You are on page 1of 18

PEMARKAHAN

1.
2. 3.

RAKAMAN 1
REFLEKSI 1 RAKAMAN 2 REFLEKSI 2 RPH LAPORAN KT FORUM JUMLAH

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011

4. 5. 6.

KOD & NAMA KURSUS

7.

EDU 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2


TAJUK

KERJA KURSUS

DAN FORUM
KUMPULAN

EL J15
DISEDIAKAN OLEH

NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

SENPAGAM A/P RETNAKUMAR

D20102046123

012 - 7222170

NAMA TUTOR E-LEARNING : EN.OMAR HISHAM BIN MOHD BAHARIN TARIKH SERAH : 15 DISEMBER 2011

ISI KANDUNGAN

1.0

Refleksi Pembelajaran Mikropengajaran

2.0

Refleksi Pembelajaran Makropengajaran

3.0

Rancangan Pengajaran Harian

4.0

Laporan Kajian Tindakan

Bibliografi

Lampiran : CD Rakaman Mikropengajaran CD Rakaman Makropengajaran

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN MIKRO PENGAJARAN BAHASA TAMIL TAHUN 2 Tahun Masa Kemahiran Objektif Pembelajaran : 2 KARNA : 5 minit : 3.3 : Murid dapat membaca dan meyenaraikan perkataan yang mempunyai bunyi yang sama dalam lagu yang dimainkan. : LCD,Laptop : Berkerjasama

ABM Nilai murni

SET INDUKSI 5 minit 1.Murid mengikuti guru untuk membuat lima perbuatan. 2.Murid membuat arahan itu. 3.Murid diminta oleh guru untuk meyeranaikan perkataan yang sama bunyi yang terdapat dalam dalam perintah tadi. 4.Murid menyeranaikan perkataan tersebut. 5.Murid diminta untuk mendengar lagu yang dimainkan oleh guru dan meyeranaikan perkataan yang sama bunyi. 6.Murid menyeranaikan perkataan sama bunyi yang terdapat dalam lagu tersebut.

REFLEKSI MIKROPENGAJARAN Saya memilih matapelajaran Bahasa Tamil Tahun 2 Karna untuk kerja kursus saya. Saya telah memilih set induksi sebagai mikro pengajaran saya.Saya telah merancang mikro pengajaran saya dengan penuh teliti.Saya telah

menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya dengan penuh semangat. Kekuatan Kekuatan yang saya ada pada diri saya ialah suara yang lantang dan kawalan kelas yang baik. Murid-murid yang terlibat itu adalah bekas murid saya semasa mereka di Tahun 1. Saya juga telah mengajar mereka Bahasa Tamil pada masa itu. Anak murid saya amat tahu apa yang saya harapkan daripada mereka dan bagaimana penyampaian saya di dalam kelas. Saya telah memilih tajuk santha sorkal iaitu perkataan yang mempunyai bunyi yang sama supaya ia dapat

menarik perhatian mereka terhadap pelajaran yang mereka pelajari. Set induksi merupakan bahagian yang amat penting dalam permulaan sesuatu pelajaran. Saya telah mengunakan rakaman lagu yang berkaitan dengan tajuk pelajaran. Murid-murid di arahkan supaya melihat dengan teliti. Arahan yang saya berikan sangat jelas dan ini memberikan murid-murid faham arahan tersebut. Setelah melihat , murid-murid diminta menamakan permainan itu dan mereka dapat menamkan permainan yang dilihat oleh mereka dengan bahan maujud. Kejelasan penyampaian adalah amat penting kerana murid-murid dapat memahami apa yang guru ingin sampaikan. Kelantangan suara juga amat penting kerana murid-murid akan menumpukan perhatian semasa P&P di jalankan serta kawalan kelas dapat di

wujudkan dan dapat mengelakkan kebisingan kelas. Murid-murid juga dapat melakukan arahan yang diberikan dengan baik. Kawalan kelas saya baik kerana saya suka bergerak dalam kelas dan memastikan murid-murid membuat latihan yang di berikan oleh saya dengan cermat. Ini mengelakkan murid-murid daripada membuat kesilapan yang banyak dan ini tidak akan membebankan saya untuk memeriksa hasil kerja murid.

KELEMAHAN Kelemahan dan kekurangan yang di kenal pasti dalam pelaksanaan tugasan micro pengajaran adalah segolongan anak murid saya tidak meyenaraikan

perkataan sama bunyi yang terdapat dalam lagu tersebut.. Ini adalah kerana mereka telah lupa . Saya juga dapati murid-murid tidak dapat menyebut perkataan tersebut dengan betul. Ini adalah kerana mereka jarang bertutur dengan betul dalam Bahasa Tamil di dalam kelas atau di luar kelas. Mereka juga jarang menonton rancangan-rancangan televisyen dalam Bahasa Tamil. Kebanyakkan anak murid saya ibu bapanya daripada golongan berpendidikan tinggi dan kebanyakan daripada mereka tinggal di kawasan bandar Langkah Mengatasi Setiap kelemahan dan kekurangan yang di kesan memerlukan

penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan yang saya hadapi saya akan bertutur dengan anak murid saya dalam Bahasa Tamil pada waktu P&P dan di luar waktu kelas. Saya akan memastikan anak murid saya menonton rancangan televisyen yang berkaitan dengan Bahasa Tamil dan sentiasa menggalakkan membaca bahan bacaan Bahasa Tamil.

Saya juga akan menampalkan contoh-contoh perkataan bunyi yang sama dan kad perkataan di dalam kelas supaya murid-murid dapat melihat setiap hari dan menghafal nama permainan tersebut. Saya akan sentiasa memberikan nasihat kepada anak murid saya tentang pentingnya bertutur dalam Bahasa Tamil. .

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN MAKRO PENGAJARAN BAHASA TAMIL TAHUN 2 Tahun Masa Kemahiran Objektif Pembelajaran : 2 KARNA : 30 minit : 2.5 : Murid dapat membaca dan meyenaraikan nama peralatan yang terdapat di dapur. : Laptop,LCD,Lembaran kerja :Menjaga kebersihan , keselamatan

ABM Nilai AKTIVITI SET INDUKSI ( 2 minit )

1.Murid diberi beberapa peralatan dan guru menyoal beberapa soalan . Di manakah kamu boleh melihat peralatan ini? 2.Murid menjawab soalan guru. 3.Murid menamakan peralatan tersebut.

LANGKAH 1 ( 10 minit ) 1.Murid menonton video clip yang ditayangkan oleh guru. 2. Murid menyenaraikan peralatan yang terdapat dalam video clip tersebut. 3.Murid menmakan peralatan tersebut manakala guru menulis nama peralatan tersebut.

LANGKAH 2 ( 16 minit ) 1.Murid mengeja dan membaca nama peralatan tersebut. 2.Murid diminta keluar ke hadapan dan menulis nama peralatan yang mereka telah belajar. 2.Murid diberi lembaran kerja. 3.Murid mewarnakan gambar peralatan dapur yang diberi oleh guru. 4.Murid menulis nama peralatan dapur yang telah belajar.

PENUTUP ( 2 minit ) 1.Murid membaca nama peralatan dapur yang terdapat dalam video clip. 2.Murid membuat buku skrap sebagai kerja rumah.

REFLEKSI

Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) ialah satu jenis pengetahuan yang unik bagi seseorang guru berdasarkan kepada cara guru mengaitkan pedagogi dengan isi kandungan sesuatu disiplin atau apa yang perlu diajar. Integrasi keduadua jenis pengetahuan tersebut menghasilkan pengetahuan pedagogi kandungan. Pengetahuan pedagogi kandungan memainkan peranan yang penting sebab ia menyepadukan isi kandungan dan pedagogi untuk pembentukan kefahaman tentang bagaimana topik, masalah dan isu pengajaran diorganisasikan, diwakili dan diadaptasikan berdasarkan pelbagai minat dan kebolehan pelajar. Saya telah menjalankan pengajaran Bahasa Tamil Tahun 2 Karna dengan menggunakan beberapa kaedah dan teknik semasa menyampaikan isi

pengajaran. Pengetahuan pedagogi kandungan telah digunakan untuk menilai atau menentukan pengetahuan asas murid. Menurut Shulman, seorang guru mempunyai kebolehan untuk mengubah pengetahuan isi kandungan yang dimilikinya kepada suatu bentuk yang lebih sesuai untuk pengajaran serta sesuai dengan latar belakang dan kebolehan pelajar. Ini menunjukkan bahawa pengetahuan pedagogi kandungan (PCK) bukan sahaja bergantung kepada pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi sahaja tetapi juga bergantung kepada pengetahuan saya berkenaan latar belakang pelajar-pelajar Tahun 2 Karna. Dua elemen penting dalam PCK ialah pengetahuan tentang cara bagaimana isi pelajaran boleh disampaikan kepada pelajar dengan berkesan dan

memahami masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar khususnya dalam memahami isi pelajaran yang disampaikan.

Proses komunikasi antara saya dan pelajar-pelajar kerap berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi yang wujud ini memberi ruang interaksi yang membolehkan proses penyampaian ilmu dilakukan dengan berkesan dan pembelajaran dilakukan secara komprehensif. Dengan ini, konsep dan idea,nilai-nilai murrni dapat disampaikan kepada pelajar dengan baik dan secara berkesan. Melalui proses komunikasi, saya dapat berkongsi idea bersama pelajar-pelajar. Semasa P&P dijalankan pelajar telah diminta berlakon,sumbang saran,mewarna,mencipta kad ucapan terima kasih dan berbincang dalam kumpulan. Mereka telah mencuba dan telah menyampaikan hasil pemikiran dan jawapan mereka kepada kelas secara kumpulan. Mereka juga telah melibatkan diri mereka secara aktif. Komunikasi pelbagai hala telah berlaku secara tidak langsung menerusi penglibatan murid yang aktif. Melalui proses ini, mereka dapat belajar menyampaikan pemikiran dan idea kepada saya dan rakan sekelas melalui komunikasi. Pelajar-pelajar telah melibatkan diri dengan seronok dan aktif semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penerangan dan huraian yang jelas dalam langkah 2 dan 3 memberi jalan kepada saya dan murid supaya berinteraksi secara berkesan. Apabila beberapa soalan diajukan mereka dapat bertindak balas dengan serta-merta dan juga memberikan jawapan yang betul. Semasa pujian diberikan mereka berasa lebih yakin serta mula menunjukkan perhatian. Proses penilaian pula, merangkumi semakan formal pemahaman pelajar tentang isi kandungan yang telah diajar berdasarkan objektif dan hasil

pembelajarn yang telah ditetapkan. Semasa proses ini dijalankan saya mendapati bahawa pelajar-pelajar telah memahami isi kandungan yang diajar dengan baik. Pelajar-pelajar juga lebih tertarik semasa saya memaparkan gambar-gambar yang berwarna-warni dan beberapa soalan . Minat mereka dan keinginan belajar juga dapat diperhatikan dengan jelas. Saya berasa sangat gembira kerana objektif pengajaran saya dapat dicapai dengan sepenuhnya. Saya telah memahami bahawa guru-guru perlu mempunyai pengetahuan pedagogi isi kandungan yang tinggi lebih serta memberi perhatian yang lebih kepada penyelesaian masalah iaitu seperti melibatkan pelbagai soalan bercerita. Seseorang guru juga perlu mendengar penerangan daripada pelajar dengan teliti dan sabar. Guru juga harus menggalakkan interaksi dalam kalangan pelajar supaya wujud komunikasi yang berkesan. Guru juga perlu menilai tindak balas lisan lebih daripada kerja bertulis, Selain itu, guru hendaklah berusaha membuat penerangan yang ringkas dan padat mengikut keperluan pelajar. Penyediakan pelbagai bahan konkrit untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah adalah amat penting. Guru seharusnya tidak bergantung kepada buku teks sebagai panduan utama untuk mengajar. Saya mendapati bahawa, jika seseorang guru berinisiatif mencari bahan-bahan pengajaran dari pelbagai sumber maka beliau dapat memahami isi kandungan pengajaran dengan lebih terperinci dan memperoleh idea yang banyak atau berlainan. Dengan ini, minat pelajar dapat dikekalkan serta proses pengajaran dan pembelajaran pun dapatlah dijalankan dengan lancar dan berkesan. Justeru itu, amalan refleksi memainkan peranan yang penting dan merupakan perlakuan memikirkan semula proses pengajaran dan pembelajaran. Amalan refleksi memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Penerokaan ini melibatkan aktiviti minda yang mencantumkan segala kemahiran berfikir.

Kesimpulannya, refleksi merupakan renungan mendalam yang dilakukan agar kefahaman yang jitu dalam sesuatu perkara dapat dimaksimumkan dengan cara menilai dan menimbangkan secara kritis bersandarkan bukti logikal agar rumusan yang bernas dapat dihasilkan. Renungan kendiri merujuk kepada aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran pembelajaran yang telah dilakukan dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran guru.

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk :1. Mengenal pasti kelemahan pelajar Tahun 2 dalam tatabahasa. 2. Merangka tindakan pembaikan untuk mengatasi kelemahan murid dalam tatabahasa Bahasa Tamil. 3. Meningkatkan keberkesanan penggunaan tatabahasa Bahasa Tamil dalam usaha meningkatkan keupayaan,kemahiran dan pencapaian murid dalam Bahasa Tamil. KUMPULAN SASARAN Saya memilih murid Tahun 2 Karna sebagai kumpulan sasaran dalam mengkaji masalah penguasaan tatabahasa Bahasa Tamil.Murid-murid kelas ini agak lemah dalam penguasaan tatabahasa Bahasa Tamil .Boleh dikatakan bahawa hampir keseluruhan murid kelas ini tidak dapat menjawab soalan tatabahasa Bahasa Tamil. Saya sebagai guru Bahasa Tamil kelas ini menghadapi masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil.Oleh kerana murid lemah dalam penguasaan tatabahasa Bahasa Tamil,maka saya tidak dapat menjalan kan pengajaran seperti biasa.Maka saya terpaksa menjalankan kelas pemulihan.inilah yang menyebabkan saya memilih kelas dan tajuk ini bagi menjalankan kajian tindakan ini.

INSTRUMEN KAJIAN

UJIAN PRA Saya telah menjalankan ujian pra untuk mendapatkan data pelajar yang tidak mahir dalam penguasaan tatabahasa Bahasa Tamil.Soalan tatabahasa ini merangkumi tajuk-tajuk seperti kata hubung,kata adjektif,kata seru dan kata Tanya.

UJIAN PASCA Saya telah menjalankan ujian ini untuk mendapatkan data murid untuk mengetahui sama ada murid benar-benar mecapai kemahiran tatabahasa setelah beberapa tindakan telah diambil.

LANGKAH LANGKAH TINDAKAN Tindakan pertama ialah penyediaan ujian pra dan ujian pasca.Setelah dikaji tentang keputusan ujian pra,saya dapat memahami tentang kelemahan murid dalam penguasaan tatabahasa.Saya telah menjalankan beberapa tidakan untuk mengatasi kelemahan tatabahasa murid dalam Bahasa Tamil.Permainan bahasa dipilh sebagai alat yang penting dalam mengatasi kelemahan murid .Antara permainan bahasa yang dipilih ialah kuiz,mencantumkan kad dan latihan tubi .

KUIZ Saya telah menyediakan soalan kuiz yang meliputi soalan tatabahasa.Semasa menjalankan kuiz ini muird-murid Tahun 2 Karna dibahagikan kepada dua kumpulan .Setiap kumpulan diberikan masa 1 minit untuk dijawab soalan yang dikemukakan Markah bagi kumpulan pertama yang menjawab dengan betul ialah sebanyak 3 markah.Manakala,bagi kumpulan yang kedua menjawab soalan dengan betul ialah sebanyak 1 markah. Kuiz ini dijalankan selama 1 minggu dan setiap hari soalan kuiz berbeza . MENCANTUMKAN KAD Saya juga telah mengadakan permainan mencantum kad.Dalam kad ini ditulis soalan soalan tatabahasa dan jawapannya ditulis berasingan dalam kad manila yang lain.Murid-murid dibahagikan dalam 2 kumpulan.Satu kumpulan diberikan soalan dan satu lagi kumpulan diberikan jawapan.Murid-murid dikehendaki membaca soalan dan mencari jawapan pada rakan mereka.Kemudian mereka mencantumkan kad manila tersebut dan melekatkan kad manila tersebut di hadapan kelas. LATIH TUBI Selain daripada soalan kuiz dan permainan mencantum kad muird-murid juga diberi latih tubi.Murid-murid diberikan 10 soalan tatabahasa dan mereka diminta menjawab soalan-soalan ini dalam masa yang ditetapkan. Dalam melaksanakan langkah langkah ini saya menghadapi pelbagai masalah.Contohnya,menyediakan solan kuiz.Walau bagaimanapun,murid-murid berasa gembira dan cenderung untuk terlibat dalam kuiz.Mereka berebutberebutuntuk menjawab soalan kuiz.Begitu juga semasa permainan mencantunkan kad.Tetapi murid-muridtidak aktif semasa menjawab soalan latih tubi.

REFLEKSI TINDAKAN. Kajian Tindakan ini dapat memberi kesedaran kepada saya tentang masalah murid dan kelemahan muird dalam penguasaan tatabahasa dalam Bahasa Tamil.Kajian ini juga dapat memberi banyak pengalaman kepada saya untuk mencari cara penambahbaikan.Di samping itu,saya juga dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran saya.Walaupun saya mempunyai banyak tugasan lain yang terpaksa dilaksanakan,namun dengan semangat untuk memperbaiki kelemahan murid dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab,kajian ini dapat disempurnakan dalam tempoh yang dirancangkan. Sebagai kesimpulan,saya telah Berjaya dalam kajian ini.Hampir keseluruhan murid telah berjaya menguasai aspek tatabahasa Bahsa Tamil.Jadi saya sebagai guru Bahasa Tamil Tahun 2 Karna berasa gembira dan bersyukur di atas pencapaian murid-murid saya.Saya berazam untuk memastikan semua murid saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kelak. PENUTUP Kajian Tindakan ini adalah satu kajian yang baik jika dijalankan di peringkat sekolah.Kajian ini bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi murid tetapi juga memperbaiki teknik pengajaran dan pembelajaran para guru.

Bibliografi
Ab. Rahim Selamat ( 198 ), Belajar Cara Belajar, Kuala Lumpur, Nurin Enterprise Ahamad Sipon, Dr. ( News Straits Time Press, Sabtu, 30 Jun, 2001 ) Technical Education Boost, ( ms 1 ) Kuala Lumpur, Chok Suat Ling. Ed. Alsagoff, S.A. ( 1986 ), Ilmu Pendidikan : Pedagogi, Kuala Lumpur, Heinemann Sdn. Bhd. Atan bin Long ( 1978 ), Psikologi Pendidikan, Kuala Lumpur, DBP, Kementerian Pendidikan Malaysia Bloom, Benjamin S. ( 1956 ), Taksonomi Objektif Pendidikan Buku Pedoman 1: Domain Kognitif, Abdullah Junus Ed., Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Crow, Lester D. dan Crow, Alice ( 1983 ), Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ee Ah Meng ( 1987 ), Pedagogi Untuk Bakal Guru, Petaling Jaya, Fajar Bakti.

Ee Ah Meng ( 1989 ), Pedagogi Satu Pengenalan Edisi Kedua, Kuala Lumpur, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

You might also like