dasar atau kata tunggal.

BMM3109

PGSRBM08

PEMBENTUKAN KATA

Bentuk Kata Tunggal

Bentuk Kata Terbitan

Bentuk Kata Majmuk

Bentuk Kata Ganda

Grafik 3 : PEMBENTUKAN KATA

2.2.1 BENTUK KATA TUNGGAL Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan, pengimbuhan dan pemajmukan tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Kata tunggal didefinisikan sebagai bentuk kata akar atau kata dasar dan kata inilah yang akan membentuk perkataan sendiri. Tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa perkataan daripada kata tunggal yang tidak pernah menerima apa-apa imbuhan seperti ini, itu, sini dan sana, namun kebanyakan kata tunggal dalam bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluas dan menjadi bentuk terbitan.

KATA TUNGGAL

Satu Suku Kata

Dua Suku Kata

Tiga Suku Kata

Empat Suku Kata atau lebih

Grafik 4 : JENIS KATA TUNGGAL

Bilangan kata tunggal satu suku kata di dalam bahasa Melayu amat terhad bilangannya. Terdapat perkataan untuk kata tunggal satu suku kata ini, merupakan kata pinjaman daripada bahasa asing dan terdapat perkataannya merupakan kependekan daripada perkataan yang terdiri daripada dua suku kata atau lebih seperti kamu menjadi mu. Kata tunggal dua suku kata banyak terdapat dalam bahasa Melayu.

BMM3109

PGSRBM08

Boleh dikatakan sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata. Jika dibandingkan dengan kata tunggal dua suku kata, jumlah kata tunggal tiga suku kata agak kecil ataupun sedikit bilangannya. Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada kata tunggal tiga suku kata merupakan kata-kata pinjaman. Namun, pola-pola susunan konsonan-vokalnya agak banyak. Kata tunggal empat suku kata atau lebih juga amat kecil bilangannya. Sebahagian kata-kata ini merupakan kata pinjaman. KATA TUNGGAL SATU SUKU KATA KV ku VK am KVK lap KKVK krim KVKK teks KKKV skru KKKVK skrip DUA SUKU KATA TIGA SUKU KATA EMPAT SUKU KATA

V+KV itu V+VK aib V+KVK adik VK+KV asli VK+KVK ambil KV+V bau KV+VK jual KV+KV buku KV+KVK bakul KVK+KV sendi KVK+KVK Lantai

KVVKV Suara KV+V+KVK Kaedah V+KV+V idea KV+KV+V belia KVK+KV+V dahlia KV+KV+VK rasuah KVK+KV+VK berlian V+KV+KV udara V+KV+KVK amatur VKKVKV asrama KV-EKV+KV budaya KVK+KV+KV bendera VK+KV+VK ikhtiar VKV+VK akaun KV+KV+KVK senapang KVKKV+KVK cendawan KV+KVK+KV belanja KVK+KVK+KV belangkas KV+KVK+KVK sempurna

KV+KV+VK+KV keluarga KV+KVK-sKV+KV sederhana KVK+KV+KV+KV laksamana KVK+KV+V+KV sentiasa KV+KV+KV+KV bidadari KV+KV+KV+KVK salasilah KVK+KV+KV+KVK sentimeter KVKKVKKVKV singgahsana KV+KV+V+KVK mesyuarat V+KV+KVK+KVKV universiti KVK+KV+KV+KV+KVK cenderawasih KV+KV+KV+KV+KV+KV Maharajalela

Jadual 2 : BENTUK KATA TUNGGAL

BMM3109

PGSRBM08

Contoh-contoh yang dinyatakan di atas tadi sudah diketahui umum sebagai kata tungal. Jika dilihat pada contoh-contoh yang dinyatakan, jelaslah bahawa suku kata-suku kata perkataan,boleh mengandungi satu suku kata atau beberapa suku kata.

2.2.2 BENTUK KATA TERBITAN

Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang menerima imbuhan sama ada awalan, akhiran, apitan atau sisipan. Kata terbitan bermaksud

penggabungan kata dasar dengan imbuhan-imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Imbuhan terdiri daripada morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Imbuhan merupakan bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat, iaitu harus diimbuhkan pada bentuk lain yang merupakan kata dasar. Selain itu, kata dasar bagi kata terbitan juga boleh terdiri daripada jenis kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2009), kata terbitan didefinisikan sebagai bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses

pengimbuhan, iaitu proses kata yang membandigkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan inilah yang melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. KATA TERBITAN AWALAN membina AKHIRAN hubungan APITAN persekitaran SISIPAN pelajar
IMBUHAN YUNANI LATIN INGGERIS

intelektualisme

Jadual 3 : BENTUK KATA TERBITAN

Kata Terbitan Berawalan bermaksud kata dasar yang ditambahkan imbuhan pada hadapan kata dasar bagi menghasilkan kata terbitan. Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif. Kata terbitan berawalan dapat dikategorikan dalam 3 jenis iaitu ; pe(pelari, perakus, penyapu) juru- (juruukur, juruwang) maha-(mahasiswa, mahaguru) tata- (tatabuku, tatabahasa) pradwi(prasejarah, prakata) (dwibahasa, dwifungsi)

pem- ( pembawa, pembuat) pen(pendatang, pendua)

peng- (penggali, penggubal) penge (pengebom, pengetin)

Jadual 4 : AWALAN KATA NAMA

BMM3109

PGSRBM08

me-

(melawan, menyikat)

berbebeldi-

(berjalan, berganti) (beraja, berasa) (belajar, belunjur) (diatur, disusun)

mem- ( membawa, membuat) menmeng(mendaki, mendakwa) (menggali, menggubal)

menge -(mengebom, mengecat)

diper- (diperisteri, diperoleh)

Jadual 5 : AWALAN KATA KERJA

ter te se -

( terbesar , terputih , terjernih ) ( teruncing , terendah , teringin ) ( secantik , secerah , setebal ) Jadual 6 : AWALAN KATA ADJEKTIF

Akhiran dalam bahasa Melayu hanya dapat wujud dalam dua kata nama iaitu ;

-an

-( pakaian , jahitan )

-isme -in -at -ah

-(nasionalisme) -(hadirin , muslimin) -(hadirat , muslimat) -(ustazah, sultanah)

-wan -(sasterawan, usahawan) -man -(budiman, seniman) -wati -(seniwati)

Jadual 7 : KATA NAMA TERBITAN

-kan -i

( buatkan, gunakan, besarkan) (turuti, duduki, berkati, dekati)

Jadual 8 : KATA KERJA TERBITAN

Apitan merupakan imbuhan yang ditambah pada bahagian awal dan akhir sesuatu kata dasar bagi membentuk kata terbitan. Apitan dalam bahasa Melayu dapat bergabung dengan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. pe--an (pelaksanaan, perasaan) pem--an (pembuatan, pembinaan ) penge--an (pengehadan, pengesahan) pen--an (pentakrifan, pendapatan)

peng--an (penggunaan, pengguguran) pe--an (pesisiran, peperangan)

Jadual 9 : APITAN KATA NAMA

BMM3109

PGSRBM08

me--kan (memainkan, melukakan) men--kan (mendermakan, mentakrifkan) mem--kan (membaharukan, membaikkan)

meng--kan (menggunakan, menggandakan) menge--kan (mengepinkan, mengecamkan) ber--kan (beralaskan, berlaukkan)

Jadual 10 : APITAN KATA KERJA

ke--an

(keinggerisan, kearaban, kecinaan)

Jadual 11 : APITAN KATA ADJEKTIF

Sisipan ialah imbuhan yang disisipkan antara unsur dalam kata dasar. Bentuk sisipan tidak banyak dan hanya wujud pada kata nama dan kata adjektif sahaja.

--el-(kelengkeng, telunjuk , kelabut )

--er-( keruping, seruling , serabut )

Jadual 12 : SISIPAN KATA NAMA

--el-( kelebak , selerak, gelembung ) --em-( gemilang, semerbak, gemerlap )

--er-( serabut , gerigi ) --in-( sinambung )

Jadual 13 : SISIPAN KATA ADJEKTIF

2.2.3 BENTUK KATA MAJMUK

Bentuk kata majmuk lahir melalui proses pemajmukan, iaitu proses yang merangkaikan duakata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Menurut Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2009), Proses pemajmukan didefinisikan sebagai satu proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Dalam ayat yang mudah, kata majmuk merupakan gabungan dua kata dasar yang membentuk perkataan yang membawa satu maksud.

BMM3109

PGSRBM08

Namun, demikian terdapat kata majmuk yang tidak membawa makna rujukan dan kata ini digunakan sebagai kata penghubung ayat seperti barangkali. Dalam penulisan, kata majmuk bertindak sebagai satu unit, tetapi dieja terpisah melainkan bagi bentuk-bentuk yang telah mantap. Kata majmuk juga tidak dapat berfungsi sebagai kata kerja dari segi penggunaan ayat.

KATA MAJMUK RANGKAIAN KATA BEBAS gelak ketawa ISTILAH KHUSUS tingkah laku
MENDUKUNG MAKSUD KIASAN

nafas baharu

Jadual 14 : BENTUK KATA MAJMUK

Terdapat penggunaan kata majmuk yang sudah dianggap mantap. Sebilangan kecilnya telah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Perkataan-perkataan tersebut sebenarnya terdiri daripada dua kata dasar tapi telah menjadi satu perkataan, di mana kedua-dua kata dasar tersebut dirapatkan menjadi satu perkataan. antarabangsa kakitangan kerjasama matahari setiausaha beritahu olahraga jawatankuasa Tanggungjawab tandatangan bumiputera matahari Setiausaha Sukarela warganegara

Jadual 15 : PERKATAAN YANG DIMANTAPKAN

Selain bentuk kata majmuk yang dibincangkan, terdapat sejumlah perkataan yang secara lazimnya dieja bercantum. KATA NAMA KATA ADJEKTIF sukacita dukacita KATA SENDI NAMA daripada kepada KATA HUBUNG apabila manakala padahal darihal barangkali kadangkala KATA TANYA

peribadi peribahasa dinihari perikemanusiaan

bagaimana kenapa

Jadual 16 : BUKAN KATA MAJMUK YANG TERGOLONG DALAM GOLONGAN KATA TERTENTU

BMM3109

PGSRBM08

Penggandaan kata majmuk pula melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contohnya: alat-alat tulis gambar-gambar rajah Ketua-Ketua menteri Naib-Nain Canselor garis-garis pusat kapal-kapal terbang

Jadual 17 : PENGGANDAAN UNSUR PERTAMA KATA

Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap. Penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya: pesuruhjaya-pesuruhjaya warganegara-warganegara tandatangan-tandangan jawatankuasa-jawatankuasa

Jadual 18 : PENGGANDAANNYA MELIBATKAN KESELURUHAN UNSUR

Kata

Majmuk boleh menerima

imbuhan

untuk

menghasilkan

kata

terbitan.

Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu apabila kata majmuk menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan, iaitu: campur aduk litar selari temu bual daya serap bercampur aduk berlitar selari ditemu bual daya serapan Jadual 19 : APITAN KATA TERBITAN Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum. Contohnya: campur aduk urus niaga satu padu daya serap mencampuradukkan diurusniagakan menyatupadukan kedayaserapan Jadual 20 : APITAN BERCANTUM

BMM3109

PGSRBM08

2.2.4 BENTUK KATA GANDA

Kata dasar yang mengalami proses pengulangan akan menghasilkan bentuk kata ganda. Proses pengulangan ini berlaku dalam dua cara iaitu yang melibatkan seluruh kata dasar dan melibatkan sebahagian kata dasar sahaja. Selain itu, dalam proses penggandaan kata ini juga, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa dan boleh juga digandakan secara berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi. Semua golongan kata yang terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas dapat membentuk kata ganda, tetapi pada umumnya bentuk kata ganda banyak melibatkan golongan kata nama. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.

KATA GANDA PENGGANDAAN PENUH kajian-kajian PENGGANDAAN SEPARA sesama PENGGANDAAN BERENTAK berlebih-lebihan

Jadual 21 : BENTUK KATA GANDA

Penggandaan penuh merupakan satu proses menggandakan keseluruhan kata dasar, sama ada kata dasar itu berimbuhan atau tidak. Penggandaan penuh kata tunggal :

meja-meja ayat-ayat

buku-buku tadika-tadika

rumah-rumah sekolah-sekolah

Jadual 22 : PENGGANDAAN PENUH KATA TUNGGAL Penggandaan penuh kata berimbuhan pula seperti, IMBUHAN a) dengan awalan b) dengan akhiran c) dengan apitan CONTOH PERKATAAN Pemimpin-pemimpin Amalan-amalan Persatuan-persatuan Ketua-ketua Jualan-jualan Permainan-permainan

Jadual 23 : PENGGANDAAN PENUH KATA BERIMBUHAN

BMM3109

PGSRBM08

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan dan boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. laki pohon tikus siku lelaki pepohon tetikus sesiku Jadual 24 : PENGGANDAAN SEPARA KATA TUNGGAL

IMBUHAN Awalan berterdimeNseakhiran -an -kan -i -an

KATA KERJA berlari-lari berkata-kata tersenyum-senyum teresak-esak ditanya-tanya dirisik-risik mencari-cari tolong-menolong

KATA ADJEKTIF

KATA NAMA

sepandai-pandai sebaik-baik sayur-sayuran orang-orangan Risik-risikan Doa-doakan amat-amati bayang-bayangi Jadi-jadian Rindu-rinduan Mati-matian Bersalam-salaman Bertikam-tikaman Meninggi-ninggikan Memburuk-burukkan Membohong-bohongi Mengulang-ulangi Dimanja-manjakan Diagung-agungkan Dihalus-halusi Dimarah-marahi

apitan

ber....an meN...kan meN...i di...kan di...i ke...an

Kebodoh-bodohan Kebarat-baratan Jadual 25 : PENGGANDAAN SEPARA KATA BERIMBUHAN

BMM3109

PGSRBM08

Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan

pengulangan bunyi-bunyi demikian, maka penggandaan berentak pula dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu penggandaan berentak pengulangan vocal, penggandaan berentak pengulangan konsonan, dan penggandaan berentak bebas. Contoh-contoh perkataan

berdasarkan jenis-jenis penggandaan berentak boleh dilihat pada jadual di bawah: JENIS PENGGANDAAN BERENTAK Pengulangan Vocal (ciri-ciri harmoni vocal) Pengulangan Konsonan (ciri persamaan pada bunyibunyi konsonan tertentu) Berentak Bebas (ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan)

KATA NAMA kuih-muih lauk-pauk batu-batan gunung-ganang anak-pinak saudara-mara

KATA KERJA cerai-berai gotong-royong dolak-dalih huyung-hayang ulang-alik

KATA ADJEKTIF hiruk-pikuk bengkang-bengkok huru-hara kontang-kanting lintang-pukang remeh-temeh

Jadual 26 : PENGGANDAAN BENRENTAK

2.3 PENGGOLONGAN KATA

Dalam Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga 2008), penggolongan kata dalam Bahasa Melayu terbahagi kepada empat iaitu, kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.

Tergolong sebagai kata utama kerana masing-masing menjadi unsur utama (isi utama) frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Kata tugas tidak boleh menjadi inti frasa

endosentrik (frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif) tetapi masuk ke dalam binaan frasa, klausa,dan ayat melalui hubungannya dengan kata lain dalam 3 golongan kata itu. Kata tugas dikelompokkan ke dalam satu golongan kata secara kolektif bersifat yang heterogen.

2.3.1 KATA NAMA

Kata nama menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara. Kata Nama ialah kata yang merujuk khusus pada sesuatu nama orang,haiwan, benda, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa dan pangkat. Zaba (1965) memberi defnisi kata nama sebagai semua perkataan yang menyebut benda atau orang dan sebagainya.

BMM3109

PGSRBM08

Bagi Abdullah Hassan (2003) mendefinisikan kata nama sebagai kata yang menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat, dan nama perkara. Lutfi Abas (1971) menyatakan kata nama sebagai kata yang terletak selepas bilangan atau penjodoh bilangan. Terdapat tiga jenis kata nama iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama.

Kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk rujukan khusus padasesuatu nama orang , haiwan, benda, perbadanan, undang-undang, bangsa,pangkat dan seumpamanya. Bagi kata nama khas, tulisan huruf pertama atauawal ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua iaitunama khas hidup dan nama khas tak hidup. Nama khas hidup pula dibahagi kepada dua kumpulan iaitu manusia dan bukan manusia.

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi ataubukan institusi, konkrit atau abstrak dan berbilang atau tak berbilang. MenurutAsraf (2007) kata nama am boleh digunakan untuk sesuatu yang bernyawa seperti manusia, dan binatang, dan yang hidup seperti tumbuh-tumbuhan. Ia juga boleh digunakan kepada sesuatu yang tidak bernyawa atau tak hidup, iaitu benda, tempat dan sebagainya.

Asraf (2007) memberikan definisi kata ganti nama sebagai kata yang mengambil tempat kata nama sebagai pengganti. Asraf membahagikan kataganti nama kepada lima kumpulan iaitu kata ganti diri, kata ganti tanya, kataganti tempat, kata ganti tunjuk dan kata ganti tak tentu. Manakala menurut Nik Safiah et. Al (1996), kata ganti nama sebagai perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kataganti nama dibahagikan kepada dua golongan kecil iaitu kata ganti nama diri dankata ganti nama tunjuk. Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti namadiri orang dan kata ganti nama diri tanya. Kata nama diri orang pula terbahagikepada tiga iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nam diri orangkedua, dan kata ganti nama diri orang ketiga.

KATA NAMA KATA NAMA AM guru. pelajar. aset, jantung KATA NAMA KHAS Kamus Dewan, Ziegler, KATA GANTI NAMA kita, beliau, dia, mereka,

Jadual 27 : GOLONGAN KATA NAMA

BMM3109

PGSRBM08

Grafik 5 : CARTA HURAIAN KATA NAMA

BMM3109

PGSRBM08

2.3.2 KATA KERJA

Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja menjadi binaan utama dalam frasakerja. Kata kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua jenis, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang tidak boleh berdiri sendiri tanpa objek. Kata kerja transitif mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Kata kerja transitif terdiri dari dua jenis iaitu kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat aktif dan kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat pasif.

Kata kerja tak transitif pula ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya dan dapat berdiri sendiri dalam ayat tanpa memerlukan objek. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua subgolongan iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut. Ia tidak memerlukan apa-apa unsur sebagai pelengkap kerana maksud kata kerja itu sudah lengkap. Ia juga boleh diikuti oleh unsur keterangan yang memberi maklumat tambahan. Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang tidak mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif. Unsur pelengkap boleh terdiri daripada jenis kata adjektif, frasa sendi nama dan kata nama. KATA KERJA KATA KERJA TRANSITIF AKTIF
membeli, menggunakan, mendiami, mengabaikan, mempererat dibeli, didiami,

KATA KERJA TAK TRANSITIF PASIF TANPA PELENGKAP BERPELENGKAP

digunakan, bangun,

datang, tinggal, beransur, berbantalkan

diabaikan, tersenyum, kerkibaran, menguning, membesar, terduduk,

dipererat, disiram

Jadual 28 : GOLONGAN KATA KERJA

BMM3109

PGSRBM08

2.3.3 KATA ADJEKTIF

Kata adjektif (KA) ialah menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Juga kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya). Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan. Adjektif perasaan harus diiktui oleh kata sendi nama sepertiakan, dengan, terhadap dan sebagainya.

KATA ADJEKTIF PANCAINDERA PERASAAN CARA JARAK WAKTU BENTUK UKURAN WARNA SIFAT ramping keliru, prihatin, gembira, lesu remeh, positif, kreatif, kondusif rapat, nyaris, dekat, hampir, jauh kerap, sering, jarang, lewat, silam, baharu, dahulu, lampau cair stabil ceria erat, mesra, lucu, bodoh Jadual 29 : GOLONGAN KATA ADJEKTIF

BMM3109

PGSRBM08

2.3.4 KATA TUGAS

Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat, kata praklausa, prafrasa, atau sebagai kata pascakata. Kata tugas hadir dalam ayat untuk memikul tugas nahu atau tugas sintaksis tertentu. Secara terperinci, kata tugas terbahagi kepada 14 jenis mengikut fungsi tugas kata tersebut. Jadual berikut menjelaskan jenis kata tugas.

KATA TUGAS KATA SENDI KATA ARAH KATA BANTU KATA PENEGAS KATA TANYA KATA PEMBENAR KATA SERU KATA HUBUNG KATA PEMERI KATA PENGUAT KATA NAFI KATA PERINTAH KATA BILANGAN
KATA PANGKAL AYAT

hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat. atas, hadapan, dalam, luar, samping, telah, sudah, perni nah, masih, sedang, tengah, akan, belum. -kah, -tah, -lah, juga, pun, hanya, memang, lagi bila, berapa, bagaimana benar, betul. syabas dan, atau, tetapi, serta, kerana, ketika, kalau ialah, adalah sangat, sekali, terlalu, paling, sungguh, benar. bukan, tidak jangan, tolong, minta, harap banyak, beberapa, semua, para, segala, seluruh, sesetengah, maka, hatta, adapun. Jadual 30 : GOLONGAN KATA TUGAS

You might also like