P. 1
Konsep Taska Dan Kurikulum Permata

Konsep Taska Dan Kurikulum Permata

|Views: 62|Likes:
Published by Anis Hairizan

More info:

Published by: Anis Hairizan on Dec 31, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/20/2012

pdf

text

original

KONSEP TASKA DAN KURIKULUM PERMATA

NURULAINI MAMAT SYAZWANI ABDUL MALIK ZALEHA MD SAAD FARIDA DAUD MOHAMMAD SYAMMIL ISHAK

JABATAN KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TARIKH : 20 OKTOBER 2010

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dengan lebih mendalam mengenai konsep TASKA dan kurikulum PERMATA yang telah dijalankan di dalam serta luar Negara. Aspek yang dikaji adalah definisi TASKA serta latar belakang kurikulum PERMATA. Selain itu, terdapat juga kajian mengenai perbandingan konsep TASKA di Malaysia dan di luar negara. Kajian yang terdapat di dalam dan luar negara berkaitan TASKA turut dinyatakan dalam kajian ini. Program Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak (PERMATA) dianggap sebagai usaha dan bukti agresif kerajaan dalam melahirkan modal insan terbaik yang bermula dari pendidikan awal dengan mendokumenkan garis panduan untuk kurikulum PERMATA bagi menyeragamkan aktiviti dan kualiti pembelajaran yang disediakan kepada kanak-kanak. PENGENALAN Program pengasuhan kanak-kanak KEMAS atau dikenali dengan nama Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin. Perkhidmatan TASKA termasuk di bawah Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) atau Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Tujuannya untuk memberi peluang kepada ibu-ibu bergiat di bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup keluarga. Di samping itu juga melalui TASKA, program pendidikan keibubapaan dapat dilaksanakan untuk ibu bapa dan masyarakat. Objektif utama penubuhan TASKA ialah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa. Ianya juga menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Selain itu, taska menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat bagi membantu pertumbuhan dan

perkembangan kanak-kanak serta mengamalkan gaya hidup sihat. Penerapan nilainilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkan sejak kecil. Seterusnya menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui aktiviti fizikal. (Jabatan Kemajuan Masyarakat, 2009). DEFINISI TASKA TASKA membawa maksud mana-mana premis di mana empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dari lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah. TASKA terbahagi kepada empat jenis iaitu taska di rumah, taska di institusi, taska di tempat kerja dan taska komuniti. Taska di rumah suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk kurang daripada sepuluh orang kanak-kanak dalam rumah orang yang didaftarkan. Taska di institusi pula ialah suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang kanak-kanak atau lebih. Taska di tempat kerja ialah suatu taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih. Manakala taska komuniti suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan yang menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri. (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, 2009). Tempoh masa pengasuhan sehari pengasuhan sehari di TASKA ialah jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang berjumlah 6 hari seminggu. Terdapat juga perkhidmatan TASKA, terutamanya di luar bandar beroperasi separuh hari dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 tengahari sahaja yang berjumlah 5 hari seminggu. Ahli jawatankuasa TASKA bertanggungjawab menetapkan tempoh masa ini mengikut kesesuaian waktu bekerja ibu bapa dan masyarakat setempat. TASKA KEMAS menggunakan Modul Asuhan Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diintegrasikan dengan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti dilaksanakan mengikut kebolehan, minat dan peringkat umur kanak-kanak 2 hingga 4 tahun. LATAR BELAKANG KURIKULUM PERMATA Kurikulum PERMATA telah dibentuk oleh sekumpulan pakar Pendidikan Awal Kanak-kanak dari kalangan pensyarah-pensyarah universiti setelah mengkaji pelbagai kurikulum sedia ada yang digunapakai di seluruh dunia. Mereka juga telah melawat dan menghadiri beberapa seminar dan persidangan, dan mengadakan rundingan dengan pelbagai pihak yang berkaitan untuk mendapatkan idea terbaik bagi menyediakan kurikulum ini. Di antara model program pendidikan awal kanakkanak yang didapati paling sesuai dirujuk ialah Program ‘Surestart’ dari Pen Green Center, Corby, United Kingdom. ( Aminah Ayob et al, 2008). Elemen-elemen yang terdapat dalam Program Surestart di Pen Green ialah rekabentuk kurikulum dan pedagogi meletakkan kanak-kanak di tengah-tengah sebagai keutamaan yang menghubungkan Pusat Pendidikan dan Asuhan (nursery) dengan rumah. Oleh itu, kurikulum ini menekankan penglibatan ibu bapa secara

Di Pusat Asuhan

Di rumah

aktif. Kitaran ini dipanggil “Pen Green Loop” atau singkatannya “PG Loop” seperti pada rajah dibawah.

Guru beri maklumbalas kepada ibupaba

KANAK-KANAK

Ibubapa beri maklumbalas kepada guru

Program di rumah

Program di Pusat Asuhan

‘PG Loop’ : Kitaran hubungan rumah dan taska.

Model asal kurikulum Pen Green tidak mempunyai tema atau topik tertentu, manakala Kurikulum PERMATA telah diperkayakan dengan tema-tema berciri kebudayaan Malaysia. Kurikulum PERMATA mempunyai enam bidang pembelajaran iaitu :
1. Perkembangan emosi, rohani dan sosial.

2. Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal. 3. Perkembangan pra matematik dan pemikiran logik. 4. Perkembangan deria/sensori dan pemahaman dunia persekitaran.
5. Perkembangan fizikal, koordinasi motor dan pengurusan diri.

6. Perkembangan daya kreativiti dan estetika. Penilaian dan pentaksiran pembelajaran adalah berasaskan enam bidang pembelajaran ini. Dokumentasi perkembangan kanak-kanak ini bertujuan menilai keberkesanan program dan untuk pendidik merancang intrevensi atau pembelajaran lanjutan bagi membantu perkembangan kanak-kanak. Kurikulum PERMATA melihat perkembangan kognitif sebagai perkembangan deria dan pengetahuan tentang dunia, bukan sebagai penguasaan kemahiran akademik semata-mata. Kurikulum PERMATA menggabungkan semua aspek pembelajaran dan asuhan secara bersepadu supaya setiap individu kanak-kanak dapat berkembang secara holistik. Rangka teori yang menjadi asas kepada Kurikulum PERMATA ini adalah unik dan tidak ada dalam mana-mana kaedah pendidikan awal kanak-kanak lain. Ini bermaksud, tidak ada kaedah yang menggunakannya kecuali di Pen Green Corby. Isi kandungan kurikulum PERMATA adalah sama seperti yang digunakan di Pen Green iaitu berasaskan konsep skema Piaget dan beberapa asas teori yang lain seperti :

1. Konsep ‘Involvement’ – oleh Laevar’s (1997) 2. Konsep ‘Well-being’ – oleh Laevar’s (1997) 3. Konsep ‘Attachment’ – oleh Bowlby (1969) 4. Konsep ‘Holding and containment’ – oleh Winnicot (1965) Bion (1962)

Falsafah Kurikulum PERMATA menekankan bahawa setiap anak umpama permata. Mereka adalah modal insan masa hadapan dan memastikan perkembangan secara holistik sejajar Falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan dan asuhan perlu bermula dari awal/lahir. Umur 3 tahun pertama paling penting dalam perkembangan kanak-kanak yang cemerlang. Selain itu, aspek-aspek kerohanian, nilai-nilai mulia dan kefahaman antara budaya adalah amat penting dibina dari peringkat awal. Kebolehan bahasa, berfikir dan pra matematik perlu dikembangkan melalui pembelajaran awal. Kanak-kanak membentuk kefahaman dengan berinteraksi dengan orang lain dalam persekitaran yang ceria. Semua kanak-kanak berhak mendapat akses pendidikan dan asuhan yang sama dan berkualiti yang disediakan oleh kerajaan. PERBANDINGAN KONSEP TASKA DI MALAYSIA DAN DI LUAR NEGARA. Konsep Taska di Malaysia dan di luar negara mempunyai persamaan perbezaaan yang tersendiri. Di Malaysia, Prof Madya Dr. Mastura badzis ( 2008 ) menyatakan pendapat bahawa hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak, diperingkat umur 6 tahun pertama inilah peringkat paling utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga empat tahun manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun. kajian yang dilakukan oleh pakar neurologi mendapati bahawa 80 - 85% perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak dan peringkat perkembangan yang paling pesat ialah diperingkat umur yang terawal dalam tempoh enam tahun tersebut. Justeru itu, boleh dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak merupakan asas kepada keseluruhan perkembangannya yang akan datang. Di luar negara, Jean Piaget (1980) menyatakan setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang tersendiri. Oleh sebab itu, kanakkanak yang dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat peringkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangan peringkat yang berikutnya. Di samping itu juga, seorang tokoh lagi yang bernama Eric Erikson (1994) berpendapat bahawa kehidupan manusia adalah melalui lapan tahap psikososial yang berkembang dari tahap ke tahap seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri

berlawanan di tahap-tahap tertentu. Pada setiap peringkat bayi, kanak- kanak, zaman bermain, sekolah, remaja, awal dewasa dan tua terdapat konflik sosial yang akan diatasi untuk perkembangan seterusnya. Yang paling jelas dari hasil kajian Erikson ialah individu merupakan individu yang dinamik dan bukan statik dan dia mempunyai identiti tersendiri. Ini jelas kelihatan di tahap pertama Erikson ialah kepercayaan berlawanan ketidakpercayaan. Erikson berpendapat darjah kepercayaan bayi bergantung Kepada nilai jagaan dan pemeliharaan ibu bapa atau orang lain yang menjaganya. Jika kehendak-kehendak bayi dipenuhi seperti mendapat makanan, minum, perhatian dan kasih sayang, dia akan memperoleh harapan untuk terus hidup. Sebaliknya, jika tidak, bayi berkenaan akan tidak dapat mempercayai orang di sekitarnya dan akan menjadi defensif serta akan cuba melindungi dari persekitaran yang tidak memberangsangkannya. Pendapat Ini bercanggah dengan pendapat Jean Piaget di mana beliau berpendapat kanak-kanak pada setiap tahap mempunyai perkembangan tertentu. BINCANGKAN KAJIAN YANG TERDAPAT DI DALAM DAN LUAR NEGARA BERKAITAN TASKA. Pelbagai kajian di Malaysia mengenai perkembangan awal kanak-kanak di TASKA khususnya di bawah umur 4 tahun yang menjelaskan bahawa otak kanak-kanak mengandungi 100 bilion sel saraf (neuron) yang mana akan membina perhubungan (sinaps) apabila sel-sel dirangsang. Hampir 90% perkembangan otak kanak-kanak berlaku dengan pantas semasa mereka berumur di bawah 4 tahun. Ini membuktikan bahawa peringkat awal perkembangan kanak-kanak adalah tempoh formatif dan merangkumi detik-detik kritikal dalam pembangunan seseorang individu. Pengalaman pembelajaran yang positif, di samping persekitaran emosi, fizikal dan intelektual yang ceria dan gembira akan memberi impak ke atas perkembangan otak kanak-kanak melalui pembentukan lebih banyak sinaps yang seterusnya akan berkekalan. Perkembangan ini akan mempengaruhi pembangunan ilmu kognitif, kemahiran sosial, pertuturan dan bahasa ketika kanak-kanak tersebut dewasa kelak. Melalui perbezaan latihan dan kelayakan tenaga pendidik bagi TASKA kerajaan dan swasta, ia mengikut kaedah dan matlamat masing-masing. Jurulatih yang menjalankan kursus ini juga mempunyai kelayakan yang pelbagai. Lanjutan dari pendedahan kursus yang pelbagai kaedah dan pendekatan ini, Kanak-kanak mendapat pendidikan pra sekolah yang pelbagai juga. Jika keadaan ini dibiarkan berlanjutan, ia tidak akan membantu usaha kerajaan untuk menyelaras dan meningkatkan kualiti asuhan dan didikan awal kanak-kanak di negara ini. Dari segi kemudahan fizikal dan peralatan pembelajaran di taska-taska kerajaan dan swasta kini amat berbeza tertakluk kepada keupayaan TASKA berkenaan. Perbezaan ini memberi kesan kepada pembangunan potensi kanak-kanak berkembang dengan optimum.( Noorazleen, 2003 ) Selain itu, kajian yang telah dijalankan juga adalah untuk meninjau persepsi pengasuh-pengasuh TASKA Nuri di Malaysia terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi asuhan dan perkembangan kanak-kanak. Tiga faktor yang ditentukan adalah faktor kemudahan di TASKA, faktor kefahaman psikologi pada diri pengasuh dan faktor diri pengasuh. Kajian ini dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik yang dibentuk oleh pengkaji sendiri.sebagai contoh, kajian rintis telah dilakukan ke atas 15 orang pengasuh Taska Az-Dzilal. Nilai pekali kebolehpercayaan item soal selidik faktor yang mempengaruhi asuhan dan perkembangan kanak-kanak adalah 0.7. Seramai 30 orang responden telah dipilih

secara rawak daripada 3 cawangan Taska Nuri. Min peratus digunakan untuk mengenalpasti sama ada faktor-faktor kemudahan di TASKA, faktor diri pengasuh dan faktor kefahaman psikologi pada diri pengasuh mempengaruhi asuhan dan perkembangan kanak-kanak di TASKA. Kajian mendapati bahawa ketiga-tiga faktor yang dikenalpasti telah memberi kesan kepada asuhan dan perkembangan kanakkanak. Sehubungan itu, adalah disarankan supaya semua pengusaha TASKA dapat menekankan faktor yang mempengaruhi asuhan seperti faktor kemudahan di TASKA, faktor diri pengasuh dan faktor kefahaman psikologi pada diri pengasuh supaya kanak-kanak dapat berkembang dengan positif daripada segi mental, fizikal dan emosi. ( Noorazleen, 2003 ) Kajian yang dijalankan oleh Pullen dan Justice (2003) pula menekankan peranan prasekolah dan TASKA adalah salah satu faktor penunjuk bagi pencapaian pembacaan murid di sekolah ialah bilangan jam mereka dibacakan buku semasa di TASKA. Pembacaan yang diikuti dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahan bacaan tersebut akan menanam minat kanak-kanak terhadap bahan bacaan. Pernyataan ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Morrow (Mcquillan & Au, 2001) terhadap bilik darjah dua menunjukkan bukti yang kuat bagaimana akses kepada buku di dalam bilik darjah disertai aktiviti kesusasteraan yang dibimbing oleh guru telah membawa kepada peningkatan pembacaan serta peningkatan tahap pembacaan kanak-kanak. ULASAN UMUM BERKAITAN KURIKULUM PERMATA Program Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak (PERMATA) dianggap sebagai usaha dan bukti agresif kerajaan dalam melahirkan modal insan terbaik yang bermula dari pendidikan awal dengan mendokumenkan garis panduan untuk kurikulum Permata bagi menyeragamkan aktiviti dan kualiti pembelajaran yang disediakan kepada kanak-kanak. Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Program PERMATA Y.A. Bhg. Datin Seri Paduka Rosmah Mansor berkata, garis panduan yang dimaksudkan ialah Garis Panduan Peralatan Luar, Panduan Pelaksanaan Aktiviti Anak Permata dan beberapa dokumen lain yang akan menjadi prosedur operasi standard (SOP) PERMATA. Bagi memastikan teknik pembelajaran mengikut kurikulum PERMATA dapat disampaikan dengan lebih berkesan, PERMATA juga telah menyediakan peluang kepada pendidik untuk mengikuti Kursus Asas PERMATA selama enam minggu, Kerajaan pusat telah memperuntukkan sebanyak RM3.64 juta kepada semua kerajaan negeri untuk memperluaskan pelaksanaan program PERMATA tahun ini. Bilangan Taska PERMATA di seluruh negara dijangka meningkat kepada 647 buah dalam tempoh dua tahun sejak penubuhannya pada 2008. Tahun lalu sahaja, program PERMATA telah menunjukkan perkembangan pesat dengan penubuhan 427 Taska PERMATA di seluruh negara dengan penyertaan 17,000 kanak-kanak berusia antara satu hingga 4 tahun (Rosmah Mansor,2010 ) PERMATA mengamalkan konsep asuhan dan didikan yang bersepadu merangkumi aspek pemakanan, kesihatan, penglibatan ibu bapa dan komuniti. Ini adalah bersesuaian untuk membentuk personaliti anak yang seimbang, yakin diri,. bijak bergaul dan ini juga adalah penting untuk pembangunan modal insan yang cemerlang, sekaligus mengelakkan anak-anak dari terjebak ke dalam kancah gejala sosial apabila mereka dewasa.

Dalam usaha merealisasikan objektif program PERMATA, Jawatankuasa Kerja Dasar PERMATA Negara memfokuskan pada kumpulan sasaran atau segmen tertentu dimana kumpulan sasaran PERMATA ialah kanak-kanak berumur antara 1 hingga 4 tahun dengan tumpuan di kawasan bandar dan luar bandar. Ini dikira rasional berdasarkan bukti dari kajian neurosains yang menunjukkan bahawa 3 tahun pertama adalah amat penting dalam perkembangan otak kanak-kanak. Hubungan emosi dan sosial yang dibina dengan mereka memainkan peranan penting ke arah pembentukan personaliti mereka yang tenang, aman dan penyayang. Maka sekiranya rangsangan yang betul diberikan dalam keadaan ceria dan gembira, otak akan berkembang segar. Oleh itu, kurikulum PERMATA digubal berbeza dari kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang ada di Negara ini. Teknik pembelajaran PERMATA ialah dengan merangsang minda kanakkanak dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan. Kaedah ini mewujudkan persekitaran yang sesuai dan menyeronokkan bagi kanak-kanak melalui teknik-teknik seperti kasih sayang dan belaian , interaksi dan komunikasi , pemikiran dan bacaan , memberi kuasa kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas, mendorong kebolehan dan potensi kanakkanak serta belajar melalui bermain. Atas dasar ini, teknik pembelajaran PERMATA digubal dengan mengambil kira aspek-aspek seperti pembinaan hubungan emosi, kasih sayang, rasa selamat dan yakin diri, melalui sentuhan dan belaian , melalui berkawan dan sosial , belajar melalui percubaan dan penerokaan , membina minat membaca dan berfikir sejak awal serta merangsang kemahiran matematik dan pemikiran secara logik. Dapatan ke atas hasil kajian penyelidikan yang dijalankan dari segi perkembangan emosi didapati 84% kanak-kanak PERMATA mencapai perkembangan emosi yang baik berbanding 42% kanak-kanak bukan PERMATA. Program PERMATA didapati berjaya membentuk personaliti kanak-kanak yang tenang dan terkawal, stabil, ceria, mesra, penyayang dan berkeyakinan diri (Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC):UPSI,2008). Perkembangan bahasa dan komunikasi pula mendapai 80% kanak-kanak PERMATA boleh menggunakan ayat penuh dan betul berbanding 51% kanak-kanak bukan PERMATA. Kemahiran berkomunikasi menunjukkan bahawa 72% kanakkanak PERMATA boleh menggunakan bahasa ekspresi dan bercerita mengatasi 60% kanak-kanak bukan PERMATA, perkembangan sosial pula mendapati 80% kanak-kanak PERMATA bersifat mesra, mudah bergaul dan berkawan, berkongsi mainan, mengikut arahan dan menunggu giliran berbanding kanak-kanak bukan PERMATA (Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC):UPSI,2008 ). Dari segi pengurusan diri pula menunjukkan 85% kanak-kanak PERMATA lebih pandai mengurus diri sendiri berbanding 60% kanak-kanak bukan PERMATA, perkembangan intelek menunjukkan 85% kanak-kanak PERMATA mencapai kemahiran pra-sains berbanding 50% kanak-kanak bukan PERMATA manakala perkembangan rohani menunjukkan kanak-kanak PERMATA lebih berdisiplin dan suka bersalam berbanding kanak-kanak bukan PERMATA (Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC):UPSI,2008 ).

KESIMPULAN Pendidikan prasekolah di Malaysia bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Perlaksanaan Program TASKA berkonsepkan ‘Kasih Sayang, Kemesraan dan Galakan’. Melalui program ini kanak-kanak diasuh di tempat dan persekitaran yang selamat, penuh kasih sayang dan galakan yang dapat membantu perkembangan kanak-kanak yang sempurna. Strategi yang dilaksanakan oleh program taska ialah taska diwujudkan di kawasan luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin. Bangunan taska dibina dan diselarakan oleh Bahagian Pembasmian Kemiskinan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan kerjasama KEMAS. KEMAS melatih dua orang Pengasuh bagi setiap TASKA terdiri dari masyarakat setempat di institusi latihan KEMAS. Selain itu, penyeliaan teknikal dan ikhtisas oleh Penyelia Prasekolah di peringkat Parlimen. Ahli Jawatankuasa yang dilantik dari kalangan ibu bapa dan masyarakat setempat bertanggungjawab dalam TASKA. Secara keseluruhannya, pendidikan prasekolah membolehkan murid mempunyai peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik. Selain itu, mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. BIBLIOGRAFI Aminah Ayob, Mastura Badzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai Nordin, Mahani Razali (2008). Kurikulum Permata Negara. Panduan Pendidikan. Awal KanakKanak 0-4 Tahun. Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC):UPSI Dasar Pendidikan Dan Asuhan Kanak-kanak Diperoleh pada September 3, 2010 daripada http://www.permata.jpm.my/gedung %20multimedia/Dasar_Asuhan_dan %20Didikan_Awal_Kanak_Kanak_Kebangsaan.pdf Rosmah Mansor (2010). Kurikulum PERMATA Didokumen diperoleh pada 25 Ogos 2010 daripada http://www.bharian.com.my/articles/KurikulumPERMATAdidokumen/Article/ Eric Erikson (1994). Konsep Taska Di Luar Negara diperolehi pada 11 0gos 210 Diperolehi daripada www.nndb.com/people/151/000097857/ Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (2009). Diperolehi pada 25 Ogos 2010 daripada .http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php? option=com_content&view=article&id=236%3Ajenistaska&catid=178%3Ataska&Itemid=502&lang=ms Jean piaget (1980). Perbandingan Konsep Taska Di Malaysia Dan Luar Negara diperolehi pada 21 0gos 2010 daripada www.ibe.unesco.org/publications/ThinkersPdf/piagete

Konsep Taska di Malaysia diperolehi pada 2 ogos 2010 daripada http://www.kemas.gov.my/7 Kurikulum Permata Diperolehi pada 20 September 2010 daripada http://www.permata.jpm.my/gedung%20multimedia/Dasar_Asuhan_dan %20Didikan_Awal_Kanak_Kanak_Kebangsaan.pdf Mastura Bazdis (2008). Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan Kurikulum yang Integratif. Jurnal Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Malaysia. Diperolehi pada 15 Januari 2010 daripada http://www.mindamadani.my/content/view/186/2/. Morrow, L. M. (2005). Literacy development in the early years: Helping childrenread and write (5th ed.). Boston: Pearson. Noorazleen Muslim (2003). Persepsi Pengasuh Terhadap Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Asuhan Dan Perkembangan Kanak-kanak Di Taska Nuri. Universiti teknologi malaysia Perbandingan konsep TASKA di Malaysia dan luar negara diperolehi pada 23 ogos 2010 daripada www.scribd.com Perbandingan konsep TASKA di Malaysia dan luar negara diperolehi pada 15 ogos 2010 daripada mpreschoolteacha.blogspot.com/.. PERMATA Negara Usaha Lahirkan Khazanah Masa Depan Malaysia Diperolehi pada 18 September 2010 daripada http://cpintrass.com/blog/informasi/permatanegara-usaha-lahirkan-khazanah-masa-depan-malaysia/.html Pullen, P. C., & Justice, M. L. (2003). Enhancing phonological awareness, print awareness, and oral language skills in preschool children. Invention in School and Clinic, 34(2), 87-98.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->