You are on page 1of 38

GAMELAN DI MALAYSIA

GXEX 1414 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS) Pensyarah: Pn. Faezah Kassim Kumpulan: 9 Ahli Kumpulan : 1. Fadhilah binti Abd Razak BEQ110008 2. Loh Khang Chuan BEQ110022 3. Umairah binti Hashim BEQ110046 4.Fatin Khairunnisa binti Mohd Nasir BEQ110011 5. Nazihah binti Yusop BEQ110026 6. Hidayu binti Mazlan BEQ110017 7.Nurul Ain binti Mohd Kamis BEQ110030 8. Shahilah binti A.Rahman BEQ110036

ADAKAH INI GAMELAN?

Ini hanyalah salah satu instrumen dalam kesenian gamelan.

PENGENALAN
Secara ringkasnya, perkataan gamel iaitu dalam bahasa Jawa bererti dipukul, diketuk atau ditabuh. Namun, secara khususnya, gamelan merupakan satu orkestra yang mengandungi alat-alat muzik seperti gong, kenong, bonang, gambang, saron, gendang dan slenthem yang diperbuat daripada gangsa dan alat-alat ini dipukul, diketuk atau ditabuh untuk mengeluarkan bunyi. Alat-alat tersebut digunakan bagi memainkan lagu-lagu gamelan yang dipilih mengikut kesesuaian majlis.

PENGENALAN
Persembahan gamelan boleh diadakan dalam dua bentuk iaitu tarian dan drama yang dipetik daripada repertoire yang sememangnya sudah dicipta sejak dahulu lagi seperti Tarian Timang Burung, Geliong, Lantai Lima, Togok, Selang Arak, Topeng dan lain-lain. Kumpulan gamelan terdiri daripada penari kanak-kanak perempuan yang diiringi orkestra kaum lelaki yang memainkan alatalat gamelan. Dalam tradisi kesenian gamelan, wujudnya pantang larang yang harus dipatuhi oleh penari-penari dan para pemain gamelan bagi memastikan acara yang diadakan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan gangguan.

PENGENALAN
Berdasarkan fakta sejarah, gamelan di Malaysia bermula di negeri Pahang sebelum dibawa ke negeri Terengganu oleh puteri sultan Terengganu. Kini, gamelan telah berkembang ke hampir seluruh negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak serta bukan sahaja menjadi milik istana malah menjadi mainan semua peringkat rakyat. Terdapat beberapa persamaan dan perbezaan konsep persembahan gamelan dalam negeri-negeri di Malaysia. Hal ini bergantung kepada pengolahan masyarakat setempat mengenai gamelan.

PENGENALAN

Umumnya, gamelan dipersembahkan sempena merayakan pertabalan, majlis perkahwinan, berkhatan, bertindik, ulangtahun keputeraan, majlis-majlis jamuan yang istimewa dan hiburan raja dan permaisuri bersama kaum kerabat dan rakan-rakan baginda.

OBJEKTIF KAJIAN
Mengkaji sejarah gamelan di setiap negeri di Malaysia. Mengenalpasti kegunaan gamelan pada zaman dahulu dan sekarang. Mengenalpasti alat muzik yang dimainkan dalam gamelan.

KAEDAH PENYELIDIKAN

kajian di perpustakaan
y

Perpustakaan Utama Universiti Malaya


Buku-buku berkenaan perkembangan Gamelan di Johor dan Pahang, manuskrip lagu-lagu gamelan, sejarah asal usul permulaan gamelan yang di Malaysia melalui serapan dari Indonesia diperoleh dari.

Arkib Negara
Bahan bacaan dan bahan bertulis Beberapa buah buku dari Malaysia dan Indonesia mengenai asal usul dan sejarah perkembangan gamelan, keratan akhbar tentang pencapaian gamelan di Malaysia dan koleksi kad jemputan yang berkaitan dengan persembahan gamelan. Kad jemputan tersebut memuatkan teks ucapanYang Berhormat Dato Sabbaruddin Chik, Menteri Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan Malaysia sewaktu perasmian Konsert Gamelan Malaysia.

KAEDAH PENYELIDIKAN

Laman sesawang
y

Youtube
Cara-cara gamelan dimainkan berserta tarian dapat ditonton melaui video yang disediakan. Selain daripada cara instrumen dimainkan dan tarian, maklumat berkenaan lagu-lagu Gamelan juga diperolehi melalui laman internet.

Rujukan:
mzsganu. (2010, November 28). Warisan Gamelan Melayu- Topeng http://www.youtube.com/watch?v=NqhhasJNkU0&feature=related mzsganu. (2010, November 28). Warisan Gamelan Melayu- Timang Burung http://www.youtube.com/watch?v=YaObro2T5M8

KAEDAH PENYELIDIKAN

Lawatan ke Muzium Seni Asia


pada 13 Oktober 2011 kami telah berkunjung ke sana bagi melengkapkan lagi hasil kajian. y Malangnya, muzium tersebut hanya menempatkan alatan gamelan yang lengkap tanpa ada maklumat tambahan yang lain. y Di atas budi bicara pihak muzium, gambar berkenaan dengan alatan gamelan di muzium tersebut dapat dirakamkan. y Antara maklumat yang diperoleh ialah berkaitan dengan nama-nama setiap alatan dan asal alat muzik tersebut melalui pihak muzium.
y

KAEDAH PENYELIDIKAN

sumber mediamassa
Majalah3 iaitu salah satu siri dokumentari di stesen televisyen swasta (TV3) telah memaparkan dokumentari mengenai Gamelan pada siaran 12 November 2011. y Dokumentari tersebut mengenai cara-cara pembuatan alatan gamelan di Solo Indonesia. y Dari dokumentari tersebut, banyak maklumat yang berjaya diperoleh mengenai alat muzik.
y

KAEDAH PENYELIDIKAN

kaji selidik
sasaran yang diperoleh sebanyak 34 orang responden. y Responden diperoleh daripada komuniti setempat yang yang terdiri daripada pelajar, penjawat awam dan masyarakat kampung. y Kaji selidik ini juga menyasarkan responden dari semua peringkat umur dan tidak tertakluk kepada golongan pelajar sahaja. y Tujuan kaji selidik ini dilakukan ialah untuk mengenalpasti tahap pemahaman masyarakat dari pelbagai peringkat umur dan bangsa mengenai sejarah perkembangan gamelan di Malaysia.
y

KAEDAH PENYELIDIKAN

pemerhatian
y

Kaedah ini digunakan untuk mengetahui tentang penggunaan Gamelan pada masa kini.

SEJARAH GAMELAN

DI

MALAYSIA

Kesenian Gamelan telah bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Namun, selepas kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka, kesenian Gamelan ini telah dibawa ke negeri Johor. Namun, pada tahun 1821, kesenian ini telah dibawa dan dipopularkan di negeri Pahang.

SEJARAH GAMELAN

DI

MALAYSIA

Melalui hasil kaji selidik yang dijalankan, 50% mengetahui tentang Gamelan telah dipopularkan di negeri Pahang pada tahun 1821. Melalui hasil pembacaan buku bertajuk Joget Gamelan Pahang & Terengganu hasil tulisan Haji Ahmad Omar bin Haji Ibrahim, joget Gamelan Pahang berasal dari Istana Kerajaan Riau-Lingga di PulauPenyengat, Riau.

SEJARAH GAMELAN DI MALAYSIA


Terdapat dua jenis joget gamelan di Malaysia iaitu


 

Joget gamelan Jawa Joget gamelan Pahang

JOGET GAMELAN JAWA


Asal-usul Joget Gamelan Jawa atau Johor di Malaysia agak berlainan dengan Joget Gamelan Jawa di Indonesia kerana disana ia bersifat Royal Regalia atau Keistanaan dan hak mutlak Kraton Jawa. Joget gamelan ini dibawa masuk oleh orang-orang Jawa ke TanahMelayu dipercayai pada awal abad ke-20. Joget Gamelan Jawa biasanya mengiringi wayang purwa, tarian barongan dan dramatari cerita-cerita panji. Joget Gamelan ini dimonopoli oleh suku Jawa di Johor dan Selangor. Namun terdapat juga etnik Jawa di Hulu Pahang dan sekitar Sarawak meneruskan tradisi ini.

JOGET GAMELAN JAWA


Peranan Muzik Dalam Masyarakat Joget Gamelan Jawa pada awalnya hanyalah sebagai hiburan masyarakat dan ritual masyarakat Jawa. Namun kini, ia juga berfungsi sebagai mengiringi acaraacara persembahan kebudayaan, aktiviti kemasyarakatan seperti kenduri kahwin dan majlis-majlis rasmi contohnya mengiringi perarakan masuk VIP. Joget Gamelan Jawa juga berfungsi sebagai alat penyatuan masyarakat terutamanya Jawa, dalam kalangan orang muda dan tua.

JOGET GAMELAN JAWA


Ciri-ciri muzik Joget Gamelan Jawa ada sedikit persamaan dengan muzik Joget Gamelan Pahang iaitu: y Repetetive (Pengulangan) y Colotomic (Bertingkah) y Interwoven (Bersulaman) y Decorative (Dekoratif/Bunga)

JOGET GAMELAN JAWA


Lagu-lagu di dalam Joget Gamelan Jawa biasanya dimulakan dengan perkataan Lancaran atau Ladrang. Contoh Lancaran Manyak Serowo. Perkataan ini membezakan lagu bagi Joget Gamelan Jawa dengan Joget Gamelan Pahang.

JOGET GAMELAN PAHANG


Gamelan dibawa masuk ke Pahang pada kurun ke-17. Pertama kali dipersembahkan di Pekan, Pahang pada tahun 1811 semasa perkahwinan Tengku Hussin, anakanda Sultan Abdul Rahman, Riau dengan Wan Esah, adinda Bendahara Ali, Pahang. Joget Gamelan Pahang menempuhi zaman kegemilangannya di Pahang pada kurun ke-19 di zaman Sultan Ahmad.

JOGET GAMELAN PAHANG


Ini dibuktikan dengan kewujudan tiga kumpulan tari yang berbeza pimpinan Permaisuri dan isteri-isteri Sultan Ahmad. Kumpulan pertama pimpinan Tengku Ampuan Fatimah, kumpulan kedua pimpinan Cik Besar dan kumpulanketiga pimpinan Cik Zubaidah. Kumpulan yang paling aktif ialah kumpulan pimpinan Cik Zubaidah yang mana turut disertai puteri baginda Sultan, Tengku Mariam (Tengku Ampuan Mariam).

JOGET GAMELAN PAHANG


Gamelan diperkenalkan di Terengganu melalui perkahwinan dua puteri Sultan Ahmad iaitu: y Tengku Long dan Sultan Zainal Abidin III, sultan Terengganu ke-11 y Tengku Mariam dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah, sultan Terengganu ke-13 telah menyebabkan kesenian gamelan berkembang .

KEGUNAAN GAMELAN

Dahulu y Sebagai persembahan hiburan diraja. y Dr. Randus telah menyatakan bahawa kesenian Gamelan pada suatu masa dahulu hanya berpatronkan raja berdasarkan dokumentari Majalah 3 yang disiarkan di TV3 pada 12 November 2011. y Hanya golongan istana sahaja yang dapat menyaksikan persembahan gamelan.

KEGUNAAN GAMELAN

Kini y Dimainkan dikhalayak ramai selepas mendapat kebenaran daripada Tengku Mariam pada 1970. y Masih dimainkan dalam istiadat istana. y Dipersembahkan dalam majlis-majlis rasmi seperti majlis konvokesyen, majlis perkahwinan dan majlis penyampaian anugerah. y Sebagai muzik iringan ketibaan tetamu kehormat.

INSTRUMEN MUZIK GAMELAN


Melalui dokumentari Majalah 3 yang telah disiarkan pada 12 November 2011 di saluran TV3, Pak Supoyo iaitu pembuat instrumen Gamelan di Indonesia menyatakan Gamelan di Malaysia hanya menggunakan 12 instrumen sahaja berbanding di Jawa yang menggunakan 22 instrumen Gamelan.

ANTARA ALAT MUZIK GAMELAN

BONANG

KENONG

GONG

Menurut Pak Supoyo, pembuat alatan gamelan dari Indonesia, gong diperbuat daripada campuran tembaga dan timah.

Sumber: Majalah 3, TV3, 12 november 2011

SLENTHEM

GAMBANG

SARON

GENDANG

RUMUSAN DAN CADANGAN


Melalui kajian yang dibuat tentang sejarah Gamelan di Malaysia, gamelan dapat ditafsirkan satu kesenian yang melibatkan muzik, tarian dan nyanyian. Gamelan di Malaysia telah bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Namun, selepas kejatuhan zaman tersebut, gamelan telah di bawa ke Johor seterusnya ke Pahang dan Terengganu.

RUMUSAN DAN CADANGAN


Kegunaan gamelan pada suatu masa dahulu hanyalah terhad sebagai kesenian istana. Namun, setelah zaman berubah, kesenian gamelan telah menjadi popular kepada masyarakat. Banyak acara yang menggunakan muzik gamelan sebagai penyeri majlis. Selain itu, kajian ini juga dapat mengenalpasti alat muzik yang digunakan dalam gamelan. Malaysia hanya menggunakan 12 instrumen gamelan berbanding Jawa yang menggunakan 22 jenis instrument gamelan.

RUMUSAN DAN CADANGAN


Tujuan kajian tentang gamelan dijalankan juga adalah untuk mengkaji tentang pemahaman masyarakat sekarang tentang gamelan. Ternyata masih lagi terdapat generasi kini yang tahu tentang gamelan. Harapan melalui kajian ini ialah supaya gamelan tidak ditelan dek zaman.

RUMUSAN DAN CADANGAN


Gamelan haruslah diperkenalkan di setiap sekolah supaya generasi muda dapat mengenali warisan Negara. Selain itu, gamelan haruslah dipersembahkan dalam majlis-majlis formal seperti majlis penyampaian hadiah dan konvokesyen. Pertandingan persembahan gamelan juga haruslah diperluas supaya masyarakat luar juga mengenali keseniaan negara kita.

You might also like