You are on page 1of 14

JENIS PAKAIAN KAUM DI MALAYSIA

Thursday, October 7, 2010

PAKAIAN ETNIK MASYARAKAT SABAH


PAKAIAN ETNIK KADAZAN

kadazan

Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.

PAKAIAN SUKU KAUM RUNGUS Pakaian istiadat suku kaum Rungus. Pakaian lelaki terdiri dari baju badu, seluar soval, bengkung hokos dan pakaian kepala sigal dari kain pis. Wanita memakai baju sempit banat dan kain paras lulut tapi serta hiasan kepala disebut sisingal dan rampai. Perhiasan diri dari jalinan manik-manik berwarna-warni disebut pinakol dan togkol,

suku kaum rungus

PAKAIAN SUKU KAUM MURUT

Pakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu puputul yang dilukis dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan kepalanya tupi sinulatan juga dari kulit kayu. Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan motif sarat dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari manik seperti rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai.

suku kaum murut

PAKAIAN SUKU KAUM BAJAU Pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran. Pakaian lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang.

suku kaum bajau

http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=529&menu_id=43&c3=40&click=1 Posted by fify_fathia at 12:54 AM 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Wednesday, October 6, 2010

PAKAIAN MASYARAKAT ETNIK SARAWK


PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI IBAN KAIN SIRAT

Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan; mempamerkan bahagian yang berhias DANGDONG

Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat
PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN IBAN

BIDANG

Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalurjaluran yang bewarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu @ sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang bewarna merah. KALAMBI Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja. Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang dilipat dua. Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan atau ambungan lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang

separas punggung dan ada yang labuh hingga ke lutut. Kalambi ditenun dengan segala macam motif yang indah. Terdapat kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang indah dan ada pula kalambi yang dihias dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi dengan figura-figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan. Ada kalambi yang menggunakan kain yang ditenun dengan cara ikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang menegak, figura manusia dan burung. Semua motif tersebut ditenun dalam bentuk geometrik. Hujung kalambi hasil tenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai, berpintal atau dihias dengan karangan manik BEDONG Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang bedung hampir sama dengan sirat. Beong dipakai di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.

baju baldu

PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN MELANAU

BAJU BALDU

Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul
BAJU BABAN

baju baban

Wanita Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul
PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI MELANAU

Pakaian tradisional Melanau. Lelaki menggayakan baju potongan moden bersamping broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon berkopiah Jawa.

PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI BIDAYUH

lelaki bidayuh

Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan putih. Bahagian luar memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang

PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN BIDAYUH

perempuan bidayuh

Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak. Perhiasan kepalanya ialah sipiah dari tiga warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak

http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=524&menu_id=43&c3=40&click =1 http://malaysiana.pnm.my/02/0204010102swkiban_pakaiwanita.htm

Posted by fify_fathia at 3:54 PM 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Tuesday, October 5, 2010

BAJU KAUM INDIA


JENIS PAKAIAN KAUM LELAKI MASYARAKAT INDIA DHOTI

Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.

Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.

http://malaysiana.pnm.my/02/02030101ind_dhoti.htm http://malaysia.images.search.yahoo.com/search/images?_adv_prop=image&fr=slv1yff35&va=dhoti&sz=all Posted by fify_fathia at 5:13 AM 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Monday, October 4, 2010

BAJU KAUM INDIA


JENIS BAJU KAUM PEREMPUAN MASYARAKAT INDIA SARI

Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.

Sari

Dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai pada musim perayaan. Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Wala apapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai. http://malaysiana.pnm.my/02/02030103ind_sari.htm http://ms.wikipedia.org/wiki/Sari

Sari

Posted by fify_fathia at 6:28 AM 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

BAJU KAUM CINA


JENIS BAJU KAUM LELAKI MASYARAKAT CINA SAM FOO

Sam foo

Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanitawanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia. http://malaysiana.pnm.my/02/02020102cna_samfoo.htm

Sam foo dan Cheongsam

Posted by fify_fathia at 6:14 AM 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

BAJU KAUM CINA


JENIS BAJU KAUM PEREMPUAN MASYARAKAT CINA

Cheongsam

Cheongsam adalah pakaian wanita dengan ciri-ciri khas Cina dan menikmati populariti yang berkembang di dunia antarabangsa. Nama "cheongsam", yang bermaksud sim-ply "pakaian panjang", memasuki kosa kata Bahasa Inggeris dari dialek Negeri Guangdong (Kantonis). Di bahagian lain negara termasuk Beijing, bagaimanapun, ini dikenali sebagai "qipao", yang mengandungi sejarah di belakangnya. Ketika kedatangan awal penguasa Manchu ke China yang tepat, mereka mengatur orang-orang tertentu, terutama Manchu, menjadi "spanduk" (qi) dan memanggil mereka "orang banner" (qiren), yang kemudian menjadi longgar atas nama semua Manchu. Para wanita biasanya Manchu mengenakan gaun one-piece yang, juga, kemudian disebut "qipao" atau "banner gaun". Walaupun Revolusi tahun 1911 menumbangkan kuasa Qing (Manchu) Wangsa, gaun wanita selamat dari perubahan politik dan, dengan pemulihan, telah mereka pakaian tradisional untuk wanita Cina. Mudah dan nyaman untuk dikenakan, cheongsam yang berpadanan dengan latar belakang perempuan cina adalah seperti leher tinggi, leher tertutup, dan lengan yang pendek, sedarhana atau panjang, bergantung pada musim dan selera. Gaun itu kancing di sisi kanan, dengan dada longgar, pinggang pas, dan celah naik dari sisi, semua yang menggabungkan untuk mematikan bentuk keindahan wanita. Cheongsam ini tidak terlalu rumit untuk membuat. Juga tidak menggunakan bahan yang terlalu banyak, kerana tidak ada aksesoris seperti ikat pinggang, syal, ikat pinggang atau hiasan digunakan bersamanya. Selain itu, Cheongsam adalah diperbuat dari bahan yang berbeza dan panjang yang berbeza-beza, mereka boleh memakainya di acara-acara santai atau formal. Dalam kedua-dua kes, itu mencipta kesan sederhana dan tenang, keanggunan pesona dan kerapian.Jadi tidak hairanlah Cheongsam begitu banyak disukai oleh perempuan tidak hanya Cina tetapi negara asing juga. http://www.bravochina.com/clothing/cheongsam.htm Posted by fify_fathia at 5:50 AM 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

BAJU KAUM MELAYU

JENIS BAJU KAUM PEREMPUAN MASYARAKAT MELAYU BAJU KURUNG

Baju kurung

Baju kurung Pahang

Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti mengurung atau menutup anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah kurung diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya baju kurung bernyawa walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Baju_kurung#Baju_Kurung http://malaysia.images.search.yahoo.com/search/i mages;_ylt=A0S0zuxWvqlMhjwA10HlPwx.?p=koleksi+baju+kurung+kedah&fr=slv1-yff35&ei=utf8&x=wrt&y=Search

BAJU KEBAYA

Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua teori tentang asal baju kebaya. Satu mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada perkataan Arab habaya yang bermaksud pakaian labuh yang berbelah di hadapan. Satu lagi mengatakan pakaian seumpama ini dibawa oleh Portugis ke Melaka, maka sebab itulah kebaya telah lama dipakai di Melaka; bukan sahaja oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba) dengan sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya.

Baju kebaya Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki baju. Bahagian yang berbelah ini disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau yang berangkai dengan rantai halus. Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang. Kerongsang yang besar dan di atas sekali dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil dan dipakai bawah kerongsang ibu dipanggil anak. Kebaya ada pelbagai gaya. Contohnya di Selangor, kebayanya tidak berkolar. Di Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri yang lain. Di Pahang pula, baju kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu. Baju kebaya sesuai untuk pakaian harian dan juga pakaian pengantin. Bagi pakaian harian, baju kebaya sesuai diperbuat daripada kain kapas dan baldu atau sutera (bagi yang berada) dan dipadankan dengan kain sarung. Selendang hanya dikenakan apabila keluar rumah. Bagi pengantin pula, baju kebayanya diperbuat daripada songket dan sepasang dengan kain sarungnya. Selendangnya juga diperbuat daripada songket.

You might also like