You are on page 1of 9

RAMAI YANG TIDAK SUKA TINGGAL DI ASRAMA ......... KETAHUILAH BAHAWA BANYAK KEBAIKAN TINGGAL DI ASRAMA....

Antara kelebihan tinggal di asrama: 1. Memberikan mereka pelajaran pertama untuk berdikari.. Walaupun tidak pernah ke sekolah asrama, tapi melalui pemerhatian, penceritaan didapati pelajar yang bersekolah di asrama lebih mudah untuk berdikari.. 2. Pembelajaran lebih tersusun. Melalui penekanan dan jadual waktu pembelajaran, mereka memiliki tempoh pembelajaran yang lebih teratur dan seimbang..Dengan kegiatan riadah yang dilakukan memberikan keseimbangan diantara kecerdasan minda dan kecergasan fizikal. 3. Lebih berdisiplin. Melalui jadual waktu yang ditetapkan pelajar-pelajar akan lebih menghargai waktu dan mampu mendisiplinkan diri mengikut tempoh ditetapkan. 4. Kurang kejutan budaya ketika melangkah ke alam universiti. Melalui pengalaman di sekolah asrama, kebanyakan dari mereka tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di IPT. 5. Ibu bapa dapat menjimatkan kos..Melalui asrama, ibu bapa dapat mengurangkan kos duit saku,'duit pengangkutan dan sebagainya.. 6. Lebih cemerlang dalam pembelajaran..Walaupun tetap ada yang tercicir namun peratusan kecil.. Malahan kebanyakan pelajar asrama mendapat keputusan yang lebih baik dari sekolah biasa..

SEORANG kawan telefon saya tiga hari lepas bertanya bagaimana untuk menangani masalah anaknya yang tidak mahu tinggal di asrama. Anaknya perempuan itu, anak sulung dalam keluarga, kini berada di tingkatan 1 selepas berjaya cemerlang di dalam UPSR tahun lepas. "Mula-mula dia setuju untuk belajar di sekolah tu dan tinggal di asrama. Tetapi dua hari lepas dia berontak dan minta keluar daripada asrama". Suara kawan saya memang mengharapkan bantuan atau pertolongan saya. Saya terdiam seketika. Saya tidak ada pengalaman seperti itu sebab anak-anak saya, daripada yang sulung hingga yang bongsu, semuanya tidak ada masalah tinggal di asrama. "Apa yang patut aku buat?", tanya rakan itu selanjutnya. Memanglah bagi pelajar-pelajar yang baru melangkah ke sekolah menengah, tidak dapat membuat keputusan dengan tepat. Mereka mudah berubah sikap kerana itulah lumrah bagi seorang kanak-kanak yang mula berubah menjadi awal dewasa. Dalam usia 13 hingga 15 tahun, anak-anak belum dapat mengenal dirinya sendiri secara sepenuhnya. Mereka masih tercari-cari identiti diri dan dalam proses membina jati diri. Itulah sebabnya, mereka tidak dapat membuat keputusan terbaik.

Dalam usia sebegitu, akan-anak perlukan bimbingan. Mereka kerap keliru, tidak tahu memilih yang mana satu yang mereka inginkan. Mereka tidak tahu apakah matlamat dan tujuan tinggal di asrama kerana mereka menyangka tinggal di asrama akan terkongkong oleh peraturan-peraturan ketat yang tidak pernah diamalkan di rumah. Tambahan pula, tinggal di asrama sekolah harian, lebih ramai pelajar yang tinggal di rumah masing-masing daripada yang tinggal di asrama. Oleh kerana itu mereka yang tinggal di asrama akan merasa tertekan kerana tidak bebas seperti rakanrakan mereka yang tinggal di rumah masing-masing. Setiap hari rakan-rakan akan bercerita pelbagai kisah terutama cerita-cerita yang mereka tonton di TV. Bagi pelajar yang tinggal di asrama, tentu sekali tidak dapat mengikuti cerita-cerita tersebut. Akibatnya mereka merasa ketinggalan dan sering tidak dapat mengikuti perkembangan semasa. Mungkin juga ada di antara mereka merasa rugi yang amat sangat tidak dapat menonton sesuatu program idaman mereka di TV hanya kerana tinggal di asrama. "Kau dah cerita kat anak kau tu, kenapa dia perlu tinggal di asrama?". Saya rasa rakan saya mungkin tidak bercerita kepada anaknya itu, kenapa dia perlu tinggal di asrama dan bukan tinggal di rumah. "Sudah. Aku kata dia kena tinggal di asrama sebab aku tak dapat nak hantar dia ke sekolah tiap-tiap hari. Kau tahulah kerja aku ni", jelas kawan saya bersungguh-sungguh. Saya faham kerjanya sebagai juruteknik ukur tanah dengan syarikat swasta memanglah tidak menentu masa dan tempatnya. Dia terpaksa bekerja mengikut tugasan yang diberikan, sama ada dekat atau pun jauh. Tempohnya juga tidak menentu, ada kalanya beberapa hari malah mungkin beberapa minggu. Isterinya pula tidak pandai memandu untuk menghantar anak ke sekolah. Saya rasa kawan saya itu tidak beritahu anaknya dengan tepat kenapa dia perlu tinggal di asrama. Kawan saya itu tidak menjelaskan kepada anaknya faedah-faedah dan keistimewaan yang akan diperolehi jika tinggal di asrama. Dia perlu bandingkan kelebihan tinggal di asrama berbanding tinggal di rumah. Dia perlu jelaskan matlamat dan tujuan sebenarnya kenapa dia beria-ia mahu anaknya itu tinggal di asrama. Alasan tidak dapat menghantarnya ke sekolah setiap hari bukanlah tujuan kenapa anak itu mesti tinggal di asrama. Itu lebih merupakan alasan si ayah untuk menghantar anak tinggal di asrama. Sepatutnya si ayah dan ibu terangkan jika tinggal di asrama, anak akan dapat lebih perhatian daripada guru-guru. Waktu belajar mereka lebih tersusun dan tidak membazir. Selain daripada itu, anak boleh belajar hidup berdikari, belajar mengurus diri sendiri, belajar membuat keputusan sendiri di samping boleh menonjolkan bakat dan kebolehan diri dengan lebih mudah lagi berbanding dengan kawan-kawan yang tinggal di rumah masing-masing berulang alik setiap hari ke sekolah. Seharusnya kawan saya itu menasihati anaknya supaya berkorban demi masa depannya. Beritahu pada anaknya, dia perlu berkorban dengan meninggalkan keselesaan serta kemesraan keluarga di rumah demi untuk mendapat yang lebih baik pada masa hadapan. Tanpa pengorbanan itu dia mungkin tidak akan dapat yang lebih baik daripada apa yang dia miliki sekarang ini. Kejayaan memerlukan

pengorbanan. Sememangnya pada awalnya anak akan merasa kekok, tidak dapat menyesuaikan diri dengan rakanrakan di asrama. Tetapi lama kelamaan, mereka akan mesra dan dapat hidup sebagai sebuah keluarga besar. Mereka belajar erti kerja sama, bertolak ansur, tidak mementingkan diri sendiri dan tolong menolong. Itu semua mungkin tidak akan diperolehi jika tinggal di rumah. ______________________________________________ "Sinar bulan tidak pernah padam, tetapi mendung yang menghalang menjadikan bulan hilang dari pandangan dan malam lebih kelam"

Latih pelajar berdisiplin, berdikari KISAH kejayaan dan kecemerlangan pelajar khususnya dari sekolah berasrama penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains Mara dalam bidang akademik mahupun kokurikulum sering mengisi dada akhbar. Siapa tidak cemburu melihat kejayaan itu, sekali gus sukar mengikis tanggapan masyarakat terhadap institusi cemerlang itu yang sememangnya sinonim dengan kehidupan asrama berbanding pelajar sekolah harian yang majoritinya selesa tinggal di rumah. Kemudahan prasarana dan sistem pembelajaran teratur serta sistematik menjadi tarikan ibu bapa menghantar anak belajar di sekolah berasrama. Meskipun diakui keupayaan pencapaian akademik pelajar yang menjalani kehidupan di asrama, persoalannya, apakah hanya pelajar berkenaan saja mampu meraih kecemerlangan? Bagaimana pula dengan pelajar sekolah harian biasa, apakah mereka tidak mampu cemerlang sedangkan kurikulum yang dipelajari sama seperti diikuti pelajar di sekolah lain. Pengarah Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kluster, Kementerian pelajaran, Datin Dr Siti Zaleha Abdullah Sani, berkata pelajar yang tinggal di asrama mempunyai banyak ruang atau peluang untuk belajar. Katanya, menjadi sinonim di sekolah asrama adalah daya saing untuk belajar dan setiap pelajar bukan saja berlumba-lumba mencipta kejayaan malah kecemerlangan dalam bidang akademik masing-masing. Suasana kehidupan di asrama sesuai untuk membentuk pelajar agar lebih berdisiplin dan berdikari memandangkan mereka terpaksa menguruskan diri sendiri dengan baik. Begitu juga cabaran guru yang mendidik pelajar SBP, komitmen mereka amat setara dan tidak berbelah bahagi kerana berdepan dengan pelajar yang sangat komited dalam pelajaran.

Gabungan itu secara tidak langsung dilihat sebagai satu kelebihan dalam mewujudkan persekitaran dan pembudayaan ilmu cemerlang, katanya kepada Berita Harian di Putrajaya, baru-baru ini. Dari segi akademik, katanya, pencapaian pelajar SBP dalam Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah yang terbaik berbanding sekolah bukan SBP. Malah katanya, jumlah pelajar yang memperoleh pencapaian semua A dalam mata pelajaran turut mencatat peningkatan setiap tahun. Ada yang menyoal mengapakah tidak ada pelajar SBP yang mendapat 17A1 dalam SPM? Jawapannya, kita mempunyai kriteria kecemerlangan akademik yang bersesuaian dan praktikal dengan tahap pengembangan psikologikal yang dilalui oleh peringkat umur pelajar. Oleh itu, pelajar SBP dibenarkan mengambil 10 kertas SPM saja, katanya. Menyentuh mengenai cabaran kehidupan di asrama, Siti Zaleha berkata, tinggal di asrama memerlukan ketabahan dan pengorbanan termasuk terpaksa berjauhan daripada keluarga. Inilah dugaan yang paling besar perlu dihadapi khususnya pelajar tingkatan satu kerana kebanyakan mereka tidak pernah berenggang dengan ibu bapa. Di sinilah pelajar benar-benar diuji ketahanan mental serta emosi dan keupayaan mereka mengatasinya membuktikan kekuatan serta keyakinan berdepan cabaran pada masa depan, katanya. Beliau turut mengakui kredibiliti SBP begitu kukuh sejak dulu lagi, seiring dengan tanggapan masyarakat yang menganggap SBP adalah tempat terbaik untuk mencerna kejayaan. Asrama rumah kedua Latih pelajar berdisiplin, berdikari KISAH kejayaan dan kecemerlangan pelajar khususnya dari sekolah berasrama penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains Mara dalam bidang akademik mahupun kokurikulum sering mengisi dada akhbar. Siapa tidak cemburu melihat kejayaan itu, sekali gus sukar mengikis tanggapan masyarakat terhadap institusi cemerlang itu yang sememangnya sinonim dengan kehidupan asrama berbanding pelajar sekolah harian yang majoritinya selesa tinggal di rumah. Kemudahan prasarana dan sistem pembelajaran teratur serta sistematik menjadi tarikan ibu bapa menghantar anak belajar di sekolah berasrama. Meskipun diakui keupayaan pencapaian akademik pelajar yang menjalani kehidupan di asrama, persoalannya, apakah hanya pelajar berkenaan saja mampu meraih kecemerlangan? Bagaimana pula dengan pelajar sekolah harian biasa, apakah mereka tidak mampu cemerlang sedangkan kurikulum yang dipelajari sama seperti diikuti pelajar di sekolah lain. Pengarah Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kluster, Kementerian pelajaran, Datin Dr Siti Zaleha

Abdullah Sani, berkata pelajar yang tinggal di asrama mempunyai banyak ruang atau peluang untuk belajar. Katanya, menjadi sinonim di sekolah asrama adalah daya saing untuk belajar dan setiap pelajar bukan saja berlumba-lumba mencipta kejayaan malah kecemerlangan dalam bidang akademik masing-masing. Suasana kehidupan di asrama sesuai untuk membentuk pelajar agar lebih berdisiplin dan berdikari memandangkan mereka terpaksa menguruskan diri sendiri dengan baik. Begitu juga cabaran guru yang mendidik pelajar SBP, komitmen mereka amat setara dan tidak berbelah bahagi kerana berdepan dengan pelajar yang sangat komited dalam pelajaran. Gabungan itu secara tidak langsung dilihat sebagai satu kelebihan dalam mewujudkan persekitaran dan pembudayaan ilmu cemerlang, katanya kepada Berita Harian di Putrajaya, baru-baru ini. Dari segi akademik, katanya, pencapaian pelajar SBP dalam Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah yang terbaik berbanding sekolah bukan SBP. Malah katanya, jumlah pelajar yang memperoleh pencapaian semua A dalam mata pelajaran turut mencatat peningkatan setiap tahun. Ada yang menyoal mengapakah tidak ada pelajar SBP yang mendapat 17A1 dalam SPM? Jawapannya, kita mempunyai kriteria kecemerlangan akademik yang bersesuaian dan praktikal dengan tahap pengembangan psikologikal yang dilalui oleh peringkat umur pelajar. Oleh itu, pelajar SBP dibenarkan mengambil 10 kertas SPM saja, katanya. Menyentuh mengenai cabaran kehidupan di asrama, Siti Zaleha berkata, tinggal di asrama memerlukan ketabahan dan pengorbanan termasuk terpaksa berjauhan daripada keluarga. Inilah dugaan yang paling besar perlu dihadapi khususnya pelajar tingkatan satu kerana kebanyakan mereka tidak pernah berenggang dengan ibu bapa. Di sinilah pelajar benar-benar diuji ketahanan mental serta emosi dan keupayaan mereka mengatasinya membuktikan kekuatan serta keyakinan berdepan cabaran pada masa depan, katanya. Beliau turut mengakui kredibiliti SBP begitu kukuh sejak dulu lagi, seiring dengan tanggapan masyarakat yang menganggap SBP adalah tempat terbaik untuk mencerna kejayaan. Sistem belajar SBP lebih teratur, terancang KEHIDUPAN di asrama memang menyeronokkan kerana selain mendapat ramai kawan, ia tidak membosankan dan dipenuhi pelbagai kegiatan yang diaturkan pihak pengurusan serta sekolah. Rutin harian pelajar selalunya bermula seawal 5.30 pagi hingga 11 malam dengan pengisian pelbagai kegiatan bermatlamat memantapkan proses pembelajaran dan sahsiah diri seseorang

pelajar. Sedikit mungkin berbeza dengan asrama penuh yang menyediakan kemudahan selesa dan lebih baik kepada penghuninya sejajar dengan matlamat menyediakan suasana pembelajaran kondusif kepada pelajarnya. Pelajar Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS), Putrajaya, Afiq Amani Annuar berkata, kemudahan lengkap dan terbaik di SBP khususnya di asrama mewujudkan sistem pembelajaran lebih teratur dan terancang. Peluang pembelajaran lebih luas kerana kami banyak belajar secara berkumpulan dan berkongsi pengetahuan dengan guru pada bila-bila masa, tidak terikat pada waktu persekolahan sematamata. Peluang ini dimanfaatkan pelajar dengan sebaik mungkin dan tidak hairanlah kami mampu menjadi sebahagian daripada kumpulan pelajar yang mampu mencatat keputusan terbaik peperiksaan awam seluruh negara, katanya. Pendapat Afiq turut disokong rakannya, Khairul Nadzrin Khairul Zaman yang menyifatkan pelajar tinggal di asrama lebih berdisiplin, berdikari dan bijak menyelesaikan masalah. Tiada timbul masalah tinggal di asrama kerana ia dapat membantu pelajar memberi tumpuan yang lebih kepada pelajaran kerana suasananya baik untuk belajar. Berbanding pelajar yang tinggal di luar, biarpun bebas mengatur kegiatan atau masa belajar, mereka berdepan dengan kesukaran mendisiplinkan diri untuk belajar, katanya. Sementara itu, warden asrama, SSAS, Perumal Ramasamy berkata, asrama boleh disifatkan sebagai rumah kedua pelajar dengan semua penghuninya dilayan seperti anak sendiri dan setiap masalah serta kebajikan mereka diambil berat. Katanya, pelajar di asrama sentiasa diberi penekanan mengenai kepentingan menepati masa dan mematuhi peraturan bukan bertujuan menyusahkan pelajar, sebalik melatih mereka hidup bersama, sekali gus berjaya dalam pelajaran. Sekolah bukan faktor utama capai kejayaan MENGHARUNGI kehidupan di asrama bukan sesuatu yang mudah bagi sesetengah pelajar terutama mereka yang tidak pernah berjauhan dengan keluarga. Disiplin dan peraturan ketat menyebabkan sesetengahnya mengambil keputusan untuk kembali ke pangkuan keluarga dan mengikuti pelajaran di sekolah harian biasa. Bagi ibu bapa pula, mereka berusaha memberikan yang terbaik untuk anak masing-masing, baik dari segi kemudahan pembelajaran mahupun sekolah. Pilihan mengikuti persekolahan di sekolah berasrama atau sekolah harian yang menjanjikan kehidupan selesa di rumah perlu dibuat secara bijak bagi memastikan kecemerlangan anak dapat dicapai. Surirumah, Nur Yasmin Zulkifli, berkata sama ada seseorang pelajar itu perlu tinggal di asrama atau rumah, semuanya bergantung kepada ibu bapa mereka.

Jika berasakan anak mereka sesuai tinggal di asrama, ibu bapa boleh berbuat demikian. Bagaimanapun, pada masa sama, ibu bapa perlu menilai sejauh mana disiplin anak mereka kerana apabila tinggal di asrama, pelajar kemungkinan berdepan pelbagai masalah sosial, katanya. Justeru katanya, mereka perlu memastikan anak mereka memiliki disiplin tinggi supaya tidak mudah terpengaruh dengan gejala tidak sihat yang sering dikaitkan dengan pelajar yang tinggal di asrama. Permasalahan itu katanya, antara punca kepada kemerosotan pembelajaran pelajar yang wajar dibendung seawal mungkin. Bagi kakitangan swasta, Zamberi Zainal, persoalan sama ada pelajar lebih berjaya jika tinggal di rumah atau di asrama tidak timbul kerana tempat bukanlah penentu kejayaan seseorang pelajar. Sebalik katanya, usaha dan kesungguhan pelajar menjadi faktor utama yang mampu membawa kecemerlangan. Asrama hanyalah wadah untuk meneroka kecemerlangan bukannya tempat meraih kejayaan mutlak. Buktinya ada pelajar yang tinggal di rumah mampu mencapai keputusan dan kejayaan yang setaraf dengan pelajar asrama, malah lebih baik lagi, katanya. Pegawai bank, Siti Asmah Mt Noor, bagaimanapun mengakui kehidupan pelajar di asrama banyak memberi kebaikan bukan saja kepada pelajar, malah ibu bapa. Anak saya kini mengikuti pengajian di salah sebuah SBP di Selangor dan banyak perubahan berlaku pada dirinya sejak memasuki sekolah itu. Dia kini lebih berdikari dan berdisiplin malah hubungan kami sekeluarga lebih mesra berbanding dulu. Dari segi pembelajaran, dia lebih fokus dan banyak menghabiskan masa untuk belajar. Malah, rutin harian ketika di asrama turut terbawa-bawa setiap kali dia pulang bercuti di rumah dan turut dijadikan ikutan adik yang lain, katanya.

Asrama merupakan kemudahan tempat tinggal pelajar yang disediakan oleh kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia. Biasanya pelajar yang tinggal jauh dan kurang berkemampuan diberi keutamaan untuk tinggal di asrama. Amat bertuah seseorang pelajar yang mendapat tawaran untuk tinggal di asrama. Bayangkanlah, kerajaan bukan sahaja menyediakan tempat tinggal dan kemudahan belajar, bahkan persekolahan mereka turut dibiayai. Pelajar yang tinggal di asrama perlu patuh dan akur dengan peraturan yang ditetapkan seperti bangun awal, membasuh pakaian dan mengemas tempat tidur sendiri. Situasi ini merupakan satu latihan yang baik bagi memupuk semangat berdikari. Pelajar yang tinggal di asrama tidak perlu membuang masa untuk berulang-alik ke sekolah. Setiap waktu yang ada diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Pada sebelah pagi misalnya mereka pergi ke sekolah, waktu petang melakukan aktiviti riadah dan pada sebelah malam pelajar mengulang kaji pelajaran. Keselamatan pelajar pelajar yang tinggal di asrama turut diberi perhatian. Warden asrama sentiasa melakukan rondaan untuk memastikan keselamatan pelajar terjamin. Selain itu, pelajar juga tidak sewenang-wenangnya keluar masuk asrama. Jika hendak meninggalkan asrama, mereka perlu mendapat kebenaran daripada warden asrama. Perpaduan dalam kalangan pelajar yang tinggal di asrama amat mudah disemai. Meskipun mereka terdiri daripada pelbagai bangsa, agama serta latar belakang keluarga yang berbeza, namun mereka hidup dalam suasana yang aman dan harmoni. Mereka sentiasa bekerjasama, tolong-menolong dan bantu membantu antara satu sama lain.

Memang hidup senang dan mewah sekiranya kita tinggal di asrama. Makanan dan minuman disediakan oleh pihak sekolah. Kebersihan makanan pula terjamin kerana setiap hari warden asrama akan melakukan pemeriksaan kepada pekerja yang menyediakan makanan pelajar. Terdapat sesetengah sekolah yang mempunyai asrama menyediakan pelbagai kemudahan seperti mesin basuh, telefon awam, televisyen, perpustakaan dan sebagainya. Kemudahan tersebut sedikit sebanyak memberi kesenangan dan kemudahan kepada pelajar. Salam semua blogger malaysia, semoga korang sihat selalu. aku nak kongsikan cerita sebenar yang berlaku pada diriku sepanjang aku tinggal di asrama sewaktu sekolah menengah. bila dah tinggal di asrama, segalanya kita akan uruskan sendiri dari segi pakaian hingga lah pembelajaran. cuma makan je pihak asrama akan sediakan, itu pun makan dalam tray.. tapi itu dulu, sekarang dah guna pinggan. satu perkara yang amat ditakuti bila tinggal di asrama adalah masalah buli. Selalunya pelajar senior (tingkatan 4 dan 5) akan membuli pelajar junior (tingkatan 1, 2 dan 3). "ibarat yang lemah akan dimamah oleh yang kuat" bak kata abang leman dalam movie baik punya cilok. buli ni bukan sekadar kena pukul saja malah disuruh buat benda-benda yang leceh pun ada. aku dulu tinggal di asrama dari tingkatan 1 hinggalah 5, bermacam perkara dan benda yang aku lalui. buli ni sudah jadi lumrah dalam kehidupan di asrama.

Antara kegiatan buli yang pernah aku lihat dan lalui sepanjang aku menjadi pelajar junior:
y y y y y y

ambil makanan dari dewan makan basuh pakaian kemaskan katil gosok baju sekolah salin latihan sekolah beli makanan di kantin

Itu belum lagi dengan kena pukul oleh pelajar senior atas sebab yang tak munasabah.. masa tu hati memang panas je, nak lawan balik pun ada. tapi disebabkan diorang ni ramai, aku terpaksa redha je la. buli ni berlaku berlaku sebab pelajar senior rasa mereka tu kuat dan hebat, padahal bila diorang dah satu kumpulan memang la rasa kuat kan sebab ramai. cuba one by one, mau makan tapak kaki aku. Tapi buli ni tak la berlaku setiap hari, kadang-kadang aku akan cuba mengelak dari bertembung dengan kaki buli. ada masa aku rasa seronok tinggal di asrama, ada masa nya aku rasa menyesal. tapi aku kuatkan iman dan tabahkan hati dalam mengharungi harihari yang mendatang. tapi tak semua pelajar senior ni jahat dan kaki buli, ada yang baik. cuma segelintir saja yang jadi kaki buli ni. selama 3 tahun aku bersabar, dan setelah menjadi pelajar senior apa yang aku telah lakukan? tunggu di entri akan datang.. Meriam besi?? bukan meriam buluh ke, heheh.. sebab kitaorang guna besi jadi panggil meriam besi besi la kan.. korang jangan jeles ye sebab waktu aku ambil spm dulu, pada bulan ramadhan dan time tu pulak sekolah dah cuti hujung tahun. jadi tinggal lah kami pelajar spm berpuasa sambil ambil spm, dan tinggal pula di asrama yang macam rumah hantu, heheh.. ye la kan asramanya besar tapi orang yang duduk sikit, jadi macam duk kat rumah hantu la.. Aktiviti yang dilakukan jika tiada exam esoknya macam biasalah study.. tapi ada benda best yang kitaorang buat iaitu main mercun dan meriam besi.. warden tak marah ke?? dia la yang menjadi guru penasihat dalam aktiviti ni, hahah.. bagus warden aku tu, sebab dia tahu kitaorang mesti bosan duk asrama tu jadi dia pun bagi la buat aktiviti terlarang tu.. tapi di bawah pengawasan dia la..Meriam besi ni di buat dengan batang besi tiang bendera kalau tak salah aku lah, dan cara nak mainnya takkan aku nak cerita kut.. nanti kena tangkap lak aku, sebab sebarkan maklumat yang boleh mendatangkan bahaya.. tapi aku pasti korang pun tahu macam mana nak buat dan main meriam ni. best betul waktu tu, nak pula lawan bunyi meriam sape paling kuat antara budak asrama dengan budak luar.. yang pasti meriam kitaorang la yang paling kuat bunyinya.. Bila teringat kembali waktu tu memang seronok, tak pernah buat di orang sebab warden pun join sekaki.. sudah nak jumpa warden macam tu lagi dah, dan aku bersyukur sebab dapat warden macam cikgu tu. semuanya telah jadi kenangan..

You might also like