You are on page 1of 4

Konsep Manusia Menurut Islam, persoalan tentang hakikat manusia dilihat melalui dua sumber iaitu naqli dan

aqli. Naqli ialah keterangan berdasarkan wahyu yang memberi kebenaran secara langsung kerana proses penyempurnaan teori sains yang pelbagai akan mendekati kebenaran yang dinyatakan oleh wahyu. Aqli ialah rungkaian kepada segala persoalan yang datang daripada manusia sendiri iaitu daripada pengalaman manusia dan penyelidikan sains.NUTFAH Surah Al-Insan : 2 Nutfah lelaki : benih lelaki Nutfah wanita : benih wanita ALAQAH Surah Al-mukminun : 14 Segumpal darah MUDGHAH Surah Al-mukminun : 14 Seketul daging (pembentukan otak,saraf tunjang,sistem pernafasan,saluran darah. IZHOM&LAHM Surah al-mukminun : 14 Pembentukan tulang mendahului pembentukan otot-otot dan daging yang menyaluti tulang. NASY AN KHALQAN AKHAR Terbentuk menjadi janin NAFKHURRUH

Peniupan ruh Sepakat ulama : ruh ditiup 40 hari selepas pembentukan organorgan PROSES KEJADIAN MANUSIAPROSES KEJADIAN MANUSIA Asal kejadian manusia (Adam) daripada tanah hitam. Kemudian ditiupkan roh. Surah al-Hijr: (ayat 28-29) bermaksud Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat; akanKu ciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat yang kering yang berasal daripada lumpur hitam yang diberikan bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan telah meniupkan ke dalamnya roh ciptaanKu, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud Firman Allah lagi dalam Surah an-nisaa ayat 1.

Menunjukkan kejadian manusia kedua iaitu Hawa adalah daripada Adam. Ada riwayat yang mengatakan daripada tulang rusuk Adam yang paling atas. Setelah itu diciptakan anak daripada kedua-duanya melalui setitis air mani. Kemudian berkembangbiak menjadi suku dan bangsa-bangsa sehingga hari ini. Surah al-mukminun ayat 12-14 bermaksud sesungguhnya Kami menciptakan manusia daripada tanah. Kemudian Kami jadikan manusia daripada saripati air mani (nutfah) di dalam tempat yang kukuh (rahim). Dari (nutfah) Kami proses menjadi alaqah(segumpal darah), dari alaqah menjadi mudghah(segumpal daging), kemudian dari segumpal daging Kami jadikan tulang. Dan setelah proses itu Kami balut pula dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha Suci Allah PenciptaYang Paling Baik . ialah janin di dalam kandungan. Makhluk baru yang dimaksudkan

Allah berfirman lagi dalam surah al-Hajj ayat 5 bermaksud dan setelah sempurna proses kejadian itu Kami tempatkan makhluk baru itu dalam rahim dengan kadar masa yang Kami kehendaki sehingga batas waktu yang ditentukan, kemudian Kami keluarkan (zahir) kamu selaku bayi . Carta Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran dan al-Hadith Air mani(lelaki) + Telur(benih wanita) 40 hari Segumpal darah( Alaqah) 40 hari Seketul Daging(Mudghah) 40 hari Ditiupkan Roh Dicatatkan 4 perkara: 1. Rezeki 2. Umur 3. Amalan 4. Celaka/Bahagia Hadith riwayat Abu Abdul Rahman Abdullah Ibn Mas ud yang bermaksud Sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam rahim ibunya sejak air mani(nutfah) selama 40 hari sehingga menjadi segumpal darah ( alaqah). Kemudian setelah itu dijadikan pula seketul daging (mudghah) dibiarkan pula selama 40 hari. Kemudian barulah diutuskan kepadanya malaikat bagi ditiupkan roh. Setelah itu barulah dicatatkan 4 perkara iaitu rezekinya, amalannya, kecelakaannya atau bahagianya .. Kejadian Manusia Dari Segi Sains Dari segi Embriologi, suatu sperma atau gamet jantan (separuh sel) bercantum dengan telur atau gamet betina (separuh sel) untuk menghasilkan satu zigot (sel lengkap) yang akan berubah menjadi embrio dan berpindah kepada uterus dan berkembang menjadi janin.

* Dalam penemuan sains terdapat 3 peringkat perkembangan sepanjang tempoh kehamilan iaitu trimester pertama atau kegelapan pertama(bagi 3 bulan pertama), trimester kedua atau kegelapan kedua (6 bulan berikutnya) dan trimester ketiga atau kegelapan ketiga (tempoh 7 hingga 9 bulan). Allah s.w.t telah menjelaskan dalam al-Quran surah 39 ayat 6 yang bermaksud Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam 3 kegelapan Unsur Rohani & Jasmani Dalam Diri Manusia Kejadian manusia berunsurkan tanah dan ruh sebagaimana dinyatakan di dalam al-Quran dan hadith. Unsur tanah menandakan ciri fizikal/jasmani manakala unsur ruh menandakan ciri rohani. Kedua-dua unsur ini menjadikan struktur diri manusia memiliki sifat yang sempurna di mana sebahagian darinya merujuk pada aspek materi, sebahagian yang lain menunjuk pada unsur rohani dan sebahagian yang lain bergabung dalam diri manusia yang dikenali sebagai kecenderungan atau dorongan dan keinginan atau dipanggil sebagai FITRAH (yang merangkumi tiga unsur). Contohnya manusia akan merasa putus asa apabila ditimpa kesusahan manakala mereka akan bergembira jika diberikan kebaikan. Contoh ini menunjukkan tindakbalas diri manusia secara fitrah apabila ia tidak bersandarkan kepada akidah dan nilai yang mantap.

You might also like