Professional Documents
Culture Documents
2 Nabi Ada dibumi yaitu nabi Khidr dan Nabi ilyas a.s.
Ditempatkan di bagian bumi yang khusus yang Allah yang maha tahu yang mengetahui
tempat itu
2 Nabi ada di langit yaitu nabi isa dan nabi idris a.s.
Ditempatkan di bagian langit yang khusus yang Allah yang maha tahu yang mengetahui
tempat itu.
Satu pandangan Bediuzzaman Said Nursi di dalam Maktubat, al-Maktub al-Awwal, dari
koleksi Rasail al-Nur. Nursi menjawab satu soalan…adakah Sayyidina Khidr masih
hidup?
Nursi menjawab ya…kerana ‘hayah’ itu 5 peringkat. Nabi Khidr di peringkat kedua.
Bukhari, Ibn al-Mandah, Abu Bakar al-Arabi, Abu Ya’la, Ibn al-Farra’, Ibrahim al-Harbi
dan lain-lain berpendapat, Nabi Khidir a.s. tidak lagi hidup dengan jasadnya, ia telah
wafat. Yang masih tetap hidup adalah ruhnya saja, iaitu sebagaimana firman Allah:
ﺎó
ﻣó
æﺎó
ﻨú
ﻠó
ﻌó
ﺟòﺮó
ﺸó
ﺒö
ﻣﱢﻦ ﻟó
ﻚö
ﻠú
ﺒó
ﻗó
ﺪú
ﻠõ
ﺨú
ﻟÇäö
ﺈó
ﻓó
à ﻣﱢﺖﱠõ
ﻢõ
ﮭó
ﻓó
äæõ
ﺪö
ﺎﻟó
ﺨú
ﻟÇ
“Kami tidak menjadikan seorang pun sebelum engkau (hai Nabi), hidup kekal abadi.”
(al-Anbiya’: 34)
“Setelah lewat seratus tahun, tidak seorang pun yang sekarang masih hidup di muka
bumi.”
Ibn al-Šalah, al-Tsa’labi, Imam al-Nawawi, al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dan kaum Sufi
pada umumnya; demikian juga jumhurul-‘ulama’ dan ahl al-šalah (orang-orang saleh),
semua berpendapat, bahawa Nabi Khidir a.s. masih hidup dengan jasadnya, ia akan
meninggal dunia sebagai manusia pada akhir zaman. Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Fath
al-Bari menyanggah pendapat orang-orang yang menganggap Nabi Khidir a.s. telah
wafat, dan mengungkapkan makna hadith yang tersebut di atas, iaitu huraian yang
menekankan, bahawa Nabi Khidir a.s. masih hidup sebagai manusia. Ia manusia makhsus
(dikhususkan Allah), tidak termasuk dalam pengertian hadith di atas.
1. Kekal bererti tidak terkena kematian. Kalau Nabi Khidir a.s. dinyatakan masih hidup,
pada suatu saat ia pasti akan wafat. Dalam hal itu, ia tidak termasuk dalam pengertian
ayat al-Qur’an yang tersebut di atas selagi ia akan wafat pada suatu saat.
2. Kalimat ‘di muka bumi’ yang terdapat dalam hadith tersebut, bermaksud adalah
menurut ukuran yang dikenal orang Arab pada masa itu (dahulu kala) mengenai hidupnya
seorang manusia di dunia. Dengan demikian maka Nabi Khidir a.s. dan bumi tempat
hidupnya tidak termasuk ‘bumi’ yang disebut dalam hadith di atas, kerana ‘bumi’ tempat
hidupnya tidak dikenal orang-orang Arab.
3. Yang dimaksud dalam hal itu ialah generasi Rasulullah s.a.w. terpisah sangat jauh dari
masa hidupnya Nabi Khidir a.s. Demikian menurut pendapat Ibn Umar, iaitu tidak akan
ada seorang pun yang mendengar bahawa Nabi Khidir a.s. wafat setelah usianya lewat
seratus tahun. Hal itu terbukti dari wafatnya seorang bernama Abu al-Thifl Amir, satu-
satunya orang yang masih hidup setelah seratus tahun sejak adanya kisah tentang Nabi
Khidir a.s.
4. Apa yang dimaksud ‘yang masih hidup’ dalam hadith tersebut ialah: tidak ada seorang
pun dari kalian yang pernah melihatnya atau mengenalnya. Itu memang benar juga.
5. Ada pula yang mengatakan, bahawa yang dimaksud kalimat tersebut (yang masih
hidup) ialah menurut keumuman (ghalib) yang berlaku sebagai kebiasaaan. Menurut
kebiasaan amat sedikit jumlah orang yang masih hidup mencapai usia seratus tahun. Jika
ada, jumlah mereka sangat sedikit dan menyimpang dari kaedah kebiasaaan; seperti yang
ada di kalangan orang-orang Kurdistan, orang-orang Afghanistan, orang-orang India dan
orang-orang dari penduduk Eropah Timur.
Nabi Khidir a.s. masih hidup dengan jasadnya atau dengan jasad yang baru.
Dari semua pendapat tersebut, dapat disimpulkan: Nabi Khidir a.s. masih hidup dengan
jasad dan ruhnya, itu tidak terlalu jauh dari kemungkinan sebenarnya. Tegasnya, Nabi
Khidir a.s masih hidup; atau, ia masih hidup hanya dengan ruhnya, mengingat
kekhususan sifatnya.
Ruhnya lepas meninggalkan Alam Barzakh berkeliling di alam dunia dengan jasadnya
yang baru (mutajassidah). Itupun tidak terlalu jauh dari kemungkinan sebenarnya.
Dengan demikian maka pendapat yang menganggap Nabi Khidir a.s. masih hidup atau
telah wafat, berkesimpulan sama; iaitu: Nabi Khidir a.s. masih hidup dengan jasadnya
sebagai manusia, atau, hidup dengan jasad ruhi (ruhani). Jadi, soal kemungkinan bertemu
dengan Nabi Khidir a.s. atau melihatnya adalah benar sebenar-benarnya. Semua riwayat
mengenai Nabi Khidir a.s. yang menjadi pembicaraan ahlullah (orang-orang bertaqwa
dan dekat dengan Allah S.W.T.) adalah kenyataan yang benar terjadi.
Silakan lihat kitab Ušul al-Wušul karya Imam al-Ustaz Muhammad Zaki Ibrahim, Jilid I,
Bab: Kisah Khidir Bainas-Šufiyah Wa al-‘Ulama’. Dipetik dengan sedikit perubahan dari
al-Hamid al-Husaini, al-Bayan al-Syafi Fi Mafahimil Khilafiyah; Liku-liku Bid‘ah dan
Masalah Khilafiyah (Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd, 1998, m.s. 488).
Banyak sekali riwayat-riwayat tentang nabi khidr dalam kitab-kitab yang mu’tabar. Ada
riwayat yang mengatakan bahwa Nabi khidr masih hidup dan mati ditangan Dajjal.
Dajjal akan menangkap seorang pemuda beriman. Kemudian dajjal menyuruhnya untuk
menyembahnya, tapi pemuda itun menolak dan tetap beriman pada Allah. Lalu Dajjal
membunuhnya dan membelah nya menjadi Dua. satu Bagian Dilempar sejauh mata
memandang dan satu bagian dilempar sejauh mata memandang kesebelah lainnya.
Kemudian Dajjal menghidupkan kembali pemuda itu. dajjal menyuruhnya agar beriman
kepadanya karena ia telah mematikannya lalu menghidupkannya. Maka pemuda itu tidak
mau dan tetap beriman kepada Allah. Pemuda itu bahkan mengatakan “Kamu benar-
benar Dajjal!!”. Lalu Dajjal mewafatkannya lagi.
Ada riwayat yang mengatakan pemuda beriman ini adalah Nabi Khidr a.s.
(wallahua’lam).
Imam as-Sayuthi telah menyebut dalam “Luqtul Marjaan” daripada Sayyidina Ibnu
‘Abbas r.`anhuma sebagai berkata:-
“Nabi al-Khidhr dan Nabi Ilyas bertemu pada setiap tahun di musim haji dan
mereka berdua berpisah atas kalimah-kalimah ini: “Dengan nama Allah, sesuatu
itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang mendatangkan kebaikan
melainkan Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tidak ada
yang menolak kejahatan melainkan Allah; Sesuatu itu menurut apa yang
dikehendaki Allah, setiap keni’matan adalah daripada Allah; Sesuatu itu menurut
apa yang dikehendaki Allah, tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan
Allah”. Ibnu ‘Abbas berkata: “Sesiapa yang membaca doa ini ketika pagi dan
petang sebanyak 3 kali, maka Allah akan mengamankan (yakni
menyelamatkan) dia dari tenggelam (lemas), kebakaran, kecurian, dari
(kejahatan) syaitan, penguasa, ular dan kala jengking.”
Maka sewajarnya bagi seseorang murid untuk mengamalkan doa ini, kerana ianya akan
menjadi sebab yang membawa kepada tawakkal.
Doa ini juga dinukil oleh Hujjatul Islam al-Ghazali dalam “Ihya` ‘Ulumiddin” jilid 1
halaman 374 dengan sedikit perbezaan lafaz.
Tawakkal itu amatlah penting dalam kehidupan seseorang muslim. Walau bagaimana
hebatnya kita, selaku hamba kita hendaklah sentiasa bertawakkal kepada Allah, sejak
permulaan setiap sesuatu pekerjaan berkekalan sehingga mencapai tujuan atau
sebaliknya. Allah pula menyukai orang-orang yang bertawakkal sebagaimana
difirmankanNya dalam surah Ali ‘Imraan ayat 159 yang kira-kira bererti: “Bahawasanya
Allah ta`ala itu kasih akan orang-orang yang bertawakkal.” Manakala dalam surah ath-
Tholaaq ayat 3, Allah berfirman yang kira-kira bererti: “Dan sesiapa yang bertawakkal
kepada Allah, maka Allah itu mencukupi baginya.
Nabi Khidhir - 4
ã Ï Ï í Ç ä È í Ç á á å í Ç Ç á ÎÖ Ñ Ú á í å
Ç áÓ á Ç ã
Nabi Khidhir a.s. - 3
Ikhwah Fadhilatul Imam al-Ustaz Muhammad Zaki Ibrahim dalam bukunya “Usul al-
Wushul” mukasurat 165 - 166 menyatakan:-
Berkata Ibnul Jawzi, Ibnu Abi Ziyad, Abul Hasan ar-Rumaani, Muhammad bin
Ishaq dan lainnya bahawasanya Nabi al-Khidhir adalah Nabi dan Rasul.
Dan dinaqal al-Qurthubi, Abu Hayyan, al-Baghawi, Ibnu ‘Athiyyah dan ats-
Tsa’labi dalam kitab-kitab tafsir mereka bahawasanya dia Nabi sahaja, dan
mereka berkata bahawa inilah pegangan kebanyakan ahli ilmu dan inilah
pandangan Sayyidina Ibnu ‘Abbas dan sebahagian sahabat.
Adapun Abul Qaasim al-Qusyairi, Abu Bakar bin al-Anbaari, Abu ‘Ali bin Abi
Musa dan jumhur ahli sufi atas pendapat bahawa dia adalah Wali iaitu seorang
hamba yang sholeh, sebagaimana dinash dalam al-Quran.
Dan dinaqalkan al-Maawardi bahawa dia adalah malaikat (yang berjasad dalam
rupa bentuk manusia), akan tetapi al-Hafiz bin Abi Dihyah menyerahkan sahaja
perkara ini dengan katanya: “Kami tidak mengetahui adakah baginda malaikat
atau nabi atau hamba yang sholeh (yakni wali). Dan inilah pendapat jumhur ahli
sufi.
Dan yang ashah ialah bahawasanya baginda adalah nabi, wa Allahu a’laam.
Nabi Khidhir 2
Kali ini aku nukil pulak tulisan Syaikh Badi`uz-Zaman
Sa`id an-Nursi yang diterjemah dalam bahasa omputih di bawah jodol “The Letters“,
jilid 1, mukasurat 1 - 2. Buku ini kome boleh cari kat Saba Islamic Media.
First question:- Is Khadr (peace be upon him) still alive ? If so, why do some
serious scholars reject his being alive ?
Answer:- He is still alive. But there are five degrees of life, of which Khadr
has the second. It is because of this that those scholars have doubted his
being alive.
….The second degree of life is manifested in the lives of Khadr and Elijah.
This second degree is to some certain extent free in that those who have it can
be present in different places at the same time, and their life is not bound by
the necessities that bind ordinary human life. Like us, they may eat and
drink at times but, unlike us, they do not have to. The experiences that some
godly persons who are able to discern the hidden truths have had with Khadr
are enough to illuminate and prove this degree of life. Further, one of the
spiritual degrees or stations which saints reach in their spiritual journeys is
called the ’station of Khadr’. A saint who has attained this degree may meet
Khadr and be directly instructed by him. Indeed, it sometimes even happens
that one who holds this station is mistaken for Khadr himself.
Ikhwah, aku terbaca dalam sebuah posting geng anak Pak Wahab yang menyatakan
bahawa menurut jumhur ulama Nabi Khidhir itu sudah wafat dan hanya golongan
minoriti sahaja yang berpendapat bahawa Nabi Khidhir masih hidup. Sedangkan
kenyataannya adalah sebaliknya kerana jumhur ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah
memfatwakan bahawa Nabi Khidhir a.s. masih hidup dan hanya golongan minoriti
sahaja yang mengatakan baginda telah wafat. Aku nukilkan di sini tulisan Imam an-
Nawawi dalam “Syarah Muslim” juzuk ke - 15, mukasurat 135 - 136 pada Bab min
Fadhail al-Khidhir s.a.w., beliau menyatakan:-
Jadi Imam an-Nawawi dengan jelas menyatakan bahawa JUMHUR ULAMA berpegang
dengan pendapat bahawa Nabi Khidhir a.s. masih hidup dan belum mati lagi. Bagaimana
rupa kehidupan baginda, Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.
Hidup atau matinya baginda sekarang bukanlah perkara besar dan tidak harus dijadikan
perbalahan sesama umat. Nak percaya baginda masih hidup, tidak ada masalah kerana
itulah pendapat jumhur ulama dan yang nak percaya bahawa baginda telah wafat pun
tidak menjadi masalah kerana sesetengah ulama dan ahli hadits berpendapat sedemikian
seperti Imam al-Bukhari. Dan aku nak pesan kat sini agar sesiapa yang percaya jangan
pulak mudah sangat men’claim’ telah bertemu dengan Nabi Khidhir. Dalam
bermu’amalah dengan manusia aku teringat kalam hikmah as-Sajjad Imam Ali Zainal
‘Abidin di mana dia berpesan : “Anggaplah setiap orang yang engkau temui itu Nabi
Khidhir”. Sebenarnya hikmah kalam ini bertujuan untuk membaikkan budipekerti serta
baik mu’amalah dan mujammalah sesama anak Adam. Allahu ‘alam.
************************************************************************
*********************************
Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas A.S. Malaikat itu datang
untuk menjemput ruhnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis.
“Mengapa engkau bersedih?” tanya malaikat maut.
“Tidak tahulah.” Jawab Ilyas.
“Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?”
tanya malaikat.
“Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi
berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berxikir memuji Allah,”
jawab Ilyas.
Saat itu Allah lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda pencabutan
nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan
permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hdup semata-mata kerana ingin berzikir kepada
Allah. Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya.
“Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai
akhir nanti.” Kata Allah.
************************************************************************
********************************
Diriwayatkan Nabi Idris as. telah naik ke langit pada hari Isnin. Peristiwa naiknya Nabi Idris as. ke langit
ini, telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran.
Seorang lagi Nabi Allah yang diceritakan dari kecil di dalam al-Qur’an ialah Isa. Baginda
diutus kepada kaum Bani Israil dengan kitab Injil yang diturunkan sebelum al-Qur’an.
Di dalam al-Qur’an, Nabi Isa disebut dengan empat panggilan iaitu Isa, Isa putera
Mariam, putera Mariam, dan al-Masih.
Ibunya seorang yang sangat dimuliakan Allah. Dia memilihnya di atas semua perempuan
di semua alam. Firman-Nya, “Dan ketika malaikat-malaikat berkata, ‘Wahai Mariam,
Allah memilih kamu, dan membersihkan kamu, dan Dia memilih kamu di atas semua
perempuan di semua alam’” (3:42).
Mariam, ibu Nabi Isa, telah menempuh satu ujian yang amat berat daripada Allah. Dia
dipilih untuk melahirkan seorang Nabi dengan tanpa disentuh oleh seseorang lelaki. Dia
adalah seorang perempuan yang suci.
Kelahiran
Kelahiran Nabi Isa merupakan suatu mukjizat kerana dilahirkan tanpa bapa. Kisahnya
diceritakan di dalam al-Qur’an. Di sini, ceritanya bermula dari kunjungan malaikat
kepada Mariam atas perintah Allah. Ketika itu, malaikat menyerupai manusia dengan
tanpa cacat. Kemunculan malaikat membuat Mariam menjadi takut lalu berkata,
“Aku berlindung pada Yang Pemurah daripada kamu, jika kamu bertakwa (takut kepada
Tuhan)!’
Dia (malaikat) berkata, ‘Aku hanyalah seorang rasul yang datang daripada Pemelihara
kamu, untuk memberi kamu seorang anak lelaki yang suci.’” (19:18-19)
Pada ayat yang lain, diceritakan bahawa malaikat yang datang itu telah memberi nama
kepada putera yang bakal dilahirkan. Nama itu diberi oleh Allah, dan dia (Isa) akan
menjadi terhormat di dunia dan akhirat sambil berkedudukan dekat dengan Tuhan.
Ayatnya berbunyi:
“Wahai Mariam, Allah menyampaikan kepada kamu berita gembira dengan satu Kata
daripada-Nya, yang namanya al-Masih, Isa putera Mariam, terhormat di dunia dan di
akhirat, daripada orang-orang yang didekatkan.” (3:45)
“Bagaimanakah aku akan ada seorang anak lelaki sedang tiada seorang manusia pun
menyentuhku, dan bukan juga aku seorang jalang?” (19:20)
Malaikat menjawab,
“Dia (Allah) berkata, ‘Begitulah; Pemelihara kamu telah berkata, ‘Itu mudah bagi-Ku;
dan supaya Kami membuat dia satu ayat (tanda) bagi manusia, dan satu pengasihan
daripada Kami; ia adalah perkara yang telah ditentukan’” (19:21).
Maka lahirlah Isa putera Mariam lebih enam ratus tahun sebelum Nabi Muhammad
dilahirkan. Allah membuat Nabi Isa dan ibunya satu ayat (tanda) bagi manusia, iaitu
tanda untuk menunjukkan kebesaran-Nya (23:50).
Isa adalah seorang Nabi dan juga seorang Rasul. Baginda dan beberapa orang rasul telah
dilebihkan Allah daripada rasul-rasul lain. Ada yang Dia berkata-kata kepadanya, ada
yang Dia menaikkan darjat, dan bagi Isa, Dia memberi bukti-bukti yang jelas serta
mengukuhkannya dengan Roh Suci. Firman-Nya:
“Dan rasul-rasul itu, sebahagian Kami melebihkan di atas sebahagian yang lain.
Sebahagian ada yang kepadanya Allah berkata-kata, dan sebahagian Dia menaikkan
darjat. Dan Kami memberikan Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami
mengukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci).” (2:253)
Namun begitu, manusia dilarang oleh Allah untuk membeza-bezakan antara para rasul
dan Nabi. Larangan itu berbunyi,
“Katakanlah, ‘Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan
apa yang diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak,
dan apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan apa yang diberi kepada Nabi-Nabi
daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka,
dan kepada-Nya kami muslim.’” (2:136)
Akibat membeza-bezakan Nabi atau Rasul dapat dilihat pada hari ini, iaitu Nabi Isa
dipercayai oleh sesetengah pihak sebagai Tuhan atau anak Tuhan, dan Nabi Muhammad,
dianggap macam Tuhan, yang berhak membuat hukum agama.
Ajaran
Oleh kerana Isa seorang Nabi baginda diberi sebuah Kitab, Injil, yang mengandungi
petunjuk dan cahaya untuk menjadi pegangan Bani Israil. Selain menyuruh Bani Israil
menyembah Allah dengan mentaati Injil, baginda mengesahkan kitab Taurat yang
diturunkan sebelumnya. Dua firman Allah menjelaskannya di sini, berbunyi:
“Dan Kami mengutus, menyusuli jejak-jejak mereka, Isa putera Mariam, dengan
mengesahkan Taurat yang sebelumnya; dan Kami memberinya Injil, di dalamnya
petunjuk dan cahaya,” (5:46) dan,
“Aku (Isa) hanya mengatakan kepada mereka apa yang Engkau memerintahkan aku
dengannya: ‘Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan Pemelihara kamu.’” (5:117)
Turut disebut di dalam Injil (dan Taurat) ialah berita mengenai kedatangan seorang Nabi
berbangsa Arab, atau ummiy (7:157), dan janji dikurniakan Taman atau Syurga bagi
orang-orang yang berperang di jalan Allah (9:111). Janji itu juga didapati di dalam Taurat
dan al-Qur’an.
Ketika baginda diutus, manusia sedang berselisih dalam hal agama. Maka kedatangannya
adalah juga untuk memperjelaskan apa yang diperselisihkan. Firman Allah:
“dia (Isa) berkata, ‘Aku datang kepada kamu dengan kebijaksanaan, dan supaya aku
memperjelaskan kepada kamu sebahagian apa yang dalamnya kamu memperselisihkan;
maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.’” (43:63)
Baginda juga memberitahu tentang kedatangan seorang rasul selepas baginda, yang
namanya akan dipuji. Ayat yang mengisahkannya berbunyi:
“Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku (Isa) rasul Allah kepada kamu, mengesahkan
Taurat yang sebelum aku, dan memberi berita gembira dengan seorang rasul yang akan
datang selepas aku, namanya ahmad (dipuji).” (61:6)
Pengikut setia
Seperti Nabi atau Rasul yang lain, baginda mempunyai pengikut-pengikut yang setia dan
juga yang tidak setia atau yang menentang. Pengikut-pengikutnya yang setia percaya
kepada Allah dan kepadanya. Mereka adalah muslim. Firman Allah:
Pengikut-pengikut yang setia pula menjadi penolong-penolong, bukan baginya tetapi bagi
Allah. Firman-Nya:
Walau bagaimana pun, pengikut-pengikut Nabi Isa yang setia memerlukan bukti selanjut
untuk megesahkan kebenarannya dan supaya hati mereka menjadi tenteram. Untuk itu
mereka memohon sebuah meja hidangan dari langit. Kisahnya berbunyi begini:
“Dan apabila pengikut-pengikut yang setia berkata, ‘Wahai Isa putera Mariam, bolehkah
Pemelihara kamu menurunkan kepada kami sebuah meja hidangan dari langit?’
Dia (Isa) berkata, ‘Kamu takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin.’
Mereka berkata, ‘Kami menghendaki untuk memakan daripadanya, dan hati kami
menjadi tenteram, supaya kami mengetahui bahawa kamu berkata benar kepada kami,
dan supaya kami adalah antara para saksinya.’” (5:112-113)
“Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah kepada kami sebuah meja hidangan dari langit,
yang akan menjadi bagi kami satu perayaan, yang pertama dan yang akhir bagi kami, dan
satu ayat (tanda) daripada Engkau. Dan berilah rezeki untuk kami; Engkau yang terbaik
daripada pemberi-pemberi rezeki.” (5:114)
Allah mengabulkan permintaannya. Lantas, meja hidangan yang turun menjadi satu lagi
mukjizat bagi Nabi Isa. Dan ia juga menjadi nama sebuah surah di dalam al-Qur’an, iaitu
surah kelima, al-Maidah.
Mukjizat
Selain daripada kelahiran yang luar biasa dan meja hidangan, Nabi Isa telah dikurniakan
dengan beberapa mukjizat lain. Ayat berikut menjelaskannya:
“Ketika Allah berkata, ‘Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu,
dan ke atas ibu kamu, apabila Aku mengukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk
berkata-kata kepada manusia di dalam buaian dan setelah dewasa ….. dan apabila kamu
mencipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu
menghembuskan ke dalamnya, lalu jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu
menyembuhkan orang buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu
mengeluarkan orang yang mati, dengan izin-Ku’ ….. lalu orang-orang yang tidak
percaya antara mereka berkata, ‘Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.’” (5:110)
Walaupun Nabi Muhammad hanya diberi satu mukjizat, manusia ditegah daripada
berkata bahawa Nabi Isa adalah lebih mulia daripada Nabi Muhammad. Kerana, seperti
yang sudah maklum, amalan membeza-beza para Nabi dan Rasul dilarang Allah.
Diangkat Ke langit
“Apabila Allah berkata, ‘Wahai Isa, Aku akan mematikan kamu, dan menaikkan kamu
kepada-Ku, dan Aku membersihkan kamu daripada orang-orang yang tidak percaya
…..’” (3:55)
“Dan aku (Isa) seorang saksi ke atas mereka selama aku di kalangan mereka; tetapi
setelah Engkau mematikan aku, Engkau Sendiri adalah penjaga ke atas mereka; Engkau
saksi atas segala sesuatu.” (5:117)
Akan tetapi, sebahagian daripada kaum Bani Israil mengatakan bahawa mereka telah
membunuhnya disalib. Allah mengatakan yang sebaliknya pula. Apa yang berlaku hanya
satu kesamaan sahaja. Firman-Nya:
“ucapan mereka, ‘Kami telah membunuh al-Masih, Isa putera Mariam, rasul Allah.’
Tetapi mereka tidak membunuhnya, dan tidak juga menyalibnya, tetapi hanya satu
kesamaan yang ditunjukkan kepada mereka. Orang-orang yang berselisih mengenainya
benar-benar dalam keraguan terhadapnya; mereka tidak ada pengetahuan mengenainya,
kecuali mengikuti sangkaan; mereka tidak membunuhnya, yakinlah.” (4:157)
Di akhir zaman nabi ‘isa akan turun kembali ke bumi, bukan sebagai nabi tapi sebagai
umat nabi muhammad SAW. (mengikut syariat nabi muhammad). akan berdakwah
mengajak orang2 kristen untuk islam, menghancurkan sali-salib, membunuh dajjal.
Kisah 4 nabi ini dapat dilihat dalam kitab DURRATUN NASHIHIN
http://salafytobat.wordpress.com