You are on page 1of 23

HALATUJU PENDIDIKAN DI

MALAYSIA DAN IMPLIKASINYA KEPADA

PENTADBIR/PEMIMPIN PENDIDIKAN

1.0

PENDAHULUAN

Perubahan tidak dapat dielakkan dalam sesebuah organisasi termasuk sekolah. Ini kerana persekitaran yang turut berubah. Oleh itu jika kita hendak terus hidup dan berfungsi kita tidak boleh lari dari melakukan perubahan. Keadaan ini seperti memetik kata-kata Charles Handy (Hussein, 1993 : 223), "If you put a frog in water and slowly heat it, the frog will eventually let itself be boiled to death. We to, wiil not survive if we dont respond to the radical way in which the world is changing".

Perubahan dalam bentuk sesebuah organisasi berlaku disebabkan oleh desakan luaran dan dorongan dalaman. Mengikut Stoner J.A.F (1989), desakan luaran yang mendesak kepada perubahan ialah kenaikan kos, kekurangan sumber, kemajuan teknologi, permintaan dari luar (pengguna) dan kekurangan peruntukan kewangan dari kerajaan. Keadaan ini menyebabkan sesebuah organisasi itu terpaksa mengubah struktur, matlamat dan kaedah-kaedah operasinya. Manakala desakan dalaman pula terdiri dari strategi baru, teknologi, sikap dan tingkah laku. Walau bagaimanapun kedua-dua penggerak luaran dan dalaman ini saling berkait. Sejarah perkembangan sistem pendidikan di Malaysia boleh dikategorikan kepada 6 fasa seperti berikut :

1. Sistem Pendidikan Sebelum Merdeka (1400 1941) 2. Sistem Pendidikan Sebelum Merdeka (1946 1957) 3. Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963 1975) 4. Perkembangan Pendidikan di Malaysia Selepas 1975 5. Perubahan Sistem Pendidikan dalam Tahun 1990an 6. Rancangan Perkembangan Pendidikan (2001 2010)

Keenam-enam fasa tersebut merupakan asas kepada halatuju pendidikan di negara ini yang mana ianya berhubungkait dengan perkembangan politik negara, sistem sosial dan budaya, agama dan nilai serta sistem pendidikan itu sendiri.

2.0

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

2.1 Pendidikan Sebelum Merdeka Dasar Pecah dan Perintah British Sebelum kedatangan Inggeris atau British ke Tanah Melayu, pendidikan bermula apabila anak-anak melayu belajar kitab Al-Quran di bawah bimbingan tok guru-tok guru di masjid, surau atau pondok. Hanya selepas kedatangan British ke Tanah Melayu pada pertengahan kurun ke-19, sistem Sekolah Pondok itu telah diperkembangkan atas inisiatif Kerajaan British dengan memperkenalkan pendidikan yang berasaskan kemahiran menulis, membaca dan mengira. Walaupun pada peringkat awal ianya ditentang hebat oleh penduduk-penduduk dan tok guru-tok guru tempatan, akhirnya sekolah vernakular ini mula mendapat sambutan baik penduduk tempatan apabila Skinner memperkenalkan satu sistem pelajaran yang baru dengan membenarkan kelas Al-Quran diajar sebelah petang. Akhirnya pada penghujung kurun ke-19, semakin ramai anak-anak melayu menghadiri sekolah vernakular melayu ini. Sejajar dengan perkembangan ini, kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah pusat latihan guru bagi melatih guru-guru untuk mengajar di sekolah-sekolah tersebut. Antara pusat latihan guru yang berjaya melahirkan guru-guru melayu pada waktu itu ialah Sultan Idris Training College (SITC) di Tanjong Malim.

Bagi sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil, pada peringkat awalnya kerajaan British mengamalkan dasar tidak campur tangan atas alasan bukan tanggungjawab mereka untuk menyediakan pendidikan untuk kedua-dua kaum pendatang tersebut. Hanya pada tahun 1902, barulah kerajaan British memberikan bantuan untuk mendirikan sekolah vernakular Tamil dengan menguatkuasakan Kod Buruh iaitu setiap majikan diwajibkan menyediakan pendidikan Tamil di ladangladang.

Pada awal kurun ke-20 pula, penyebaran idealogi Kuomintang serta penentangan kaum Cina terhadap pentadbiran British, telah menyedarkan mereka untuk mengawal fenomena ini menyedarkan kerajaan British betapa bahayanya pengaruh negara

China dalam sekolah-sekolah vernakular cina. Natijahnya, British telah mengubal dan meluluskan Enekmen Pendaftaran Sekolah dengan memberi kuasa kepada Jabatan Pelajaran sebarang sekolah yang tidak mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam enekmen tersebut.
2

Dasar kerajaan British terhadap sekolah aliran Inggeris adalah berlainan dengan menyalurkan bantuan kewangan sepenuhnya kepada sekolah-sekolah Inggeris dan separa bantuan kepada sekolah-sekolah mubaligh. Tujuan penubuhan sekolah Inggeris ini adalah untuk memberi pendidikan Inggeris kepada anak-anak golongan bangsawan yang mampu membayar yuran persekolahan yang tinggi. Di antara empat jenis aliran persekolahan di Tanah Melayu pada waktu itu, hanya sekolah aliran Inggeris dan Cina sahaja yang dapat menubuhkan sekolah menengah yang lengkap. Sebaliknya, aliran Melayu dan Tamil hanya mampu setakat sekolah rendah sahaja. Selepas persekolahan peringkat menengah, murid-murid daripada aliran sekolah Inggeris dapat

menyambungkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi lagi sama ada di Singapura ataupun di luar negeri.

Semasa pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu (1942 1945), semua jenis sekolah telah ditutup kecuali sebilangan kecilnya sahaja digunakan untuk mengajar bahasa Jepun. Selepas pengunduran tentera Jepun dari Tanah Melayu, British pada tahun 1951 telah menubuhkan Jawatankuasa Barnes yang mencadangkan penubuhan dua jenis aliran persekolahan sahaja iaitu sekolah Melayu dan sekolah Inggeris manakala bahasa Cina dan bahasa Tamil hanya dijadikan mata pelajaran sahaja. Cadangan tersebut telah menimbulkan bantahan masyarakat Cina yang mana akhirnya Jawatankuasa Barnes telah mengemukakan satu laporan baru yang dikenali sebagai Laporan Fenn-Wu yang mencadangkan bahasa Cina

dikekalkan sebagai bahasa pengantar di sekolah Cina. Ekoran perselisihan yang terdapat di antara dua laporan tersebut, maka satu Jawatankuasa Khas ditubuhkan untuk menyelaras cadangan-cadangan di dalam kedua-dua laporan berkenaan. Akhirnya Jawatankuasa Khas telah menerima cadangan-cadangan daripada Laporan Barnes atas alasan untuk perpaduan rakyat berbilang kaum. Pada tahun 1956 pula, Laporan Razak telah dikeluarkan dengan menetapkan bahawa bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di samping mengiktiraf bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah masingmasing.

*
3

Gambar 1: Laporan Jawatankuasa Barnes & Fenn-Wu 1951

2.2 Laporan Razak 1956 Laporan Razak telah ditubuhkan setelah Parti Perikatan gabungan tiga parti utama Persekutuan Tanah Melayu ketika itu iaitu Parti UMNO mewakili orang Melayu, parti MCA mewakili masyarakat Cina dan Parti MIC mewakili masyarakat keturunan India memenangi pilihanraya pertama pada tahun 1955. Satu Jawatankuasa

Pendidikantelah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran ketika itu iaitu Allahyarhan Tun Hj Abd Razak. Jawatankuasa berkenaan ditugaskan untuk mengkaji perkara-perkara seperti :

Dasar Pendidikan Persekutuan Tanah Melayu. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di samping menjamin kedudukan bahasa dan kebudayaan kaum-kaum lain. Sistem Pendidikan Persekutuan bagi tujuan pindaan dan perlaksanaan.

Pada April 1956, Jawatankuasa Pendidikan telah mengemukakan satu laporan dikenali Laporan (Penyata) Razak yang antara lain mencadangkan,

Keempat-empat aliran persekolahan akan diteruskan dengan kurikulum yang diubahsuai. Sistem persekolahan dibahagi kepada dua kategori iaitu Sekolah Umum (bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar) dan Sekolah Jenis Umum ( bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah mata pelajaran wajib semua sekolah. Sistem pendidikan sekolah menengah dibahagi kepada tiga peringkat : i. Sekolah Menengah Rendah (3 tahun) ii. Sekolah Menengah Atas (2 tahun) iii. Sekolah Pra-Universiti (2 tahun)

Kesimpulannya halatuju pendidikan di zaman penjajah British telah meletakkan batu asas terhadap sistem pendidikan sekolah di negara ini. Dasar pentadbiran kerajaan British semata-mata bertujuan menjaga kepentingan mereka di Tanah Melayu dengan mengamalkan polisi pecah dan perintah bagi maksud untuk berkuasa di Tanah Melayu selama-lamanya. Dasar pecah dan perintah ini bertujuan untuk memisahkan tiga kaum utama di Tanah Melayu mengikut kelompok masingmasing agar tidak boleh bersatu untuk mengugat pemerintahan mereka.

Inggeris bimbang sekiranya orang-orang Melayu berpendidikan tinggi, mereka akan menuntut hak-hak politik daripada penjajah British. Oleh sebab itu pendidikan sekolah Melayu hanya dibekalkan setakat sekolah rendah sahaja. Begitu juga mereka meluluskan Enekmen Pendaftaran Sekolah untuk menyekat idealogi komunis menular di sekolah-sekolah Cina. Manakala sistem pendidikan sekolah Inggeris mendapat bantuan dan sokongan penuh. Di bawah penjajahan British, terdapat lima sistem pendidikan di Tanah Melayu iaitu :

1. Sekolah Pondok 2. Sekolah Vernakular Melayu 3. Sekolah Vernakular Cina 4. Sekolah Vernakular Tamil 5. Sekolah Inggeris

Gambar 2: Laporan Razak 1956

2.3 Pendidikan Pada Awal Kemerdekaan Pada era awal kemerdekaan, halatuju pendidikan di Malaya ketika itu adalah berlandas daripada ketiga-tiga laporan iaitu Laporan Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961.

2.3.1 Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961 Pada tahun 1959, sebuah Jawatankuasa Penyemak Pelajaran telah dibentuk dan dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Malaya ketika itu iaitu YB Encik Abdul Rahman Talib. Tujuan jawatankuasa tersebut ialah untuk mengkaji semula polisi pendidikan yang terkandung di dalam Laporan Razak yang mana akhirnya mereka mendapati beberapa kelemahan dalam pelaksanaan polisi pendidikan kebangsaan seperti yang dicadangkan oleh Laporan Razak menerusi penguatkuasaan Ordinan Pelajaran 1957. Jawatankuasa tersebut berpendapat, untuk membentuk suatu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang akan menjadi asas bagi perkembangan pendidikan di Malaya selanjutnya. Sehubungan itu mereka telah mencadangkan beberapa pengubahsuaian dan pindaan menerusi laporan yang dikenali sebagai

Laporan Rahman Talib dan dikuatkuasaan pelaksanaannya menerusi Akta Pelajaran 1961. Di antara intipati yang terkandung di dalam Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961 ialah : Permulaan untuk pelaksanaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama.

Sistem Peperiksaan Kebangsaan ditetapkan mengguna Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Penekanan kepada pendidikan Teknik dan Vokasional untuk memenuhi keperluan tenaga mahir negara.

Penekanan kepada mata pelajaran Pendidikan Agama dan Moral di semua peringkat sekolah sebagai teras untuk memenuhi keperluan kerohanian rakyat.

Pelaksanaan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan bagi sekolah-sekolah menengah rendah mulai tahun 1965 menggantikan Sekolah Pelajaran Lanjutan telah membawa beberapa perubahan besar kepada sistem pendidikan di Malaysia untuk tahun-tahun berikutnya.

3.0

SISTEM PENDIDIKAN SELEPAS PEMBENTUKAN MALAYSIA (1963 1975)

Perkembangan sistem pendidikan selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963 sehinggalah tahun 1975, boleh dipecahkan kepada tiga peringkat iaitu :

1. Peringkat Pertama (1963 1965) 2. Peringkat Kedua (1966 1970) dan, 3. Peringkat Ketiga (1971 1975)

Peringkat Pertama merupakan tahap pelaksanaan rancangan sistem pendidikan berasaskan Akta Pelajaran 1961. Peringkat Kedua pula merupakan tahap pelaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) yang bermatlamatkan untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk sosial, kebudayaan dan politik; menyediakan kemudahan pendidikan terutamanya di peringkat menengah; membaiki taraf pendidikan dan memperluaskan peluang pendidikan di seluruh negara bagi membaiki keadaan yang tidak seimbang di antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar; mempelbagaikan kemudahan-kemudahan latihan

pendidikan terutama bidang yang berkaitan dengan pertanian, sains perindustrian dan teknologi dan mempercepatkan latihan perguruan supaya dapat mengeluarkan guru-guru yang berkelayakan , mahir serta cukup bilangannya.

Gambar 3: Akta Pelajaran 1961

Perkembangan sistem pendidikan pada Peringkat Ketiga pula merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru di samping memberi sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan rakyat berbilang bangsa.

Menerusi Rancangan Malaysia Kedua (RMK2), program pendidikan dan latihan ditumpukan kepada empat bidang utama iaitu menyatukan sistem pelajaran bagi menggalakkan percantuman dan perpaduan negara; menyesuaikan dan meluaskan

rancangan-rancangan pendidikan dan latihan bagi tujuan tenaga rakyat; seterusnya membaiki mutu pendidikan untuk membentuk satu masyarakat yang maju berasaskan kepada sains dan teknologi moden dan membaiki keupayaan untuk menjalankan penyelidikan, perancangan dan pelaksanaan bagi mencapai tujuan-tujuan di atas. Bagi melaksanakan rancangan pendidikan dalam empat bidang utama seperti di atas, strategistrategi yang dicadangkan di dalam RMK2 ialah :

 Melaksanakan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pengantar yang utama di sekolah-sekolah secara berperingkat.  Mengurangkan

jurang

perbezaan

dalam

menikmati

peluang-peluang

pendidikan di antara kawasan-kawasan dan kaum-kaum.

 Membaiki mutu pendidikan dengan mengurangkan bilangan murid terkandas  Menubuhkan sebuah Pusat Pengajian Sains Sebagai rumusan dapatlah ditegaskan bahawa dalam tempoh ini, pendidikan di Malaysia telah melalui satu perubahan drastik daripada sistem pendidikan yang berasaskan perpaduan kaum kepada pembentukan sistem pendidikan yang menjurus kepada

satu masyarakat Malaysia yang maju berasaskan kepada sains dan

teknologi moden. Ini dapat dibuktikan dengan penubuhan lebih banyak sekolah-sekolah teknik dan vokasional di samping penubuhan beberapa buah lagi institusi pengajian tinggi iaitu kolej dan universiti di bawah peruntukkan RMK2

4.0

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA SELEPAS 1975

4.1 Laporan Kabinet 1979 Pada tahun 1974 kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu YAB Dato Seri Mahathir Mohamed yang antara fungsinya ialah untuk mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan, matlamat dan kesan sistem pelajaran termasuk kurikulumnya untuk memastikan keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi. Namun tugas yang lebih penting ialah untuk memastikan sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah pembentukan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.

Hasil daripada syor-syor Jawatankuasa

Kabinet tersebut, Kementerian

Pelajaran telah memperkenalkan satu kurikulum baru untuk dilaksanakan di sekolah dan menengah iaitu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Peringkat percubaan KBSR pada tahun 1982 melibatkan 305 buah sekolah rendah seluruh negara manakala di sekolah

menengah pula, peringkat percubaan KBSM dijalankan pada tahun 1988. Seterusnya pelaksanaan sepenuhnya KBSR di semua sekolah rendah seluruh negara bermula secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1983 manakala di sekolah menengah pula, pelaksanaan sepenuhnya KBSM dilakukan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1989. Sepanjang tempoh pelaksanaan kedua-dua kurikulum baru tersebut, ia telah mengalami beberapa proses reformasi bertujuan untuk penambahbaikan . Selaras dengan perkembangan pendidikan dan politik negara, maka lahirlah Falsafah Pendidikan Negara (FPN) pada tahun 1988, yang kemudian ditukarkan kapada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada tahun 2000 Pendidikan 2020. Impaknya ke atas pendidikan negara dan Wawasan ialah bilamana

Jawatankuasa Kurikulum telah memutuskan Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang memasukkan beberapa elemen-elemen baru di dalam kurikulum tersebut antaranya ialah penyerapan nilai-nilai murni melalui P&P, menyerapkan kemahiran Amalan Perdagangan di dalam aktiviti P&P dan seterusnya mata pelajaran Alam dan Manusia dipecahkan kepada Sains dan Kajian Tempatan.

4.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

10

Menurut E.D Miller (1984) di dalam bukunya Questions That Matter yang dipetik oleh Mok Soon Sang (2003) di dalam bukunya Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru. Bahagian 1 : Kompetensi Profesional hlm 70-71, beliau mentakrifkan falsafah sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara yang penting. Sehubungan itu menurut Mok Soon Sang (2003 hlm 71), di dalam konteks pendidikan, falsafah memainkan peranan sebagai arah tuju, panduan dan bimbingan. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan FPK iaitu :

1. Faktor agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia; 2. Faktor sosial yang meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya; 3. Faktor politik yang menentukan idealogi negara; 4. Faktor ekonomi 5. Faktor individu yang berkaitrapat dengan Teori Keperluan Maslow dan, 6. Faktor sejagat, selari dengan pandangan dan visi sedunia perkembangan pendidikan antarabangsa. dan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini yang digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988 menegaskan bahawa, Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut telah menentukan arah haluan dan halatuju, asas serta sumber inspirasi kepada setiap usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan di negara ini. Berdasarkan pernyataan FPK itu, adalah difahami bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Kesimpulannya
11

dapatlah ditegaskan di sini bahawa halatuju pendidikan di Malaysia ketika ini diterjemah berdasarkan intipati yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

5.0

REFORMASI SISTEM PENDIDIKAN DALAM TAHUN 1990-AN

Penggubalan semula kurikulum sekolah rendah pada awal-awal tahun 1990-an berhubungkait dengan kemunculan wawasan negara yang dikenali sebagai Wawasan 2020 yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato, Seri Dr Mahathir Mohamed pada tahun 1991. Tanpa mengabaikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kerajaan telah mengambil langkah untuk mengemaskini sistem pendidikan negara dengan memperkenalkan beberapa perubahan antara yang penting ialah :

1. Memperkenalkan pendidikan prasekolah dalam sekolah rendah mulai tahun 1992; Ikutan perubahan dan pindaan, berlaku pada tahun 1996 yang mana Akta Pendidikan 1961 diganti dengan Akta Pendidikan 1996.

2. Akta Pendidikan Wajib - (seksyen 29A Akta pendidikan (Pindaan) 2002), denda RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

3. Memberi peluang pendidikan sehingga sekurang-kurangnya 11 tahun kepada semua pelajar;

4. Enakmen Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dipinda bagi penubuhan IPTS, secara lebih sistematik.

5. KPM laksanakan pembangunan pendidikan berkualiti di peringkat rendah, menengah dan tertiari penubuhan universiti swasta dan awam, kolej universiti, matrikulsi, kolej komuniti, kolej swasta dan kampus cawangan universiti luar negara.

12

6. Mengutamakan pendidikan teknologi dengan tujuan melahirkan pelajar yang mahir dalam bidang seni perusahaan, perdagangan dan ekonomi rumah tangga;

7. Mengubah sistem peperiksaan SRP kepada Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai tahun 1993;

8. Mengubah sistem peperiksaan SPM kepada Penilaian Menengah Atas (PMA) dengan konsep terbuka;

9. Mengutamakan pendidikan Sains dan Matematik dengan mengubahsuai kurikulum KBSR dan KBSM untuk menghadapi cabaran Wawasan 2020 Memperkenalkan komputer sebagai alat pengajaran dan pembelajaran;

10. Memperkenalkan konsep Sekolah Bestari menjelang tahun 2000 Sesuai dengan era teknologi, sosial serta budaya masa kini. Menggunakan

Pengajaran dan pembelajaran kritis dan kreatif, mengggunakan ICT sebagai pengupayaan dan kefahaman, kualiti serta penambahbaikan pengurusan dan pentadbiran sekolah.

11. Memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan tujuan menyatupadukan penduduk berbilang kaum, berkongssi kemudahan asas, murid berkongsi padang permainan, dewan dan kantin.

12. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris (ETeMS) secara berperingkat-peringkat pada tahap sekolah, menengah dan juga maktab perguruan dan di universiti mulai tahun 2003.

Dalam tahun 1990-an juga, pendidikan tinggi di Malaysia berkembang pesat dengan pertambahan institut pengajian tinggi yang baru. Sebagai contoh, jumlah politeknik di negara ini telah meningkat dari tujuh buah dalam tahun 1990 kepada 11 buah pada tahun

13

2004, dan dalam jangka masa yang sama jumlah universiti telah bertambah dari tujuh kepada 18 buah (Hock Guan, L., dalam Swee Hock, S. & Kesavapany, K., 2006, p.232). Pertambahan bilangan institusi ini selaras dengan dasar kerajaan dalam Rancangan Malaysia keenam (1991-1995) iaitu pembangunan sumber tenaga manusia, merupakan teras utama matlamat pendidikan dan latihan. Dalam dasar ini, kerajaan menggalakkan perkembangan bidang teknik dan vokasional sekaligus turut membawa kepada pembangunan pusat pengajian tinggi seperti politeknik dan universiti. Langkah ini adalah untuk melahirkan sumber tenaga manusia yang berguna pada masa hadapan bagi memastikan matlamat pembangunan akan tercapai.

5.1 Sekolah Bestari ( Smart School)

Mengikut Kamus Dewan, perkataan bestari membawa maksud cerdas, pandai berpendidikan, berpengetahuan, dan budi pekerti yang baik. Jesteru itu, penubuhan konsep Sekolah Bestari bertujuan melahirkan pelajar yang cerdas dan pandai, berpendidikan dan berpengetahuan serta berbudi pekerti yang baik. Melatih para pelajar agar cerdas dan pandai menggunakan teknologi terkini khususnya komputer dan aksesorinya dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di samping itu juga, matlamat penubuhan sekolah bestari ini ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia.

Zaman ini komputer merupakan alat utama untuk memperolehi maklumat dan ilmu pengetahuan di samping menjadi media penting untuk berkomunikasi. Dengan kewujudkan Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 1995, penubuhan sekolah-sekolah bestari ini merupakan salah satu daripada tujuh Flagship Applications nya yang akan dibina untuk sistem pendidikan sekolah rendah dan menengah. Sebagai permulaan, empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains akan diperkenalkan di sekolah bestari dengan menggunakan teknologi pengajaran dan pembelajaran terkini. Semua bahan pengajaran pembelajaran keempat-empat mata pelajaran tersebut akan disediakan dalam bentuk aplikasi yang direka oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) bersama Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
14

6.0

RANCANGAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN (2001 2010)

Berdasarkan laporan daripada Rancangan Perkembangan Pendidikan (2001 2010) yamg diumumkan pada Seminar Perkembangan Pendidikan di Shah Alam pada tahun 2001, beberapa ciri kurikulum masa depan dapat diramalkan berdasarkan rancangan pendidikan berikut :

1. Pendidikam Prasekolah y Menempatkan guru siswazah untuk mengajar murid prasekolah;

2. Pendidikan Sekolah Rendah y Menempatkan 100 % guru siswazah untuk mengajar murid Tahap Dua menjelang 2010;

3. Pendidikan Sekolah Menengah y Peperiksaan PMR dimansuhkan dan digantikan dengan PKBS mulai tahun 2005 ; y Pelajar Tingkatan Empat akan menduduki peperiksaan SPM mulai tahun 2007 ; y 5 jenis aliran di sekolah menengah : sastera, sains, teknikal, agama, kemahiran dan vokasional ; y y Membaiki mutu Bahasa Inggeris pelajar dan guru ; Semua guru sekolah menengah mempunyai ijazah menjelang tahun 2005.

7.0

IMPLIKASI TERHADAP PENTADBIR / PEMIMPIN PENDIDIKAN

7.1 Pendahuluan Sekolah adalah merupakan sebuah organisasi formal yang kompleks. Sesebuah organisasi adalah terdiri daripada sekumpulan individu yang mempunyai matlamat yang tertentu. Dalam konteks sekolah sebagai sebuah organisasi, ia mempunyai

15

anggota yang terdiri daripada guru dan murid yang mempunyai hubungan langsung dengan sekolah. Ibubapa dan kerajaan pula, khususnya Kementerian Pendidikan mempunyai hubungan yang tidak langsung dengan sekolah. Sungguhpun ibubapa dan Kementerian Pendidikan tidak berada di sekolah, tetapi mereka tetap memainkan peranan yang penting dalam penentuan pencapaian matlamat sekolah yang diterajui oleh pentadbir atau pemimpin sesebuah sekolah.

Pentadbir atau pemimpin sekolah inilah yang akan melaksanakan segala tuntutan dan dasar yang telah ditetapkan oleh pihak atasan seperti Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Sebagai pentadbir atau pemimpin sekolah sama ada pengetua ataupun guru besar, merekalah yang menerajui pentadbiran pendidikan di sekolah mereka. Apakah yang dikatakan pentadbiran pendidikan? Terdapat beberapa definisi yang boleh diutarakan iaitu di antaranya ialah:-

a)

Knezevich (1974): Pentadbiran bersangkut-paut pendidikan dengan ialah satu proses pasti, sosial yang

mengenal

menyelenggara,

merangsang, mengawal dan menyatukan secara formal mahupun tidak formal kuasa yag bercorak manusia dan material dalam satu sistem yang kukuh dengan tujuan memenuhi objektif yang ditetapkan.

b)

Campbell, Bridges dan Nystrand (1977): Pentadbiran pendidikan ialah satu proses untuk menyelaras usaha dikalangan berbagai-bagai anggota bagi memenuhi matlamat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

c)

Kamaruddin Kachar (1990): Pentadbiran pendidikan sebagai satu daya menyeluruh untuk memandu, mengawal dan menyatupadukan ikhtiar manusia yang saling berkaitan ke arah pencapaian matlamat pendidikan.

16

7.2 Implikasi Terhadap Pentadbir / Pemimpin Pendidikan Dalam menerajui pentadbiran pendidikan khasnya untuk mencapai matlamat dan halatuju sistem pendidikan di negara ini, seseorang pentadbir atau pemimpin pendidikan tidak dapat lari dari menerima berbagai implikasi ataupun kesan daripada beberapa perubahan yang berlaku dari masa ke semasa terhadap sistem pendidikan di negara ini. Di antara implikasi ataupun kesan terhadap pentadbir atau pemimpin pendidikan adalah dari aspek-aspek seperti berikut:-

a) Perubahan kepada ciri-ciri organisasi persekolahan. b) Perubahan terhadap kurikulum persekolahan. c) Perubahan kepada peranan pentadbir atau pemimpin pendidikan. d) Kelayakan / pemilihan pentadbir atau pemimpin sekolah. e) Perubahan kepada prasarana sekolah. f) Komunikasi dengan komuniti setempat. Agenda pembangunan pendidikan perlukan pembiayaan yang mencukupi. Mengikut buku Memertabatkan Kecemerlangan Pendidikan Malaysia, KPM, 4 teras utama diberi perhatian :y y y y Meningkatkan akses kepada pendidikan Meningkatkan ekuiti dalam pendidikan Meningkatkan kulaiti pendidikan Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan

Implikasi hala tuju pendidikan turut memberi kesan kepada kepimpinan organisasi sekolah. Pemimpinan sekolah haruslah memiliki kecekapan dan keberkesanan dengan memperluaskan pegupayaan, peningaktan kepimpinan pengajaran, pengurusan dan pembangunan personal, infrastruktur, penyelidikan dan pembudayaan konsep.

Penggunaan sumber secara optimum sangat penting.

7.2.1 Perubahan kepada ciri-ciri organisasi persekolahan. Sekolah sebagai sebuah organisasi memiliki beberapa ciri yang serupa dengan ciri-ciri organisasi kompleks yang lain seperti organisasi perniagaan. Menurut pendapat Lipham dan Hoeh (1974), ciri-ciri organisasi persekolahan itu dapat dirumuskan kepada empat unsur penting iaitu:-

17

1) Orientasi matlamat ini berpunca daripada matlamat ibubapa dan Kementerian Pendidikan. Matlamat ini menjadi asas kepada kesepaduan matlamat organisasi.

2) Struktur hierraki dalam sesebuah organisasi, kuasa dibahagikan secara formal dari atas hingga ke bawah iaitu daripada ketua kepada orang bawahannya.

3) Struktur organisasi dalam sesebuah organisasi, fungsi dan prosesnya dibahagikan kepada perhubungan dan prosedur bagi melaksanakan peraturan dan penilaian. 4) Interaksi antara anggota dalam sesebuah organisasi, aktiviti yang dikoordinasikan hanya dapat dilaksanakan dalam situasi yang melibatkan interaksi antara anggota.

Dalam abad ke 21 ini, pentadbir atau pemimpin pendidikan dalam konteks pengetua atau guru besar, akan mendapati bahawa transfomasi akan berlaku kepada ciri-ciri organisasi persekolahan di negara ini. Perubahan ini akan berlaku dalam orientasi matlamat, struktur hierarki, struktur organisasi dan interaksi antara anggotanya. Perubahan ini memerlukan pentadbir atau pemimpin sekolah yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang demanding daripada masa kini.

Organisasi persekolahan di Malaysia pada masa kini sedang berada dalam proses perubahan daripada yang berasaskan warisan zaman penjajahan kepada satu sistem yang benar-benar berasaskan kepada keperluan tempatan. Beberapa pindaan telah dibuat terhadap organisasi persekolahan pada setiap kali penyata atau laporan dikeluarkan seperti Penyata Razak (1956), Penyata Rahman Talib (1960), Laporan Keciciran (1973) dan Laporan Kabinet (1979). Oleh kerana terdapat beberapa perubahan terhadap organisasi persekolahan pada setiap kali penyata atau laporan dikeluarkan, maka pentadbir atau pemimpin pendidikan harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menyerap segala perubahan yang berlaku.
18

7.2.2 Perubahan Terhadap Kurikulum Persekolahan. Laporan Kabinet (1979) telah menyebabkan munculnya inisiatif yang memberikan nafas baru kepada kurikulum persekolahan. Sebagai hasilnya, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan pada tahun 1983 bagi semua murid darjah satu di semua sekolah kebangsaan dan sekolah rendah kebangsaan.

Kurikulum ini memberi penekanan terhadap penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira dan bertujuan untuk memastikan bahawa muridmurid yang berada di sekolah rendah dapat menguasai ketiga-tiga kemahiran tersebut sebelum mereka melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. Pada tahun 1987 pula, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah

diperkenalkan. Dengan bermulanya KBSM, maka bermulalah juga rombakan dan perubahan yang berlaku bukan sahaja dalam kandungan kurikulum malahan dalam orientasi matlamat dan struktur organisasi persekolahan pada semua peringkat. Dengan ini, kesan atau implikasi yang diterima oleh pentadbir atau pemimpin pendidikan di sekolah adalah amat besar sekali. Mereka harus bersedia untuk menerima segala perubahan tersebut di samping melaksanakannya di organisasi ataupun di sekolah masing-masing. Dalam erti kata lain, mereka harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup untuk menempuh kesemua perubahan ini.

7.2.3 Perubahan Kepada Peranan Pentadbir / Pemimpin Pendidikan. Dalam sesebuah organisasi persekolahan, guru besar atau pengetua memainkan peranan yang penting bagi memastikan bahawa matlamat dan objektif sesebuah sekolah itu tercapai. Tugas ini amat berat untuk dilaksanakan. Matlamat persekolahan yang di kehendaki oleh ibubapa dan masyarakat mungkin berlainan. Walaupun demikian, matlamat akademik bagi anak mereka adalah sama. Tegasnya ibubapa dan masyarakat mengharapkan anak mereka akan berjaya dalam bidang akademik khasnya.

19

Di peringkat sekolah, guru besar atau pengetua merupakan tenaga penggerak utama dalam proses perkembangan daya kognitif dan afektif pelajar. Peranan guru besar atau pengetua bukan sekadar sebagai ketua di sekolah malah lebih besar daripada itu. Guru besar dan pengetua di sekolah juga harus memainkan peranan sebagai pembimbing, pemudahcara, rakan kongsi, penyelesai masalah dan lain-lain lagi. Dengan berlakunya berbagai perubahan dalam sistem pendidikan bertepatan dengan kemajuan zaman teknologi maklumat, maka guru besar atau pengetua juga harus dilengkapkan dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dapat menggerakkan aktiviti yang memberangsangkan guru-guru dan pelajar bagi memenuhi matlamat dan aspirasi masing-masing.

7.2.4 Kelayakan / Pemilihan Pentadbir Atau Pemimpin Sekolah. Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam abad ke 21 ini akan memerlukan guru besar atau pengetua yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bidang yang tertentu selain daripada kemahiran menguruskan sekolah. Pengetahuan dan kemahiran khusus ini adalah kemahiran dan pengetahuan yang boleh melicinkan dan mengemaskinikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Pada masa kini, pelantikan seseorang guru besar atau pengetua itu dibuat berdasarkan kepada kekananan seseorang guru walaupun prestasi mereka diambil perkiraan. Kita tidak menafikan kebolehan mereka bagi mentadbirkan sekolah mereka dengan berkesan tetapi kita juga harus ingat bahawa dengan adanya perubahan seperti yang berlaku sekarang, tugas guru besar atau pengetua pada masa akan datang lebih berbentuk profesional dan lebih kompetetif.

Kriteria ini memerlukan pelantikan guru besar atau pengetua melalui pemilihan secara temuduga dan pembentangan sesuatu kertas kerja yang berasaskan kepada pengetahuan dan pengalamannya sebagai seorang guru. Melalui proses ini, seseorang guru besar atau pengetua akan dapat menunjukkan kebolehan masing-masing. Oleh itu, guru-guru yang ingin memegang jawatan tersebut dikehendaki menyediakan diri mereka dengan kemahiran dan
20

pengetahuan yang berkait dengan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan kurikulum selain daripada pengurusan sekolah dan kakitangan.

7.2.5 Perubahan Kepada Prasarana Sekolah. Jika dibuat perbandingan dari segi prasarana sekolah di masa kini dengan dua puluh mahupun sepuluh tahun yang lalu, ianya amat berbeza. Jurang perbezaan yang begitu ketara ini adalah disebabkan banyaknya perubahan yang berlaku dalam sistem dan halatuju pendidikan di negara ini. Di samping itu, kemajuan dalam bidang teknologi maklumat juga telah membawa kepada perubahan yang mendadak terhadap sistem pendidikan di negara ini. Sebagai contoh, kalau di lihat dalam jangkasamasa lima tahun dahulu, tidak terdapat walaupun sebuah makmal komputer di sekolah-sekolah khasnya di sekolah rendah, tetapi kini suasana telah begitu jauh jauh berbeza. Boleh dikatakan setiap sekolah telah mempunyai sebuah makmal komputer yang dilengkapi dengan berbagai kemudahan untuk pengajaran dan pembelajaran.

Dengan perubahan yang begitu ketara dari segi prasarana sekolah ini juga memerlukan pentadbir atau pemimpin sekolah yang benar-benar bersedia dari segi ilmu dan kepakaran untuk menghadapi berbagai cabaran yang bakal ditempuhi. Walaupun mungkin setiap pentadbir atau pemimpin pendidikan tidak perlu untuk mempunyai kemahiran yang lengkap tetapi sekurang-kurangnya mereka mempunyai asas yang kukuh dalam sesuatu ilmu atau bidang itu. Ini bagi memudahkan mereka membuat penyelenggaraan terhadap prasarana supaya segala kemudahan yang terdapat di sekolah khasnya kemudahan pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara lebih optimum serta dalam keadaan yang baik dan selamat.

7.2.6 Komunikasi Dengan Komuniti Setempat. Salah satu aspek yang amat penting yang perlu dikuasai oleh pentadbir atau pemimpin pendidikan ialah komunikasi. Guru besar atau pengetua bukan hanya perlu sekadar menjalinkan suasana kumunikasi yang baik di kalangan warga

21

sekolahnya sahaja malah lebih luas dari itu. Ini termasuklah hubungan dengan komuniti atau masyarakat setempat.

Pentadbir atau pemimpin sekolah juga harus bijak menjalinkan hubungan dengan masyarakat seperti mewujudkan perkongsian pintar (smart partnership) di antara sekolah dengan masyarakat. Ini akan dapat melahirkan semangat kerjasama dan secara tidak langsung dapat membantu dari segi pembangunan sekolah baik dalam sumber kewangan mahupun tenaga terutama di ketika ianya diperlukan.

Sesuai dengan perkembangan dan perubahan dalam sistem pendidikan negara kita yang menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, pentadbir dan pemimpin sekolah juga harus bersama mengorak langkah dengan menjalinkan hubungan dan kerjasama yang erat dengan semua pihak khasnya dengan masyarakat setempat. Ini sedikit sebanyak akan menjadi aset yang amat penting kepada guru besar atau pengetua sekolah dalam mentadbir dan mengurus sekolah. Ini juga bersesuaian dengan konsep sekolah sebagai sebuah institusi masyarakat.

8.0

PENUTUP

Sebagai satu kesimpulan, dapatlah dirumuskan bahawa halaju pendidikan di Malaysia telah melalui beberapa latar belakang masa sejak zaman sebelum merdeka, selepas merdeka, diikuti dengan zaman selepas pembentukan Malaysia sehinggalah ke abad ke21. Halatuju pendidikan ini berasaskan kepada beberapa buah laporan pendidikan bermula dengan Laporan Jawatakuasa Barnes 1951 sehinggalah kepada Laporan Kabinet 1979 seterusnya diadun mengikut acuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga Wawasan 2020. Daripada sistem pendidikan yang bertujuan untuk mengekalkan status quo penjajah British di tanah Melayu, bertukar pula kepada tujuan untuk perpaduan masyarakat majmuk di negara ini dan juga penghasilan tenaga rakyat, seterusnya ke arah mencapai matlamat pembentukan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih, dan akhirnya menukar halatujunya ke arah pendidikan yang berasaskan kemajuan sains dan teknologi moden untuk memacu negara ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju serta Pusat Kecemerlangan Pendidikan Serantau dan Antarabangsa menjelang tahun 2020 dan akhirnya menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bertaraf dunia.
22

Tidak dapat dinafikan bahawa dengan peredaran masa dan zaman, setiap individu dan organisasi dituntut untuk sama-sama menerima berbagai perubahan. Dalam konteks pendidikan, perubahan juga berlaku mengikut tuntutan semasa. Ini termasuklah perubahan-perubahan dalam halatuju pendidikan itu sendiri. Dengan berlakunya perubahan-perubahan dalam halatuju pendidikan di negara kita, secara langsung mahupun tidak langsung, ianya akan memberi kesan atau implikasi terhadap peranan dan tanggungjawab pentadbir atau pemimpin pendidikan itu sendiri. Oleh yang demikian, pihak pentadbir atau pemimpin pendidikan khasnya guru besar atau pengetua sekolah haruslah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menerima kesan daripada perubahanperubahan ini agar dapat bergerak seiring dengan keperluan dan tuntutan semasa.

23

You might also like