KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013)- AUTISM

(D20111047930) & (D20111047951)

1.0-

PENGENALAN

Autisme, merupakan salah satu gangguan perkembangan yang semakin meningkat ketika ini, yang mana menimbulkan kerisauan pada golongan ibu bapa. Autisme mula dikesan oleh ahli psikiatri kanak-kanak dari Amerika, Leo Kanner pada tahun 1943 di Pusat Perubatan John Hopkin. Leo Kanner menjalankan kajian ke atas 11 kanakkanak selama beberapa tahun. Kanak-kanak itu mempunyai masalah sosial, sering bersendirian, dan berada dalam dunianya sendiri. Mereka berasa kurang senang dengan perubahan di sekeliling dan berminat pada benda luar biasa. Sebahagian daripada kanak-kanak itu juga mempunyai kepintaran yang luar biasa. Sebahagian daripada kanak-kanak itu tidak menggunakan bahasa. Namun, Leo Kanner mendapati kanak-kanak itu juga mempunyai kepintaran yang luar biasa dan memiliki kemampuan kognitif yang baik.

Autisme berlaku sejak awal kadarnya melibatkan 5 dalam 10,000 kanak-kanak. Manakala mereka yang mengalami ciri-ciri autisme adalah seramai 15 dalam setiap 10,000 orang. Nisbah risiko kanak-kanak lelaki kepada kanak-kanak perempuan sebanyak empat kali ganda. Autisme melibatkan seluruh dunia tanpa mengira agama, bangsa, kaum, taraf sosial serta ekonomi.(K.A.Razhiyah, 2008).

Autisme adalah suatu kecelaruan perkembangan yang membawa impak yang teruk terhadap kemampuan seseorang untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orangorang di sekelilingnya (American Psychiatric Association 1994). Kanak-kanak yang mengalami autisme mempunyai imaginasi yang terhad, hingga menyebabkan mereka mempunyai ruang lingkup minat yang juga terhad dan sering melakukan tingkah laku atau pergerakan badan yang berulang-ulang (Wing & Gould 1979). Penyebab autisme masih tidak diketahui dan sehingga kini belum ada penawar bagi kecelaruan perkembangan ini (Center for Disease Control and Prevention, A.S. 2007).

Kajian-kajian terkini tentang autisme melaporkan peningkatan dari segi prevalens autisme (Croen et al. 2002; Volkmar et al. 1997). Pada awal tahun 70-an, prevalensnya adalah tiga atau empat orang penghidap autisme bagi setiap 10,000 orang kanak-kanak, tetapi laporan statistik yang terkini menyatakan bahawa prevalens
1

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013)- AUTISM

(D20111047930) & (D20111047951)

autisme bagi tahun 2009 ialah satu dalam 95 orang kanak-kanak (Center for Disease Control and Prevention, A.S. 2009). Kajian oleh Ganz (2006) menyatakan bahawa kos perbelanjaan seumur hidup bagi seorang penghidap autisme ialah USD 3.2 juta. Jumlah penghidap autisme di Amerika Syarikat adalah 1.5 juta orang dan kos perbelanjaan seumur hidup bagi mereka di negara ini dianggarkan sebanyak USD 35 billion setahun. Walau bagaimanapun, masih tiada statistik rasmi tentang prevalens autisme di Malaysia.

1.1-

DEFINISI AUTISME

Istilah autisme berasal daripada perkataan autos yang bererti diri sendiri dan isme yang bererti suatu aliran. Autisme bererti keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Autisme pada dasarnya adalah gangguan dalam perkembangan mental kanak-kanak menyebabkan mereka

mengalami masalah pertuturan, komunikasi, interaksi sosial, pemikiran, perilaku emosi, pola bermain dan juga mempunyai tingkah laku yang luar biasa. Pada awalnya istilah “autisme” diambil dari gangguan schizophrenia, di mana menggambarkan perilaku pesakit yang hidup dalam dunianya sendiri. Namun, tidak boleh diterima pakai kerana terdapat perbezaan antara gangguan skizofrenia dengan autisme iaitu, skizofrenia mengalami halusinasi yang berterusan selama sekurangkurangnya 1 bulan sedangkan autisme tidak mengalami keadaan sebegitu . DSM-IV (American Psychiatry Association 2000). Menurut Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), “ Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran mekanikal ataupun dalan seni muzik, „rote memory‟ dan lain-lain”. Menurut IDEA ( Individuals with Disabilities Education Act) :

2

Karakter lain yang dikaitkan dengan autisme adalah perbuatan yang dilakukan secara berulang dan pergerakan stereotaip. ( kanak-kanak yang menjelmakan karakteristik autisme selepas umur 3 tahun perlu didiagnos sekiranya mempunyai karakter pada perenggan ( c ) (1) (i) ) Dr Leo Kenner (1943) Menghubungkan autisme sebagai salah satu sindrom kumpulan tingkah laku yang unik dan masalah gangguan afektif.AUTISM (D20111047930) & (D20111047951) i- Autism means a developmental disability significantly affecting verbal and nonverbal communication and social interaction.KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013).( Autisme bermaksud pembangunan ketidakupayaan yang ketara memberi kesan pada lisan dan komunikasi bukan lisan serta interaksi sosial. linguistik. yang mengganggu pencapaian dalam pembelajaran.( autisme tidak boleh di gunakan sekiranya pencapaian pelajaran kanak-kanak tersebut dipengaruhi terutamanya disebabkan kanak-kanak tersebut mempunyai gangguan emosi) ii- iii- A child who manifests the characteristics of autism after age three could be diagnosed as having autism if the caracteria in paragraph ( c ) ( 1 ) (i) of this section are satisfied. and unusual responses to sensory experiences. Autisme juga merujuk kepada individu yang tidak berkeupayaan dalam menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran. generally evident before age three. that adversely affects a child’s educational performance. Other characteristics often associated with autism are engagement in repetitive activities and stereotyped movements. Autism does not apply if a child’s educational performance is adversely affected primarily because the child has an emotional disturbance. ketahanan dalam perubahan persekitaran rutin harian dan tidak biasa bertindak balas terhadap pengalaman deria). perspektif persepsi. 3 . kognitif dan komunikasi. resistance to environmental change in daily routines. umumnya dapat dibuktikan pada umur sebelum 3 tahun.

Esperger‟s Syndrome ( High functioning Autisme ). kelambatan perkembangan atau kefungsian yang tidak normal pada sekurangkurangnya satu ciri ketidakupayaan tersebut sebelum umur tiga tahun pada seorang kanak-kanak akan dikenal pasti mengalami ketidakupayaan autistik berdasarkan DSM-IV (American Psychiatry Association 2000). 4 . iaitu Kecelaruan Spektrum Autistik atau Autistik Spectrum Disorder (ASD). Pervasive Developmental Disorder Not Otherwise Specified ( PDD. dan sukar diajak bercakap.KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013). Wing (1988) telah memperkenalkan satu konsep yang lebih luas.AUTISM (D20111047930) & (D20111047951) Terdapat beberapa kategori autisme yang utama iaitu. Wing (1996) mengatakan bahawa kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri autistik juga mengalami masalah tingkah laku. Oleh itu.NOS). Autistic Syndrome ( Klasik Autisme). ketidakupayaan interaksi sosial dan ketidakupayaan imaginasi. didapati bahawa bukan semua individu autistik yang telah dikenal pasti mempunyai sindrom autistik yang ditunjukkan. Pervasive developmental disorder (PDD) Autistic disorder Asperger’s disorder Pervasive developmental disorder not otherwise specified ( PDD-NOS) 1. Walaupun begitu. iaitu ketidakupayaan komunikasi sosial. CIRI-CIRI KHUSUS SINDROM AUTISTIK komunikasi   Mereka yang dapat bertutur mengalami masalah seperti perkataan yang dilafazkan kadangkala tidak mempunyai makna dan tidak difahami Mereka jarang menggunakan bahasa. Autistic disorder Model Ketidakupayaan Tiga Segi yang dikemukakan oleh Wing dan Gould (1979) menunjukkan bahawa individu autistik mengalami tiga jenis ketidakupayaan yang utama. keminatan dan aktiviti yang terbatas dan berulangan.

mengumpul sesuatu corak. iaitu adanya pola perilaku yang terbatas. bentuk dan warna yang sama. tiada keterlambatan bahasa dan kognitif yang bermakna ( International Classification of Disease edisi ke-10). contohnya pakaian. tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan lain Kanak-kanak ini lebih gemar bermain secara bersendirian. perkataan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan dan echolalia iaitu meniru perkataan yang disebut oleh orang lain dengan mengulangi perkataan dihujungnya. bulatan. menunjukkan tindak balas yang agresif pada sesuatu yang baru.KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013). Sindrom Asperger juga merupakan gangguan perkembangan pada disfungsi struktur dan sistem otak 5 . Mereka juga tidak suka disentuh ketidakupayaan imaginasi      Mereka tidak dapat memikirkan atau mencari sesuatu permainan untuk bermain. oleh kanak-kanak ini bukan barang permainan yang akan dipilih oleh kanakkanak tipikal. botol kosong. Asperger‟s disorder Sindrom Asperger atau masalah Asperger ( AS) merujuk kepada ketidakupayaan seseorang dalam berinteraksi . bola. sudu dan sebagainya.AUTISM (D20111047930) & (D20111047951)   Kadangkala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja. gangguan ini dicirikan oleh gangguan sosial kualitatif. 2. Ada yang bermain sesuatu yang pelik contohnya mengumpulkan pembuka tin. interaksi sosial     Mereka tidak mempedulikan perasaan orang lain. gemar melakukan sesuatu aktiviti yang sama tanpa jemu-jemu seperti membariskan kotak-kotak. Barang permainan yang dipilih oleh kanak-kanak ini bukan barang permainan yang akan dipilih oleh kanak-kanak tipikal. melukis sesuatu yang sama seperti rumah.

waktu dan lain-lain yang disukai. Tidak suka sentuhan 3. Sindrom Asperger.KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013). data. Pervasive developmental disorder not otherwise specified ( PDD-NOS) Satu kumpulan yang berkongsi keadaan gangguan sebagai kemerosotan nilai kebiasaan mereka dalam kesalingan sosial. Sosial     Tidak menghiraukan orang lain Kelihatan tidak sensitif pada keperluan. Tidak boleh berkomunikasi dengan baik. Kelainan biasa termasuk autisme. had kemampuan untuk melakukan percakapan berulang dan minat yang luar biasa pada subjek tertentu ( Attwood. Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap. bentuk. dan Pervasive 6 . gangguan perkembangan yang memberi kesan pada komunikasi dan manifestasi terhad serta tingkah laku yang berulangulang. perasaan dan pemikiran orang lain.  Dapat mengingati fakta.AUTISM (D20111047930) & (D20111047951) yang mempunyai ciri-ciri utama kurangnya keterampilan sosial.  Tertarik pada topik luar biasa dan suka mendominasi perbualan Pertuturan dan komunikasi        Berbahasa agak formal menggunakan tatabahasa yang tinggi. 2005) CIRI-CIRI KHUSUS SINDROM ASPERGER. Mengulangi perkataan yang sama tanpa memahami maksudnya. Lambat dalam pertuturan Mempunyai masalah bercakap dan tidak memahami percakapan orang lain. hanya satu pihak sahaja yang bercakap. Sekiranya berbual. Intelektual dan kognitif  Mempunyai purata antara atas purata IQ  Tidak ada defisit kognitif tetapi ada defisit daya ingatan dalam beberapa aspek. Bercakap dengan nada robot Sukar untuk memulakan percakapan.

Asperger’s disorder DAN Pervasive developmental disorder not otherwise specified ( PDD-NOS) 7 . Lebih menampilkan perbezaan secara klinikal dengan mengambil kira kecacatan sosial dan komunikasi.KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013). PERBEZAAN Autistic disorder.AUTISM (D20111047930) & (D20111047951) developmental disorder not otherwise specified ( PDD-NOS).

2001). tahap menunjukkan pelbagai simptom yang melintasi struktur keluarga ( Gillberg & Coleman.1- Sebelum kelahiran genetik Kajian yang telah dijalankan yang difokuskan pada faktor genetik telah dikaitkan dengan autisme. terdapat juga kajian yang mengatakan bahawa sepasang kembar seiras mampu mengalami autisme atau masalah interaksi sosial dan kefahaman bahasa yang amat tinggi sekiranya kembarnya didapati mempunyai gangguan autisme. bapa kanak-kanak yang dikenalpasti dengan gangguan autisme mungkin mempunyai ciri-ciri yang tidak ketara berbanding orang lain atau ganjil kemahiran sosial tetapi juga berfungsi dalam cara yang boleh diterima dalam kehidupan sosial ( Yirmiya . Autisme mempunyai kecelaruan yang berbagai-bagai dan kajian-kajian terkini lebih tertumpu kepada masalah genetik. faktor penyebab yang telah dikaji dapat dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu.KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013). dan selepas kelahiran. Kajian genetik secara meluas telah menunjukkan bahawa gen penyebab autisme berkemungkinan diwarisi. sebelum kelahiran. 2. dan faktor neurochemical dan imunilogikal. masalah semasa dan selepas kelahiran. kes seperti ini sangat jarang berlaku. Namun. punca sebenar tidak dapat diketahui. semasa kelahiran. Walau bagaimanapun. Shaked.AUTISM (D20111047930) & (D20111047951) 2. Secara logiknya berdasarkan hipotesis. Sebagai contoh. Bukti juga mencadangkan dalam kalangan adikberadik yang berfrekuensi tinggi autisme akan mengalami gangguan ini dibandingkan dengan ketidakupayaan lain. Namun. Tambahan lagi.0- FAKTOR PENYEBAB AUTISME Faktor penyebab autisme adalah kompleks dan dalam kebanyakan kes. Spekulasi mengatakan DNA bertanggungjawab menjadi punca pembangunan disfungsi dalam otak individu yang mempunyai ketidakupayaan ini. kefungsian otak. Namun begitu. Terdapat juga kajian yang mendapati bahawa sebanyak 10 gen mampu menyumbang kepada pembangunan ciri-ciri khusus autisme dan pelbagai gangguan. ibu bapa yang mempunyai autisme akan mempunyai anak yang juga mempunyai autisme. tahap gejala yang dipamerkan berbeza bergantung kepada struktur keluarga. Ibu-ibu dengan kelainan gen yang mengalami penurunan keupayaan untuk memetabolismekan nutrien 2-4 kali berkemungkinan 8 . 2000 ). & Erel.

2- Semasa kehamilan dan semasa kelahiran Jangkitan virus yang dihadapi oleh ibu ketika hamil seperti Rubella. juga mempengaruhi pertumbuhan sel otak seterusnya mengganggu fungsi otak bayi yang dikandung terutama dalam aspek fungsi pemahaman. komunikasi dan interaksi. Pemakanan yang tidak berzat. komunikasi reseptif.3. 2. Herpes. pendarahan dan keracunan makanan. memasuki aliran darah lalu terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin. Umumnya. Protein daripada makanan ini ini tidak bertukar menjadi asid amino atau pepton yang dibuang.KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013). encephalitis. Toxo . hampir 60% kanakkanak autisme memiliki sistem pencernaan yang kurang baik. Kanak-kanak ini akan mengalami Sindrom Rubella Kongenitel (CRS). Terdapat juga yang tidak normal dalam tisu esofagus.1-Gangguan saluran penghadaman Kanak-kanak autisme mungkin akan mengalami masalah gangguan saluran penghadaman yang lebih rendah serta kebolehtelapan aktiviti enzim usus dan penghadaman yang menurun. usus kecil. yang melibatkan pelbagai penyakit yang serius seperti autisme yang mana tidak boleh diubati.AUTISM (D20111047930) & (D20111047951) mempunyai anak yang mengalami autisme jika mereka tidak mengambil vitamin prenatal ( 3 bulan sebelum mengandung ). Ini menyebabkan fungsi kognitif. kolon dan keupayaan hati untuk konjugat defangs.3- Selepas kelahiran 2. 9 . 2. perhatian dan tingkah laku bemasalah. Berdasarkan kajian . Tetapi ia diserap kembali oleh tubuh. sakit perut serta sembelit disebabkan alahan makanak. kekurangan oksigen semasa lahir. kanak-kanak autisme akan mengalami cirit-birit yang kerap. yang merosakkan sel-sel otak. Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicernakan dengan baik. Jangkitan virus Rubella terhadap ibu sewaktu mengandung boleh menjadi serius sekiranya ibu tersebut dijangkiti dalam tempoh 20 minggu pertama kehamilan.

Thompson. 10 . keseimbangan. 2003). 2. serta temporal lobes yang terlibat dalam memahami ekspresi wajah dan dalam bentuk-betuk sosial serta memori. Toga. Penyelidikan juga telah dijalankan pada frontal dan temporal lobes: frontal lobes yang menguruskan fungsi sosial dan kognitif. individu dengan gangguan autisme telah didapati mempunyai keabnormalan dalam cerebellum. iaitu bahagian otak yang mengawal koordinasi motor. membolehkan penyelidik untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai otak. & Peterson.AUTISM (D20111047930) & (D20111047951) Rajah menunjukkan proses penghadaman kanak-kanak yang mengalami autisme. Henkenius.KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013). individu yang mengalami autisme mempunyai sedikit sel-sel yang lebih tinggi ketumpatan. dan kognisi. Welcome.3. dan beberapa fungsi otak yang boleh mencetuskan gejala autisme.2. atau isi padu yang kurang berbanding dengan individu yang tipikal ( Sowell. Penyelidik secara amnya telah mendapati bahawa dalam bahagian-bahagian otak.Ketidaknormalan otak Teknologi terkini seperti Magnetic Resonance Imaging (MRI). Contohnya.

11 . dan frontal lobe. emosi dan sebagainya tidak dapat berfungsi dengan baik. Hal ini menyebabkan kanak-kanak autisme mengalami kelewatan dalam bertutur dan sebagainya. hippocampus. Keadaan ini menyebabkan fungsi-fungsi seperti pergerakan.AUTISM (D20111047930) & (D20111047951) Gambar rajah tersebut menunjukkan bahagian otak di mana kanak-kanak yang mengalami autisme akan mempunyai ketidaknormalan pada bahagian cerebellum. pertuturan.KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013). amygdala. temporal lobe.

faham bagaimana sesuatu perlakuan memberi kesan 12 dapat meniru ayat atau nyanyian tanpa mengerti . Ali dapat mengingati semua menu di Mc Donald. 3.AUTISM (D20111047930) & (D20111047951) 3. Oleh itu. Sebagai contoh. Ini berkaitan dengan penjelasan baru berdasarkan kepercayaan individu penghidap autisme yang tidak betul-betul memahami pemikiran mereka sendiri dan pandangan terhadap bahawa individu dengan autisme menghadapi cabaran untuk memahami kepercayaan dan emosi orang lain. menerangkan kognitif sebagai perkara yang berkaitan dengan kognisi iaitu proses pembelajaran. Boleh didefinisikan sebagai proses disebalik tingkah laku yang ditunjukkan ( proses mental dalaman). mereka tidak dapat mengakses maklumat yang telah diingati.” boleh saya ambil pesanan?”. 3. Hal ini kerana kanak-kanak ini mengingati berdasarkan sesuatu yang didengari olehnya ataupun secara ringkasnya. Mereka juga maksudnya. Kanak-kanak yang mempunyai masalah autisme mempunyai kemahiran mengingat dan mampu memberikan pandangan bahawa mereka mengetahui sesuatu perkara. Tetapi apabila ditanya oleh pelayan . Ali tidak dapat menjawab dengan betul dan mengulangi pertanyaan pelayan tersebut. mereka mengingati bukan berdasarkan pemahaman mereka tentang sesuatu perkara.Teori minda Satu dari defisit teras kognitif kanak-kanak autisme yang disedari adalah teori minda. Namun secara hakikatnya. emosi perspektif. sekiranya disoal dengan soalan yang diubah sedikit.KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013).1.1- Kognitif dan kriteria akademik Kognitif berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-3 m/s 691. mereka tidak mengetahuinya.1. Kesukaran dengan teori minda ini dapat dilihat apabila individu dengan autisme mempunyai penjelasan yang sukar terhadap kelakuan.2. Rote memory mungkin menjadi satu kekurangan untuk kanak-kanak autisme.0- KARAKTERISTIK KANAK-KANAK AUTISME 3.1. pemahaman dan pemerolehan pengetahuan.Rote memory Rote memory adalah kemampuan untuk mengingati sesuatu dengan mudah tanpa perlu mengetahui maksud sesuatu perkara.

Emosi Kanak-kanak autisme tidak tahu mempamerkan mimik muka semasa berkomunikasi bagi melahirkan perasaan mereka seperti tersenyum. Mereka tidak tahu bagaimana hendak berinteraksi dengan orang lain.2. 3. sudu dan sebagainya.2. berkerut. Ali tidak tahu mengapa dia berdepan dengan masalah disebabkan die menjerit dengan kuat dan memberitahu murid lain bahawa gurunya mempunyai mulut yang berbau. Mereka tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan. Mereka juga tidak dapat memberikan kerjasama pada aktiviti berkumpulan.2. masam. botol kosong. Ada yang bermain sesuatu yang pelik contohnya mengumpulkan pembuka tin. Namun. 3. penglibatan dalam perbualan dan membezakan antara fakta daripada fiksyen. Mereka gemar bermanja dan sering gembira apabila ditunjukkan perasaan kasih sayang pada mereka. Pada fikirannya.1. Barang permainan yang dipilih oleh kanakkanak ini bukan barang permainan yang akan dipilih oleh kanak-kanak tipikal.3.1-Sosial Kanak-kanak ini tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan lain.Sosial dan emosi 3. mereka tidak dapat memikirkan atau mencari sesuatu permainan untuk bermain.2. 3. Namun terdapat juga kanakkanak autisme yang suka dipeluk. Sebagai contoh.KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013). dia hanya memberitahu sesuatu yang benar.AUTISM (D20111047930) & (D20111047951) terhadap orang lain.Penyelesai masalah Ramai murid autisme hanya mempunyai satu jalan sebagai strategi untuk menyelesaikan masalah bagi situasi tertentu dan menggunakannya secara berterusan meskipun situasinya berubah tanpa penyesalan sekiranya penyelesaian masalah tersebut tidak berjaya. Mereka juga tidak suka disentuh. sedih dan sebagainya. Kanak-kanak ini lebih gemar bermain secara bersendirian. pemikiran dan perasaan. Kanak-kanak autisme adalah kanak-kanak yang lasak dan gemarkan permainan lasak. Wajah mereka seolah-olah mendatar dan orang lain tidak dapat mengagak 13 .

Mereka tidak boleh berkongsi barang mainan dengan kanak-kanak lain. Mereka akan menunjukkan sikap yang agresif. namun mereka masih ketawa dan menunjukkan perasaan gembira. Kanak-kanak tipikal tidak takut pada perkara biasa tetapi kanak-kanak autisme takut dengan bunyi seperti air. Mereka juga tidak memahami etika sosial seperti bercakap dengan rakan. Mereka suka bercakap atau menyampuk perbualan yang sedang berlaku tanpa mempedulikan perasaan orang lain. mereka tidak akan menunjukkan sebarang reaksi mereka tidak mempedulikannya dan leka dengan diri mereka sendiri. kicauan burung. ia adalah perkara biasa. mereka tidak dapat mengerti. Mereka merasakan hak mereka dirampas oleh orang lain atau mereka kehilangan sesuatu penghargaan yang dimiliki selama ini. melayan tetamu. Mereka lebih gemar duduk di hujung kelas ataupun di sudut tertentu jauh daripada orang ramai.AUTISM (D20111047930) & (D20111047951) perasaannya menerusi mimik muka mereka. Kanak-kanak ini sukar hendak memahami perasaan orang lain. Kanak-kanak ini perlu diberikan pendidikan yang terperinci walaupun bagi orang lain. Mereka suka bercakap dengan rakan. menunggu giliran dan sebagainya. menunggu giliran dan sebagainya. Namun terdapat juga kanak-kanak autisme yang menunjukkan rasa gembira pada kehadiran tetamu. Kanak-kanak autisme tidak tahu bagaimana hendak melahirkan perasaan dalam keadaan ekstrim seperti terlalu gembira atau terlalu agresif. Apabila rakan mereka mengalami kesedihan atau kesakitan. Kadangkala mereka suka menepuk tangan bagi melahirkan keresahan atau kesedihan yang dialami. Hati mereka sentiasa riang dan gembira seolah-olah tidak mempunyai masalah. Kadangkala 14 . Mereka akan menangis sepanjang masa sehingga bunyi itu hilang. melayan tetamu. Walaupun kadangkala rakan mereka memukul mereka. Mereka tidak dapat melahirkan perasaan yang terdapat dalam diri mereka dengan cara yang betul. Sekiranya terdapat pelawat atau tetamu.KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013). sekiranya barang mereka diusik ataupun diambil. Mereka akan mengelilingi tetamu dan bersoal jawab dengan tetamu sehingga tetamu penat melayan pelbagai soalan daripada mereka. Mereka tidak tahu bagaimana hendak menunjukkan perasaan sedih ataupun muram pada sesuatu. Kadangkala terdapat juga kanak-kanak autisme yang gemar tersenyum atau ketawa sepanjang masa. kipas dan kapal terbang.

melukis sesuatu yang sama seperti rumah. mereka tidak tahu bagaimana dan masa yang sesuai menggunakan pergerakan isyarat semula jadi. bulatan. Kanak-kanak ini kurang daya imaginasi dan gemar melakukan sesuatu aktiviti yang sama tanpa jemu-jemu seperti membariskan kotak-kotak.3-Psikomotor Gerak laku kanak-kanak ini kadangkala melucukan. mereka juga tidak menggunakan sebarang isyarat semula jadi dalam pergerakan mereka. mengepakkan tangan. Terdapat juga kanak-kanak autisme yang mengulangi pergerakan mereka dalam waktu yang lama. Beliau tidak sedar akan tingkah laku yang dilakukan kerana ia berlaku tanpa dirancang. menggaru kepala atau apa sahaja tingkah laku yang sering di lakukan berulang-ulang. Ada juga kanak-kanak autisme yang berjalan kaku seperti robot. Mereka sering berlari ke sana ke mari tanpa sebarang tujuan. ditanya berulang kali. Kadangkala mereka akan melakukan sesuatu perlakuan yang berulang-ulang seperti menggerakkan tangan atau kepala. mengumpul sesuatu corak. bentuk dan warna yang sama. Tidak boleh duduk diam dan gemar bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013). contohnya pakaian. Tetapi sebenarnya mereka tidak sedar dan tidak dapat mengawal pergerakan mereka. menepuk tangan. Mungkin cara mereka berdiri ataupun bergerak tidak stabil atau seolah-olah seperti menari. bola. 3. Namun. 15 . Tingkah laku itu bersifat semula jadi. berputar-putar dan bergoyang-goyang. Selain daripada itu.4.AUTISM (D20111047930) & (D20111047951) soalan yang ditanya adalah soalan yang sama. menunjukkan tindak balas yang agresif pada sesuatu yang baru. namun terdapat juga kanak-kanak autisme yang menunjukkan tingkah laku yang sedemikian.1-Tingkah laku Mereka selalunya hipoaktif ataupun hiperaktif. Walaupun perkara ini jarang berlaku. 3. tingkah laku ini dapat dihentikan dengan memberikan alternatif yang berbeza.4-Tingkah laku dan perwatakan 3.

16 . Mereka akan berusaha mendapatkannya. ini merupakan antara ciri-ciri kanak-kanak autisme. Mereka suka memutar. Mereka tidak peduli sama ada barangan tersebut milik orang lain ataupun milik mereka sendiri. Kanak-kanak ini mepunyai wajah yang selamba ataupun terlalu „bersungguh-sungguh‟. Keadaan ini menyebabkan orang disekeliling menyangka kanak-kanak ini sedang berkhayal ataupun tidur. Kadangkala kanak-kanak ini dapat duduk diam tanpa melakukan sesuatu selama beberapa minit seolah-olah sedang berfikir. kita tidak dapat membezakan antara kanak-kanak autisme dan kanakkanak tipikal. Perhatiannya yang singkat pada sesuatu perkara menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian pada perkara itu sepenuhnya. mencederakan diri sendiri ataupun orang lain. Keadaan ini memerlukan perhatian orang dewasa kerana kanak-kanak autisme ini tidak takut pada bahaya. 9/10 kanak-kanak autisme menunjukkan temper-tantrum atau mengamuk. melambung atau melempar alat permainan atau apa sahaja barangan yang dipegang. Dari segi pola bermain pula. mereka akan terus memegang dan membawa benda tersebut ke mana-mana sahaja. Mengikut penyelidikan.4. Mereka juga lebih gemar barangan atau objek berputar seperti kipas angin dan ada yang menghampiri kipas angin dengan cara merapatkan wajah ke arah kipas tersebut. Tumpuan mereka yang singkat juga menyebabkan mereka mudah jemu dan tidak dapat memberikan sepenuh perhatian dengan baik. Apabila kita melihatnya sepintas lalu. terdapat juga kanak-kanak autisme yang hanya merenung tajam ke arah benda tersebut kerana teringin atau tertarik terhadapnya. Namun realitinya. Mereka akan melakukan apa sahaja bagi melepaskan perasaan sama ada merosakkan barang di sekeliling.KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013). 3.AUTISM (D20111047930) & (D20111047951) Kadangkala kanak-kanak ini akan menunjukkan tingkah laku yang pelik. kanak-kanak autisme tidak mengikut pola bermain seperti kanak-kanak tipikal. Sekiranya dilarang berbuat demikian. Mereka tidak akan memandang ke arah kita dan langsung tidak mempedulikan kehadiran kita di sebelahnya.2-Perwatakan Perwatakan kanak-kanak autisme seperti kanak-kanak tipikal. mereka akan menunjukkan tingkah laku yang agresif dan meragam bagi menzahirkan perasaan tidak puas hati. Namun. Apabila kanak-kanak ini menggemari sesuatu benda.

Mereka lambat bertutur mengikut fasa yang biasa dituturkan oleh kanak-kanak sebaya dengan mereka. kanak-kanak ini sebenarnya mendengar kata-kata kita.5.1-Bahasa Perkembangan bahasa kanak-kanak autisme tidak sempurna. Erti Echolalia Echolalia didefinisikan sebagai pengulangan yang tidak bermakna pada sesuatu perkataan atau ayat yang dituturkan oleh seseorang yang lain. Setiap kanak-kanak mempunyai masalah perkembangan bahasa yang berbeza. Fay (1969) mengatakan bahawa 75% kanak-kanak autisme suka mengulang kembali percakapan yang didengar. mereka tidak akan memandang wajah kita.5-Masalah bahasa dan komunikasi 3. jarang menggunakan bahasa. Kadangkala mereka akan merapatkan wajah mereka ke wajah kita dan merenung tajam. kadangkala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja. sehingga tidak berkelip. sukar diajak bercakap. kelihatan seolah-olah mengalami masalah pendengaran kerana tidak mengendahkan pertuturan orang lain. Echolalia terbahagi kepada dua iaitu: 17 . 3. perkataan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan dan echolalia iaitu meniru perkataan yang disebut oleh orang lain dengan mengulangi perkataan dihujungnya.AUTISM (D20111047930) & (D20111047951) Tidak ada komunikasi mata atau eye contact dan sentiasa mengelak daripada memandang muka orang lain. Namun. hanya mengeluarkan bunyi sahaja. Antaranya adalah tidak boleh bertutur langsung. mampu bertutur tetapi hanya difahami oleh dirinya sahaja.5. Walaupun mereka sedang bercakap dengan kita.KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013). 3. Terdapat juga kanak-kanak autisme yang terlalu merenung ke arah kita.2-Komunikasi Mereka yang dapat bertutur mengalami masalah seperti perkataan yang dilafazkan kadangkala tidak mempunyai makna dan tidak difahami.

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013).” atau “ Awak mahu tidur ? Tidak.2.3-Jawapan positif atau negatif Contoh : “Awak mahu tidur?” Kanak-kanak autisme:” Awak mahu tidur ? Ya.Mitigated Echolalia Terdapat tiga jenis : 2. Contoh : “ Awak mahu mandi ?” Kanak-kanak autisme: “ Mahu mandi ?” 2.AUTISM (D20111047930) & (D20111047951) 1.1-Tukar ganti nama.Immediate Echolalia Contoh : “Awak mahu minum?” Kanak-kanak autisme: “ Awak mahu minum?” 2.Memendekkan ayat. Contoh :” Awak mahu makan?” Kanak-kanak autisme: “ Ali mahu makan ?” 2.” 18 .

Sistem ini sangat intensif tetapi telah dibuktikan berjaya di dalam kebanyakan kes semasa menangani autisme.1993).1- Applied Behaviour Analysis (ABA) ABA adalah sistem yang diasaskan oleh Dr.1. LeBlanc & Kellet 2002).0- STRATEGI PENGAJARAN YANG BERSESUAIAN Strategi pengajaran yang bersesuaian bagi kanak-kanak autisme ialah (i) Applied Behaviour Analysis (ABA). Melalui sistem ABA ini.AUTISM (D20111047930) & (D20111047951) 4. kanak-kanak ini berjaya mengikut peraturan yang ditetapkan apabila perubahan dapat dilihat dalam diri kanak-kanak. Ellis & Sisson 2000. Lovaas 1987). Ivar Lovaas dalam tahun 60-an. McEachin. Ia adalah program pengajaran yang sistematik yang dapat mengurangkan ciri-ciri autisme. Luiselli. Namun.1 menunjukkan contoh pelaksanaan ABA 19 .KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013). Tidak ada sebarang denda daripada segi fizikal di dalam sistem ini. Connon. Sistem ini agak ketat dan tegas. 4. Smith & Lovaas 1993.(iv) TEACCH ( Treatment and Education of Autistic and Related Communication handicapped Children ) dan (v) Terapi Integrasi Sensori. Perisian ‘ Discrete Trial Trainer ‘ yang menggunakan prinsip ABA ini. Carpenter. Rajah 6. dan (iii) Picture Exchange Communication System (PECS) (Bondy & Frost1994. Discrete Trial Training (McEachin et al. setiap tugasan dipecahkan ke dalam tugasan kecil dan menekankan ganjaran untuk kanak-kanak yang berjaya dalam tugasan yang diberikan. Charlop-Christy. (ii) Applied Verbal Behavior (AVB) (Harris & Handleman 2000.

Mark Sundberg. PECS menggunakan kaedah asas ABA ( Applied Behaviour Analysis ) untuk membantu kanak-kanak menyampaikan keinginannya melalui gambar. PECS membantu kanak-kanak menguasai bahasa asasnya disamping membantu kanakkanak yang tidak bercakap.AUTISM (D20111047930) & (D20111047951) 1. D. Fokus AVB adalah untuk mengajar kanak-kanak yang mengalami masalah dalam bahasa. and Vincent Carbone. melabelkan susu apabila melihatnya. mengulang perkataan „susu‟ bagi soalan yang dikemukakan. Ph.2.1- Applied Verbal Behavior (AVB) Pendekatan ini diasaskan oleh B. Contohnya apabila ingin mengajar konsep „susu‟ seseorang perlu memastikan kanak-kanak itu dapat menyebut perkataan „susu‟. Sistem ABA menggunakan sistem ganjaran untuk kanak-kanak yang berjaya di dalam 20 . D. D . Ph. Ph. bagaimana bahasa berkembang dan situasi tingkah laku verbal wujud. AVB adalah analisis bahasa tingkah laku.KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013). ( Universiti Western Michigan ). 6. BCBA. Rajah 6. Jack Michael. Ini membantu kanak-kanak autisme berkomunikasi dengan baik. D. James Pertington.F Skinner. mengecam susu dengan menyentuhnya di antara barang lain dan dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan gambaran. serta fungsi susu.3. Ph.Picture Exchange Communication Systems (PECS) Memandangkan kanak-kanak autisme mempunyai masalah komunikasi.1 menunjukkan contoh pelaksanaan AVB. BCBA adalah orang yang bertanggungjawab mengaplikasikan AVB ke atas kanak-kanak autisme.

contoh alat PECS Rajah 6. Rajah 6. Matlamat TEACCH adalah untuk menyediakan kemahiran yang perlu bagi kanak-kanak autisme memahami dunianya dan tingkah laku orang lain. kanak-kanak akan mendapat ganjaran apabila mereka dapat menyampaikan keinginan melalui gambar. 21 .3.1.4- Treatment and Education of Autistic and Related Communication handicapped Children (TEACCH) Pendekatan ini distrukturkan berdasarkan.AUTISM (D20111047930) & (D20111047951) tugasan yang di berikan.contoh pelaksanaan PECS 6.3. Satu kajian telah menunjukkan bahawa kaedah ini berjaya membantu kanak-kanak autisme mempelajari sesuatu kemahiran dengan lebih pantas.KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013).2. Dalam PECS. „persekitaran harus disesuaikan dengan kanak-kanak autisme dan bukan sebaliknya‟.

Kad tersebut mempunyai perkataan atau nombor. integrasi sensori tidak berlaku seperti yang sepatutnya. Mereka yang mengalami masalah gangguan integrasi mengalami masalah dengan imbangan dan koordinasi.4. Kaedah ini akan membantu meningkatkan kemahiran motor sensori di samping kemahiran motor halus ( memegang pensel. Jean Ayres.KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013). Gambar 6. Ph.5- Terapi Integrasi Sensori Teori integrasi sensori diasaskan oleh jurupulih carakerja. menggunakan gunting) dan kemahiran urus diri ( menggunakan butang . A. celaru atau mengganggunya berbanding orang lain. zip dan sudu ). D. Pakar fisioterapis dan jurupulih cara kerja yang dilatih dalam teknik integrasi sensori menyediakan pelbagai aktiviti untuk membantu kanak-kanak memproses maklumat yang diterima daripada derianya ke dalam kaedah yang biasa. tanah liat atau krim pencukur.AUTISM (D20111047930) & (D20111047951) Kaedah ini dijalankan dengan cara guru-guru mengurangkan arahan verbal tetapi menggunakan kad bergambar seperti kad imbasan atau poster untuk menyampaikan maksud. Integrasi sensori wujud apabila otak menyusun maklumat yang diterima daripada deria. Jurupulih carakerja boleh menyediakan rancangan latihan untuk ibu bapa melatih di rumah. Bunyi dan penglihatan mungkin terlalu kuat.1 menunjukkan contoh-contoh TEACCH 6. bermain buaian atau duduk di atas bola yang besar. Bagi sesetengah orang. 22 . Kanak-kanak perlu bermain dengan pelbagai tekstur seperti pasir.

1 menunjukkan contoh Integrasi Sensori 23 .AUTISM (D20111047930) & (D20111047951) Rajah 6.KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013).5.

individu autisme ini boleh dibantu melalui pendidikan yang terancang yang melibatkan pelbagai pihak atau disiplin. intervensi awal sangat penting untuk dijalankan terhadap kanak-kanak autisme agar masalah yang dihadapi oleh mereka dapat dibetulkan lebih awal sebelum mereka memasuki alam persekolahan.0- RUMUSAN Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam kajian kes ini. Kecelaruan tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini menunjukkan keunikan mereka berbanding kategori ketidakupayaan yang lain.KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013). 24 .AUTISM (D20111047930) & (D20111047951) 5. Justeru. Oleh sebab itu. kerjasama antara ibu bapa dan guru hendaklah sentiasa erat terutamanya dalam menyediakan maklumat-maklumat berkaitan anak mereka kepada guru supaya program pendidikan yang sesuai dapat dirancangkan dengan mengambil kira keupayaan dan keperluan kanak-kanak autisme tersebut. Namun begitu. autisme merupakan suatu ketidakupayaan yang tidak dapat disembuhkan.

9- Friend. 6. A.KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (KBK 3013). Pengetahuan dan Keyakinan Guru-guru Pendidikan Khas tentang Autisma. Shank.Brief Report: Should the DSM V Drop Asperger Syndrome?. Razhiyah ( 2008 ). Neha Lodha and James H.3- Jamilia K. Jurnal Pendidikan 33 ( 2008 )19-33. Tahap Latihan.0- RUJUKAN 6.2- K. Developmental Disorders: A Feasibility and Efficacy Study 6. 6. J Autism Dev Disord (2010) 40:1209–1218 6.4- Hasnah Toran.10.AUTISM (D20111047930) & (D20111047951) 6. Chris J. Mohd. PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn. Special Education Third Education (2011). Fournier . Amalan Program Intervensi Awal Kanak-Kanak Autistik Mengikut Perspektif Ibu Bapa. 6. 6.1- Liew Ping Yee dan Manisah Mohd Ali ( 2008 ). 6. Hass .76. Exceptional Lives 3rd edition (2002). J Autism Dev Disord (2010) 40:1146–1148 25 . Turnbull. Journal Autism Development Disorder (2010) 40:1227– 1240. Mohd.86. Leal.6- Promoting Social Skill Development in Children With Pervasive. Hanafi Mohd. Sagar K. Mohamed ( 2005 ). A. Naik . Apa Itu Autisme?. Jurnal Pendidikan Malaysia 35 (1)(2010) : 19-26. Smith. Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa.5- Kimberly A. Yasin. Cauraugh Motor Coordination in Autism Spectrum Disorders:A Synthesis and Meta-Analysis. Bhd. Mokhtar Tahar & Norani Salleh (2010).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful