You are on page 1of 5

Rancangan Pengajaran Harian KSSR Tahun 2 KEMAHIRAN : ASPEK TATABAHASA

Mata pelajaran Kelas Masa Tema / Tajuk

: Bahasa Melayu : 2 Mawar : 8.00 9.00 pagi : Kekeluargaan / Keluarga Saya

Standard Pembelajaran : 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am Hidup manusia dengan betul mengikut konteks. Objektif pembelajaran : Pada akhir P& P , murid dapat : 1. menyatakan kata nama am hidup manusia dengan betul. 2. menggunakan kata nama am hidup manusia dengan betul mengikut konteks. Aktiviti :

1. Murid ditunjukkan dengan beberapa keping gambar melalui LCD 2. Murid dan guru bersoal jawab berdasarkan gambar yang dipaparkan. Kemudian jawapan murid dikaitkan dengan tajuk P & P hari ini. 3. Murid dipilih secara rawak untuk bercerita mengenai keluarga masing masing di hadapan kelas. 4. Murid dan guru bersoal jawab tentang cerita yang disampaikan. 5. Murid dibimbing memahami penggunaan kata nama am hidup manusia mengikut konteks keluarga. 6. Murid diberikan lembaran kerja yang disediakan. 7. Murid menyanyi lagu Taat Kepada Ibu Bapa secara beramai-ramai dengan bimbingan guru.

EMK

: Ilmu : Pendidikan Muzik,Pendidikan Moral/islam Nilai : Kasih sayang TMK : Belajar melalui TMK

Media Penilaian Refleksi

: Slaid, lembaran kerja, seni kata lagu : Murid memahami kata nama am hidup manusia berdasarkan lembaran kerja yang diberikan. :

LEMBARAN KERJA Tuliskan kata nama am yang sesuai berdasarkan gambar yang diberi.

LEMBARAN KERJA Isikan tempat kosong dengan kata nama am yang sesuai. Adik Abang Emak Kakak Ayah

1. ______________ dan kawannya sedang bermain badminton di halaman rumah.

2.

_____________ saya sedang memasak di dapur.

3. ____________ mencium tangan emak sebelum ke sekolah.

4. _____________ sedang membaca buku cerita.

5.

____________ sedang menanam pokok bunga.

You might also like