P. 1
Rancangan Pemasaran

Rancangan Pemasaran

|Views: 458|Likes:
credit to Fadillah Bin sidi, Liew Pui San, Mohd Asri Bin Rain @ Arabain, Muhd Yusuf Bin Zainudin,
Huszaifah Bt. Mohd Husnan, Riyanti Bt. Abdullah Sani,
Goh Lay Kim, Mohd Azli Bin Safari
http://tangkapgambar.blogspot.com/
credit to Fadillah Bin sidi, Liew Pui San, Mohd Asri Bin Rain @ Arabain, Muhd Yusuf Bin Zainudin,
Huszaifah Bt. Mohd Husnan, Riyanti Bt. Abdullah Sani,
Goh Lay Kim, Mohd Azli Bin Safari
http://tangkapgambar.blogspot.com/

More info:

Published by: Mohd Taufik Bin Abd Rashid on Dec 30, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/06/2013

pdf

text

original

Asas Pemasaran-Spl 2412 1.

0 ABSTRAK Sesebuah syarikat yang mengeluarkan produk memerlukan pemasaran sebagai strategi utama bagi menjual produk mereka. Pemasaran merupakan proses mencipta dan membekalkan pengguna dengan menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang mereka perlukan, menghubungkan manfaat produk kepada pengguna, memastikan barangan dan perkhidmatan mudah untuk diperolehi, dan memastikan ia berada pada harga yang mana pengguna bersedia untuk membelinya. Tugasan berkumpulan ini bertujuan untuk menghasikan satu rancangan pemasaran bagi sesuatu produk yang baru dipasarkan untuk pasaran antarabangsa. Oleh yang demikian, syarikat kami mengeluarkan satu produk makanan iaitu mentega kacang yang dikenali sebagai Butter Choice. Jualannnya disasarkan kepada negara Singapura yang mana merupakan sebuah negara maju. Bagi tujuan tersebut, segala data atau maklumat berkenaan dengan negara Singapura dikumpul dan digunakan panduan dalam memasarkan Butter Choice. Sumber data pula diperolehi daripada internet dan buku yang berkaitan dengan aktiviti pemasaran di Singapura. Segala maklumat yang berguna juga dijadikan sebagai isi kepada penulisan rancangan pemasaran ini.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Asas Pemasaran-Spl 2412 2.0 PENGENALAN Rancangan pemasaran sememangnya diperlukan untuk setiap urusan perniagaan bagi memastikan produk atau perkhidmatan dipasarkan dengan lebih berkesan dan efektif. Dalam menghasikan satu rancangan pemasaran yang terbaik sememangnya Namun demikian, setelah rancangan pamasaran siap memerlukan masa yang lama.

dihasilkan, ia sebenarnya menjimatkan masa terutamanya ketika melaksanakannya. Dari segi fungsinya, ia dapat menggambarkan keadaan sebenar tentang halatuju perniagaan disamping membimbing sesebuah syarikat kearah pencapaian objektif yang berkesan. Pada masa yang sama, ia dapat memperincikan langkah-langkah yang Dengan demikian, tidak akan berlaku sepatutnya diambil semasa melaksanakannya.

pertentangn kaedah yang digunakan dalam memasarkan sesuatu produk keluaran. Antara lain, dapat dirumuskan bahawa, fungsi rancangan pemasaran adalah seperti berikut: 1. Bertindak sebagai peta jalan(road map). 2. Membantu dalam menguruskan strategi kawalan dan perlaksanaan. 3. Membantu dalam memperolehi sumber untuk perlaksanaan rancangan pemasaran 4. Panduan dalam mengorganisasikan kebertanggungjawapan, tugasan, dan pengurusan masa. 5. Menyedarkan kita supaya lebih bersedia dalam menghadapi kelemahan dan halangan semasa perlaksanaannya dimasa hadapan.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Asas Pemasaran-Spl 2412 3.0 ISI PERBINCANGAN CARTA ORGANISASI

Fadillah Bin Sidi ( Pengurus Urusan )

Huszaifah Binti Mohd Husnan ( Setiausaha)

Riyanti Binti Abdullah Sani ( Timbalan Pengurus Urusan)

Liew Pui San ( Pengarah Pengiklanan)

Mohd Yusof Bin Zainudin ( Pengarah Produk)

Mohd Azli Bin Safari ( Pengarah Pemasaran)

Goh Lay Kim 3.1 RUMUSAN EKSEKUTIFBin Rain @ Arabain Mohd Asri ( Pengurus Cawangan Singapura ) ( Pengurus Kewangan ) Kepelbagaian keluaran produk mentega kacang di pasaran memperlihatkan persaingan sengit antara pengeluar produk tersebut. Keadaan ini memerlukan wujudnya kelainan pada produk mentega kacang bagi menarik pengguna membeli produk keluaran mereka. Selain itu, keperluan terhadap makanan segera bagi negara yang maju,

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Asas Pemasaran-Spl 2412 meningkatkan lagi permintaan terhadap produk makanan yang ringkas, mudah tetapi berkualiti. Oleh sebab itu, syarikat Sweet Sour Sdn. Bhd telah mengeluarkan makanan mengikut permintaan pengguna semasa iaitu Butter Choice. Mentega kacang ini dibungkus khas dalam bentuk tiub yang mana berbeza dengan produk mentega kacang yang lain. Ia terdapat dalam pelbagai perasa seperti Peanut butter Crispy, Peanut Butter & Chocolate, Peanut Butter & Blueberry dan sebagainya. Pembungkusan dalam bentuk balang juga terdapat pada produk ini iaitu untuk 175 dan 375g. Secara tidak lansung, pengguna mempunyai banyak pilihan samada untuk membeli Butter Choice dalam bentuk tiub atau balang. Rancangan pemasaran 2006 ini memberikan fokus kepada memasarkan produk Butter Choice ke seluruh negara Singapura dan menjadikan produk keluaran syarikat sebagai jenama peanut butter no.1 di Singapura. Keuntungan bersih yang disasarkan adalah sebanyak RM 5 juta dalam masa 10 tahun. Objektif ini dicapai melalui strategi pemasaran seperti pengiklanan, promosi jualan, harga penembusan, dan saluran agihan yang kompetitif. Sebagai contoh, melalui pengiklanan, syarikat telah menggunakan risalah yang diedarkan kepada pengguna melalui suratkhabar. Secara tidak lansung, pengguna yang membeli suratkhabar akan terbaca risalah ini dan ianya tersebar kepada pembaca atau pengguna yang lain. Usaha kearah pencapaian objektif ini memerlukan kos perbelanjaan sebanyak RM 550000. Oleh itu, segala perancangan telah diatur bagi menjayakan objektif utama rancangan pemasaran ini.

3.2 3.2.1

ANALISIS SITUASI SITUASI PERSEKITARAN

3.2.1.1 Situasi pasaran

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Asas Pemasaran-Spl 2412 Semua perniagaan mengambil kira konsep penawaran dan permintaan. Amnya, penawaran seharusnya mengikut permintaan semasa untuk memperoleh keuntungan maksimum. Penawaran yang melebihi permintaan akan menyebabkan penurunan harga dalam pasaran. Keadaan ini menjadi lebih ketara dalam perniagaan makanan dimana jangka masa tarikh luput adalah lebih singkat. Maka, kajian terhadap trend permintaan pasaran sasaran harus senantiasa diperbaharui. Sedia maklum, sarapan pagi amat penting untuk kesihatan dan penumpuan kerja seharian. Namun demikian, dalam era yang serba canggih ini, globalisasi telah menyebabkan syarikat tempatan berhadapan dengan persaingan antarabangsa. Maka, tidaklah hairan jika seseorang merasai bahawa masa tidak mencukupi dalam kehidupan harian. Mentega kacang adalah diantara makanan yang paling disukai masyarakat umum. Kajian mendapati lebih 75% masyarakat Amerika gemar menggunakan mentega kacang bersama roti dan susu untuk sarapan pagi. Trend ini juga dapat diperhatikan di rantau Asia Tenggara. Oleh sebab itu, syarikat telah mengeluarkan satu produk makanan yang berasaskan mentega kacang iaitu Butter Choice. Dekad ini menyaksikan perkembangan pesat dalam sektor pelancongan di rantau ini terutamanya dengan wujudnya low-cost carrier. “Malaysia Truly Asia” yang menjadi tarikan ramai pengunjung ke Malaysia menjanjikan kepuasan perlancongan. Kesan positifnya, bidang food and beverage (F & B) mengalami kemajuan drastik. Pelbagai perasa tambahan termasuk mentega kacang telah digunakan dalam makanan supaya seorang dapat menikmati keenakan rasa yang lain daripada lain. Permintaan terhadap Butter Choice dijangkakan akan meningkat pada permulaan ianya dipasarkan. Ini adalah kerana, Butter Choice merupakan produk lama iaitu mentega kacang yang dipelbagaikan keluarannya dari segi bahan perasa dan pembungkusan. Para pembeli akan mencuba produk baru kerana telah bosan dengan mentega kekacang jenama yang lama. Apabila terdapat mentega kekacang yang baru dipasarkan, pembeli akan beralih ke jenama yang baru. Tetapi pada masa itu, keadaan pasaran kami telah stabil kerana terdapat pembeli yang setia dengan jenama kami.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Asas Pemasaran-Spl 2412 Mentega kekacang syarikat kami adalah spesifikasi kepada mereka yang sibuk dengan bekerja, kanak-kanak dan warga tua. Ini adalah untuk memudahkan mereka dan menjimatkan masa mereka. Contohnya, kepada murid sekolah yang malas bangun dengan awal untuk menyiapkan sarapan, mereka boleh menggunakan mentega kekacang keluaran syarikat kami kerana ia hanya perlu dipicit keluar sahaja. Tambahan pula ini adalah faktor budaya mereka kerana sibuk dengan kerjaya. Para pembeli boleh membeli mentega kekacang syarikat kami melalui pasaraya, kedai runcit, dan melalui internet. Kami menggunakan cara penjualan ini kerana ia dapat memudahkan para pengguna untuk mendapatkan produk kami pada bila-bila masa. Kesimpulannya, mentega kacang mempunyai pasaran yang luas dan kian berkembang di rantau ini. Produk syarikat kami dengan strategi pemasaran yang kondusif diramalkan dapat memperoleh keuntungan yang lumayan.

3.2.1.2 Situasi negara singapura a. Ekonomi Ekonomi negara Singapura menunjukkan perkembangan yang positif dimana menunjukkan purata pertumbuhan ekonomi sebanyak 8% dari 1960 hingga 1999. Ia meningkat pada 1999 selepas krisis ekonomi dengan kadar pertumbuhan 5.4% diikuti 9.9% pada tahun 2000. Namun demikian berlaku penurunan pada 2001 iaitu kepada negatif 2.0% kesan daripada kelembapan ekonomi negara Amerika Syarikat, jepun, dan Kesatuan Eropah. Keadaan ini tidak berterusan apabila berlaku peningkatan semula pada tahun yang berikutnya iaitu sebanyak 2.2% dan diikuti 1.1% pada 2003. Malaysia merupakan antara negara pengeksport barangan utama ke Singapura dengan pasaran yang luas iaitu meliputi 16.8% daripada keseluruhan eksport Singapura. Keadaan ini menggalakkan berlakunya kerjasama import dan eksport antara kedua-dua buah negara dan secara tidak lansung membantu syarikat kami memasuki pasaran Singapura.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Asas Pemasaran-Spl 2412

i. ii. iii. iv. v. vi.

KDNK - kuasa membeli: $109.4 billion (2003 ang.) KDNK – kadar pertumbuhan ekonomi: 6.4% (2005) Kadar inflasi (harga pengguna): 1.7% (2004) Jumlah import: $226.9 billion (2004) Jenis import: sumber komoditi seperti mesin dan peralatan 57%, bahan bakar, bahan kimia, barang makanan (1998) Rakan dagangan: Malaysia 16.8%, U.S. 14.1%, Jepun 12%, China 8.7%, Taiwan 5.1%, Thailand 4.3% (2003 ang.)

b. Undang-undang dan peraturan 1. Dari segi peraturan dan undang-undang di negara singapura, tiada isu sensitif yang digariskan terhadap barangan import makanan dari negara luar tersebut. Hanya, pengimport memerlukan beberapa dokumen dan beberapa peraturan perniagaan pengimport di negara tersebut. 2. Republik singapura merupakan sebuah negara yang sangat mementingkan aspek kebersihan, terutamanya dari segi persekitaran dan pengurusan sampah. Oleh itu, dari segi pembungkusan produk kami telah dipastikan bahawa, ianya dari bahan yang mudah diurus dan boleh dikitar semula, iaitu daripada logam separa kertas dan balang kaca yang mana boleh dikitar semula. 3. Selain itu, Republik Singapura menggariskan beberapa syarat berkenaan undangundang di Republik tersebut, iaitu setiap pengimport mesti faham sepenuhnya undangundang di negara tersebut, yang mana berkaitan dengan aktiviti perniagaan, struktur perniagaan, pembelian dan penjualan, kontrak, pengambilan pekerja, premis, cukai, hak intelektual dan perlanggaran akta seperti menyebabkan pencemaran, mudarat kepada pengguna dan sebagainya.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Asas Pemasaran-Spl 2412 4. Disebabkan produk butter choice ini di kilangkan di Malaysia, maka tiada masalah mahupun salah faham peraturan dan undang-undang di negara Singapura yang kami pilih ini.

3.2.2

PERSEKITARAN BERKECUALI

3.2.2.1 Kewangan Fungsi kewangan dalam sesebuah perniagaan termasuk membuat ramalan keperluan dana, mendapatkan dana untuk syarikat, menguruskan dana tersebut dan menentukan dana digunakan dengan cara terbaik. Begitu juga dengan Syarikat Sweet Sour Sdn. Bhd. Kami telah menggunakan kemudahan yang ada serta mudah dalam pengurusannya bagi menampung modal awal untuk menubuhkan syarikat ini. Kemudakan yang utama yang kami gunakan ialah melalui pinjaman bank yang dianggarkan hampir RM 3,000,000. Selain itu kami menggunakan simpanan yang sedia ada untuk menampung modal.

3.2.2.2 Kerajaan, politik, dan perundangan Persekitaran politik dan perundangan mengandungi undang-undang dan peraturan yang kebanyakannya menyekat aktiviti perniagaan. Undang-undang, agensi kerajaan dan kumpulan pendesak merupakan factor-faktor persekitaran yang mempengaruhi system pernagaan. Begitu juga dengan Syarikat Sweet Sour Sdn. Bhd. undang-undang dan peraturan sedikit sebanyak mempengaruhi operasi perniagaan kami. Dengan adanya undang-undang dan peraturan yang dibuat oleh kerajaan yang bertujuan melindungi masyarakat dan alam sekitar, mewujudkan persaingan yang sihat dan melindungi pengguna dari dikelirukan oleh syarikat perniagaan yang tidak bertanggungjawab. Antara penguatkuasaan oleh pihak kerajaan yang mempengaruhi operasi syarikat kami ialah penetapan harga terhadap barangan terkawal, peraturan, pengiklanan, upah dan persekitaran tempat kerja. Ringkasnya adalah penting bagi syarikat kami untuk

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Asas Pemasaran-Spl 2412 memahami undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kerajaan supaya tindakan yang diambil tidak merugikan syarikat serta pengguna.

3.2.2.3 Media Syarikat Sweet Sour Sdn. Bhd. tidak terkecuali daripada menggunakan media tersebut dalam proses memasarkan produk kami. Kami dapati tiada masalah yang timbul dan semua pengurus media yang kami gunakan seperti surat khabar, radio dan lain-lain bersetuju dengan permohonan kami untuk memasarkan produk yang baru. Selain itu, kami juga menitikberatkan persekitaran yang dibentuk untuk perhatian pengguna yang juga dianggap sebagai saluran komunikasi. Pejabat peguam, akauntan, arkitek, dan bank mempunyai persekitaran yang dicipta untuk memberi satu suasana yang boleh meyakinkan pengguna tentang barangan yang dijual oleh kami kepada pihak-pihak tersebut.

3.2.3

PERSEKITARAN PESAING

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Asas Pemasaran-Spl 2412 Dalam menghadapi situasi pesaing, syarikat telah mengenal pasti beberapa buah syarikat pesaing yang berada dalam industri ini. Tujuannya adalah bagi mencari kelebihan dan kekuatan yang ada pada pesaing. Selain itu, ia juga adalah bertujuan untuk mempersiapkan syarikat dalam menghadapi cabaran-cabaran yang bakal dihadapi pada masa hadapan. Bil 1 Pesaing Jif Produk -Jif creamy -Jif extra crunchy -Simply Jif -Reduce Fat Crunchy Pengalaman Ditubuhkan pada 1958. Kekuatan -Saluran pemasaran yang meluas. -Mempunyai kedudukan yang kukuh dipasaran. -Produk no.1 menjadi pilihan ibu-ibu. -Syarikat sudah lama ditubuhkan, mempunyai kedudukan yang kukuh dipasaran. Kelemahan - Sasaran pasaran hanya tertumpu pada segolongan ibu-ibu. Saluran pemasaran - Promosi jualan. - Pengiklanan di laman web.

2

The J.M. -fruit spreads Smucker -peanut butter Company -shortening and oils -ice cream toppings -health and natural foods

-Ditubuhkan pada 1897 -25 buah syarikat. -3,500 orang pekerja.

-Promosi jualan. -Pengiklanan di laman web.

3.2.4

PERSEKITARAN SYARIKAT SWEET SOUR SDN. BHD.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Asas Pemasaran-Spl 2412

3.2.4.1 Pembekal a) Syarikat telah menjalinkan hubungan yang baik dengan pembekal di dalam negara. b) Mengambil bekalan bahan daripada pembekal seperti kacang, gula, perasa, dan lain- lain dengan hanya pembekal - pembekal tertentu supaya resepi tidak berubah kelak. c) Pembayaran lewat dielakkan oleh syarikat atau perlakuan tidak amanah kerana ini akan menganggu proses pengeluran produk peanut butter apabila pembekal tidak dipercaya dan tidak mahu menbekalkan bekalan lagi. d) Syarikat akan mendapatkan bekalan dengan harga yang lebih murah( diskaun dari pembekal ) berbanding persaing, kerana secara tidak langsung dapat mengurangkan kos proses pengeluaran produk. e) Tenaga kerja buruh asing juga akan diambil dari pembekal yang agen buruh berdaftaf ini kerana bayaran gaji yang lebih rendah meminimumkan pengeluaran. f) Syarikat akan mendapatkan mesin dan peralatan daripada pembekal yang menpunyai jaminan alatan atau mesin yang menjamin kualiti didalam aktiviti pemprosesan. 3.2.4.2 Pekerja a) Pekerja yang berkhidmat didalam aspek pengurusan akan diambil daripada warganegara yang menpunyai kelulusan minima SPM sebagai jawatan am. Manakala bagi jawatan pegawai pentadbiran, sepervisor, pegawai bahagian keselamatan, pegawai pemasaran dan sebagainya diambil daripada kelayakan minima diploma, ijazah berserta pengalaman kerja. b) Peruntukan gaji pekerja permulaan sebulan bagi kelulusan spm dan setaraf dengannya gaji pokok permulaan RM 750.00, untuk kelulusan diploma RM 1300.00 dan kelulusan ijazah gaji permulaan RM 1950.00 http://tangkapgambar.blogspot.com/

Asas Pemasaran-Spl 2412 c) Untuk pekerja bahagian pembuatan produk diambil daripada kelayakan PMR, SPM atau sebagainya. Disamping itu pihak kilang juga mengambil perkerja asing dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan sebagainya yang menpunyai permit dan berdaftar sebagai pekerja asing. Pengambilan buruh asing sebagai operator kilang ini supaya menjimatkan kos pengeluaran produk kerana dapat menjimatkan pembayaran gaji perkerja. Kerana gaji buruh asing lebih rendah berbanding buruh tempatan. d) Untuk permulaan gaji bagi operator pengeluaran bahagian pembuatan (kilang) Gaji pokok RM 450.00. tidak termasuk elaun pengangkutan RM 80.00, elaun makan RM100.00, elaun kehadiran penuh RM50.00, kerja lebih masa ( OT ) dan sebagainya. Untuk pekerja asing bekerja sebagai operator gaji pokoknya lebih rendah iaitu RM 350.00. e) Gaji pula dibayar kepada pekerja mengikut kelulusan dan jawatan mereka didalam syarikat dan kilang. f) Selain itu juga syarikat juga menyediakan pelbagai intensif lain kepada pekerja seperti cuti tahunan, rawatan perubatan, insuran, sosco, kwsp, bonus pekerja setiap hujung tahun mengikut keuntungan syarikat dan lain – lain lagi. 3.2.4.3 Produk a) Dalam aspek kategori produk adalah aspek penting yang perlu dititik beratkan. Hal ini kerana produk keluaran syarikat yang bermutu dan berkualitilah yang akan mencapai objektif sesebuah syarikat. b) Dalam aspek reka bentuk produk yang berbentuk bekas ubat gigi menarik berbeza dengan pesaing - pesaing supaya ,mudah,senang digunakan oleh pengguna dimana dan bila – bila masa. c) Harga produk lebih rendah dari pesaing. d) Kandungan khasiat tambahan yang diperlukan oleh badan. e) Kawalan kualiti produk akan dipastikan oleh pihak syarikat supaya tidak berlaku masalah kepada syarikat tentang rungutan pelangan terhadap produk.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Asas Pemasaran-Spl 2412 3.2.4.4 Kewangan a) Modal yang diperolehi daripada penjualan saham,

pinjaman dari bank saudagar dan syer syarikat untuk menjalankan aktiviti perniagaan berjumlah RM 2.5juta. b) c) lain melalui perangkaan awal. 3.2.4.5 Pengalaman syarikat a) Syarikat tidak menpunyai pengalaman kerana baru di bentuk. b) Namun begitu syarikat menpunyai kakitangan yang mahir seperti pengurus,pengarah,pekerja yang menpunyai pengalaman, kelulusan dalam pengurusan, kepakaran, kemahiran dan lain – lain kerana pengambilan jawatan tertentu menitik beratkan kreteria -. Kreteria yang telah ditetapkan. Kewangan syarikat dikawal oleh pengurus Peruntukan kewangan syarikat di bahagikan untuk kewangan dan audit dilakukan oleh juru audit bertauliah. menjalankan aktiviti pemasaran, promosi, pemprosesan, pengurusan dan lain –

3.3

SASARAN PASARAN

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Asas Pemasaran-Spl 2412 Produk kami ini disasarkan kepada tiga golongan utama dalam masyarakat di Singapura iaitu golongan pelajar, mereka yang berkerjaya dan kegunaan seisi keluarga. Produk ini umumnya, sesuai untuk golongan pelajar dan mereka yang berkerjaya selaras dengan kehidupan seharian mereka ini yang sentiasa aktif dan mengejar masa, tentunya produk ini dapat menjimatkan masa mereka untuk mengambil sarapan pagi yang berzat mahupun sebagai pelengkap snek. Begitu juga dengan seisi keluarga yang mana ia sesuai dinikmati pada bila-bila masa, sama ada ketika bersarapan, menonton, minum petang, mahupun aktiviti riadah bersama keluarga.

3.4

ANALISIS SWOT Analisis SWOT adalah salah satu perkara yang penting dalam syarikat kami.

Kami mengenalpasti SWOT analisis ini menerusi perbincangan di antara pengurus dan juga keadaan pasaran pada masa kini. Menerusi analisis ini kami dapat mengenalpasti beberapa kelebihan, kelemahan, peluang dan juga halangan yang bakal syarikat kami hadapi kelak. Ini dapat mengukuhkan lagi syarikat kami untuk terus maju ke hadapan. 3.4.1 Kekuatan (strength)

Reputasi yang berkualiti dalam proses pembuatan dan juga bahan mentah yang digunakan. 1. 2. hendak dipasarkan. 3. tambah dari segi kesihatan menggunakan madu. 4. teliti. http://tangkapgambar.blogspot.com/ Melatih ejen pengedar dengan Produk mempunyai nilai Pengetahuan Lokasi pasaran yang yang tinggi dan hubungan yang baik dengan Negara yang ingin jalankan perniagaan. pemasaran strategik dan produk yang dipasarkan memenuhi keperluan rakyat di Negara yang

Asas Pemasaran-Spl 2412 5. berkemahiran tinggi. 6. tinggi dalam proses pembuatan. 7. yang tinggi dan harga yang berpatutan. 3.4.2 Kelemahan (weaknesses) 1. untuk menguruskan bahagian pemasaran. 2. 3. untuk menarik pelanggan tetap. 4. 5. 6. dipasaran. 3.4.3 Peluang (opportunities) 1. sistematik dan mantap. 2. untuk tubuh badan. Produk memenuhi permintaan penduduk di Singapura kerana mempunyai rasa yang lazat dan nutrient yang sihat Syarikat kami dapat menembusi pasaran Singapura dengan jayanya kerana promosi dan saluran pengedaran yang Memerlukan kos yang tinggi Penyelidikan dan pembangunan Keyakinan pelanggan terhadap dalam pemasaran kerana mengeluarkan produk yang baru. (R&D) kurang dijalankan untuk pembangunan pemasaran. produk adalah rendah kerana biasa menggunakan produk yang sedia ada Persaingan yang tinggi dari Memerlukan masa yang lama pesaing yang sudah lama bertapak di Negara Singapura. Tiada organisasi yang formal Produk mempunyai citarasa Menggunakan teknologi yang Tenaga pekerja yang pakar dan

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Asas Pemasaran-Spl 2412 3. 4. tinggi terhadap produk syarikat kami.. 5. Memperbanyakkan lagi produk keluaran syarikat kami agar dapat memenuhi permintaan pelanggan. Perbezaan produk kami dengan Peanut Butter & Co dan JIF ialah pelbagai jenis pilihan dalam bentuk perasa buah-buahan. Isinya lebih banyak peanut dan yang lain hanyalah sebagai perisa tambahan. Kualitinya setaraf dengan dua syarikat ini dengan kesegaran bau kacang bakar. 3.4.4 Halangan (threat) 1. 2. 3. dengan syarikat-syarikat jenama yang lain. 4. Negara tersebut. 5. tahap kesetiaan yang rendah kepada syarikat. Pembekal yang mempunyai Halangan dari segi perundangan Persaingan yang sengit terhadap Pertukaran Peniaga matawang tidak asing mahu Keuntungan syarikat dapat

dipertingkatkan berdasarkan jumlah pemintaan yang semakin tinggi. Memperkembangkan perniagaan ke Negara lain sekiranya mempunyai modal dan permintaan yang

jenama-jenama produk yang sudah lama berada di pasaran Negara itu. yang berbeza dan matawang Singapura lebih tinggi daripada Malaysia. berkerjasama dengan syarikat kerana sudah mempunyai hubungan yang rapat

3.5

OBJEKTIF PEMASARAN SYARIKAT

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Asas Pemasaran-Spl 2412 Penubuhan syarikat Sweet Sour Sdn. Bhd. dengan pengeluaran produk Butter Choice ini adalah berlandaskan 2 objektif utama syarikat yang juga merupakan matlamat jangka panjang syarikat. Perjalanan syarikat dan pengeluaran produk adalah bagi mencapai objektif syarikat ini. Objektif tersebut adalah: 1. Memasarkan produk butter choice ini ke seluruh negara Singapura dan menjadikan produk keluaran syarikat sebagai jenama peanut butter no.1 di singapura. 2. Mencapai keuntungan bersih tahunan sebanyak RM5juta dalam masa 10 tahun.

Berdasarkan objektif utama di atas, usaha-usaha yang lebih terperinci perlu dilakukan bagi mencapai setiap matlamat utama di atas. Bagi objektif pertama, untuk memasarkan dan menjadikan Butter Choice ini pilihan utama masyarakat Singapura, terdapat beberapa perkara yang perlu di capai dahulu sebelum menuju ke arah objektif tersebut. Antara langkah bagi mencapai objektif pertama tersebut adalah: Memperkenalkan pelbagai perasa dan kaedah dalam menikmati keenakan dan khasiat peanut butter. Ini secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada semua golongan terutama target sasaran kami dalam menikmati Butter Choice ini, selain menampilkan satu imej yang pelbagai dan mesra pengguna. Imej yang baik dan produkyang diminati ini seterusnya sedikit demi sedikit akan membawa Butter Choice sebagai produk peanut butter no 1 di Singapura. Menjadi salah satu pesaing yang paling hampir kepada syarikat-syarikat pengeluaran produk berasaskan peanut butter di Singapura. Usaha ini bukan setakat dapat dapat menjadikan produk kami sebagai produk pilihan pengguna Singapura, tetapi juga dapat memberikan imej yang baik kepada Butter Choice. Antara yang boleh dilakukan adalah dengan menandingi kualiti dan beberapa perkara lain yang ada pada pesaing. Memastikan Butter Choice sentiasa meningkatkan prestasi jualannya dan dikenali pengguna di Singapura. Dengan menjadi pesaing palling hampir jenama lain, ini http://tangkapgambar.blogspot.com/

Asas Pemasaran-Spl 2412 secara tidak langsung dalam jangka masa panjang, sedikit demi sedikit dapat menandingi jenama tersebut dan seterusnya menjadi jenama peanut butter no. 1 di Singapura. Pemasaran yang sentiasa berkembang dan agen yang meliputi seluruh singapura juga penting dalam memastikan produk ini diketahui umum dan masyarakat sedar akan kewujudannya. Syarikat akan sentiasa memastikan agen dilantik mengedarkan produk ini diseluruh Singapura. Objektif utama syarikat yang ke-2 pula, telah menetapkan untuk mencapai keuntungan bersih tahunan sebanyak RM5 juta dalam masa 10 tahun. Ini bermakna, dalam masa 10 tahun dari sekarang, syarikat mensasarkan keuntungan bersih tahunan sebanyak 5 juta setahun. Ternyata usaha yang terperinci perlu dilakukan bagi mencapai objektif ini. Antara aspek utama yang perlu dicapai dalam menuju ke arah objektif ini adalah dengan mencapai jualan tahunan Butter Choice sebanyak 200000 kg dalam masa 5 tahun. Ini bermakna sebelum 5 tahun yang disasarkan, jualan syarikat perlu seiring dan menghampiri dengan target yang telah ditetapkan. Sasaran jualan ini boleh ditafsirkan kira-kira 200 000 unit Butter Choice setahun.Jualan ini perlu ditingkatkan sedikit demi sedikit bagi memastikan dalam masa 10 tahun lagi, matlamat keuntungan syarikat dapat dicapai. Seterusnya syarikat boleh mengurangkan kos tahunan sebanyak 2% setiap tahun dalam masa 5 tahun. Pengurangan kos ini boleh dilakukan jika pengeluaran produk dan segala urusan yang berkaitan dengan kos di tinjau dan diteliti selalu bagi memastikan tiada pembaziran kos yang berlaku. Selain itu, pengalaman pengeluaran biasanya dapat mengesan kos yang dapat dikurangkan, contohnya seperti kos pembelian bahan mentah, kos promosi dan sebagainya yang dapat diminimumkan. Peminimuman ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos dan seterusnya meningkatkan keuntungan syarikat.

3.5.1

TARGET JUALAN

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Asas Pemasaran-Spl 2412

Syarikat kami telah mensasarkan sejumlah jualan beserta keuntungan bersih bagi 3 bulan pertama. Ini bagi membolehkan syarikat memasang strategi jualan bagi mencapai target yang ditetapkan dalam tempohnya. Jadual di bawah menerangkan tentang target jualan yang ingin dicapai oleh syarikat kami dalam masa 3 bulan pertama. BUTIR Jangkaan jualan (-) kos kerja (RM) Anggaran untung bersih / pulangan Berdasarkan jadual di atas, kami telah mentafsirkan jangkaan jualan dalam bentuk ukuran berat peanut butter tersebut dan bukan unit butter choice yang dijual, iaitu ia dianggarkan jualannya berdasarkan pada setiap gram butter choice tersebut yang dipasarkan. Kami telah menjangkakan jualan pada bulan pertama adalah sebanyak 100000000g peanut butter, yang mana setiap gramnya berharga RM0.02 sen. Hasilnya dijangka sebanyak RM 2juta, dan apabila ditolak dengan segala kos pada bulan tersebut sebanyak RM 13000000, maka dianggarkan untung bersih yang diperolehi pada bulan pertama adalah sebanyak RM 700000. Seterusnya pada bulan ke-2, kami jangkakan jualan butter choice akan meningkat sebanyak 20% dari jualan pada bulan pertama, iaitu daripada 100000000g, ia meningkat sebanyak 50000000g menjadikan 150000000g. Ini memberikan hasil jualan sebanyak RM3000000, dan apabila ditolak kos pada bulan tersebut sebanyak RM1280000, maka untung bersih yang dianggarkan pada bulan kedua adalah sebanyak RM1720000. Pada bulan ini jelas menunjukkan kami menganggarkan jualan kami akan meningkat lantaran daripada produk kami yang dijangka akan mula dikenali dan meningkatnya permintaan terhadap butter choice daripada pembeli. BULAN 1 100000000g ×RM 0.02 = 2000000 1300000 700000 BULAN 2 150000000g×RM0.02 =3000000 1280000 1720000 BULAN 3 150000000g × RM 0.02 =3000000 1280000 1720000

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Asas Pemasaran-Spl 2412 Manakala pada bulan ke-3, kami menjangkakan jualan kami tidak berubah daripada jualan pada bulan kedua, iaitu anggaran jualan sebanyak 150000000g butter choice dan menghasilkan anggaran untung bersih sebanyak RM1720000. Keadaan yang statik daripada bulan sebelumnya ini adalah disebabkan keperihatinan pengguna terhadap produk yang agak perlahan. Kami mentafsirkan pengguna di Singapura memerlukan sekurang-kurangnya 2 bulan untuk membuat pembelian terhadap barang yang sama yang telah dibeli. Selain itu, faktor pengiklanan juga yang biasanya mengambil masa yang lama untuk meyakinkan pengguna terhadap sesuatu produk. Tafsiran ini kemudiannya kami nilaikan dalam bentuk jualan butter choice, yang mana bergerak meningkat secara perlahan-lahan.

3.6 3.6.1

STRATEGI PEMASARAN Produk

3.6.1.1 Pembungkusan Syarikat telah mengeluarkan satu rekabentuk pembungkusan yang berbeza berbanding jenis pembungkusan produk yag lain mengikut perbezaan kandungan iaitu: a. Dalam bentuk tiub (50 - 75g) i. ii. iii. Dihasilkan daripada logam separa kertas yang boleh dikitar semula dan tidak beracun. Mudah untuk dibuka dan disimpan dimana penutup adalah berbentuk tirus dengan saiz produk yang kecil. Mengambil makanan dengan cara yang lebih bersih

b. Dalam bentuk balang (175 – 375g) i. ii. Dihasilkan daripada bahan plastik yang boleh dikitar semula. Mempunyai penutup kedap udara.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Asas Pemasaran-Spl 2412 iii. iv. Makanan mudah diambil dan disimpan. Sedia untuk digunakan.

3.6.1.2 Kandungan bahan makanan a. Menggunakan kacang tanah tempatan yang berkualiti. b. Sesuai dimakan bersama roti dan boleh digunakan untuk membuat pastri, kek, dan biskut. c. Terdiri daripada kandungan bahan makanan yang halal. d. Mempunyai tempoh luput selama 1 tahun. e. Produk yang tawarkan terdapat dalam pelbagai rasa. i. ii. iii. iv. v. vi. 3.6.2 Harga Sebelum menetapkan harga produk, kami telah membuat satu kajian terhadap dua syarikat popular iaitu Peanut Butter dan Jif dalam bandingan harga. Memandangkan syarikat kami baru ditubuhkan maka harga jualan produk tidaklah sebegitu tinggi dikenakan. Harga yang ditetapkan adalah berdasarkan menghasilkan keuntungan, aliran tunai atau pulangan ke atas pelaburan. Walaubagaimanapun, penetapan harga di pasaran Ini adalah untuk menggalakkan berada pada paras yang rendah atau menggunakan harga penembusan memandangkan Butter Choice merupakan produk keluaran baru. peningkatan permintaan terhadap produk kami. Original Peanut Butter Peanut Butter Crispy Peanut Butter & Chocolate Peanut Butter & Blueberry Peanut Butter & Strawberry Peanut Butter & Pineapple

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Asas Pemasaran-Spl 2412 Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut: Saiz (g) Malaysia (RM) Singapura ($) 50 1.00 2.20 75 1.5 3.30 100 2.00 4.40 175 3.50 7.70 375 5.00 11.00

3.6.3

Promosi Bagi melariskan jualan produk, syarikat menggunakan pengiklanan dan promosi

jualan sebagai cara promosi:

3.6.3.1 Pengiklanan i. Risalah dijual di singapura. - The Straits Times dan Lian He Zao Bao merupakan media suratkhabar yang digunakan untuk mengedarkan risalah disebabkan mempunyai bilangan pembaca yang ramai. - Kandungan risalah meliputi jenis perasa, kelebihan, dan gambar produk termasuk kupon promosi. 3.6.3.2 Promosi jualan i. Kupon - Kupon disertakan bersama dengan risalah yang diedarkan melalui suratkhabar. - Pengguna perlu mengisi kupon berkenaan dengan butir-butir peribadi mereka dan mengirim secara pos kepada syarikat bagi mendapatkan produk Butter Choice secara percuma. - Produk diiklankan melalui risalah yang disertakan dengan suratkhabar yang

ii.

Sampel

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Asas Pemasaran-Spl 2412 - Bagi setiap pembelian 375g produk Butter Choice, sampel 50g diberikan percuma kepada pembeli

3.6.4

Pengedaran Pengedaran produk diutamakan bagi memastikan Butter Choice sampai kepada

pengguna dalam masa yang ditetapkan, memenuhi kehendak, dan dengan kuantiti jualan yang mencukupi. Oleh itu, lima peringkat saluran agihan dipilih bagi mengedarkan produk Butter Choice kepada pengguna iaitu: PENGELUAR EJEN PEMBORONG PERUNCIT PENGGUNA

Objektif pengedaran produk ialah bagi memasarkannya ke seluruh negara Singapura dan untuk itu, strategi yang diatur bagi merealisasikannya adalah seperti berikut: Strategi dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu: http://tangkapgambar.blogspot.com/

Asas Pemasaran-Spl 2412

1. i.

Peringkat pertama Mengagihkan Butter Choice kepada pasaraya utama di Singapura. Ini bagi memastikan produk sampai kepada pengguna dan mendapat liputan yang meluas melaui penggunaan media pengiklanan.

ii.

Menawarkan elaun stok kepada peruncit supaya dapat memenuhi

permintaan pengguna kelak. 2. i. kecilan. ii. meluas. 3. i. ii. Peringkat ketiga Usaha pengagihan diteruskan sehingga mencapai objektif Lebih banyak pemborong ditambah dalam usaha iaitu sehingga dipasarkan di seluruh Singapura. mengagihkan produk kepada peruncit Dalam pada itu, syarikat akan menyediakan khidmat nasihat kepada ejen dan pemborong dalam usaha mengagihkan produk ini melalui: 1. Menerangkan kepada peruncit tentang elaun stok syarikat. 2. Menyediakan maklumat berkenaan dengan perkembangan pasaran di Singapura. 3. Menempatkan bahan-bahan promosi di kawasan yang menjadi tumpuan pembeli. Pada peringkat ini, kuasa menjual bagi pihak syarikat dan pemborong diperkembangkan disebabkan liputan pasaran yang makin Peringkat kedua Pengagihan produk dipergiatkan kepada peruncit kecil-

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Asas Pemasaran-Spl 2412

4.0

KESIMPULAN Rancangan pemasaran menyediakan satu panduan yang begitu penting dalam

usaha memasarkan sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia berfungsi utama sebagai peta jalan(road map), membantu dalam menguruskan strategi kawalan dan perlaksanaan, membantu dalam memperolehi sumber untuk perlaksanaan rancangan pemasaran, panduan dalam mengorganisasikan kebertanggungjawapan, tugasan, dan pengurusan masa, serta menyedarkan kita supaya lebih bersedia dalam menghadapi kelemahan dan halangan semasa perlaksanaannya dimasa hadapan. Berdasarkan kepada rancangan pemasaran yang telah kami rancangkan, ia akan dijadikan satu rujukan utama apabila melaksanakan proses pemasaran produk atau perkhidmatan. Dalam menghasilkannya, setiap pendapat daripada ahli kumpulan diambil kira sebagai satu data yang akan dianalisis supaya mendapat satu idea rancangan pemasaran yang bernas dan sempurna. Oleh yang demikian, satu rancangan pemasaran yang terbaik dihasilkan dan saling melengkapi serta berupaya untuk dilaksanakan.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Asas Pemasaran-Spl 2412

5.0

RUJUKAN

1. William O. Bearden, Thomas N. Ingram, and Raymond W. Laforge (2004). “Marketing:Principles and Perspectives” New York: McGraw-Hill. 42-50. 2. Philip Kotler, Swee Hoon Ang, Siew Meng leong, and Chin Tiong Tan (1996). “Marketing Management: An Asian Perspective”. Singapore: Prentice Hall. 349373. 3. O. C. Ferrell, Michael D. Hartline and George H. Lucas Mason “Marketing Strategy”. Ohio: South-Western/Thomson Learning. 50-65. 4. John A. Murray and Aidan O'Driscoll (1996). “Strategy and Process In Marketing”. London : Prentice Hall. 14-28. 5. http://www.utusanmelayu.com.my 6. http://www.smuckers.com/ 7. http://en.wikipedia.org/wiki/Singapore http://tangkapgambar.blogspot.com/ (2002).

Asas Pemasaran-Spl 2412

http://tangkapgambar.blogspot.com/

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->