P. 1
Aplikasi p & p Berdasarkan Teori Tingkahlaku Atau Mentalis Untuk Diterapkan Dalam Sistem Ejaan, Morfologi dan Sintaksis

Aplikasi p & p Berdasarkan Teori Tingkahlaku Atau Mentalis Untuk Diterapkan Dalam Sistem Ejaan, Morfologi dan Sintaksis

|Views: 94|Likes:
Published by Gibrail Chairy
Teori Tingkahlaku & Mentalis Dalam Aplikasi P & P Berkaitan Sistem Ejaan, Morfologi dan Sintaksis
Teori Tingkahlaku & Mentalis Dalam Aplikasi P & P Berkaitan Sistem Ejaan, Morfologi dan Sintaksis

More info:

Published by: Gibrail Chairy on Dec 21, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/12/2012

pdf

text

original

Pendahuluan.

Persembahan guru berhubung rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah yang dipilih untuk digunakan di bilik darjah. Pengajaran yang baik adalah pengajaran yang berjaya menyampaikan semua isi pelajaran mengikut objektif yang dirancang dan difahami oleh pelajar. Ini bukan bererti isi pengajaran yang disampaikan itu banyak, tetapi ia bersesuaian dengan perancangan, objektif pengajaran dan keupayaan daya berkomunikasi guru. Dalam hal ini, pengaplikasian teori dalam pengajaran dan pembelajaran adalah amat penting kepada guru. Teori pembelajaran mempunyai dua nilai utama menurut Hill (2002). Salah satunya adalah dalam menyediakan guru dengan kosa kata dan rangka kerja konseptual untuk menafsirkan contoh pembelajaran yang diamati. Seterusnya adalah dalam mencadangkan kaedah bagi mencari penyelesaian untuk masalah-masalah praktikal. Teori – teori pengajaran tidak memberikan guru penyelesaian, tetapi mengarahkan perhatian guru kepada mencipta pembolehubah yang sangat penting dalam mencari penyelesaian dalam pengajaran. Pengaplikasian teori pembelajaran adalah penting dalam setiap mata pelajaran di sekolah rendah terutamanya bagi membantu guru dalam melaksanakan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini tidak dapat dielakkan juga dalam aktivit pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Perkara yang menjadi persoalan sekarang ialah apakah teori yang paling

bersesuaian serta tepat malah menjadi panduan yang paling berguna untuk seseorang guru dalam memastikan penghasilan kualiti yang optimum dan mudah diikuti oleh semua pelajar sekolah rendah. Berdasarkan pengajaran dalam Bahasa Melayu sekolah rendah yang mana kebiasaannya menekankan tentang penguasaan para pelajar dalam beberapa aspek iaitu aspek ejaan, morfologi atau pembentukan kata, sintaksis atau pembinaan ayat. Oleh itu berbalik kepada persoalan asasnya ialah sejauhmanakah serta cara yang sesuai bagi menerapkan dan mengaplikasikan teori-

teori pembelajaran tingkahlaku atau behaviourisme dalam keberhasilan pengajaran dan pembelajaran antara guru dan pelajar sekolah rendah. Penerangan Tentang Teori Tingkah Laku atau Behaviorisme. Tokoh – tokoh yang terkenal dalam teori behaviourisme ini terdiri daripada Pavlov, E.L. Thorndike dan B.F. Skinner. Mereka telah mengemukakan pelbagai jenis teoti pembelajaran serta implikasi kepada guru. Teori behaviourisme dikatakan teori pembelajaran terbaik yang perlu diterapkan oleh guru semasa mengajar. Teori behaviourisme adalah hasil perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. Teori behaviourisme juga adalah teori perkembangan perilaku, yang dapat diukur, diamati dan dihasilkan oleh respons pelajar terhadap rangsangan. Tanggapan terhadap rangsangan dapat diperkuat dengan peneguhan positif atau negatif terhadap perilaku yang diinginkan. Hukuman kadang - kadang digunakan dalam menghilangkan atau mengurangi tindakan tidak benar, diikuti dengan menjelaskan tindakan yang diinginkan. Teori pengajaran dan pembelajaran behaviourisme adalah mengutamakan unsur-unsur dan bahagian kecil, menekankan peranan lingkungan, mementingkan pembentukan reaksi atau respon, menekankan pentingnya latihan, mementingkan peranan kemampuan dan hasil pembelajaran yang diperoleh melalui perilaku yang diinginkan. Guru yang mengamalkan teori ini berpandapat bahawa tingkahlaku pelajar merupakan reaksi terhadap lingkungan dan tingkahlaku hasil dari pembelajaran. Pengaplikasian teori tingkah laku atau behaviourisme dalam aktiviti pembelajaran bergantung berdasarkan beberapa perkara seperti tujuan pembelajaran, sukatan pelajaran, ciri – ciri pembelajaran, media dan kemudahan pembelajaran yang tersedia. Pembelajaran yang dirancang dan berasaskan pada teori behaviorisme menyatakan bahawa pengetahuan adalah bersifat objektif, tetap, dan tidak berubah. Fungsi minda atau fikiran adalah untuk menghasilkan struktur pengetahuan yang sudah sedia ada melalui proses berfikir yang dapat menganalisis dan

mengolah sehingga makna yang dihasilkan dari proses berfikir seperti ini ditentukan oleh karakteristik struktur pengetahuan tersebut. Pengaplikasian Teori Tingkah Laku Dalam Pengajaran Sistem Ejaan, Morfologi, dan Sintaksis di Sekolah Rendah. Penjelasan tentang teori pembelajaran tingkah laku yang mana bagi diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran adalah mempunyai pelbagai cabang dan cara bagi seseorang guru dalam matapelajaran di sekolah rendah terutamanya bagi pengajaran bahasa melayu. Seperti yang diketahui bahawa perkara asas yang membawa kepada pemahaman dalam matapelajaran bahasa melayu adalah mengetahui terlebih dahulu tentang perkara asas dalam pelajaran bahasa melayu iaitu sisitem ejaan, morfologi dan sintaksis. Contohnya dalam pengajaran pembelajaran bahasa melayu berkaitan sistem ejaan, morfologi dan sintaksis ,guru haruslah menerangkan setiap definisi ejaan, morfologi dan sistaksis terlebih dahulu pada permulaan pengajaran. hal ini bagi membolehkan seseorang guru itu dapat menarik perhatian pelajar dengan menyediakan bahan bantu mengajar yang boleh menarik perhatian seperti persembahan powerpoint yang menarik terutamanya untuk menerangkan tentang tajuk mengenai asas pembentukan sistem ejaan, asas pembentukan kata dan asas pembentukan ayat ke dalam kelas. Ejaan atau kaedah mengeja merupakan sukatan yang membatangkan suku kata seperti b, a,=ba, t, u=tu. Kemudian suku kata ini digabungkan menjadi perkataan ba/tu=batu. Melalui penerapan teori behaviorisme ini, pelajar – pelajar akan mampu mengeja. Hal ini kerana pelajar dilatih mengeja tiap – tiap perkataan yang dibacanya. Kaedah yang diamalkan oleh guru ini akan memudahkan pengajaran kerana sesuatu pelajaran itu tidak payah dirancang dengan cermat dan tidak berkehendak alatan – alatan mengajar dengan banyak.

Kesukaran sesetengah guru mengajar membaca ialah kerana mereka kurang menyiasat dan memahami sebab kepada kesukaran pelajar atau tahap kebolehan pelajar memahami setiap kata atau semasa membentuk perkataan. Oleh itu berlaku kesalahan ejaan dalam setiap percubaan membentuk perkataaan seterusnya dalam penghasilan ayat. Oleh itu guru haruslah menyiasat dan mengetahui bahasa-bahasa yang digunakan oleh pelajarnya dan pengaplikasian teori behaviorisme boleh digunakan iaitu guru terlebih dahulu menarik minat pelajar. Melalui konsep pelaziman yang digunakan oleh Skinner iaitu penggunaan teori pelaziman operan dalam bilik darjah yang menggunakan peneguhan positif dan negatif. Semasa mengajar morfologi, pelajar yang menyatakan sesuatu kata yang betul atau menberikan jawapan yang betul diberikan pujian, senyuman, atau hadiah . ianya sebagai ransangan dan perkara ini dilakukan berulangulang dan kosisten bagi menjamin peningkatan minat dan kehendak pelajar dalam pembelajaran. Konsep diskriminasi juga perlu bagi menbolehkan pelajar megetahui sesuatu hal yang lebih penting berbanding hal yang lain misalnya penggunaan kata yang betul dan tepat dalam morfologi. Sebagai contoh , guru memberi tugasan kepada pelajar bagaimana untuk memahami secara mudah sesuatu cara membentuk ejaan, membentuk kata atau morfologi dan seterusnya menhasilkan ayat yang gramatis dan berkualiti. Guru haruslah memberitahu pelajar bahawa tajuk ini sangat menarik dan penting kerana ia akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan asas mengenai cara yang membawa kepada penciptaan dan pembentukan sesuatu kata atau pun ayat Seterusnya ialah pengaplikasian teori behaviorisme dalam pengajaran sintaksis. Sintaksis ialah suatu bidang yang mengkaji hubungan antara perkataan dengan perkataan dalam pembentukan ayat. Dalam erti kata lain, kajian sintaksis adalah kajian mengenai ayat. Di dalamnya, termasuklah juga kajian tentang frasa dan klausa. Di peringkat sekolah rendah, sintaksis digunakan atau boleh dijelaskan melalui satu cara membina atau menggabungkan satu

perkataan dengan perkataan yang lain, menyusun bahagian – bahagian yang kecil menjadi satu benda yang besar yang boleh dikatakan sebagai ayat. Misalnya, guru mengajar perkataan seperti “meja” terlebih dahulu diperkenalkan huruf – huruf tunggal iaitu „m‟ „e‟ „j‟ „a‟ dan menjadi satu perkataan iaitu “meja”. Cara ini boleh juga dipanggil sebagai cara membina. Perkataan yang digabungkan akhirnya menjadi satu ayat yang lengkap. Teori behaviorisme yang dikemukakan oleh Thorndike yang menyatakan pengajaran guru yang dilakukan melalui latihan yang diberikan kepada pelajar akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Selain itu, ia membolehkan berlakunya peningkatan kemahiran dan ingatan pelajar – pelajar. Melalui teori ini, pengajaran sintaksis yang diajar oleh guru akan menjadikan pelajar lebih mudah memahami konsep yang diajar. Peneguhan yang diberikan oleh guru sedikit sebanyak akan membuatkan pelajar lebih senang memahami pembelajaran yang diajar. Kesimpulan. Secara keseluruhannya pengaplikasian teori pembelajaran tingkahlaku atau behaviorisme dalam pengajaran Bahasa Melayu khususnya dalam bidang ejaan, morfologi dan sintaksis. Malahan, teori ini juga boleh diaplikasi dalam matapelajaran lain. Hal ini kerana teori ini amatlah penting dan sangat berkesan sekiranya penggunaan teori tersebut bersesuaian dengan cara mengajar, situasi mengajar, melibatkan pelajar atau berpusatkan pelajar dan bersistematik. Hal ini juga berkaitan dengan peranan yang mana guru perlu memberitahu pelajar tentang objektif pelajaran dan apa yang diharapkan satelah selesai mengikuti pengajaran dan pembelajaran . Contohnya ,guru perlu menjelaskan mengapa tajuk ini amat penting untuk di pelajari dan apakah kegunaan dan kepentingannya terhadap pelajar . Selain itu , sebelum memulakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran , seorang guru itu harus merangsang pelajar untuk mengingat semula isi kandungan yang telah di pelajari sebelum ini . Guru juga

harus mempersembahkan bahan yang merangsangkan iaitu melalui beberapa soalan , suara guru haruslah jelas dan berintonasi , susunan idea semasa bercakap juga penting dan juga menggunakan pelbagai media yang relevan contohnya carta alir , gambarajah dan juga slaid projektor . Guru juga harus menggalakkan pelajar berbincang dan menyuruh pelajar mengajar rakan-rakan mereka yang tidak faham tentang topik yang di ajar pada hari itu . Guru haruslah mengesan kemajuan pelajar dengan mengemukakan soalan atau memberi tugasan supaya pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang di pelajari berdasarkan apa yang telah dipelajari sebelum itu.

Rujukan Abdul Hamid Mahmood, 2004. Kuasai Sistem Ejaan Baharu Dalam Bahasa Melayu, Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan sultan Idris. Abdullah Hassan dan ainon Mohd, 2001, Mendorong Kreativiti Kanak-Kanak, PTS Publications And Distributors Sdn.Bhd. Abdullah Hassan, Prof., 1980. Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia,Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Anderson, J., 1985. Introduction to Teaching and the study of Education, New Jersey: PrenticeHall, Inc., Englewood Cliffs. Abruscato, 1985,Introduction to Teaching and The study of Education, New Jersey: PrenticeHall, Inc., Englewood Cliffs. Atan bin Long, 1982. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka. Ee ah Meng, 1994. Psikologi Dalam Bilik darjah, Kuala Lumpur: Penerbit fajar bakti Sdn.Bhd. Habibah Elias dan Rahil Hj. Mahyuddin, 1990. Psikologi Pembelajaran, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Liaw Yock Fang, 1979. Penggolongan Jenis Kata Dalam Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pavlov, I.P., 1927. Conditioned Reflexes, London: Oxford University Press. Prof. Dr. Henry Guntur Taringan, 1988, Pengajaran Morfologi, Indonesia: Penerbit Angkasa Bandung. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam, 1985. Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

_, Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia untuk Sekolah Rendah, 1975, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Skinner, B.F., 1938. The Behaviour of Organisms: An Experimental Analysis. Appleton-Century Crofts.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->