P. 1
Amalan Doa Bagi Dipermudahkan Jodoh

Amalan Doa Bagi Dipermudahkan Jodoh

|Views: 1,613|Likes:
Published by rinaaaa

More info:

Published by: rinaaaa on Dec 21, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/11/2013

pdf

text

original

Amalan dan doa bagi dipermudahkan bertemu jodoh

Berikut adalah kompilasi beberapa amalan dan doa yang yang boleh anda amalkan bagi dipermudahkan untuk bertemu jodoh. Namun setiap ketentuan itu datangnya daripada Allah s.w.t., dan kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kepada-Nya… Mudah-mudahan dengan setiap amalan dan doa yang dilakukan ini akan memudahkan anda untuk mendapat jodoh yang beriman dan terbaik untuk diri anda. Yang pentingnya, jangan sekali-kali putus asa untuk berdoa…Wallahualam… 1. Amalkan membaca doa Nabi Zakaria a.s. (surah Al-Anbiya, ayat 89) Yang bermaksud: “Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’.”(QS. Abiya/ 21: 89) Selain itu, adalah lebih baik juga jika anda lanjutkan doa tersebut dengan doa berikut ini: “Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.” 2. Amalkan ayat 131 dan 132 daripada Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari : “Walaa tamuddanna’ainaika illa ma mata’na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa’ mur ahlakaa bisSolaati,wastabir ‘alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal’aqibati lit taqwa…….” Ertinya: “Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan ‘akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa” 3. Perbanyakkan amalan membaca selawat Nabi Muhammad s.a.w seperti di bawah ini. Hendaklah dibaca paling minimum 1000 kali dalam sehari semalam. InsyaAllah doa anda akan termakbul oleh Allah SWT.

“Allahumma shalli wasallim ëalaa sayyidinaa Muhammad. Waíalaa aali sayyidinaa Muhammad.” Ertinya: Ya Allah, semoga kesejahteraan dan keselamatan tercurah kepada junjungan Nabi Muhammad saw., dan segenap keluarga beliau. 4. Doa bagi mendapat bakal isteri yang baik – amalkan membaca surah al-Furqan, ayat 74 Yang bermaksud: “Ya Tuhan kami, anugerahlah kami, isteri kami dan keturunan kami, sebagai penyayang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertakwa (Muttaqin)” 5. Baca Surah Yusuf, ayat 4 pada semangkuk atau segelas air, kemudian sapu air itu pada muka. InsyaAllah doa akan dimakbulkan. 6. Cubalah membaca Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Gunakan air itu untuk mandi pada tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. InsyaAllah doa akan dimakbulkan. 7. Amalkan membaca surah Yassin pada setiap malam. Sebelum membaca, niatkan di dalam hati supaya Allah SWT menyegerakan jodoh, memberikan jodoh yang terbaik dan beriman untuk anda. 8. Surah al-Fatihah juga mengandungi banyak faedah dan keberkatan jika sentiasa diamalkan. Salah satu kebaikan yang datang daripadanya ialah dikurniakan jodoh. Amalkan membaca surah ini sebanyak yang mungkin sambil berniat diberikan jodoh yang baik dan beriman kepada Allah SWT. Sekian, terima kasih. p/s: Kompilasi doa serta amalan di atas telah dirujuk daripada pelbagai laman web dan blog di Internet. Penulis memohon maaf jika ada yang tersilap dan penulis juga berharap agar para pembaca juga dapat ‘contribute’ mana-mana doa/amalan mencari jodoh buat tatapan semua. Terima kasih. Pastikan anda mengunjungi laman kami, www.setelkahwin.com untuk membantu di dalam perancangan majlis perkahwinan anda. Jangan lupa juga untuk mendaftar sebagai Member/Vendor bagi mendapatkan info-info terperinci tentang urusan yang berkaitan dengan hal ehwal perkahwinan. Dan jangan lepaskan peluang untuk menyemak senarai direktori perkahwinan kami yang telah mencecah lebih daripada 3500 penyedia-penyedia khidmat perkahwinan di seluruh Malaysia…!

Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku. Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini.. satukan hati kami… Bantulah aku untuk mencintai. janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.Malay Ya Allah. bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan. ya Allah.. ketekunan. Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat. Seandainya telah Engkau takdirkan. mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan. Ya Allah. dengarkanlah doaku ini… Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu. jika aku bukan pemilik tulang rusuknya. Urapilah dia agar dia juga mencintai.. luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya..Doa Dipermudahkan Jodoh Allah Yang Maha Pemurah. Doa dipermudahkan JoDoH. mengerti dan menerima dia seadanya Berikan aku kesabaran. Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.. dan usirlah dia dari relung hatiku.... Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu. ya Tuhanku yang Maha Pengasih Seiringkanlah kami melayari hidup ini Ke tepian yang sejahtera dan abadi Tetapi ya Allah. Seandainya telah Engkau catatkan dia akan mejadi teman menapaki hidup Satukanlah hatinya dengan hatiku Titipkanlah kebahagiaan diantara kami Agar kemesraan itu abadi Dan ya Allah. untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu. dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni. Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku. dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya. Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku. Allah Yang Maha Kekal. Sucikan hatiku ya Allah. aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku. Ya Allah. Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama Terima kasih setiap saat-saat yang lalu.agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku. . Aku datang bersujud pada-Mu. Ya Allah Maha Pengasih. Terima Kasih… Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya..

Gantikanlah yang telah hilang Tumbuhkanlah kembali yang telah patah Walaupun tidak sama dengan dirinya Ya Allah ya Tuhanku. Pasrahkanlah aku dengan takdirMu Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan Adalah yang terbaik buatku Kerana Engkau Maha Mengetahui Segala yang terbaik buat hambaMu ini Ya Allah. Berikanlah aku kekuatan Melontar bayangannya jauh ke dada langit Hilang bersama senja nan merah Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya Dan ya Allah yang tercinta. Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku Di dunia dan di akhirat Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini Jangan Engkau biarkan aku sendirian Di dunia ini maupun di akhirat Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup Ke jalan yang Engkau redhai Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh ..Dia bukan milikku Bawalah ia jauh dari pandanganku Luputkanlah ia dari ingatanku Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku Dan peliharalah aku dari kekecewaan Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti........

Kasih mereka berdua tiba-tiba menghadapi situasi salah faham dan berakhir dengan kekecewaan. Apabila beliau meminta nasihat saya. beliau ingin memutuskan sahaja. Masing-masing mempunyai salah. Apabila ditanya diri sendiri. “Sabarlah dan buat lagi malam nanti. Semua saat-saat memaksa diri untuk melawan ngantuk itu berbaloi. Kebingungan yang membawa hingga ke petang. Cintanya sebenar pada jejaka A. Jejaka B baik dan telah menunjukkan kesungguhan. Semuanya ibarat kisah cinta di dalam novel-novel yang sering menjadi santapan minda di waktu kesunyian.” Saya menyuruhnya mengulangi istikharahnya. Namun bagi si gadis.Kuasa Hebat Solat Istikharah Dalam Memilih Jodoh Pernah suatu ketika dahulu. Masingmasing memohon maaf. Ketika itulah baru si gadis mula sedar segala konflik yang berlaku di antara jejaka A dan dirinya hanyalah berpunca daripada salah faham. bercinta. mereka menyarankan agar meneruskan sahaja dengan jejaka B. Jika tidak kerana agama dan adat. Inisiatif dan kesungguhan beliau memohon petunjuk Ilahi akhirnya mendatangkan ketenangan buat dirinya sendiri. Apabila ditanya ibu bapa. tetapi saya mencadangkan beliau untuk berikstikharah di tengah malam sunyi. Si gadis lalu membawa diri dan mencari kasih baru. sudah tentu beliau melakukan apa sahaja yang terlintas di hati. . “Tak ada apa pun. Pada pagi hari itu. beliau ternanti-nanti petunjuk tuhan. Beliau bertemu dengan seorang jejaka baru di myJodoh (jejaka B) lalu berkenalan. seorang pengguna myJodoh berada di dalam dilema dalam membuat satu keputusan besar tentang masa depannya. Hati beliau kini telah beralih semula kepada jejaka A. beliau tidak lagi boleh berbuat apa-apa kerana dirinya telah menjadi tunangan orang. Tidak beliau sangka situasi rekaan itu menjadi kenyataan di dalam dirinya. bertunang dan merancang saat perkahwinan. Di pagi kedua. saya juga menjadi buntu. Beliau pernah berkasih-kasihan dengan seorang jejaka (jejaka A) yang juga seorang pengguna laman web ini.” kata beliau kepada saya. menanti sesuatu untuk berlaku. Penantian membawa ke tengahari. menanti bisikan suara hati. Di tengahari beliau masih kebingungan. beliau masih ternanti-nanti. Di dalam hatinya terdetik niat untuk memutuskan pertunangan dengan jejaka B. tetapi apakah salah jejaka B.

barulah kebuntuannya hilang. maka dengan izin Allah pelaku akan diberi kemantapan hati dalam memilih. Setelah salam dilanjutkan do'a salat istikharah kemudian memohon petunjuk dan mengutarakan masalah yang dihadapi.Hanya pada petang itu. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku. Selepas membaca AlFatihah pada rakaat yang kedua. Ini adalah sebuah kisah kehebatan istikharah. Seseorang dapat salat istikharah untuk menentukan dimana ia kuliah. baca Surah Al-Kafiruun (1 kali). Ya Allah. jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang kedua. sebagaimana juga salat-salat yang lain cukup diucapkan di dalam hati. selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang pertama. baca Surah Al-Ikhlas (11 kali). Beliau mendapat pengakuan daripada jejaka B sendiri. Salat Istikharah Salat Istikharah adalah salat sunnat yang dikerjakan untuk meminta petunjuk Allah oleh mereka yang berada di antara beberapa pilihan dan merasa ragu-ragu untuk memilih atau saat akan memutuskan sesuatu hal. Sebuah hadits tentang do'a setelah salat istikharah dari Jabir r. (HR Al Bukhari) . sebenarnya jejaka B sudah berkeluarga.a mengemukakan bahwa do'a tersebut dapat berbunyi : "Ya Allah. jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dariku. Ada pula bacaan lainnya. kehidupanku dan jalan hidupku. yang terpenting adalah niat hanya semata karena Allah Ta'ala semata dengan hati yang ikhlas dan mengharapkan Ridho Nya. agamaku dan jalan hidupku. aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Spektrum masalah dalam hal ini tidak dibatasi. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Tata Cara Salat istikharah boleh dikerjakan dua rakaat atau hingga dua belas rakaat (enam salam)Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang pertama. baca 1 Surah Al-Ikhlas (1 kali). seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku. Setelah salat istikharah. siapa yang lebih cocok menjadi jodohnya atau perusahaan mana yang lebih baik ia pilih. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu". Niat Salat Niat salat ini. Waktu Pengerjaan Pada dasarnya salat istikharah dapat dilaksanakan kapan saja namun dianjurkan pada waktu sepertiga malam terakhir. baca ayat Al-Kursi (7 kali).

Tahniah dan semoga berkekalan untuk pergi ke majlis kahwin aku pulak(hehe). Amiiin.. tup tup dengar dah nak kawen dah.. Petua untuk dapat jodoh (sebagai tambahan kepada usaha2 lain). biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku. Ade orang pulak. Jika dia tidak berjodoh denganku.. amalkan ayat 131 dan 132 Surah Toha selepas solat setiap solat fardu.. Kalau dia bukan jodohku. pun satu usaha :) Bestfriend is getting married in two days time. Tapi kalau bukan jodohku. jangan sampai dia dapat jodoh yang lain. bermula dari " Walaa tamuddanna'ainaika illa ma mata'na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih. DAn suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat... berkenalan sana sini. Maybe the time is not right yet.. becos you might have heard. that. Nampak macam tak berusaha. putuskanlah.. kalau dia memang jodohku........ jodohkanlah denganku. maka jadikanlah kami jodoh. jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selain aku. but still is looking for the right one. dekatkanlah.. jodohkanlah.. jodohkanlah kami kembali.wastabir 'alaiha. macam relaxx aje. . nahnu narzukuqa. you need to wait a little longer. wa' mur ahlakaa bisSolaati. Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain. tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan 'akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa" Doa untuk dipermudahkan jodoh. just a little longer. wal'aqibati lit taqwa... laa nas aluka rizqo. usaha tangga kejayaan? Yes.. " bererti "Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya... Tidak lah Kami minta rezeki dari mu... Kalau dia jodoh orang lain. and sambung lagi berkekalan sampai akhir hayat. biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dan kemudian jodohkanlah kembali dia denganku. Kalau dia tidak bisa dijodohkan denganku. dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh. warizqo robbikaa hairu wa abqa. Ade orang senang aje dapat jodoh kan. jenuhlah berusehe cari pasangan. Keluar bersosial.Doa Dipermudahkan Dapat Jodoh Ya Tuhan.. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). who knows. Maybe.

sebab susah tu datangnya dari Allah. ade hari susah. supaya jodoh kita panjang. Siapa tahu selain usaha.. Doalah. Tak perlu takut pada kesusahan. and if you havent found your one. Kita pun masih belum pasti. kau tak buat. nanti Allah susahkan la tang yang lain pulak Thats what my friend said. tapi masih tak ada? Tak apa lah. Tapi kalau aku dah usaha dan doa.. Tak selamanya semua benda akan datang dengan mudah untuk kau. and Allah jugak yang berkuasa tu make it easy for you. kau lupa setiap semua yang kau usahakan tu. Allah yang tentukan jadi atau tak. Alalala suwitnye hak3. and pray for them to be what you need to become better insyaAllah. ada hari senang. Doa lah supaya jalan kalian dipermudah Allah. Tu maknanya Allah lebih tahu masa yang sesuai untuk jodoh tu datang pada kau. but I couldnt help but to agree with her.. dan insyaAllah. and this thing memang meleret2 la boraknye because everyone has different opinion on the same thing. not quick at all. But because the comment somehow slapped me in the face. no argument there... We talked about this thing. mungkin betul lah sekarang dimudahkan jodohnya. Alah. we (my friends and I) went out for a quick dinner that turned out to be. betul jugak. Tapi I think what the Significant Other said is true. Atau mungkin kau berusaha tanpa doa. supaya kau dan aku. didatangkan jodoh yang baik. Jadi if you think you have found the love of your life. . Allah yang beri kau kekuatan to go through it. Betul lah kan. Oo. kan orang cakap hidup macam roda. Pray for them to come knocking on the door at the right time. Yakin lah dengan Allah. you think for yourself. Haah kan. One thing that really caught my attention was when we're discussing pasal orang yang senang aje dapat jodohnya. doa lah dia untuk kau. are for each other. kan. kan dah kena ceramah se das) But aku nak ingatkan kau. Mungkin ada amalan yang orang tu buat. (ha amik padan muka. no one knows. and vice versa. setiap hari dia berdoa untuk dipercepatkan jodoh. It stings a little bit. I asked the Significant Other for opinion. tak selamanya hidup kau akan susah. satu hari nanti ada ujian Allah turunkan untuk that person. Who knows.The other day. orang yang senang dapat jodoh. before you say such things to other people.okay. doa. kau cakap pada diri sendiri kau belum bersedia. He said. sedangkan kau tak berdoa.

selamat pengantin baru :) Excited tau kawan rapat sendiri nak kawen. apabila ia menjadi perkataan istighfar maka ia bermaksud meminta keampunan. maka lafaz azan yang mengandungi perkataan ‘khairun’ itu memberikan penegasan bahawa antara keduanya itu. maka ia bermaksud meminta pilihan. Nurul Nadiah Noryatim. Jadi solat istikharah itu didefiniskan sebagai solat yang dilakukan semata-mata kerana ingin mendapat petunjuk Allah (melalui solat) kerana kita berhadapan dengan dua atau pelbagai pilihan. :) And for the bestest friend one can ever asked for in the world. Wallahualam. sangat jelas iaitu pengutamaan perlu diberikan kepada mereka yang mempunyai latar belakang agama perlu menjadi asas pilihan. ——————– JAWAPAN: Anda sudah melakukan apa yang diarahkan agama dan ingatlah sabda Nabi yang bermaksud: tidak akan menyesal mereka yang beristikharah kepada Tuhannya. Seperti perkataan ‘ghafara’ yang bermaksud ampun. . solatlah yang terlebih baik. Adakah ingatan dan perasaan ini sebagai petunjuk Tuhan kepada saya terhadapnya? – Ramzi Hassan. Apabila ditambah huruf hamzah wasl.Merapuh. Sebab arahan agama dalam perkara memilih calon. Daripada kata inilah terbitnya juga perkataan ikhtiar yang bermaksud pilihan. sin dan ta di hadapan perkataan ini yang menjadikan ianya disebut istakhara. esok malam nak pergi berinai2 pulak hohohohoh first time! Solat hajat dan istikharah mencari jodoh SOALAN: Saya melakukan solat hajat dan istikharah untuk tujuan mencari jodoh. Apa yang menghairankan ingatan saya bertambah kuat terhadapnya. Dijawab oleh MOHD. YYUSOF ABAS Panduan Solat Istikharah Istikharah adalah perkataan Arab yang berasal daripada kata dasar ‘khayara’. adakah ianya (bakal calon pilihan anda) itu menepati ciri-ciri sebagaimana yang di gariskan agama atau tidak. Dalam azan solat subuh ada lafaz ‘al-solah khairun min al-naum’ bermaksud solat itu lebih baik daripada tidur. Jangan jemu berdoa.Doa. sebagaimana sabdanya bermaksud: pilihlah mereka yang beragama pasti kamu akan berjaya. Ianya bermaksud pilihan yang terbaik. Perasaan anda itu perlu dilihat terlebih dahulu. Sebelum ini saya juga pernah berkenalan dengan seorang tetapi sudah lama terputus. Perkataan ‘khairun’ berasal daripada kata dasar (khayara) inilah juga. Iaitu pada waktu itu terdapat dua pilihan antara tidur dan bangun mendirikan solat.

atau ragu-ragu dalam mengambil keputusan. Maka sepatutnyalah kita mengadu dan memohon agar Allah membantu dalam membuat pilihan. Imam al-Nawawi (1993:157) mencatatkan bahawa solat sunat ini terlaksana sama ada apabila seseorang mengerjakan solat rawatib (qabliyah atau ba’diyah) selepas solat fardhu. Ia dikerjakan sebanyak dua rakaat berdasarkan kepada hadis sahih di atas. Tidak ada ruang untuk beristikharah dalam perkara berkenaan lagi. atau membuat pilihan sama ada ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sesuai.Kerana hanya Allah SWT yang amat mengetahui perkara-perkara yang terbaik dan apa yang baik untuk diri kita sebagai hambaNya. Sabdanya “Apabila kamu dilanda kekusutan terhadap sesuatu. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh kedua-dua iman Bukhari dan Muslim daripada Jabir ra bahawa Rasulullah SAW mengajarkan kami solat istikharah. Solat ini hukumnya adalah sunat. menerima pinangan. Sebaliknya solat istikharah itu dituntut atas perkara-perkara yang harus seperti ingin memilih jodoh. Yang membezakannya adalah doa yang dibaca selepas solat itu. Keempat (2007) menjelaskan solat istikharah bermaksud: sembahyang untuk memohon pedoman daripada Allah bagi memilih jalan yang lebih baik antara dua pilihan. Maksudnya di sini ialah. atau membuat pilihan di antara dua atau lebih tawaran pekerjaan halal. Seperti keinginan untuk membuat pinjaman ataupun tidak dengan AhLong yang jelas melibatkan amalan riba. Begitu juga tidak boleh dilakukan solat istikharah atas perkara-perkara yang telah nyata haram. dalam negeri atau luar negeri dan sebagainya. Sekiranya ia membaca doa istikharat (yang akan disebutkan di bawah) maka solat yang dikerjakan itu dikira sebagai solat sunat istikharah. Cara solat Kaifiyat atau cara-cara mengerjakan solat sunat Istikharah ini sama seperti solat-solat sunat yang lain. solat sunat tahiyatul masjid atau solatsolat sunat yang lain. apabila kita menghadapi dua pilihan. Oleh itu kita memohon kepada Allah menunjukkan kepada kita pilihan yang terbaik”. Ia disandarkan kepada beberapa hadis daripada Rasulullah SAW. tidak boleh dilakukan solat sunat istikharah ke atas perkara wajib seperti untuk persoalan adakah perlu aku tunaikan zakat? Haji? Mengenakan tudung (pakaian menutup aurat)? dan lain-lain yang diketahui ia sebagai tuntutan wajib ke atas umat Islam. . Sepatutnya mereka terus sahaja tidak membuat pinjaman AhLong yang melibatkan riba dan tidak memberi rasuah. Syariat Solat Istikharah ini adalah salah satu daripada syariat (Ajaran) Islam. Manakala dalam laman wikipedia Solat Sunat Istikharah ditafsirkan sebagai “solat sunat yang didirikan untuk meminta petunjuk yang baik. Ia boleh dilakukan bagi memohon petunjuk Allah atas perkaraperkara harus yang menjadi kesamaran kepada umat Islam untuk membuat pilihan. ataupun sama ada ingin melayan atau tidak mengendahkan permintaan rasuah daripada orang yang meluluskan sesuatu perkara/projek dan sebagainya. Kamus Dewan Ed. maka hendaklah dikerjakan solat dua rakaat kemudian berdoa” Dengan doa yang akan disebutkan di bawah ini insyaAllah.

pada waktu-waktu kebiasaan seseorang melakukan solat sunat. Anda boleh membaca surah-surah berkenaan sekali sahaja atau diulang sebanyak tiga kali mengikut keselesaan dan keikhlasan anda sendiri. solat sunat Istikharah ini boleh dilakukan sama ada secara bersama dengan solat-solat sunat yang lain. Ataupun anda boleh memilih sama ada ingin memperuntukkan waktu yang khusus bagi solat ini pada waktu-waktu yang selesa bagi anda untuk mengerjakannya. Doa Berikut disertakan doa istikharah sebagaimana yang dicatakan dalam buku al-azkar karang Imam al-Nawawi ra: . Seperti niatnya ’sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala”. Keduaduanya dibaca selepas bacaan surah al-Fatihah. Yang penting adalah keikhlasan dan penyerahan diri kepada Allah SWT secara sepenuhnya (sama ada kita berada dalam kesenangan mahupun waktu-waktu sukar dan mencabar). ia berdoa dengan doa istikharah maka insyaAllah. Maksudnya. Selepas atau sebelum solat fardhu. jadi diniatkan untuk beristikharah (baca doa istikharah) selepas solat tersebut. pada rakaat pertama dibaca surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua pula surah al-ikhlas. Bacaan surah dalam solat istikharah sebagaimana yang dicatatkan oleh Imam al-Nawawi adalah. Sejurus selepas solat. Contohnya bagi mereka yang datang awal ke masjid. ia adalah solat yang khusus untuk beristikharah. selepas azan zohor. Mereka juga ada menentukan masa seperti selepas tengah malam atau sebelum subuh bagi mengerjakan solat ini. ia akan memperolehi pahala solat qabliyah dan solat istikharah secara sekaligus seperti pahala puasa syawal bagi mereka yang melakukan puasa qadha. mereka biasa melakukan solat qabliyah zohor. dengan niatnya yang khusus bahawa ia akan mengerjakan solat istikharah. Bagi ana.Kebanyakkan ulama mengkuhuskan solat sunat yang lain daripada solat rawatib dan sebagainya sebagai solat Istikharah.

sebaliknya engkau tukarkanlah ia dengan ketentuan yang lebih baik untukku di mana-mana.tp: Percetakan Larus. dan permudahkanlah segala urusannya untukku. Kamus Dewan Ed. Yakni dengan mengikuti dan mengamalkan setiap ajaran Islam dalam menjalani kehidupan di dunia secara total. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran. maka engkau tentukanlah ia untukku. 1991. kemudian engkau redha akan daku dengannya pula. kehidupanku dan segala urusanku di dunia dan di akhirat. sahabatnya dan para pengikutnya 6.4 (2007) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Diakhiri dengan puji-pujian kepada Allah SWT. sekiranya Engkau ketahui perkara ini lebih baik buatku. untuk agamaku. Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s. kehidupanku dan segala urusanku di dunia dan akhirat. untuk agamaku. dan aku meminta dengan Kudrat dan kekuasaanMu.Maksud: Ya Allah. pertolongan daripada Allah atas segala niat dan tindakan yang bakal kita ambil. dan aku bermohon dengan kurniaanMu yang Maha Agung. kemudian engkau berkatilah daku padanya. dan Engkaulah sahaja yang mengetahui perkara-perkara ghaib. maka engkau jauhilah ia daripadaku. Wallahu aklam.wordpress. wahai tuhan yang maha pemberi rahmat. Yang terlebih penting agar ruh agama dan syariat Islam sentiasa segar bak darah yang mengalir dalam diri dan kita tidak terpisah daripadanya melainkan melalui kematian. Bayrut: Dar al-Khayr. Sumber : http://ibnrajab. sesungguhnya Engkaulah yang menentukan segala sesuatu bukanlah diriku ini penentu. Cara berdoa 1. Bacaan doa di atas 4. al-Mukjam al-Arabi al-Muyassar. Rujukan: al-Azkar. Firman Allah (Ali Imran:102) “dan janganlah kamu mati melainkan sebagai orang Islam (yang menyerah diri sepenuhnya kepada Allah). Imam al-Nawawi.a. keluarganya.com/ Doa solat istikharah Doa Istikharah bererti: Memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik untuk dilaksanakan. Selawat ke atas Rasulullah SAW. Semoga mendapat rahmat. sabdanya: "Apabila . dan engkau jauhilah daku daripadanya. Menyebut perkara yang dihajati (berada dalam kesamaran) 5. Memulakan dengan puji-pujian kepada Allah 2. t. Namun sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah tidak baik bagiku.w. dan Engkaulah yang Maha Mengetahui sedang diriku tidak mengetahui. 1993. Ya Allah. sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu. keluarganya. Selawat ke atas Rasulullah SAW. sahabatnya dan para pengikutnya 3.

kemudian bacalah doa ini: "Ya Allah.) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku. Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib.seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat. takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan. seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan.. aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".) adalah baik bagiku pada agamaku.. (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik). kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ad a cepat atau lambat. . kehidupanku dan kesudahan uru sanku sama ada cepat atau lambat.

T. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul. bersabda: yang bermaksud "Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya. mohonlah kepada Allah S.a. baca Surah Al-Ikhlas (11 kali). Kaedah 1 Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang pertama. la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Allah telah berfirman: NEW! SOLAT SUNAT ISTIKHARAH Bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan.. Dalam sujud yang terakhir.Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orangorang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya. maka umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah. Di antaranya ialah Rasulullah s. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan. W. Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang kedua. baca ayat AlKursi (7 kali). baca tasbih/doa berikut sebanyak 40 kali: Sebelum bangkit dari sujud.w. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam." Lafaz dan niatnya adalah seperti berikut Sahaja aku solat Sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala. Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a. Waktunya siang atau malam. yang menggalakkan solat Istikharah. .w.

Jika kita telah melaksanakan solat istikharah dengan betul dan sungguhsungguh. Serahlah segalanya kepada Allah dengan kesabaran dan yakinlah bahawa solat istikharah yang dibuat dengan . bacalah doa seperti dalam Kaedah 1 di atas.Doa Selepas Solat Sunat Istikharah: Ya Allah. jika saudari mahu saudari boleh menunaikannya sebanyak dua. baca Surah AlKafiruun (1 kali). Seeloknya lakukanlah pada malam jumaat kerana pada malam itu adalah malam yang berkat dan mudah-mudahan Allah SWT menerima dan memustajabkan doa saudari itu. jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku. duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku. Solat ini sudah memadai dilakukan sebanyak satu kali namun. dengan ilmu-Mu. baca 1 Surah Al-Ikhlas (1 kali). Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu. Selepas selesai memberi salam. Namun jika hubungan atau jalinan ataupun perasaan antara anda berdua ada yang berubah. Allah akan mempertemukan jodoh anda. jika kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya. aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatan-Mu. tiga kali. maka serahkanlah segalanya kepada Allah SWT. kemudian berdoa sebagaimana yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW. Lafaz niatnya ialah "Sahaja aku menunaikan solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala". Jika lelaki tersebut orang yang terbaik untuk anda. Ya Allah. sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu. mungkin itu juga yang terbaik sehingga tidak terjadi hubugan perkahwinan. Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak. aku tidak berkuasa. Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang kedua. insya Allah pada suatu ketika nanti." (HR At-Tirmizi dan Bukhari) Kaedah 2 (yang lebih ringkas) Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang pertama. maka sesungguhnya Engkau berkuasa.

wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Takdirkanlah hal-hal yang baik bagiku dimana kebajikan itu berada. misalnya: "Ya Allah. Bila mungkin laksanakan sesudah lewat tengah malam. Setelah selesai shalat. insya Allah. wa anta allaamul ghuyuub. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah .w. untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak. dan aku mohon kepastian kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu. Hanya niatnya saja yang berlainan.t. yaitu berniat solat istikharah. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat. maka singkirkanlah dia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Engakau Maha Tahu dan Maha Mengetahui segala yang gaib. maka takdirkanlah dia bagiku dan mudahkanlah dia bagiku. kemudian berilah aku menyenanginya" Tata Cara Shalat Istikharah Tata cara solat istikharah sama dengan solat subuh. Ya Allah. sesungguhnya Engkau Maha Kuasa. Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru.. jika Engkau mengetahui urusan ini baik bagiku.. . Solat ini sangat peribadi sifatnya. jika Engkau mengetahui urusan ini. terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan.benar itu akan memberikan hasil yang baik seperti yang diharapkan. setelah bangun tidur. sesungguhnya aku mohon pilihan-Mu dengan ilmu-Mu. Wa inkunta ta'lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma'aasyii wa 'aaqibatu amrii 'aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni 'anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi. Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk. 'aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Dan apabila Engkau mengetahui pekerjaan itu buruk bagiku. Allaahumma inkunta ta'lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama'aasyii wa 'aaqibati amrii. innaka 'alaa kulli syai-in qadiir "Ya Allah. berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasululla SAW: Allaahumma inni astakhiiruka bi'ilmika . untuk agamaku. wata'lamu wa laa a'lamu. kemudian berilah dia berkah bagiku. untuk agamaku.(sebutkan namanya)" . untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak. Sebab itu harus dikerjakan sendirian.

lalu mengangkat tangan sambil berdoa dengan doa istikhoroh yang diajarkan oleh Nabi seperti yang telah disebutkan/dibentangkan di atas (dalam hadis Bukhori dari jalan Jabir Bin Abdulloh).Cara Solat Istikhoroh Solat Istikhoroh dilakukan seperti solat sunnah yang lain iaitu sebanyak dua rakaat. aku berlindung kepada-Mu dari azab neraka Jahannam. dalam setiap rakaatnya membaca alFatihah dan surah apa saja yang sudah dihafal. Sebelum salam Adapun dibolehkan membaca do’a istikhoroh sebelum salam ini berdasarkan: 1. sehingga kita katakan disunnahkan setelah membaca al-Fatihah di masing-masing raka’at untuk membaca surah apa saja dari al-Qur’an yang telah dihafal. iaitu mengucapkan (maksudnya). (Sebagaimana fatwa Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ Fatawanya 12/105) a. Sedangkan al-Hafiz al-’Iraqi mengatakan (Perkataan ini dinukil dari Tuhfatul Ahwadzi 2/484): “Aku tidak menjumpai satu hadis pun tentang penentuan bacaan surah-surah khusus dalam solat Istikhoroh. hal ini didasari oleh maksud orang yang beristikhoroh supaya mengikhlaskan niatnya hanya kepada Allah. sama ada siang atau malam hari (selama sedang memerlukan petunjuk). hendaklah berdo’a meminta perlindungan kepada Allah dari empat perkara. dari fitnah . beliau berkata: “Nabi bersabda: Apabila kalian selesai dari tasyahud yang terakhir. Ya Allah. dan azab kubur. 11/421) Adakah Dalam Solat Istikhoroh Ada Bacaan Khusus/Tertentu? Imam Nawawi mengatakan: “Disunnahkan pada raka’at pertama setelah al-Fatihah membaca surat al-Kafirun dan raka’at ke dua setelah al-Fatihah membaca surat al-Ikhlash” (al-Majmu’ Syarh alMuhadzdzab 2/377). dan mereka yang mensunnahkan surah-surah tertentu tidak mendatangkan dalil al-Qur’an dan Sunnah.” Bilakah Doa Istikhoroh Dibacakan? Doa Istikhoroh boleh dibaca samaada sebelum salam atau selepas salam selepas solat dua roka’at. (Asal perkataan ini oleh Ibnu Baz dalam Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawwi’ah. seperti yang dijelaskan oleh Abu Hurairoh. Berkata Ibnu Bazz (Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawzvi’ah 11/421): “Hendaknya (orang yang solat Istikhoroh) membaca al-Fatihah di setiap raka’at dan membaca surah apa saja yang mudah. sehingga yang patut dibaca adalah dua surat tersebut. Kebanyakan doa Nabi dalam sholat dilakukan sebelum salam (setelah tasyahud akhir).” Dan keterangan di atas jelaslah bahwasanya pendapat yang lebih kuat adalah tidak adanya ketentuan surah-surah yang dibaca ketika solat Istikhoroh. lantaran tidak ada keterangan dari Rasulullah akan hal itu.

Sesudah salam Sedangkan dibolehkan doa Istikhoroh dibaca sesudah salam berdasarkan zahir hadis yang menunjukkan doa tersebut dibaca sesudah salam. hendaklah solat sunnah dua rakaat bukan termasuk wajib. lalu dia melakukan istikhoroh. (Hadis Riwayat Bukhari 834 dan Muslim 3/7/27) 3. kemudian berdo’a. lalu Nabi memerintahkan beliau untuk membaca (maksudnya).kehidupan dan kematian. bererti dia tidak beristikhoroh. maka inilah yang diharapkan.” Kemudian beliau melanjutkan perkataannya: “Bagi orang yang hendak beristikhoroh hendaklah ia menghilangkan kecondongan hatinya terhadap suatu perkara sebelum melakukan solat dan doa Istikhoroh. berkata (Perkataan Imam Nawawi (dinukil secara bebas) ini dinukil oleh Imam Syaukani dalam Nailul Author 2/298): “Setelah seseorang melakukan solat Istikhoroh. dan rahmatilah aku. Rasulullah tidak menentukan tempat dibacanya doa istikharah apakah harus dibaca sebelum salam atau setelah salam.h. kerana apabila ada kecondongan hati sebelum istikhoroh. b. sebagaimana Nabi bersabda (yang ertinya): “Apabila di antara kalian berkeinginan/bermaksud terhadap suatu perkara. tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. sebaiknya dia menjalani apa yang dia rasakan lapang dadanya terhadap perkara tersebut baik meneruskan maksudnya atau meninggalkannya.. dan Muslim 588) 2. 10666) Apa Yang Dilakukan Setelah Solat Istikhoroh Dan Bermusyawarah? Imam Nawawi r. Ya Allah sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak. Demikian juga Rasulullah mengajari Abu Bakar tatkala beliau minta diajarkan do’a yang boleh dibaca dalam solatnya. (Hadis Riwayat Bukhari 1377. dan dari fitnah al-Masih ad-Dajjal.” Boleh Mengulang Solat Istikhoroh Dalam Satu Perkara Ibnu Utsaimin berkata (Dinukil secara bebas dari Syarh Riyadhus Sholihin oleh Ibnu Utsaimin 2/515): “Setelah melakukan solat dan do’a istikhoroh. kerana istikhoroh dilakukan ketika bimbang dan meminta dipilihkan yang terbaik dari Allah untuknya. sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. maka ampunilah aku dengan ampunan dari-Mu. tetapi apabila tetap . dan do’a istikhoroh tempatnya setelah salam sebagaimana (zahir) hadis yang telah datang dari Rasulullah” (Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawwi’ah 11/421422).. dan tidak selayaknya bersandar kepada adanya kecondongan hati sebelum istikhoroh. Dalam Hadis Jabir bin Abdullah. (Demikian juga difatwakan oleh Lajnah Da’imah dalam Fatwa no. apabila merasa lapang dadanya terhadap suatu perkara baik meneruskan atau meninggalkan.” Berkata Ibnu Baz: “Sholat Istikhoroh hukumnya sunnah.

Dibolehkan mengulangi solat Istikhoroh dalam satu perkara apabila diperlukan. kerana semua itu termasuk tabiat dan keterbatasan manusia. 8. semua ini hanyalah prasangka manusia (yang tidak ada dasarnya). Istikhoroh disunnahkan dalam perkara-perkara yang asalnya mubah. Solat Istikhoroh adalab solat yang dilakukan untuk minta petunjuk kepada Allah kebaikan perkara yang sedang dihadapi. ini kerana kebaikannya sudah jelas adanya. hal ini lantaran orang yang beristikhoroh adalah orang yang meminta petunjuk kepada Allah akan kebaikan yang akan dia lakukan sehingga apabila tidak jelas baginya kebaikannya atau tetap ragu maka dia boleh beristikhoroh berulang kali. Apabila sudah terdapat kecondongan hati atau mengetahui tentang baiknya perkara (dari awal lagi). selama seseorang bimbang atau ragu ataupun tidak mengetahui maslahatnya di masa akan datang/terkemudian. adapun perkara wajib dan sunnah. 6. Ketenangan hati dan kelapangan dada kepada suatu perkara setelah melakukan solat istikhoroh . bahkan sebahagian mereka menyengaja memakai pakaian berwarna putih (supaya bermimpi baik). 3. dan seterusnya. ragu. maka diambil pilihan sebagaimana mimpinya. 10. maka dia boleh mengulangi solat dan doa Istikhorohnya ke dua kali. dan Allah memerintahkan hambanya yang telah melaksanakannya supya bertawakal kepada Allah. lalu melakukan solat dan doa istikhoroh. kemudian terus tidur (mengharap petunjuk datang melalui mimpi). ini kerana solat Istikhoroh itu dilakukan adalah bagi tujuan meminta petunjuk. (Lihat Bahjah an-Nadzirin Syarh Riyadhus Sholihin oleh Syaikh Salim bin led al-Hilali 2/44) Kesimpulan 1. maka tidak disunnahkan istikhoroh. maka tidak disunnahkan beristikhoroh. 5. 2.” Adakah Tanda-Tanda Dikabulkannya Permintaan? Sebahagian orang berkata: “Setelah melakukan solat dan doa Istikhoroh. Solat Istikhoroh disunnahkan bagi segenap perkara baik besar atau kecil. 7. sebagaimana perkara haram dan makruh tidak disunnahkan istikhoroh kerana keburukannya sudah jelas adanya. Tidak terdapat dalil yang sah tentang pengkhususan bacaan surah-surah al-Qur’an dalam solat Istikhoroh. Doa Istikhoroh boleh dibaca dalam solat (sebelum salam) atau di luar solat (sesudah salam) 9.bimbang dan tidak merasa lapang dadanya. Rasa bimbang. ke tiga kalinya. dan ketidak-tahuan baik dan buruknya suatu perkara adalah hal yang wajar. 4. Para ulama bersepakat (ijma’) bahawa solat Istikhoroh hukumnya sunnah. maka akan datang petunjuk dalam mimpinya.” oleh kerana itu ada sebagian orang berwudhu’.

adalah tanda petunjuk dari Allah.. amiin.Selamat berdoa dan beramal. Demikianlah yang dapat dibentangkan dari beberapa penjelasan/keterangan para ulama tentang solat Istikhoroh. dan tidak terdapat dalil yang sah tentang keharusan melihat mimpi setelah beristikhoroh. mudah-mudahan kita mendapat petunjuk dari Allah sehingga kita dapat melangkah sesuai dengan apa yang digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya dan mendapatkan yang terbaik dan sisiNya dengan jalan taat dan istiqomah di atas landasan-Nya.! .

ini kerana solat Istikhoroh itu dilakukan adalah bagi tujuan meminta petunjuk. Ketenangan hati dan kelapangan dada kepada suatu perkara setelah melakukan solat istikhoroh adalah tanda petunjuk dari Allah. maka tidak disunnahkan beristikhoroh. Apabila sudah terdapat kecondongan hati atau mengetahui tentang baiknya perkara (dari awal lagi). 5. 7. mudah-mudahan kita mendapat petunjuk dari Allah sehingga kita dapat melangkah sesuai dengan apa yang digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya dan mendapatkan yang terbaik dan sisi-Nya dengan jalan taat dan istiqomah di atas landasan-Nya. Tidak terdapat dalil yang sah tentang pengkhususan bacaan surah-surah alQur’an dalam solat Istikhoroh. 6. maka tidak disunnahkan istikhoroh.! . 10. amiin. Para ulama bersepakat (ijma’) bahawa solat Istikhoroh hukumnya sunnah. 8. Dibolehkan mengulangi solat Istikhoroh dalam satu perkara apabila diperlukan.Allah kebaikan perkara yang sedang dihadapi. sebagaimana perkara haram dan makruh tidak disunnahkan istikhoroh kerana keburukannya sudah jelas adanya.Selamat berdoa dan beramal. dan Allah memerintahkan hambanya yang telah melaksanakannya supya bertawakal kepada Allah.. dan tidak terdapat dalil yang sah tentang keharusan melihat mimpi setelah beristikhoroh. Demikianlah yang dapat dibentangkan dari beberapa penjelasan/keterangan para ulama tentang solat Istikhoroh. 3. Doa Istikhoroh boleh dibaca dalam solat (sebelum salam) atau di luar solat (sesudah salam) 9. adapun perkara wajib dan sunnah. Istikhoroh disunnahkan dalam perkara-perkara yang asalnya mubah. ini kerana kebaikannya sudah jelas adanya. 4. selama seseorang bimbang atau ragu ataupun tidak mengetahui maslahatnya di masa akan datang/terkemudian. Solat Istikhoroh disunnahkan bagi segenap perkara baik besar atau kecil.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->