You are on page 1of 1

Buku Motivasi Dalam Pendidikan ini amat bagus dibaca oleh guru-guru dan pendidik dan amat diperlukan

oleh dunia pendidikan masa kini di Malaysia, kerana masalah kelesuan dorongan dan semangat untuk belajar dan mengajar telah menjadi isu yang hangat diperdebatkan. Buku ini mengandungi 5 bab utama yang menerangkan elemen-elemen penting berkaitan motivasi dalam pendidikan. Bab 1 dalam buku ini menerangkan tentang definisi dan konsep motivasi, teori dan jenis-jenis motivasi. Pembaca didedahkan kepada motivasi enstrinsik dan juga motivasi intrinsik. Salah satu falsafah penulisan buku ini ialah kepercayaan bahawa motivasi mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan kesihatan fizikal seorang pelajar dan guru. Oleh itu, dalam Bab 2 pula akan menjelaskan tentang motivasi fizikal dan cara mewujudkan pengajaran dan pembelajaran melalui motivasi fizikal. Seterusnya dalam Bab 3 pula adalah berkenaan motivasi guru dan cara guru mencapai pengajaran yang berkesan melalui motivasi kendiri, motivasi melalui kepimpinan dan melalui pengurusan bilik darjah. Motivasi guru dipercayai boleh wujud melalui kepimpinan pengetua atau guru besar dan juga sistem mentor. Budaya sekolah juga mempunyai peranan dalam melahirkan guru yang bermotivasi. Bab 4 pula menghuraikan cara-cara mewujudkan motivasi melalui hubungan yang positif antara guru, murid dan juga pengumpulan maklumat pelajar. Pelbagai jenis stail belajar diperkenalkan dengan tujuan guru dapat mengenal pasti stail belajar pelajar mereka untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Dalam Bab 5 , penulis menekankan khusus tentang aspek motivasi dan pembelajaran. Lima dimensi pembelajaran diperkenalkan yang merupakan asas pembelajaran yang perlu diketahui oleh setiap golongan pendidik. Strategi pembelajaran juga dimuatkan supaya pendidikan dapat mengenal pasti kekuatan pelajar untuk mempertingkatkan kesan pembelajaran dalam bilik darjah. Buku ini dilihat bagus untuk dibaca oleh golongan pendidik kerana dapat menambah pengetahuan guru tentang motivasi dan bagaimana motivasi dapat digunakan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seterusnya mengatasi masalah kekurangan semangat pelajar dan guru di sekolah.

You might also like