You are on page 1of 3

PENGAJARAN BERTIMBAL-BALIK

(Reciprocal Teaching)
Oleh

Ahmad Fuad Muhammad1

Apakah Pengajaran Bertimbal-balik?

Pengajaran bertimbal-balik adalah aktiviti tunjukajar yang berbentuk


dialog interaktif antara pengajar dengan pelajar berkaitan maklumat
yang telah diajar. Dialog interaktif ini melibatkan empat strategi;
membuat ringkasan, persoalan, memberi penjelasan, dan membuat
ramalan. Setelah pengajar melakukan demonstrasi setiap strategi
tersebut, pelajar mengambil giliran untuk memainkan peranan
sebagai ketua memimpin perbincangan/diskusi. Pengajar hanya
membimbing proses tersebut dengan memberi maklumbalas dan
sokongan yang sesuai sehingga pelajar dapat mempelajari proses
itu.

Strategi-Strategi Pengajaran Bertimbal-balik

1. Membuat Ringkasan (Summarizing)


• Pelajar menyatakan semula dengan perkataannya sendiri apa
yang telah dibaca. Melalui proses membuat ringkasan, pelajar
ditekankan untuk mengenalpasti maklumat yang paling
penting/signifikan yang telah dibaca. Seorang pembaca yang
baik berkebolehan untuk memahami (comprehend) apa yang
dibaca.
2. Persoalan (Questioning)
• Pelajar yang mengepalai diskusi akan bertanya pelajar-pelajar
yang lain soalan-soalan spesifik mengenai maklumat yang
telah diajar. Untuk melakukan perkara ini mereka perlu
mengenalpasti maklumat-maklumat yang signifikan, menanya
soalan-soalan berkaitan maklumat tersebut, dan memeriksa
untuk pastikan mereka boleh menjawab soalan-soalan mereka
sendiri. Soalan-soalan ini akan membantu pelajar-pelajar
memahami konsep-konsep yang sedang diajar.
3. Memberi Penjelasan (Clarifying)
• Memberi penjelasan akan membantu pelajar-pelajar memberi
tumpuan atau fokus kepada konsep-konsep yang paling susah
untuk difahami.
4. Membuat Ramalan (Predicting)

1
Perunding Latihan/Pendidikan
• Dengan membuat ramalan, pelajar-pelajar akan menggunakan
pengetahuan latarbelakang mereka yang relevan untuk
membuat spekulasi mengenai kegunaan konsep-konsep baru
yang terdapat dalam kursus. Membuat ramalan membantu
dalam pembentukan matlamat untuk mengaplikasikan konsep-
konsep dan memberi peluang kepada pelajar-pelajar
menghubungkan apa yang sedang dipelajari dengan apa yang
mereka tahu dan apa yang sepatutnya mereka lakukan dimasa
akan datang.

Prosedur

Pelajar yang memimpin perbincangan/diskusi menggunakan


keempat strategi untuk memberi hala tuju kepada perbincangan.
Setiap strategi memerlukan pemahaman yang berlainan. Membuat
ringkasan memerlukan pelajar-pelajar menyatakan semula dengan
menggunakan perkataan sendiri apa yang telah dibaca. Persoalan
pula melibatkan pelajar-pelajar menanya soalan-soalan berkaitan
apa yang telah diajar. Memberi penjelasan membantu para pelajar
memberi tumpuan/fokus kepada apa yang membuat isi kandungan
susah untuk difahami. Membuat ramalan menggalakan pelajar
membuat spekulasi tentang apa yang akan dibincangkan pada sesi
akan datang.

Bagi mengelakkan pengajar secara terus menerus melibatkan diri


dalam perbincangan mengenai pembacaan, para pelajar dan
pengajar secara bergiliran mengepalai perbincangan. Setiap ketua
perbincangan membuat persediaan untuk memimpin perbincangan
mengenai satu bahagian dari pembacaan dengan membuat
ringkasan, menjana persoalan untuk pertanyaan, mengenalpasti
potensi konsep-konsep yang bermasaalah, dan menentukan apakah
ramalan yang akan dibuat. Pelajar-pelajar yang lain akan
menambahbaik kepada perbincangan dengan memberi komen
keatas ringkasan, memberi jawapan kepada persoalan, memberi
penjelasan kepada konsep-konsep, dan membuat ramalan-ramalan.

Pengajaran bertimbal-balik diteruskan dengan pelajar yang lain


memainkan peranan sebagai ketua perbincangan. Pengajar patut
melibatkan diri jika diperlukan untuk membantu mengekalkan proses
perbincangan. Sekiranya pengajar berasa perlu untuk mengawal
hala tuju perbincangan atau membetulkan salah faham, ia
sepatutnya mengalakkan ketua perbincangan mengawal atau
menentukan hala tuju perbincangan sekiranya mampu berbuat
demikian.

Beberapa Pertimbangan Yang Diberi Perhatian

• Memberi gambaran keseluruhan mengenai prosedur kepada


pelajar dengan memberikan peranan sebagai ketua
perbincangan dan membimbing kelas sepanjang proses
tersebut.
• Memberi masa kepada pelajar untuk berlatih setiap strategi
supaya mereka boleh mempelajarinya dan mengaplikasikan
tekniknya dengan berkesan.
• Apabila pelajar telah biasa dengan strategi-strategi tersebut,
ulangi keseluruhan proses sekali lagi.
• Pengajar patut memainkan peranan yang lebih menunjul
semasa diperingkat awal pengajaran bertimbal-balik. Apabila
pelajar semakin biasa dengan prosedurnya, peranan
kepimpinan pengajar sepatut berkurangan.

Nyatakan lima (5) situasi dimana Pengajaran Bertimbal-balik


amat berguna dalam pengajaran anda?

1. Tutorial
2. Perbincangan kumpulan
3. .......................................
4. .......................................
5. .......................................

“We learn from the company we keep” Smith


(1992)

“As we interact in a contextually rich learning environment, we pick


up relevant jargon, immitate behavior and gradually start to act in
accordance with the norms of the cultural setting”
Brown, Collins & Duguid (1989)

You might also like