You are on page 1of 2

FORMAT PEMBENTANGAN KAJIAN KES

A) Definisi pembentangan kajian kes Pembentangan kajian kes adalah kesinambungan daripada penulisan kajian kes. Calon dikehendaki untuk melakukan persembahan berkaitan kajian kes yang dilakukan. Semua calon wajib mengambil bahagian dalam pembentangan kajian kes ini. Kajian kes member peluang kepada pelajar bagi menyampaikan hasil kajian sepanjang tempoh klinikal yang ditetapkan B) Peraturan yang perlu calon patuhi untuk pembentangan kajian kes ini adalah seperti berikut : i. ii. iii. iv. v. Persembahan adalah di dalam bentuk Microsoft Powerpoint sahaja SATU Salinan persembahan (hard copy) kajian kes perlu diberi kepada panel Calon perlu juga menyerahkan SATU SALINAN AWAL penulisan kajian kes sebelum pembentangan dijalankan Masa persembahan adalah 20 minit 5 minit diperuntukan untuk sesi soal jawab.

C) Isi kandungan persembahan kajian kes adalah meliputi perkara berikut : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Tajuk kajian kes Pendahuluan Objektif umum dan khusus Kaedah kajian Hasil kajian Perbincangan Kesimpulan Rujukan

D) Aspek penting yang perlu calon tekankan di dalam pembentangan kajian kes adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Menumpu kepada aspek objektif utama kajian Pendahuluan perlu ringkas dan padat Ilutrasi dan rajah berlabel amat penting di dalam memberi maklumat di dalam persembahan Huraian berkenaan kaedah kajian perlu ringkas dan mudah difahami Hasil kajian perlu menumpu kepada aspek maklumat pesakit secara amnya Calon perlu lebih menitikberatkan kaedah atau prosedur pengimejan yang dijalankan

vii. viii.

Penulisan didalam persembahan kajian kes perlu di dalam bentuk point dan bukan karangan. Rujukan kajian di dalam persembahan kajian kes perlu mengikut format yang sama di dalam penulisan

E) Perkara yang perlu calon HINDARI di dalam persembahan kajian kes adalah seperti berikut : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Tajuk kajian kes di dalam pembentangan berlainan dari penulisan kajian kes. Pendahuluan terlalu panjang dan berteks. Menggunakan rajah yang tidak sama dan tiada di dalam penulisan kajian kes. Rajah tidak berlabel dan tiada penerangan ringkas. Tidak dibenarkan menulis alamat URL rujukan bersama dengan imej / rajah. Menyatakan nama pesakit kepada umum semasa pembentangan. Menggunakan background presentation yang melampau atau hiasan yang tidak sewajarnya. Calon melanggar etika pemakaian atau disiplin yang ditetapkan Calon tidak membawa salinan (hard copy ) yang dikehendaki

F) Kod etika pakaian dan disiplin semasa pembentangan adalah : i) Kod pemakaian calon lelaki dan perempuan adalah formal a. Lelaki : bertali leher,kemeja dan slack b. Perempuan: bertudung (muslim), baju kurung ii) Berambut pendek dan tidak bersubang bagi lelaki. iii) Hadir awal sejam sebelum masa pembentangan dimulakan.

You might also like