You are on page 1of 18

Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima

PENGENALAN PROJEK

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Gempa bumi berskala 7.7 Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 6.16 petang menyebabkan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia. Sehubungan itu, The New Straits Times Press (M) Bhd dan Media Prima Bhd semalam melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima bagi membantu mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia. Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima yang juga Pengarah Eksekutif Editorial NSTP, Datuk Ahmad A Talib, berkata tabung itu bagi membantu meringankan penderitaan mangsa yang terbabit bencana alam di negara berkenaan.Katanya, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghantar ke Bahagian Kewangan NSTP, 31 Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur. Mereka juga boleh menghantar cek atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd dengan menulis Tabung Bencana NSTP-Media Prima di belakang cek, katanya lagi. Bagi menyokong hasrat murni yang telah dilancarkan oleh NSTP bersama Media Prima ini, pensyarah yang telah mengendalikan subjek Kepimpinan dan Keusahawanan (KDKB113), Institut Kajian Liberal (IKAL), Universiti Tenaga Nasional, Encik Mohd Ariff Bin Tarmizi, pelajarnya. Projek ini telah memakan masa selama tiga minggu yang mana pelajarnya telah membuka gerai dan menjalankan perniagaan untuk mengumpul duit untuk sumbangan tabung NSTP-Media Prima ini. Keuntungan bersih yang diperoleh akan disumbangkan kepada tabung ini secara keseluruhannya. telah mengambil keputusan untuk menyumbang kepada tabung tersebut dengan mengumpul hasil jualan yang dilakukan oleh para

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113

Page 1

Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima Program Jualan ini juga merupakan komponen utama yang terkandung

dalam silibus pelajaran KDKB 113 dan penilaian sebanyak 15% akan dilakukan daripada jumlah keseluruhan pemarkahan.

PERSEDIAAN DAN PERANCANGAN PERNIAGAAN


PERSEDIAAN MENJADI USAHAWAN Menceburi bidang perniagaan tanpa asas yang kukuh selalu menjerumus individu ke dalam situasi yang tidak menentu. Oleh itu, persediaan yang rapi perlu dilakukan demi menjamin kejayaan mutlak dapat dicapai. Penyediaan dan persiapan yang dilakukan perlu meliputi aspek fizikal, material dan mental.

PRA-PERNIAGAAN 1. Mengumpul maklumat Pengumpulan maklumat adalah merupakan kunci kejayaan kepada sebarang usahaniaga yang akan dijalankan. Analogi situasi berkenaan adalah seperti tentera yang bertempur dengan senjata dan tentera yang bertempur tanpa senjata. Sumber maklumat boleh diperolehi dari pelbagai rujukan. Ia boleh diperolehi melalui program kursus, seminar, bahan bacaan dan petikan akhbar dan media elektronik termasuk internet. Dengan kewujudan pelbagai kementerian dan agensi yang ditubuhkan kerajaan, urusan untuk mengumpul maklumat adalah amat mudah dan menjimatkan masa dan wang. 2. Pilihan bahan niaga Pemilihan bahan niaga turut memainkan peranan penting dalam menentukan tahap kejayaan suatu bidang perniagaan yang diceburi. Ini dapat dilakukan apabila kajian keperluan pengguna dan soal selidik dibuat terlebih dahulu. Ia tidak semestinya secara formal, tetapi boleh dilakukan melalui konsep tidak formal seperti tinjauan, perbualan, percubaan. panggilan telefon, pemerhatian, Kajiselidik rambang dan jualan

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113

Page 2

Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima Teknik lain yang boleh digunakan adalah mengkaji tahap percapaian pesaing. Tindakan ini adalah baik dan berkesan kerana dapat memastikan bukan sahaja tindakbalas pengguna, tetapi turut mendedahkan kelemahan pesaing, peluang dan juga nilai pasaran. Kami telah memilih penjualan baju secara online menerusi internet. Kami mengambil keputusan untuk memasarkan baju yang dijual melalui blog yang direka khas untuk jualan online. Blog yang kami gunakan untuk pemasaran ialah http://linenstore.blogspot.com.

3. Pelan perniagaan Pelan perniagaan adalah merupakan rangka kasar yang perlu disiapkan, dikaji, diteliti dan diberikan pertimbangan sewajarnya, sebelum sesuatu perniagaan dilaksanakan. Ini mesti dibuat supaya usahawan mempunyai kesedaran terhadap risiko dan potensi yang akan dihadapi dalam perniagaan berkenaan.

Umumnya tujuan pelan atau rancangan perniagaan itu disediakan adalah kerana: a. Memberikan justifikasi terhadap objektif perniagaan berkenaan termasuk risiko dan dilakukan melaksanakan termasuk usaha niaga berkenaan. daya potensinya. majunya. b. Memberikan gambaran kasar mengenai kemampuan usaha niaga yang bakal c. Memberikan anggaran awal terhadap sumber-sumber yang diperlukan dalam d.Menyakinkan pembiaya dan rakan kongsi yang akan menyertai usahaniaga. e. Menyediakan satu garis panduan pelaksanaan untuk diikuti supaya tidak tersasar dari maklamat asal. f. Untuk menganggarkan saiz, bentuk dan lokasi projek supaya bersesuaian dengan kemampuan modal, guna tenaga dan kemantapan pasaran. 4. Lokasi Perniagaan Bahan niaga yang baik belum tentu mencukupi untuk menarik pelanggan sekiranya lokasi perniagaan tidak terletak di tempat yang strategik. Keadaan ini selalu berlaku

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113

Page 3

Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima sekiranya lokasi perniagaan terletak di pusat membeli belah. Tinjauan perlu dilakukan dengan teliti untuk memilih lokasi yang menjadi tumpuan pengunjung. Sekiranya premis perniagaan ingin ditempatkan di tapak sendiri di luar pusat membeli belah, pastikan kemudahan intrastruktur yang cukup terdapat di lokasi. Ini termasuklah kemudahan pengangkutan, talian telefon, air, elektrik dan tempat meletak kenderaan. Ini juga mestilah mudah dilihat dan dihubungi. Tetapi untuk menjalankan perniagaan baju online ini tidak memerlukan tapak jualan dan kami tidak perlu risau tentang lokasi perniagaan yang mungkin tidak strategik. Jualan maya menerusi blog kami hanya memerlukan promosi melalui laman maya.Sebagai contoh, pengunjung internet boleh melayari http://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=918129&hl=. Melalui ruangan ini, kami boleh mendapatkan maklumbalas daripada pembeli tentang pendapat dan idea-idea 5. Bina Website Dalam membina laman web, kami boleh membuat dua pilihan. Pilihan pertama ialah melalui perisian yang boleh digunakan untuk membina laman web seperti joomla, atau asas HTML dengan menggunakan perisian dreamweaver, dan untuk mencantikkan website kami gunakan perisian Photoshop dan Flash. Selepas website siap direkabentuk, kami menggunakan perisian FTP untuk memindahkan website ke hosting internet. Pilihan kedua , kami mempunyai mudah.com yang menyediakan perkhidmatan membina dan merekabentuk laman web. 6. Mengetahui Kuasa Kandungan Website Untuk mengukuhkan ilmu berkenaan perniagaan internet kami selalu melawati blog-blog dan website yang pakar tentang perniagaan internet kerana banyak laman web yang boleh dilawati dan menuntut ilmu daripada pakar. - kekuatan dan kebolehan Mengetahui kekuatan dan kebolehan setiap rakan kongsi untuk memastikan tenaga kerja yang optima. Kekuatan / Kebolehan = Bakat Semulajadi + Pengalaman + Ilmu dan Kemahiran untuk meningkatkan jualan.

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113

Page 4

Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima 7. Dapatkan Traffik Ke Website Langkah seterusnya adalah menarik pelawat ke website kami. Bagaimanakan untuk menarik perhatian traffik atau pelayar internet melayari laman web kami? Kami banyak menyertai forum, pelawat yang memasuki sesuatu forum dan membuka sesuatu thread mencari sesuatu yang mempunyai kaitan dengan thread tersebut. Dengan cara tersebut, pelayar akan turut melayari laman kami. Selain daripada itu,kami juga bertukar link sesama para pengguna website. 8. Bina Komuniti Untuk Website Anda Pendekatan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan rangkaian perniagaan kami. Jika rangkaian perniagaan yang mantap dapat dibina,pastinya sesebuah perniagaan dan organisasi terssebut dapat mencipta nama dan kejayaan.

MINIT MESYUARAT
Tempat: Lobi Perpustakaan (UNITEN) Tarikh : 23 Oktober 2009 Hari : Jumaat. Masa : 930 malam-1030 malam Ketua : Ahmad Asyroff Bin Mohamad Saleh Rakan kongsi yang menghadiri mesyuarat : Muhammad Ridhuan Bin Zakarya@Derahman Mohd Fadzli Bin Razali Mohd Badrulnizal Bin Abu Mohd Hafizul Nazwan Bin Mat Hassin Mohd Idrul Shah Bin Mohd Khairul Bahri

Skop Perbincangan: 1) Berbincang untuk menentukan jenis perniagaan dan bahan niaga yang akan diniagakan. Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113 Page 5

Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima 2) Menentukan modal yang akan dikeluarkan oleh setiap orang daripada rakan kongsi. 3) Mencari supplier bahan niaga 4) Menentukan corak promosi dan pemasaran 5) Menentukan corak pentadbiran kewangan Disediakan oleh, Disahkan oleh,

-------------------------------------------------------Muhammad Ridhuan Bin Zakarya @Derahman Asyroff Bin Mohamad Saleh Ahmad

KONSEP PROMOSI DAN PEMASARAN


Gambarajah berikut merupakan elemen yang perlu dipertimbangkan semasa melakukan promosi dan pemasaran sesuatu produk.

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113

Page 6

Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima

Iklan Berkesan 1) Gunakan headline yang menarik untuk menarik perhatian pelanggan 2) Mencipta satu imej atau jenama dalam fikiran pengguna Pemasaran Melalui Forum Forum adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu dan maklumat supaya peserta forum boleh mendapat faedah sesama sendiri secara percuma.Kalau hendak berforum, pasti ada caranya. Langkah yang berkesan ialah dengan meletakkan signature file pada bahagian keahlian forum yang disertai. Pengusaha disediakan kemudahan yang membolehkan untuk meletakkan link ke sebarang laman web. Gunakan bahagian ini untuk meletakkan link ke laman web borang langganan anda. Setiap paparan yang ditulis di forum , signature file akan disertakan di akhir

paparan tersebut. Inilah bahagian yang boleh gunakan untuk promosi produk. Kadang-kadang pengusaha juga disediakan ruangan beriklan di dalam forum yang disertai. Di sini juga mereka boleh beriklan. Penulisan Artikel

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113

Page 7

Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima Tidak menjadi masalah untuk menulis sebarang artikel yang berkaitan dengan topik yang ingin dipromosikan. Mula menulis sekarang dan berikan kebenaran untuk orang lain memaparkan artikel tersebut di laman web mereka.Tapi sebelum itu, berikan syarat terlebih dahulu, iaitu bagi sesiapa yang ingin menggunakan artikel tersebut, mereka perlu meletakkan biografi ringkas mengenai penulisnya di akhir artikel tersebut dan tiada sebarang pindaan dilakukan ke atas artikel . Di dalam biografi ringkas inilah akan diletakkan link ke laman web. Pemberian Laporan Percuma Selepas menulis beberapa artikel, artikel ini digabungkan dan jadikan satu laporan ringkas yang membenarkan orang lain menyebarkannya secara percuma. Pastikan link ke laman web telah diletakkan di dalam laporan percuma ini supaya sesiapa yang membacanya boleh melawati laman web anda dengan cuma klik ke link yang anda berikan.

LAPORAN SEMASA MENJALANKAN PERNIAGAAN


Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113 Page 8

Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima

Semasa menjalankan perniagaan ini, terdapat beberapa masalah yang timbul tetapi pada masa yang sama ia memberikan kami satu pengalaman yang hebat. Banyak pengalaman baru yang kami pelajari untuk menjadi seorang pemimpin dan usahawan yang berjaya.

1) Masalah yang dihadapi semasa menjalankan perniagaan Masa yang singkat Kami telah diberi masa dalam tiga minggu untuk menjalankan projek ini.Tambahan lagi keputusan untuk diadakan projek keusahawanan ini di saat-saat akhir yang mana pelajar sibuk untuk menghadapai peperiksaan akhir semester.Tetapi pada akhirnya, kami telah berjaya menjalankan perniagaan secara online di internet.Hal ini demikian kerana kaedah ini lebih mudah untuk dijalankan memandangkan ia tidak mengambil masa yang terlalu banyak daripada kami. Masalah untuk menghantar baju tempahan Pada awalnya, masalah ini muncul ekoran daripada ketiadaan kenderaan untuk menghantar tempahan bagi pelangan yang berada luar kampus.Tetapi kami akhirnya berjaya mendapatkan sebuah kereta untuk berulang-alik untuk penghantaran tempahan.Terima kasih diucapkan kepada abang kepada salah seorang ahli kongsi kami kerana telah meminjamkan kerete beliau untuk kegunaan kami. Masalah untuk mendapatkan komitmen daripada semua ahli kumpulan Oleh sebab kami sedang sibuk untuk menghadapi peperiksaan akhir semester, kebanyakkan daripada rakan kongsi tidak dapat memberikan komitmen yang penuh. Setelah berbincang, kami telah mengambil keputusan untuk meneruskan perniagaan tanpa kehadiran semua ahli.

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113

Page 9

Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima

2) Pengalaman yang dikutip semasa menjalankan perniagaan Falsafah BERSEDIA,TENTUKAN HALATUJU.

Maksudnya di sini ialah seseorang itu perlu melakukan persiapan terlebih dahulu sebelum memasuki alam perniagaan internet.Sasarkan kepada siapa target yang ingin difokuskan. Selepas itu barulah anda siap untuk memasuki pasaran berasaskan laman web. Bilangan Traffik (Pelayar internet)

Keduanya ialah perniagaan laman web sangat bergantung kepada traffik. Tiada traffic maka tiada bisnes. (99% laman web yang ada ) Oleh itu, untuk menarik sasaran traffik maka kita mestilah memberi apa yang dikehendaki olih para pelayar web kita.

Tidak perlu mereka laman web

Berbanding model perniagaan internet yang lain, lelongan online tidak memerlukan anda mereka laman web sendiri. Ini seterusnya akan menjimatkan masa dan wang anda untuk memulakan perniagaan internet.

Tidak perlu mencari pembeli

Portal mudah.com.my menerima purata pengunjung seramai 1 juta orang pada setiap bulan manakala portal eBay.com menerima purata pengunjung melebihi 2 juta orang pada setiap hari.Apabila anda memulakan perniagaan di dalam portal tersebut, anda sudah boleh menjimatkan masa dan wang untuk mendapatkan traffik kerana pembeli memang sudah berada di situ dengan tujuan untuk membeli barangan yang dijual oleh penjual. Berbanding memulakan laman web sendiri yang memerlukan anda untuk

meluangkan masa dan wang untuk mendapatkan traffik, dengan menggunakan portal lelongan online ternyata ianya adalah lebih mudah.

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113

Page 10

Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima

Tidak memerlukan pengalaman penjualan internet

Walaupun menjalankan perniagaan internet lebih mudah berbanding menjalankan perniagaan konvensional. Namun demikian, anda masih memerlukan pengalaman untuk mengendalikan perniagaan internet yang berjaya.Kelebihan lelongan online adalah anda tidak perlu terlalu mengetahui perkara-perkara teknikal berkenaan perniagaan internet seperti hosting, mereka laman web dan mendapatkan kedudukan carian yang lebih baik. Portal mudah online telah memudahkan sesiapa sahaja untuk memulakan perniagaan internet yang berjaya.

Portal

Kos permulaan yang rendah mudah online cuma memerlukan anda untuk menjadi ahli untuk

membolehkan anda menjual di dalam portal tersebut. Sebagai seorang ahli, anda boleh terus menjual barangan tanpa dikenakan sebarang bayaran. Bayaran cuma dikenakan apabila anda ingin melakukan promosi tambahan untuk lelongan anda.Namun demikian, bayaran tersebut masih dianggap lebih murah jika dibandingkan dengan kos yang perlu dikeluarkan untuk perniagaan internet konvensional.

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113

Page 11

Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima

LAPORAN KEWANGAN
Tarikh 25/10/09 27/10/09 27/10/09 28/10/09 28/10/09 30/10/09 30/10/09 1/11/09 1/11/09 1/11/09 2/11/09 3/11/09 Keterangan Modal perniagaan Jualan 6 helai Modal perniagaan Jualan 3 helai Modal perniagaan Jualan 5 helai Modal perniagaan Jualan 2 helai Modal perniagaan Jualan 3 helai Modal perniagaan Jualan 1 helai Modal sampingan (minyak, makan dan minum) Untung bersih RM323 RM64 RM98 RM96 RM147 RM32 RM49 RM17 RM340 RM323 RM272 Keluar RM192 RM294 RM96 RM147 RM160 RM245 RM238 RM153 RM102 Masuk Baki

Modal keseluruhan : RM 657


Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113 Page 12

Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima

Hasil jualan : RM 980 Keuntungan bersih : RM 980- RM 657= RM 323

Kos sehelai baju= RM 32 Harga jualan= RM 49 Untung kasar untuk sehelai baju= RM 17 Untung kasar keseluruhan = RM17X20 = RM 340 Baju Berjaya dijual= 20 helai Hasil jualan= RM 49X20 = RM 980 Hasil sumbangan berjaya dikumpul untuk tabung bencana NSTP-Media Prima adalah sebanyak RM 323.

KESIMPULAN

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113

Page 13

Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima Secara keseluruhannya, projek jualan untuk mengumpul sumbangan ke atas tabung bencana NSTP media prima ini merupakan satu kaedah dan pendekatan yang terbaik untuk golongan belia memberikan sumbangan. Kaedah ini merupakan satu platform untuk golongan ini menyumbang sesuatu untuk mangsa-mangsa yang telah ditimpa bencana alam. Selain itu juga, projek ini memberikan pendedahan kepada pelajar tentang dunia perniagaan.Bagaimana untuk mengurus dan mentadbir sesuatu perniagaan yang dilakukan untuk memastikan perniagaan tersebut maju dan mencapai kejayaan.Tanpa mengurusan yang cekap dan effektif , termasuklah strategi pemasaran dan promosi pastinya hasil jualan tidak memberangsangkan dan tidak mendatangkan keuntungan. Pengusaha perlu bijak memilih produk niaga dan lokasi perniagaan yang strategik amat penting untuk memastikan perniagaan berjaya. Sebelum memulakan perniagaan, perusaha perlu membuat kajian terlebih dahulu dan mengumpul semua maklumat yang penting untuk diambil kira semasa membuat keputusan.Sasaran pengguna amat penting bagi mencapai sasaran hasil jualan.Oleh hal yang demikian, perusaha perlu bijak dalam mengurus dan mentadbir perniagaan.

LAMPIRAN
Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113 Page 14

Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima Berikut merupakan contoh-contoh bahan niaga yang diniagakan untuk projek ini:

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113

Page 15

Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113

Page 16

Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima Berikut merupakan contoh pengiklanan yang digunakan untuk pemasaran dan promosi:

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113

Page 17

Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113

Page 18

You might also like