You are on page 1of 25

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER / 2011 HBEF1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN


MATRICULATION NO : IDENTITY CARD NO. : TELEPHONE NO. : E-MAIL : LEARNING CENTRE : <720410065268001> <720410-06-5268> <019-9308986> <jazzteech@gmail.com> <PAHANG LEARNING CENTRE>

ISI KANDUNGAN: 1. Pendahuluan 2. Definisi-definisi Budaya 3. Definisi-definisi Tamadun 4. Pengertian Masyarakat 5. Masyarakat dan Budaya 6. Kepelbagaian Budaya di Malaysia 7. Budaya dan Cara Hidup Rakyat Malaysia 8. Fungsi-fungsi Budaya dan Tamadun 9. Penutup 10.Rujukan m/s 3 m/s 4 8 m/s 8 10 m/s 10 11 m/s 12 15 m/s 15 18 m/s 19 20 m/s 21 23 m/s 23 24 m/s 25

PENDAHULUAN: Manusia dibezakan daripada haiwan kerana manusia mempunyai budaya dan tamadunnya yang tersendiri. Namun demikian terdapat kepelbagaian budaya dan tamadun dalam kalangan kelompok manusia. Berbanding dengan haiwan, manusia merupakan makhluk yang berakhlak. Manusia dikenali sebagai makhluk yang berakhlak dan hidup bermasyarakat. Dalam kehidupan, manusia melaluinya dengan peraturan tertentu yang dinamakan akhlak. Cuma yang berbeza dari segi baik atau buruk akhlak yang dipersembahkan. Akhlak adalah suatu fenomena kemanusiaan yang tidak terpisah daripada kehidupan setiap manusia walaupun golongan yang rendah tahap tamadunnya, bahkan masyarakat primitif sekalian. Akhlak dalam kehidupan manusia amat jelas, malah didorong rasa ingin mengetahui, aspek itu menjadi suatu bahan pemikiran dan penyelidikan secara khusus dalam pelbagai bidang sejak zaman berzaman. Semua pengkaji mendapati akhlak menjadi satu daripada aspek yang menjelaskan lagi bukti perbezaan antara manusia dan haiwan. Kejayaan dan kemajuan, ketinggian dan kesejahteraan bangsa adalah kekuatan serta keutuhan akhlaknya. Justeru, akhlak walaupun aspek yang sering dipandang remeh oleh banyak pihak, ia sebenarnya nadi utama dalam mewujudkan keseimbangan riwayat hidup setiap manusia, umat dan tamadunnya. Sejarah telah mengajar kita melalui berbagai peristiwa penting yang sekali gus membuktikan bahawa golongan manusia yang tamadunnya tinggi adalah bersendikan kepada budaya intelektual yang tinggi dalam zaman mereka. Golongan manusia yang hanya mempunyai kekuatan bersifat fizikal seperti tenaga manusia atau kekuatan ketenteraan sebenarnya bukanlah menonjolkan sebuah kekuatan hakiki tetapi berpandukan dari sejarah tamadun, sering kali kita saksikan bahawa sesebuah bangsa yang kuat tetapi tidak diasaskan oleh budaya ilmu yang baik akan memeluk dan menganut nilai dan ciri-ciri tamadun lain yang ditaklukinya itu. Setiap tamadun yang pernah wujud mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Kesinambungan dan kelangsungan sesebuah tamadun itu sebenarnya hasil sikap terbuka dalam menerima sebarang perubahan dan pengaruh tamadun lain. Sesungguhnya wujud interaksi atau hubungan antara tamadun sama ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah.
3

DEFINISI-DEFINISI BUDAYA: Apakah budaya? Pertanyaan ini adalah pertanyaan yang telah dipertanyakan dan dicari jawapan sejak era Ibnu Khaldun sampai saat ini. Dalam buku-buku pengantar antropologi selalu disebutkan hasil temuan Kroeber & Kluckhon yang mengidentifikasi definisi budaya. Mereka mencatat sekurang-kurangnya terdapat 169 definisi yang berbeza. Hal itu menunjukkan betapa beragamnya sudut pandang yang digunakan untuk melihat budaya. Kroeber & Kluckohn ( 1954), berpendapat bahawa budaya sebagai satu entiti yang mengandungi pola implisit serta eksplisit tentang tingkah laku yang diperoleh dan diwariskan melalui simbol serta berbentuk material. Malinowsky (1965), dalam bukunya A Scientific Theory of Culture, mengkelaskan budaya sebagai suatu tindak balas terhadap keperluan manusia. Budaya merupakan keseluruhan aspek kemanusiaan dari segi sejarah, kesusasteraan, institusi politik, muzik, lukisan, falsafah dan lain-lain lagi. Budaya secara umumnya adalah cara atau gaya hidup sesebuah masyarakat atau bangsa. Salah satu definisi konsep budaya yang dikemukakan Koentjaraningrat ( 2002 ) yang mendefinisikannya sebagai keseluruhan pemikiran, karya dan hasil karya manusia yang tidak berakar kepada nalurinya. Definisi ini mencakup hampir keseluruhan dimensi kehidupan manusia. Asalkan sesuatu yang dilakukan manusia memerlukan belajar, ia dikategorikan sebagai budaya. Koentjaraningrat ( 2002 ) memecahkannya kepada 7 unsur iaitu sistem religi dan upacara keagamaan, sistem dan organisasi kemasyarakatan, sistem pengetahuan, bahasa, kesenian, sistem mata pencarian hidup dan sistem teknologi dan peralatan. Ketujuh-tujuh unsur inilah yang membentuk budaya secara keseluruhan. Budaya dalam definisi di atas bererti mencakup hampir keseluruhan dimensi kehidupan manusia. Asalkan sesuatu yang dilakukan manusia memerlukan belajar maka hal itu bias dikategorikan sebagai budaya. Hanya sebahagian kecil dimensi manusia yang tidak dicakup dalam konsep budaya, yakni yang terkait dengan insting serta naluri. Hal serupa dikemukakan oleh Van Peursen ( 1988 ) yang menyatakan kebudayaan sebagai proses belajar yang besar. Sungguhpun manusia dari segi biologi tidak banyak berbeza dari haiwan primat, tetapi perlakuannya amat berbeza. Manusia dapat menggunakan akal fikiran dan peralatan. Perlakuan mereka dikawal dan didorongkan oleh akal. Proses pemelajaran manusia dapat menentukan
4

corak budayanya. Ilmu pengetahuannya bersifat akumulatif, mampu memahami lambanglambang yang simbolis seperti bahasa. Sistem pembahagian manusia adalah lebih kompleks daripada haiwan. Budaya yang dikonsepi oleh orang ramai selalunya meliputi hal-hal mengenai kesenian. Sedangkan pengertian budaya dalam pengajian antropologi adalah suatu jalinan yang kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari ( learned behavior ) adalah menjadi asas kepada pertumbuhan budaya. Perlakuan-perlakuan manusia yang diterima dari proses pemelajaran terjalin dalam suatu sistem yang tersusun rapi, iaitu merupakan budaya. Dalam bahasa Melayu budaya itu berasal daripada perkataan budi, iaitu kata Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal fikiran. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian daya dan budi yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiran manusia. Kebudayaan bermaksud segala hasil dari ciptaan. Budaya adalah kata singkat daripada kebudayaan. Secara amnya, budaya ( culture ) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan budaya yang bermaksud budi dan daya, yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara satu masyarakat dengan satu masyarakat yang lain. Dalam budaya itu terdapat berbagai-bagai jalinan unsur, ada unsur yang amat besar dan ada unsur kecil. Unsur-unsur budaya dapat diklasifikasikan kepada beberapa bahagian yang penting bagi memudahkan perbincangan akademik. Sebenarnya, unsur-unsur itu saling berkaitan antara satu sama lain. Dan selalunya unsur-unsur itu bertindih sesama sendiri. Antara unsurunsur budaya itu terdapat unsur-unsur besar yang dikatakan budaya universal ( culture universal ) yang dapat dibahagikan kepada budaya peralatan bagi keperluan hidup manusia, sistem ekonomi, sistem sosial, bahasa, kesenian dan mainan, ilmu pengetahuan, agama serta magis. Dalam unsur5

unsur budaya besar itu terdapat pula aktiviti-aktivitinya yang tersendiri yang dapat dikatakan aktiviti budaya ( cultural activities ). Budaya itu dapat dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan anggota-anggota masyarakat. Perlakuan manusia didorongkan oleh berbagai-bagai aspek lain seperti norma, nilai, peraturan, adat resam, kepercayaan, undang-undang dan sebagainya. Perlakuan ini adalah hasil dari berbagai-bagai peralatan budaya. Sesuatu sistem itu merupakan perlakuan individu dan gabungan dengan alat-alat yang dihasilkan. Dalam penyelidikan antropologi, budaya memerlukan satu proses yang kompleks bagi memahami perhubungan dan interaksi individu dalam sesuatu masyarakat itu. Perlakuan itu harus mencerminkan budaya yang menjadi tumpuan kajian itu. Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu yang membawa pengertian kecergasan fikiran dan akal. Budaya memberikan maksud seseorang individu itu mengguakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh semula jadi bagi membantu menjana pemikiran mereka dan menangani sesuatu permasalahan. Penyelesaian yang boleh diterima oleh semua anggota masyarakat akan menjadi amalan bersama. Amalan yang diterima ini seterusnya dijadikan budaya dalam kehidupan mereka. Budaya merupakan sesuatu yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Namun begitu, budaya sering berubah mengikut peredaran masa yang dapat diterima secara kolektif oleh masyarakat. Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim, budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa. Hasrat serta nilai yang diingini itu pula seharusnya tidak bercanggah dengan kehendak masyarakat secara umumnya dan diterima serta dipersetujui untuk diamalkan bersama. Nilai tersebut akan membentuk norma dalam masyarakat. Sementara itu, dalam Dictionary of Philosophy (1966) turut menjelaskan budaya sebagai The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception and habits of thought and activity. Ini bermakna budaya didefinisikan sebagai cara hidup yang diikuti oleh orang yang menjadi anggota kumpulan tertentu dan meliputi anasir sistem sosial, susunan organisasi, ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai dan peralatan. Amalan yang dibentuk ini akan menentukan hala tuju bersama dalam masyarakat berkenaan.

Menurut E.D Tylor ( 1947 ), budaya merupakan keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat serta amalan kebiasaan yang lain. Ini merujuk kepada perkataan Bourdieu yang membawa maksud satu proses sosial yang membolehkan budaya dan struktur sosial saling berinteraksi. Nilai dalam masyarakat adalah terlalu kompleks. Proses sosialisasi akan turut membantu memperkembangkan budaya yang terdiri daripada latar bangsa dan agama. Menurut Kamus Dewan ( 2005 ), budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran, akal budi, cara berfikir, kelakuan dan lain-lain lagi. Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi system social, susunan orgnisasi, ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Prof. Mohd Taib Osman (1988) memperlihatkan budaya sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta menyesuaikan diri dengan alam sekeliling. Selo Soemardian dan Soelaiman Soemardi (1984), bersepakat bahawa budaya merupakan alat penghasilan karya seni, rasa serta penciptaan dalam sesebuah masyarakat. LA. White ( 1956 ), menjelaskan bahawa budaya merupakan satu pola tingkah laku, objek, alat, idea, sentiment yang bergantung kepada simbol-simbol. Tindakan dan tingkah laku tersebut akan menunjukkan nilai yang diterima secara bersama oleh setiap individu yang terdapat dalam masyarakat. Dalam konteks pendidikan semasa, budaya di sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. Murid-murid akan dididik untuk berbudaya sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam masyarakat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah. Budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan keseluruhan aspek yang mengandungi unsur Budaya Rakyat Asal. Terdapat unsur budaya asing dari kaum lain yang sesuai dan yang tidak bercanggah, diterima dalam budaya masyarakat di Malaysia. Budaya merupakan aspek kepunyaan bersama yang dikongsi oleh semua rakyat. Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan oleh kebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi. Budaya juga dikaitkan dengan pengalaman interaksi sosial individu dengan masyarakat sekelilingnya. Budaya adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.

Budaya atau kebudayaan secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan perkara semula jadi yang bukan diciptakan atau oleh diubah oleh manusia. Dalam Bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture yang berasal daripada perkataan Latincolore yang bermaksud menanam atau mengerjakan. Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat. Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat sendiri. Fahaman ini dikenal di kalangan ahli antropologi (kajian manusia) sebagai fahaman determinisme atau penentuan budaya. Herskovits seterusnya memandang budaya sebagai sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau. Sementara itu, menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Ahli atropologi dari alam Nusantara iaitu Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi pula memegang kebudayaan sebagai alat penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan masyarakat. DEFINISI-DEFINISI TAMADUN: Dari sudut etimologi, perkataan tamadun adalah berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. Menutut M.A.J. Beg, tamadun adalah melambangkan pencapaian manusia dalam kehidupan seperti pembangunan kota dan seni bina, penciptaan skrip tulisan, kesenian, agama, undang-undang dan juga politik. Edward L. Farmer pula mendefinisikan tamadun sebagai satu unit budaya yang merangkumi norma-norma sosial, tradisi dan institusi yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Arnord J. Toynbee mentafsirkan tamadun sebagai satu pencapaian pemikiran dan gaya
8

kebudayaan yang melahirkan institusi politik, undang-undang, kesenian, kesusasteraan, agama dan politik. Kesimpulannya, secara umumnya pengertian tamadun membawa konsep yang sangat luas dan kompleks kerana ia merujuk kepada pencapaian menyeluruh manusia dalam pembangunan pemikiran dalam bidang ilmu pengetahuan, pentadbiran, kepimpinan dan undang-undang, agama, moral dan adat resam, kesusasteraan, sistem tulisan dan juga perbandaran. Sejarah telah membuktikan akan kewujudan tamadun-tamadun besar yang masyur seperti tamadun Meser, tamadun India, tamadun Cina, tamadun Yunani dan tamadun Islam. Kesan sejarah telah memperlihatkan kepada kita tentang ciri-ciri tamadun yang sebenar. Setiap tamadun yang masyur mempunyai kemahiran daya reka cipta bagi menyempurnakan lagi keselesaan hidup serta menyumbang kepada kemajuan teknologi. Setiap tamadun juga mempunyai sistem pemerintahan yang teratur dalam sistem nilai serta moral yang berwibawa bagi mengatur perlakuan masyarakatnya dalam kegiatan kehidupan. Sistem urbanisasi terancang juga merupakan ciri utama tamadun. Kewujudan penempatan masyarakat dari beberapa penempatan disatukan dan membentuk bandar dan kota. Setelah masyarakat tidak lagi hidup secara nomad atau berpindah randah dan mula hidup dalam satu kelompok masyarakat maka terhasillah sistem organisasi yang teratur seperti institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan sempurna. Budaya dan kesenian juga tidak lari dari menjadi salah satu ciri utama sesebuah tamadun. Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai estetika yang dimiliki oleh setiap tamadun membuktikan lagi penyataan ini. Untuk melengkapi jurang komunikasi bahasa maka lahirlah satu bahasa serumpun dan sistem tulisan yang tersendiri bagi setiap tamadun. Kemajuan bahasa dan tulisan menjadi perantaraan komunikasi, perakaman, penyampaian dan pewarisan khazanah tamadun dalam pelbagai bidang ilmu. Setelah memahami pengertian tamadun dan ciri-cirinya, kita telah mengetahui bahawa budaya dan kesenian tidak dapat dipisahkan dalam kewujudan sesuatu tamadun, malah kebudayaan dan kesenian telah dibuktikan adalah merupakan komponen asas bagi pembentukan sesuatu tamadun yang masyur dan terbilang. Dalam erti kata lain, tanpa budaya dan kesenian

yang tinggi tidak mungkin sesuatu pencapaian hidup masyarakat dalam segala aspek kehidupan tanpa budaya dan kesenian akan dianggap sebagai tamadun yang terbilang. Kita dapat memahami perhubungan antara tamadun dan kebudayaan dengan melihat kepada tamadun dan budaya serta kesenian Melayu. Sebenarnya tamadun Melayu dapat dilihat dari dimensi iaitu rumpun bangsa (kelompok Austronesia-Nusantara) dan kawasan atau wilayah (Kampuchea, Myanmar, Pattani, Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sulawesi, Maluku, Sulu, Mindanao dan kepulauan kecil yang lain). Namun saya akan cuba menerangkan dalam konsep dimensi kawasan dan wilayah. Ketamadunan Melayu adalah merupakan peradaban manusia yang sangat unik kerana budaya dan tamadun Melayu telah mencapai tahap kematangan akibat daripada adunan dan pengaruh berbagai-bagai tamadun dunia seperti India, Islam dan Barat hasil dari interaksi perdagangan, perkahwinan dan penjajahan. Tamadun Melayu mempunyai sistem politik sejak zaman kesultanan Melaka, sistem ekonomi yang bersifat tradisional dan sara diri, kepercayaan primitif dan agama Hindu, Buddha dan Islam. Bahasa dan kesusasteraan (peribahasa, pantun, syair) dan juga budaya dan kesenian lahir dari cara hidup masyarakat tamadun Melayu. PENGERTIAN MASYARAKAT: Pengertian masyarakat itu luas dan boleh dilihat dari berbagai-bagai sudut. Dalam penggunaan harian, masyarakat difahamkan sebagai kelompok individu. Pengertian masyarakat banyak telah diberikan oleh para pengkaji antropologi dan sosiologi. Segala pengertian yang dibincangkan itu adalah benar melihat kepada sudut pandangan masing-masing. Secara umum, masyarakat itu dapat difahamkan sebagai satu kesatuan kelompok manusia yang mempunyai interaksi dalam sistem hidup yang tertentu. Adat resam juga digunakan dalam menentukan cara hidup masyarakat. Jadi, budaya adalah sebagai ikatan kepada wujudnya masyarakat. Budaya dan masyarakat adalah sesuatu hubungan yang tidak dapat dipisahkan. Dalam masyarakat itu juga, pentingnya ialah interaksi antara individu-individu yang menentukan suatu pola hidup yang tertentu. Melalui ini terdapatlah suatu sistem komunikasi yang tersendiri. Proses interaksi itu adalah luas pengertiannya, meliputi pelbagai system komunikasi. Perlakuan individu dalam masyarakat itu adalah ditentukan oleh pola-pola interaksi, sebagaimana yang ditentukan oleh nilai-nilai sosial.
10

Pengertian masyarakat adalah sangat luas yang meliputi berbagai-bagai ciri yang meliputi unit-unit sosial dan intitusi-institusi sosial yang lebih luas. Kelompok-kelompok interaksi sosial yang kecil itu merupakan unit sosial yang tersendiri sehinggalah kepada unit sosial yang lebih besar. Unit sosial itu wujud atas minat dan kepentingan tertentu dengan sistem interaksi yang tersendiri. Setiap individu pula berinteraksi bersandar atas kepentingan tersendiri. Unit sosial ini kemudian dapat dipisahkan kepada kategori sosial yang lebih besar iaitu golongan sosial. Golongan bermaksud kelompok sosial yang lebih besar dan selalunya interaksi antara anggota-anggota itu tidak seerat unit sosial. Golongan sosial ini bergantung kepada asas mana yang dijadikan ukuran atau pembahagiannya. Dalam sesuatu golongan sosial itu terdapat ciri-ciri tertentu yang berasaskan kepada cirri-ciri yang digunakan untuk kategori itu. Kelompok sosial adalah pembentukan kumpulan secara kolektif yang bermaksud pembentukan kumpulan berasaskan kepada ciri-ciri tertentu berdasarkan sistem norma di kalangan anggota-anggota masyarakat. Ia juga melahirkan kelompok seperti kumpulan ras( racial group ), kumpulan budaya ( cultural group ) dan kumpulan etnik( ethnic group ). Setiap kelompok itu mempunyai organisasi dan sistem kepimpinan tertentu. Kumpulan kelompok mempunyai ikatan, seperti tujuan dan minat bersama. Begitu juga anggota kelompok itu terdapat sistem nilai dan norma yang tersendiri. Mereka mempunyai kesedaran bersama. Di samping itu, komuniti adalah berasaskan kepada hidupan setempat. Ia merupakan ikatan yang rapat dalam kelompok kecil dan unit sosial yang lebih besar. Institusi sosial pula lebih khusus kepada sistem nilai dan norma, mempengaruhi aktiviti individu dalam satu kesatuan kemasyarakatan. Mereka mempunyai kepentingan atas minat bersama. Adakala ia berupa kebiasaan, adat istiadat atau adat resam anggota bersama dalam aktiviti dan menurut sistem norma bersama yang bertujuan untuk memenuhi kompleks tertentu. Institusi pula bermakna badan atau organisasi khusus. Institusi bertujuan memenuhi keperluan kehidupan seperti institusi kekerabatan, institusi bersifat ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya. Konsep struktur sosial yang dikemukakan oleh A.R. Radcliff-Brown ( 1939 ) merujuk kepada sesuatu prinsip kebudayaan yang terdiri daripada jalinan-jalinan tertentu yang dapat menjadikannya sebagai struktur sosial. Struktur sosial amat penting dalam memahami budaya dan masyarakat.
11

MASYARAKAT DAN BUDAYA: Masyarakat didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama-sama(dari sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu) atau pergaulan hidup. Masyarakat juga didefinisikan sebagai komuniti manusia yang tinggal bersama-sama di sesuatu tempat dengan cara dan ukuran tertentu dari segi bahasanya. Masyarakat merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup dan keseluruhan hubungan sosial. Dalam proses dinamika sosial, kita perlu memahami sosilalisasi, enkulturasi, evolusi, inovasi, difusi, assimilasi dan akulturasi. Dalam penyelidikan sosio-budaya, persoalan ini hendaklah dilihat dalam konteks perubahannya. Proses sosialisasi meliputi seluruh proses penyesuaian individu dalam budayanya secara mempelajari, baik secara formal mahupun tidak formal bagi memahami masyarakat sekitarnya. Seseorang individu mengalami proses sosialisasi sejak dilahirkan hinggalah seseorang itu meninggal dunia. Seseorang individu mempelajari norma, nilai dan peraturan-peraturan hidup dalam masyarakatnya. Proses pembudayaan yang disebut enkulturasi adalah penyesuaian dengan kehendak-kehendak budaya itu sendiri. Konflik sosial selalu terdapat dalam proses sosialisasi sehingga adakalanya melahirkan individu yang menyeleweng (deviants). Aspek penyelewengan dalam budaya adalah fenomena yang terdapat dalam semua budaya. Proses perubahan masyarakat dan budaya berlaku kerana budaya itu dinamis iaitu perubahan dari masa ke semasa. Perubahan itu adakalanya terjadi dalam jangka masa yang lama dan adakala berbentuk reformasi atau revolusi. Revolusi budaya ialah satu proses perubahan masyarakat dan budaya yang mengambil masa yang lama. Perubahan yang berlaku itu lebih berupa secara bersendirian iaitu tiada tekanan dari luar. Konsep perubahan budaya pula merupakan perubahan yang terjadi dalam jangka masa yang lebih pendek dan mungkin hasil dari pertembungan dengan luar atau lebih bersifat tekanan dari luar. Perubahan budaya itu terjadi secara asimilasi dan akultrasi. Proses evolusi yang mengambil masa lama itu dalam antropologi dikatakan directional processes yang dilihat dari jauh. Proses evolusi secara berulang-ulang itu dipanggil proses recurrent.
12

Inovasi ialah proses perubahan budaya yang besar tetapi terjadi dalam jangka masa yang tidak begitu lama. Penemuan baharu disebarkan kepada masyarakat dan budaya itu diterima serta dipelajari dan akhirnya menjadi kebiasaan dalam masyarakat. Penemuan (discovery and invention) ialah penemuan unsur budaya baharu. Apabila penemuan itu diserap ke dalam budaya maka ia dikatakan penciptaan. Difusi bermakna proses penyebaran unsur-unsur budaya daripada seseorang individu kepada seseorang individu lain, atau daripada sebuah masyarakat kepada sebuah masyarakat yang lain. Proses penyebaran unsur-unsur budaya dalam masyarakat yang sama disebut difusi dalam masyarakat yang sama (intra-society diffusion) dan proses difusi antara masyarakat itu ialah inter-society diffusion. Intra-society diffusion selalunya merupakan penyebaran dan peresapan unsur-unsur budaya baharu yang ditemui daripada proses inovasi dan penciptaan. Dalam antropologi, proses difusi budaya itu dimaksudkan penyebaran dan peresapan unsur-unsur budaya daripada sebuah masyarakat kepada sebuah masyarakat yang lain. Proses ini berlaku mungkin secara dibawa oleh orang-orang yang berpindah, iaitu proses migrasi, terutamanya dalam zaman prasejarah yang kerap kali berlaku migrasi kelompok-kelompok tertentu. Difusi budaya boleh berlaku kerana kedatangan individu-individu dari luar seperti pengembara, pedagang, pelaut dan sebagainya. Contohnya dalam perkembangan unsur-unsur budaya Hindu ke kawasan ini. Difusi juga boleh berlaku dengan pertembungan kelompok penduduk tempatan dengan kelompok jiran dengan berbagai-bagai cara pertemuan. Cara pertama ialah hubungan dalam bentuk daripada budaya itu masing-masing hampir tidak berubah yang disebut sebagai symbiotic. Pada zaman yang canggih kini, proses difusi terlalu cepat berlaku kerana terdapat berbagai-bagai kemudahan sistem komunikasi yang tersebar luas seperti radio, televisyan, internet dan video. Unsur-unsur budaya selalu bergerak, tersebar atau meresap daripada satu budaya kepada satu budaya lain dengan berbagai-bagai cara dan jalinan difusi yang merupakan satu kompleks yang tersendiri. Perubahan budaya itu menjadi satu gabungan atau kompleks yang agak sukar untuk dipisah-pisahkan. Sesuatu unsur budaya itu mempunyai kait-mengait dengan unsur-unsur budaya lain yang menjadikannya sebagaimana satu kompleks tersendiri, contohnya jualan kereta ke negeri lain juga melibatkan hal-hal lain berkaitan dengan kereta.

13

Proses asimilasi pula berlaku dalam kelompok-kelompok budaya yang berbeza. Mereka saling bergaul antara satu sama lain, dalam masa yang lama sehingga budaya-budaya dari kelompok-kelompok itu berubah saling menyesuaikan menjadi satu. Dalam komuniti Cina dan Siam di Kelantan mengalami proses asimilasi dengan budaya orang Melayu. Proses ini berlaku apabila terdapat pergaulan secara intensif dan luas dalam jangka masa yang lama. Kelompokkelompok itu mesti mempunyai sikap tolenransi dan simpati antara satu sama lain. Antara penghalang dalam proses ini ialah apabila terdapat perasaan superioriti pada individu dalam budaya tertentu terhadap budaya yang dihadapinya dan sifat takut kepada kekuatan budaya lain. Proses akulturasi berlaku apabila budaya tempatan bertembung dengan budaya asing dan kemudian berlaku proses penerimaan budaya asing sesuai dengan kehendak-kehendak tempatan sehingga tidak menghilangkan identiti budaya sendiri. Proses ini berlaku oleh kerana adanya migrasi, pertembungan secara individu dengan budaya asing. Penerimaan unsur-unsur budaya asing itu tidak pula bertentangan dengan kehendak-kehendak budaya sendiri. Proses ini amat pesat berlaku campur tangan kolonial Barat di negara-negara yang mundur. Bersama dengan penyebaran agama-agama besar di dunia ini juga bermakna penyebaran budaya melalui proses akulturasi ini berlaku secara leluasa. Pertembungan budaya-budaya Afrika, Asia, Oceania, Amerika Utara dengan Ero-Amerika menjadikan proses akulturasi itu pesat sekali berlaku dalam abad ke-20. Dalam pengajian antropologi budaya, tumpuan kepada penyelidikan proses akulturasi ini semakin diminati dan berkembang luas. Berbagai-bagai method dan pendekatan penyelidikan tentang ini telah dilakukan oleh sarjana-sarjana. Dalam penyelidikan ini memerlukan pengetahuan yang luas kerana ia melibatkan usaha perbandingan antara satu budaya dengan satu budaya lain. Unsur-unsur budaya asing yang mudah diterima ialah yang bercorak atau bersifat konkrit seperti budaya kebendaan (material culture) dan unsur-unsur budaya yang mempunyai fungsi atau gunanya yang tinggi kepada budaya yang menerima. Sesuatu unsur budaya yang diterima itu adalah yang mudah disesuaikan dengan keadaan masyarakat yang menerima. Unsur-unsur yang tidak sesuai dan dianggap sukar adalah lambat diterima.

14

Unsur-unsur budaya yang sukar diganti ialah unsur-unsur budaya yang sudah meluas dalam masyarakat dan diamalkan secara turun-temurun seperti sistem kekerabatan. Kedua, unsur-unsur budaya yang dialami dalam proses sosialisasi pada peringkat awal juga sukar digantikan seperti makanan. Makanan itu adalah sukar diubah. Ketiga, unsur yang melibatkan agama dan kepercayaan juga adalah sukar diganti dan diubah. Begitu juga ritual yang berkaitan dengan hal ini. Individu yang dikatakan moden, maju dan progresif lebih mudah menerima unsur-unsur budaya asing berbanding dengan individu kolot atau kampungan. Proses urbanisasi juga memainkan peranan penting dalam menentukan pesatnya proses penerimaan. Pendidikan juga menjadi ukuran dalam menentukan mudah atau tidak seseorang individu itu menerima unsur-unsur budaya asing. Lagi satu faktor ialah umur, iaitu antara golongan tua dan golongan muda. Golongan muda itu mudah mengalami devian dan menerima unsur-unsur budaya asing berbanding dengan golongan tua yang lebih kuat pegangan kepada tradisi. Malaysia terdiri daripada masyarakat yang multiracial dan multiculture yang mempunyai asas-asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral dan mendokong cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa. Melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu Negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang dimenifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambing-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA : Budaya dan masyarakat adalah berbagai-bagai diversiti dalam dimensi masa dan ruang. Oleh kerana terdapat diversiti dalam budaya itu maka didapati berbagai-bagai usaha untuk mengklasifikasikannya. Contohnya pembahagian budaya timur dan budaya barat, budaya primitif dan moden, budaya tradisional dan moden, budaya berdasarkan persekitaran alam, kawasan budaya dan ke dalam kulturkreise. Pembahagian itu berasaskan pada masa atau ruang. Dalam proses mengklasifikasikan budaya terdapat berbagai-bagai kritik, tentangan dan terdapat juga berbagai-bagai sokongan dan ulasan. Penduduk utama Malaysia adalah akibat pembentukan masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk terdiri daripada etnik Melayu, Cina, India, Orang Asli dan Suku Kaum di Sabah dan Sarawak. Penduduk Asal atau Melayu yang mendiami alam Melayu bertembung dan melalui
15

Proses Difusi Budaya iaitu menerima budaya orang lain ke dalam budaya sendiri. Peradaban Islam serta Peradaban India amat mempengaruhi pembangunan Peradaban Melayu di Asia Tenggara. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan masyarakat terbesar dengan 54% daripada populasi Malaysia. Melayu merupakan masyarakat beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Kaum Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina berkepercayaan Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. Kaum India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian serta kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi Malaysia tetapi Bahasa Inggeris juga digunakan secara meluas. Dari segi sejarah, kaum Melayu ini mempunyai elemen-elemen dan usul asal dari Sumatra, Jawa, Thailand, Sulawesi dan juga Polinisia. Dengan pengaruh-pengaruh Negara tersebut tidak hairanlah jika masakan Melayu mempamerkan sedikit sebanyak kualiti kulinari dari negara-negara tersebut. Pengaruh Acheh, Bugis dan Siam amat ketara di beberapa buah negeri. Keadaan ini dapat dilihat dari segi penyediaan makanan dan dialek percakapan mereka, contohnya ala Siam. Di negeri Melaka, perkembangan sejarah kaum Cina bermula pada abad ke-15. Ianya bermula dengan lawatan admiral China Yin Ching dan Cheng Ho. Mereka singgah di Melaka dalam perjalanan ke Barat. Admiral Cheng turut membawa bersamanya adat resam dan budaya kaum Cina. Sultan Mahmud sungguh tertarik dengan kebudayaan Cina. Perkahwinan antara Sultan Mahmud dan Puteri Hang Li Poh mengeratkan lagi pertalian dua budaya ini. Walau bagaimanapun, Malaysia hanya dapat menyaksikan pengaruh ( tradisi, budaya dan masakan ) dari China ini pada abad ke-18. Pendatang-pendatang dari China dibawa bekerja di lombonglombong di Malaysia dan mereka membawa bersama budaya tradisi dan nilai etika kerja.

16

Kaum India mula menapak kaki di Malaysia 2,000 tahun yang lalu. Mereka merupakan pedagang dan pada abad ke-10 terdapat beberapa komuniti kecil keturunan India di pinggiran pantai. Ketika dijajah oleh Kerajaan Inggeris, kaum India dibawa masuk ke Semenanjung untuk bekerja di ladang-ladang getah dan seterusnya menetap di sini. Sebagai negara kosmopolitan, Malaysia mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina dan India berjaya menyatukan pelbagai budaya hidangan kepada Hidangan Malaysia dan menjadikannya sebagai satu tarikan kepada pelancong luar. Penduduk Malaysia dikatakan banyak menghabiskan masa di meja makan dan menjadikan masa menikmati hidangan itu sebagai aktiviti kebangsaan. Kaum Melayu, Cina, dan India di Malaysia sentiasa kreatif, berganding bahu mereka masakan baharu dengan menggabungkan pinjam meminjam tradisi budaya masing-masing. Dengan itu, lahirlah nasi ayam, mi mamak, mi kari dan lain-lain lagi. Budaya makanan orang Melayu mempunyai ciri-ciri yang istimewa dan unik. Pelbagai lauk pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang Melayu amnya. Beras juga merupakan nadi budaya kehidupan dan adat bagi penduduk Asia. Di Malaysia, padi menjadi tanaman utama di Kedah dan Perlis dan dikenali sebagai Rice Bowl of Malaysia. Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk pauk dan ulam ulaman. Bahan yang digunakan dalam masakan Melayu berkisar kepada santan, cili dan belacan. Hidangan Melayu terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya. Santan merupakan bahan asas dalam masakan. Ia digunakan dalam segala jenis gulai atau masak lemak. Bahan perasa dalam masakan Melayu adalah seperti bawang, halia, bawang putih dan cili, jintan, buah pelage, kayu manis dan lain-lain. Orang Melayu juga banyak menggunakan bahan-bahan herba seperti serai, daun pandan, daun limau purut, daun kemangi, bungan kantan, kunyit, lengkuas dan buah pala. Orang Melayu di kampung-kampung pada masa kini masih berlandaskan pertanian dan penternakan. Hasil pertanian seperti pucuk paku, petai, daun pegaga, daun selum, daun kaduk, cendawan ( kulat) dan lain-lain jenis ulaman daun menjadi makanan amalan orang Melayu di kampung. Hasil-hasilan kaya dengan sumber vitamin dan mineral, ia juga tinggi dari segi serat.
17

Selain itu, ia juga boleh dijadikan ubat untuk mengubati penyakit diabitis dan juga tekanan darah tinggi. Malaysia merupakan sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina, India dan kaum-kaum peribumi yang lain. Meskipun masyarakat kita berbilang bangsa dan mempunyai latar belakang yang berbeza, namun masyarakat Malaysia boleh hidup bersatu padu dengan aman dan damai. Masyarakat majmuk di Malaysia hidup berdekatan, saling bekerjasama dan bersatu padu. Kita hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain ( Furnival, 1949 ). Proses ini berlaku apabila etnik-etnik menyedari tentang kepentingan norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masingmasing. Akulturasi pula merupakan satu proses yang kadang kala dikenali sebagai Asimilasi Budaya yang terjadi apabila manusia dalam kumpulan minoriti menerima norma, nilai dan polapola tingkah laku dan budaya daripada golongan majoriti. Proses ini merupakan proses meminjam dan menerima unsur-unsur budaya golongan majoriti tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal. Asimilasi adalah satu proses percantuman dan penyatuan antara kelompok dan individu yang berlainan kebudayaan dan identiti supaya wujud satu kelompok yang mempunyai identiti yang sama. Kepelbagaian budaya Malaysia yang merupakan aset penting kepada negara kita dalam menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan terkenal di seluruh dunia. Kepelbagaian budaya ini wujudnya daripada penghijrahan golongan Cina atau India ke Tanah Melayu semasa penjajahan British di Tanah Melayu. Secara umumnya, orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu untuk bekerja sebagai pelombong di lombong bijih timah. Manakala golongan India berhijrah ke Tanah Melayu untuk tujuan bekerja sebagai peladang di ladang-ladang getah. Sebahagian kecil lagi penduduk di Malaysia terdiri daripada penduduk peribumi yang berasal dari Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Semenanjung Malaysia. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara tetapi Bahasa Inggeris turut digunakan secara meluas.

18

BUDAYA DAN CARA HIDUP PENDUDUK MALAYSIA : (i) Penduduk Malaysia dengan Nasi Lemak: Orang Melayu merupakan golongan majoriti di Malaysia. Terdapat pelbagai kebudayaan dan tradisi orang Melayu yang menerap ke dalam budaya negara kita. Ini bermakna tradisi dan budaya yang terdahulu hanya diamalkan oleh golongan Melayu, kini telah menjadi sebahagian daripada budaya hidup penduduk Malaysia tidak kira bangsa dan agama. Nasi lemak yang merupakan makanan orang Melayu telah menjadi makanan umum yang dinikmati oleh pelbagai etnik dan kaum. Penerapan ini membolehkan budaya Malaysia yang unik dan istimewa dibina dan seterusnya dipupuk untuk mencapai perpaduan kaum demi kemajuan negara. (ii) Penduduk Malaysia dengan Gong Xi Fa Cai : Orang Cina menyambut sambutan Tahun Baharu Cina setiap tahun. Apa itu Tahun Baharu Cina? Adakah ianya merupakan hari penyembahan dewa-dewa Cina? Atau hari keutamaan orang yang beragama Buddha? Sebenarnya, sambutan Tahun Baharu Cina ini bukan merupakan sambutan orang Cina berasaskan Kalendar Cina ( beribu-ribu tahun dahulu ) yang menunjukkan permulaan satu tahun yang baharu ( Musim Bunga di China ). Begitu juga dengan penggunaan tanglung dalam pesta-pesta tertentu oleh masyarakat Cina. Ianya bukan simbol keagamaan atau instrument untuk menghalau hantu, tetapi ianya hanya satu lampu yang digunakan oleh masyarakat zaman dahulu untuk menerangi jalan. Apa yang dimaksudkan dengan Gong Xi Fa Cai sebenarnya? Ianya bukan bermaksud Selamat Tahun Baharu Cina atau Happy Chinese New Year, malah ianya merupakan satu kata-kata manis dalam budaya Cina yang membawa maksud Moga gembira dan cepat kaya. (iii) Penduduk Malaysia dengan Roti Canai: Orang India juga membawa budaya tersendiri ke Malaysia. Misalnya, Hari Deepavali, Ponggol dan lain-lain. Makanan-makanan yang menjadi keunikan Malaysia sendiri pula, seperti Roti Canai, Tosay dan Capati. Kini bukan saja orang India suka makan roti canai, malah Melayu, Cina dan masyarakat bumiputera Malaysia yang lain juga suka makan roti canai. Pernah terlihat satu keratan akhbar Inggeris yang memaparkan The world Greatest Roti Canai di pekan Kapit, Sarawak. Roti canai itu dikatakan paling sedap di dunia tetapi ianya dibuat oleh
19

seorang nenek Melayu yang beragama Islam. Ini menunjukkan penerapan kebudayaan etnik India dalam Malaysia dan mampu membentuk satu kebudayaan negara yang unik dan istimewa. (iv) Pakaian Tradisional Kaum Melayu di Malaysia : Baju Melayu bersama songkok merupakan pakaian tradisional bagi kaum lelaki Melayu. Baju ini biasanya dipakai bersama-sama samping dan songkok. Baju ini dipakai oleh umat Islam semasa waktu perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan sebagainya. Malah baju Melayu juga dipakai semasa majlis pelantikan ahli-ahli majlis EXCO, Ahli Dewan Undangan Negeri atau ahli-ahli Parlimen Rakyat tidak kira kaum mahupun jantina. Bagi kaum wanita pula, baju kurung dan baju kebaya merupakan antara pakaian tradisional. Pakaian-pakaian ini biasanya bermotifkan flora dan geometri. Motif fauna tidak digunakan secara meluas kerana dilarang dalam ajaran Islam. (v) Perkahwinan Orang Melayu di Malaysia : Dari segi adat perkahwinan pula, kaum Melayu memulakan proses perkahwinan dengan merisik. Ibu bapa seseorang lelaki akan memutuskan sama ada anak mereka cukup umur untuk berkahwin. Mereka akan menjalankan tugas mencari pasangan hidup bagi anak lelaki mereka. Namun, dalam era moden ini, kebanyakan ibu bapa membiarkan pilihan isteri kepada anak mereka. Antara sifat-sifat yang dikagumi oleh bakal mentua pada masa dahulu ialah kemahiran berumah tangga seperti memasak dan menjahit. Selepas itu, diikuti pula dengan adat meminang, istiadat menghantar mas kahwin dan akhirnya upacara bersanding yang akan dijalankan di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki akan diarak dari rumahnya ke rumah pengantin perempuan diiringi keluarganya dan bunga manggar. Ramai tetamu yang dijemput dan keduadua pengantin akan bersanding di pelamin. Air mawar akan dipercikkan pada mereka. Kebiasaannya, pertunjukan silat diadakan sebagai hiburan kepada para tetamu. Sebelum majlis bersurai, tetamu diberi bunga telur sebagai tanda penghargaan. Cara hidup akan melahirkan budaya (contohnya daripada aktiviti harian) yang melambangkan tamadun bangsanya sendiri yang membentuk jati diri dan identiti sesuatu tamadun. Malahan sesuatu tamadun itu melambangkan bangsa, agama dan budaya. Walaubagaimanapun, pertembungan antara tamadun telah memperkayakan lagi nilai-nilai yang ada pada sesuatu tamadun.
20

FUNGSI FUNGSI BUDAYA DAN TAMADUN: Dalam penyelidikan, fungsi mempunyai pengertiannya tersendiri. Fungsi dalam pengajian akademik menerangkan hubungan antara suatu hal dengan sesuatu tujuan yang tertentu. Fungsi juga menerangkan jalinan hubungan antara satu hal dengan hal yang lain dalam sistem yang bulat atau sistem yang lebih luas. Dalam pengajian akademik, konsep fungsi melahirkan satu pendekatan tersendiri yang dipanggil fungsionalism. Para pengkaji antropologi berusaha memberi pengertian yang lebih mendalam mengenai pendekatan fungsi ini, iaitu cuba menerangkan bahawa setiap unsur budaya itu mempunyai guna, fungsi dan maknanya tersendiri dalam masyarakat. Selain itu, sesuatu unsur itu mempunyai makna dan pengertian tersendiri dalam budaya. Aspek ini boleh dikaji dan dianalisis dengan lebih mendalam. Setiap budaya dan tamadun yang pernah wujud mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Kesinambungan dari kelangsungan sesebuah budaya dan tamadun itu sebenarnya hasil sikap terbuka dalam menerima sebarang perubahan dan pengaruh budaya dan tamadun lain. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau interaksi antara budaya dan tamadun sama ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. Saling hubungan seperti ini dilihat telah melahirkan kesan-kesan positif dan negetif. Budaya mempunyai fungsi dengan memberikan panduan kepada anggota masyarakat dalam bertingkah laku dalam memberikan panduan meliputi : (i) Perlakuan yang boleh dan tidak boleh dilakukan. (ii) Perlakuan yang patut dan tidak patut. (iii) Perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan. Berdasarkan aturan hubungan sesama manusia dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran, tetamu dan sahabat. Dalam masa yang sama, kita dilarang menyakiti hati orang. Ini bermaksud dalam menjalani kehidupan seharian, kebudayaan memainkan fungsi mengatur hubungan sesama manusia. Perlakuan seseorang itu adalah
21

berkaitan dengan masyarakatnya. Oleh itu, seseorang yang menghormati orang lain atau rajin bekerja dicermin dan mencerminkan masyarakatnya. Pemahaman yang tepat terhadap masyarakat membolehkan seseorang individu bertingkah laku menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat setempat. Ini akan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan sukar untuk melanggar peraturan yang wujud dalam lingkungan sosialnya. Unsur-unsur budaya yang mudah diterima ialah yang bercorak atau bersifat konkrit seperti budaya kebendaan (material culture) dan unsur-unsur budaya yang mempunyai fungsi dan gunanya yang tinggi kepada budaya yang menerima. Sesuatu unsur budaya yang diterima itu adalah yang mudah disesuaikan dengan keadaan masyarakat yang menerima. Unsur-unsur yang tidak sesuai dan dianggap sukar adalah lambat diterima. Pembentukan sesuatu budaya memainkan dua peranan utama iaitu: (i) Membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti. (ii) Pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Kalau sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagai budaya dan budaya ini memberi identiti kepada kelompok itu dari cara ia mengendalikan hidupnya. Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepada satu keturunan yang lain. Daripada itu, budaya berfungsi sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang boleh memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling. Walaubagaimanapun, budaya merupakan sesuatu yang diwarisi dari generasi ke generasi yang lain. Namun begitu, budaya sering berubah mengikut peredaran masa yang dapat diterima secara kolektif oleh masyarakat. Unsur-unsur budaya yang sukar diganti ialah unsur-unsur budaya yang sudah meluas dalam masyarakat dan diamalkan secara turun temurun seperti sistem kekerabatan. Unsur-unsur budaya yang dialami dalam proses sosialisasi pada peringkat awal juga sukar digantikan seperti makanan. Unsur budaya yang melibatkan agama dan kepercayaan juga adalah sukar diganti dan diubah.

22

Budaya bersifat universal tetapi pada masa yang sama terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Sesuatu budaya berkembang dan teus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya. Ada budaya yang dipadankan apabila berlaku pertembungan dengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi kekosongan sebagai alternatif atau menokok tambah daripada apa yang telah sedia ada. Maka boleh dikatakan bahawa manusia sendiri membentuk budaya dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri. Budaya dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat. Perkongsian ini bermaksud setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan manusia. Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat. PENUTUP : Kesimpulannya, sesebuah tamadun lahir hasil daripada interaksi manusia atau masyarakatnya yang melahirkan satu cara hidup. Masyarakatnya mampu berkembang daripada pelbagai sudut sosial dan sains. Melalui perkembangan sosial dan sains, masyarakat sesebuah tamadun mewujudkan kesatuan budaya dan kesenian yang mewakili ketamadunan mereka sendiri. Ketamadunan setiap kumpulan manusia atau masyarakat mempunyai identiti yang melambangkan jati diri dan falsafah kehidupan yang maju dan selari dengan pegangan agama dan norma-norma masyarakat. Masyarakat yang tidak mempunyai budi pekerti dan sopan santun yang tinggi adalah masyarakat yang tidak bertamadun kerana ia meruntuhkan ketamadunan mereka sendiri. Cara hidup akan melahirkan budaya(contohnya daripada aktiviti harian) yang melambangkan tamadun bangsanya sendiri yang membentuk jati diri dan identiti sesuatu tamadun. Malahan sesuatu tamadun itu melambangkan bangsa, agama dan budaya. Budaya bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia. Tiada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan. Walaubagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.
23

Selain itu, sikap keterbukaan masyarakat, pengaruh arus kemodenan dan agenda pembangunan Negara adalah antara medium berlakunya akulturasi budaya. Pengaruh yang baik wajar kita terima dalam budaya kita. Walaubagaimanapun, perlu ada pemantauan dilakukan terhadap kemasukan budaya asing supaya tidak terus meresap ke dalam budaya tempatan dengan sewenang-wenangnya. Sebagai contoh, hiburan dan fesyen yang dibenarkan masuk dari luar tanpa sebarang had telah menyebabkan tersebarnya budaya Black Metal, Punk, Gothic dan Skinhead di kalangan remaja Melayu. Budaya negetif seperti ini sekiranya tidak dibendung, mampu menjadi punca kepada kehancuran negara. Usaha yang berterusan untuk membangun nilai budaya yang positif dan mewujudkan satu bangsa Malaysia adalah penting untuk mengekalkan perpaduan negara dan keharmonian dalam mencapai matlamat pembangunan terutamanya dalam suasana kepelbagaian etnik di Malaysia. Sehubungan ini, beberapa kempen budi bahasa dan integriti ke arah memperkukuh nilai sosial dan sikap akan diberi penekanan. Kempen dan program lain yang berkaitan akan memberi tumpuan kepada perlunya rakyat Malaysia mengamalkan sikap bertolak ansur, hormatmenghormati dan nilai positif lain yang perlu untuk mengekal perpaduan negara, keharmonian sosial dan kemuafakatan. Justeru, dalam tempoh RMKe-9, penumpuan yang lebih diberi untuk mempertingkat peranan budaya dan seni dalam kehidupan rakyat Malaysia serta menggalakkan industri berkaitan budaya dan seni. Penumpuan ini adalah kerana penglibatan aktif semua golongan dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian juga menyumbang ke arah membangun individu secara total, mempererat perpaduan negara serta mempertingkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia. Usaha yang berterusan untuk membangun nilai budaya yang positif dan mewujudkan satu Bangsa Malaysia adalah penting untuk mengekalkan perpaduan negara dan keharmonian dalam mencapai matlamat pembangunan terutamanya dalam suasana kepelbagaian etnik di Malaysia. Sehubungan itu, beberapa kempen budi bahasa dan integriti ke arah memperkukuh nilai social dan sikap diberi penekanan. Kempen dan program lain yang berkaitan akan memberi tumpuan kepada perlunya rakyat Malaysia mengamalkan sikap bertolak ansur, hormat-menghormati dan nilai positif lain yang perlu untuk mengekal perpaduan Negara, keharmonian sosial dan kemuafakatan.

24

RUJUKAN: 1. Koentjaraningrat ( 2002 ). Kebudayaan Mentalitas dan Pembangunan. Jakarta: Gramedia. 2. Van Peursen, C.A. ( 1988 ). Strategi Kebudayaan ( terj. Dick Hartoko ).Yogyakarta: Kanisius. 3. Abd. Shukur Harun (1996, Oktober). Menjengah abad ke-21. Tamadun 10, 47-49. 4. Fathi Aris Omar. (1996,Oktober). Menjengah abad ke-21. Tamadun 10, 47-49. 5. Dr.Mohd. Yusuf Haji Othman. (1994, April). Unsur-unsur pembinaan tamadun manusia cemerlang. Risalah 4, 34-35. 6. Kassim Ahmad. (1994, Mac). Masa depan bangsa Melayu. Dewan masyarakat 3, 24-26. 7. http://smartpsikologi.blogspot.com/2007/08/apakah-budaya.html 8. http://tatabahasabm.tripod.com 9. http://drmindailmu.blogspot.com/2009/07/kepentingan-budaya-ilmu-dalam. 10. http://bmm222.blogspot.com/2008/10/bab-2-interaksi-antara-pelbagai.html. 11. A.Aziz Deraman, 1994. Masyarakatdan Budaya Malaysia, Kuala Lumpur: Cahaya Pantai (M) Sdn. Bhd. 12. Azhar Haji Mad Aros, Azharudin Mohd.Dali, Suffian Mansor, Zulkarnain Abd.Rahman(ed), TITAS KERTAS 2, Fajar Bakti, Sdn.Bhd., 2000. 13. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, 2001. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 14. Dr.Siddiq Fadhil. (1994, April). Membentuk generasi bermutu abad ke-21, risalah 4, 26-27.

25

You might also like