You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK Sg Nibong 2011 Mengumumkan ketibaan Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid, En Sodri bin Idrus. Semua hadirin dijemput berdiri. Hadirin sekalian, marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu negaraku, lagu negeri P.P, dan lagu sekolah diiringi dengan muzik. Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk di tempat masing-masing. Terima kasih. - Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sireh berlipat sireh pinang, Sireh dari pulau Mutiara, Pemanis Kata Selamat Datang, Awal Bismillah pembuka bicara

BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T

Yang Berusaha Tuan Hj. Sodri Idrus, Penolong Kanan Hal ehwal murid SMK Sg Nibong, Yang Berusaha Pn Hjjh Norlaili bt Ibrahim,penolong kanan pendidikan khas, Yang Berusaha Pn Rosnita bt abd razak, penyelaras pendidikan khas, Yang Dihormati Guru-guru sekalian. pendidikan khas,ibu bapa dan para pelajar yang dikasihi

Selamat datang ke :

Majlis hari anugerah kecemerlangan Pendidikan Khas SMK Sg Nibong 2011.

Saya Pn Maisarah Abd Karim dan saya Puan Faridah bt mohd nor, akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah samasama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Ustaz Mohd Fadzil bt Mahmod. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Ustaz Mohd Fadzil bt Mahmod atas bacaan doa itu tadi. Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan Penolong Kanan Pendidikan Khas iaitu Pn HJJ Norlaili Ibrahim. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Pn HJJ Norlaili Ibrahim, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn HJJ Norlaili Ibrahim, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi. Hadirin dan hadirat yang dihormati, Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat. Bertonggak adat, yang datang disambut, yang pergi diringi, maka majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berusaha En Hj Sodri Bin Idrus penolong kanan hal ehwal murid smk sg nibong untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Cemerlang Pendidikan Khas SMK Sg Nibong bagi tahun 2011. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha En Hj Sodri Bin Idrus penolong kanan hal ehwal murid smk sg nibong untuk ucapan serta perasmian majlis Hari Anugerah Cemerlang sebentar tadi. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Sebelum kita meneruskan lagi acara kita yang seterusnya pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan nasyid oleh para pelajar pendidikan khas yang diketuai oleh adik Ikhwan dari kelas delima. Dipersilakan. (Nasyid) Terima kasih kepada kumpulan nasyid yang telah membuat persembahan sebentar tadi. kumar dan zulkiflii harapan kami, cuci kereta tak pernah mengalah, Acara seterusnya kami mulai, Penyampaian hadiah dan juga anugerah.

Berkebaya batik berwarna merah, Diserikan dengan permata berlian, Tibalah masa penyampaian anugerah Penerima teruja menunggu giliran

Nama En sodri selalu disebut, Bila ketawa tampak meriah, Bukan jemput sebarang jemput, Memohon PK HEM menyampaikan hadiah. Majlis juga menjemput Pn hjj norlaili untuk mengiringi En sodri kepentas bagi menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar. Dipersilakan. Kita mulakan dengan penerima hadiah bagi: Anugerah Tokoh Kepimpinan Terima kasih diucapkan kepada Encik Haji sodri diatas kesudian beliau menyampaikan hadiah dan sijil kepada pelajar-pelajar sebentar tadi. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Sebelum kita meneruskan lagi acara kita yang seterusnya pada pagi, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan tarian jai ho oleh pelajar-pelajar perempuan . Dipersilakan.

(Persembahan )

Terima kasih diucapkan kepada rabiatul adawiyah dan rakan-rakannya. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Majlis seterusnya menjemputsekali lagi en hj sodri diiringi oleh Puan rosnita untuk penyampaian hadiah dan sijil penghargaan yang seterusnya. Terima kasih diucapkan kepada en hj sodri diatas kesudian menyampaikan sijil penghargaan sebentar tadi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar yang menerima anugerah pada hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus cemerlang dalam bidang yang diminati. Sebelum majlis kita bersurai pada hari ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan penutup oleh kumpulan pelajar lelaki dengan tarian sorry sorry.dipersilakan.

Terima kasih kepada adik ramli dan rakan-rakannya. Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda kenangan sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, en hj sodri kerana telah sudi hadir dan menyerikan acara Majlis Hari Anugerah Cemerlang Pendidikan Khas 2011 pada kali ini. Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha PuanHajjah Norlaili penolong kanan pend khas bagi menyempurnakan agenda. Majlis dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha en sodri dan kepada para hadirin sekalian. Dengan ini majlis ingin menjemput para hadirin untuk menjamu selera.tetapi sebelum itu,saya menjemput ust fadzil sekali lagiuntuk membacakan doa makan. Dipersilakan. Bacaan doa Selamat menjamu selera. Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara Gugur menguning buah kuini, Menghijau pohon subur dibaja, Majlis kita berakhir di sini, Salah dan silap lupakan saja.

Sebarang kelemahan harap dimaafi. Segala kerjasama sangat dihargai Terima kasih sekalung budi Kenangan nan indah simpanlah di hati Semoga kita berjumpa lagi. Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Hari Anugerah Cemerlang pendidikan khas smk sg nibong 2011 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

You might also like