You are on page 1of 42

Tingkatan 5 2012

NUR SHAKIRAH BINTI ROSLI SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR USTAZAH SUHAILA BINTI JUSOH

[PENDAHULUAN]
Terhasilnya folio ini adalah kerana tugasan yang telah diamanahkan kepada semua pelajar tingkatan 4 2011 Sekolah Menengah Sains Muar. Tugasan yang diamanahkan telah dikeluarkan oleh panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengah Sains Muar sebelum semua pelajar tingkatan 4 pulang bersempena cuti akhir tahun 2011.

Semua pelajar tingakatn 4 telah diberikan tempoh selama lebih kurang sebulan untuk menyelesaikan tugasan ini. Kami diberikan tugasan untuk menghasilkan satu folio berdasarkan bahagian sirah Pendidikan Agama Islam tingkatan 5 iaitu berkenaan sejarah tokoh-tokoh pejuang Islam.

Kami melaksanakan tugasan ini berdasarkan 6 tokoh dalam pelajaran tingkatan 5 iaitu Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, As Sayyid Jamaluddin al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh, Syeikh Tahir Jalaluddin, dan Hamka. Saya telah merujuk beberapa sumber dari internet dan buku-buku berkenaan untuk melengkapkan maklumat berkenaan tokoh-tokoh tersebut.

Tokoh-Tokoh Islam T5

[PENGHARGAAN]
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada guru kelas saya Pn. Fadzilah Abdullah Thani dan En. Shahrul Hafiz. Mereka telah banyak memberi nasihat dan galakan kepada saya dan rakanrakan sekelas yang disayangi demi menyelesaikan setiap tugasan yang telah diamanahkan untuk kami siapkan sepanjang cuti.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada Ustazah Suhailah binti Jusoh selaku guru matapelajaran Pendidikan Agama Islam kelas saya sepanjang tahun 2011. Beliau telah banyak memberikan didikan dan dorongan kepada kami sepanjang proses menyiapkan folio ini. Beliau juga sudi meluangkan masa untuk mendengar permasalahan dan kerenah kami demi menghasilkan folio seperti yang diarahkan.

Kepada ibu dan ayah yang saya kasihi, terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kerana sentiasa memberikan sokongan sepenuhnya dalam setiap kerja yang kami lakukan dan sanggup mengeluarkan wang ringgit untuk persiapan folio ini yang secukupnya.

Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang amat saya kasihi dan hormati. Terima kasih kerana sentiasa sudi memberikan kerjasama dan berkongsi info-info yang penting lagi bermanfaat buat saya. Sepanjang saya menyiapkan folio Agama Islam, semua kerja yang dilakukan lebih mudah dengan bantuan rakan-rakan terutama rakan-rakan saya dari kelas 4 Cerdik.

Tokoh-Tokoh Islam T5

Ibnu sina @ avicenna


Bapa Perubatan Dunia

___________________________________
[Pendahuluan]
Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqah, dan perubatan. Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut. Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

Tokoh-Tokoh Islam T5

[Biodata]
Nama Al-Husain b Abdullah b Al-Hassan b Ali b Sina 370H/980M

Tarikh Lahir

Tempat Lahir

Afsyanah Bukhara, Turkistan

Bapa

Penguasa Kharmathain, Bukhara

Perpindahan

Pada 390H/1000M setelah bapanya meninggal dunia berpindah ke Khawarizm, Jurjan, Rai dan Hamazan

Jawatan Disandang

Pakar Perubatan di wilayah Rai Penasihat Agung Amir Ala Al-Daulah di Asfahan

Tarikh Meninggal

428H/1037M di Hamazan

[Keperibadian]
Tokoh-Tokoh Islam T5 5

1) Tekun Mempelajari Ilmu

i)

Pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali.

2) Taat Beragama

i) Sentiasa berdoa kepada ALLAH SWT ii) Sering pergi ke masjid untuk memohon petunjuk
3) Pintar

i) i)

Menguasai pelbagai ilmu naqliah semasa berusia 8 tahun.

4) Berinovatif Banyak membuat penyelidikan dan menghasilkan karya dalam bidang perubatan

[Pendidikan]
Mula belajar Al-Quran sejak 5 tahun Menghafaznya semasa 10 tahun Belajar ilmu fikah dan tasawuf daripada Ismail Al-Zahid, ilmu hisab dan prinsip geometri di masjid Belajar ilmu falsafah daripada Abu Abdullah An-Natili Ilmu sains dan astronomi daripada Al-Biruni Semasa berusia 16 tahun, beliau menguasai ilmu perubatan dan muncul sebagai pakar perubatan ulung

Tokoh-Tokoh Islam T5

[Ketokohan Dalam Bidang Perubatan]


Kepakaran beliau pernah digunakan untuk merawat penguasa Bukhara Nuh bin Mansur dan penguasa lain Menghasilkan karya perubatan seperti Al-Qanun Fit Tib (rujukan utama hingga kini) dan banyak lagi karya lain telah diterjemah dalam pelbagai bahasa ( Latin, Hebrew, dan Inggeris) Pencapaian yang telah dilakukan : o Penemuan penyakit baru dan puncanya o Penemuan dalam bidang farmasi o Membangunkan teknologi perubatan

[Kesan Peninggalan]
Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina Berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada masa itu. Memperkenalkan metod pemerhatian (observation) dan analisis dalam perubatan hingga kini Penyelidikan dan penulisannya banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden Telah dihimpun oleh Domonican Institute For Oviental Studies di Kaherah, Mesir. Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina Berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada masa itu. Beliau juga banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih 760 jenis penyakit serta kaedah merawatnya.

[ Sumbangan]
Tokoh-Tokoh Islam T5 7

Menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang seperti falsafah, mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi, dan sains politik. Buku-buku tersebut telah dihimpun oleh Dominican Institute of Oriental Studies di Kaherah, Mesir. Kemudian pada tahun 1950 M, buku tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan dinamakan sebagai Muallafat Ibnu Sina (karya-karya Ibnu Sina). Jasanya dihargai hingga ke hari ini. Sebuah universiti pendidikan di Hungary telah mengambil sempena nama beliau iaitu Avicenna College.

[Penutup]
Ibnu Sina merupakan tokoh perubatan islam yang terkenal dan banyak memberi sumbangan dalam bidang perubatan. Ibnu Sina banyak menghasilkan karya dalam bidang perubatan. Bukunya Al Qanun f al-Tib menjadi rujukan utama seluruh pusat pengajian tinggi di barat.

Ibnu khaldun
Tokoh Sejarawan Ulung

Tokoh-Tokoh Islam T5

_________________________________________________
[Pendahuluan]
Ibnu Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. Ibnu Khaldun turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya Muqaddimah (Pengenalan). Ibnu Khaldun juga menulis sejarah Muslim di Afrika Utara yang terulung. Ibnu Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan Morocco dan pada tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam Castile "the Cruel of Castile". Ibnu Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, dimana beliau menghabiskan riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. Ibnu Khaldun juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387.

[Biodata]

Tokoh-Tokoh Islam T5

Nama

Abdul Rahman b Muhammad b Muhammad

Tempat Lahir

Tunisia

Tarikh Lahir Keturunan

732H/1332M Arab Yaman yang berhijrah ke Andalus Setiausaha negara di Istana Sultan Abu Ishak b Abi Yahya dan Sultan Abu Annun Anggota Majlis Ilmiah Anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim b Abi Al-Hassan Ketua Hakim negara Mesir

Jawatan Pernah Disandang

Tarikh Meninggal Dunia

808H

[Keperibadian]
Tokoh-Tokoh Islam T5 10

1) Tekun Mencari Ilmu a) Ilmu fardhu Ain dan Fardhu Kifayah b) Bijak membahagikan masa untuk masyarakat dan menuntut ilmu 2) Berjiwa Pemimpin a) Menjadi Pegawai Tertinggi Istana dan Ketua Hakim Negara Mesir 3) Kreatif a) Karya Muqaddimah Ibnu Khaldun hasil pengalaman dan kreativiti beliau mengetengahkan sejarah sebagai bidang ilmu.

[Pendidikan]
Ibnu Khaldun mempelajari asas agama dan bahasa Arab daripada o o o o Abdul Rahman bin Muhammad (bapa beliau), Muhammad bin Muhaimin al Khadhrami. Muhammad bin Saad bin Barral al Ansari. Muhammad bin al Syawasyi al Zarzali.

Mempelajari ilmu-ilmu fardhu kifayah seperti mantik, falsafah, sains, dan matematik daripada Muhammad bin Ibrahim al Abili. Semasa di Fez, Ibnu Khaldun mendapat pendidikan tinggi daripada: Ahmad bin al Qasar. Lisan al Din bin al Khatib (pengarang kitab Tarikh Gharnattah). Muhammad bin Abdul Salam.

[Sumbangan Dan Karya Agung]


Tokoh-Tokoh Islam T5 11

Berjaya menganalisis aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik dan pendidikan dalam karyanya Memberi idea dan panduan terbaik tentang aras pembinaan sesebuah tamadun Pelopor pemikiran moden dan berpendapat tamadun adalah hasil kombinasi keunggulan rohani dan jasman Disanjung masyarakat dan dunia hingga hari ini. Pemikirannya sering dijadikan wacana, tema seminar, bengkel dan persidangan ilmu dan judul buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi Karya agungnya Muqaddimah Ibnu Khaldun. Lebih berkualiti dan berpengaruh kepada pemikiran manusia

[4 Perkara Penting Kepada Sejarah]


1. Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku 2. Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku 3. Membandingkan antara peristiwa-peristiwa berdasarkan kaedah sebab musabab 4. Mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar

[Ibnu Khaldun Tokoh Pelbagai Bidang]


Tokoh-Tokoh Islam T5 12

Menganalisis tamadun Tafsiran sejarah Menyandang banyak jawatan penting Penggiat budaya dan kesusasteraan Arab Menghasilkan banyak syair sejak kanak-kanak.

[Penutup]
1. Ibnu Khaldun merupakan tokoh falsafah yang terkenal. Beliau juga menguasai pelbagai ilmu perubatan 2. Ibnu Khaldun telah melakukan perubahan dalam beberapa bidang ilmu seperti ilmu sejarah dan persejarahan, sosiologi, politik, dan sosiologi pendidikan.

Sayyid jamluddin
Tokoh-Tokoh Islam T5 13

al-afghani
Pejuang Islam Yang Gigih

___________________________________
[Pendahuluan]
Sayid Jamaluddin Asadabadi, Jamaluddin Afghani atau Jamaluddin al-Afghani merupakan seorang aktivis politik dan nasionalis Islam di Afghanistan, Iran, Mesir, dan Empayar Uthmaniyyah semasa kurun ke-19. Beliau merupakan salah seorang pelopor pemodenan Islam.

[Biodata]

Tokoh-Tokoh Islam T5

14

Nama

Sayyid Jamaluddin Safdar Al-Afghani Sayyid (berketurunan Saidina Ali dan Rasulullah SAW) Perkampungan Asad Abad, Kabul, Afghanistan 1254H/1838M 5 Syawal 1314H/9 Mac 1897M Mekah India Mesir Paris Istanbul Iran Rusia Baghdad London

Gelaran

Tempat Lahir

Tarikh Lahir Tarikh Meninggal Tempat Merantau Menyebarkan Idea Islah

Jawatan Pernah Disandang

Anggota Kementerian Pendidikan di Istanbul, Turki Syeikh Muhammad Abduh

Anak Murid Yang Meneruskan Idea Islahnya

[Keperibadian]
Tokoh-Tokoh Islam T5 15

1) Berani Memperjuangkan Kebenaran i) Petah berpidato menaikkan semangat umat Islam menentang penjajah 2) Suka Merantau i) Mengkaji kedudukan umat Islam serta menyebarkan idea Islah yang banyak mempengaruhi perkembangan Islam (Timur) 3) Tekun i) Menguasai pelbagai ilmu dan bahasa 4) Akal Fikiran i) Akal fikiran yang tajam, cergas dan berpandangan jauh.

[Idea Islah]

Maksud Islah

Pembaikan atau perubahan terancang ke arah yang lebih baik

Bentuk Islah Yang Dibawa

Usaha mengembalikan kecemerlangan umat Islam seperti Zaman Khulafa Ar-Rasyidin Membina perpaduan tanpa mengira bangsa dan budaya melalui Al-Jamiatul Al-Islamiah

[Pendidikan]
Tokoh-Tokoh Islam T5 16

1) Ketika berumur 18 tahun menguasai pelbagai ilmu pengetahuan: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. Tasawuf Falsafah Nahu Al-Quran Hadis Fikah Mantik Astronomi Ilmu Kalam Perubatan Matematik

2) Bermusafir ke India mendalami ilmu matematik moden 3) Menguasai beberapa bahasa di dunia i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Afghanistan Parsi Arab Turki Rusia Inggeris Perancis Urdu

Dalam Bidang Pemikiran Dan Gerakan Islam


Penggerak perjuangan menentang penjajah

[Sumbangan]

Tokoh-Tokoh Islam T5

17

Merantau untuk menyatukan umat Islam serta mengembalikan keyakinan menentang penjajah Pidatonya bernas dan bersemangat dapat menyuntik semangat umat Islam Menghasilkan beberapa karya berbentuk ilmiah seperti Al-Amal, Al-Kalimah dan sebagainya

[Karya yang dihasilkan]


1. 2. 3. 4. Al Amal al Kamilah. Ar Raddu ala Addahriyain. Tatimmatulbayan Fi Tarikh Afghan. Al Khatirat.

[Idea Islah]
Pengertian Islah.
o Islah berasal daripada kata kerja Islaha yang bermaksud pembaikan. o Islah bermaksud pembaikan atau perubahan terancang ke arah yang lebih baik.

Tokoh-Tokoh Islam T5

18

Bentuk-bentuk Islah.
o Merupakan usaha untuk mengembalikan kecemerlangan umat islam sebagaimana zaman khulafa Ar Rasyidin. o Membina perpaduan tanpa mengira bangsa dan budaya melalui gagasan Jemaah Islamiah. o Beliau mengkritik taqlid ama (mengikut sesuatu secara membuta tuli) tanpa berlandaskan al-Quran dan sunnah. o Menyeru umat islam supaya kembali kepada ajaran islam yang tulen. o Cuba menyedarkan umat islam tentang keburukan fanatik kepada sesuatu mazhab sehingga memecahbelahkan kesatuan umat islam. o Berpandangan bahawa umat islam mesti menumpukan perhatian kepada usahausaha untuk memerdekakan tanah air dan fikiran mereka daripada penjajah.

Kesan Islah
o Idea Islah disambung oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Muhammad Rasyid Ridha. o Gerakan Islah dari Asia Barat ini lebih besar pengaruhnya berbanding gerakan Islah dari India yang dipelopori oleh Syah Waliullah ad Dahwali. o Di Malaysia, gerakan Islah dikembangkan oleh siswazah-siswazah dari universiti di Mesir dan Mekah. o Gerakan Islah telah mendorong umat islam mengkaji semua fahaman dan amalan masyarakat serta membetulkannya menurut tafsiran al-Quran dan sunnah. o Gerakan ini telah berjaya mengembalikan keyakinan umat islam tentang kemuliaan dan kekuatan yang ada pada mereka.

Keperluan Individu Terhadap Islah


o Islah amat diperlukan dalam kehidupan umat islam untuk membangunkan diri dan melaksanakan islam menurut ajarannya yang murni. o Islah dapat memberikan keyakinan kepada umat islam tentang kesesuaian islam untuk dilaksanakan pada setiap masa dan dalam semua keadaan.

[Penutup]
Tokoh-Tokoh Islam T5 19

As Sayyid Jamaluddin al Afghani adalah pejuan Islah yang gigih. Beliau vuba meyatukan umat islam melalui gagasannya iaitu Jemaah Islamiah. Beliau meniup semangat anti penjajah menerusi ceramah, pidato, dan penulisan.

Syeikh muhammad abduh


Tokoh Islam Agung

Tokoh-Tokoh Islam T5

20

[Pendahaluan]
Syeikh Muhammad Abduh merupakan seorang pakar undang-undang berbangsa Mesir, ilmuan agama, dan reformis pendidikan melalui pengislahan dalam sistem pendidikan.

Beliau berjaya memperbaiki sistem pendidikan dan kehakiman syariah.

[Biodata]
Muhammad b Abduh b Hassan Khairullah Tanta Mesir 1265H/1849M

Nama Tempat Lahir Tarikh Lahir

Tokoh-Tokoh Islam T5

21

Tarikh Dibuang Negeri Penerbitan Majalah

1882M kerana dituduh terlibat dengan pemberontakan Urabi Penerbitan Majalah Al-Urwatul Wusqa bersama Syed Jamaluddin Al-Afghani di Perancis

Jawatan Pernah Disandang

Guru di Masjid Al-Husaini &


Darul Ulum Mesir Guru di Sekolah Al-Sultaniah, Beirut Ketua editor akhbar Ketua Hakim Mahkamah Rayuan Mesir Anggota Majlis Pengurusan Universiti Al-Azhar Mufti Kerajaan Mesir

Tempat Meninggal Tarikh Meninggal

Iskandariah, Mesir 1314H/1905M

[Keperibadian]
1) Berani
i. Menyatakan Idea Islahnya walaupun terpaksa berhadapan banyak pancaroba

2) Berketerampilan
i. Diberi kepercayaan menyandang jawatan penting
a. Hakim Mahkamah Rayuan Mesir b. Mufti Kerajaan Mesir

Tokoh-Tokoh Islam T5

22

3) Tegas dan Penyayang


i. Menubuhkan Al-Jamiah Al-Khariah Al-Islamiah untuk membantu murid yang menghadapi masalah kewangan.

[Pendidikan]
Belajar membaca dan menulis daripada bapanya Belajar dan hafaz Al-Quran dalam masa 2 tahun. Belajar bahasa Arab di Masjid Al-Ahmadi Belajar tasawuf dan tatabahasa Arab Belajar ilmu hisab dan falsafah di Universiti Al-Azhar 1896M > Mendalami bidang akademik dan pemikiran Islam 1877M > Memperoleh ijazah daripada Universiti Al-Azhar

Dalam Bidang Pendidikan


Mewujudkan Mata Pelajaran o Matematik o Geometri o Algebra o Geografi o Sejarah o Seni khat

[Sumbangan]

Mewujudkan Farmasi khusus untuk pelajar Universiti Al-Azhar Mewujudkan piawaian dalam penganugerahan sijil

Tokoh-Tokoh Islam T5

23

Menyediakan peruntukan untuk gaji guru daripada perbendaharaan negara dan wakaf Negara Memperbaiki asrama pelajar o Menekankan keselamatan dan kesihatan Syeikh Muhammad Abduh Juga meninggalkan beberapa karya yang bermutu dan menjadi sumber rujukan utama dalam dunia Islam seperti: Riasalah at-Tauhid Tafsir Juz' 'Amma Tafsir Surah al-'Asr Risalah ar-Raddi 'ala ad-Dahriyyin yang merupakan terjemahan karya Sayid Jamaluddin al-Afghani Syarh Nahji al-Balaghah Syarh Maqamat al-Badi' at-Tahrir fi Islah al-Mahakim as-Syar'iyyah al-Islam wa ar-Raddu 'ala Muntaqidih al-Islam wa an-Nasraniyyah ma'a al-'ilmi wa al-Madaniyah

[Metode Islah]
1) Gerakan Islah Perjuangan memakan masa yang panjang Tidak boleh tergopoh-gapah 2) Antara metode melakukan Islah o Proses pengajaran di Masjid Al-Husain Darul Ulum dan Universti Al-Azhar o Media massa Majalah Al-Urwatul Wusqa o Karya-karya ilmiah Risalah Al-Tauhid

Tokoh-Tokoh Islam T5

24

Disebabkan proses Islah memakan masa yang panjang dan dengan strategi yang baik, Syeikh Muhammad Abduh menggunakan pelbagai metode untuk menyalurkan idea-idea Islahnya. Antara saluran-saluran idea Islahnya ialah:

Melalui proses pengajarannya di Masjid al-Husaini, Darul 'Ulum, dan Universiti al-Azhar;

Melalui media massa seperti majalah al-Urwah al-Wuthqa, akhbar al-Waqa'i'a alMisriyyah dan al-Ahram;

Melalui karya-karya ilmiah beliau seperti Risalah at-Tauhid, Tafsir Juz' 'Amma, at-Tahrir fi Islah al-Mahakim as-Syar'iyyah, al-Islam Wa ar-Raddu 'ala Muntaqidih, dan al-Islam wa an-Nasraniyyah ma'a al-'ilmi wa al-Madaniyyah.

Melalui jawatan-jawatan yang disandang seperti Hakim Mahkamah Rayuan Mesir, ahli Majlis Pengurusan Universiti al-Azhar Mesir dan Mufti Kerajaan Mesir.

[Aliran Pemikiran Dan Perjuangan]


1) Akidah a. Menyeru umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang asli dan murni b. Sesuaikan dengan kehendak zaman, asal tidak bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah 2) Kecekapan Pentadbiran a. Mendapati sistem pentadbiran kehakiman tidak sistematik dan perlu pengislahan yang diabadikan dalam karya-karyanya (Al-Tahrir Fi Islah Al-Mahakim Al-Syariah)

Tokoh-Tokoh Islam T5

25

3) Integrasi Ilmu a. Saran bidang ilmu fardhu kifayah (sains, matematik, falsafah, geografi) dimasukkan dalam kurikulum sekolah dan universiti b. Cadangan diterima baik oleh kerajaan Mesir

Syeikh Abduh Melakukan Pengislahan Dalam Pendidikan


Kesedaran terhadap keperluan Islah dalam kurikulum sekolah dan institusi yang ketinggalan zaman Inspirasi gerakan Islah menjurus ke arah mewujudkan integrasi ilmu Sistem pendidikan lebih menjurus ke arah taklid buta dan jumud (pasif) Kurang prasarana pendidikan dan bantuan kerajaan Mesir (golongan miskin terpinggir). Kadar gaji guru yang rendah

[Faktor]

[Penutup]
Beliau merupakan seorang mujaddad yang telah memberi sumbangan yang besar terhadap kemajuan pemikiran umat islam. Idea Islah yang dibawanya telah memberi perubahan yang besar dalam kehidupan umat islam.

Tokoh-Tokoh Islam T5

26

Syeikh Tahir Jalaluddin


Tokoh Pemikir Tanah Air

Tokoh-Tokoh Islam T5

27

__________________________
[Pendahuluan]
Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki Al-Azhari, merupakan tokoh bidang Falak Syarie di alam Melayu Nusantara yang telah memantapkan bidang fardu kifayah tersebut di rantau ini menerusi pengajaran, penggunaan dan penyebaran ilmu tentangnya di kalangan 'alim ulamak yang bertanggungjawab membuat taqwim Islam tempatan.

[Biodata]
Nama Muhammad Tahir b Syeikh Muhammad b Ahmad Jamaluddin 7 November 1869 Ampek Angkek, Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia

Tarikh Lahir Tempat Lahir

Tokoh-Tokoh Islam T5

28

Bapanya

Seorang Ulama terkenal berketurunan Melayu Minangkabau

Tamat Pengajian Jawatan Pernah Disandang

Pada tahun 1900 di Mekah

Guru di Madrasah Al-Masyhur, Pulau Pinang, Madrasah Haji Taib, Parit Jamil, Muar, Johor dan Perak Mufti Negeri Johor dan Perak

Gelaran Syeikh

Dikurniakan ketika menjadi Mufti Perak

Meninggal Dunia

26 Oktober 1956 di Perak

[Keperibadian]
1) Menepati masa a. Tidak pernah terlewat menghadiri kelas melainkan kerana keuzuran Cinta kepada ilmu a. Suka membaca dan memiliki perpustakaan kecil di rumah Tekun dan gigih a. Gigih menyebarkan idea Islah walaupun ditentang 2)

3)

Tokoh-Tokoh Islam T5

29

[Idea Islah]
Tertarik dengan idea Islah ketika berkawan dengan Sayyid Muhammad Rashid Redha.
Berjuang bermati-matian memberi kesedaran tentang kebebasan berfikir yang terhindar daripada khurafat dan syirik serta penjajahan luar.

Mesej Islah beliau : o Mengajak umat Islam mengamalkan ajaran Islam berteraskan Al-Quran dan Aso o o
Sunnah (bebas daripada adat lama) Menjauhkan pengaruh negatif luar (Barat) Menolak amalan taklid buta Berusaha mempelajari pelbagai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah

[Pendidikan]
Belayar ke Mekah sewaktu 12 tahun Tinggal bersama saudara sepupunya (pemimpin Mazhab Syafie di Masjidil Haram) 1893 > menyambung pelajaran dalam jurusan ilmu falak di Universiti Al-Azhar, Mesir Tamat belajar kembali ke Mekah dan diberi kepercayaan mengajar di Masjidil Haram

Tokoh-Tokoh Islam T5

30

[Metode Penyampaian]
Penerbitan majalah Al-Imam pada Jamadil Akhir 1324H bersamaan Julai 1906 Masihi Melalui jawatan yang disandang sebagai Mufti di Perak dan Johor untuk menyampaikan
idea Islah

Melalui proses pengajaran o Melaksanakan peluang menyebarkan idea Islah kepada guru-guru dan murid-murid

[Sumbangan]
Bidang Pemikiran o Membebaskan masyarakat Melayu daripada sebarang unsur
pemikiran penjajahan fizikal dan

Bidang Pendidikan o 1908 > Menubuhkan madrasah Al-Iqbal Al-Islamiah di Singapura Bidang Ilmu Falak
Tokoh-Tokoh Islam T5 31

o o

Pengembang ilmu falak di Malaysia Beliau digelar Al-Falaki

Bidang Kesusateraan o Penggiat sastera dan terserlah dalam penulisan dalam majalah Al-Imam

[Penutup]
1. Syeikh Tahir Jalaluddin adalah seorang pejuang Islah yang gigih dan berdedikasi. 2. Perjuangan beliau memberi kesan positif kepada perkembangan pemikiran umat islam di nusantara.

Hamka
Permata Nusantara

Tokoh-Tokoh Islam T5

32

[Pendahuluan]
Beliau mendapat nama panggilan "Buya" yang diambil daripada perkataan Arab 'Abi' atau 'Abuya' yang membawa maksud ayah atau seseorang yang amat dihormati. Hamka merupakan ketua Majelis Ulama Indonesia,salah satu daripada pertubuhan agama Islam yang terbesar di Indonesia selain Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah. Sewaktu zaman penjajahan Belanda,Hamka merupakan ketua editor majalah Indonesia seperti Pedoman Masyarakat,Panji Masyarakat dan Gema Islam.

[Biodata]

Nama

Haji Abdul Malik b Syeikh Abdul Karim b Syeikh Muhammad Amrullah

Tokoh-Tokoh Islam T5

33

Tarikh Lahir

13 Muharram 1362 H @ 16 Februari 1908 M

Tempat Lahir

Desa Tanah Sirat, Sungai Batang, Maninjau, Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia

Bapanya

Syeikh Abdul Karim seorang ulama terkenal yang membawa pembaharuan di Minangkabau

Anugerah

Anugerah Dr. Kehormat oleh Universiti AlAzhar, Mesir (1959)

Anugerah Guru Besar (Profesor) oleh


Universiti Moestopo, Jakarta (1960)

Anugerah Dr. Kehormat oleh Universiti


Kebangsaan Malaysia (1974)

Pengalaman

Guru agama di Tebing Tinggi, Medan dan


Padang Panjang.

Pensyarah di Universiti Islam Jakarta dan


Universiti Muhammadiah Pahang Panjang

Rektor Pengurusan Tinggi Jakarta Pengawal Tinggi Agama Indonesia Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia
Tarikh Meninggal Dunia 24 Julai 1981 ketika berusia 73 tahun

[Keperibadian]
Petah Berpidato o Berpidato dalam satu rancangan radio di Arab Saudi

Tokoh-Tokoh Islam T5

34

Berjiwa Seni o Gaya bahasa dalam karya-karya agungnya Berani o Mengatur siri pidato untuk membangkitkan semangat umat Islam menentang Belanda di Sumatera

[Hasil Karya]
o o o o o o o o o o o
Dalam Bidang Agama Tafsir Al-Azhar Sejarah Umat Islam Tasawuf Moden Pedoman Mubaligh Islam Revolusi Agama Dalam Bidang Falsafah Falsafah Hidup Lembaga Hidup Falsafah Ideologi Islam Dalam Bidang Sastera Tenggelamnya kapal Ven Der Wijck Di Bawah Lindungan Kaabah Laila Majnu

[Pendidikan]
Mempelajari Al-Quran dan asas-asas agama daripada bapanya
Tokoh-Tokoh Islam T5 35

Pendidikan rendah di Sekolah Desa Padang Panjang dan Sekolah Agama Al-Tawalib yang
didirikan oleh bapanya

Ikuti pengajian-pengajian di masjid dan surau yang disampaikan oleh ulama terkenal o Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid dan ramai lagi Menghabiskan masa lapang di perpustakaan o membaca buku falsafah, kesusasteraan, sejarah dan politik dunia Memanfaatkan kemahiran dalam bahasa Arab dengan menyelidik karya-karyasarjana
Timur Tengah dan karya-karya sarjana Barat yang diterjemah ke dalam bahasa Arab seperti o Carl Marx o Arnold Toynbee

Syeikh Abduh Melakukan Pengislahan Dalam Pendidikan


Berumur 17 tahun telah melibatkan diri dalam kegiatan dakwah (menerbitkan majalah Khatimul Ummah)

[Kegigihan]

Tokoh-Tokoh Islam T5

36

Di Mekah (1927) > mengasaskan Persatuan Hindia Timur o Memberi pelajaran agama kepada jemaah haji Indonesia Pulang dari Mekah, melibatkan diri dengan Pertubuhan Muhammadiah dan mengetuai cawangan di Padang Panjang 1935 > mengasaskan Kolej Al-Muballighin Menerbitkan majalah Pedoman Masyarakat dan majalah lain berunsur dakwah o Menara o Merdeka o Pemandangan o Panji Masyarakat o Gema Islam 1953 > Dilantik sebagai anggota Pimpinan Pusat Pertubuhan Muhammadiah Menggunakan kebolehannya berpidato untuk berdakwah kepada masyarakat

[Perjuangan]
Mengetuai Front Pertahanan Nasional o Menyekat kemaraan Belanda di Indonesia

Tokoh-Tokoh Islam T5

37

Melancarkan penentangan o Khurafat, bidaah dan tarikat kebatinan yang sesat yang semakin menular di o
Indonesia Mendirikan Pusat Latihan Dakwah Muhammadiah

Pidato dan penulisan adalah hidup dan dunianya o Menyampaikan ajaran Islam tanpa rasa takut dan gentar Pernah meringkuk dalam penjara bersama Majlis Syura Muslim Indonesia (MASYUMI) o Tidak patah semangat menganggap sebagai ujian menguji ketabahan dan
mematangkan pemikiran

[Sumbngan]
Tokoh Ulama yang membawa pembaharuan besar kepada umat Islam di Nusantara Karya dalam bidang agama, kesusasteraan dan falsafah menyentuh secara langsung
kehidupan umat Islam Nusantara

Tokoh-Tokoh Islam T5

38

Penerus idea Islah Ruangan akhbar digunakan mengajak umat Islam mengkaji semula sebahagian kefahaman
dan ajaran bertentangan Al-Quran dan As-Sunnah o Contohnya tradisi mengutus surat ke Makam Imam Syafie untuk memohon keuntungan perniagaan dan mendapatkan jodoh

Pendekatan sederhana diterima baik oleh masyarakat Islam di universiti dan antarabangsa

[Karya-karya Hamka]
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Khatibul Ummah, Jilid 1-3. Ditulis dalam huruf Arab. Si Sabariah. (1928) Pembela Islam (Tarikh Saidina Abu Bakar Shiddiq),1929. Adat Minangkabau dan agama Islam (1929). Ringkasan tarikh Ummat Islam (1929). Kepentingan melakukan tabligh (1929). Hikmat Isra' dan Mikraj.

Tokoh-Tokoh Islam T5

39

8. Arkanul Islam (1932) di Makassar. 9. Laila Majnun (1932) Balai Pustaka. 10. Majalah 'Tentera' (4 nombor) 1932, di Makassar. 11. Majalah Al-Mahdi (9 nombor) 1932 di Makassar. 12. Mati mengandung malu (Salinan Al-Manfaluthi) 1934. 13. Di Bawah Lindungan Ka'bah (1936) Pedoman Masyarakat,Balai Pustaka. 14. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937), Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka. 15. Di Dalam Lembah Kehidupan 1939, Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka. 16. Adat Minangkabau menghadapi Revolusi,1946.

[Penutup]
1. Hamka adalah penerus idea Islah. 2. Hamka menggunakan karisma dalam pidato dan penulisan untuk menyampaikan ajaran islam secara berkesan kepada masyarakat.

3. Keberanian beliau merupakan sifat peribadi yang terpuji.

[RUJUKAN]
Tokoh-Tokoh Islam T5 40

1. http://ms.wikipedia.org 2. http://www.scribd.com/doc/63050821/Tokoh-Tokoh-Islam-Tingkatan-5 3. Afandi Sahi, Hamil@Amir Abdul Hamid, Muhammad Zaini Yahya, Zulhizmi Omar, Master Studi Sasbadi SPM Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan 5, Sasbadi Sdn. Bhd., 2004, Petaling Jaya.

[PENUTUP]
Tokoh-Tokoh Islam T5 41

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya, dapatlah saya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya ini. Saya berharap dengan terhasilnya folio ini, saya dapat memantapkan lagi pemahaman saya berkenaan tokoh-tokoh tersebut.

Jutaan terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung demi menyelesaikan tugasan ini. Segala bantuan yang disumbangkan amatlah dihargai. Kebanyakan daripada kita hanya tahu nama tokoh-tokoh tertentu tanpa mengetahui latar belakang dan sejarah hidup tokoh tersebut. Walaubagaimanapun, setelah saya menelaah dan mencari maklumat berkenaan tokoh-tokoh tersebut, saya dapati banyak kelebihan tokoh yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Terdapat banyak ciri-ciri keistimewaan dalam diri setiap tokoh seperti latar belakangnya, sumbangan terhadap negara dan agama, serta karya-karya yang telah dihasilkan. Sumbangan mereka harus dihargai dan dijadikan tauladan oleh generasi muda zaman ini dan akan datang.

Tokoh-Tokoh Islam T5

42

You might also like