You are on page 1of 35

Sejarah Republik Rom

Asal dan sejarah awal Rom tidak dapat dipastikan. Sedangkan terdapat keterangan-
keterangan yang khusus tentang asal dan sejarah Rom, pemerian-pemerian itu cenderung
bersifat mitologi, dan tidak dapat merupakan sejarah objektif ketika diperlakukan dengan
analisis moden.
Terdapat juga temuan arkeologi di kota Rom yang wujud sebelum tarikh pengasasan yang
ditentukan oleh mitologi. Sebaliknya, kesan-kesan penempatan yang benar tidaklah sehingga
tarikh itu. Bagaimanapun, mitos asal Rom mungkin mengandungi beberapa aspek kebenaran
dan bertanggungjawab untuk membentukkan pandangan diri orang Rom.
Pengasasan kota
Tradisi membekalkan beberapa tarikh yang berbeza tentang pengasasan Rom. Yang paling
terkenal ialah tarikh yang diberikan oleh ahli sejarah dan pentertib tarikh Rom, M. Terentius
Varro: 753 SM, tetapi ini bergantung kepada kronologi tradisi raja-raja Rom yang terlalu
meragukan. Terdapat beberapa penemuan arkeologi yang lebih lama daripada tarikh Varro;
tetapi kesan-kesan terawal penempatan berterusan biasa ditarikhkan pada awal abad ke-6 SM.
Pemerintahan beraja (abad ke-6 SM)
Pada permulaan, Rom mempunyai raja-raja. Tradisi lebih menggambarkan raja-raja ini
sebagai pahlawan budaya berbanding tokoh sejarah, dengan setiap baginda dikatakan mereka
sesuatu aspek budaya Rom; umpamanya, Numa Pompilius mencipta agama Rom, dan Ancus
Martius mencipta seni-seni perang. Tradisi juga memberikan kebanyakan pemerintahan
jangka masa sebanyak lebih kurang empat puluh tahun. Ini mungkin disebabkan oleh
numerologi berbanding sejarah. Perincian lain dilihatkan sebagai cerita-cerita mengenai asal
bagi pelbagai keluarga bangsawan Rom.
Bagaimanapun, terdapat persetujuan umum bahawa Rom mempunyai satu siri raja-raja
(sebilangan daripada baginda itu berasal daripada Etruria; pengaruh orang Etruria masih
dapat dilihat dalam seni dan seni bina Rom awal) dan raja-raja ini kemudian digantikan oleh
golongan bangsawan Rom pada sekitar 500-450 SM.
Penubuhan Republik
Tarikh tradisional untuk revolusi terhadap raja-raja ialah 509 SM (untuk ceritanya, sila lihat
Penggulingan raja-raja). Tarikh ini juga diragui; penyusunan fasti konsul yang menyokong
tarikh ini menyelitkan enam orang konsul dalam tahun pertama Republik, dan mempunyai
tempoh-tempoh panjang yang langsung tidak mempunyai sebarang konsul. Adalah mungkin
sebagai kebanggaan negara bahawa ahli-ahli Rom mengubahkan kronologi republik awal
untuk menyebabkan Rom kelihatan membebaskan diri sebelum Cleisthenes membawa
kebebasan kepada Athens. Juga dicurigai bahawa keluarga-keluarga yang berpengaruh
"menyisipkan" nenek moyang konsul ke dalam senarai itu untuk menyokong kedudukan
politik keluarga mereka, dan oleh itu mengawalkan tarikh pengasasan republik.
Konsul-konsul awal mengambil alih peranan-peranan raja kecuali peranan sami besar yang
menyembah Optimus Maximus Jupiter di kuil suci yang terletak di Bukit Capitoline. Untuk
tanggungjawab itu, orang-orang Rom memilih seorang Rex sacrorum — "raja untuk perkara-
perkara suci". Adalah menarik untuk memperhatikan bahawa Rex Sacrorum Rom dilarang
daripada menjadi ahli Senat; seseorang tidak boleh menjadi Senator dan Rex Sacrorum pada
waktu yang sama. Rom Republik menjauhi "raja" sekelumit ini daripada sebarang
kemungkinan mencapai kuasa. Sehingga akhir Republik, tuduhan bahawa seseorang yang
berkuasa berhasrat untuk membuatkan diri sebagai "Rex" (raja) merupakan satu tuduhan
yang amat menjejaskan kerjaya orang itu (pembunuh Julius Caesar mendakwa bahawa
mereka sedang memeliharakan Rom daripada penubuhan semula pemerintahan beraja).
Pertikaian antara Kelas Masyarakat
Hubungan antara golongan marhaen dengan golongan ningrat kekadang menjadi tegang
sehingga orang-orang marhaen berpisah daripada kota, dan membawa keluarga serta harta
boleh alih mereka untuk menubuhkan kem di atas bukit di luar dinding kota. Keengganan
mereka untuk bekerjasama lagi dengan golongan ningrat menyebabkan perubahan-perubahan
sosial. Hanya lebih kurang 15 tahun selepas penubuhan Republik pada 494 SM, golongan
marhaen berpisah dan memilih dua orang ketua yang diberikan gelaran Tribun.
Golongan marhaen mengangkat sumpah bahawa mereka tidak boleh 'mempersoalkan'
('menyentuh') Tribun semasa tempoh jawatan mereka, dan mereka akan bersatu untuk
membunuh sesiapa yang mengapa-apakan tribun mereka. Pemisahan kedua pada tahun 471
SM menyebabkan takrif undangan-undang yang lebih lanjut terhadap hak dan tanggungjawab
tribun, dan menambah bilangan tribun menjadi 10 orang. Pemisahan terakhir bertamat pada
tahun 287 SM, dan Lex Hortensia yang diluluskan memberikan undi Concilium Plebis atau
"Majlis Marhaen" kuat kuasa undang-undang. Adalah penting untuk memerhatikan bahawa
kuat kuasa undang-undang ini mengikat kedua-dua golongan ningrat dan marhaen, dan
sebenarnya menjadikan Majlis Marhaen sebagai badan yang utama untuk meluluskan
undang-undang Rom.
Pengembangan Rom ke Itali (340 - 268 SM)
Sepanjang abad ke-4 SM, orang-orang Rom bertempur satu siri perang dengan jiran-jirannya,
terutamanya dengan puak Sabine dan puak Samnium yang merupakan pesaing-pesaing utama
mereka di tanah besar Itali. Akhirnya, Rom menguasai Liga Latin, sebuah kerajaan campuran
yang terdiri daripada negara-negara kota di kawasan Latium, selepas Perang Latin. Liga itu
dibubarkan dan wilayahnya diletakkan di bawah kawalan hegemoni.
Semasa era ini, Rom dan negara-negara lain dalam Liga Latin, juga bertempur dengan kuasa-
kuasa asing, tetapi tidak selalu berjaya. Pada tahun 390 SM, orang Gaul dari Gallia Cisalpina
(Lembah Po moden) di bawah pimpinan Brennus menewaskan legion-legion Rom serta
menjarah Rom. Mereka memerlukan wang tebusan yang amat besar untuk memberhentikan
pemusnahan seluruh kota. (Seorang senator Rom membantah bahawa pemberat yang
digunakan untuk mengukur emas wang tebusan tidak tepat. Sebagai gerak balas, Brennus
mencampakkan pedangnya ke arah pemberat dan mengunggapkan kata-kata yang
termasyhur: "Vae Victis" — "Malang kepada pihak yang kalah").
Pada tahun 283 SM Pyrrhus dari Epirus tiba untuk membantu Tarentum, sebuah tanah jajahan
Yunani, terhadap orang-orang Rom. Pyrrhus dianggap secara meluas sebagai pemimpin
tentera yang terutama selepas Alexander Agung, tetapi walaupun selepas memenangi tiga
pertempuran, beliau tidak dapat menewaskan Republik Rom dan mengalami kerugian yang
amat besar. Pyrrhus dikatakan mengungkapkan frasa: "Lagi satu kemenangan sebegini dan
aku akan kalah" dan dengan itu, menciptakan istilah "kemenangan Pyrrhus". Pyrrhus
berundur untuk bertempur di Sicily dan Yunani dan oleh itu, memberikan orang-orang Rom
martabat tentera antarabangsa yang menarik perhatian kuasa-kuasa terbesar Yunani di Timur.
Melalui tanah-tanah jajahan dan negara-negara kota bersekutu, Rom mempunyai banyak
tenaga manusia yang dipergunakan sebagai bekalan perekrutan untuk legion-legionnya. Ini
membolehkan Rom untuk menubuhkan legion dengan mudah untuk meneruskan pertempuran
dalam keadaan-keadaan yang negara-negara lain akan menyerah. Rom juga menunjukkan
keengganan untuk menerima penewasan. Keazaman ini ditunjukkan dalam pertempuran-
pertempuran kemudian seperti Perang Phoenecia Pertama di mana tentera Rom, ketika
mengalami kerugian armada sebanyak 70% disebabkan ribut, membina semula seluruh
armada mereka dalam masa hanya dua bulan.
Lagi satu ciri Republik yang unik ialah caranya untuk memperlakukan orang taklukan.
Mereka yang ditaklukkan oleh Rom diberikan "perlindungan" dan sejenis bentuk
kewarganegaraan, serta hak-hak yang khusus di bawah undang-undang Rom. Mereka juga
dipertanggungjawabkan untuk kewajiban yang tertentu, terutamanya keperluan untuk
membekalkan askar-askar legion. Ini menghasilkan kesan dua kali ganda. Pertama, Rom
diberikan bekalan tenaga manusia untuk legion-legionnya daripada seluruh Liga Latin. Ini
membenarkannya untuk menurunkan angkatan tentera, satu demi satu, dan menolak sebarang
penewasan. Kedua, dengan mempunyai banyak tahap kewarganegaraan dan hak-hak di
bawah undang-undang Rom, perhatian orang-orang taklukannya ditumpukan pada pembaikan
hak-hak mereka dalam undang-undang Rom, serta pada pesaingan dengan negara-negara
jajahan yang lain untuk kedudukan dalam lingkungan pengaruh Rom, berbanding mencuba
melepaskan diri daripada penguasaan. Dasar "pecah dan perintah" menyebabkan orang-orang
taklukan menyerah secara sukarela kepada undang-undang Rom.
Menjelang 268 SM, orang-orang Rom telah menguasai kebanyakan Itali melalui rangkaian
yang terdiri daripada sekutu, negara kota tertakluk, tanah jajahan, serta garison yang
strategik. Pada masa itu, Rom bermula melihat pulau-pulau dan perdagangan kaya Laut
Mediterranean di sebalik sana Itali.
Penaklukan Barat: Perang-perang Punic
Pada tahun 264 SM, Carthage adalah sebuah tanah jajahan Phoenicia yang terletak di pantai
Tunisia moden, dan merupakan negara kota yang sangat kuat, dengan empayar perdagangan
yang kedua terbesar di Mediterranean barat selepas Rom. Sedangkan angkatan lautnya tiada
tandingan, negara kota itu tidak mempunyai seangkatan tentera darat yang tetap. Sebaliknya,
Carthage bergantung kepada askar-askar upahan yang digajikan untuk bertempur dengan
kekayaannya.
Sebaik sahaja Rom mengukuhkan kawalannya di Itali, Rom bertempur dengan Carthage
kerana mencuba memperluas pengaruhnya di Mediterranean. Rom dan Carthage bertempur
sebuah siri yang terdiri daripada tiga perang Punic ('Punic' ialah bahasa Latin untuk
'Phoenicia') antara 264 dan 146 SM. Kemenangan Rom terhadap Carthage dalam perang-
perang ini menyebabkan Rom menjadi negara yang paling kukuh di Eropah dan
Mediterranean, satu status yang Rom dapat mengekalkan sehingga pembahagian Empayar
Rom oleh Diocletian pada tahun 286 Masihi menjadi Empayar Rom Barat dan Empayar Rom
Timur.
Perang Punic Pertama (264 - 241 SM)
Perang Punic Pertama antara Rom dan Carthage bermula sebagai sebuah pertempuran
tempatan di Sicily antara Hiero II dari Syracuse, dan Mamertine dari Messina. Mamertine
membuat pertimbangan yang buruk ketika mereka memperoleh bantuan daripada angkatan
tentera laut Carthage dan kemudian mengkhianati mereka dengan rayuannya kepada Senat
Rom untuk menentangi Carthage. Angkatan Rom menghantar sepasukan garison untuk
menaklukkan Messina, dan Carthage yang amat marah memberikan bantuan kepada
Syracuse. Dengan kedua-dua kuasa tempatan kini terlibat dalam pertempuran, ketegangan
semakin bertambah buruk sehingga menjadi sebuah perang penuh untuk penguasaan Sicily
antara Carthage dan Rom.
Perang Punic Pertama pada dasarnya merupakan sebuah perang laut. Selepas kekalahan
perang darat yang begitu teruk di Perang Agrigentum, pimpinan Carthage memutuskan untuk
mengelakkan sebarang pertempuran darat yang langsung dengan legion-legion Rom, dan
memilih untuk menumpukan pertempuran mereka pada laut.
Mula-mulanya, angkatan tentera Carthage yang lebih berpengalaman dapat mengatasi
Angkatan Tentera Laut Rom yang tidak mahir (sila lihat Perang Kepulauan Lipari). Rom
bergerak balas dengan mengembangkan angkatan tentera lautnya dengan pesat (terdapat
pertikaian tentang adakah mereka dapat berbuat demikian dengan meniru kapal-kapal
Carthage yang ranap atau ditangkap): dalam tempoh dua bulan, angkatan Rom telah
mempunyai satu armada yang terdiri daripada melebihi 100 buah kapal perang. Oleh sebab
mereka mengetahui bahawa kapal-kapal mereka tidak mempunyai keupayaan yang setanding
dengan kapal-kapal Carthage, angkatan Rom menambah kepada kapal-kapal mereka sebuah
"jambatan serangan" yang dikenali sebagai corvus - "Raven". Jambatan ini akan
mencangkukkan kapal-kapal musuh dan menyebabkannya tidak dapat bergerak. Dengan ini,
askar-askar legion Rom akan naik kapal-kapal Carthage dan merampasnya dengan mudah.
Taktik ini menyebabkan kelebihan angkatan tentera laut Carthage (keunggulan pertempuran
kapal satu ke satu) tidak berkesan dan membenarkan infantri Rom yang unggul untuk
menyertai pertempuran-pertempuran laut. Bagaimanapun, corvus juga bersifat besar, sukar
digunakan, dan berbahaya, dan kemudiannya dihentikan secara berperingkat-peringkat ketika
angkatan tentera Rom semakin menjadi lebih berpengalaman dan lebih cekap dari segi taktik.
Selain daripada kekalahan yang membawa kecelakaan di Perang Tunis di Afrika, serta
pertempuran-pertempuran laut di Kepulauan Lipari dan Drepana, Perang Punic Pertama
merupakan satu siri kemenangan yang hampir tidak terputus-putus. Pada tahun 241 SM,
Carthage memeterai perjanjian keamanan yang memberikan Rom penguasaan yang penuh
terhadap seluruh Siciliy.
Pada tahun 238 SM, askar-askar upahan Carthage memberontak (sila lihat Perang Askar
Upahan) dan Rom mengambil kesempatan ini untuk merampas Pulau Corsica dan Sardinia
daripada Carthage. Sejak ketika itu, orang-orang Rom menggunakan istilah "Mare Nostrum"
– "laut kami" dan menguasai kawasan Mediterranean dengan berkesan. Angkatan-angkatan
tentera Rom dapat menghalang serangan amfibia terhadap Itali, dan menguasai laluan-laluan
perdagangan laut yang kaya dan penting, serta menyerang pesisir-pesisir yang lain.
Perang Punic Kedua (218 - 202 SM)

Laluan serangan Hannibal semasa Perang Punic Kedua.


Penyeberangan Banjaran Alp yang menakjubkan ini dengan gajah-gajah perang telah menjadi
legenda Eropah: satu perincian fresco, k.k. 1510, Muzium Capitoline, Rom.

Publius Cornelius Scipio Africanus.


Carthage menghabiskan tahun-tahun yang berikut untuk memperbaik keadaan kewangannya,
dan memperluas empayar jajahannya di Hispania (Sepanyol moden) di bawah keluarga
Barcid, sedangkan perhatian Rom ditumpukan terutamanya kepada Perang-perang Illyria.
Bagaimanapun, keluarga Barcid tidak terlupa kekalahan-kekalahan mereka dalam Perang
Punic Pertama, dan Hannibal Barca, ahli keluarga Barcid yang paling masyhur, mengangkat
sumpah bahawa beliau tidak akan berbaik-baik dengan Rom. Pada tahun 221 SM, Hannibal
menyerang Saguntum di Sepanyol, sebuah kota yang bersekutu dengan Rom, dan
mencetuskan Perang Punic Kedua.
Hannibal adalah seorang ahli strategi yang unggul dan mengetahui bahawa pasukan askar
berkuda Rom tidak kuat dan mudah diserang. Oleh itu, beliau mengambil pasukan askar
berkuda Numidia yang ringan, bersama-sama dengan pasukan askar berkuda Gaul dan
Hispania yang berat, untuk berkhidmat dalam tenteranya, dengan kesan yang amat dasyhat
kepada legion-legion Rom.
Terdapat tiga kancah utama dalam perang ini:
• Itali, di mana Hannibal menewaskan legion-legion Rom berulang kali;
• Sepanyol, di mana Hasdrubal Barca, adik Hannibal, mempertahankan kota-kota
jajahan Carthage dengan pelbagai peringkat kejayaan sehingga akhirnya dipaksa
berundur ke Itali; dan
• Sicily di mana angkatan Rom mempunyai keunggulan ketenteraan.
Selepas menyerang Saguntum, Hannibal mengejutkan angkatan Rom dengan serangan
langsung terhadap Itali melalui penyeberangan Banjaran Alp oleh sepasukan askar upahan
yang besar yang terdiri, terutamanya daripada askar Gaul, Hispania, Numdia, dan sedozen
gajah perang yang termasyhur. Angkatan Hannibal menewaskan legion-legion Rom dalam
banyak pertempuran yang utama, termasuk Perang Cannae yang terkenal, akan tetapi strategi
jangka panjangnya tergagal.
Menghadapi kekurangan keupayaan untuk membuat pengepungan dan perampasan terhadap
kota Rom, Hannibal merancang untuk mempengaruhi sekutu-sekutu Itali untuk menentang
Rom dan membiarkan kota itu mati kelaparan. Bagaimanapun, dengan kekecualian beberapa
negara kota selatan, kebanyakan sekutu Rom mengekalkan kesetiaan dan meneruskan
pertempuran bersama Rom, walaupun angkatan Hannibal yang hampir tidak dapat
dikalahkan, meneruskan pemusnahan kawasan luar bandar Itali. Lebih penting, Hannibal
tidak dapat sebarang tenaga bantuan yang besar daripada Carthage, walaupun beliau
membuat banyak rayuan. Ketiadaan tenaga bantuan itu menghalang beliau untuk
menamatkan pertempuran dengan muktamad melalui penaklukan Rom.
Sebaliknya, Rom tidak berupaya menamatkan pertempuran di kancah Itali dengan muktamad
kerana mereka bukan sahaja bertempur dengan Hannibal di Itali, dan adiknya di Sepanyol,
tetapi juga terlibat dalam lagi sebuah perang asing, dan sedang bertempur dalam perang
pertama dalam siri Perang Macedonia pada waktu yang sama.
Dengan Hannibal tidak diberikan tenaga bantuan oleh Carthage, dan dengan tentera Rom
tersebar dalam tiga kancah pertempuran yang berasingan, perang Itali Hannibal berlangsung
tanpa sebarang keputusan selama enam belas tahun.
Di Sepanyol, Publius Cornelius Scipio, seorang komander Rom yang muda (kemudian
dianugerahkan dengan cognomen Africanus, ganjaran untuk pencapaiannya dalam perang
ini), akhirnya menewaskan angkatan Carthage di bawah pimpinan Hasdrubal. Meninggalkan
Sepanyol, Hasdrubal mencuba membawa angkatan askar upahannya masuk ke Itali untuk
memperkukuh Hannibal, tetapi ditewaskan dan dibunuh dalam Perang Metaurus yang
muktamad sebelum beliau dapat berbuat demikian. Scipio kemudian menawan kota-kota
tempatan Carthage, dan membuat beberapa perikatan dengan pemerintah-pemerintah
tempatan. Selepas itu, beliau menyerang Afrika.
Dengan Carthage kini diancam secara langsung, Hannibal kembali ke Afrika untuk
menghadapi Scipio, tetapi dalam Perang Zama yang terakhir pada tahun 202 SM, angkatan
Rom akhirnya menewaskan Hannibal. Carthage merayu untuk keamanan, dan Rom bersetuju,
dengan syarat-syarat berikut:
• pengambilan alih semua tanah-tanah jajahan Carthage;
• pembayaran ganti rugi yang besar kepada Rom; dan
• larangan untuk mempunyai angkatan tentera darat sama sekali, dan angkatan tentera
laut yang besar.
Hannibal memainkan peranan kepimpinan yang utama dalam pembinaan semula Carthage,
dan mencapai kejayaan yang amat baik sehingga pesaing-pesaingnya serta Rom berasa iri
hati dan memaksanya melarikan diri ke Asia Minor pada tahun 195 SM. Di sana, beliau
berkhidmat sebagai penasihat tentera untuk beberapa raja tempatan sehingga beliau
membunuh diri pada tahun 183 SM untuk mengelakkan penangkapan oleh ejen-ejen Rom.
Perang Punic Ketiga (149 - 146 SM)
Rom kini menumpukan perhatiannya kepada Perang-perang Macedonia, dan untuk
mengamankan wilayah Hispania yang baru diperoleh.
Bagaimanapun, Carthage kini dikecilkan menjadi satu negara kota tunggal yang tidak
mempunyai angkatan tentera serta mempunyai hutang yang amat besar, dan bergantung
kepada Rom untuk perlindungan ketenteraan dan penimbangtaraan tentang perkara-perkara
antarabangsa. Tanpa angkatan tentera, Carthage mengalami serangan daripada Numidia,
jirannya, dan di bawah syarat-syarat perjanjian dengan Rom, pertikaian-pertikaian itu akan
ditimbang tara oleh Senat Rom. Oleh sebab Numida merupakan "negara bernaung" yang
disukai oleh Rom, keputusan-keputusan Rom amat dicondongkan supaya memihak kepada
Numidia.
Selepas lebih kurang lima puluh tahun dalam keadaan ini, Carthage dapat menjelaskan ganti
rugi perangnya, dan menganggap diri tidak lagi diikat oleh sekatan-sekatan perjanjian,
walaupun Rom tidak menganggap sebegini. Carthage mengumpulkan seangkatan tentera
untuk menangkis angkatan-angkatan tentera Numidia, tetapi dikalahkan dengan segara dan
menyebabkan mereka menanggung hutang lagi, kali ini kepada Numidia.
Faham ketenteraan Punic yang baru ini mengejutkan banyak orang Rom, termasuk Cato
Lebih Tua yang selepas pelayarannya ke Carthage, mengakhirkan semua ucapannya dengan:
"Ceterum censeo Carthaginem esse delendam." - "Aku juga berpendapat bahawa Carthage
harus dimusnahkan".
Pada tahun 149 SM, dalam satu percubaan untuk mengamankan Carthage, Rom membuat
satu siri tuntutan yang semakin bersifat menindas dan yang bertamat dengan tuntutan yang
hampir tidak mungkin bahawa kota Carthage dirobohkan dan dibina semula jauh dari pantai
di dalam Afrika. Carthage menolak tuntutan terakhir ini dan Rom mengisytiharkan Perang
Punic Ketiga. Scipio Aemilianus mengepung kota itu selama tiga tahun sebelum beliau
berjaya memecahkan tembok bandar tersebut, dan menjarah serta membakar Carthage.
Mengikut legenda, angkatan tentera Rom pernah mencuba menyemaikan garam supaya tiada
apa-apa yang dapat bertumbuh di sana. Bagaimanapun, ini tidak mungkin disebabkan harga
garam yang amat tinggi ketika itu dan oleh itu, hanya merupakan sebuah legenda. Orang-
orang Carthage yang masih hidup dijual sebagai hamba abdi, dan Carthage tidak lagi wujud
sehingga Octavian membina semula kota itu sebagai sebuah koloni untuk para bekas perajurit
Rom satu abad kemudian.
Penaklukan Timur: Perang-perang Macedonia dan
Seleucid
Perang-perang Macedonia dan Seleucid merupakan satu siri pertempuran yang ditempur oleh
Rom semasa dan selepas Perang Punic Kedua di Mediterranean timur, Adriatik, dan Aegea.
Bersama-sama dengan perang-perang Punic, perang-perang ini menghasilkan penguasaan
atau pengaruh Rom di seluruh lembangan Mediterranean.
Perang Macedonia Pertama (215 - 202 SM)
Semasa Perang Punic Kedua, Philip V dari Macedon bersekutu dengan Hannibal. Menakuti
penghantaran tenaga bantuan untuk Hannibal dari Macedon, Rom menurunkan angkatan-
angkatannya melintasi Laut Adriatik. Legion-legion Rom (dibantu oleh sekutu-sekutunya dari
Liga Aetolia dan Pergamon selepas tahun 211 SM) tidak membuat apa-apa kecuali
pertempuran kecil dengan angkatan-angkatan Macedonia serta perampasan wilayah-wilayah
kecil di sepanjang garis pinggir laut Adriatik untuk "menempur kegiatan melanun". Minat
Rom bukan untuk penaklukan, tetapi untuk memastikan bahawa Macedon, negara-negara
kota Yunani, dan liga-liga politik pecah dan tidak terancam. Perang itu bertamat dengan tidak
muktamad pada tahun 202 SM dengan Perjanjian Phoenice. Walaupun pertempuran ini kecil
sahaja, Perang Macedonia Pertama membuka peluang untuk campur tangan ketenteraan Rom
di Yunani.
Perang Macedonia Kedua (200 - 196 SM)
Pada tahun 201 SM, duta-duta dari Pergamon dan Rhodes mengemukakan bukti kepada
Senat Rom bahawa Philip V dari Macedon dan Antiochus III dari Empayar Seleucid telah
memeterai satu pakatan nyah serangan. Walaupun sesetengah cendekiawan melihatkan
"perjanjian rahsia" ini sebagai satu rekaan antara Pergamon dan Rhodes, ini menyebabkan
Rom melancarkan perang Macedon kedua, dengan bantuan sekutu-sekutu Yunaninya.
Pertempuran ini tidak muktamad sehingga kemenangan Rom dalam Perang Cynoscephalae
pada tahun 197 SM. Selepas Rom mengenakan Perjanjian Tempea, Philip V dilarang
bercampur tangan dalam hal ehwal di luar sempadannya, satu syarat yang beliau mematuhi
sepanjang hayatnya. Pada 194 SM, Rom mengisytiharkan "pembebasan" Yunani, dan
berundur sama sekali dari Balka. Kelihatannya, Rom tidak lagi minat akan wilayah itu.
Perang Seleucid (192 - 188 SM)
Selepas Perang Macedonia Kedua, Liga Aetolia tidak puas hati tentang jumlah wilayah yang
diserahkan kepadanya oleh Rom sebagai "ganjaran" untuk bantuan mereka. Sebagai gerak
balas, mereka "menjemput" Antiochus III dari Syria Seleucid untuk membantu mereka
membebaskan Yunani daripada "penindasan Rom". Antiochus menghantar seangkatan tentera
kecil masuk ke Yunani pada tahun 192 SM, dan Rom bertindak balas dengan menghantar
legion-legionnya ke Yunani untuk mengundurkan angkatan-angkatan Seleucid.
Mungkin sebahagian disebabkan Antiochus telah memberikan perlindungan kepada Hannibal
melalui pelantikannya sebagai penasihat tentera (Hannibal telah mendesak rajanya supaya
tidak masuk Yunani tanpa bilangan askar yang mencukupi, tetapi tidak diendahkan), Rom
menghantar seangkatan tentera yang terdiri daripada 30,000 askar di bawah Scipio Africanus
masuk ke Asia Minor. Kemenangan-kemenangan Rom di Thermopylae (191 SM) dan Perang
Magnesia (190 SM) memaksakan Antiochus memeterai Perjanjian Apamea (188 SM) yang
menyerahkan wilayah Seleucid kepada Rom dan Pergamon, serta memerahkan ganti rugi
perang sebanyak 15,000 talen perak.
Perang Macedonia Ketiga (172 - 168 SM)
Ketika kematian Philip di Macedon pada tahun 179 SM, anaknya Perseus dari Macedon
mencuba memulihkan pengaruh antarabangsa Macedon dan menyerang jiran-jirannya dengan
agresif. Apabila Perseus didapati terbabit dalam komplot pembunuhan terhadap sekutu Rom,
Senat Rom mengisytiharkan Perang Macedonia Ketiga. Mula-mulanya, Rom tidak begitu
berjaya terhadap angkatan-angkatan Macedonia tetapi pada tahun 168 SM, legion-legion
Rom menghancurkan barisan pertahanan Macedonia di Perang Pydna. Perseus kemudian
ditangkap dan kemaharajaan Macedon dibahagikan menjadi empat buah republik boneka.
Perang Macedonia Keempat (150 - 148 SM)
Selama beberapa tahun, Yunani mempunyai ketenteraman sehingga sebuah pemberontakan
popular tercetus di bawah Andriscus yang menuntut diri sebagai anak Perseus. Rom sekali
lagi menurunkan legion-legionnya masuk ke Yunani untuk mematahkan pemberontakan.
Pada kali ini, Rom tidak berundur dari kawasan ini, dan membentuk wilayah-wilayah
Achaea, Epirus, dan Macedonia, serta mengasaskan tapak Rom yang kekal di semenanjung
Yunani. Sebagai tindak balas, kuasa-kuasa Yunani Liga Achaea yang masih bebas
memberontak terhadap kehadiran Rom di Yunani. Bagaimanapun, Liga itu ditewaskan
dengan pantas dan sebagai pengajaran, Rom memusnahkan kota kuno Corinth sama sekali
pada tahun 146 SM yang merupakan tahun pemusnahan Carthage.
Perang-perang Macedonia akhirnya bertamat, bersama-sama dengan kemerdekaan Yunani.
Pemerolehan Asia

Pertumbuhan kuasa politik Rom di Asia Minor


Pada tahun 133 SM, Raja Attalus III dari Pergamon yang hampir mati mewasiatkan seluruh
kemaharajaannya kepada Republik Rom untuk mengelakkan sebarang pertikaian antara
waris-warisnya, serta untuk mengelakkan kemungkinan Rom mengambil kesempatan untuk
menawan Pergamon. Peristiwa-peristiwa kemudian dirumitkan oleh pemberontakan
Aristonicus, salah seorang saudara Attalus III yang mengisytiharkan diri sebagai raja
Pergamon dengan gelaran Eumenes III. Selepas empat tahun berperang (133–129 SM),
Eumenes III ditewaskan dan ditangkap oleh Rom. Pergamon disusun semula untuk dijadikan
asas wilayah Asia, dan menjadi salah satu wilayah terkaya yang Rom pernah menguasai.
Disebabkan kekayaan Asia, wilayah ini tertarik banyak senator yang korup dan tamak, dan
gabenor-gabenornya adalah terkenal untuk sikap yang amat dasyhat selama hampir satu abad
selepas perolehan wilayah ini.
Durian runtuh yang tiba-tiba ini menjejaskan politik Rom serta gerakan pembaharuan politik
dengan cara yang tidak diramalkan, dan mungkin bersifat malang.

Permulaan keakhiran
Persengketaan ekonomi dan politik di Rom
Kejayaan-kejayaan tentera dan diplomatik Rom di sekitar Mediterranean mengakibatkan
tekanan-tekanan ekonomi dan politik terhadap negaranya yang tidak diramalkan. Sedangkan
persengketaan puak sentiasa merupakan sebahagian kehidupan politik Rom, kepentingan-
kepentingan kini adalah jauh lebih tinggi; seorang gabenor wilayah yang korup boleh
memperoleh kekayaan yang luar biasa; seorang komander yang berjaya hanya memerlukan
sokongan daripada legion-legionnya untuk memerintah wilayah-wilayah yang besar.
Mulai dari Perang-perang Punic, ekonomi Rom mula bertukar, dengan kekayaan ditumpukan
dalam tangan hanya beberapa puak yang berkuasa, dan menyebabkan ketegangan politik di
dalam Rom.
Kebanyakan daripada wilayah-wilayah yang baru ditaklukkan telah dirampas oleh keluarga-
keluarga yang kaya dan berkuasa. Selain itu, oleh sebab hanya lelaki-lelaki yang mampu
mempersenjatai diri berlayak untuk berkhidmat dalam legion-legion, kebanyakan askar Rom
datangnya daripada pemilik-pemilik tanah kelas menengah yang secara teori akan
mempertahankan tanah-tanah sendiri.
Dengan kempen-kempen tentera kini berlangsung selama bertahun-tahun, bukannya hanya
beberapa bulan, askar-askarnya tidak dapat kembali ke ladang masing-masing. Dengan
ladang-ladang mereka ditinggalkan sebagai tanah-tanah rang, keluarga-keluarga mereka
dengan cepatnya mula berhutang, dan tanah-tanah mereka diambil oleh pemberi hutang yang
biasanya merupakan pemilik-pemilik tanah kaya yang menggabungkan harta-harta ini untuk
dijadikan latifundia yang besar. Bekas askar-askar kelas menengah akan pulang daripada
kempen-kempen bertahun-tahun untuk mendapati diri telah merupakan seorang tanpa tanah
dan oleh itu, tidak dapat menyarakan keluarga mereka. Secara ironi, mereka tidak boleh
mendapat pekerjaan kerana kejayaan-kejayaan legion telah menyebabkan hamba-hamba abdi
menjadi satu sumber buruh yang jauh lebih murah.
Menjelang 133 SM, ketakseimbangan ekonomi Rom telah menjadi terlalu serius untuk
dibiarkan, tetapi ningrat-ningrat yang kaya serta keluarga-keluarga lama dalam Senat
mempunyai kepentingan diri untuk memeliharakan status quo. Pembaharuan tanah melalui
saluran-saluran tradisional kelihatan tidak merupakan satu prospek yang mungkin.
Pembaharuan Gracchus (133 - 121 SM)
Pada tahun 133 SM, Tiberius Sempronius Gracchus, seorang tribun, mencuba untuk
memperkenalkan pembaharuan tanah melalui pengagihan semula "tanah-tanah milik awam"
kepada askar-askar yang kembali tanpa tanah. Beliau mencadangkan penguatkuasaan satu
undang-undang Rom yang mengehadkan penggunaan tanah-tanah awam, tetapi biasanya
tidak diendahkan. Sedangkan berdasarkan alasan-alasan teknik, "tanah-tanah" ini dimiliki
oleh negara, tanah-tanah ini sering digunakan oleh pemilik-pemilik yang kaya, kebanyakan
mereka merupakan senator-senator. Di bawah penguatkuasaan undang-undang ini,
kebanyakan mereka akan menghilangkan "harta" mereka.
Oleh sebab Senat kelihatan tidak mungkin akan bersetuju dengan penguatkuasaan undang-
undang ini, Tiberius melangkau Senat, dan mencuba untuk meluluskan pembaharuannya
melalui Dewan Undangan Marhaen sebagai satu ketentuansuara, dengan menggunakaan
prinsip undang-undang Lex Hortensia. Walaupun ini merupakan sesuatu yang sah di sisi
undang-undang, perbuatan ini merupakan satu pencabulan adat resam politik, dan
menimbulkan kemarahan banyak ningrat. Senat Rom cuba menyekat Tiberius dengan
memberikan rasuah kepada tribun yang lain untuk memveto rang undang-undang ini. Tiberius
kemudian meluluskan satu rang undang-undang untuk menggulingkan rakan sekerjanya dan
dengan itu, mencabul prinsip kekolejan. Dengan veto ditarik balik, pembaharuan tanah
diluluskan. Senat yang naik berang enggan membiayai suruhanjaya tanah yang telah
ditubuhkan. Tiberius menggunakan Dewan Undangan Marhaen untuk memindahkan wang
daripada pendapatan Pergamon untuk membiayai suruhanjaya itu, dan mencabarkan kuasa
Senat terhadap kewangan negara dan dasar luar negara. Ketika kebenaran menjadi jelas
bahawa Tiberius tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menghabiskan pembaharuan-
pembaharuan tanahnya, walaupun dengan sokongan politik dan ekonomi yang mencukupi,
beliau mengumumkan keinginannya untuk melanjutkan tempoh jawatan dan dengan itu,
mencabulkan prinsip ketahunan. Ningrat-ningrat habis sabar dan disebabkan ketakutan
bahawa Tiberius akan menjadikan diri sebagai penzalim, bertindak balas dengan membunuh
beliau bersama-sama dengan 300 orang pengikutnya di jalan raya Rom.
Hampir sepuluh tahun kemudian, adik lelaki Tiberius, Gaius Sempronius Gracchus, mencuba
untuk meneruskan pembaharuan-pembaharuan politik dengan menggunakan taktik-taktik
yang serupa. Beliau kelihatan lebih merupakan seorang demagog yang mencuba meluluskan
banyak undang-undang yang popular untuk memperoleh sokongan popular berbanding
menjadi seorang reformis politik dengan agenda yang khusus seperti abangnya. Beliau tidak
berjaya atau menjadi popular seperti abangnya tetapi sebaliknya, membuat banyak musuh
politik. Ketegangan-ketegangan politik yang semakin bertambah akhirnya meletus sekali lagi
dengan keganasan di Bukit Capitoline di mana Gaius Gracchus dan 3,000 orang pengikutnya
dibunuh.
Apa-apa sahaja tujuan-tujuan mereka, kerjaya-kerjaya politik adik beradik Gracchus telah
menyimpang daripada tradisi-tradisi politik Rom, dan memperkenalkan keganasan
gerombolan sebagai satu alat kehidupan politik Rom. Ini merupakan satu perubahan yang
Republik Rom tidak dapat memulihkan.

Marius dan Sulla


Gaius Marius, Pembaharu tentera (107 - 100 SM)
"Marius di tengah-tengah Puing-puing Carthage" oleh John Vanderlyn
Menyusul skandal Gracchus, politik Rom menjadi satu campuran yang terdiri daripada
bentuk-bentuk tradisional, kedemagogan, dan pengganasan gerombolan. Selain itu, Rom
mendapati bahawa tanggungan tentera untuk tanah-tanah pemegangannya terlalu berat.
Perang Jugurthine (112 - 105 SM) yang tidak popular dan yang telah dilaksanakan dengan
buruk berlarutan di Numidia. Perang ini kemudian melancarkan kerjaya Gaius Marius dan
membawa perubahan-perubahan yang asas kepada Republik.
Marius ialah seorang "novus homo" dari Arpinum yang mempunyai kekayaan dan sedikit
pengaruh politik, tetapi bukan seorang ahli bangsawan Rom. Selepas berkhidmat sebagai
pegawai yang tidak penting dalam Perang Jugurthine, Marius kembali ke Rom, dan
menawarkan diri untuk pemilihan sebagai Konsul pada tahun 107 SM, berdasarkan janjinya
untuk menamatkan Perang Jugurthine dalam tempoh setahun. Tanpa dijangka, Marius dipilih.
Ketika memperoleh kekonsulan, Marius memulakan pembaharuan-pembaharuan Maurius
pada tahun 107 SM, walaupun Senat amat membantah perubahan-perubahannya.
Pembaharuan-pembaharuan ini menyusun semula struktur taktik legion Rom, dan
membenarkan perekrutan warganegara-warganegara yang miskin dan tidak mempunyai tanah
ke dalam legion-legion dengan belanja negara. Askar-askar dimasukkan ke dalam angkatan
tentera selama 20 tahun, dan diberikan ganjaran geran tanah pada akhir tempoh
perkhidmatan. Ini menyebabkan perubahan sifat legion-legion, kerana askar-askar legion dari
saat itu merupakan askar profesional yang bukan sahaja bertempur untuk "pencen" serta
jeneral sendiri, tetapi juga untuk "negara". Dengan angkatan-angkatan tentera yang baru ini,
Marius kembali ke Numidia sebagai komander Konsul.
Walaupun Marius tidak menamatkan perang itu dalam tempoh setahun, beliau dipilih sebagai
Konsul untuk tempoh kedua tanpa kehadirannya (kedua-dua ini merupakan kekecualian yang
amat luar biasa) untuk menghabiskan perang. Pada tahun 105 SM, Marius menewaskan
Jugurtha yang ditangkap oleh Raja Bocchus I dari Mauretania dan diserahkan kepada Lucius
Cornelius Sulla, salah satu daripada kuestor-kuestor Marius.
Berpulang ke Rom sebagai pahlawan tentera pada tahun 105 SM, Marius tiba untuk
menangani akibat bencana Perang Arausio, serta keadaan wilayah Rom yang kini mudah
diserang oleh penghijrah-penghijrah puak Cimbri dan Teuton. Dengan sungguh
mengagumkan, Marius dipilih sebagai Konsul selama tiga tahun lagi (104 - 102 SM) untuk
bertempur dalam Perang Cimbri. Marius membentuk legion-legion baru daripada
sukarelawan-sukarelawan marhaen, memberikan mereka latihan, dan menewaskan puak
Teuton dalam Perang Aquae Sextae pada tahun 102 SM. Beliau kemudian membantu Quintus
Lutatius Catulus untuk menewaskan puak Cimbri dalam Perang Vercellae pada tahun 101
SM.
Setelah menyelamatkan Rom, Marius dipilih sebagai Konsul untuk kali keenam pada tahun
100 SM, suatu kejadian yang tidak pernah berlaku dahulu. Bagaimanapun, Marius terbukti
merupakan seorang Jeneral, dan bukannya seorang ahli politik. Selepas satu skandal politik
yang malu mengenai Lucius Appuleius Saturninus, Marius menarik diri sama sekali daripada
hidup politik awam.
Perang Sosial (91 - 88 SM)
Dengan persaraan Marius, laluan dibuka untuk kerjaya politik Lucius Cornelius Sulla. Sulla
adalah seorang ningrat, serta ahli konservatif politik tradisional yang pernah berkhidmat di
bawah Marius sebagai seorang pegawai yang cekap di Numidia dan Jerman. Bagaimanapun,
terdapat permusuhan politik antara kedua-dua mereka, kerana Marius telah "menghina" Sulla
dengan kegagalannya untuk memberikan penghargaan kepada Sulla untuk penangkapan
Jugurtha.
Pada 91 SM, sebagai tribun dan pejuang untuk hak-hak sekutu Latin, Livius Drusus cuba
meluluskan satu undang-undang untuk memberikan kewarganegaraan Rom yang penuh
kepada semua sekutu Itali, khususnya mereka daripada Samnit. Peristiwa itu meletuskan
pemberontakan Perang Sosial (Socii ialah bahasa Latin untuk "sekutu").
Yang ironiknya, dalam percubaan untuk menamatkan perang, Rom menawarkan
kewarganegaraan penuh kepada mana-mana satu sekutu yang menghentikan pertempuran
mereka. Kebanyakan sekutu berhenti bertempur, tetapi banyak lagi meneruskan
pemberontakan mereka. Sebagai gerak balas, Gaius Marius kembali daripada persaraannya
untuk mengetuai angkatan-angkatan Rom di Itali utara, sedangkan Lucius Cornelius Sulla
mengetuai legion-legion Rom di Itali selatan, dan mereka menamatkan perang itu pada tahun
88 SM. Menyusul kemenangan bersama itu, Sulla menawarkan diri untuk pemilihan Konsul,
dan dipilih.

Perang Mithridates pertama, dan perang-perang saudara Rom (88 - 83 SM)


Ketika Mithridates VI dari Pontus menakluki Bithynia selepas Perang Sosial bertamat dan
membunuh berpuluh-puluh ribu warganegara Rom dalam peristiwa Vesper Asia, Senat
memberikan kuasa pemerintahan Konsul kepada Sulla untuk menghantar sepasukan ekspedisi
untuk menghadapi Mithridates bagi membalas dendam.
Gaius Marius tidak ingin kembali ke hidup tanpa dikenali ramai dan memberi rasuah untuk
pelulusan sebuah rang undang-undang melalui Dewan Undangan Marhaen yang
memberikannya kuasa pemerintahan untuk mengetuai angkatan-angkatan Sulla. Ketika Sulla
terdengar ini semasa membentuk legion-legionnya di Itali selatan, beliau berpatah balik untuk
menyerang Rom. Legion-legionnya menawan kota itu selepas sebuah pertempuran yang
berpanjangan dan berdarah di jalanraya-jalanraya Rom, dan Marius terpaksa melarikan diri
ke Afrika. Sulla kemudian bertolak untuk menghadapi Mithridates dan sekutunya.
Marius kemudian kembali ke Rom dengan Lucius Cornelius Cinna dan menawan kota itu
dengan legion-legionya. Beliau melantikkan diri sebagai Konsul buat kali ketujuh, dan
membunuh penyokong-penyokong Sulla dengan kejam. Bagaimanapun, hanya beberapa
minggu kemudian, Marius meninggal dunia disebabkan perdarahan otak besar-besaran. Cinna
mengekalkan kuasanya, dan dengan takdir yang hampir lucu, memutuskan untuk tidak
mengendahkan kewujudan Sulla sama sekali, malahan beliau menurunkan angkatan tentera
kedua ke Pontus. Akhirnya, Sulla mengambil alih angkatan itu dan menggabungkannya
dengan angkatan sendiri. Perang itu tamat dengan Perjanjian Dardanos pada tahun 85 SM.
Sulla kemudian kembali ke Rom dengan Legion-legionnya pada tahun 83 SM.
Kediktatoran Sulla (82 - 80 SM)

Lucius Cornelius Sulla Felix – potret denarius (duit syiling Rom) yang dikeluarkan oleh cucu
lelakinya
Cinna dibunuh oleh askar-askar sendiri ketika beliau mencuba berbaris mereka untuk
menghadapi legion-legion Sulla yang kembali dan oleh itu, meninggalkan Gnaeus Papirius
Carbo dan penyokong-penyokong Maurius yang lain untuk menentang kepulangan Sulla.
Pada tahun 83 SM, Sulla mendarat di Itali selatan, dan perang saudara Rom tercetus di
kawasan luar bandar Itali. Perang ini berterusan selama satu tahun setengah, tetapi legion-
legion Sulla (dibantu oleh Metellus Pius, Marcus Licinius Crassus dan seorang pemuda,
Gnaeus Pompeius Magnus) akhirnya menang, dan menawan kota Rom dalam Perang Pintu
Dinding Colline.
Sulla kemudian memulakan satu siri penyingkiran yang berdarah, dan mengenakan
proskripsi (proses untuk menonjolkan nama-nama orang yang dihukum mati dalam forum
Rom) terhadap musuh-musuhnya. Perbuatan ini membenarkan Sulla mengekalkan ketakutan
di kalangan mereka yang kini di bawah kuasanya dan mencegahkan sesiapa yang ingin
berkomplot terhadapnya disebabkan oleh ketakutan bahawa namanya akan termuncul pada
bila-bila masa dalam senarai-senarai yang terdasyhat. Orang-orang yang telah disenaraikan
dilucuti daripada semua hak dan perlindungan undang-undang mereka, dengan harta-harta
mereka (termasuk harta-harta keluarga) diimpaun, dan ganjaran diberikan untuk nyawa
mereka. Beribu-ribu orang Rom yang menentang Sulla, termasuk juga orang yang
mempunyai kekayaan yang didambakan oleh Sulla dan pengikut-pengikutnya, telah dibunuh
dengan kecam dalam tempoh dua tahun.
Sulla dilantik sebagai diktator – rei publicae constituendae causa – dan memulakan
penyusunan semula negara untuk mengembalikan kuasa kepada Senat Rom. Antara
pembaharuan-pembaharuan perlembagaan yang lain, Sulla:
• menyekatkan kuasa Dewan Perundangan Marhaen secara pesat;
• menggandakan saiz Senat Rom;
• memberikan kuasa veto kepada Senat terhadap dekri-dekri yang diluluskan oleh
Dewan Perundangan Marhaen;
• melucutkan kebanyakan kuasa Tribun;
• menyusun semula sistem undang-undang;
• menyekat tindakan gabenor-gabernor provinsi; dan
• mengembangkan Pomerium.
Selepas pembaharuan-pembaharuannya telah siap dilaksanakan, Sulla kemudian meletakkan
jawatan kediktatorannya pada tahun 80 SM, dan dipilih sebagai konsul bersama-sama dengan
Metellus Pius. Pada tahun 79 SM, beliau menarik diri secara langsung daripada kehidupan
awam, dan bersara di ladang-ladang desanya di mana beliau menulis kisah kenangannya (kini
hilang) sebelum meninggal dunia pada tahun 78 SM.

Republik Rom
Republik Rom

COGAN KATA NEGARA:


Senatus Populusque Romanus
(bahasa Latin: Senat dan Rakyat Rom)
' '
Bahasa Bahasa Latin
rasmi
Ibu negara Rom
Kerajaan Res Publica
Ketua Diktator, atau dua Konsul
negara semasa kecemasan tentera.
Majlis Senat Rom
penasihat
Dewan Dewan Undangan Rom
Undangan
Penubuhan 510 SM
Pembubaran 16 Januari 27 SM, saat
terakhir bagi subversi yang
beransur-ansur menjadi
Empayar Rom
Konsul Lucius Junius Brutus, Lucius
pertama Tarquinius Collatinus (509
SM-508 SM)
Konsul Tidak jelas kerana konsul-
terakhir konsul terus dipilih di bawah
maharaja-maharaja Rom
Negara Kemaharajaan Rom
sebelum
Negara Empayar Rom
selepas
Lihat juga

Garis masa grafik


Republik Rom merupakan satu fasa dalam tamadun Rom kuno yang disifatkan oleh bentuk
kerajaan republik. Tempoh republik bermula dengan penggulingan pemerintahan beraja pada
tahun 510 SM dan berlangsung sehingga satu siri perang-perang saudara membentukkan
Empayar Rom. Tarikh tepat ketika Republik Rom bertukar menjadi Empayar Rom adalah
suatu perkara yang bergantung kepada tafsiran, dan sebilangan pilihan yang biasa termasuk:
• 44 SM: pelantikan Julius Caesar sebagai diktator seumur hidup
• 2 September 31 SM: Perang Actium
• 16 Januari 27 SM: Senat Rom menganugerahkan Octavian dengan gelaran
"Augustus".
Bagaimanpun, perbezaan ini hanya dibuat terutamanya oleh ahli-ahli sejarah, dan bukan oleh
orang-orang Rom pada zaman itu. Maharaja-maharaja Julio-Claudia yang awal menegaskan
bahawa res publica masih wujud di bawah perlindungan kuasa-kuasa baginda dan akhirnya
akan dikembalikan ke bentuk republik.
Lokasi
Kota Rom terletak di tebing Sungai Tiber yang dekat sekali dengan pantai barat Itali dan yang
menandakan sempadan antara wilayah Latium (wilayah yang mana bahasa dan budaya Latin
adalah terutama) di selatan, dengan wilayah Etruria (wilayah yang mana bahasa dan budaya
Etruria adalah terutama) di utara.
Republik Rom berkembang daripada negara kota yang tunggal ini, dan kemudian menyerap:
• seluruh Semenanjung Itali
• sebahagian besar Gaul dan Hispania
• kebanyakan semenanjung Greece
• sebahagian Balkan
• kawasan-kawasan pantai Asia Minor
• sebahagian garis pinggir laut Afrika utara
• Corsica
• Sardina
• Sicily.

Struktur republik
Asal etnik
Toga ialah pakaian tipikal warganegara Rom. Wanita Rom (yang tidak dianggap sebagai
warganegara) dan orang-orang bukan warganegara Rom tidak dibenarkan memakai pakaian
ini.
Serupa dengan kebanyakan perkara mengenai Rom awal, asal-asal etnik orang Rom tidaklah
jelas. Berkediaman di sempadan Latium dan Etruria, adakah orang Rom merupakan orang
Itali kuno dari kawasan Latin yang dipengaruhi (sesetengah orang mengatakan bahawa
mereka ditakluk) oleh orang Etruria, ataupun mereka merupakan orang Etruria yang
dipengaruhi oleh orang Itali tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, terdapat kemungkinan
bahawa orang-orang Rom amat dipengaruhi oleh kedua-dua budaya ini, dan menggabungkan
aspek-aspek kedua-dua budaya ini.
Penduduk
Republik Rom terdiri daripada pelbagai kelas masyarakat, dengan setiap kelas mempunyai
hak, peranan, dan status yang berbeza di bawah undang-undang Rom.
Warganegara penuh Rom sentiasa merupakan lelaki-lelaki yang bebas dan berharta. Mereka
bersama-sama dengan keluarga mereka terbahagi kepada dua kelas sosial, iaitu ningrat dan
marhaen. Kelas ini adalah diwarisi berdasarkan keturunan masing-masing. Pada awal
Republik, golongan ningrat memonopoli semua jawatan politik dan mungkin juga
kebanyakan kekayaan negara, tetapi terdapat juga marhaen-marhaen yang kaya dan
berpengaruh pada tempoh pertengahan kedua dalam rekod-rekod republik. Begitu juga,
terdapat banyak keluarga ningrat yang hilang kedua-dua kekayaan dan pengaruh politik pada
tempoh pertengahan kedua ini. Menjelang abad ke-2 SM, perbezaan antara kedua-dua
golongan lebih bersifat dari segi keagamaan, kerana sebahagian besar kepaderian telah
dikhaskan hanya untuk golongan ningrat.
Hak-hak wanita Rom berbeza-beza secara meluas pada sepanjang sejarah Republik.
Bagaimanapun, mereka tidak diberikan kesemua hak warganegara; umpamanya, mereka tidak
dibenarkan mengundi atau menyandang jawatan kerajaan, walaupun mereka telah diberikan
hak untuk memiliki harta.
Masyarakat Rom juga mempunyai kelompok hamba abdi yang besar dan yang langsung tidak
mempunyai hak di bawah undang-undang Rom. Mereka dianggap sebagai harta dan boleh
diperlakukan dengan sewenang-wenangnya oleh pemilik mereka. Kematian seseorang hamba
abdi tidak dianggap sebagai jenayah terhadap seorang manusia. Bagaimanapun, seorang
hamba abdi yang bebas, iaitu bekas hamba abdi, diberikan sejenis bentuk kewarganegaraan
penuh Rom, tetapi mereka serta keturunan mereka selama tiga generasi tidak berhak
menyandang sebarang jawatan kerajaan [1].
Kewarganegaraan Rom juga dipergunakan sebagai alat dasar luar negara dan kawalan. Tanah-
tanah jajahan dan sekutu-sekutu politik diberikan sejenis bentuk kewarganegaraan Rom yang
bertaraf "rendah"; terdapatnya banyak peringkat kewarganegaraan dan hak undang-undang
yang bersenggat, antaranya Hak Latin. Harapan untuk kedudukan yang lebih baik dalam
"lingkungan pengarah" Rom, serta persaingan untuk kedudukan dengan jiran-jiran, telah
memeliharakan tumpuan kebanyakan jiran dan sekutu terhadap status quo budaya Rom,
berbanding mencuba mensubversikan atau menggulingkan pengaruh Rom.
Kerajaan
Topik-topik Kerajaan Rom
Kemaharajaan Rom
Republik Rom
Empayar Rom
Prinsipat Dominat
Empayar Barat Empayar Timur
Majistret biasa

• Praetor • Tribun
• Quaestor • Penapis
• Promajist • Gabenor
ret
• Aedil
Majistret luar biasa

• Magister • Diktator
Equitum
• Triumviri
• Tribun
• Decemviri
konsul
Jawatan, gelaran, dan gelaran kehormat

• Pontifex • Liktor
Maximus
• Magister
• Legatus Militum
• Dux • Imperator
• Officium • Princeps
senatus
• Praefectu
s • Maharaja
• Vicarius • Augustus
• Vigintise • Caesar
xviri
• Tetrarka
Politik dan undang-undang:

• Senat • Kekolejan
Rom
• Undang-
• Cursus undang Rom
honorum
• Kewarganeg
• Dewan- araan Rom
dewan
• Imperium
undangan
Rom sunting
Kerajaan republik Rom ialah sebuah sistem yang rumit yang bukan sahaja didasarkan pada
undang-undang tetapi juga pada adat resam serta tradisi, dan kelihatan mempunyai banyak
lebihan dalam sistemnya.
Dewan undangan dan majistret
Kerajaan republik, sekurang-kurangnya dari segi teori, berdasarkan pembahagian
tanggungjawab antara berbagai-bagai dewan undangan, dengan ahli-ahlinya (atau kumpulan-
kumpulan) mengundi tentang perkara-perkara yang dikemukakan dalam dewan masing-
masing. Dewan-dewan undangan ini termasuk:
• Dewan Undangan Curiata
• Dewan Undangan Centuriata
• Dewan Undangan Puak
• Dewan Undangan Marhaen
• Senat Rom.
Keahlian kepada dewan-dewan undangan ini terhad kepada faktor-fakor seperti kelas,
susunan, keluarga and pendapatan.
Banyak daripada dewan-dewan undangan ini mempunyai peranan yang khusus dan tertentu.
Umpamanya, Dewan Undangan Curiata mengurniakan Imperium kepada majistret-majistret
Rom. Bagaimanapun, salah dua daripad dewan-dewan undangan ini menguasai kehidupan
politik Republik, iaitu Dewan Undangan Marhaen, serta Senat Rom.
Orang-orang Rom mematuhi dua prinsip untuk majistret-majistret mereka: ketahunan, iaitu
pematuhan jangka masa setahun bagi setiap tempoh, dan kekolejan, iaitu pemegangan
jawatan yang sama oleh sekurang-kurang dua orang pada waktu yang sama. Umpamanya,
jawatan konsul yang merupakan jawatan tertinggi, sentiasa dipegang oleh dua orang bersama-
sama, dengan setiap konsul mempunyai kuasa veto terhadap sebarang tindakan oleh konsul
yang lain. Jika seluruh angkatan tentera Rom bertempur, angkatan itu diketuai oleh kedua-
dua konsul yang mengambil giliran harian untuk mengetuai angkatan tentera. Banyak jawatan
dipegang oleh lebih daripada dua orang; pada tempoh pertengahan kedua Republik,
terdapatnya lapan praetor dan 20 kuestor pada setiap tahun.
Jawatan diktator merupakan kekecualian yang tunggal terhadap prinsip ketahunan serta
kekolejan, dan jawatan penapis terhadap prinsip ketahunan. Pada masa kecemasan tentera,
seorang diktator tunggal akan dipilih untuk tempoh enam bulan bagi tujuan mengetuai negara
Rom secara tunggal. Pada tempoh yang tetap, tetapi bukan secara bertahunan, dua penapis
akan dipilih untuk tempoh 18 bulan setiap lima tahun.
Undang-undang dan "perlembagaan" Rom
Evolusi kerajaan republik
Semasa tempoh awal dan pertengahan Republik, Rom Senat yang mempunyai martabat yang
tertinggi kerana terdiri daripada golongan bangsawan (termasuk banyak bekas majistret) yang
mempunyai kekayaan dan pengaruh politik, adalah utama di negara.
Pada tahun-tahun akhir Republik, satu pembahagian berkembang dalam Senat dengan
kemunculan dua puak: Optimat dan Populares. Puak Optimat menyokong bentuk-bentuk
tradisi kerajaan Rom, sedangkan puak Populares merupakan mereka yang mempergunakan
fakta bahawa Dewan Undangan Marhaen mempunyai kuasa pelulusan undang-undang
(ketentuansuara) untuk mengejar pengaruh politik mereka di luar Senat. Oleh sebab Senat
menguasai kewangan negara, ini mengakibatkan pertikaian antara Senat dengan Dewan
Undangan Marhaen. Banyak ahli politik yang mempunyai cita-cita tinggi mempergunakan
pertikaian ini untuk memajukan kerjaya politik mereka, dan menonjolkan diri sebagai johan
untuk "tradisi Rom", atau untuk "Rakyat".
Tentera
Legion Rom merupakan tulang belakang kuasa tentera Rom. Rom mempergunakan legion-
legionnya untuk memperluas sempadannya sehingga menguasai kebanyakan Eropah dan
kawasan-kawasan di sekeliling Laut Mediterranean.
Legion Rom adalah jentera tentera yang terpiawai, teratur, dan terdisiplin, dan merupakan
salah satu daripada angkatan-angkatan tentera pertama yang menerima pemodenan di dunia.
Keberanian seseorang askar dianggap kurang penting berbanding peranan angkatan tentera
pada keseluruhannya. Pelengkapan, taktik, pembentukan, dan undang-undang tentera
distandardkan dan dilaksanakan dengan seragam. Tatacara untuk setiap perkara dari berlatih
dan berkawat sehingga bangunan kem disusun atur dengan cara yang tertentu. Tugas-tugas
diperuntukkan, dengan setiap unit dan orang memahami peranan dan tanggungjawab masing-
masing dalam angkatan tentera.
Republik awal tidak mempunyai angkatan tentera tetap. Sebaliknya, legion-legion dikerah
hanya jika perlu (istilah Legion berasal daripada istilah bahasa Latin, Legio, yang bermaksud
"perbarisan;" atau "levi"), dan dibubarkan selepas perang. Angkatan-angkatan tentera akan
dikerah dari Rom dan tanah-tanah jajahan yang bersekitaran. Setiap tanah jajahan
bertanggungjawab untuk membekalkan sebilangan askar yang tertentu. Secara teori, askar-
askar kerah hanya dipilih daripada golongan pemilik harta yang cukup kaya untuk
melengkapkan diri. Bagaimanapun, jika keadaan benar-benar memerlukan, keperluan ini
tidak diendahkan. Penggunaan cara ini menyebabkan Legion Rom tidak begitu mahal untuk
dibiayai oleh negara, dan memastikan bahawa legion-legion bukan sahaja bertempur untuk
negara mereka, tetapi juga untuk memeliharakan harta dan cara hidup mereka.
Pada tempoh pertengahan kedua republik (107 SM), Gaius Marius memperkenalkan
pembaharuan-pembaharuan Maruis yang sama sekali menukarkan bentuk Legion. Bukan
sahaja struktur dan taktik tentera Rom dikemaskinikan, tetapi tenteranya diubah menjadi satu
angkatan tentera tetap yang terdiri terutamanya daripada "askar-askar kerjaya" kelas bawahan
yang diambil untuk tempoh selama 20 tahun, dan dihadiahkan (secara tradisi, tetapi tidak
dijaminkan di sisi undang-undang) "geran tanah" pada akhir tempoh perkhidmatan mereka.
Ini menghasilkan kesan yang tidak ketara, tetapi penting, untuk menumpukan semula
kesetiaan askar legion yang kini bertempur bukan sahaja untuk Jeneral serta negaranya, tetapi
juga untuk "pensen" sendiri.
Setiap kali Rom menaklukkan tanah-tanah baru, kawasan itu akan diasingkan menjadi satu
atau lebih wilayah di bawah pentadbiran seorang gabenor Rom yang dipilih setiap tahun oleh
Senat. Gabenor itu dianugerahkan dengan pangkat promajistret, baik prokonsul atau
propraetor, bergantung kepada saiz dan kepentingan wilayah itu (sila lihat Wilayah Rom
untuk senarai pangkat-pangkat gabenor). Pada tempoh pertengahan kedua republik,
sebahagian tanah-tanah yang baru diperoleh sering kali dipergunakan untuk menamatkan
perkhidmatan bekas perajurit yang telah mencapai kelayakan untuk "geran tanah" mereka.
Cara ini bukan sahaja "membayar upah dan memberhentikan" askar-askarnya, tetapi juga
memberikan manfaat sampingan untuk menempatkan orang-orang Rom dengan adat resam
mereka, dan membawa budaya Rom kepada orang-orang taklukan baru: sejenis bentuk
"imperialisme budaya" di samping imperialisme tentera (sila lihat: Romanisasi budaya).

Empayar Rom
Empayar Rom
Empayar Rom pada kemuncaknya.
Cogan kata negara:
Senatus Populusque Romanus
Bahasa Latin: Senat dan Rakyat Rom
Maskot: Aquila (burung helang)
' '
Bahasa bahasa Latin, bahasa Yunani
rasmi
Ibu kota Rom; kemudian Milan,
Ravenna dan Constantinople
Kerajaan Pemerintahan beraja dengan
bentuk-bentuk Republik, dan
kemudiannya Autokrasi
Ketua Maharaja; selepas
negara pembahagian, terdapat
Maharaja Rom Barat dan
Maharaja Rom Timur
Majlis Senat Rom
perundingan
Kawasan Sebelum kejatuhan:
2.3 juta batu persegi
(5,900,000 km² pada
kemuncaknya
Bilangan Sebelum kejatuhan:
penduduk Anggaran berbeza-beza antara
55 juta hingga melebihi 120
juta
Penubuhan 2 September 31 SM
Pembubahan Empayar Rom Barat jatuh
pada 4 September 476, dan
Empayar Rom Timur
(Empayar Byzantine) jatuh
pada 29 Mei 1453.
Maharaja Augustus (27 SM-14)
Pertama
Maharaja Theodosius I (347-395), raja
Terakhir terakhir untuk seluruh
empayar, kemudian
pembahagian terakhir.
Maharaja Barat terakhir:
Romulus Augustus (475-476)
atau Julius Nepos yang
menuntut kedaulatan terhadap
Empayar Rom Barat, sehingga
kemangkatannya pada 480.
Maharaja Timur terakhir:
Constantine XI (1449-1453).
Negara Republik Rom
sebelum
Negara Empayar Rom Barat,
selepas Empayar Rom Timur
(Empayar Byzantine),
Empayar Frank, Empayar
Rom Holy.
Mata wang Solidus, Aureus, Denarius,
Sestertius, As
Liht juga

Garis masa grafik


Octavian, dikenali secara meluas sebagai Augustus, ialah pengasas empayar Rom
Empayar Rom merupakan fasa tamadun Rom kuno yang disifatkan oleh sebuah kerajaan
yang autokratik. Republik Rom yang awal telah dibinasakan dan dilemahkan oleh pertikaian
antara Gaius Marius dan Sulla, diikuti oleh perang saudara Gaius Julius Caesar terhadap
Pompey. Semasa semua perebutan kuasa ini, beratus-ratus senator telah bertempur, dihukum
mati, dibunuh atau membunuh diri. Senat Rom dipenuhi semula dengan kawan-kawan yang
setia kepada Pemerintahan Bertiga Pertama dan kemudian, oleh penyokong-penyokong
Pemerintahan Bertiga Kedua. Pada akhirnya, Octavian (kemudian dikenali sebagai
"Augustus") menewaskan pesaingnya, Mark Antony, dan menamatkan subversi yang
beransur-ansur ini melalui penyusunan semula Republik Rom menjadi "Empayar Rom".
"Empayar Rom" boleh juga digunakan sebagai terjemahan untuk ungkapan, Imperium
Romanum, yang mungkin merupakan ungkapan bahasa Latin yang terkenal yang mana
perkataan imperium telah digunakan untuk bermaksud "wilayah"; "Empayar Rom" merujuk
kepada bahagian dunia di bawah pemerintahan Rom. Pengembangan wilayah Rom ini yang
menyeberangi sempadan negara kota Rom yang asal telah bermula sejak lama lagi sebelum
negara itu menjadi sebuah empayar. Pada kemuncaknya selepas penaklukan Dacia oleh
Trajan, Empayar Rom menguasai permukaan tanah sebanyak lebih kurang 5,900,000
kilometer persegi (2,300,000 batu persegi) dan oleh itu, menjadi empayar terbesar semasa
Zaman Purba Klasik.
Tarikh yang tepat ketika Republik Rom menjadi Empayar Rom telah dipertikaikan, dengan
tarikh-tarikh pelantikan Julius Caesar sebagai sebagai diktator seumur hidup (44 SM), perang
Actium (2 September 31 SM), dan tarikh ketika Senat Rom menganugerahkan Octavian
dengan gelaran Augustus (6 Januari 27 SM) kesemua ini dikemukakan sebagai calon. Untuk
mengelirukan perkara ini lagi, Octavian mengisytiharkan diri sebagai penyelamat Republik
Rom dan menyembunyikan kuasanya dengan teliti di bawah bentuk-bentuk republik. Pada
kelihatannya, Republik Rom masih hidup: konsul-konsul masih dipilih, tribunal marhaen
masih mencipta undang-undang, dan senator-senator masih memperdebatkan di dalam Kuria
Rom. Bagaimanapun, Octavian adalah orang yang menguasai kesemua ini serta membuat
semua keputusan terakhir, dan jika perlu, legion-legion Romawi akan digunakan untuk
menyokong beliau.
Secara tradisi, keakhiran Empayar Rom ditetapkan pada 4 September 476 ketika Empayar
Rom Barat jatuh kepada penyerang-penyerang Germanik. Bagaimanapun, pandangan ini
mengabaikan dan gagal untuk mengakui Empayar Rom Timur (dikenali secara meluas
sebagai Empayar Byzantine) yang melindungi undang-undang dan budaya Rom. Didasarkan
pada tradisi-tradisi undang-undang dan kebudayaan Rom, Empayar Rom amat dipengaruhi
oleh budaya dan bahasa Yunani, dan telah mengembangkan sifat tersendiri yang dapat
dikekalkan, malahan berkembang maju, selama seribu tahun lagi. Pada akhirnya, Empayar
Rom ditakluk oleh Empayar Turki Uthmaniyyah pada 29 Mei 1453.
Dari masa Augustus sehingga Kejatuhan Empayar Barat, Rom mendominasikan Eurasia
Barat, dan terdiri daripada melebihi separuh bilangan penduduknya. Pengaruh-pengaruh
budaya, undang-undang, bahasa, agama, kerajaan, tentera, dan seni bina Rom terhadap
tamadun Barat masih dapat dikesan pada hari ini.
Masyarakat Rom
Masyarakat Rom terbahagi mengikut sistem kasta. Kelas yang terendah ialah hamba abdi.
Mereka tidak diberi hak langsung dan dimiliki oleh orang lain. Selepas itu ialah kelas
plebeian. Kumpulan ini ialah orang bebas tetapi mempunyai sedikit pengaruh dalam
pentadbiran negara. Kelas kedua tertinggi ialah equestrian (kadangkala dipanggil kesatria).
Nama mereka bermaksud penunggang kuda dan setiap equestrian diberi kuda dan boleh
menyertai pasukan berkuda untuk bertempur bagi Empayar Rom. Mereka yang ingin menjadi
golongan ini haruslah kaya dan berharta. Kelas tertinggi sekali ialah patricians atau golongan
bangsawan. Golongan ini ialah golongan paling berkuasa di Rom dan berhak menjadi ahli
Senat Rom.

Rom Kuno

Kawasan di bawah penguasaan Rom ██ Republik Rom ██ Empayar Rom ██ Empayar Barat
██ Empayar Timur
Rom Kuno merupakan sebuah peradaban yang bertumbuh daripada sebuah komuniti
pertanian yang kecil yang diasaskan di Semenanjung Itali pada sekitar abad ke-9 SM. Dalam
tempoh dua belas abad kewujudannya, peradaban Rom beralih daripada sebuah pemerintahan
beraja kepada sebuah republik berasaskan gabungan oligarki serta demokrasi, dan kemudian
menjadi sebuah empayar autokratik yang besar. Empayar Rom menguasai Eropah Barat dan
seluruh kawasan yang mengelilingi Laut Mediterranean melalui penaklukan dan asimilasi.
Empayar Rom akhirnya merosot. Bahagian separuh barat empayar itu, termasuk Hispania,
Gaul, dan Itali, berpisah menjadi kerajaan-kerajaan yang merdeka pada abad ke-5. Empayar
timur yang diperintah dari Constantinople biasanya dirujuk sebagai Empayar Byzantine
selepas tahun 476, tarikh tradisi untuk 'kejatuhan Rom' dan permulaan Zaman Pertengahan
Awal yang juga dikenali sebagai Zaman Kelam.
Peradaban Rom seringnya digolongkan ke dalam "baharian klasik" bersama-sama dengan
Yunani, sebuah peradaban yang banyak mengilhami kebudayaan Rom Kuno. Rom Kuno
banyak menyumbangkan kepada perkembangan undang-undang, peperangan, seni,
kesusasteraan, seni bina, teknologi, dan bahasa di dunia Barat, dengan sejarahnya masih amat
mempengaruhi dunia pada hari ini.

Sejarah
Pemereintahan beraja

Menurut legenda, Rom diasaskan pada tahun 753 SM oleh Romulus dan Remus yang
dibesarkan oleh seekor serigala betina.
Menurut legenda, Rom diasaskan pada 21 April 753 SM oleh Romulus dan Remus, dua anak
kembar keturunan Aeneas, putera Troy. [1] Numitor dari Alba Longa, raja Latin, digulingkan
oleh Amulius, saudara kandungnya yang zalim dan Rhea Silvia, puteri Numitor, melahirkan
Romulus dan Remus. [2][3] Raja baru takut bahawa Romulus dan Remus akan menuntut takhta
dan oleh itu, merancang untuk membenamkan mereka ke dalam air sehingga mati. [3] Seekor
serigala betina (atau seorang isteri gembala, menurut sesetengah huraian) menyelamatkan
serta membesarkan mereka. Apabila mereka cukup tua, mereka mengembalikan takhta Alba
Longa kepada Numitor. [4][5]
Romulus dan Remus kemudian mengasaskan kota sendiri, tetapi Romulus membunuh Remus
dalam sebuah pergaduhan tentang siapakah yang harus menjadi raja pertama antara tujuh
orang raja Rom, serta juga nama siapakah yang harus dipergunakan untuk menamai kota itu.
[6]
Oleh sebab kota itu tidak mempunyai sebarang perempuan, legenda mengatakan bahawa
orang Latin menjemput orang Sabines ke sebuah perayaan dan kemudian mencuri anak-anak
dara mereka dan dengan itu, menyepadukan orang Latin dengan orang Sabines. [7]
Kota Rom bertumbuh daripada petempatan-petempatan di sekitar harungan Sungai Tiber
yang merupakan persimpangan lalu lintas dan perdagangan. [4] Menurut bukti arkeologi, desa
Rom ini mungkin diasaskan pada abad ke-8 SM, walaupun ia mungkin juga diasaskan di atas
Bukit Paltine sejak abad ke-10 SM lagi oleh puak Latin dari Itali. [8][9] Orang Etruria yang
dahulu menetap di utara Etruria kelihatan memantapkan kedudukan politik mereka di
kawasan ini menjelang akhir abad ke-7 dan membentuk sebuah golongan bangsawan dan
raja. Mereka jelasnya hilang kuasa di kawasan ini menjelang akhir abad ke-6 dan pada saat
ini, puak-puak Latin dan Sabine yang asal merekacipta semula pemerintahan mereka melalui
penciptaan sebuah republik, dengan lebih banyak sekatan terhadap kebolehan raja-raja
mereka untuk menggunakan kuasa. [10]

Empayar Byzantine
Βασιλεία Ῥωμαίων
Vasileía Romaíon
Empayar Rom Timur
Empayar
330 – 1453

Bendera Empayar[1] Emblem kerajaan


(Palaiologoi)

Empayar Byzantine semasa era kegemilangan sekitar


550. Wilayah ungu ditawan semula ketika
pemerintahan Justinian Agung

Ibu negara Constantinople¹


Agama Ortodoks Timur
Jenis kerajaan Monarki
Maharaja
- 306–337 Constantine Agung
- 1449–1453 Constantine XI
Zaman bersejarah Zaman Pertengahan
- Penemuan 11 Mei, 330
Constantinople²
- Perpecahan Timur- 1054
Barat
- Kejatuhan 1204
Constantinople
semasa Perang Salib
Keempat
- Penawanan semula 1261
Constantinople
- Kejatuhan 29 Mei, 1453
Constantinople
Populasi
- Kurun ke-4³ ang. 34,000,000
- Kurun ke-8 ang. 7,000,000
- Kurun ke-11³ ang. 18,000,000
- Kurun ke-12³ ang. 12,000,000
- Kurun ke-13 ang. 3,000,000
Mata wang Solidus, Hyperpyron
¹ Constantinople (330–1204 and 1261–1453). Ibu
kota Empayar Nicaea, empayar selepas Perang Salib
Keempat, terletak di Nicaea, sekarang İzmit, Turkey.
² Tarikh ditubuhkan ini secara tradisi dianggap
sebagai penemuan kembali Constantinople sebagai
ibu kota Empayar Roman walaupun tarikh lain
selalu digunakan
³ Lihat angka populasi disediakan oleh Jabatan
Sejarah Tulane University. Angka berdasarkan
anggaran yang dibuat oleh J.C. Russell dalam "Late
Ancient and Medieval Population," diterbitkan
dalam Transactions of the American Philosophical
Society (1958), ASIN B000IU7OZQ.

Empayar Byzantine atau Empayar Rom Timur merujuk kepada Empayar Rom semasa
Zaman Pertengahan, dan pusatnya terletak di Konstantinopel yang sekarang dikenali sebagai
Istanbul di Turki. Walaupun empayar ini dikenali masyarakat barat sebagai Empayar Greek
kerana budaya dan populasinya, ia dikenali oleh rakyatnya sendiri sebagai Empayar Rom
atau Romania kerana maharajanya adalah dari maharaja berketurunan Rom dan menurut
dunia Islam, mereka adalah orang Rom.
Permulaan empayar (330-440 M)
Maharaja Constantine I memindahkan Empayar Rom ke bandar Byzantium dan menamakan
bandar tersebut Constatinople. Beberapa tahun kemudian, selepas bandar Rome diambil alih
oleh orang Jerman, keseluruhan Empayar Rom berpindah ke Constatinople, dan satu empayar
baru terbina. Empayar baru ini masih mengikut cara Empayar Rom kristian tetapi mempunyai
wilayah yang lebih kecil berbanding Empayar Rom lama.
Empayar bermasalah (476-717 M)
Peperangan di barat
Empayar Byzantine cuba untuk menakluk Rome dan Itali dari orang Jerman. Di antara tahun
500 ke 600 SM, mereka memenangi banyak peperangan dan menawan kembali Rome.
Kemenangan ini tidak kekal apabila orang Jerman menawan kembali Itali dan Rome. Lebih
memburukkan keadaan, orang Avar datang dan menawan Bulgaria dan Greece dari orang
Byzantine. Selepas beberapa peperangan, orang Avar menang dan mengambil utara Greece
dan Bulgaria. Mereka kemudiannya menggelar diri mereka sebagai orang Bulgar.
Peperangan di timur
Selepas Rome ditawan orang Jerman, Empayar Byzantine masih mengawal Mesir, Greece,
Palestin, Syria dan Turki. Tetapi, satu lagi empayar yang dikenali dengan Empayar Parsi,
mahu menawan kawasan-kawasan ini. Di antara tahun 476 ke 628 SM, Empayar Byzantine
dan Parsi berperang dan ramai yang terkorban. Peperangan berakhir dengan tewasnya orang
Parsi di Iraq, berdekatan dengan bandar lama Ninevah pada tahun 627 SM.
Malang bagi empayar apabila musuh baru muncul iaitu orang Arab. Empayar Byzantine yang
baru sahaja tamat berperang dengan orang Parsi tewas dalam banyak peperangan dengan
orang Arab. Palestin, Syria dan Mesir jatuh ke tangan Arab walaupun mereka dapat
mempertahankan Turki dan menyekat kemaraan orang Arab.

Pemulihan empayar (717-1025)

Maharaja Basil II (976–1025), "Pembunuh orang Bulgar".


Pada tahun 717, orang Arab dikalahkan di Constantinople yang menyaksikan berakhirnya
ancaman Arab di timur. Di barat, Empayar melancarkan peperangan dengan orang Bulgar.
Sesetengah serangan ini berjaya tetapi ada juga yang gagal dan menyebabkan kematian ramai
maharaja. Empayar Byzantine bagaimanapun menjadi kuat kerana musuh-musuhnya
berperang sesama sendiri.
Pemulihan di barat
Antara tahun 1007-1014, Maharaja Basil II kerap menyerang Bulgaria sehingga dapat
menawan kembali Greece. Beliau kemudian berjaya menawan Bulgaria pada tahun 1018.
Pemulihan di timur
Di timur, orang Arab sekali lagi menjadi ancaman kepada Empayar. Serangan Maharaja Basil
II bagaimanapun berjaya dan sebahagian dari Syria kembali ke tangan empayar selain dari
Turki dan Armenia. Selepas 1025, Arab tidak lagi menjadi ancaman kepada empayar.
Kejatuhan empayar (1025-1453)
Garis masa Empayar Byzantine
667 SM Bandar purba Byzantium (kemudiannya
Constantinople dan Istanbul) ditemui.
27 SM Kebangkitan Empayar Rom.
ca. 235 - 284 "Krisis abad ketiga".
292 Pembaharuan Maharaja Diocletian
330 Constantine Agung menjadikan Byzantium ibu kota
(Nova Roma), dinamakan kembali "Constantinople"
(ibu kota Constantine), selepas kemangkatan
Constantine pada 337. Ia menjadi ibu kota Empayar
Byzantine (kecuali untuk separuh abad) untuk lebih
seribu tahun.
395 Empayar berpecah kepada timur dan barat selepas
kematian Theodosius I.
527 Justinian I menaiki takhta.
7 April, 529 Codex Justinianus diisytiharkan.
532–537 Maharaja Justinian membina Gereja Hagia Sophia
533–554 General-general Justinian menawan Afrika Utara dan
Itali dari orang-orang Vandal dan Ostrogoth.
568 Pencerobohan Lombard menyebabkan kehilangan
sebahagian besar Itali.
634–641 Tentera Arab menawan Levant dan Mesir. Dalam
dekad seterusnya mereka mengambil sebahagian dari
Afrika Utara (dan kemudian menawan Sicily).
697 Kota Carthage di Utara Afrika (ibu kota Exarchate,
Afrika) jatuh ke tangan orang Arab.
730–787 dan Kontroversi Ikonoklasme menyebabkan Empayar
813–843 kehilangan sebahagian besar baki wilayah Itali, selain
dari sebahagian wilayah Mezzogiorno.
843–1025 Dynasty Macedonia didirikan dan empayar mengalami
kebangkitan kuasa tentera dan pembesaran wilayah.
Sarjana-sarjana Byzantine merekodkan dan
memelihara kebanyakan tinggalan teks Greek purba
dan Rom.
960–1042 Empayar Byzantine menghadapi beberapa kekalahan
menentang kuasa Abbasiyyah dan Fatimiyyah yang
menawan kembali sebahagian Mesopotamia, Syria dan
Palestin.
1002–1018 Maharaja Basil II memulakn siri kempen ketenteraan
terhadap orang Bulgaria, dengan matlamat
menghancurkan negara orang Bulgar.
1014 Tentera Bulgaria dikalahkan dalam Perang Kleidon
(Basil II dikenali sebagai Pembunuh orang Bulgar).
1018 Bulgaria menyerah kalah dan menjadi jajahan empayar.
Seluruh Balkan menjadi jajahan Empayar Byzantine,
Danube menjadi sempadan Imperial di utara.
1025 Dengan kemangkatan Basil II, zaman kemuncak
Empayar merosot.
1054 Perpecahan doktrin agama antara Gereja di Rome dan
Gereja di Constantinople.
1071 Maharaja Romanos IV dikalahkan oleh Turki Seljuk
dalam Perang Manzikert, menyebabkan kehilangan
Asia Kecil. Pada tahun yang sama, pengkalan luar
terakhir empayar di Itali, (Bari), dirampas oleh orang
Norman.
1081 Dinasti Komnenos didirikan oleh Alexios I dan
Byzantium terlibat dalam Perang Salib. Kemakmuran
ekonomi menghasilkan kekayaan baru; kesusasteraan
dan kesenian mencapai kemuncak. Di Anatolia, orang
Turki menjadi kuat.
1091 Tentera Imperial mengalahkan orang Pecheneg dalam
Perang Levounion.
1097 Penawanan semula Nicaea dari orang Turki oleh
tentera Byzantine dalam Perang Salib Pertama.
1097-1176 Tentera Byzantine menawan semula persisiran Asia
Kecil dari orang Turki, dan bergerak ke timur ke arah
Anatolia tengah. Antioch menjadi kota di bawah
naungan Byzantine.
1122 Byzantine mengalahkan orang Pecheneg dalam Perang
Beroia.
1167 Tentera Byzantine mengalahkan kerajaan Hungary
dalam Perang Sirmium dan Hungary menjadi negara
naungan Byzantine.
1176 Perang Myriokephalon berlaku dan Maharaja Manuel I
Komnenos cuba menawan Konya, ibu kota Turki
Seljuk. Beliau terpaksa berundur selepas kemusnahan
peralatan mengepung. Dengan ini, cubaan Imperial
untuk menawan dataran tinggi Anatolia berakhir.
1180 Dengan kemangkatan Maharaja Manuel I Komnenos,
kemerosotan empayar bermula kembali.
1185 Pemberontakan di Bulgaria berjaya dan beberapa tanah
di Balkan jatuh.
1204 Constantinople ditawan dalam Perang Salib Keempat,
cubaan untuk mendirikan Empayar Latin.
1261 Constantinople dirampas oleh Patriarki Constantinople
yang dibiaya oleh pemerintah Nicaea, Michael VIII
Palaiologos, menyaksikan pemerintahan semula Greek
dalam empayar yang semakin mengecil.
1326 Kota Prusa di Asia Kecil jatuh ke tangan kerajaan
Uthmaniyyah.
1326 Kota Nicaea, ibu kota Empayar untuk 100 tahun
sebelumnya, jatuh kepada kerajaan Uthmaniyyah.
1453 Kerajaan Uthmaniyyah menawan Constantinople, dan
dengan kemangkatan Constantine XI Palaiologos,
maharaja terakhir Empayar Byzantine, empayar
berakhir dan juga menyaksikan kemusnahan terakhir
Empayar Rom.

1025-1071
Selepas kemangkatan Maharaja Basil II, empayar diterajui oleh ramai maharaja yang tamak.
Mereka membazirkan wang negara dan mengurangkan jumlah tentera. Ini melemahkan
pertahanan empayar. Empayar juga tidak mempunyai tentera yang benar-benar ikhlas
berjuang tetapi hanya mahukan wang dan tentera ini lebih mahal untuk diupah.
Pencerobohan Turki (1071-1091)
Bangsa dari Asia Tengah yang menunggang kuda (kemudiannya dikenali sebagai bangsa
Turki) menyerang dan berjaya menawan seluruh Turki pada 1091. Tetapi empayar mendapat
pertolongan dari tentera salib dari Eropah ketika Perang Salib Pertama. Mereka bukan sahaja
mahu menolong empayar tetapi juga menawan kembali Jerusalem dari tangan orang Islam.
Empayar berjaya diselamatkan (1091-1185)
Empayar Byzantine selamat dengan pertolongan bangsa Eropah yang menawan kembali
separuh dari Turki. Empayar juga selamat kerana diperintah oleh tiga orang maharaja yang
berkebolehan secara berterusan.

Empayar menjadi lemah sekali lagi (1185-1261)


Selepas tiga orang maharaja yang berkebolehan, empayar diperintah kembali oleh maharaja
jahat yang membazirkan wang dan tentera. Orang Turki menyerang kembali dan menawan
lebih banyak kawasan Turki.
Di barat, bangsa Eropah mengkhianati empayar dengan menyerang ibu kota Constantinople.
Empayar kehilangan ibu kota pada tahun 1202 dan tidak berjaya merampas kembali sehingga
tahun 1261.
Turki memusnahkan empayar (1261-1453)
Selepas berjaya menawan Constantinople, empayar sibuk berperang dengan bangsa Eropah
dan tidak mempunyai cukup tentera dan wang untuk berperang dengan bangsa Turki.
Akhirnya, keseluruhan Turki jatuh ke tangan bangsa Turki pada 1331.
Antara 1354-1450, Turki menawan kebanyakan kawasan Greece dan empayar kehilangan
banyak kawasan jajahan. Empayar menjadi lemah dan menagih pertolongan dari Eropah yang
tidak menolong bersungguh-sungguh. Akhirnya, bangsa Turki menyerang Constantinople
dalam bulan April 1453. Pada akhir Mei 1453, bangsa Turki berjaya menawan Constantinople
dan berakhirlah Empayar Byzantine.
Tinggalan empayar
Antara tinggalan Empayar pada tamadun masa kini adalah:
• ilmu pengetahuan
• hasil seni
• Kristian Ortodoks
Beberapa gereja yang cantik dan masjid di Turki dan Greece hari ini dibina dari bangunan
zaman Byzantine atau ditiru melalui seni bina Byzantine. Kebanyakan darinya boleh didapati
di Istanbul dan salah satu yang terkenal adalah Hagia Sophia.
Empayar Suci Rom
Sacrum Romanum Imperium
Nationis Germanicæ
Empayar Suci Rom Bangsa
Jerman
Empayar
800 – 1806

Helang Empayar Jata Maximilian II

Keluasan Pengaruh Empayar Suci Rom sekitar 1630-


an, meliputi sempadan negara-negara Eropah zaman
moden.

Ibu negara berubah-ubah


Bahasa Latin, Jerman dll.
Agama Katolik, Ajaran
Luther
dan Calvin
Jenis kerajaan Sistem Beraja
Maharaja
- 800 - 814 Charlemagne
- 1792 - 1806 Francis II
Perundangan Reichstag
Sejarah
- Charlemagne naik 25 Disember 800
takhta
- Perjanjian Verdun 843
- Otto I naik takhta 2 Februari 962
- Damai Augsburg 25 September 1555
- Damai Westphalia 1648
- Pembubaran 12 Julai 1806

Empayar Suci Rom (Bahasa Latin Sacrum Romanum Imperium /ˈsakrʊm roˈmɑːnʊm ɪm
ˈpɛɾɪʊm/) adalah penyatuan tanah yang didiami oleh puak-puak Jermanik sekitar Eropah
Tengah sewaktu Zaman Pertengahan sehingga 1806. Empayar ini dikuasai oleh Maharaja-
maharaja Suci Rom berketurunan Jerman. Nama ini datang dari kegemaran penguasa-
penguasa zaman pertengahan menyambung tradisi purba Empayar Rom dan mengesahkan
kekuasaannya itu sebagai kehendak suci tuhan di dalam pengertian agama Kristian.

Empayar Suci Rom dan negeri-negeri jajahannya.


Empayar ini mula ditubuhkan pada abad ke-10 di bawah Dinasti Otto yang berasal dari bekas
Empayar Frank Timur. Penamaan Sacrum Imperium (Empayar Suci) dilakukan pada tahun
1157 dan ditambah menjadi Sacrum Romanum Imperium (Romanun daripada Bahasa Latin
bermaksud (yang berkaitan dengan) Rom)pada tahun 1254. Sejak abad ke-15, nama rasmi itu
menjadi Sacrum Romanum Imperium Nationis Germanicæ atau dalam Bahasa Melayu
berbunyi Empayar Suci Rom bagi Bangsa Jerman.
Atas faktor sifat-sifatnya yang memang merentas bangsa dari awal-awal lagi, empayar ini
tidak berkembang menjadi satu negara bangsa seperti yang wujud sekarang. Yang wujud ialah
satu struktur sistem beraja yang berpengaruh luas yang merangkumi maharaja dan negeri-
negeri jajahannya tanpa mempunyai institusi-institusi empayar yang sama. Sempadan
empayar ini berubah-ubah setiap kurun. Pada waktu puncaknya empayar ini meliputi hampir
seluruh kawasan Eropah Tengah dan juga Selatan.

Maharaja Francis Kedua, Maharaja Rom Suci terakhir, sewaktu kemahkotaannya.


Sejak permulaan Era Baru, empayar ini dari segi strukturnya tidak lagi mampu mengetuai
serangan, meluaskan pengaruruh dan sempadannya dengan baik. Lantas fungsi asasnya
ditukar kepada memberi perlindungan dan menjaga keamanan. Empayar ini menjamin
kestabilan dan penyelesaian konflik secara aman dengan membendung dinamik sesebuah
kuasa. Berikutan kemasukan negeri-negeri jiran yang membayar ufti ke dalam
perlembagaannya sejak 1648, empayar ini memenuhi fungsinya sebagai penjamin keamanan
dalam sistem Kuasa-kuasa besar Eropah pada waktu itu.

You might also like