P. 1
Moral Folio

Moral Folio

|Views: 809|Likes:
Published by Brandon Joseph

More info:

Published by: Brandon Joseph on Dec 28, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/28/2014

pdf

text

original

NAMA: BRANDON JOSEPH A/L JOHN PETER TINGKATAN: 1 ZETA NAMA GURU: CIKGU RIZAL BIN OTHMAN TARIKH: 10/3/2010

(A) PENGENALAN (B) ISI-ISI PENTING: - PENCEMARAN UDARA - PENCEMARAN AIR - PENCEMARAN LAUT - PENCEMARAN BUNYI - PENCMARAN TANAH - PENCEMARAN HABA - PENCEMARAN SUNGAI DAN KOLAM (C) KESIMPULAN

Pengenalan Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam. Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya

keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain.Pencemaran tanah .mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah.yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan.Pencemaran laut 4.tumbuhan dan haiwan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik.kimia.Pencemaran udara 2.biologi atau arasaras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam: 1.Pencemaran bunyi 5.Pencemaran air 3.keselesaan atau kemandirian kehidupan.

Ini kesan daripada bahan kimia terhadap makhluk hidup adalah berbeza.konsep pencemaran menjadi kabur. Lazimnya pengukuran bahan kimia di dalam air dan di udara ditentukan dalam unit ppm(bahagian bahan kimia per juta pelarutnya). .6.Tanpa nilai ini.Bahan kimia yang berbeza memberikan paras bahaya yang berbeza pula.Pencemaran haba 7Pencemaran sungai dan kolam Konsep Pencemaran sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri.sesuatu sayuran itu menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya.Begitu juga dengan bahan-bahan pencemar lain diukur dengan unit-unit tertentu.Misalnya.

9%).A)Kenalpasti apakah punca-punca sebenar menyebabkan berlakunya pencemaran tersebut.Nitrogen Oksida.b inatang dan harta benda.pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaran terbuka(4.bau- .kabus. Pencemaran udara Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar.tumbuh-tumbuhan.kenderaan ialah punca utama pencemaran ini(58.1%).000 tan setahun.9%).Ozon.melalui akhbar Utusan Pengguna pada tahun 2001:Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933. Daripada jumlah ini. Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia.4%).wap dan gas(Karbon Monoksida.asap.diikuti oleh stesen jana kuasa(23.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk.pembakaran bahan api industri(9.Hidrokarbon.S ulfur Oksida .

Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang dikeluarkan oleh kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan ozon.1 Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara hasil dari pembangunan industri . Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan buruk yang akan mengancam kualiti alam sekitar. Rajah 1. Rajah 1.bauan) ataupun apa-apa campuran bahanbahan ini.2 Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara berlaku akibat dari .Jumlah kenderaan di seluruh negara meningkat hampir 2 kali ganda sejak 1980.

pembuangan gas karbon dioksida pada kenderaan.Perokok yang mengembuskan asap ke udara. Dapatlah dijelaskan punca-punca utama pencemaran udara ini adalah akibat daripada stesen jana kuasa elektrik.Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar.kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap.kerja-kerja pembinaan. .pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak terkawal juga membawa kesan kepada pencemaran udara.industri atau kilang. Penderaan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia itu sendiri.

kimia dan fizik.pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.cecair dan pepejal.Pencemaran air Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan.Oleh itu. Antara punca-punca pencemaran air ialah: .Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas.keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.

penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan.Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air.minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.3 Gambar Photo Pembuangan sampah di sungai .Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. b.Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah.Ini adalah kerana. c.Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya banjir akan berlaku. Rajah 1.Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.a.

berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah.Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain.Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.4 Gambar Photo menunjukkan pembuangan sampah di sungai berhampiran kawasan pembangunan industri.Pengusaha kilang umpamanya.Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat.Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai. Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar.manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai.membuang sisa kilang . Rajah 1.

Kepesatan pembangunan industri.perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya.tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar .Pembangunan adalah rekaan manusia.ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran. Selain itu.Pembangunan tidak boleh dipersalahkan sebagai punca kemusnahan alam sekitar. Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama. .kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.Sekiranya fenomena ini berterusan.

Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut.Industri memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut.3.bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut.Bahan kimia. d. c.Sesetengah bandar dan bandar raya di tepi pantai mengepam kumbahan terus ke dalam laut.Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.kerangkerang dan hidupan liar yang lain.dan membawa pencemaran bersama-samanya.5 Gambar photo menunjukkan asid dan bahan organik mencemari sekitar pantai. .asid dan bahan organik seperti nutrien. Rajah 1.Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh burung laut. Pencemaran laut Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah: a. b.

Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah: a.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik.Pencemaran tanah Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna.kesuburan dan hakisan. b.Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran .kimia atau fizik.Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak.4.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.sisa toksik dan sisa-sisa kilang.

Sikap manusia yang jarang menghargai nilainilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah.Kesan penebangan telah mengubah sama sekali rupa bumi di kawasan berkenaan.Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam.ini.Jika hampir kesemua tempat telah dicemari.Penebangan pokok-pokok dan industri pembalakan di kawasan tersebut.Penggunaan racun serangga secara berlebihlebihan juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah.bertujuan kononnya untuk menggerakkan industri hiliran bagi membangunkan ekonomi negara. Pencemaran tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia. d. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan .manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini. c. Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas.

6 Gambar photo menunjukkan pembuangan sampah tidak teratur mencemari tanah.biodiversiti hutan dan hidupan liar. kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia . Rajah 1. Rajah 1. menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah. pemendapan.7 Gambar photo menunjukkan pembakaran terbuka bukan sahaja mencemari .Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air. penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah.

kesan kepada rumah hijau dan banjir.udara tetapi merosakkan semula jadi tanah di kawasan berkenaan. .berlaku perubahan iklim. Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan tanah.8 Gambar photo menunjukkan hasil kayu balak yang ditebang. Rajah 1.

Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. .iaitu kebisingan selang-seli.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian.kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini. Antara punca-punca pencemaran ini ialah: a.kebisingan selenjar.5.Pencemaran bunyi Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.

kenderaan dan sebagainya. c.0 Gambar photo menunjukkan kerjakerja pembinaan yang memberi impak pencemaran bunyi.Bunyi pemecahan batu. d. . Rajah 2.Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi.b.Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi.Bunyibunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera.Bunyi juga berpunca daripada proses pembangunan.enjin gerudi dan pemunggahan batu ke lori merupakan punca pencemaran ini.

adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut. sisa pepejal seperti surat khabar lama.Sebagai contohnya. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan .PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. kertas. bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula.Dengan adanya teknologi moden. kain. tanpa teknologi moden. majalah lama.Beberapa langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar A.

oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilangkilang perindustrian. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia. Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera dan mesinmesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar. dengan adanya teknologi moden. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Selain itu. sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh. .

cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. mereka perlulah mempunyai kesedaran. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar. Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah .PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MELALUI KURIKULUM Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar.B. dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar.

televisyen dan radio. Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan . Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. AKTIVITI DAN CADANGAN UNTUK MELINDUNGI ALAM SEKITAR Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. majalah. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan. Kerajaan patutlah memperketatkan undang-undang yang melindungi alam sekitar.Selain itu.Menengah ( KBSM ). terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah.

Pameran b.PAMERAN PENCEMARAN ALAM . kita sepatutnya memilih racun serangga dalam tin aerosol yang tidak mengandungi CFC. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawab.Kempen-kempen c. Antara aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar ialah: a. Tanpa permintaan terhadap barangan yang mendatangkan pencemaran. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran.nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum sesuatu operasi perindustrian dijalankan. kita perlulah memilih barangan yang mendatangkan pencemaran yang kurang sekali.Pertandingan d.Projek Riadah Alam Sekitar A. pengusaha kilang juga akan mula menggunakan bahan-bahan yang lebih sesuai dengan alam sekitar. Sebagai contoh. sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya.

Selain itu. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita. B. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya. . pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan. kempen kitar semula. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam.KEMPEN MELINDUNGI ALAM SEKITAR Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. polster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. sebab-sebab pencemaran. kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran. sahabat alam dan sebagainya. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar.Bahan-bahan menarik seperti carta.Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

Dalam kempen-kempen ini.PERTANDINGAN . kempen kitar semula dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula. C. Selain itu. peserta akan belajar untuk berjimat-cermat. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk mengurangkan kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau. Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga. Secara tidak langsung juga. membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya.menapis debu yang berterbangan di udara. peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar. Penanaman pokok bunga akan mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan. Selain membersih. ia juga dapat . Selain itu. Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan tentang kepentingan sungai.

pertandingan menulis karangan dan sajak juga dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai. Ini sudah tentu akan membawa kebaikan kepada peserta itu dan alam sekitar. dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran.Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar.Dengan mengadakan kuiz. mereka akan mendapat pengetahuan tersebut. masyarakat umum akan berhatihati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini. media massa yang paling banyak . peserta akan cuba memahami apakah itu pencemaran. Pertandingan melukis poster yang berkaitan pencemaran juga adalah baik. Oleh itu. Selain pertandingan yang telah disebutkan.PENDEDAHAN MEDIA MASSA Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Dalam proses ini. D.

membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. . Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamanya.

Selain itu.Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu.ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar.Kegiatankegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air.Kesimpulan Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang.seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air. .kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah.Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam.kegiatan perladangan dan sebagainya.

bertanggung jawab.Maka. .punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.Sebenarnya. Sayang pada alam sekitar. patuh kepada undang-undang.manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini.boleh membuat pertimbangan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->