You are on page 1of 24

Mesir Purba

Peta Mesir Silam

Zaman Purba Mesir merujuk kepada kebudayaan di Hulu Lembah Nil menganjur dari
ke selatan sehingga Jebel Barkal, Napata [1], keutara sehingga Laut Mediterranean,
walaupun mempunyai saiz berbeza sepanjang sejarahnya antara sekitar 3200 SM dan 332
SM, dengan penaklukan oleh Alexander the Great. Sebagai kebudayaan yang berasaskan
pengairan ia merupakan contoh jelas (quintessential example) empayar hidrolik.

Geografi
Kebanyakan daripada geografi Mesir terletak di Afrika Utara, walaupun Semenanjung
Sinai adalah dalam Asia Barat daya. Negara ini mempunyai persisiran pantai Laut
Mediterranean dan Laut Merah; ia bersempadan dengan Libya di barat, Sudan di selatan,
dan Semenanjung Gaza, Palestin dan Israel ke timur. Mesir Purba terbahagi kepada dua
kerajaan, dikenali sebagai Mesir Hulu dan Hilir. Berlainan dengan kebiasaan, Mesir Hulu
(Upper Egypt) terletak di selatan dan Mesir Hilir (Lower Egypt) di utara, dinamakan
menurut aliran sungai Nil. Sungai Nil mengalir ke utara dari titik selatan ke
Mediterranean bukannya kebahagian selatan daripada titik utara. Sungai Nil, yang
merupakan tumpuan penduduk negara tersebut telah menjadi sumber kehidupan bagi
kebudayaan Mesir semenjak kebudayaan Naqada dan Zaman Batu.
Kedua kerajaan membentuk Kemet ("tanah hitam"), nama bagi tanah hitam yang
dimendak oleh air bah sungai nil. Gurun pula dikenali sebagai Deshret ("tanah merah"),
menurut Herodotus: "Mesir merupakan negara tanah hitam.... Kita ketahui bahawa
Libya mempunyai tanah lebih merah." (Histories, 2:12). Tetapi Herodotus turut
menyatakan "Colchians adalah penduduk Mesir...berdasarkan fakta bahawa mereka
berkulit hitam dan mempunyai rambut kerinting (wooly hair)." (Histories Book 2:104),
dan Champollion yang lebih muda (yang mendikripsi Batu Rosetta) dalam Expressions et
Termes Particuliers (Expression of Particular Terms) mendakwa bahawa Kemet
sebenarnya tidak merujuk kepada tanah, tetapi kepada penduduk negro dalam ertikata
"Negara Hitam - (Black Nation)".

Sejarah
Rencana utama: Sejarah Mesir purba

Penduduk Mesir purba sendiri menjejak asal keturunan mereka kepada tanah yang
mereka kenali sebagai Punt, atau "Ta Nteru" ("Tanah Dewa-dewa"). Suatu suatu masa
dahulu, ia biasanya diagak sebagai terletak di apa yang sekarang ini dikenali sebagai
persisiran Somalia, Punt sekarang ini dipercayai sebagai terletak samaada di selatan
Sudan atau Eritrea. sejarah Mesir purba sebenar bermula dengan Mesir sebagai negara
bersatu, yang berlaku pada satu ketika sekitar 3000 SM, walaupun bukti arkaeologi
menunjukkan bahawa masyarakat Mesir maju mungkin telah wujud untuk tempoh yang
lebih lama.

Sphinx Agung Giza, dipercayai menyerupai Khafre, c. 2600 SM. Ciri-ciri muka dijumpai
di Timur laut Afrika. Ukiran batu tunggal terbesar di dunia.

Sepanjang sungai Nil, pada milenium ke-10 SM, kebudayaan mengisar bijirin yang
menggunakan jenis mata sabit terawal telah digantikan dengan kebudayaan penduduk
pemburu, pengail, dan pengumpul-pemburu yang menggunakan peralatan batu. Bukti
turut menunjukkan kehadiran manusia di barat daya Mesir, berhampiran sempadan
Sudan, sebelum 8000 SM. Pertukaran cuaca dan/atau terlebih ragut sekitar 8000 SM mula
mengeringkan padang ragut di Mesir, yang akhirnya mendorong kepada pembentukan
Sahara (2500 SM), dan puak-puak awal dengan sendirinya terdorong untuk berpindah ke
sungai Nil di mana mereka memajukan ekonomi pertanian setempat dan masyarakat yang
lebih berpusat (lihat Sejarah: Nil). Terdapat bukti ternakan dan penanaman bijirin di
Timur Sahara pada milenium ke-7 SM. Sehingga 6000 SM penduduk Mesir purba di
sudut baratdaya Mesir telahpun mengembala lembu dan membina bangunan besar.
Mortar dalam pembinaan bangunan telah digunakan menjelang 4000 SM. Tempoh
Pradinasti Mesir berterusan sepanjang tempoh masa ini, sebelumnya dipegang pelbagai
oleh kebudayaan Naqada. Sesetengah pakar bagaimanapun memulakan Predinasti Mesir
lebih awal, di Paleolithik Bawah (lihat Pradinasti Mesir).

Mesir bersatu sebagai satu negara sekitar 3000 SM. Kronologi Mesir termasuk
menetapkan permulaan dan pengakhiran sesuatu dinasti sekitar tempoh masa ini.
Kronologi Mesir biasa adalah yang diterima pakai semasa abad ke 20, tetapi tidak
termasuk cadangan rombakan besar yang turut diajukan ketika itu. Malah dalam hasil
kerja yang sama, seringkali pakar kaji purba menawarkan beberapa tarikh yang mungkin
atau beberapa khronologi lain sebagai mungkin. Disebabkan itu, kemungkinannya
terdapat beberapa perbezaan antara tarikah ditunjukkan di sini dan dalam rencana
pemerintah tertentu. Seringkali juga terdapat beberapa variasi ejaan nama.

• Senarai firaun -- Firaun telah wujud semenjak sebelum 3000 SM sehingga


sekitar 30 SM.
• Dinasti (lihat juga: Daftar dinasti Mesir):
o Tempoh Dinasti Awal Mesir (Early Dynastic Period of Egypt) (Dinasti 1 -
ke 2; sehingga sekitar abad ke-27 SM)
o Kerajaan Lama (Old Kingdom) (Dinasti ke-3 - ke-6; abad ke-7 - ke-22
SM)
o Tempoh Perantaraan Pertama (First Intermediate Period) (abad ke-7 - ke-
11 SM)
o Kerajaan Pertengahan Mesir (Middle Kingdom of Egypt) (Dinasti ke-11 -
ke-14; abad ke-20 - ke-17 SM)
o Tempoh Perantaraan Kedua (Second Intermediate Period (Dinasti ke-14 -
ke-17)
 Hyksos (Dinasti ke-15 - ke-16)
o Kerajaan Baru Mesir (New Kingdom of Egypt) (Dinasti ke-18 - ke-20;
abad ke-16 - ke-11 SM)
o Tempoh Perantaraan Ketiga (Third Intermediate Period (Dinasti ke-21 -
ke-25; abad ke-11 - ke-7 SM)
o Tempoh Akhir Mesir Silam (Late Period of Ancient Egypt) (Dinasti ke-26
- ke-31; Abad ke-7 SM - 332 SM)
 Dinasti Akhaemenid
o Mesir Yunani-Rom (Graeco-Roman) (332 SM - 639)
 Dinasti Ptolemaik
 Empayar Rom
Kerajaan
Nomes merupakan separa kebangsaan division pentadbir Mesir Atas dan Bawah (Upper
and Lower Egypt). Firaun merupakan pemerintah kedua kerajaan ini dan mengetuai
struktur negara Mesir silam. Firaun bertindak sebagai raja, pemimpin kerohanian dan
commander-in-chief bagi kedua-dia tentera dan tentera laut. Firaun dianggap dewa,
hubungan antara manusia dan para dewata. Di bawahnya adalah kerajaan, adalah 2 wazir
(satu bagi Mesir Atas dan satu lagi bagi Mesir Bawah) dan pelbagai pegawai. Di
bawahnya di sebelah keugamaan adalah paderi besar dan pelbagai paderi lain. Secara
umumnya, kedudukan ini diwarisi dari bapa kepada anak lelaki sulung. Kadang-kala
aturan ini terbantut, dan kadang-kala wanita memegang kuasa. [2]

Bahasa
Mesir silam bertutur bahasa Afro-Asiatik berkait dengan bahasa Chadic, Berber dan
Semitik. Rekod bahasa Mesir silam telah ditarikh sekitar 3200 BC. Para sarjana
meletakkan bahasa Mesir kepada enam pembahagian mengikut kronologi:

• Mesir Silam (Archaic Egyptian) (sebelum 2600 SM)


• Mesir Lama (Old Egyptian) (2600–2000 SM)
• Mesir Tengah (Middle Egyptian) (2000–1300 SM)
• Mesir Akhir (Late Egyptian) (1300–700 SM)
• Mesir Demotik (Demotic Egyptian) (abad ke-7 SM–abad ke-4)
• Bahasa Coptik (Coptic language) (abad ke-3–abad ke-12)

Penulisan

Pengkaji Mesir Purba (Egyptologis) merujuk kepada tulisan Mesir sebagai hieroglif,
bersama dengan skrip baji (cuneiform script) Mesopotamia ranking sebagai sistem
penulisan tertua di dunia. Skrip hieroglif sebahagiannya syllabik, sebahagiannya
ideografik. Hieratic adalah bentuk hieroglif Mesir bersambung (cursive) yang pertama
sekali digunakan semasa Dinasti Pertama (kk. 2925 SM - kk. 2775 SM). Istilah Demotik
dari sudut Mesir, Ia itu, "asal - indigenous" dari sudut pandangan Hellenistik, berubah
menjadi merujuk kepada kedua-dua skrip dan bahasa yang selepas tahap Mesir Silam
Akhir (Late Ancient Egyptian) daripada Nubian dinasti ke-25 sehingga ia dipinggirkan
oleh Greek Koine pada awal abad AD. Selepas penaklukan oleh Umar ibn al-Khattab,
bahasa Coptic kekal sehingga Zaman Pertengahan sebagai bahasa keugamaan (liturgical)
oleh minoriti Kristian.

Skrip hieroplif akhirnya tidak lagi digunakan sekitar abad ke-4, dan mulai dijumpai
kembali semenjak abad ke-15 (lihat Hieroglfika).

Alphabet (abjad) terawal juga dicipta di Mesir Purba, sebagai hasilan dari hieroplyphik
sylabik (syllabic).
Tulisan

• kk. 1999 SM - Papyrus Westcar


• kk. 1800 SM Cerita Sinuhe
• kk. 1800 SM - Papyrus Ipuwer
• kk. 1800 SM - Papyrus Harris I
• kk. 1000 SM Cerita Wenamun

Kebudayaan

Kolossus Memnon

Asas Tamadun Maju Mesir


Mesir purba telah banyak dipengaruhi oleh sungai Nil, yang telah membolehkan negara
Mesir didiami manusia. Sungai Nil yang banjir secara berkala dengan tetap pada musim
panas membawa bersamanya lumpur yang subur, dan surut tepat pada masanya pada
musim menanam, memberikan penduduk Mesir satu perasaan bahawa alam semulajadi
adalah tenang dan memberi banyak kebajikan.

Negara Mesir yang dikelilingi oleh gurun dan Laut Merah menjadikannya agak bebas
daripada ancaman negara luar. Kepentingan sungai Nil pada penduduk Mesir dapat
dilihat melalui perkataan mengembara bagi orang Mesir, iaitu khed menghilir atau khent
mudik ke hulu. Malah pakar sejarah Yunani, Herodotus menggelarkan Mesir sebagai
hadiah daripada sungai Nil.

Walaupun sebelum Zaman Kuno, penduduk Mesir telahpun mengorak langkah kearah
membina tamadun yang maju. Terutama sekali mereka telah mulai bercucuk tanam;
menggunakan perkakasan tembaga menggantikan perkakasan batu dan , tidak lama
sebelum 3100 SM, mereka telah membangunkan tulisan yang dikenali sebagai hieroglif
(dari perkataan Yunani bagi Ukiran Pendita). Pakar kaji purba tidak pasti sama ada
penulisan ini dimajukan oleh orang Mesir sendiri ataupun datangnya daripada penduduk
Mesopotamia. Ini berdasarkan tulisan hieroglif jauh berbeza dengan pepaku
Mesopotamia, tetapi kemunculan hieroglif secara tiba-tiba membayangkan
Pendita/pentadbir Mesir telah memulakan sistem penyimpanan rekod berasaskan
pengaruh asing yang lebih awal. Walau apapun puncanya, penulisan memberikan peluang
bagi kemunculan kerajaan yang berkesan dan syarat awal dalam sejarah politik Mesir,
penyatuan daerah utara dan selatan.

Permulaan Zaman Kuno


Penyatuan Mesir yang menandakan permulaan Zaman Kuno bermula sekitar 3100 SM
Sebelum itu kuasa di Mesir Atas (Selatan) dan Mesir Bawah (Utara) dikuasai oleh
pemerintah yang berlainan. Dengan penyatuan kedua jajahan ini, ia membenarkan sistem
saliran pusat dan pengaliran perdagangan sepanjang sungai Nil. Dalam riwayat tradisi,
penyatuan Mesir dikatakan dilakukan oleh pahlawan dari selatan yang bernama Narmer,
firaun pertama yang berjaya menguasai seluruh Mesir utara sehingga ke delta
Mediterranean. Kemungkinannya proses penyatuan tersebut berlaku secara perlahan-
lahan, tetapi tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa kedua dinasti firaun berikutnya telah
menguasai keseluruhan Mesir.

Kerajaan Lama
Kedua dinasti firaun Mesir kemudiannya digantikan oleh Zoser perkasa sekitar 2770 SM,
firaun pertama bagi Dinasti Ketiga dan pengasas kepada Kerajaan Lama. Walaupun
perbezaan antara sistem kerajaan Kerajaan Lama dengan sebelumnya tidak diketahui
dengan jelas, ianya pasti bahawa pemerintahan Zoser memulakan tempoh pemerintahan
raja mutlak dan kuasa negara yang lebih kukuh. Ini dapat dilihat dengan bukti bahawa
Zoser memulakan pembinaa piramid pertama. Di bawah pemerintahan Zoser dan
penggantinya Kerajaan Lama, kuasa firaun tidak terbatas. Firaun dianggap anak Dewa
Matahari, dan secara adat akan mengahwini saudara perempuannya bagi mengekalkan
darah keturunannya tulen. Tiada perbezaan antara politik an keagamaan wujud. Orang
bawahan utama firaun adalah paderi, dan firaun sendiri merupakan ketua paderi.

Corak Kerajaan Lama adalah berasaskan polisi keamanan. Dari segi ini, ia adalah unik
dikalangan negara silam. Firaun tidak memiliki askar sepenuh masa, dan tidak memiliki
pasukan bersenjata kebangsaan. Setiap kawasan memiliki pasukan bersenjata sendiri
tetapi ia diperintah oleh pegawai am, dan sekiranya dipangil bertugas, ia kebiasaannya
bagi kerja awam. Bagi menangani ancaman serangan, unit tempatan berlainan akan
digabungkan dibawah pemerintahan pegawai am firaun. Pada masa lain ketua kerajaan
tidak mempunyai penguasaan diatas pasukan bersenjata.
Kerajaan Lama Mesir berpuas hati memerintah negara mereka sendiri. Keadaan ini wujud
akibat negara Mesir yang terlindung dan terasing daripada pengaruh luar, memiliki tanah
yang subur, dan pentadbiran kerajaan secara kerjasama dan bukannya secara peras-ugut .

Zaman Perantaraan Pertama


Setelah beberapa abad tenteram dan aman, Kerajaan Lama berakhir dengan kejatuhan
Dinasti Keenam sekitar 2200 SM Ini disebabkan oleh beberapa sebab antaranya:-

• Perbendaharaan negara muflis akibat projek besar-besaran firaun seperti


pembinaan piramid.
• Perubahan cuaca mengakibatkan kegagalan tanaman.
• Bangsawan daerah yang mengambil kuasa semakin banyak sehinggakan kuasa
pemerintahan pusat hampir lenyap.

Tempoh yang berikutnya dikenali sebagai Zaman Perantaraan pertama. Keadaan huru-
hara berleluasa dan keadaan anarki wujud. Kaum bangsawan membina pemerintahan
mereka sendiri dan kekecohan politik diburukkan lagi oleh perompakan dari dalam dan
oleh puak gurun. Zaman Peralihan pertama tidak berakhir sehingga kebangkitan Dinasti
Kesebelas yang mengembalikan pemerintahan pusat sekitar 2050 SM dari pengkalannya
di Thebes (Mesir Atas). Kebangkitan ini menandakan permulaan Kerajaan Pertengahan.

Kerajaan Pertengahan
Sepanjang tempoh Kerajaan Pertengahan, tanggung jawab masyarakat lebih ditekankan,
berbanding Kerajaan Lama. Walaupun Dinasti ke Sebelas tidak mampu menandingi
kuasa bangsawan tempatan, Dinasti ke Duabelas yang berikutnya sekitar 1990 SM dan
berakhir sekitar 1786 SM diperintah dengan gabungan dengan golongan pertengahan
yang terdiri daripada pegawai, pedagang, seniman, dan petani. Gabungan ini menahan
kaum bangsawan dan meletakkan asas bagi keamanan yang tiada tandingnya. Semasa
pemerintahan Dinasti ke Duabelas terdapat perkembangan dalam keadilan masyarakat
dan pencapaian pemikiran. Kerja awam yang memberi faedah kepada keseluruh
penduduk seperti projek pengairan dan saliran, menggantikan pembinaan piramid yang
tidak mempunyai kegunaan pratikal. Terdapat juga perubahan dalam keagamaan di mana
orang biasa mampu mencapai keselamatan denganperbuatan moral yang baik dan
bukannya melalui upacara yang bergantung kepada kekayaan seseorang. Berasaskan
sebab-sebab di atas, zaman Dinasti ke Duabelas dianggap sebagai Mesir klassik atau
zaman kegemilangan.

Zaman Perantaraan Kedua


Pada zaman berikutnya bagaimanapun, Mesir memasuki Zaman Peralihan kedua. Ini
merupakan era kekacauan dan penjajahan asing yang berakhir selama dua abad, atau dari
1786 sehingga sekitar 1560 SM Rekod semasa dari tempoh itu jarang dijumpai,
bagaimanapun ia menunjukkan bahawa pergeseran dalaman merupakan akibat
pemberontakan balas kaum bangsawan. Firaun kembali tidak berkuasa, dan kebanyakan
kemajuan masyarakat Dinasti ke Duabelas musnah. Sekitar 1750 SM. Mesir dijajah oleh
Hyksos, atau Pemerintah Tanah Asing, puak campuran yang berasal dari Asia barat.
Keunggulan ketenteraan mereka biasanya dikatakan kerana mereka memiliki kuda dan
pedati perang. Tetapi kemenangan mereka turut disumbangkan oleh fakta bahawa Mesir
berpecah sesama sendiri. Pemerintahan mereka memberi kesan yang besar kepada sejarah
Mesir. Tidak hanya mereka memperkenalkan perperangan kaedah baru kepada Mesir,
tetapi ia juga memberikan penduduk Mesir matlamat yang sama dengan pemerintahan
yang menindas, mendorong mereka melupakan pertelingkahan sesama mereka dan
bergabung bagi mencapai matlamat yang sama, iaitu membebaskan diri daripada
pemerintahan asing.

Kerajaan Baru
Pada akhir abad ketujuh belas SM pemerintah selatan Mesir (Atas) melancarkan
pemberontakan terhadap Hyksos, pergerakan yang kemudiannya disertai oleh
keseluruhan rakyat Mesir. Menjelang sekitar 1560 SM penjajah terakhir yang tidak
dibunuh atau dijadikan hmba telah dihalau keluar daripada Mesir. Horo kejayaan ini,
Ahmose merupakan pengasas Dinasti ke Lapan belas, selepas itu menubuhkan regim
yang lebih padu berbanding yang sebelumnya. Dalam pergerakan patriotik menentang
penjajah melawan Hyksos, ketaatan kepada bangsawan tempatan menjadi lemah dengan
itu melemahkan kuasa bangsawan tempatan.

Tempoh yang berikut selepas kebangkitan Ahmose dikenali sebagai Kerajaan Baru, dan
oleh sesetengah pakar sejarah lain sebagai tempoh Empayar. Ia berkuasa dari sekitar 1560
SM - 1087 SM, ketika mana Mesir diperintah oleh tiga dinasti secara berturutan. Dinasti
kelapan belas, Dinasti Kesembilan Belas, dan Dinasti Kedua Puluh. Dengan kebangkitan
Kerajaan Baru, tiada lagi semangat aman dan mengasingkan diri; semangat imperial yang
agresif melanda Mesir dan kecenderungan kearah ketenteraan yang berpunca daripada
kejayaan dalam perperangan kemerdekaan melawan Hyksos telah menimbulkan
keinginan bagi kemenangan lebih lanjut. Tambahan lagi mesin ketenteraan yang dibina
bagi menghalau penjajah, ternyata terlalu berharga sebagai menyokong kuasa firaun
untuk dihapuskan begitu sahaja.

Langkah pertama kearah polisi baru diambil oleh pengganti Ahmose dengan melakukan
serangan kilat ke Palestin dan menguasai Syria. Debgan askar yang terkuat pada zaman
purba, firaun baru itu dengan pantas mematahkan semua tentangan di Syria dan
menjadikan diri mereka tuan kepada jajahan yang terbentang luas dari tebing sungai
Euphrates sehingga ke selatan sungai Nil. Tetapi mereka tidak pernah berjaya menjadikan
penduduk yang dijajah sebagai rakyat yang taat dan kelemahan ini merupakan punca
pemberontakan meluas di Syria. Sungguhpun pengganti mereka menindas
pemberontakan tersebut dan berjaya memegang Empayar seketika, malapetaka akhir
tidak dapat dielakkan. Lebih banyak jajahan telah ditakluk dari apa yang boleh
dikendalikan dengan berkesan. Jumlah kekayaan yang mencurah-curah memasuku Mesir
melemahkan asas nasional dengan menggalakkan penyelewengan, dan pemberontakan
yang berpanjangan oleh tanah jajahan melemahkan kekuatan negara melebihi apa tahap
ia mampu pulih. Menjelang abad ke dua belas kebanyakan tanah jajahan telah kekal
bebas.

Corak pemerintahan Kerajaan Baru menyerupai Kerajaan Lama, tetapi lebih mutlak.
Kuasa ketenteraan kini menjadi asas pemerintahan firaun. Tentera terlatih sentiasa
bersedia bagi mengkagumkan rakyatnya. Kebanyakan bekas kaum bangsawan kini
menjadi bangsawan istana atau ahli kepada birokrasi firaun di bawah penguasaan penuh
firaun.

Firaun agung terakhir adalah Ramses III yag memerintah dari 1182 - 1151 SM. Dia
diganti oleh ramai pemerintah yang mearisi namanya tetapi tanpa keupayaannya. Pada
akhir abad ke dua belas, Mesir menjadi mangsa penjajahan pemangsa baru. Pada masa
yang sama Mesir kehilangan daya ciptaan. Untuk mendapatkan kehidupan abadi, ilmu
sihir menjadi minat utama rakyat seluruh golongan. Proses kejatuhan ini dipercepatkan
lagi oleh peningkatan kuasa Paderi, yang mengambil alih keistimewaan firaun dan
menentukan pengistiharan firaun.

Kejatuhan politik Mesir Purba


Dari pertengahan abad ke sepuluh SM sehingga akhir abad ke lapan SM dinasti gasar
Libya memegang kuasa. Mereka diikuti oleh penguasaan sementara kaum Nubia yang
menjajah Mesir dari gurun barat Nil Atas. Pada 671 SM Mesir dijajah oleh Assyrian,
tetapi hanya untuk selama lapan tahun. Selepas keruntuhan pemerintah Assyrian, Mesir
mendapat kemerdekaan mereka dan kebangkitan semula tradisi bermula. Bagaimanapun
ia terbantut dengan tiba-tiba dengan penjajahan Parsi pada 525 SM apabila tentera Parsi
mengalahkan tentera Mesir yang bertahan dalam pertempuran yang sengit. Mesir dengan
itu menjadi sebahagian Empayar Parsi dan kemudiannya ditadbir oleh Yunani dan Rom.

Firaun
Firaun ( ‫ ) فرعون‬atau Pharaoh (‫ פּרְעֹה‬Par‘ō); merupakan gelaran yang merujuk kepada
pemerintah Mesir ketika tempoh pra-Kristian dan pra-Islam

Etimologi

Pharaoh "Pr Aa"


dalam hieroglif

'Firaun' merupakan perkataan yang diambil dari bahasa Arab (al-Qur’an) tentang
panggilan raja Mesir. Ia juga berasal dari Bahasa Mesir Pr-Aa bermaksud 'Rumah Besar',
digunakan ketika Kerajaan Lama sebagai sebahagian dari frasa seperti 'smr pr-Aa'
bermaksud 'Penghuni Rumah Besar', dengan rujukan khas kepada mahkamah atau istana
itu sendiri. 1 Dari Dinasti Kedua Belas dan seterusnya, perkataan itu muncul dengan
ucapan 'Rumah Besar, semoga hidup makmur dan dalam kesihatan', tetapi masih dengan
rujukan bangunan berbanding dengan rajanya.

Contoh awal 'Pr Aa' digunakan untuk merujuk raja adalah dalam surat kepada
Amenhotep IV (Akhenaten) peda pertengahan Dinasti Kelapan Belas Mesir (1539-1292
SM) yang merujuk kepada 'Firaun, dikurniakan kehidupan, kemakmuran dan kesihatan,
Tuan'.2 Dari Dinasti Kesembilan Belas dan seterusnya, digunakan juga hm.f 'Baginda
Tuanku'.

Maka, istilah itu berubah dari sesuatu yang dirujuk bersama bangunan sehinggalah
gelaran kehormat bagi seorang raja, dan juga pejabatnya.
1
(Inggeris)Ancient Egyptian Grammar (3rd ed.), A. Gardiner (1957) 71-76

2
(Inggeris)Hieratic Papyrus from Kahun and Gurob, F. LL. Ramesses II
Griffith, 38, 17. dalam hieroglif
nama diraja
Kebesaran dan Gelaran
Raja Mesir memakai dua mahkota, yang dicipta dari
Mahkota Merah dari Mesir Hilir dan Mahkota Putih dari
Mesir Hulu. Ia dihiasi dengan ular yang digandakan ketika nama kelahiran
Dinasti Kedua Puluh Lima.

Ahli kaji Mesir purba, Bob Brier mendapati walaupun


terdapat banyak pernyataan dan lukisan tentang mahkota
diraja, tiada mahkota yang sebenar ditemui. Makam
Tutankhamun digali besar-besaran tetapi tetap tidak dijumpai. Mahkota tersebut
dikatakan mempunyai kandungan sihir, dan pendapat Brier mengatakan bahawa mahkota
tersebut tidak boleh dibawa bersama apabila telah mangkat tetapi harus diserahkan
kepada penggantinya.

Gelaran rasmi bagi raja ketika Kerajaan Baru mengandungi lima nama; bagi sesetengah
pemerintah, kita hanya mengetahui satu atau dua sahaja

Permasalahan
Terdapat persoalan tentang para raja atau firaun Mesir purba. Berikut adalah di antaranya:

• Tidak diketahui siapakan raja Mesir yang pertama. Ia mungkin Menes atau
Narmer. Narmer disahkan secara arkaeologi, tetapi Menes tidak; ia mungkin
Menes hanyalah mitos atau Menes dan Narmer adalah orang yang sama. Jika
Menes wujud dan bukan orang yang sama dengan Narmer, tidak dapat diketahui
siapa muncul dahulu.

• Ahli sarjana tertanya-tanya adakah Ramses III mempertahan Mesir dari Orang
Laut kerana mereka pernah menjarah atau mereka merupakan pelarian ke Mesir
ketika peperangan. Tidak pasti sama ada Ramesses III atau Amenemhat I
dibunuh.

• Keadaan sebenar kehilangan isteri Akhenaten, Nefertiti, tidak dapat diketahui.


Jasad Akhenaten sendiri tidak dapat ditemui dan tidak diketahui sama ada
dibunuh atau dibuang. Tentang kepercayaan Akhenaten pula masih diperdebatkan
ahli cendekiawan. Firaun berikutnya, Tutankhamun, juga tidak diketahui dengan
banyak tentang hal tersebut dan juga penyebab dan terikh kemangkatan.

• Apa yang berlaku kepada Hatshepsut tidak diketahui dan hubungan antara
Hatshepsut dengan Senenmut masih diperdebatkan.

• Walaupun jelas Cleopatra adalah keturunan Yunani dan bukan Mesir, bapanya
Ptolemy XII Auletes, tetapi ibunya masih tidak pasti. Barangkali adik tiri Ptolemy
Cleopatra Selene.

• Sedikit yang diketahui tentang pemerintahan Firaun Smendes I, dan kemungkinan


Mesir berpecah ketika itu.

• Tidak jelas sama ada Khababash dari Dinasti Ketiga Puluh betul-betul seorang
firaun, malah asal-usulnya juga adalah misteri.

• Tidak diketahui sama ada Necho II menghantar ekspedisi yang berlayar dari Laut
Merah mengelilingi Afrika dan kembali ke delta Nil.

Senarai firaun
Rencana ini mengandungi senarai Firaun Mesir Purba, dari Tempoh Dinasti Awal
sebelum 3000 SM hingga ke penghujung Dinasti Ptolemaik, apabila Mesir menjadi
jajahan Empayar Rom di bawah pemerintahan Augustus Caesar pada 30 SM.

Harus diketahui terdapat tiga pemerintah perempuan dalam senarai firaun yang memilih
untuk tidak memakai gelarai firaun iaitu yang bukan pasangan firaun Ptolemy
(Sobeknefru, Hatshepsut, dan Twosret), kerana firaun adalah gelaran bagi lelaki. Dalam,
senarai ini mereka digelarkan "Ratu ________."

Harus diketahui juga bahawa tarikh berkenaan adalah anggaran, Terdapat pelbagai sistem
untuk pentarikhan bagi kajian Mesir Purba iaitu bergantung kepada bagaimana ia
dilakukan dan anggaran apakah yang digunakan. Yang tertera di bawah merupakan satu
daripadanya dan bukan satu-satunya.
Zaman Purba
Zaman Purba merangkumi Tempoh Dinasti Awal, apabila Mesir Hilir dan Mesir Hulu
diperintah sebagai kerajaan yang berasingan, dan Dinasti Pertama dan Kedua

Dinasti Awal: Mesir Hilir

Hilir Mesir, dikenali sebagai Tanah Hitam berada di utara Nil dan delta Nil. Senarai
berikut mungkin tidak lengkap:

Nama Catatan Tarikh


Firaun Tiu — ?
Thesh — ?
Hsekiu — ?
Wazner — 3100 SM?
Dinasti Awal: Mesir Hulu

Mesir Hulu, dikenali sebagai Tanah Merah, adalah sekitar Nil selatan dan gurun. Berikut
mungkin tidak lengkap (dan terdapat juga yang dipertikaikan kewujudannya):

Nama Catatan Tarikh


Makam tertua di Umm el-Qa'ab mempunyai lambang kala
Serket I 3200 SM?
jengking
Iry-Hor tidak pasti 3150 SM?
Ka — 3100 SM
Juga dikenali sebagai "Kala Jengking Mesir" atau "Raja
Serket II Jengking" (Scorpion King); mungkin orang yang sama 3100 SM
dengan Narmer.
Dikatakan sesetengah pihak sebagai raja yang menyatukan
Narmer 3100 SM
Mesir Hulu dan Hilir
Dinasti Pertama

Dinasti Pertama memerintah dari kira-kira 3050 SM ke 2890 SM.


Nama Catatan Tarikh
Diperdebatkan sebagai penyatu Mesir Hulu dan Hilir.
Hor-Aha (Menes) Dalam senarai awal, juga dikenali sebagai Min dan 3050 SM
Meni.
Djer — 2 tahun
Merneith Pemangku bagi Djet dan Den —
Djet — 23 tahun
14 ke 20
Den —
tahun
Anedjib — 26 tahun
9 ke 18
Semerkhet —
tahun
Qa'a — 2916?–2890
Dinasti Kedua

Dinasti Kedua memerintah dari 2890 ke 2686 SM.

Nama Catatan Tarikh


Hotepsekhemwy — 2890–?
Raneb — 39 tahun
Nynetjer — 23 tahun
Wneg — 8 tahun
Senedj — 20 tahun
Seth-Peribsen — 17 tahun
Khasekhemwy ?– 2686 SM
Kerajaan Lama
Kerajaan Lama merupakan zaman ketika alaf ketiga sebelum Masihi apabila Mesir
mencapai kemuncak pencapaian ketamadunan pertama (pertama dari tiga dipanggil
Zaman “Kerajaan” menandakan ketinggian tahap ketamadunan di Lembah Nil), menjadi
tempoh penghubung apabila Mesir diperintah Dinasti Ketiga hingga ke Dinasti Keenam
(2630–2151 SM). Banyak ahli kaji Mesir Purba memasukkan Memphite Ketujuh dan
Kelapan ke dalam Kerajaan Lama sebagai sambungan kepada pentadbiran yang berpusat
di Memphis. Kerajaan Lama diikuti oleh zaman perpecahan dan kebudayaan merosot
menurut ahli kaji Mesir Purba pada Tempoh Perantaraan Pertama – atau masyarakat
Mesir memanggilnya, “kesakitan pertama”.

Ibu kota diraja Mesir ketika Kerajaan Lama terletak di Memphis, apabila Djoser
mengasaskan mahkamahnya. Kerajaan Lama mungkin dikenali kerana piramidnya yang
besar yang dibina ketika ini sebagai tempat persemadian Firaun. Kerana itu, Kerajaan
Lama kerap dirujuk sebagai "Zaman Piramid ".

Dinasti Ketiga

Dinasti Ketiga memrintah dari 2686 hingga 2613 SM.

Nama Catatan Tarikh


Sanakhte — 2686-2668
Mencadangkan Piramid Tangga yang direka
Djoser 2668–2649
oleh Imhotep
Sekhemkhet — 2649–2643
Khaba — 2643–2637
Huni — 2637–2613
Dinasti Keempat

Dinasti Keempat memerintah dari 2613 hingga 2498 SM dan merangkumi Firaun yang
membina Piramid Agung, Khufu (Cheops), Khafra (Chephren) dan Menkaura
(Mycerinus).

Nama Catatan Tarikh


Sneferu — 2613–2589
Bentuk Yunani - Cheops. Membina Piramid
Khufu 2589–2566
Agung di Giza.
Djedefra (Radjedef) — 2566–2558
Khafra Bentuk Yunani - Chephren 2558–2532
beberapa pihak memasukkan Bikheris, menurut
— —
Manetho
Menkaura Bentuk Yunani - Mycerinus 2532–2503
Shepseskaf – 2503–2498
beberapa pihak memasukkan Thampthis,
— —
menurut Manetho
Dinasti Kelima

Dinasti Kelima memerintah dari 2498 ke 2345 SM.


Nama Catatan Tarikh
Userkaf — 2498–2491
Sahure — 2487–2477
Neferirkare Kakai — 2477–2467
Shepseskare Isi — 2467–2460
Neferefre — 2460–2453
Nyuserre Ini — 2453–2422
Menkauhor Kaiu — 2422–2414
Djedkare Isesi — 2414–2375
Unas — 2375–2345
Dinasti Keenam

Dinasti Keenam memerintah dari 2345 hingga 2181 SM.

Nama Catatan Tarikh


Teti — 2345–2333
Userkare — 2333–2332
Pepi I Meryre — 2332–2283
Merenre Nemtyemsaf I — 2283–2278
Pepi II Neferkare — 2278–2184
Merenre Nemtyemsaf II Tidak pasti sebagai Firaun. 2184
Nitiqret Barangkali pemerintah perempuan. 2184–2181
Tempoh Perantaraan Pertama
Tempoh Perantaraan Pertama merupakan zaman di antara Kerajaan Lama dan
kemunculan Kerajaan Pertengahan.

Kerajaan Lama dengan cepatnya runtuh selepas kemangkatan Pepi II. Baginda
memerintah selama 94 tahun, lebih lama dari mana-mana monarki yang ada dalam
sejarah dan mangkat pada umur 200 tahun. Tahun-tahun akhir pemerintahan baginda
tidak begitu beaik akibat lanjutnya usia baginda.

Kesatuan Dua Kerajaan telah berpecah dan pemimpin tempatan terpaksa menangani
masalah kebuluran.

Sekitar 2160 SM, beberapa Firaun cuba menyatukan Mesir Hilir dari pusat Bandar
mereka di Herakleopolis Magna. Pada masa yang sama, barisan musuh di Thebes sedang
menyatukan semula Upper Mesir dan pertembungan dua dinasti tersebut tidak dapat
dielakkan.

Sekitar tahun 2055 SM, waris Firaun Intef III mengalahkan Firaun Herakleopolitan,
menyatukan Dua Tanah tersebut dan mengasaskan Dinasti Kesebelas dan memerintah
sebagai Mentuhotep II, Firaun Pertama Kerajaan Pertengahan.

Dinasti Ketujuh dan Kelapan

Dinasti Ketujuh dan Kelapan memerintah dari 2181 hingga 2160 SM. (Jadual ini
berasaskan Jadual Abydos dari Saumaah Seti I, di ambil dari
www.narmer.pl/main/abydos_en.html)

Nama Catatan Tarikh


Neferkara I - ?
Neferkara Nebi - ?
Djedkara Shemai - ?
Neferkara Khendu - ?
- Sesetengah meletakkan di sini Merenhor ?
Neferkamin Seneferka - ?
Nikara - ?
Neferkara Tereru - ?
Neferkahor - ?
Neferkara Pepyseneb - ?
Neferkamin Anu - ?
Qakare Ibi - ?
Neferkara II - ?
Neferkawhor Khuwihap - ?
Neferirkara - ?
Dinasti Kesembilan

Dinasti Kesembilan memerintah dari 2160 ke 2130 SM.


Nama Catatan Tarikh
Meryibre Khety
- 2160– ?
(Achthoes I)
Meribre Khety II - ?
Neferkare III - ?
Nebkaure (Acthoes II) - ?
Setut - ?
Wakhare Khety I - ?
Merykare - ?
Wankhare Khety II - ?
Menethoupe I - ?
Wankhare Khety III - ?
Khety II - ?
Anak perempuan Khety
- ?
II
Anak perempuan
- ? –2130
Merikare
Dinasti Kesepuluh

Dinasti Kesepuluh merupakan kumpulan tempatan yang menguasai Mesir Hulu yang
memerintah dari 2130 ke 2040 SM.

Nama Catatan Tarikh


Meryhathor — 2130– ?
Neferkare IV — ?
Wankare (Acthoes III) — ?
Merykare — ?
— — ? –2040
Dinasti Kesebelas

Dinasti Kesebelas merupakan kumpulan tempatan yang berasal dari Lower Mesir yang
memerintah dari 2134 hingga 1991 SM.
Nama Catatan Tarikh
Intef I — 2134–2117
Intef II — 2117–2069
Intef III — 2069–2060
Nebhetepre Mentuhotep Menyatukan Mesir 2040, Kerajaan
2060–2010
I Pertengahan bermula.
Sankhkare Mentuhotep
— 2010–1998
II
Nebtawyre Mentuhotep
— 1997–1991
III
Kerajaan Pertengahan
Kerajaan Pertengahan merupakan tempoh dari penghujung Tempoh Perantaraan Pertama
hingga bermulanya Tempoh Perantaraan Kedua. Sebagai tambahan bagi Dinasti Kedua
Belas, sesetengah sarjana memasukkan Dinasti Kesebelas, Ketiga Belas dan Dinasti
Keempat Belas dalam Kerajaan Pertengahan. Kerajaan Pertengahan boleh dilihat akan
perkembangan dagangan luar yang berlaku di waktu ini. Pembukaan kepada dagangan
membuatkan kejatuhan Kerajaan Pertengahan kerana memudahkan penaklukan dari
Hyksos.

Dinasti Kedua Belas

Dinasti Kedua Belas memerintah dari 1991 hingga 1802 SM, dan dikatakan oleh rakyat
Mesir sebagai Dinasti terbaik.

Nama Catatan Tarikh


Amenemhat I Firaun yang membuka dagangan dari luar Mesir. 1991–1962
Senusret I (Sesostris
— 1971–1926
I)
Amenemhat II — 1929–1895
Senusret II (Sesostris
— 1897–1878
II)
Senusret III (Sesostris
Firaun paling berkuasa dalam Kerajaan Pertengahan. 1878–1860
III)
Amenemhat III — 1860–1815
Mempunyai pemangku bagi sekurang-kurangnya
Amenemhat IV 1815–1807
setahun menurut pernyataan di Konosso.
Ratu Sobekneferu Pemerintah wanita yang jarang. 1807–1803
Tempoh Perantaraan Kedua
Tempoh Perantaraan Kedua merupakan zaman kekucar-kaciran di antara Kerajaan
Pertengahan, dan permulaan Kerajaan Baru. Ianya diketahui akibat Hyksos muncul di
Mesir, yang memerintah bagi Dinasti Kelima Belas dan Keenam Belas.

Dinasti Ketiga Belas lebih lemah daripada Dinasti Kedua Belas, dan tidak mampu
bertahan lama di Mesir. Pemerintahan keluarga berwilayah di Xois, terletak di paya Barat
Delta, terpisah dari pemerintahan pusat untuk membentuk Dinasti Keempat Belas.

Hyksos muncul buat kali pertamanyaketika pemerintahan Sobekhotep IV, dan sekitar
1720 SM mengambil alih pekan Avaris (Tell ed-Dab'a/Khata'na kini). Hyksos, yang
dipimpini Salitis, pengasas Dinasti Kelima Belas, menjajah Mesir ketika pemerintahan
Dudimose I.

Ketika Memphis jatuh ke tangan Hyksos, masyarakat asli Mesir memerintah Thebes dan
mengisytiharkan kemerdekaan lalu membentuk Dinasti Ketujuh Belas. Dinasti ini
menghalau Hyksos pulang ke Asia.

Dinasti Ketiga Belas

Dinasti Ketiga Belas (menurut Senarai Raja Turin) memerintah dari 1803 hingga sekitar
1649 SM dan bertahan selama 153 atau 154 Tahun menurut Manetho.
Nama Catatan Tarikh
Mengasakan Dinasti ke-13. Pemerintahannya
Sekhemre Khutawy 1803–1799 4
dibuktikan oleh beberapa Rekod Nil dan
Sobekhotep atau Wegaf tahun.
Papirus.
Amenemhat V Senebef, adik Sekhemre
Sekhemkare —
Khutawy. 3 tahun.
Amenemhat — 1795–1792
Sehetepre — ? –1790
Iufni — ?
Seankhibre — ?
Semenkare — ?
Sehetepre — ?
Sewadjkare — ?
Nedjemibre 7 bulan ?
Sobekhotep I — ?
Renseneb 4 bulan 1775
Hor — 1775
Raja terkenal yang tertera pada beberapa batu
Sedjefakare 5 ke 7 tahun.
bersurat dan dokumen lain.
Sekhemre Khutawy
Pesaing Wegaf 1767
Sobekhotep
Khendjer Minimum 4 tahun. 1765
Imyremeshaw — ?
Antef V — ?
Raja Seth — ?
Sobekhotep III 4 tahun & 2 bulan 1755
Neferhotep I 11 tahun 1751–1740
Sobekhotep IV 10 atau 11 tahun 1740–1730
Sobekhotep V — 1730
Wahibre Ibiau 10 tahun & 8 bulan 1725–1714
Merneferre Ai 23 tahun & 8 bulan 1714–1691
Merhetepre Ini 2 tahun & 2 bulan ?
Seankhenre Sewadtjew — ?
Mersekhemre Ined — ?
Sewadjkare Hori — ?
Kedudukan raja berikut tidak dapat dipastikan:
Lima Gelaran
Lima Gelaran bagi Firaun Mesir merupakan kelaziman bagi penamaan yang diambil
oleh raja Mesir purba. Ia melambangkan kekuatan dan kuasa suci dan juga bertindak
sebagai pernyataan misi bagi pemerintahan monarki. Ia kadangkala berubah mengikukt
pemerintahan. “Lima gelaran” ini tidak menjadi kebiasaan hinggalah Kerajaan
Pertengahan

Nama Horus

Serekh mengandungi nama Djet, dipamerkan di Louvre


Nama ini sering ditulis dalam Serekh, kotak penutup istana. Nama firaun ditulis dalam
hieroglif dalam penutup istana. Biasanya, imej Dewa falko Horus, dewa penaung bagi
monarki, bertenggek di atas atau ditepinya.

Ini adalah bentuk tertua bagi nama firaun, yang asalnya dari Kerajaan Lama. Banyak
firaun yang lama yang terkenal hanya dikenali dengan gelaran ini.

Sekurang-kurangnya satu pemerintah Mesir, Seth-Peribsen dari Dinasti Kedua,


menggunakan imej Dewa serigala-musang Seth dan bukan Horus, mungkin menunjukkan
wujudnya bahagian-bahagian agama dalaman dalam negara itu. Baginda digantikan oleh
Khasekhemwy, yang meletakkan kedua-dea simbol Seth dan Horus di atas nama baginda.
Selepas itu, imej Horus sentiasa muncul bersebelahan nama firaun.

Menjelang Kerajaan Baru, nama Horus sering diletakkan tanpa kotak penutup.

(Nama Nebty) Baginda yang Memiliki Dua Wanita

Nebty digabungkan dengan dewi Mesir Hulu dan Hilir:

• Nekhbet, dewi penaung Mesir Hulu, diwakilkan oleh burung hering, dan
• Wadjet, dewi penaung Mesir Hulu, diwakilkan oleh ular tedung.

Nama ini pertama kali oleh firaun Semerkhet dari Dinasti Pertama, dan ia menjadi
gelaran bebas ketika Dinasti Kedua Belas

Nama ini tidak dibingkaikan dengan serekh atau cartouche, tetapi sering bermula dengan
gambar burung hering atau ular tedung.Horus Emas

Juga dikenali dengan Nama Horus Keemasan, bentuk nama firaun ini menggunakan
gambar falko Horus bertenggek di atas atau ditepi hireoglif untuk yang emas.

Maksud gelaran ini dipertikaikan tetapi satu yang paling dipercayai ialah nama gelaran
itu mewakili kejayaan Horus mengatasi Seth, sebagai symbol yang emas membawa
maksud Horus "lebih hebat dari seterunya". Emas juga dsering dikaitkan dengan
pemikiran Mesir purba yang menganggapnya berkaitan dengan keabadian, maka ini
menepati nama Horus abadi bagi firaun.

Seperti nama Nebty, nama ini tidak dibingkaikan oleh cartouche atau serekh. Ia sering
bermula dengan imej falko Horus bertenggek di atas lambing matahari.
(Nama rasmi) Baginda Rusiga dan Lebah

Cartouche nama bagi Thutmose II dimulakan dengan lambang Rusiga dan Lebah di Kuil
Hatshepsut, Luxor

Nama rasmi firaun, yang pertama dari dua nama tertulis dalam cartouche, dan biasanya
diiringi satu dari dua frasa: sama ada n-sw-bity, "Baginda Rusiga dan Lebah"; atau neb
tawy, "Penguasa Dua Tanah", merujuk kepada kawasan lembah dan delta Mesir. Bentuk
ini sering digabungkan dengan nama Dewa matahari, Re.

Bentuk ini menjadi penting pada penghujung Dinasti Ketiga, dan kemudian menjadi
gelaran rasmi terpenting bagi firaun.

(Nama kelahiran) Anak Ra

Nama ini diberikan kepada putera mahkota ketika kelahiran. Ia diwakilkan imej itik, yang
homonim bagi anak lelaki, bersebelahan imej matahari, mewakili bapa, dewa matahari
Ra. Ia mula diperkenalkan kepada gelaran diraja pada Dinasti Keempat. Sekali dengan
nama rasmi, nama ini ditulis dalam cartouche.

Ahli sejarah moden merujuk raja Mesir purba dengan meletakkan ordinal (cth. "II", "III")
untuk membezakan individu yang mempunyai nama yang sama.

Contoh Lima Gelaran


Thutmose III in hieroglyphs
serekh atau nama Horus

Ketika Kerajaan Pertengahan gelaran penih


kadang-kala ditulis dalam satu cartouche,
seperti contoh dari Senusret I, dari Beni
Hasan. nama Nebty

nama Horus Keemasan

nama rasmi

nama kelahiran

Gelaran penuh firaun Thutmose III pada Dinasti Kelapan Belas, dan penyebutan serta
maksud yang seerti adalah berikut:

• Nama Horus: Kanakht Khaemwaset (Horus Si Lembu Kuat, Muncul di Thebes)


• Nama Nebty: Wahnesytmireempet (Baginda yang Memiliki Dua Wanita,
Bertahan dalam kerajaan sepertimana Ra di langit)
• Horus Emas: Sekhempahtydsejerkhaw (Horus Emas Sangat Berkuasa dan Kuat,
dan Suci Mahkota)
• Nama Rasmi: Menkheperre (Baginda Rusiga dan Lebah)
• Nama Kelahiran: Thutmose Neferkheperu (Anak Ra, Thutmose, bentuk yang
cantik)

You might also like