You are on page 1of 20

HUBUNGAN SEKOLAH DAN KOMUNITI

Bil. 1) 2) 3) 4)

Tajuk Pengenalan Definisi Kajian Lepas

Muka surat 2 3 4-5

Sekolah Sebagai Sistem Sosial dan hubungannya 6-9 dengan komuniti

5) 6) 7) 8) 9) 10) 11) 12) 13) 14)

Bentuk-Bentuk Hubungan sekolah Dengan Komuniti Peranan Komuniti Terhadap sekolah Kepentingan Penglibatan Komuniti Dalam Aktiviti Pendidikan Langkah Pihak Sekolah Untuk Membendung Masalah Dalam Komuniti Langkah Komuniti Untuk Membendung Masalah Pihak Sekolah Cara Mempertingkatkan Hubungan Komuniti dan Sekolah Sumbangan Sekolah Kepada Komuniti Sumbangan Komuniti Kepada Sekolah Kesimpulan Bibliografi

10-11 12 13-14 14 15 16 17 18 19 20

PAET 4101 SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN

1.0 Pengenalan Sekolah merupakan satu unit masyarakat yang terpenting. Dalam sebuah sekolah itu sendiri sudah wujudnya masyarakat seperti Pengetua, Guru Penolong Kanan, guru-guru, staf akademik dan bukan akademik serta pelajar-pelajar. Mereka mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Namun, peranan sesebuah sekolah bukan hanya berada di dalam pagar sekolah sahaja, tetapi ia juga melibatkan komuniti di sekitar dengannya. Tanpa komuniti dari luar, pihak sekolah tidak akan mengalami proses sosiolisasi. Sosiolisasi ialah proses pendidikan informal untuk melengkapkan pihak sekolah dengan pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman untuk membolehkan mereka berinteraksi dalam masyarakat atau komuniti. Proses ini berlaku dengan tidak dirancang. Sebagai contohnya, seorang kanak-kanak mempelajari bahawa dia tidak boleh mengambil hak orang lain. Iaitu melalui pengalamannya di ketika berada di rumah atau di sekolah. Setiap kali kanak-kanak ini mengambil hak orang lain, dia dilarang dan dimarah oleh ibu, bapa, kakak, abang dan guru-guru di sekolah. Dengan sendirinya kanak-kanak ini dapat membentuk sikap amanah dan jujur. Oleh yang demikian, pendidikan murid pada masa kini perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Pihak sekolah bersama komuniti perlu saling bekerjasama untuk membentuk generasi Malaysia yang berilmu, berkemahiran dan berakhlak mulia serta menjana transformasi dalam pembangunan negara. Penglibatan komuniti khasnya Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) hendaklah membina hubungan yang baik dan lebih proaktif bagi meningkatkan kemajuan pendidikan serta kebajikan murid untuk memastikan kemajuan pendidikan sentiasa terus maju dan berkualiti.

2.0 Definisi
PAET 4101 SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN 2

Sekolah dapat didefinisikan sebagai tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima ilmu dan memberi pelajaran ( Kamus Dewan Edisi Baru ). Bagi (Kamus Pelajar Bahasa Malaysia), sekolah didefinisikan sebagai bangunan tempat mengajar dan belajar. Bagi istilah komuniti (Kamus Dewan Edisi Baru ) menyatakan sebuah kumpulan ( keseluruhan ) orang yang tinggal di sesuatu daerah ( wilayah atau Negara, masyarakat) di sesuatu tempat atau sesebuah Negara, orang ramai umumnya. ( Kamus Pelajar Bahasa Malaysia ) mendefinisikan sebagai keseluruhan orang yang tinggal di sesuatu tempat, daerah, negara dan sebagainya ( di bawah satu pemerintahan). Atau juga dapat ditakrifkan sebagai tempat yang didiami oleh sesuatu masyarakat. Maka dapat dirumuskan bahawa hubungan sekolah dengan komuniti ialah sesebuah kawasan yang didiami di bawah satu pemerintahan dengan menjalankan tanggungjawab seperti mengajar dan belajar serta wujudnya hubungan interaksi antara pihak sekolah dan warga komuniti.

2.0 Kajian Lepas 3.1 Kembar Siam Sekolah Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan

Dengkil(SMKD)

PAET 4101 SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN

Ia memfokuskan kepada PIBG SMKD perlu ada gerakan tersusun bagi membestarikan masyarakat Dengkil, bermula dengan anak-anak di sekolah. Hal ini kerana, kegagalan membestarikan warga sekolah dan komuniti di Dengkil boleh mencacatkan perkembangan menyeluruh Bandar Siber yang terdiri daripada Putrajaya dan Ciberjaya dan seterusnya member kesan kepada pembangunan koridor Raya Multimedia (MSC). Maka telah wujudnya kerjasama antara PIBG, komuniti, badan professional, agensi serta institusi awam dan swasta pada 20 JUN 1998. Kerjasama ini wujud untuk membantu dari segi kepakaran dan kewangan daripada semua pihak. (Seminar Nasional Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan : kertas 2:1998). 3.2 River Oaks Public School, Oakville, Ontario Kanada Sekolah ini merupakan sekolah yang menampung seramai lebih 800 orang pelajar daripada peringkat tadika sehinggalah ke Gred 8. Teknologi menjadi keperluan utama sekolah ini dan pelajar-pelajarnya sering dianggap arkitek maklumat. Oleh itu, bagi memastikan penyediaan pelajar bertepatan dengan dunia pekerjaan akan dating, sekolah ini telah mengadakan permuafakatan dengan badan-badan korporat termasuk Lembaga Sekolah Halton, Kementerian Pendidikan Ontario, Apple Canada Inc., Northern Telecom, Sony of Canada dan beberapa agensi yang lain. Badan-badan ini membekalkan mengurus pelbagai teknologi di sekolah seperti computer, perisian, pemain cakera padat, papan kekunci elektronik dan lain-lain lagi. ( Seminar Nasional Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan : kertas 1 :1998).

3.3 Tanggungjawab, peranan dan sumbangan PIBG dalam menjayakan Pendidikan Peranan PIBG dalam komuniti sekolah tidak dapat dipisahkan daripada matlamat wawasan 2020. Peranan PIBG dalam merealisasikan cabaran-cabaran wawasan 2020 dikhususkan dalam perkara berikut: 1) Pembinaan budaya penyanyang. 2) Pembinaan budaya sains dan teknologi.
PAET 4101 SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN 4

3) Melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak, beretika positif, kreatif, inovatif dan mengamalkan nilai-nilai murni. 4) Melahirkan generasi yang dapat menjadikan Malaysia sebagai Negara maju pada tahun 2020. ( Seminar Konvensyen Pendidikan Komuniti : kertas kerja 1 :1993).

4.0 Sekolah Sebagai Sistem Sosial dan hubungannya dengan komuniti

Bermula dari sekolah maka wujudnya masyarakat yang majmuk. Oleh itu, terdapat beberapa perkara penting yang menjelaskan bahawa peranan sekolah sebagai sistem sosial. Antaranya ialah: Membentuk masyarakat sekola
5

PAET 4101 SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN

Hal ini dapat dilihat masyarakat sekolah yang terdiri daripada guru, murid dan staf sokongan. Mereka ini mempunyai peranan masing-masing. Tanpa mereka, sekolah tidak dapat membentuk anggota yang nyata serta mempunyai struktur sosial yang formal. Di antara mereka juga akan wujudnya hubungan komunikasi dua hala dan ini dapat menjalinkan hubungan ukhwah yang baik. Di sini komuniti luar akan lihat hubungan antara warga sekolah yang sangat baik dan ini akan memberi impak yang positif kepada masyarakat. Mereka akan memberi tanggapan yang positif serta boleh memberi kerjasama yang baik. Sebagai contohnya, setiap sekolah akan mengadakan aktiviti latihan kebakaran, maka pihak bomba dan penyelamat tidak ada masalah untuk datang bagi menunjukkan demonstrasi cara memadam api atau menyelamatkan diri daripada bahaya. Mengembangkan bakat.

Setiap pelajar mempunyai bakat yang tersendiri. Mereka boleh mengembangkan bakat melalui penyertaan aktiviti berpersatuan dan badan unit beruniform di sekolah. Melalui penglibatan mereka juga dapat memupuk sifat-sifat kepimpinan dalam diri. Bakat yang ada tidak ditumpukan kepada peringkat sekolah sahaja. Namun, ia boleh dikembangkan di peringkat daerah atau negeri. Sebagai contoh, seorang pelajar yang menyertai Kelab Kebersihan dan Keceriaan, maka mereka boleh membuat kerja amal dengan memperindahkan kawasan masjid, tandas awam dan sebagainya. Maka tanggungjawab ini tidaklah diletakkan semata-mata kepada warga komuniti kerana pihak sekolah juga boleh membantu bagi mengurangkan beban masyarakat.

Agen penapisan

Ia merupakan pelapis seseorang dalam sesuatu bidang. Sebagai contoh, dalam jurusan agama, seseorang pelajar itu boleh menyampaikan dakwah atau ilmunya kepada masyarakat sekeliling dengan niat yang ikhlas dan betul. Atau mereka boleh mengimarahkan masjid-masjid yang berdekatan. Dan ini sekaligus memperlihatkan sokongan pihak sekolah kepada komuniti luar terjalin dengan baik.
PAET 4101 SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN 6

5.0 Sumber-sumber komuniti Sumber komuniti adalah bahan-bahan yang boleh diperoleh menerusi

sumbangan dalam bentuk peralatan, tenaga dan kepakaran untuk membantu program atau aktiviti pembelajaran di sekolah. Kerjasama antara pihak sekolah dengan komuniti adalah penting dalam menjayakan program dan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sumber komuniti boleh diperoleh menerusi agensi yang menawarkan perkhidmatan yang boleh dimanfaatkan kepada warga sekolah. Pendidik boleh mendapatkan kerjasama dengan komuniti untuk membantu aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, tajuk Penjagaan Kebersihan Gigi, guru boleh menjemput atau membuat lawatan ke pejabat kesihatan atau klinik yang berdekatan. Konsep kolaborasi antara pihak sekolah dengan komuniti dapat membantu meningkatkankeberkesanan perlaksanaan program dan aktiviti di sekolah khususnya bilik darjah. Oleh yang demikian terdapat tiga faktor utama dalam sumber komuniti iaitu agensi-agensi, perkhidmatan serta kolaborasi.

5.1 Agensi Agensi terdiri daripada badan kerajaan, swasta dan pertubuhan sukarela yang melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dengan pihak sekolah. Penglibatan agensi ini bertujuan untuk meningkatkan program yang dianjurkan di sekolah. Kerjasama yang diperolehi menerusi agensi adalah sebagai sokongan terhadap program yang sedia ada. Agensi kerajaan terdiri daripada Kementerian dan jabatan kerajaan. Sebagai contoh jabatan yang biasanya terdapat di persekitaran Bandar dan luar Bandar ialah Klinik Kesihatan, Balai Polis, Balai Bomba, dan Jabatan pertanian. Di
PAET 4101 SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN 7

Sekolah Menengah aliran Pertanian wujud di Tingkatan 4 dan 5 dan sekiranya terdapat agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian lebih mudah dijadikan sebagai sumber komuniti untuk menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan pertanian. Guru boleh menjemput Pegawai Pertanian untuk berkongsi pengetahuan dalam bidang pertanian. Selain itu, pihak sekolah boleh mengadakan lawatan ke jabatan pertanian untuk melihat projek pertanian yang dijalankan. 5.2 Agensi swasta Agensi swasta adalah agensi yang bukan di bawah kerajaan. Terdapat agensi swasta yang berurusan dengan pihak sekolah sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sebagai contoh, syarikat pembekal alat tulis, syarikat pembekal perabot dan lain-lain. Pihak sekolah hendaklah mengenalpasti agensi atau syarikat yang boleh memberi kerjasama terhadap aktiviti yang dirancang.

5.3 Pertubuhan Sukarela Pertubuhan sukarela merupakan badan yang tidak berkonsepkan keuntungan. Badan ini lebih menumpukan kepada kerja-kerja amal untuk komuniti. Pihak sekolah boleh mendapatkan perkhidmatan yang bersesuaian daripada pertubuhan sukarela. Antara badan pertubuhan sukarela yang memberikan sumbangan kepada pihak sekolah ialah Pertubuhan anti dadah, Rukun tetangga dan lain-lain. Pihak sekolah boleh meminta bantuan daripada rukun tetangga untuk memastikan pemantauan keselamatan sekolah khususnya pada sebelah malam. Ini memberi kerjasama yang baik antara pihak sekolah dengan komuniti. 5.4 Perkhidmatan Perkhidmatan sumber komuniti bermaksud sumbangan daripada berbagai bagai punca yang boleh diperolehi mengikut keadaan komuniti. Sumbangan boleh
PAET 4101 SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN 8

diberi dalam bentuk kepakaran, kemudahan dan peralatan yang tersapat di komuniti setempat. Perkhidmatan yang diberi oleh pihak agensi kerajaan biasanya secara percuma. Agensi swasta pula biasanya menawarkan perkhidmatan berbayar. Sebagai contohnya, pihak sekolah boleh memohon sumbangan daripada mana-mana badan untuk memohon peralatan seperti komputer, peralatan permainan luar seperti tayar kereta untuk aktiviti melompat dan sebagainya. 5.5 Kolaborasi Kolaborasi merupakan kerjasama di antara pihak sekolah dengan komuniti. Kerjasama ini penting untuk mewujudkan persefahaman antara pihak sekolah dengan komuniti dalam menjayakan program dan aktiviti. Di luar Negara seperti Itali program Reggio Emilia (salah satu program dalam Bidang Kanak-kanak) merupakan jalinan kerjasama antara institusi tadika dengan komuniti. Hal ini kerana, kerjasama antara komuniti dan institusi tadika telah menghasilkan program Pendidikan Awal KanakKanak yang berkesan.

6.0 Bentuk-Bentuk Hubungan sekolah Dengan Komuniti

Ibu Bapa

Badan Buka Kerajaan

Masyarakat sekeliling

Sekolah

Agensi Kerajaan

Peniaga

Bentuk hubungan sekolah dan komuniti


PAET 4101 SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN 9

6.1 Ibu bapa Ibu bapa memberi sumbangan dalam bentuk idea untuk memajukan akademik dan kokurikulum pelajar kepada pihak sekolah. Sebagai contoh, ibu bapa hadir semasa hari menandatangani laporan kad kemajuan anak-anak. Ini membuktikan ibu bapa memberi sokongan walaupun mempunyai komitmen yang lain. Hal ini kerana, aktiviti sedemikian biasanya dilakukan semasa hari persekolahan dan ada ibu bapa yang bekerja. Jadi merkea perlu meluangkan masa untuk mengetahui perkembangan anakanak mereka di sekolah. Ibu bapa juga boleh memberi sumbangan dalam bentuk kewangan. Mereka boleh menyumbang dalam nilai yang besar ataupun keci asalkan ikhlas untuk membantu. Melalui ibu bapa juga telah wujudnya persatuan Ibu Bapa dan Guru. Persatuan ini menjadi titik perhubungan awal di antara pihak sekolah dan komuniti. 6.2 Peniaga Peniaga mempunyai peranan penting dalam member sumbangan kepada pihak sekolah. Mereka boleh memberi sumbangan tajaan atau menjadi penaja lepada pihak sekolah jika terdapat sesebuah aktiviti yang dianjurkan. Ataupun, pelajar boleh membantu berniaga bersama-sama dalam melariskan jualan peniaga semasa Hari Kantin, Hari Sukan dan Hari Anugerah Cemerlang. 6.3 Masyarakat sekeliling Dalam komuniti, masyarakat juga memainkan peranan penting. Hal ini kerana, mereka selalunya memberi bantuan dari segi tenaga. Sebagai contoh, aktiviti gotongroyong yang diadakan di sekolah. Masyarakat turut membanting tulang bersama dalam menjayakan aktiviti gotong-royong. Selalin itu, masyarakat boleh member sumbagan dalam bentuk material seperti botol, kertas, tin minuman dan bahan yang boleh dikitar semula untuk menampung kos di samping membanteras masalah wabak penyakit berjangkit berlaku

PAET 4101 SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN

10

6.4 Agensi Kerajaan Bentuk hubungan yang diberikan seperi Polis membuat tinjauan di kawasan sekolah dan member laporan kepada pihak sekolah. Selain itu, pihak bomba dan penyelamat boelh memberikan taklimat kebakaran dan teknik-teknik menyelamatakan diri. Secara tidak langsung dua agensi ini membantu pihak sekolah jika berlaku kemalangan seperti kecurian, kemalangan, dan lain-lain. 6.5 Badan Bukan Kerajaan Lebih kepada aktiviti yang berkhidmat kepada masyarakat. Pihak sekolah boleh melibatkan diri bersama membantu mengatasi masalah masyarakat di sekeliling. Sebagai contoh, member sumbangan makanan atau wang kepada mereka yang memerlukan.

7.0 Peranan Komuniti Terhadap sekolah

7.1

Menyokong setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah dalam pelbagai aspek. Komuniti perlu menyokong setiap program yang dianjurkan di sekolah. Ia bagi mengeratkan hubungan antara masyarakat dengan pihak sekolah. Komuniti perlu peka tentang program Sekolah Selamat, pelan dan prosedur tindakan serta peranan dan tanggungjawab mereka terhadap program yang dianjurkan di sekolah. Selain itu, komuniti boleh membantu dalam melihat perkembangan pelaja khususnya dalam bidang akademik dengan member idea untuk meningkatkan mutu pendidikan serta memantau tingkah laku pelajar di sekolah mahupun di rumah. Sebagai

PAET 4101 SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN

11

contoh menghadiri ke Majlis Penyampaian Anugerah Pelajat Cemerlang, Hari Gotong-Royong, Mesyuarat PIBG dan sebagainya. 7.2 Berganding bahu membantu mengatasi masalah disiplin pelajar Komuniti juga perlu melibatkan diri bersama bagi membanteras masalah disiplin dalam kalangan pelajar di sekolah. Agensi yang terlibat seperti Polis, Rukun Tetangga dan PIBG sekolah. Mereka perlu peka terhadap gejala yang berlaku di sekitar atau kawasan mereka. Komuniti juga perlu melaporkan dengan segera kepada pihak sekolah atau pihak berkuasa apabila melihat keadaan yang mencurigakan. Yang paling penting, komuniti tidak perlu rasa menjaga tepi kain orang kerana keselamatan semua memerlukan setiap orang prihatiin apa yang ber;laku di sekeliling.

8.0 Kepentingan Penglibatan Komuniti Dalam Aktiviti Pendidikan

8.1 Merapatkan hubungan antara sekolah dengan komuniti Hal ini kerana adalah untuk membentuk sikap saling bergantungan antara satu sama lain. Tanpa komuniti, sesebuah kawasan akan hidup dalam keadaan sunyi tanpa ada penghuninya. Begitu juga dengan pihak sekolah, secara tidak langsung komuniti dapat member bantuan dalam pelbagai bentuk. Sebagai contohnya, sebuah sekolah yang memiliki asrama dan tidak ada kemudahan masjid untuk pelajar lelaki menunaikan Soalt Jumaat. Maka di sini pihak komuniti akan memberi bantuan dengan membenarkan pelajar-pelajar lelaki untuk solat bersama-sama dengan komuniti setempat.

PAET 4101 SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN

12

8.2 Mewujudkan kerjasama untuk menyelesaikan masalah semasa Bagi kawasan penempatan yang mudah dinaiki air setiap kali berlaku bencana alam,di sini dua pihak perlu bersatu hati untuk memberi bantuan dan semangat. Kebiasaanya sekolah adalah tempat mangsa-mangsa banjir akan ditempatkan buat sementara waktu. Dan apabila keadaan pulih seperti biasa, komuniti akan bergotongroyong membersihkan kawasan sekolah untuk dijadikan tempat belajar seperti sedia kala. Maka hubungan antara sekolah dan komuniti begitu penting dalam menyelesaikan maslaah bersama. 8.3 Meningkatkan mutu pendidikan melalui program-program tertentu. Komuniti bukan sahaja difokuskan kepada masyarakat sahaja tetapi ia termasuk beberapa agensi seperti Polis, Jabatan Kesihatan. Jabatan Bomba dan Penyelamat serta lain-lain lagi. Sebagai contoh, setiap tahun Jabatan Kesihatan akan membuat pemerikasaan gigi krepada pelajar sekolah dan ini membantu pelajar tanpa perlu ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Adakalnya, Jabatan Kesihatan akan mendemonstrasikan cara menggosok gigi yang betul dan ini merupakan pendidikan secara informal yang diterima

9.0 Langkah Pihak Sekolah Untuk Membendung Masalah Dalam Komuniti

9.1 Mengambil tahu latar belakang pelajar semasa berada di rumah Pihak sekolah perlu mengetahui setiap latar belakang pelajar. In bukan sahaja identity mereka namun juga perlu tahu setiap pergerakan mereka semasa di rumah.

PAET 4101 SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN

13

Kebiasaannya, apabila di rumah ibu bapa sahaja yang memantau, namun komunti juga boleh membantu bersama untuk membendung masalah sosial. 9.2 Membimbing pelajar untuk berkomunikasi dengan komuniti luar Pihak sekolah juga boleh menggalakkan pelajar untuk berkomunikasi dengan komuniti melalui cara melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Ataupun guru boleh memberi kerja lapangan untuk pelajar bersemuka dengan komuniti. Hal ini dapat meyakinkan pelajar untuk berkomunikasi serta komuniti boleh memberi kerjasama dengan baik. 9.3 Peka dengan perkembangan semasa Warga sekolah yang baik mestilah peka setiap perkembangan semasa yang berlaku di luar sekolah. Sebagai contoh, jika terdapat majlis kematian seseorang yang dikenali, pihak sekolah boleh membuat kunjugan dan member sumbangan bagi membantu keluarga si mati. 10.0 Langkah Komuniti Untuk Membendung Masalah Pihak Sekolah 10.1 Menyarankan pelbagai idea kepada pihak sekolah semasa perjumpaan Komuniti boleh memberi pelbagai idea semasa perjumpaan atau mesyuarat di sekolah. Oleh itu, terdapat dua pertembungan idea di antara pihak sekolah dan komuniti. Hal ini memberi impak yang positif kerana terdapat penglibatan daripada warga komuniti untuk membantu masalah pihak sekolah. 10.2 Memberi sokongan atau menderma kepada sekolah Komuniti juga perlu sentiasa memberi sokongan kepada pihak sekolah dengan cara melibatkan diri setiap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong dan Hari Sukan. Selain itu, komuniti juga boleh memberi

PAET 4101 SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN

14

sumbangan derma tidak kira dalam bentuk material atau kewangan kerana setiap sumbangan yang diberi dapat membantu meringankan masalah pihak sekolah.

10.3 Komunikasi berkesan Komuniti perlu pandai berkomunikasi dengan pihak sekolah apabila wujudnya konflik. Hal ini kerana, komunikasi yang baik memberikan kesan yang baik kepada dua pihak. Sekiranya, komuniti ada rasa tidak puas hati dengan pihak sekolah, mereka boleh berbincang atau berjumpa dengan Pengetua atau guru untuk mendapatkan penjelasan. Komuniti dan sekolah sangat penting dalam membendung masalah daripada terus berlaku.

11.0 Cara Mempertingkatkan Hubungan Komuniti dan Sekolah

11.1 Mengedarkan berita-berita sekolah kepada komuniti Pihak sekolah boleh mencetak buletin untuk memasukan maklumat semasa yang berlaku di sekolah. Dan buletin tersebut boleh diedarkan kepada komuniti untuk warga komuniti juga tahu setiap perkembangan yang berlaku di sekolah. Ataupun, guru boleh memberitahu kepada wakil atau ketua pemerintah di kawasan tersebut utnuk memaklumkan info-info sekoalh yang terkini. 11.2 Menggalakkan guru-guru banyak terlibat dengan aktiviti luar sekolah yang banyak melibatkan masyarakat. Pengetua boleh mengesyorkan semua guru melibatkan diri dengan komuniti luar seperti membantu dalam aktiviti gotong-royong, kenduri kahwin, majlis kesyukuran dan
PAET 4101 SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN 15

lain-lain lagi. Hal ini dapat merapatkan hubungan di antara pihak sekolah dengan komuniti. 11.3 Kakitangan sekolah hendaklah pandai berhubung dan melayani Komuniti dengan baik. Pihak sekolah perlulah berhemah dengan baik kepada komuniti sekiranya wakil daripada komuniti hadir ke sekolah. Elakkan membiarkan mereka sendiri kerana ini memberi kesan yang negatif kepada sekolah kerana tidak tahu melayan tetamu dengan baik. Kehadiran komuniti bukanlah untuk disanjung tinggi, namun cukup mendapat perhatian daripada pihak sekolah.

12.0 Sumbangan Sekolah Kepada Komuniti

Khidmat masyarakat Pusat aktiviti sosial

Latihan kepimpinan dan organisasi Prasekolah

SEKOLA H
Program pendidikan lanjutan
PAET 4101 SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN

Pendidikan keluarga

16

Pusat rekreasi

Latihan teknikal dan vokasional

13.0 Sumbangan Komuniti Kepada Sekolah

Pembelajaran dan pengajaran di rumah/ sekolah

Ko kurikulum

Bantuan Kewangan/Kebendaan Kaunseling dan kerjaya

SEKOLA H
Pengurusan organisasi
PAET 4101 SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN

Latihan kemahiran teknikal dan vokasional


17

Pendidikan dan pembangunan

Keceriaan sekolah

14.0 Kesimpulan Secara keseluruhannya, sekolah dan masyarkat mempunyai perkaitan yang rapat dalam arena pendidikan. Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang boleh diaplikasikan dalam memperkasakan dan merapatkan hubungan antara sekolah dan komuniti. Permuafakatan antara kedua-dua belah pihak amat penting memandangkan sekolah merupakan sebuah institusi formal yang wujud dalam persekitaran masyarakat serta mendidik pelajar untuk hidup dalam masyarakat. Oleh itu, tindakan yang sewajarnya diperlukan untuk membentuk permuafakatan sekolah dan masyarakat. Kedua-dua pihak perlu mengembeleng tenaga untuk menjayakan usaha ini dan merealisasikan matlamatnya. Masyarakat perlu membantu dan melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang dikelolakan oleh pihak sekolah kerana melalui akativit-aktiviti seperti ini, permuafakatan dan persefahaman akan terjalin dalam menyelesaikan pelbagai masalah pelajar di
PAET 4101 SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN 18

samping mempertingkatkan kecemerlangan dan pencapaian akademik dan sahsiah mereka. Oleh yang demikian, pihak sekolah haruslah bijak merancang aktiviti yang menarik dan sesuai untuk menggerakkan dan memupuk hubungan yang baik antara sekolah dan komuniti untuk menyertai projek yang ingin dijalankan.

14.0 Bibliografi Buku 1. Mansor Abu Talib, Rozumah Baharudin, Abdullah Al- Hadi Hj. Muhamed, Rumaya Juhari, Asnarulkhadi Abu Samah, Amna Md Noor, & Tan Jo-Pei. (2003). Agensi Sosialisasi Sekunder Pelajar Sekolah, Rakan Sebaya, Media, Sekolah dan Komuniti. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
2. Sabariah Siron, & kasnawi Ab. Karim. ( 2007). HBP2103 Keluarga dan

Profesional dalam Perkidmatan Kanak-Kanak. Selangor: Open University Malaysia.


3. Wong, Siew Foong. ( 2002). Ekonomi Rumah Tangga : Tingkatan 4.

Selangor: Kementerian pelajaran Malaysia. Internet


4. Permuafakatan dan Komuniti. ( n.d ). Disember 19, 2011, daripada

http://www.scribd.com/doc/18329361/permuafakatan-dan-komuniti 5. Bentuk-Bentuk Hubungan sekolah dengan Komuniti dan kesannya kepada Pembangunan Pendidikan dan Komuniti. ( n.d ). Disember 20, 2011
PAET 4101 SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN 19

daripada http://www.scribd.com/doc/48891889/BENTUK-BENTUKHUBUNGAN-SEKOLAH-DENGAN-KOMUNITI-DAN-KESANNYA-KEPADA

Kertas Kerja Persidangan 6.

PAET 4101 SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN

20

You might also like