You are on page 1of 8

Kritikan Artikel Oleh Aede Hatib Bin Mustaamal Tajuk : Cabaran Dan Strategi Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Ke Arah Mencapai Wawasan 2020. Penulis : Haji Yahya Bin Emat Terbitan : Jurnal Pendidikan, Jilid 37 Keluaran 8 Jun 1993, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sinopsis Artikel Artikel ini membincangkan tentang beberapa cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani oleh latihan teknik dan vokasional dalam mendokong usaha kerajaan untuk mencapai status sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020. Penulis juga mengutarakan langkah-langkah dan strategi yang diatur oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melaksanakan suatu kurikulum latihan teknik dan vokasional yang mampu melahirkan tenaga kerja mahir berdasarkan tiga faktor utama iaitu sikap, kualiti dan kuantiti. Kritikan Artikel Malaysia telah meletakkan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 di mana usaha ini telah dijelmakan melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) bagi tempoh tahun 1991-2000. RRJP 2 meletakkan sasaran pertumbuhan sebanyak 7% setahun untuk ramalan pengeluaran yang akan menyumbangkan sebanyak 37% daripada pengeluaran kasar tempatan bagi tahun 2000. Situasi ini pada pandangan penulis secara langsung menuntut kepada penghasilan tenaga kerja yang mahir dalam memenuhi pasaran kerja tempatan. Ini telah dinyatakan dengan jelas di dalam Rancangan Malaysia ke Enam iaitu matlamat pembangunan sumber tenaga manusia adalah merupakan teras utama di dalam pembangunan negara, kerana pencapaian matlamat sosio-ekonomi bergantung kepada terdapatnya tenaga kerja yang berpendidikan, mahir dan boleh dilatih (Kerajaan Malaysia, 1991). Sewajarnyalah pembangunan sumber manusia ditangani secara bersungguh-sungguh kerana hanya dengan kebolehan, kemahiran dan daya usaha rakyatnya sahaja sesebuah negara boleh menjadi maju. Oleh itu, apa yang perlu ditekankan adalah menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pembangunan sumber manusia terutamanya dalam bidang teknik dan vokasional. Ini selanjutnya meletakkan sandaran yang besar terhadap latihan dan pendidikan teknik dan vokasional dalam merealisasikan perkara tersebut. Ini amat selari dengan pandangan penulis yang berpendapat bahawa kepincangan di dalam sistem latihan atau pun pendidikan teknik dan vokasional akan mengakibatkan kurangnya tenaga mahir yang seterusnya akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. Dalam membincangkan aspek cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani bidang pendidikan teknik dan vokasional, penulis cuba membahagikan kepada empat aspek utama iaitu: a) Sikap masyarakat terhadap pendidikan teknik dan vokasional. Masyarakat dilihat oleh penulis sebagai masih mempunyai pandangan sebegini apabila mereka menganggap pelajar-pelajar vokasional adalah hanya mereka yang gagal dalam bidang akademik. Fenomena ini turut mendapat perhatian Siti Maspah dan Nor Azizah (1995) yang dalam kertas kerja mereka mengatakan bahawa: "Satu masalah yang besar ialah untuk menarik minat pelajar terhadap pendidikan vokasional.

Ibubapa lebih memberikan perhatian kepada pendidikan di sekolah akademik. Pendidikan di sekolah vokasional dianggap sebagai "Second Class". Lulusan dari sekolah vokasional juga dianggap rendah tarafnya walaupun sijil SPVM diiktiraf sama dengan SPM. Sekolah vokasional adalah untuk pelajar yang lemah atau yang tercicir." Tanggapan masyarakat yang sebegini sememangnya tidak tepat kerana pendidikan teknik dan vokasional memberikan masa depan yang cerah kepada para lulusannya samada dalam peluang pekerjaan mahupun bidang pendidikan peringkat tinggi. Akhbar melaporkan bahawa Malaysia hanya mampu melatih seramai 32,166 jurutera lagi dari institusi pendidikan tinggi awam menjelang tahun 2020 (The Star, 10 Februari 1993), sedangkan menjelang tahun 2000 sahaja sektor industri memerlukan seramai 51,000 jurutera (Berita Harian, 31 Januari 1993). Manakala daripada aspek peluang melanjutkan pendidikan pula, pengiktirafan sama taraf bagi SPMV dengan SPM telah memberikan peluang yang sama bagi lepasan SPMV untuk meneruskan pengajian di pusat-pusat pengajian tinggi seperti Politeknik, ITM, UTM dan sebagainya (Siti Maspah & Nor Azizah, 1995). Kerajaan yang mempelopori Program Pandang ke Timur melalui agensi-agensinya seperti MARA telah menghantar lepasan institut kemahirannya untuk mengikuti latihan sambil kerja di Jepun. Kesemua usaha tersebut adalah bertujuan untuk mendorong masyarakat agar berpandangan positif terhadap pendidikan teknik dan vokasional negara. b) Pendidikan teknik dan vokasional untuk melahirkan sumber tenaga manusia yang mahir. Dalam aspek pembangunan sumber manusia , penulis cuba mengutarakan tentang kepentingan peranan pendidikan teknik dan vokasional dalam melahirkan tenaga mahir yang relevan dengan permintaan pasaran. Mereka perlulah berkebolehan untuk bekerja secara profesional di samping berupaya menerima dan menguasai pengetahuan baru yang berkaitan dengan cepat. Menurut Isahak Haron (1992), tenaga manusia yang diperlukan di dalam masyarakat industri tentulah tenaga manusia yang cekap dan profesional, berfikiran terbuka untuk menerima dan mengkaji maklumat dan ilmu dan dapat membuat penyesuaian dengan tepat. Bagi membentuk kurikulum yang bersesuaian dengan keperluan industri semasa, maka kerjasama yang erat daripada pihak swasta adalah diperlukan. Melalui kerjasama ini, program dan kandungan kursus yang berkaitan dapat diawasi secara konsisten dan diubahsuai bagi memenuhi permintaan pasaran pekerjaan yang berubah-ubah. Pandangan ini turut dikongsi oleh Siti Maspah dan Nor Azizah (1995) yang mengatakan bahawa pendidikan teknik dan vokasional perlu mengadakan hubungan dan kerjasama yang rapat dengan industri bagi menjayakan program latihan dan menyusun kurikulumya. Sokongan industri penting agar sistem sekolah dapat mengikuti perubahan teknologi dan memenuhi keperluan permintaan serta keadaan kerja mereka. Program-program kerjasama yang dijalankan di antara institusi pendidikan teknik dan swasta berupaya mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan teknik dan vokasional. c) Mempertingkatkan kualiti dalam latihan kemahiran. Penulis berpendapat bahawa pengalaman dan pengetahuan tenaga pengajar di institusi latihan teknikal dan vokasional merupakan faktor yang mempengaruhi kualiti lulusan yang dikeluarkan. Siti Maspah dan Nor Azizah (1995) mengatakan bahawa tenaga pengajar yang berkelayakan juga menjadi masalah utama. Mereka diambil terus dari universiti tempatan dan Maktab Khas untuk latihan teknik atau vokasional. Kebanyakan tenaga pengajar tiada pengalaman perindustrian dan kerja. Fenomena tersebut wajar diambil perhatian kerana tenaga pengajar yang hanya mempunyai kelayakan akademik tanpa memiliki pengalaman industri dan kerja akan menjadikan pelaksanaan program latihan atau pendidikan teknik dan vokasional lebih bercorak teori sahaja.

Ini akan melahirkan lepasan institusi vokasional yang kurang terlatih bagi memenuhi tuntutan yang diperlukan oleh bakal majikan mereka kelak. Ini adalah berdasarkan laporan berikut: "that existing training institution in this country especially vocational schools, offer very little practical content in their courses such that new graduate frequently lack the practical skills required by the industry, and from findings of some tracer studies, it appears that on average about 40% of the trainees are employed in jobs not related to their training." (The Star, 10 Februari 1993). Sehubungan dengan itu, saranan penulis agar sistem pengambilan tenaga pengajar dilakukan secara lebih terbuka di mana kelayakan akademik tidak dijadikan faktor utama tetapi mengambil kira pengalaman industri dan kemahiran teknikal yang dimiliki adalah suatu yang wajar. Ini adalah kerana Kerajaan melalui Kementerian pendidikan juga telah mewujudkan kelonggaran dalam pengambilan staf dan bekerja rapat dengan industri untuk mendapatkan tenaga pengajar sebagai kakitangan sementara atau pinjaman (Siti Maspah & Nor Azizah, 1995). Program berkembar dengan pusat-pusat pengajian tempatan dan luar negara juga wajar dilaksanakan bagi melatih tenaga pengajar politeknik dan Sekolah-sekolah Menengah Teknik/vokasional. Ini dapat meningkatkan lagi taraf kualiti pendidikan teknik dan vokasional melalui mutu pengajaran yang tinggi dan lebih berkesan.

d) Peningkatan kuantiti pendidikan teknik dan vokasional. Penulis melihat penambahan jumlah institusi pendidikan teknik dan vokasional adalah perlu bagi memenuhi keperluan tenaga kerja tempatan. Peratusan pelajar yang berpeluang melanjutkan pengajian di bidang ini masih terlalu kurang berbanding jumlah peluang yang sepatutnya dibuka. Ini adalah selari dengan pernyataan yang mengatakan bahawa hanya sebanyak 7% pelajar-pelajar dapat memasuki sekolah vokasional dan teknik berbanding dengan di negara perindustrian lain, di mana lebih 40% pelajar di sekolah vokasional atau teknologi, misalnya di Jerman (Shahril Marzuki, 1993). Jumlah kemasukan yang kecil adalah berpunca daripada kuantiti institusi teknik dan vokasional yang masih tidak mencukupi berbanding dengan permohonan kemasukan. Berdasarkan data yang dikemukakan bagi tahun 1992, didapati hanya terdapat 70 buah sekolah vokasional yang hanya boleh menempatkan 46,980 pelajar sahaja (Berita Harian, 1 Disember 1992). Manakala politeknik pula terdapat 7 buah dengan hanya mampu menempatkan 9,404 pelajar sahaja (Shahril Marzuki, 1993). Sewajarnyalah pihak kerajaan dengan dibantu oleh swasta memperluaskan lagi penubuhan institusi teknik dan vokasional samada di bawah peruntukan kerajaan mahupun pembiayaan swasta. Pandangan ini telah turut dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang menyebut bahawa: "sektor swasta membuat pelaburan dengan menubuhkan lebih banyak sekolah vokasional atau politeknik untuk menampung keperluan tenaga mahir, sejajar hasrat kerajaan menjadikan negara ini maju pada tahun 2020." (Berita Harian, 17 Februari 1993). Oleh itu, penubuhan kolej-kolej swasta dilihat sebagai usaha untuk melahirkan tenaga mahir dalam pertumbuhan ekonomi negara bagi menampung had jumlah tenaga terlatih yang dikeluarkan oleh pusat-pusat pengajian awam tempatan. Kesimpulan Dalam kesimpulannya, penulis menegaskan semula tentang cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh pendidikan teknik dan vokasional dalam menyahut hasrat kerajaan menjelang tahun 2020. Masyarakat diseru agar mengubah pandangan mereka terhadap pendidikan

teknik dan vokasional. Namun begitu, usaha-usaha yang berterusan perlulah dilakukan bagi mengubah semula sikap dan nilai masyarakat ke arah yang lebih positif. Ini termasuklah menanamkan sikap dan norma yang baik di kalangan mereka agar mampu menjadi tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. Di samping itu, kerajaan dan swasta disarankan mengeratkan lagi kerjasama bagi menangani masalah guna tenaga di dalam bidang teknik dan vokasional ini. Akhirnya, penulis merasa yakin bahawa sekiranya tiga aspek utama cabaran iaitu sikap, kualiti dan kuantiti dapat di atasi, maka kejayaan untuk mencapai wawasan 2020 adalah cerah.

Bibliografi 1) Kerajaan Malaysia, (1991). "Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)". Kuala Lumpur: Percetakan Negara. 2) Siti Maspah Hassan; Nor Azizah Mohd.Salleh, (1995). Kertas Kerja Bertajuk: Pendidikan Vokasional- Formal Dan Non Formal Ke Arah Wawasan 2020. Dalam Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Abad Ke 21 di UKM, Bangi pada 9 November 1995. 3) __________The Star, 10 Februari 1993. 4) __________ Berita Harian, 31 Januari 1993. 5) Isahak Haron (1992). "Aliran perkembangan Pendidikan dan Pembentukan Malaysia Sebagai Negara Industri Abad Ke 21". Dalam Pidato Umum Aminuddin Baki Kali Ke 4 di UPM, Serdang pada 4 Januari 1992. 6) ___________The Star, 10 Februari 1993. 7) ___________ Berita Harian, 1 Disember 1992. 8) Shahril Marzuki, (1993). "Peranan Pendidikan Vokasional Dalam Pembangunan Sumber Manusia Bagi Mencapai Matlamat Wawasan 2020". Jurnal Pendidikan Jilid 37 Kementerian Pendidikan Malaysia keluaran 8 Jun 1993. 9) ___________ Berita Harian, 17 Februari 1993. Kritikan Artikel Oleh Aede Hatib Bin Mustaamal Tajuk : Cabaran Dan Strategi Pendidikan Teknik Dan Vokasional Ke Arah Mencapai Wawasan 2020. Penulis : Haji Yahya Bin Emat Terbitan : Jurnal Pendidikan, Jilid 37 Keluaran 8 Jun 1993, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sinopsis Artikel Artikel ini membincangkan tentang beberapa cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani oleh latihan teknik dan vokasional dalam mendokong usaha kerajaan untuk mencapai status sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020. Penulis juga mengutarakan langkah-langkah dan strategi yang diatur oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melaksanakan suatu kurikulum latihan teknik dan vokasional yang mampu melahirkan tenaga kerja mahir berdasarkan tiga faktor utama iaitu sikap, kualiti dan kuantiti. Kritikan Artikel

Malaysia telah meletakkan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 di mana usaha ini telah dijelmakan melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) bagi tempoh tahun 1991-2000. RRJP 2 meletakkan sasaran pertumbuhan sebanyak 7% setahun untuk ramalan pengeluaran yang akan menyumbangkan sebanyak 37% daripada pengeluaran kasar tempatan bagi tahun 2000. Situasi ini pada pandangan penulis secara langsung menuntut kepada penghasilan tenaga kerja yang mahir dalam memenuhi pasaran kerja tempatan. Ini telah dinyatakan dengan jelas di dalam Rancangan Malaysia ke Enam iaitu matlamat pembangunan sumber tenaga manusia adalah merupakan teras utama di dalam pembangunan negara, kerana pencapaian matlamat sosio-ekonomi bergantung kepada terdapatnya tenaga kerja yang berpendidikan, mahir dan boleh dilatih (Kerajaan Malaysia, 1991). Sewajarnyalah pembangunan sumber manusia ditangani secara bersungguh-sungguh kerana hanya dengan kebolehan, kemahiran dan daya usaha rakyatnya sahaja sesebuah negara boleh menjadi maju. Oleh itu, apa yang perlu ditekankan adalah menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pembangunan sumber manusia terutamanya dalam bidang teknik dan vokasional. Ini selanjutnya meletakkan sandaran yang besar terhadap latihan dan pendidikan teknik dan vokasional dalam merealisasikan perkara tersebut. Ini amat selari dengan pandangan penulis yang berpendapat bahawa kepincangan di dalam sistem latihan atau pun pendidikan teknik dan vokasional akan mengakibatkan kurangnya tenaga mahir yang seterusnya akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. Dalam membincangkan aspek cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani bidang pendidikan teknik dan vokasional, penulis cuba membahagikan kepada empat aspek utama iaitu: a) Sikap masyarakat terhadap pendidikan teknik dan vokasional. Masyarakat dilihat oleh penulis sebagai masih mempunyai pandangan sebegini apabila mereka menganggap pelajar-pelajar vokasional adalah hanya mereka yang gagal dalam bidang akademik. Fenomena ini turut mendapat perhatian Siti Maspah dan Nor Azizah (1995) yang dalam kertas kerja mereka mengatakan bahawa: "Satu masalah yang besar ialah untuk menarik minat pelajar terhadap pendidikan vokasional. Ibubapa lebih memberikan perhatian kepada pendidikan di sekolah akademik. Pendidikan di sekolah vokasional dianggap sebagai "Second Class". Lulusan dari sekolah vokasional juga dianggap rendah tarafnya walaupun sijil SPVM diiktiraf sama dengan SPM. Sekolah vokasional adalah untuk pelajar yang lemah atau yang tercicir." Tanggapan masyarakat yang sebegini sememangnya tidak tepat kerana pendidikan teknik dan vokasional memberikan masa depan yang cerah kepada para lulusannya samada dalam peluang pekerjaan mahupun bidang pendidikan peringkat tinggi. Akhbar melaporkan bahawa Malaysia hanya mampu melatih seramai 32,166 jurutera lagi dari institusi pendidikan tinggi awam menjelang tahun 2020 (The Star, 10 Februari 1993), sedangkan menjelang tahun 2000 sahaja sektor industri memerlukan seramai 51,000 jurutera (Berita Harian, 31 Januari 1993). Manakala daripada aspek peluang melanjutkan pendidikan pula, pengiktirafan sama taraf bagi SPMV dengan SPM telah memberikan peluang yang sama bagi lepasan SPMV untuk meneruskan pengajian di pusat-pusat pengajian tinggi seperti Politeknik, ITM, UTM dan sebagainya (Siti Maspah & Nor Azizah, 1995). Kerajaan yang mempelopori Program Pandang ke Timur melalui agensi-agensinya seperti MARA telah menghantar lepasan institut kemahirannya untuk mengikuti latihan sambil kerja di Jepun. Kesemua usaha tersebut adalah bertujuan untuk mendorong masyarakat agar berpandangan positif terhadap pendidikan teknik dan vokasional negara.

b) Pendidikan teknik dan vokasional untuk melahirkan sumber tenaga manusia yang mahir. Dalam aspek pembangunan sumber manusia , penulis cuba mengutarakan tentang kepentingan peranan pendidikan teknik dan vokasional dalam melahirkan tenaga mahir yang relevan dengan permintaan pasaran. Mereka perlulah berkebolehan untuk bekerja secara profesional di samping berupaya menerima dan menguasai pengetahuan baru yang berkaitan dengan cepat. Menurut Isahak Haron (1992), tenaga manusia yang diperlukan di dalam masyarakat industri tentulah tenaga manusia yang cekap dan profesional, berfikiran terbuka untuk menerima dan mengkaji maklumat dan ilmu dan dapat membuat penyesuaian dengan tepat. Bagi membentuk kurikulum yang bersesuaian dengan keperluan industri semasa, maka kerjasama yang erat daripada pihak swasta adalah diperlukan. Melalui kerjasama ini, program dan kandungan kursus yang berkaitan dapat diawasi secara konsisten dan diubahsuai bagi memenuhi permintaan pasaran pekerjaan yang berubah-ubah. Pandangan ini turut dikongsi oleh Siti Maspah dan Nor Azizah (1995) yang mengatakan bahawa pendidikan teknik dan vokasional perlu mengadakan hubungan dan kerjasama yang rapat dengan industri bagi menjayakan program latihan dan menyusun kurikulumya. Sokongan industri penting agar sistem sekolah dapat mengikuti perubahan teknologi dan memenuhi keperluan permintaan serta keadaan kerja mereka. Program-program kerjasama yang dijalankan di antara institusi pendidikan teknik dan swasta berupaya mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan teknik dan vokasional. c) Mempertingkatkan kualiti dalam latihan kemahiran. Penulis berpendapat bahawa pengalaman dan pengetahuan tenaga pengajar di institusi latihan teknikal dan vokasional merupakan faktor yang mempengaruhi kualiti lulusan yang dikeluarkan. Siti Maspah dan Nor Azizah (1995) mengatakan bahawa tenaga pengajar yang berkelayakan juga menjadi masalah utama. Mereka diambil terus dari universiti tempatan dan Maktab Khas untuk latihan teknik atau vokasional. Kebanyakan tenaga pengajar tiada pengalaman perindustrian dan kerja. Fenomena tersebut wajar diambil perhatian kerana tenaga pengajar yang hanya mempunyai kelayakan akademik tanpa memiliki pengalaman industri dan kerja akan menjadikan pelaksanaan program latihan atau pendidikan teknik dan vokasional lebih bercorak teori sahaja. Ini akan melahirkan lepasan institusi vokasional yang kurang terlatih bagi memenuhi tuntutan yang diperlukan oleh bakal majikan mereka kelak. Ini adalah berdasarkan laporan berikut: "that existing training institution in this country especially vocational schools, offer very little practical content in their courses such that new graduate frequently lack the practical skills required by the industry, and from findings of some tracer studies, it appears that on average about 40% of the trainees are employed in jobs not related to their training." (The Star, 10 Februari 1993). Sehubungan dengan itu, saranan penulis agar sistem pengambilan tenaga pengajar dilakukan secara lebih terbuka di mana kelayakan akademik tidak dijadikan faktor utama tetapi mengambil kira pengalaman industri dan kemahiran teknikal yang dimiliki adalah suatu yang wajar. Ini adalah kerana Kerajaan melalui Kementerian pendidikan juga telah mewujudkan kelonggaran dalam pengambilan staf dan bekerja rapat dengan industri untuk mendapatkan tenaga pengajar sebagai kakitangan sementara atau pinjaman (Siti Maspah & Nor Azizah, 1995). Program berkembar dengan pusat-pusat pengajian tempatan dan luar negara juga wajar dilaksanakan bagi melatih tenaga pengajar politeknik dan Sekolah-sekolah Menengah Teknik/vokasional. Ini dapat meningkatkan lagi taraf kualiti pendidikan teknik

dan vokasional melalui mutu pengajaran yang tinggi dan lebih berkesan.

d) Peningkatan kuantiti pendidikan teknik dan vokasional. Penulis melihat penambahan jumlah institusi pendidikan teknik dan vokasional adalah perlu bagi memenuhi keperluan tenaga kerja tempatan. Peratusan pelajar yang berpeluang melanjutkan pengajian di bidang ini masih terlalu kurang berbanding jumlah peluang yang sepatutnya dibuka. Ini adalah selari dengan pernyataan yang mengatakan bahawa hanya sebanyak 7% pelajar-pelajar dapat memasuki sekolah vokasional dan teknik berbanding dengan di negara perindustrian lain, di mana lebih 40% pelajar di sekolah vokasional atau teknologi, misalnya di Jerman (Shahril Marzuki, 1993). Jumlah kemasukan yang kecil adalah berpunca daripada kuantiti institusi teknik dan vokasional yang masih tidak mencukupi berbanding dengan permohonan kemasukan. Berdasarkan data yang dikemukakan bagi tahun 1992, didapati hanya terdapat 70 buah sekolah vokasional yang hanya boleh menempatkan 46,980 pelajar sahaja (Berita Harian, 1 Disember 1992). Manakala politeknik pula terdapat 7 buah dengan hanya mampu menempatkan 9,404 pelajar sahaja (Shahril Marzuki, 1993). Sewajarnyalah pihak kerajaan dengan dibantu oleh swasta memperluaskan lagi penubuhan institusi teknik dan vokasional samada di bawah peruntukan kerajaan mahupun pembiayaan swasta. Pandangan ini telah turut dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang menyebut bahawa: "sektor swasta membuat pelaburan dengan menubuhkan lebih banyak sekolah vokasional atau politeknik untuk menampung keperluan tenaga mahir, sejajar hasrat kerajaan menjadikan negara ini maju pada tahun 2020." (Berita Harian, 17 Februari 1993). Oleh itu, penubuhan kolej-kolej swasta dilihat sebagai usaha untuk melahirkan tenaga mahir dalam pertumbuhan ekonomi negara bagi menampung had jumlah tenaga terlatih yang dikeluarkan oleh pusat-pusat pengajian awam tempatan. Kesimpulan Dalam kesimpulannya, penulis menegaskan semula tentang cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh pendidikan teknik dan vokasional dalam menyahut hasrat kerajaan menjelang tahun 2020. Masyarakat diseru agar mengubah pandangan mereka terhadap pendidikan teknik dan vokasional. Namun begitu, usaha-usaha yang berterusan perlulah dilakukan bagi mengubah semula sikap dan nilai masyarakat ke arah yang lebih positif. Ini termasuklah menanamkan sikap dan norma yang baik di kalangan mereka agar mampu menjadi tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. Di samping itu, kerajaan dan swasta disarankan mengeratkan lagi kerjasama bagi menangani masalah guna tenaga di dalam bidang teknik dan vokasional ini. Akhirnya, penulis merasa yakin bahawa sekiranya tiga aspek utama cabaran iaitu sikap, kualiti dan kuantiti dapat di atasi, maka kejayaan untuk mencapai wawasan 2020 adalah cerah.

Bibliografi 1) Kerajaan Malaysia, (1991). "Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)". Kuala Lumpur: Percetakan Negara. 2) Siti Maspah Hassan; Nor Azizah Mohd.Salleh, (1995). Kertas Kerja Bertajuk: Pendidikan Vokasional- Formal Dan Non Formal Ke Arah Wawasan 2020. Dalam Seminar Kebangsaan

Pendidikan Negara Abad Ke 21 di UKM, Bangi pada 9 November 1995. 3) __________The Star, 10 Februari 1993. 4) __________ Berita Harian, 31 Januari 1993. 5) Isahak Haron (1992). "Aliran perkembangan Pendidikan dan Pembentukan Malaysia Sebagai Negara Industri Abad Ke 21". Dalam Pidato Umum Aminuddin Baki Kali Ke 4 di UPM, Serdang pada 4 Januari 1992. 6) ___________The Star, 10 Februari 1993. 7) ___________ Berita Harian, 1 Disember 1992. 8) Shahril Marzuki, (1993). "Peranan Pendidikan Vokasional Dalam Pembangunan Sumber Manusia Bagi Mencapai Matlamat Wawasan 2020". Jurnal Pendidikan Jilid 37 Kementerian Pendidikan Malaysia keluaran 8 Jun 1993. 9) ___________ Berita Harian, 17 Februari 1993.

You might also like