You are on page 1of 21

1.

0 PENDAHULUAN
Apa itu nuklear? Menerusi sumber daripada Utusan Malaysia, istilah 'nuklear' merujuk kepada asas dalaman atau nukleus atom dan tenaga nuklear adalah tenaga yang dijana daripada tindak balas dalam nukleus atom.(Utusan Malaysia, 14 Julai 2008). Ada dua jenis tindak balas nuklear yang boleh digunakan untuk menjana tenaga, iaitu tindak balas pembelahan nukleus (nuclear fission) dan tindak balas pelakuran nukleus (nuclear fusion). Melalui sumber daripada Kamus Dewan, nuklear bermaksud tenaga yang terhasil daripada tindak balas atom atau nukleusnya. (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi ke-4)

Loji-loji janakuasa nuklear yang terdapat di dunia adalah berasaskan tindak balas pembelahan nukleus, sedang loji nuklear berasaskan pelakuran nukleus kini masih dalam proses penyelidikan dan pembangunan dan dijangka tidak akan dapat digunakan dalam tempoh setengah abad akan datang kerana kesukaran teknologinya. Proses penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear melibatkan kitaran bahan api yang dimulai dengan perlombongan uranium, yang merupakan sumber utama untuk menyediakan tenaga nuklear. Selepas itu, ia akan menjalani proses penukaran uranium, pengayaan uranium, penukaran semua uranium, fabrikasi bahan api dan diikuti dengan penggunaan dalam loji janakuasa nuklear. Kemudian diikuti dengan penyimpanan sementara bahan api nuklear terpakai, sebelum diproses menjadi bahan api nuklear terpakai dan akhir sekali rawatan dan pelupusan akhir sisa nuklear aras tinggi.

Uranium biasanya diperolehi daripada negara-negara seperti Australia, Kazakhstan, Kanada dan Amerika Syarikat (AS). Menurut sumber Agensi Nuklear Malaysia (ANK), penjanaan elektrik melalui loji janakuasa nuklear mampu menjamin keselamatan perbekalan tenaga negara." Walaupun tenaga nuklear adalah lebih baik dari satu aspek iaitu membekalkan tenaga yang tetap, tetapi ia juga mempunyai kekurangan dari segi jaminan keselamatan dan beberapa perkara lain. (Dewan Masyarakat, 1979)

Tenaga nuklear mula ditemui oleh ahli fizik bernama Henri Becquerel pada tahun 1896, ketika beliau mendapati bahawa kepingan fotografi yang disimpan di dalam gelap berdekatan dengan uranium telah berubah kehitaman seperti kepingan sinar X, yang baru sahaja ditemui pada tahun 1895. Tenaga nuklear dibebaskan oleh tiga proses eksoterma, iaitu Pereputan Radioaktif, yang melibatkan satu proton atau neutron dalam nucleus radioaktif yang mereput lalu membebaskan samada zarah-zarah, sinaran electromagnet (seperti sinar gamma), neutrino, pembelahan nuklear (yang membelah satu

nucleus berat menjadi dua nukleus yang lebih ringan) dan pelakuran nuklear (yang menggabungkan dua nukleus atom untuk membentuk satu nukleus yang lebih berat. Pereputan radioaktif adalah satu tindakbalas yang berlaku secara spontan, rawak dan semula jadi. Pembelahan nuklear pula, yang tidak berlaku secara semula jadi, telah digunakan secara meluas dalam penjanaan tenaga elektrik sejak 1950-an dahulu. Sementara itu, pelakuran nuklear boleh berlaku secara semula jadi seperti dalam Matahari, dan secara buatan. Walaupun proses ini telah dibuktikan boleh dilakukan secara buatan, namun terdapat beberapa masalah seperti kawalan ke atas tindak balas yang perlu di atasi sebelum proses ini boleh dilakukan secara besar-besaran. (Adams, 2010) Keradioaktifan telah wujud secara semula jadi, tetapi perkara itu tidak diketahui sehinggalah akhir kurun ke-19, sedangkan di dalam al-Quran, sudah ada satu surah dikenali al-Hadid, yang memperkatakan mengenainya. Istilah al-Hadid merujuk kepada logam besi. Di dalam keadaan semula jadi, besi wujud sebagai satu sebatian dengan logam dan galian lain, antaranya logam radioaktif seperti uranium, plutonium dan radium. Apa yang menarik ialah firman Allah dalam ayat 25 Surah al-Hadid yang bermaksud: Pada besi itu, terdapat kekuatan yang amat kuat yang boleh memusnahkan manusia."

Kejadian letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki membuktikan kebenaran ayat ini sebagai bukti kekuasaan Allah yang menjadikan pada besi itu kekuatan yang terlalu besar. Setengah kilogram uranium dapat menghasilkan tenaga haba satu mega watt sehari. Bayangkanlah, jika sebuah negara itu mempunyai berjuta tan uranium yang disimpan untuk tujuan peperangan nuklear. Hakikat keradioaktifan hanya diketahui pada akhir kurun ke-19 membabitkan dua perkara besar yang berlaku ketika itu, yang membenarkan penemuan radioaktif. Pertama, sinar-X yang ditemui pada 1985 oleh Wilhem Konrad Rontgen, yang didapati berupaya menghasilkan pendarflour pada kaca tiub sinarX. Kedua, kajian oleh Henri Becquerel, yang mendapati bahawa, apabila kalium uranil sulfat diuja oleh sinaran ultra ungu, ia akan menghasilkan pendarflour. (Mustika Embun, April 2006) Stesen kuasa nuklear pertama dibuka pada 1950-an, teknologinya dianggap sebagai salah satu pencapaian besar dalam sains moden. Hari ini, banyak orang berpendapat, usaha membuat kuasa nuklear adalah kesilapan yang akan menimbulkan masalah besar bagi planet dan manusia. Namun, dengan pengendalian berhati-hati, ia boleh memberi manfaat. Sebenarnya, masih ada harapan kuasa nuklear digunakan secara selamat dan terkawal. Kuasa ini banyak kegunaannya dalam bidang perubatan. Kemajuan berterusan bermakna kita boleh mengesan dan merawat penyakit serius termasuk barah.

Banyak perkara menakutkan mengenai tenaga nuklear. Sesetengah orang menyebutnya sebagai tenaga yang bukan semulajadi sungguhpun cahaya dan haba yang diterima setiap hari daripada matahari, adalah hasil tindak balas termonuklear. Kita harus benar-benar memahami sifat tenaga nuklear dan teknologi moden yang digunakan untuk memanfaatkannya. Kita harus belajar daripada kesilapan lalu dan jangan membiarkan rasa takut menghalang kemajuan. Satu perkara yang pasti ialah, kita sekarang hidup dalam apa yang dikatakan sebagai zaman nuklear. Pelbagai manfaat yang diperoleh daripada perkembangan penggunaan teknologi nuklear pada masa kini dengan menekankan dari sudut bidang yang diharuskan seperti penggunaan dalam sektor perubatan, sektor pertanian, sektor perindustrian dan juga penggantian, (replacement) sebagai sumber tenaga baru. Turut hadir ditekankan daripada aplikasi teknologi nuklear yang tidak diharuskan syarak seperti penggunaan bahan-bahan nuklear sebagai senjata pemusnah. Malaysia juga turut melakar sejarah untuk bersaing dengan negara-negara maju yang lain seperti Jepun, Rusia dan Amerika Syarikat dengan mewujudkan pusat Nuklear Malaysia yang ditubuhkan pada 1972 sebagai Pusat Penyelidikan Tenaga Atom Tun Dr Ismail (PUSPATI). Kemudian pada 1983 ia dinamakan Unit Tenaga Nuklear (UTN) apabila ia diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kemudian selepas dipindahkan ke bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada Oktober 1990. Pada 10 Ogos 1994, barulah ia bergelar Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT). Pada 28 September 2006, MINT sekali lagi diberi identiti baru sebagai Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) sehingga sekarang. (Wikipedia.com)

2.0 KEBAIKAN DAN KEGUNAAN TEKNOLOGI NUKLEAR.

BIDANG PERUBATAN Kini, ramai yang mengetahui secara umum alat pengimejan bioperubatan (biomedical imaging) dan mungkin pernah melalui prosedur yang menggunakan alat tersebut seperti imbasan Sinar-X dan juga ultrasound. Namun mungkin tidak ramai yang mengetahui dengan mendalam tahap teknologi yang membolehkan alat tersebut berfungsi, manfaat yang diperolehi daripadanya serta perkembangan peralatan sedemikian yang merupakan gabungan pelbagai disiplin bidang sains dan teknologi dalam penciptaannya. Secara ringkas tentang teknologi

pengimejan dalam perubatan, yang lazimnya disebut sebagai radiologi. Istilah radiologi digunakan disebabkan teknologi ini melibatkan penggunaan radiasi. Walaubagaimanapun tidak semua radiasi bersifat mengion seperti Sinar-X. Contohnya seperti radiasi ultrasound dan Magnetic Resonance Imaging (MRI) yang tidak bersifat mengion (bertukar kepada ion, spt: Molekul kuprum sulfat akan ~ menjadi ion kuprum dan ion sulfat). Antara manfaat umum terbesar pengimejan perubatan adalah membolehkan diagnosis dilakukan tanpa sebarang prosedur yang memerlukan pembedahan. Sebelum adanya teknologi tersebut, diagnosis hanya dapat dibuat secara tidak langsung melalui gejala atau simptom penyakit ataupun melalui biopsi (analisis sampel daripada badan). Kadangkala situasi keadaan badan yang tidak normal hanya diketahui setelah melalui sesuatu pembedahan. Diagnosis sedemikian masih wujud dan masih digunakan, namun pengimejan bioperubatan membolehkan penyakit kronik seperti kanser diketahui lebih awal. Pengimejan bioperubatan moden boleh dikatakan bermula dengan penemuan Sinar-X oleh W.C. Roentgen pada tahun 1895 (Sinar-X juga dinamakan Sinar Roentgen). Sinar-X adalah gelombang elektromagnet yang mempunyai panjang gelombang antara 0.01 hingga 10 nanometer (nm) dan tenaga antara 120 voltan elektron (eV) hingga 120 (keV). Maka dari segi panjang gelombang ia berada antara Sinar Gamma yang lebih bertenaga dan Sinar Ultraungu (UV). Penemuan ini melayakkan Roentgen menerima Hadiah Nobel pertama dalam bidang fizik pada tahun 1901.
Sinar-X yang digunakan untuk tujuan pengimejan bioperubatan adalah sinar berkekuatan tinggi yang mempunyai tenaga antara 12 hingga 120 kV. Pengimejan Sinar-X lazimnya dibuat dengan satu sumber sinaran dan pengesan terdiri daripada filem foto, sintilator ataupun yang terkini diod semikonduktor. Bahagian badan yang lebih tumpat seperti tulang akan kelihatan lebih cerah kerana lebih menyerap Sinar-X sebaliknya bahagian yang kurang tumpat seperti otot, lemak dan udara akan

kelihatan gelap. Proses ini juga disebut sebagai radiografi unjuran kerana imej tulang dan organ akan bertindih antara satu sama lain. (Ashrani Aizuddin, 2011)

Variasi pada radiografi adalah flouroskopi di mana imej unjuran dibentuk pada pengesan yang terdiri daripada paparan flourescent. Proses ini ditemui oleh Roentgen pada 8 November 1895. Imej akan sentiasa terbentuk maka ia seolah-olah adalah suatu wayang Sinar-X. Seterusnya Thomas Edison mencipta flouroskop pertama yang dipasarkan. Penciptaan kamera TV menggantikan paparan flourescent pada tahun 1950-an. Flouroskop terkini menggunakan kamera video berasaskan Charge Couple Device (CCD) dan membolehkan imej dimanipulasi secara digital. Flouroskopi biasanya digunakan bersama ejen kontras untuk melihat bahan tersebut dibawa di dalam badan. Prinsip sama juga digunakan di dalam angiografi di mana satu kateter (catheter) halus dimasukkan ke dalam saluran darah, bagi mengesan saluran darah menggunakan Sinar-X. (Murray, 2009)

Angiogram menunjukkan saluran darah di sekitar otak

Contoh imej Sinar X

Selain daripada itu, radionuklida buatan pencetus perubatan nuklear. Perubatan nuklear melibatkan sumbangan daripada saintis dalam pelbagai bidang yang terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang fizik, kimia, kejuruteraan dan perubatan. Bidang perubatan berasaskan teknologi nuklear boleh dikatakan bermula dengan penemuan dan hipotesis bahawa bahan seperti aluminium boleh diubah supaya ia membebaskan radiasi. Ia dinamakan radionuklida buatan (artificial radionucleid) dan penemuan ini diterbitkan oleh pasangan Frederic dan Irene Joliot-Curie pada bulan Februari 1934 dalam penerbitan jurnal terkenal iaitu Nature. Mereka mendapat inspirasi dari kajian terdahulu yang dimulakan oleh Roentgen, H. Becquerel dan ibu-bapa Irene sendiri iaitu

pasangan Pierre dan Irene Curie. Becquerel dan pasangan Curie telah menerima hadiah Nobel dalam bidang fizik pada tahun 1903. Pasangan Joliot-Curie mengulangi pencapaian ibu-bapa dan mertua dengan penerimaan hadiah Nobel dalam bidang kimia pada tahun 1935 atas penemuan radionuklida buatan tersebut. Antara radionuklida yang terawal digunakan adalah iodin-131. Ia telah dipopularkan oleh sebuah rencana dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika pada 7 Disember 1946 tentang rawatan metastasis kanser kelenjar tiroid pada seorang pesakit. Seterusnya technetium-99m yang ditemui pada tahun 1937 mula dipopularkan pada tahun 1960-an dan menjadi radionuklida yang paling banyak digunakan dalam perubatan nuklear sehingga hari ini. Seperti radiografi unjuran menggunakan Sinar-X, dalam pengimejan perubatan nuklear terdapat sebuah pengesan yang dipanggil kamera sintilasi/gamma. Kamera gamma tercipta pada tahun 1960-an oleh H. Anger,
Sintigraf kalenjar tiroid menggunak iodin-123

yang membawa kepada nama alternatifnya sebagai kamera Anger. Proses pembentukan imej ini dinamakan sebagai sintigrafi (scintigraphy). Ia juga merupakan imej unjuran, maka imej tisu-tisu yang menyerap radionuklida akan bertindih antara satu sama lain. (Ashrani Aizuddin, 2011)

Di dalam bidang perubatan nuklear, tomografi turut digunakan oleh D.E. Kuhl pada tahun 1960-an untuk membentuk imej. Dengan memutarkan sebuah pengesan (yang sama dengan kamera gamma) dalam bulatan sekitar pesakit, imej badan pada satah bulatan tersebut dapat dibentuk dan seterusnya satah-satah berlainan disusun untuk membentuk imej 3 dimensi. Ini dinamakanTomografi Terhitung Pembebasan Foton Tunggal (single photon emission computed tomography, SPECT). Pada masa yang sama, Kuhl turut menggunakan radionuklida yang membebaskan positron (antizarah kepada elektron). Apabila positron bertemu dengan elektron, ia akan membentuk positronium sementara dalam suatu tempoh, sebelum kedua-duanya akan saling memusnah atau membinasa antara satu sama lain. Pembinasaan ini membebaskan dua foton sinar gamma pada arah yang bertentangan antara satu sama lain. Kedua-dua foton ini akan dikesan oleh dua pengesan yang bertentangan pada bulatan sekitar pesakit. Seterusnya pemprosesan secara tomografi dibuat untuk membentuk imej. Walau bagaimanapun, disebabkan adanya dua sinar gamma dibebaskan pada arah bertentangan daripada satu-satu lokasi, penganggaran lokasi tisu yang menyerap radionuklida

tersebut adalah lebih jitu berbanding dengan SPECT. Kaedah ini dinamakan Tomografi Pembebasan Positron (positron emission tomography PET).

SPECT

PET

Isotopes used in medicine:


Bismuth-213 (46 min): Used for targeted alpha therapy (TAT), especially cancers, as it has a high energy (8.4 MeV). Chromium-51 (28 d): Used to label red blood cells and quantify gastro-intestinal protein loss. Cobalt-60 (5.27 yr): Formerly used for external beam radiotherapy, now used more for sterilising Dysprosium-165 (2 h): Used as an aggregated hydroxide for synovectomy treatment of arthritis. Erbium-169 (9.4 d): Use for relieving arthritis pain in synovial joints. Iodine-125 (60 d): Used in cancer brachytherapy (prostate and brain), also diagnostically to evaluate the filtration rate of kidneys and to diagnose deep vein thrombosis in the leg. It is also widely used in radioimmuno-assays to show the presence of hormones in tiny quantities. Iodine-131 (8 d)*: Widely used in treating thyroid cancer and in imaging the thyroid; also in diagnosis of abnormal liver function, renal (kidney) blood flow and urinary tract obstruction. A strong gamma emitter, but used for beta therapy. Iridium-192 (74 d): Supplied in wire form for use as an internal radiotherapy source for cancer treatment (used then removed). Iron-59 (46 d): Used in studies of iron metabolism in the spleen. Lead-212 (10.6 h): Used in TAT for cancers, with decay products Bi-212, Po-212, Tl-208. Lutetium-177 (6.7 d): Lu-177 is increasingly important as it emits just enough gamma for imaging while the beta radiation does the therapy on small (eg endocrine) tumours. Its half-life is long

Radioisotopes in Medicine

BIDANG PERTANIAN Teknologi nuklear merupakan salah satu teknologi moden yang berkembang pesat dalam bidang pertanian. Pemanfaatan teknik nuklear pada tanaman boleh digunakan untuk pembaikan jenis-jenis tanaman melalui mutasi dengan radiasi. Di Malaysia dan Indonesia, kegiatan penyelidikan aplikasi teknik nuklear dalam bidang pertanian khususnya untuk kebaikan tanaman telah dilakukan Badan Tenaga Nuklir Nasional (Indonesia) dan Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia, MINT (Malaysia). Menurut penyelidik dari Indonesia, Ita Dwimahyani menyatakan tujuan pembangunan penelitian serta penyelidikan teknik nuklear untuk kebaikan tanaman adalah untuk memberi sumbangan kepada kerajaan dalam usaha meningkatkan hasil tanaman. Oleh kerana itu, sering terdapat pro dan kontra berkenaan dengan teknik ini, meskipun nuklear merupakan teknologi berbahaya kepada manusia, tetapi mempunyai kesan positif apabila dapat memanfaatkan sifat-sifat hakiki daripada tenaga ini untuk tujuan yang diharuskan syarak dan undang-undang.

Pengawai Penyelidik Kanan MINT, Dr. Rusli Ibrahim menyatakan banyak kajian yang dijalankan menjurus kepada membangunkan bidang pertanian dan industri asas tani di negara kita, Malaysia. MINT menjalankan penyelidikan dan pembangunan teknologi ke arah pembentukan proses, produk, serta khidmat baru dan peningkatan proses, produk serta khidmat nasihat yang ada. Di samping itu, kepakaran serta keupayaan tempatan dalam teknologi nuklear dan yang berkaitan serta penggunaannya terutama dalam hal di mana teknikini merupakan teknik yang paling sesuai dan akan meningkat di masa akan datang.

Teknik- teknik yang telah dibangunkan termasuklah mutasi aruhan, kajian racun serangga, pengurusan pengairan, kajian sampingan agro, kendalian lepas tuai dan pengawetan makanan. Misalnya, radiasi digunakan untuk menghasilkan tumbuhan yang lebih berkualiti. Teknik berkenaan telah dikenal pasti bagi menghasilkan tumbuhan mutan (sesuatu yang terhasil daripada proses mutasi) untuk meningkatkan penghasilan makanan. (Khairunnisa Sulaiman, 2004)

Mutasi merupkan satu proses di mana gen atau mana-mana turutan DNA mengalami perubahan dalam strukturnya. Proses mutasi tidak biasa berlaku dalam alam sekitar biasa dan jika terjadi ia memakan masa yang agak lama pada kadar yang rendah. Biasanya mutasi boleh dipercepatkan melalui induksi oleh agen mutasi sama ada secara kimia atau fizikal. Di MINT, agen fizikal yang sering digunakan untuk pembaikan pertanian terdiri daripada sinar gamma dan sinar-X. secara amnya, pembiakanmutasi termasuk pemilihan tanaman, pemilihan mutagen, kaedah, sensitiviti, bahagian yang dirasai dan teknik menggunakannya. Bagi tanaman seperti padi, kacang tanah dan kacang soya, biji benih merupakan bahagian yang popular dan berpotensi diradiasi dengan sinar gamma yang dihasilkan daripada unsur Cobalt-60, selepas pemilihan biji benih terbaik dibuat. Manakala bagi tumbuhan vegetative seperti buah-buahan dan bunga-bungaan keratin batang digunakan atau dilakukan secara in-vitro.

Dalam kes-kes tertentu, radiasi boleh dilakukan secara akut dalam masa yang singkat dengan kadar dos yang tinggi. Kultur tisu tumbuhan merupakan terminologi yang digunakan bagi merujuk kepada pelbagai teknologi in-vitro yang digunakan. Teknik berkenaan telah dibangunkan pada 1960-an dan boleh digunakan untuk menghasilkan tumbuhan dalam bilangan yang banyak daripada bahan yang sedikit. Kultur tumbuhan biasanya dijalankan secara in-vitro (dalam

balang bertutup) dengan medium tertentu dalam keadaan terkawal. Ini penting bagi membolehkan tumbuhan terhasil daripada sel tunggal. Medium tertentu berkenaan terdiri daripada garam bukan organic, organic (makro nutrient, mikro nutrient dan vitamin), sumber tenaga iaitu sukrosa, hormon penggalak pertumbuhan dan agar sebagai medium.

Teknologi nuklear turut digunakan untuk menghasilkan lembu klon.

Bahan eskplan seperti kalus boleh didedahkan kepada mutagen kimia atau fizikal agar berlaku perubahan genetik. Setakat ini, MINT telah berjaya menghasilkan beberapa tumbuhan mutan baru seperti pisang, padi, kacang tanah, dan juga tanaman hiasan yang mempunyai ciri-ciri yang lebih berkualiti seperti hasil yang tinggi, pokok rendah, matang awal, rasa lebih enak dan ciri-ciri yang lebih menarik, khusus bagi tanaman hiasan seperti perubahan warna bunga seperti perubahan warna bunga dan daun, pokok renek dan lain-lain lagi. (Khairunnisa Sulaiman, 2004)

10

BIDANG PEMBUATAN

Dalam bidang pembuatan, penggunaan teknologi nuklear membolehkan pengeluaran sarung tangan getah, resin dan sebagainya yang memberi sumbangan besar pada industri sarung tangan di Malaysia.Dalam industri minyak dan sektor marin, teknologi Non Destructive Testing -NDT (Ujian Tanpa Musnah) yang menggunakan sumber tenaga nuklear melalui peralatan seperti Sinar Gamma dan Sinar X digunakan untuk mengesan kecacatan atau kerosakan yang berlaku pada paip-paip minyak atau gas. Teknologi ini dipelopori oleh Agensi Nuklear Malaysia dan beberapa syarikat swasta yang lain.

Malaysia memiliki satu-satunya reaktor nuklear yang dikenali sebagai Reaktor TRIGA PUSPATI (Pusat Penyelidikan Tenaga Atom Tun Doktor Ismail yang ditubuhkan 27 tahun dahulu yang kini dikenali sebagai Agensi Nuklear Malaysia ). Ia kini dikendalikan oleh Agensi Nuklear Malaysia yang terletak di Bangi. Ia digunakan dalam aktiviti penyinaran neutron serta eksperimen pancaran neutron. Selain itu ia juga digunakan untuk kajian tentang reaktor itu sendiri yang terdiri daripada fizik reaktor, kejuruteraan reaktor dan kejuruteraan nuklear,hidraulik haba (thermalhydraulic) dan core analysis. (Faizal Aziz, 2010)

Naturally-occurring radioisotopes: Carbon-14: Used to measure the age of water (up to 50,000 years) Chlorine-36: Used to measure sources of chloride and the age of water (up to 2 million years) Lead-210: Used to date layers of sand and soil up to 80 years Tritium (H-3): Used to measure 'young' groundwater (up to 30 years) Artificially-produced radioisotopes:

11

Radioisotopes in Industry 2.4 PENJANA TENAGA ELEKTRIK BARU

12

Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa Malaysia akan menggunakan tenaga nuklear sebagai penjana tenaga elektrik negara. Dengan itu, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah mengenal pasti lokasi pembinaan loji nuklear negara pertama. Loji ini dijangka mula beroperasi pada tahun 2021. Tenaga nuklear dipilih kerana ia dianggap "effisien dan efektif" apatah lagi dalam keadaan dunia masa kini yang menunjukkan bahawa penggunaan petroleum dan arang batu untuk menjana elektrik negara sebagai tidak lagi sesuai kerana kenaikan harga kedua-dua sumber tersebut dan juga tekanan terhadap alam sekitar akibat penggunaan bahan api fosil tersebut. Malah, di peringkat serantau juga, penggunaan tenaga nuklear semakin menjadi pilihan misalnya, negara Thailand, Vietnam dan Indonesia juga sudah mulai menuju ke arah penghasilan tenaga elektrik berasaskan tenaga nuklear. Thailand dijangkakan mula menggunakan tenaga nuklear menjelang tahun 2012, Vietnam pada tahun 2018 dan Indonesia pada tahun 2016. Berdasarkan perkembangan ini maka jelas bahawa penggunaan tenaga nuklear dalam penghasilan tenaga elektrik semakin mendapat perhatian. Teknologi nuklear kini mampu bersifat sebagai pengganti kepada sumber tenaga elektrik yang baru. Tenaga nuklear dikatakan dapat menjana tenaga dalam jumlah yang banyak dan pada satu jangka masa yang panjang berbanding penjanaan tenaga elektrik menggunakan bahan api fosil seperti petroleum dan arang batu. Ini kerana penggunaan bahan uranium (bahan utama logi tenaga nuklear) akan menghasilkan lebih banyak tenaga untuk jangkasama yang panjang. Dikatakan, satu tan uranium boleh menghasilkan lebih banyak tenaga berbanding penggunaan beberapa million tan arang batu atau beberapa million barrel minyak. Keadaan ini pastinya merupakan satu berita baik kerana bahan api fosil semakin berkurangan. (Hafizatul Sarah, 2011) Tenaga nuklear juga dikatakan sangat mesra alam. Penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan tenaga nuklear tidak akan mencemarkan udara. Ini kerana logi tenaga nuklear tidak akan membebaskan gas-gas rumah hijau seperti karbon, methane, ozon dan CFC semasa beroperasi dan dengan itu tidak mencemarkan udara. Dalam hal ini, ia akan membantu mengurangkan kesan rumah hijau.

13

Selain itu, pembinaan logi nuklear juga tidak memerlukan kawasan yang besar dan dalam jangka masa panjang, tenaga nuklear akan menghasilkan tenaga elektrik yang lebih murah kerana kos operasinya yang rendah. Ini pastinya satu berita baik kepada pengguna. Berkaitan dengan alternatif, sememangnya terdapat alternatif atau pilihan lain dalam menghasilkan tenaga elektrik. Sebagai contoh, tenaga yang dinamakan sebagai tenaga gantian. Amnya,tenaga gantian ini membawa maksud sumber tenaga yang tidak berasaskan pembakaran bahan fosil atau pemecahan atom. Sekurang-kurangnya terdapat lima bentuk tenaga gantian dalam dunia. Tenaga tersebut adalah tenaga suria, angin, geotermal, ombak dan hidroelektrik. Tenaga gantian ini juga dikenali sebagai tenaga hijau iaitu melibatkan manipulasi alam untuk menjana tenaga elektrik. Bagi menggantikan tenaga nuklear,sebaik mungkin dijalankan kajian untuk melihat kebolehgunaan tenaga gantian ini sebagai tenaga penjana elektrik negara. Jika ini berjaya dilakukan maka barulah boleh diakui "Malaysia sebagai pelopor revolusi bumi hijau." Jika usaha, tenaga dan wang ringgit boleh digunakan untuk mengkaji kebolehgunaan tenaga nuklear maka usaha, tenaga dan wang ringgit yang sama juga seharusnya ditumpahkan untuk menghasilkan tenaga hijau. Ini kerana, sebagaimana petroleum dan arang batu boleh mencapai tahap sukar didapati (scarce) maka begitu jugalah uranium pada satu masa nanti. Oleh itu, hendak atau tidak, akan tiba masanya manusia terpaksa bergantung kepada tenaga gantian. (Azrina Sobian, 2010) Tenaga nuklear menghasilkan 15 peratus kuasa elektrik yang dijanakan di dunia. Pada sesetengah negara, reaktor penyelidik hanya menyediakan sedikit sumbangan pada bekalan elektrik. Pada negara lain pula, kuasa nuklear adalah sumber tenaga elektrik yang utama. Pada stesen kuasa elektrik, satu tan uranium yang digunakan sebagai bahan api untuk reaktor nuklear, menghasilkan sama banyak tenaga dengan 20,000 tan arang batu yang dibakar.

Selepas keghairahan awal tentang tenaga nuklear berkurangan, kita sedar bahawa kuasa ini memerlukan kawalan yang berhati-hati dan mahal bagi memastikan keselamatan awam di samping beberapa masalah jangka panjang. Sumber lain, terutamanya pembakaran bahan fosil, mempunyai masalah tersendiri. Lagipun, bahan api fosil tidak kekal dan mungkin akan kehabisan menjelang pertengahan abad akan datang. Jika kita mahu terus menggunakan tenaga, maka kita terpaksa bergantung kepada sumber alternatif.

14

Kuasa nuklear adalah salah satu alternatif yang mempunyai potensi untuk digunakan. Namun, kita harus mengambil langkah selamat untuk memastikan tidak berlaku kesan sampingan tidak diingini. Kegunaan sinaran dalam bidang lain agak kurang menimbulkan perbalahan, terutama dalam bidang perubatan. Tiada sesiapapun yang boleh mengenepikan kemajuan diagnosis dan rawatan yang dicapai oleh perubatan nuklear. (Mustika Embun, 2006) Memetik laporan yang dikeluarkan oleh IAEA, keperluan tenaga dunia kini kian meningkat dari tahun ke tahun dengan kadar peningkatan sebanyak 2.5 peratus di antara tahun 1970 dan 2006 iaitu dari 6181 ke 15,311 GWa. Dari keperluan ini, penjanaan elektrik menggunakan nuklear hanya menyumbang sebanyak 6%. Tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif untuk bekalan elektrik bermula seawal 1954. Dari kajian yang telah dibuat, operasi loji-loji jana kuasa nuklear adalah jauh lebih selamat berbanding pendedahan manusia kepada sumber sinaran dan keradioaktifan semula jadi dan buatan manusia yang lain. Secara keseluruhannya, bilangan kemalangan nuklear adalah lebih kecil berbanding dengan industri dan aktiviti manusia yang lain. Satu kajian yang dibuat ke atas kemalangan jiwa dalam sektor tenaga di dunia mengikut sumber tenaga menunjukkan penggunaan sumber tenaga nuklear merekodkan kemalangan jiwa yang paling sedikit. (Suzalie Mohammed, 2011)

3.0 KEBURUKAN DAN KESAN TEKNOLOGI NUKLEAR


3.1 SEKTOR KETENTERAAN Sejarah telah menceritkan tentang tragedi pengeboman Bandaraya Hiroshima dan dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos 1945 merupakan permulaan detik hitam penggunaan teknologi nuklear dalam peradaban manusia. Fakta dari peristiwa pengguguran bom atom tersebut mencatatkan kematian akibat ledakan seramai 140 ribu nyawa serta merta dan ratusan ribu lagi yang terkorban selepas ledakan akibat radiasi sinaran dan kesan

15

terbakar. Sejarah bom nuklear atau bom atom bermula apabila Amerika Syarikat memulakan projek menghasilkan bom atom yang dikenali sebagai Projek Manhattan di Los Alamos, New Mexico pada tahun 1942. Ujian bom atom pertama dilakukan di tapak ujian Alamogodro di daerah yang sama. Sepanjang sejarah, hanya dua kali bom atom digugurkan iaitu di Hiroshima dan Nagasaki sekaligus menamatkan Perang Dunia ke-2. Selain malapetaka Hiroshima dan Nagasaki, masyarakat terus dihantui dengan tragedi yang membabitkan nuklear apabila mengaitkannya dengan insiden kebocoran reaktor nuklear diThree Mile Islands, Amerika Syarikat pada 1979, Chernobyl, Ukraine (1986), Tokai Mura, Jepun (1999) dan United Kingdom (2000). (Faizal Aziz, 2010)

3.2 ANCAMAN BAHAN RADIOAKTIF Tenaga nuklear boleh memberi kesan tidak baik kepada kesihatan manusia. Ini kerana, tenaga nuklear menghasilkan radiasi. Radiasi ini sangat berbahaya kepada tubuh badan manusia kerana radiasi itu boleh merosakkan sel badan. Selain itu, bahan radioaktif yang terhasil daripada aktiviti penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear juga amat berbahaya dan kos menguruskannya juga amat tinggi. Bahan radioaktif ini, jika dilepaskan ke alam sekitar, akan bertahan untuk satu jangka masa yang lama sebelum ia mencecah tahap selamat kepada manusia. Tenaga nuklear bergantung kepada bahan uranium. Uranium dikategorikan sebagai bahan api tidak boleh diganti (non renewable energy) sama seperti petroleum dan arang batu. Walaupun buat masa ini, sumber uranium masih banyak tetapi ia juga akan berkurangan jika terus digunakan. Oleh itu, ia juga akan habis pada satu masa nanti. Kekurangan lain yang juga sering dikaitkan dengan penggunaan tenaga nuklear ialah risiko kemalangan di loji tenaga nuklear. Jika kemalangan ini berlaku, masalahnya sangat besar dan kesannya akan mengambil masa yang panjang untuk hilang. Sebagai contoh, kemalangan reaktor nuklear di Chernobyl pada April 1986. Dikatakan bahawa, tragedi letupan reaktor nuklear ini merupakan yang terburuk dalam sejarah dunia. Letupan ini telah membebaskan 300 kali lebih bahan radioaktif berbanding peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima. (Murray, 2009)

16

Radioaktif itu tersebar luas hingga ke bahagian Barat Kesatuan Soviet, Timur dan Barat Eropah, daerah-daerah Scandinavia, British Isles dan Timur Amerika Utara. Di samping itu, kontaminasi teruk berlaku di kawasan-kawasan Ukraine, Belarus, dan Rusia hingga memaksa lebih daripada 336,000 orang penduduk dipindahkan dari rumah-rumah mereka. Satu laporan yang disediakan oleh International Atomic Energy Agency (IAEA) and World Health Organization (WHO), menunjukkan bahawa berlaku 56 kematian serta-merta. Manakala, dianggarkan dalam 6.6 juta orang yang telah terdedah kepada radiasi letupan itu, 9000 daripadanya dijangkakan akan mati akibat pelbagai jenis penyakit kanser. (Azrina Sobian, 2010)

4.0 KESIMPULAN / PENUTUP


Berdasarkan penjelasan tentang kebaikan dan keburukan teknologi nuklear nyata bahawa terdapat banyak cabaran yang perlu diambil kira jika tenaga nuklear ingin digunakan. Walaupun penggunaan tenaga nuklear punya beberapa faedah, namun timbangan baik-buruknya harus dilakukan sebaik, seadil dan secara sangat terperinci agar implementasi rancangan ini tidak membawa mudarat sama ada kepada manusia mahupun alam secara keseluruhan. Dalam pandangan hidup Islam, terdapat satu prinsip penting yang menyatakan bahawa "ditegah untuk membuat sesuatu usaha melainkan setelah mengenal syarat-syaratnya". Bagi menjelaskan lagi perkara ini Dr. Mohd Sani Badron dalam kertas kerja beliau yang bertajuk"Kewajipan Menguasai

17

Sains: Fardu Ayn-kah atau Fardu Kifayah?" menyebut bahawa "[satu] contoh yang pernah dikemukakan oleh al-Khawarizmi dalam Mubid al-Humum wa Mufid al-Ulum, ialah dicegah menjalankan perniagaan melainkan sesudah mempelajari kaifiat dan syarat-syarat mu'amalat bagi seseorang peniaga". Tambah beliau lagi "[hal] ini dilaksanakan Saidina Umar dalam sistem pendidikannya sehingga tiadalah berniaga di pasar kaum Muslim melainkan mereka yang memahami perniagaan berlandaskan Islam hingga tidak lagi keliru mengenai sebarang perkara yang boleh menerbitkan penindasan terhadap golongan pembeli seperti riba." Dengan itu, secara mudahnya, dapat kita sebutkan bahawa, berdasarkan prinsip yang disebutkan di atas, setiap daripada kita adalah dilarang melakukan sesuatu melainkan kita telah benar-benar memiliki ilmu berkaitan dengan perkara yang ingin dilakukan itu. Sebagai contoh, jika kita ingin menjadi tukang jahit, maka sebelum menjadi tukang jahit, segala ilmu berkaitan dengannya wajiblah diperoleh terlebih dahulu sebelum memulakan kerjaya ini. Ketetapan ini sememangnya amatlah wajar bagi mengelakkan si tukang jahit merosakkan tempahan baju yang dihantar pelanggan. Samalah halnya dalam isu tenaga nuklear ini. Sebelum implementasi program ini hendak dilaksanakan maka segala bentuk maklumat tentang baik-buruknya untuk negara dan masyarakat Malaysia wajiblah dikaji sedalam-dalamnya. (Azrina Sobian, 2010)

Selain daripada prinsip yang disebutkan ini, di dalam al-Quran kita telah diingatkan bahawa,"...janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan, dan baikilah perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya" (Surah al-Baqarah, 2:195). Dengan paparan ayat ini maka dapat kita simpulkan, dalam kes si tukang jahit sebentar tadi, bahawa jika tidak tahu ilmu jahitan, maka janganlah berani menceburkan diri dalam bidang itu. Ini kerana, kedegilan untuk menceburi bidang itu akan menyebabkan si tukang jahit ditimpa malang kerana mungkin dimarahi pelanggan kerana gagal menyiapkan tempahan atau merosakkan tempahan yang dihantar. Bukankah ini hanya membinasakan diri si tukang jahit tersebut? Dalam isu tenaga nuklear ini pula, jika kemudaratan program ini jelas maka seeloknyalah ia ditangguh atau dicari alternatif yang lain.

18

5.0 RUJUKAN

NAMA BUKU

: NUCLEAR ENERGY~ CONCEPTS, SYSYEMS AND APPLICATION

NAMA PENGARANG : RAYMOND LEROY MURRAY TEMPAT TERBITAN : UNITED KINGDOM TAHUN TERBITAN PENERBIT : SIXTH EDITION (2009) : BUTTERWORTH HEINEMANN

NAMA BUKU

: NUCLEAR ENERGY~ POWER FROM THE ATOM

NAMA PENGARANG : TROON HARRISON ADAMS TEMPAT TERBITAN : CANADA

19

TAHUN TERBITAN PENERBIT

: 2010 : CRABTREE PUBLISHING COMPANY

NAMA BUKU

: MAJALAH ESTIDOTMY

NAMA PENGARANG : KHAIRUNISA BINTI SULAIMAN TEMPAT TERBITAN : KUALA LUMPUR TAHUN TERBITAN PENERBIT : OKTOBER 2004 : UTUSAN PUBLISHER

NAMA BUKU

: MAJALAH DEWAN MASYARAKAT

NAMA PENGARANG : MOHAMMAD FAISOL KELING TEMPAT TERBITAN : KUALA LUMPUR TAHUN TERBITAN PENERBIT : JULAI 2006 : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

6.0 LAMPIRAN
Murray, R. L. (2009). Nuclear Energy~ Concepts, Systems and Applications. United Kingdom: Butterworth Heinemann. Adams, T. H. (2010). Nuclear Energy~ Power From The Atoms. Canada: Crabtree Publishing Company. Faisol, M. K. (2006). Dewan Masyarakat~ Nuklear Sumber Tenaga Alternatif. Malaysia: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Tajuddin, A. A. (1979). Dewan Masyarakat~ Tenaga Nuklear Dan Keselamatan Am. Malaysia: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Sarah, R. N. (2008). Tenaga Nuklear Penjana Elektrik Malaysia Masa Depan. Utusan Malaysia . Embun, M. (03 April 2006). Asas Tenaga Nuklear. Article .

20

Agensi Nuklear Malaysia. (2010, Jun 12). Retrieved Julai 22, 2011, from Wikipedia: http://www.wikipedia.com Ashrani, R. A. (2011, Mac 27). Perkembangan Teknologi Pengimejan Dalam Perubatan. Retrieved Julai 19, 2011, from Majalah Sains.Com: http://www.majalahsains.com Radioisotopes in Medicine. (2011, Januari 26). Retrieved Jun 28, 2011, from World Nuclear Association: http://www.world-nuclear.org Radioisotopes in Industry. (2010, Februari). Retrieved Jun 26, 2011, from World Nuclear Association: http://www.world-nuclear.org Khairunissa, S. (27 Oktober 2004). Teknologi Untuk Pertanian. In T. a. Ministry of Science, estidotmy. Kuala Lumpur: Utusan Publisher. Faizal, M. A. (2010, Ogos 5). Teknologi Nuklear dan Malapetaka Bom Atom. Retrieved Julai 13, 2011, from Majalah Sains.Com: http://www.majalahsains.com Hafizatul, S. T. (2011, April 2). Radioaktif. (N. Asidin, Performer) Ulasan Berita RTM, Kuala Lumpur, Malysia. Azrina, S. (20 Mei 2010). Tenaga Nuklear Sebagai Penjana Tenaga Elektrik. Artikel Bahasa Melayu . Suzalie, M. (09 Mac 2011). Malaysia Negara Kuasa Nuklear . Artikel Bahasa Malaysia .

21

You might also like