P. 1
Kajian 07

Kajian 07

4.63

|Views: 7,359|Likes:
Published by mzaim
sains ko
sains ko

More info:

Published by: mzaim on Oct 29, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/13/2013

pdf

text

original

Bab 1 PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Dalam bab ini penyelidik cuba menerangkan tentang latar belakang masalah membaca yang dihadapi murid. Penyelidik juga menyatakan tentang pernyataan masalah kajian. Di samping itu bab ini juga menjelaskan tentang objektif kajian, persoalan kajian dan hepotesis kajian.

1.2

Latar belakang kajian.

Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ( 2006 ) membaca adalah satu keupayaan untuk membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan adalah diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik.

Menurut fahaman terdahulu

membaca semata-mata memindahkan

tulisan kepada suara. Seseorang murid yang menyuarakan tulisan dengan lancar, adalah dianggap pandai membaca walaupun isi bacaan itu tidak ifahami. Justeru itu kemahiran membaca sentiasa dijalankan dengan cara

1

‘ F

\fe]\] c[v p;v kvkvll
membaca kuat untuk memerhati kepada kekuatan suara, kelancaran dan sebutan murid itu. Soal memahami isi bacaan tidak dihiraukan.

0iffifvfvfvcffglvllcdxdx d3ppvfD

DDP
Fahaman masa kini pula membaca itu bukanlah bermakna memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan pada suara dengan lancar dan kuat, jika tidak memahami apa yang disuarakan maka murid itu tidak boleh dianggap sebagai pandai membaca. Memahami isi bacaan adalah tujuan yang berjalan serentak dengan kelancaran membaca .

Dalam hal demikian, bolehlah dikatakan bahawa membaca ialah menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya. Pelajar memperoleh kemahiran membaca ini sejak dari awal tadika sehinggalah ke peringkat sekolah rendah.

Namun senario kini amat menyedihkan di mana kemahiran membaca ini menunjukkan kelemahan yang amat ketara di kalangan pelajar sekolah rendah sehingga Tahun Enam mahupun ke peringkat sekolah menengah masih berlarutan sehinggakan menjadi masalah kepada para guru.

2

Menurut laporan Kualiti Hidup Malaysia ( 2002 )

menunjukkan

bahawa tahap membaca dalam kalangan murid khususnya dan masyarakat amnya, agak membimbangkan. Mengikut kadar literasi ( 2002 ) sebanyak 93.8 % rakyat Malaysia membaca secara purata hanya 2 buah buku setahun. Pada tahun 1996 kanak-kanak yang berumur 5 – 6 tahun hanya 52 % boleh membaca.

Di peringkat sekolah rendah murid dalam lingkungan umur 7 – 9 tahun sebanyak 96 % boleh membaca sementara 73 % sebanyak mengamalkan tabiat membaca. Kumpulan murid dalam lingkungan umur 10 tahun ke atas, 93 % boleh membaca dan hanya 87 % mengamalkan tabiat membaca di dalam kehidupan seharian mereka. Di bandar sebanyak 81 % dan di luar bandar pula hanya 77 % yang mana kedua-dua lokasi ini sekadar 56 % yang mengamalkan tabiat membaca.

3

Jadual 1.1

Kebolehan Membaca dan Amalan Membaca bagi Kanak-kanak

Berumur 5 hingga 10 tahun.

Ciri-ciri

Orang % taburan

Boleh baca % insiden

Amal baca % insiden

Jumlah Jantinalelaki perempuan 5 - 6 tahun 7 - 9 tahun 10 th ke atas

100

79

56

51 49 38 62 100

78 80 52 96 93

55 57 30 73 87

( Laporan Kualiti Hidup Sihat Malaysia 2002 )

4

Jadual 1.2

Jenis bahan bacaan yang disukai ( 2002 )

Ciri-ciri

Surat khabar

Majalah

Buku

komik

5

9

6

10

26

41

tahun

10 tahun ke atas

79

47

52

32

( Laporan Kualiti Hidup Sihat Malaysia 2002 )

Jadual 1.2 menunjukkan bahan-bahan bacaan yang sering di baca oleh murid-murid sekolah.. Merujuk kepada jadual di atas amat membimbangkan kerana amalan membaca buku akademik menunjukkan peratusan yang rendah iaitu 26 % bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 9 tahun dan 52 % bagi mereka yang dalam lingkungan umur 10 tahun ke atas.

5

Bilangan penduduk yang boleh membaca mengikut banci penduduk tahun 1996 hanya meningkat sebanyhak 8 % daripada 85 % dalam tahun 1991. Peningkatan yang agak perlahan ini amat membimbangkan pihak kerajaan.

Ekoran daripada itu pada tahun 1995, kerajaan telah menganjurkan Kempen Bulan Membaca peringkat kebangsaan setiap tahun sehingga tahun 2005. Bagi menjayakan kempen ini, beberapa agensi kerajaan turut terlibat seperti Perpustakaan Negeri danerpustakaan Negara, Kementerian Pelajaran, Jabatan-Jabatan, Agensi-Agensi kerajaan dan Swasta serta Institusi-Institusi . Usaha ini semata-mata untuk menyemarakkan dan menyuburkan minat membaca kalangan kanak-kanak, remaja, dewasa dan keluarga.

1.3

Pernyataan masalah

Membaca merupakan aktiviti individu yang berinteraksi dengan teks dan bahan yang dilihat, dibaca, didengar dan ditonton. Sejak dari dalam kandungan ibu lagi seseorang bayi itu secara tidak langsung telah dipupuk dan disemai sikap membaca melalui amalan si ibu. Ketika umur 3 atau 4 tahun peringkat awal bacaan berulang sehinggalah kanak-kanak itu melangkah kaki ke alam persekolahan, amalan membaca berterusan dan amat sinonim di dalam kehidupan.

6

Namun , apa yang membimbangkan senario yang melanda para murid sekolah rendah khususnya murid-murid pendidikan khas, masih ada yang tidak boleh menguasai kemahiran membaca ini. Sehubungan dengan itu, penyelidik cuba membuat satu kajian tentang tahap kecekapan membaca khususnya murid pendidikan khas di sekolah rendah dan cuba untuk menyelongkar apakah sebab sebenarnya masalah ini boleh berlaku.

1.4

Objektif kajian

Kajian ini dilakukan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

1.4.1

Mengenalpasti pendekatan guru dalam proses pengajaran kemahiran membaca di bilik darjah.

1.4.2

Menilai

sejauh

manakah

tahap

penerimaan

murid

terhadap

keberkesanan pendekatan yang digunakan.

1.5

Persoalan kajian

Berdasarkan objektif-objektif berikut Penyelidik telah menetapkan tiga persoalan seperti berikut:

7

1.5.1

Apakah pendekatan yang digunakan oleh guru kemahiran membaca di dalam bilik darjah?

dalam mengajar

1.5.2

Bagaimanakah guru mengendalikan pendekatan yang dipilih untuk meningkatkan tahap kecekapan murid dalam kemahiran membaca?

1.5.3 Adakah pendekatan ICT dapat meningkatkan tahap kecekapan membaca di kalangan murid?

1.6

Hepotesis kajian

Ho1 ; Tiada perbezaan di antara pendekatan tradisional ( talk & chalk ) dengan penggunaan ICT dalam meningkatkan tahap kecekapan membaca murid di bilik darjah.

Ho2 : Tiada perbezaan di antara murid lelaki dengan murid perempuan terhadap peningkatan tahap kecekapan membaca dengan pendekatan tradisional ( talk & chalk )

8

Ho3 ; Tiada perbezaan di antara murid lelaki dengan murid perempuan terhadap peningkatan tahap kecekapan membaca dengan pendekatan ICT.

1.7

Kepentingan kajian

Dalam bahagian ini penyelidik memberi beberapa contoh tentang kepentingan kajian ini kepada murid-murid, guru mahupun pihak sekolah. Semoga kajian ini akan dapat mempertingkatkan tahap kecekapan membaca dan diaplikasikan oleh murid-murid. Di samping itu akan memberi dorongan dan motivasi kepada murid-murid yang lain. Bagi guru-guru pula diharap dapatan ini akan terus memberi motivasi kepada guru berkenaan dan guru-guru yang lain.

Hasil tersebut kelak akan menjadi sumber inspirasi atau semangat guruguru supaya lebih berani untuk mencuba dan menghasilkan sesuatu yang baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian ini akan menjadi koleksi sekolah memerlukannya. untuk sumber rujukan guru-guru serta sekolah lain yang

1.8

Batasan kajian

Penyelidik telah memilih lokasi kajian di salah sebuah sekolah rendah pendidikan khas di sekitar bandar Kota Kinabalu. Sampel yang dipilih dari sebuah kelas Tahun Tiga yang terdiri daripada 9 orang murid lelaki dan 16 9

orang murid perempuan. Proses pengajaran dan pembelajaran hanya dikendalikan sebanyak dua kali dalam seminggu dalam tempoh satu jam.

Adalah menjadi harapan penyelidik semoga dengan kaedah yang dipilih untuk bilangan pelajar yang sekecil ini, kelak akan dapat diaplikasikan dengan sebaik mungkin seterusnya dapat mengatasi masalah membaca di kalangan pelajar ini.

Rumusan

Dalam bab ini penyelidik telah menerangkan serba sedikit tentang latar belakang dan pernyataan masalah. Selain itu objektif-objektif dan persoalan kajian turut dinyatakan. Penyelidik telah memilih nol sebagai jenis hepotesis kajian. Kepentingan dan batasan kajian juga turut dijelaskan secara ringkas.

10

Bab 2 LITERATUL KAJIAN

2.1

Pendahuluan

Membaca jambatan ilmu cukup sinonim dalam kehidupan. Setiap orang secara fitrahnya akan terdorong untuk membaca sesuatu pernyataan yang dilihat tidak kira dalam bentuk media elektronik ataupun media cetak. Dengan amalan membaca rakyat akan menjadi warga berilmu sekaligus mempunyai akal yng terdidik untuk menjadi warga cemerlang dan upaya menghindari diri daripada gejala-gejala sosial. Dalam bab ini penyelidik cuba membincangkan tentang konsep-konsep membaca, kaedah dan pendekatan bacaan. Teori-teori dan juga kajian-kajian yang berkaitan turut di perjelaskan.

2.2

Menurut Kamus Pelajar ( 2000 ) membaca merupakan perbuatan untuk

membunyi, menyebut dan melapazkan huruf, perkataan dan ayat yang ditulis, dilihat dan memahami apa yang tertulis. Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohammad ( 2001) menyatakan bahawa membaca adalah satu proses penting untuk mendapat ilmu dan maklumat. Dalam hal demikian, bolehlah didefinisikan bahawa membaca itu ialah menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya. 11

Terdapat dua cara membaca di sekolah iaitu bacaan mekanis (bersuara ) dan bacaan alkaliah. ( senyap ) Proses mengajar bacaan mengandung lima peringkat iaitu peringkat menyediakan murid terutamanya terhadap perasaan dan bahasa mereka. Peringkat mendirikan asas terutamanya dalam perkaraperkara seperti pemilihan ayat, rangkaikata, perkataan, huruf-huruf dan sukukata supaya tidak membosankan murid. Peringkat melatih dan memaham isi bacaan, peringkat membaca untuk hiburan dan mencari pengetahua serta peringkat membina sikap gemar membaca.

Di samping peringkat-peringkat bacaan terdapat juga kaedah untuk mengajar bacaan seperti kaedah mengeja, kaedah bunyi, kaedah huruf dan kaedah pandang sebut. Penyelidik turut menyenaraikan beberapa pendekatan membaca di antaranya pendekatan membina ( sintesis), pendekatan cerakinan ( analisis ) pendekatan eklektik dan pendekataan bacaan ekstensif iaitu SQ3R

Terdapat teori-teori yang berkonsepkan pengajaran dan pembelajaran. Teori behaviorisme berasaskan kepada perubahan tingkah laku. Dengan melakukan sesuatu secara berulang-ulang tingkahlaku akan dikuasai secara automatik. Peneguhan, ganjaran dan hukuman adalah cara pengajaran dan pembelajaran teori ini. Teori kognitif pula berpegang teguh bahawa pembelajaran melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula maklumat dalam struktur pemikiran.

12

Teori-teori ini tidak menyatakan secara tepat tentang masalah kajian namun, ianya berhubung kait dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan rangsangan yang kerap kali diberi kepada murid-murid, menggalakkan minda murid-murid untuk memproses maklumat tersebut

dengan lebih bermakna yang mana akhirnya berlaku perubahan tingkahlaku. Sebagai contoh, bahan-bahan bacaan yang menarik dan pelbagai dengan penggunaan ICT ini, lebih merangsang murid untuk terus mengikuti pembelajaran seterusnya mendapat input yang lebih berkesan.

Kajian mengenai tahap kecekapan membaca seperti yang telah dipilih oleh penyelidik mendapat perhatian oleh penyelidik-penyelidik terdahulu. Di antaranya adalah kaji selidik tentang tabiat atau minat membaca di Sabah. Dalam kaji selidik ini didapati peratusan responden membaca akhbar dan buku agak baik manakala peratusan membaca majalah masih rendah. Menurut kaji selidik ini, pola pembacaan ini ditentukan oleh faktor pendapatan, umur, geografi, etnik dan jantina. Dalam kajian ini juga turut memaparkan tentang sikap masyarakat yang kurang menggalakkan terhadap kempen membaca yang telah dijalankan.

Laporan Kualiti Hidup Malaysia 2002 terbitan Perancangan Ekonomi mengatakan bahawa kadar laterasi 2002, sebanyak 93.8 % rakyat Malaysia membaca secara purata hanya dua buah buku setahun. Dalam laporan ini turut memaparkan bilangan murid-murid sekolah rendah dalam lingkungan umur 7 13

hingga 9 tahun sebanyak 96 % boleh membaca dan hanya 73 % daripada itu mengamalkan. Kajian mendapati jenis bahan yang diakses berbentuk bacaan ringan seperti surat khabar 79 % buku 52 % majalah 47 % dan komik 32 %.

Kajian mendapati di antara sebab mengapa tidak membaca ialah tidak berminat dan tidak mempunyai masa lapang. Utusan Malaysia 12 Jun 2006 melaporkan beberapa kajian tentang budaya membaca di institut pengajian tinggi. Satu kajian di barat tentang budaya membaca di kalangan pelajar universiti menunjukkan keputusan yang tidak memberangsangka di mana hanya 41 % responden membaca setiap hari.

Terdapat juga kajian lain di barat bahawa membaca buku ini merupakan ditempat terakhir masa senggang yang ada. Mereka lebih rela menghabiskan masa bersembang dengan rakan-rakan daripada membaca buku ilmiah. Satu kajian lagi di barat bahawa 39 % pelajar universiti tidak mempunyai masa membaca kerana faktor tidak mempunyai sebarang buku yang ingin dibaca. Kalaupun membaca ialah novel dan buku yang tidak berbau akademik.

Satu kajian yang di jalankan oleh tentang peranan mereka untuk

pihak Perpustakaan Malaysia

menggalakkan amalan membaca di kalangan

rakyat Malaysia. Beberapa langkah dan aktiviti telah dijalankan seperti menubuhkan Dasar Galakan Membaca Perpustakaan negeri Malaysia tiga Disember 2002, penubuhan Gerakan Literasi Maklumat 2002, Jawatankuasa Gerakan Membaca Kebangsaan, Perpustakaan Keluarga, bacaan kegemaran saya dan banyak lagi.

14

Sebuah Seminar Kebangsaan Buku Kanak-kanak Malaysia 2003 telah diadakan. Di antara programnya adalah Gerakan membaca Nilam yang telah disampaikan oleh Puan Fatimah Jusoh dari Bahagian Teknologi Pendidikan. Beliau lebih menekankan peranan murid-murid dalam memupuk minat membaca. Kajian tentang kadar literasi perbandingan antarabangsa. Anggaran UNESCO tentang kadar literasi rakyat Malaysia terutamanya kadar literasi perempuan adalah terlalu rendah.

Rumusan

Secara amnya, kajian-kajian lalu menunjukkan tahap amalan membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya terhadap pelajar IPT dan sekolah rendah biasa.. Oleh hal yang demikian, penyelidik akan cuba mengkaji tahap kecekapan membaca dalam kalangan murid pendidikan khas di sekolah rendah dan sejauhmanakah tahap perkembangan nya hingga ke hari ini.

15

Bab 3 METADOLOGI KAJIAN

3.1

Pendahuluan

Dalam bab ini dijelaskan secara ringkas tentang bahagian-bahagian yang terkandung seperti pemilihan reka bentuk kajian iaitu kuantitatif. Di sini juga dihuraikan tentang bagaimana prosedur-prosedur pengumpulan data dirancang dan dilaksanakan. Penyelidik turut menjelaskan tentang instrumeninstrumen yang digunakan di samping penjelasan mengenai analisis Seperti biasa bahagian rumusan mengakhiri bab ini. data.

3.2

Reka bentuk kajian

Reka bentuk kajian merupakan satu strategi atau rancangan bagaimana untuk menjalankan sesuatu kajian yang melibatkan pemilihan dan pembahagian sampel. Ia juga menerangkan apakah data dan bagaimana data dikutip. Penyelidik memilih reka bentuk kajian kuantitatif dalam bentuk eksperimen jenis tak berkumpulan kawalan. Reka bentuk ini bertujuan untuk membandingkan keberkesanan kaedah pengajaran baru dengan kaedah biasa. 16

Terrdapat dua kumpulan iaitu kumpulan A adalah kumpulan yang diajar dengan menggunakan kaedah tradisional (kumpulan kawalan). Kumpulan yang kedua iaitu kumpulan B yang diajar menggunakan kaedah baru. (kumpulan eksperimen ) Ujian Pra akan diberikan kepada kedua-dua kumpulan ini sebelum proses rawatan dijalankan. Sementara ujian Pos akan diberi kepada kedua-dua kumpulan setelah proses rawatan eksperimen. dibuat kepada kumpulan

3.3

Populasi / Persampelan

Penyelidik telah memilih sampel secara rawak di dalam salah sebuah sekolah rendah pendidikan khas di sekitar bandar Kota Kinabalu. Sampel pilihan merupakan satu kelas daripada empat buah kelas tahun tiga. Sampel berjumlah 25 orang perempuan. iaitu 9 orang murid lelaki dan 16 orang murid

3.4 3.4.1

Instrumen kajian Ujian Pra

17

Ujian Pra akan diberikan kepada kedua-dua kumpulan sebelum proses rawatan. Ujian ini mengandung 5 soalan dalam bentuk objektif kefahaman pada aras sederhana .

3.4.2

Ujian Pos

Ujian Pos diberikan kepada kedua-dua kumpulan setelah proses rawatan dilaksanakan. Ujian ini juga mengandung lima soalan dalam bentuk objektif kefahaman pada aras yang sederhana mengikut tajuk yang telah dipelajari.

3.4.3

Borang soal selidik

Borang kaji selidik ini dibuat dalam dua kategori iaitu bahagian biodata dan minat. Soalan soal selidik ini dilaksanakan dengan dua cara iaitu secara bertulis dan lisan, di mana guru akan membaca soalan-soalan soal selidik tersebut sementara murid-murid menandakan jawapan yang betul dalam borang yang telah diedarkan.

18

3.5

Prosedur pengumpulan data.

Sampel

Kumpulan A

19

Kumpulan B

Kumpulan A

Ujian pra Kumpulan B

Ujian Pos

Data

Analisis data

Tulis laporan

20

Gambarajah di atas merupakan gambaran ringkas tentang prosedurprosedur pengumpulan data. Langkah pertama adalah pemilihan sampel yang terdiri daripada murid-murid dari sekolah rendah pendidikan khas. Sampel merupakan Tahun Tiga seramai 25 orang yang terdiri daripada 9 orang murid lelaki dan 16 orang murid perempuan. Sampel dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan A murid-murid yang belajar secara tradisional manakala kumpulan B adalah sampel yang mengikuti proses rawatan dengan pendekatan ICT.

Prosedur kedua adalah menjalani ujian pra kepada kedua-dua kumpulan untuk melihat pencapaian awal sebelum proses rawatan dijalankan. Sebagai permulaan kertas ujian ini mengandung lima soalan dalam bentuk objektif kefahaman. Kedua-dua kumpulan A dan B menjawab soalan yang sama dalam tempoh yang telah ditetapkan pada aras yang sederhana.

Prosedur ketiga pula adalah proses rawatan di mana kumpulan B cuba diajar dengan menggunakan pendekatan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru seharian. Sebaik sahaja tempoh rawatan dianggaap sudah mencukupi, ujian pos untuk ujian yang kali kedua pun dijalankan kepada kedua-dua kumpulan kelas ini. Tujuan ujian ini semata-mata untuk melihat sejauh manakah pendekatan yang digunakan itu memberi impak kepada kumpulan rawatan yang telah dipilih.

21

Setelah selesai ujian kedua, proses pengumpulan data dilaksanakan. Data-data yang dikumpul adalah seperti borang soal selidik serta markah pencapaian daripada ujian Pra dan ujian Pos murid-murid. Selesai dikutip proses analisis data dijalankan seterusnya menulis laporan penuh.

3.6

Analisis data

Semua data mentah yang dikutip perlu dimasukkan ke dalam fail data komputer dan disemak supaya apa yang dimasukkan adalah betul dan tepat. Analisis data ini dibuat dalam bentuk statistik.

3.6.1

Kekerapan

Kekerapan atau taburan yang dibuat adalah terdiri daripada aspekaspek seperti jantina, markah pencapaian, pendapatan dan hobi. Kekerapan dibuat semata-mata untuk mencari taburan dalam bentuk peratus sesuatu item.

3.6.2

Min

Min merupakan salah satu kecenderungan memusat untuk dapatkan purata sesuatu set data / skor.

22

3.6.3

Sisihan Piawai

Sisihan piawai pula merupakan sukatan serakan yang mengambil kira semua data yang ada untuk menunjukkan perbezaan besar antara ukuran sesuatu item.

3.6.4

Ujian t

Ujian -t ini dibuat bertujuan untuk menguji hepotesis antara dua purata tidak berbeza cara signifikan. Ujian -t dan kaedah statistik yang lain akan dilaksanakan dengan menggunakan perisian Statical Package for the Social Science ( SPSS)

Secara ringkasnya penyelidik turut menyertakan jadual di bawah bagi memudahkan pembaca memahami pernyataan di atas.

23

Jadual 3.1

Analisis data tahun 3

ITEM ANALISIS Jantina Pendapatan Hobi Markah

KAEDAH Kekerapan Min Ujian - t

TUJUAN Peratus Purata Perbezaan

Rumusan

Dalam bab ini penyelidik telah menjelaskan tentang reka bentuk kuantitatif eksperimen. Penyelidik juga telah menjelaskan serba sedikit tentang sampel yang dpilih, instrument-instrumen yang terlibat dan juga prosedurprosedur mengumpul data. .

24

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->