You are on page 1of 14

Perang Dunia II

Perang Dunia II

Arah jam dari kiri-atas: Askar Kommonwealth di padang


pasir; Orang awam China ditanam hidup-hidup oleh
tentera Jepun; tentera Soviet semasa serangan pada
musim sejuk; Kapal terbang Jepun di atas kapal
pengangkut sedia untuk berlepas; tentera Soviet
bertempur di Berlin; serangan ke atas kapal selam
Jerman.
Tarikh
1
Septemb
er, 1939
–2
Septemb
er, 1945

Tempat
Eropah,
Pasifik,
Asia
Tenggar
a,
China,
Timur
Tengah,
Mediterr
anean
dan
Afrika

Hasil
Kemena
ngan
Pasukan
Berikat.
Penubuh
an
Pertubu
han
Bangsa
Bersatu.
Kemunc
ulan
Amerika
Syarikat
dan
Kesatua
n Soviet
sebagai
kuasa
besar.
Penubuh
an
Dunia
Pertama
dan
Pihak bersengketa

Pasukan Berikat Kuasa Paksi

Komander

Pemimpin Pasukan Pemimpin Kuasa Paksi


Berikat

Korban dan kehilangan

Kematian anggota Kematian anggota


tentera: tentera:
Over 14,000,000 Over 8,000,000
Kematian orang awam: Kematian orang awam:
Over 36,000,000 Over 4,000,000
Jumlah kematian: Jumlah kematian
Lebih 50,000,000 Lebih 12,000,000
...perincian lanjut. ...perincian lanjut.

Perang Dunia II memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan
mengorbankan sejumlah 61 juta orang (tentera dan orang awam). Russia mengalami
jumlah kehilangan jiwa yang terbesar berbanding negara-negara lain dengan anggaran
hampir 25 juta kematian, diikuti oleh China dengan 11 juta, dan Jerman seramai 7 juta.

Perang Dunia II adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling
banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia II membabitkan
kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara
serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa. Peperangan Dunia II ini kebanyakan
membabitkan pihak Berikat (Alliance) - Negara-negara Komanwel (British
Commonwealth) , Perancis, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China; dengan
Kuasa Paksi (Axis Powers) - perikatan antara Jerman, Itali, dan Jepun. Kebanyakan
pertempuran berlaku di Medan Eropah Perang Dunia II medan Atlantik dan di sekitar
Eropah, dan dalam Peperangan Pasifik medan Pasifik di Pasifik dan Asia Timur.

Peperangan Dunia II ini adalah penting disebabkan buat kali pertamanya kuasa udara
memainkan peranan utama. Malah, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia II
merupakan serangan bom Jerman terhadap Poland, sementara operasi pertempuran
terakhir adalah serangan bom atom Amerika terhadap Nagasaki. Peperangan ini juga
melihat Amerika Syarikat keluar daripada dasar polisi pengasingan diri, kemusnahan dan
kebangkitan semula Jerman dan Jepun sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan
Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia. Peperangan ini juga
secara langsung membawa kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang
ditubuhkan oleh pihak Berikat yang menang agar pertelingkahan yang sebegitu besar dan
menjahanamkan tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.
Pengenalan
Cara layanan oleh pihak yang menang terhadap Republik Weimar selepas Perang Dunia I,
dan kemelesatan besar ekonomi ( Great Depression ) menyebabkan pergerakan pelampau
nasionalis NSDAP Adolf Hitler merebut kuasa di Jerman. Disebabkan keadaan politik
yang rapuh, Adolf Hitler berjaya menggunakan kuasa darurat dan memegang kuasa
penuh negara Jerman. Adolf Hitler membelakangi perjanjian selepas Perang Dunia I, dia
membangunkan semula tentera Jerman melalui perlembagaan demokratik yang
kemudiannya diketepikan. Dia menguatkan tentera di sempadan bersebelahan dengan
Perancis, memaksa persekutuan semula dengan Austria, dan dengan persetujuan
Perancis-British dia menyerap sebahagian dari Czechoslovakia .

Pada tahun 1922 Benito Mussolini dan parti Fascist bangkit memegang kuasa di Itali.
Fascist Itali, Mussolini berkongsi sebahagian matlamat ideologi dengan sosialis
Kebangsaan Jerman, dan walaupun Mussolini tidak begitu mempercayai Hitler, kedua
negara membentuk perjanjian yang dikenali sebagai "Rome-Berlin Axis" pada tahun
1936.

Benito Mussolini ("Il Duce") bersama Adolf Hitler

Perang Dunia II lebih banyak mengorbankan orang awam berbanding peperangan lain
sebelumnya dalam sejarah. Ini disebabkan sebahagiannya pengeboman udara secara
besar-besaran terhadap penduduk awam pada skala yang tidak pernah dilakukan
sebelumnya. (Polisi yang dimulakan oleh Luftwaffe Jerman terhadap Poland, Perancis
dan Inggris membantu Poland, dan kemudiannya dilakukan dengan lebih meluas oleh
pihak Berikat terhadap bandar Jerman), dan penggunaan teknologi zaman perindustrian
untuk membolehkan pembunuhan beramai-ramai orang awam yang tidak diperlukan di
kem penghapusan.
Keseluruhannya, Perang Dunia II mengakibatkan 50 juta kematian (sekitar dua peratus
penduduk dunia).

Medan Eropah
Peperangan di Eropah bermula pada 1 September 1939, apabila tentera Jerman menjajah
Poland. Pakar sejarah yang lain pula menyebut pencerobohan Jepun ke negeri China pada
tahun 1937 sebagai permulaan peperangan, atau pencerobohan Jepun ke Manchuria pada
tahun 1931.

Pada tahun 1939, Hitler menuntut sebahagian daripada wilayah Poland dan memeteraikan
Perjanjian Molotov-Ribbentrop ( Molotov-Ribbentrop Pact ) dengan Kesatuan Soviet
sebagai membalas kepada tindakan sokongan persekutuan pertahanan British dan
Perancis dengan Poland pada bulan Mac 1939. Pihak Wehrmacht Jerman kemudiannya
menjajah Poland dalam 'Kempen September Polish' pada 1 September. Pada 3 September
1939 pihak British dan Perancis mengisytiharkan perang ke atas Jerman. Kerajaan Poland
tumbang, dan Presiden Ignacy Moscicki melarikan diri serta menubuhkan kerajaan Polish
dalam pelarian pada 18 September 1939. Dalam tempoh beberapa minggu kemudian,
Tentera Merah Soviet ( Soviet Red Army ) turut menjajah Poland, dan pertempuran
merebut Poland berakhir tanpa sebarang bantuan ketenteraan daripada negara Perancis
dan British.

Tempoh dari tamatnya penjajahan Poland pada Oktober 1939, sehingga penjajahan
Jerman terhadap Benelux dan Perancis pada Mei 1940, dikenali sebagai Perang Olok-
olok (Phony War). Pasukan Jerman dan Soviet dipindahkan dari menyerang Poland.
Tentera Merah menumpukan ke Negara-negara Baltik dan kepada Finland, di mana
Peperangan Musim Sejuk menjadi tumpuan dunia disebabkan ketiadaan pertempuran
lain. Pasukan Wehrmacht bergerak ke barat, dan sementara itu Operasi Weserübung
menjajah Denmark dan Norway. Perancis menggerakkan tenteranya dan mengendalikan
pertahanan sempadannya yang kukuh dengan Rhine; dan pihak British pula menghantar
pasukan expeditionary yang besar ke Perancis. Selain serangan ringkas oleh pasukan
Perancis yang menyeberangi Rhine, tiada pertempuran lain sementara kedua pihak
memperkukuhkan tentera mereka.

Pada Mei 1940 pasukan Jerman menyerang Negara Rendah (Low Countries) (Belanda,
Belgium dan Luxembourg). Ketiga-tiga negara diduduki dengan pantas dan kesemua
kerajaan dan pemerintahnya berundur ke British, kecuali raja Belgium Leopold III yang
kekal di negaranya.

Pihak Jerman kemudiannya menyerang Perancis. Taktik Blitzkrieg Jerman berjaya


mengalahkan tentera Perancis dan British di Perancis. Pasukan Ekspedisi British (BEF)
terpaksa diundurkan dari Dunkirk dalam Operasi Dynamo, meninggalkan kelengkapan
berat mereka, sementara kerajaan Perancis berdamai, dengan pihak Jerman menguasai
kawasan di Utara dan kerajaan Vichy Perancis Vichy (Vichy France Vichy) pula berkuasa
di selatan.
Sementara itu, tentera udara Jerman, Luftwaffe gagal mengalahkan Pasukan Udara Diraja
dalam Pertempuran Britain ( Battle of Britain ) untuk menguasai ruang udara British.
Sebaliknya pihak Luftwaffe memulakan kempen pengeboman strategik yang dikenali
oleh pihak British sebagai Blitz, dan mengepong British agar menyerah dalam
Pertempuran Atlantik. Britain tetap utuh menghadapi kedua-duanya.

Pada Jun 1941 Jerman menyerang Kesatuan Soviet, walaupun mereka mempunyai
pakatan tidak agresif (non-aggression pact), dalam Operasi Barbarossa, memulakan apa
yang dikenali di Kesatuan Soviet sebagai Peperangan Patriotik Agung (Great Patriotic
War) (Великая Отечественная Война). Pihak Russia dikejutkan dan Wehrmacht pada
awalnya menakluk kawasan yang luas, dan menawan beratus ribu tentera. Pihak Soviet
berundur, dan berjaya memindahkan kebanyakan industri berat mereka jauh daripada
medan pertempuran dan membina semula dikawasan lebih terpencil. Pengorbanan
pertahanan yang kental menghalang pihak Jerman menawan Moscow (Bandar Wira)
sehingga musim sejuk melanda (lihat Pertempuran Moscow). Hitler, menjangkakan
kempen itu tamat dalam tempoh beberapa bulan, tidak melengkapkan tentera mereka
untuk peperangan musim sejuk. Lima hari selepas Soviet melancarkan serangan balas
mereka, pada 11 Disember 1941, Jerman mengisytiharkan perang ke atas Amerika
Syarikat selepas Serangan ke atas Pearl Harbor oleh Jepun - Untuk rencana lanjutan,
lihat Perang Dunia II Medan Asia

Ketua Perikatan "Besar Tiga" Winston Churchill, Franklin Delano Roosevelt, dan
Joseph Stalin

Pada musim bunga (spring) pihak Jerman melakukan serangan lanjut terhadap
Kesatuan Soviet, tetapi tidak dapat menetapkan antara serangan langsung terhadap
Moscow atau menawan padang minyak Caucasus. Moscow sekali lagi berjaya
dipertahankan, dan pada akhir tahun 1942 tentera Soviet berjaya menembusi baris
hadapan pihak Pusat di selatan, dan mengepong Tentera ke 6 Jerman dalam
Pertempuran Stalingrad Battle of Stalingrad ( Bandar Wira ). Pada Februari 1943 saki-
baki 300,000 tentera Jerman menyerah.
Pada musim bunga, Wehrmacht berjaya memulihkan baris hadapan dan melakukan
serangan balas dalam Pertempuran Kedua Kharkov (Second Battle of Kharkov), tetapi
serangan mereka pada Pertempuran Kursk (Julai 1943) gagal mengakibatkan pihak
Jerman tidak lagi mempunyai sumber untuk bertahan. Tentera Merah berjaya menyerang
balas dan merampas kembali kawasan yang hilang. Semenjak itu, Kesatuan Soviet
mempunyai kelebihan di Timur Eropah.

Kekalahan pihak Jerman di Stalingrad diikuti pula dengan kekalahan pada skala yang
sama di Tunisia (lihat Perang Dunia II#Medan Afrika dan Timur Tengah Medan Afrika di
bawah), mengakibatkan kehilangan tapak terakhir kuasa Paksi di Afrika Utara dan
penawanan suku juta tahanan POW Jerman dan Itali pada Mei 1943. Selepas itu pihak
Berikat menggunakan Afrika Utara sebagai papan loncatan untuk pelanggaran Sicily
melalui Operasi Husky pada Julai 1943 dan pelanggaran tanah besar Itali oleh pihak
Berikat Allied (September 1943), yang digambarkan oleh Sir Winston Churchill sebagai
"bahagian lembut perut Eropah". Itali menyerah, tetapi tentera Jerman bertindak untuk
melucutkan senjata tentera Itali dan bergegas mempertahankan Itali bersendirian. Pihak
Jerman mendirikan baris pertahanan kukuh di negara bergunung yang sesuai untuk
pertahanan, dan kemajuan pihak Berikat adalah perlahan.

Pihak Berikat melanggar Normandy dalam Operasi Overlord pada Jun 1944 dan
membebaskan kebanyakan Perancis dan Negara Rendah ( Low Countries ) pada
penghujung tahun. Pihak Jerman yang terdesak telah menyerang balas dalam
Pertempuran Bulge pada Disember 1944 tetapi dapat dipatahkan. Pihak Berikat kemudian
berjaya memasuki Jerman pada 1945. Ketika ini pihak Soviet telahpun sampai ke
sempadan Timur Empayar Jerman ( German Reich ), dan nasib Jerman telah ditentukan.
Selepas Hitler membunuh diri ketika pihak Russia memasuki Berlin, pihak tentera
Jerman menyerah tanpa syarat pada 7 Mei 1945 .

Peperangan di Eropah berakhir dengan penyerahan diri oleh Jerman pada 8 Mei 1945,
tetapi berterusan di Asia dan Pasifik sehingga 2 September 1945, apabila Jepun menyerah
kalah.

Peperangan Pasifik

Bendera 'Matahari Terbit' Tentera Imperialis Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua.
Askar Jepun sedang memancung kepala seorang Banduan Perang Australia.

Pihak Jepun telah berperang dengan negara China sebelum Perang Dunia II bermula di
Eropah. Ketika Amerika Syarikat dan negara-negara lain menghentikan eksport ke Jepun,
mereka telah membuat keputusan untuk menyerang Pearl Harbor pada 7 Disember 1941
serentak dengan pengistiharan perang dalam tempoh yang singkat. Disebabkan masalah
teknikal, pengistiharan tersebut tidak sempat disampaikan. Angkatan Pasifik Amerika
mengalami kerosakan yang teruk, walaupun kapal induknya terselamat kerana ketika
serangan berlaku ia sedang belayar. Tentera Jepun turut menyerang tanah-tanah jajahan
milik British di Malaya, dan Borneo, serta Filipina yang berada di bawah penguasaan
Amerika secara serentak, dengan tujuan untuk menguasai telaga minyak Dutch East
Indies. Pulau kota Singapura kepunyaan British tewas dalam apa yang disifatkan oleh
Churchill sebagai kekalahan British yang paling memalukan sepanjang zaman.

Pada Mei 1942, tentera laut Jepun menyerang Port Moresby , New Guinea. Seandainya
serangan tersebut berjaya, ia akan mendekatkan jarak mereka untuk menyerang Australia.
Bagaimanapun, serangan tersebut digagalkan oleh Tentera Laut Berikat dalam
Pertempuran Laut Karang (Coral Sea), menjadikannya operasi menentang pelan Jepun
yang pertama berjaya, dan pertempuran tentera laut pertama antara kapal induk
sepenuhnya. Sebulan kemudian Tentera Laut AS sekali lagi berjaya menghalang
pencerobohan Kepulauan Midway dalam Pertempuran Midway, kali ini memusnahkan
empat kapal induk Tentera Laut Jepun, yang tidak mampu digantikan oleh industri
persenjataan Jepun, sekali gus meletakkan pihak Imperialis Jepun dalam situasi bertahan.

Bagaimanapun, pada Julai Tentera Imperialis Jepun telah melakukan serangan darat di
Port Moresby, sepanjang Laluan Kokoda Kokoda Track. Pasukan simpanan Australia,
ramai yang masih muda dan tidak terlatih, bertempur sebagai pengawal belakang,
sehingga mereka digantikan oleh Tentera Australia biasa yang kembali daripada
pertempuran di Timur Tengah.

Pemimpin Pihak Berikat telah bersetuju walaupun sebelum kemasukan Amerika dalam
peperangan bahawa keutamaan perlu diberikan untuk mengalahkan pihak Jerman.
Bagaimanapun pasukan Australia dan Amerika dibawah pimpinan Jeneral Douglas
MacArthur mula menyerang jajahan yang tertawan, bermula dengan Pulau Guadalcanal
melawan tentera Jepun yang bertahan dengan gigih dan bersungguh-sungguh. Pada 7
Ogos 1942 Pulau Guadalcanal diserang oleh Marin Amerika Syarikat. Pada akhir Ogos
dan awal September, ketika pertempuran berlarutan di Guadalacanal, pasukan Australia
dan Amerika Syarikat bertempur dengan serangan amphibious Jepun di hujung timur
New Guinea dalam Milne Bay, kekalahan mutlak pertama tentera darat Jepun. Pasukan
Amerika Syarikat mencapai kejayaan di Guadalcanal pada Februari 1943.

Pasukan Australia dan Amerika Syarikat kemudiannya berusaha untuk menawan kembali
kawasan yang ditawan Jepun di sesetengah bahagian di New Guinea dan Dutch East
Indies. Pulau Solomon dirampas kembali sepenuhnya pada 1943, New Britain dan New
Ireland pada tahun 1944. Filipina diserang pada akhir tahun 1944 selepas Pertempuran
Teluk Leyte.

Kapal selam AS dan pihak Berikat turut menyerang perkapalan perdagangan Jepun,
dengan itu menafikan perindustrian Jepun dari mendapatkan bahan mentah, yang
merupakan sebab utama Jepun berperang untuk mendapatkannya. Keberkesanan cerutan
ini meningkat apabila Amerika menawan kawasan kepulauan yang berhampiran tanah
besar Jepun.

Tentera Kebangsaan Kuomintang (Nationalist Kuomintang Army) di bawah Chiang Kai-


shek dan Tentera Komunis China (Communist Chinese Army) di bawah Mao Zedong
kedua-duanya menentang penaklukan Jepun di China, tetapi tidak pernah bersatu
menentang Jepun. Pertikaian antara kuasa Komunis dan Kebangsaan Nationalist
berterusan walaupun perang sudah tamat.

Pihak Berikat menawan kepulauan berhampiran Jepun seperti Iwo Jima dan Okinawa
meletakkan Jepun dalam jarak serangan udara dan laut, Tokyo diserang dengan bom api
dan kemudiannya bom nuklear menghancurkan Hiroshima. Pada 8 Ogos 1945, Kesatuan
Soviet yang sekian lamanya menyimpan dendam atas kekalahannya di Pelabuhan Arthur
dan Tsushima oleh Jepun pada tahun 1902 telah mengistiharkan perang ke atas Jepun,
menyerang jajahannya di Manchuria. Pada 9 Ogos Nagasaki di bom dengan bom atom.
Pihak Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945, dan menandatangani dokumen
menyerah diri pada 2 September 1945.

Medan Afrika dan Timur Tengah


Kempen Afrika Utara bermula pada tahun 1940, apabila sepasukan kecil tentera British di
Mesir menghalang kemaraan tentera Itali daripada Libya. Kemaraan ini dihentikan pada
tahun 1941 ketika pasukan Jerman di bawah Erwin Rommel mendarat di Libya.
Tambahan lagi, pada Jun 1941 Tentera Australia dan pasukan Berikat melanggar Syria
dan Lebanon, menawan Damascus pada 17 Jun. Afrika Korps dibawah pimpinan
Rommel maju dengan pantasnya ke arah timur dan terus mengepung pelabuhan strategik
di Tobruk . Pasukan Australia dan British menangkis kesemua serangan sehinggalah
diganti, tetapi serangan pihak Pusat yang baru menawan bandar tersebut dan menghalau
Tentera ke Lapan ( Eighth Army ) kebelakang sehingga ke perbatasan di El Alamein .

Pertempuran El Alamein Pertama berlaku antara 1 Julai sehingga 27 Julai 1942 . Pihak
Jerman telah mara ketitik pertahanan terakhir sebelum bandar Alexandria dan Terusan
Suez. Bagaimanapun mereka mendahului saluran bekalan, dan pertahanan British dan
Komanwel mematahkan serangan mereka. Pertempuran El Alamein Kedua berlaku antara
23 Oktober dan 3 November 1942 selepas Bernard Montgomery menggantikan Claude
Auchinleck sebagai komander Tentera Kelapan ( Eighth Army ). Pasukan Komanwel
Commonwealth forces mula menyerang dan memusnahkan Afrika Korps. Rommel
dipaksa berundur, dan kali ini tidak berhenti berundur sehingga sampai ke Tunisia.

Mengiringi kejayaan ini, pada 8 November 1942, tentera Amerika dan British mendarat
di Maghribi dan Algeria dalam Operasi Obor ( Operation Torch ). Pasukan tempatan
Perancis Vichy membuat penentangan terhad sebelum menyertai pihak Berikat. Akhirnya
pasukan Jerman dan Itali terkepit dari kemaraan berkembar dari Algeria dan Libya oleh
pihak Berikat. Mara dari kedua-dua belah timur dan barat, pasukan Berikat
mengundurkan Wehrmacht sepenuhnya dari Afrika dan pada 13 Mei 1943, baki pasukan
Paksi di Afrika Utara menyerah diri. 250,000 tahanan ditahan; sama ramai seperti di
Stalingrad .

Afrika Utara digunakan sebagai batu loncatan untuk melanggar Sicily dan Itali pada
tahun 1943.

Kepentingan Sejarah
Berbeza dengan Perang Dunia I, pihak Barat yang menang dalam Perang Dunia II tidak
meminta bayaran gantirugi daripada negara yang kalah. Sebaliknya, dalam satu pelan
yang dirangka oleh Setiausaha Amerika Syarikat, George Marshall, "Program Pemulihan
Ekonomi" ( Economic Recovery Program ), lebih terkenal dengan nama Marshall Plan,
mengkehendaki Kongres Amerika Syarikat untuk memperuntukkan berjuta dollar untuk
pembinaan semula Eropah.

Oleh kerana League of Nations jelas gagal menghalang peperangan, badan dunia baru
dibentuk. Pada tahun 1945 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan.

Bahagian Eropah yang ditakluk atau dikuasai Soviet Union tidak mendapat untung dari
Pelan Marshall. Dalam Perjanjian Perdamaian Paris ( Paris Peace Treaties ), 1947 Paris
Peace Treaty , musuh Soviet Union seperti Hungary, Finland and Romania dikehendaki
membayar pampasan perang sebanyak $300,000,000 setiap satu (dalam nilaian dolar
1938) kepada USSR dan negara satelitnya. Itali dikehendaki membayar $360,000,000,
dikongsi kebanyakannya antara Greece, Yugoslavia dan Soviet Union.

Dalam kawasan diduduki oleh Soviet Union pada penghujung perang, regim boneka
diletakkan, walaupun dibantah oleh kerajaan buangan dan pihak Berikat yang lain.
Jerman dibahagikan kepada empat zon jajahan, dengan zon Amerika, British, dan
Perancis dikelompokkan sebagai Jerman Barat dan zon Russia sebagai negara satelit
Russia, dikenali sebagai Jerman Timur. Austria sekali lagi dikeluarkan daripada Jerman
dan ia juga dipecahkan kepada empat zon jajahan, tetapi zon Russia akhirnya disatukan
menjadi negara Austria. Dalam kata Churchill, "Tirai Besi telah turun membelah Eropah".
Seterusnya ini mendorong commitment dari pihak Amerika untuk membantu melindungi
Eropah Barat, pembentukan NATO dan Perang Dingin.

Dalam gantirugi, menurut syarat Persidangan Yalta ( Yalta Conference ), lebih dua juta
tahanan askar Russia yang jatuh di tangan pasukan Amerika dan British, mengakibatkan
kematian sebahagian besar daripada mereka.

Penyelidikan dan pembangunan yang terbabit dengan Projek Manhattan bertujuan agar
dapat mereka bentuk senjata nuklear yang boleh digunakan dengan cepat memberi kesan
besar kepada masyarakat saintifik, antara lain membentuk jaringan makmal kebangsaan
di Amerika Syarikat.

Dalam ruang ketenteraan, Perang Dunia II menandakan kedatangan kuasa udara,


kebanyakannya menggantikan kapal perang. Ketika bandul terus berhayun dalam
persaingan tanpa akhir ini, kuasa udara menjadi rakan kongsi penuh dalam sebarang
tindakan ketenteraan.

Perang Dunia II merupakan kemuncak kepada jumlah tentera yang ramai. Walaupun
jumlah tentera yang ramai berkuali rendah muncul semula (ketika Peperangan Korea dan
dalam beberapa pertikaian negara Afrika), selepas kemenangan ini kuasa besar
bergantung kepada tentera yang kecil tetapi terlatih dan bersenjata lengkap.

Selepas perang, ramai pemerintah Jerman berpangkat tinggi dibicarakan kerana jenayah
perang, termasuk juga pembunuhan beramai-ramai ( Holocaust ) dilaksanakan
kebanyakan di bawah kawasan Kerajaan Jeneral ( General Government ), dalam
perbicaraan Nuremberg. Serupa juga pemimpin Jepun dibicarakan dalam Perbicaraan
Jenayah Perang Tokyo ( Tokyo War Crime Trial ). Dinegara lain, terutamanya di Finland,
pihak Berikat bertegas untuk mendakwa pemimpin politik untuk dibicarakan dalam
"perbicaraan tanggungjawab perang" war-responsibility trials - contohnya. bukan kerana
jenayah perang.

Kekalahan Jepun, dan penjajahannya oleh tentera Amerika ( American Forces ),


mendorong kepada Jepun gaya barat yang lebih menyeluruh dari apa yang mungkin
berlaku jika sebaliknya. Jepun mengikut lebih dekat demokrasi cara Barat dan,
disebabkan kekalahannya di tangan Amerika Syarikat, berusaha untuk meniru Amerika
Syarikat. Usaha besar-besaran kebangsaan ini menghasilkan keajaiban ekonomi dan
kebangkitan Jepun untuk menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia.

Pertempuran ketenteraan
Pertempuran

• Pertempuran Dunkirk "Dynamo"


• Pertempuran Britain
• Pertempuran Crete
• Operasi Barbarossa
• Pertempuran Moscow
• Pertempuran Kursk
• Pertempuran Stalingrad
• Operation Bagration
• Pertempuran Pertama El Alamein
• Pertempuran Kedua El Alamein
• Pertempuran Normandy , juga dikenali sebagai D-Day atau Operasi Overlord
• Pertempuran Tali-Ihantala
• Operasi Market Garden (Pertempuran Arnhem)
• Pertempuran Monte Cassino
• Pertempuran Bulge Pertempuran of Ardennes (1944) (a.k.a. Pertempuran Bulge)
• Pertempuran Hurtgen Forest
• Pertempuran Berlin
• Pertempuran Leyte
• Pertempuran Peleliu
• Pertempuran Iwo Jima
• Pertempuran Okinawa
• Pertempuran Lugou Bridge
• Pertempuran Tai er zhuang
• Pertempuran Changsha
• Pertempuran Hundred Regiments
• Pertempuran Milne Bay

Pengepungan

• Pengepungan Leningrad
• Pengepungan Lwów
• Pengepungan Modlin
• Pengepungan Novorossiysk
• Pengepungan Odessa
• Pengepungan Sevastopol
• Pengepungan Tobruk
• Pengepungan Warsaw

Pertempuran Laut
• Pertempuran di River Plate
• Pertempuran Narvik Pertama
• Pertempuran Narvik Kedua
• Pertempuran Atlantik (1940)
• Pertempuran Tanjung Matapan Cape Matapan
• Pertempuran Pearl Harbor
• Pertempuran Laut Karang
• Pertempuran Midway
• Pertempuran Guadalcanal
• Pertempuran Teluk Leyte

Kempen pengeboman utama

• Dresden
• Kassel
• Rostock (Kilang Pembinaan Kapal terbang Heinckel, Dermaga, dan Bandar)
• Lübeck
• Baedeker Blitz Baedeker raids
• London ( The_Blitz "The Blitz" and the V1 Flying Bomb V1 and V2 rocket V2
campaigns)
• Bombing of Battle of Stalingrad Stalingrad 23 August 1942
• Helsinki February 1944, was mostly ineffective due to air defense and deception.
• Tallinn February - March 1944. Bombed by Soviet ADD. Large-scale damage.
• Narva March 1944. Evacuated town was destroyed by Soviet ADD.
• Hiroshima
• Nagasaki
• Tokyo
• Warsaw
• Rotterdam
• Hamburg
• Koventri

Lihat juga Soalselidik pengeboman strategik untuk kesan keseluruhan pengeboman.

Garis pertahanan
• Dinding Atlantik
• Garis Gustav
• Garis Maginot
• Garis Mannerheim
• Garis Siegfried
• Garis GHQ
• Garis Henti Taunton
Sudut Politik dan Sosial Peperangan
• appeasement
• Occupation of Denmark
• German children 1933-1945
• Nazi children in the times of peace
• Gold Star Mothers Club for those mothers who lost their children, KIA

Logistik dan pengeluaran


Bagi pendapat saya peperangan akan merosakan semua benda hidup so apa yang terbaik
dalam peperangan adalah berperang di negara orang lain macam yang emerika buat dan
baik dan canggih sekali pun peralatan masa kini ianya berasal daripada peralatan menaual

You might also like