You are on page 1of 23

Belimbing Buluh Rawat Darah

Tinggi
Dari Keratan Akhbar Mingguan Malaysia

TIDAK lama dulu ketika berkesempatan mengunjungi sebuah kampung di Hulu Langat, Selangor saya agak
terperanjat.

Boleh dikatakan setiap penduduk di kampung itu lebih selesa menggunakan tumbuhan herba.

Dalam merawat apa juga penyakit, mereka lebih selesa menggunakan tumbuhan herba kecuali kalau penyakit itu
benar-benat memerlukan perubatan moden.

Perubatan alternatif digunakan kerana jarak perjalanan dari kampung itu dengan pekan yang terdekat adalah
jauh dan untuk kesana ia memerlukan belanja yang tinggi.

Di kampung itu, tumbuhan herba digunakan dengan pelbagai cara.

Ada yang dibuat jus, dicampurkan dalam masakan tertentu ataupun dijadikan sebagai ulam sayuran.

Antaranya ialah BELIMBING BULUH. Buahnya seperti buah mengkudu, tetapi warnanya lebih kepada hijau
muda dan saiznya agak kecil.

Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr.Mohd Said Saad
memperkenalkan tanaman herba tesebut.

Beliau menjelaskan, pokok belimbing buluh adalah jenis pokok yang dijadikan pilihan sebagai tanaman
dihalaman rumah.

Pokok ini senang membesar dan agak rendang. Ia sesuai sebgai pokok teduhan dihalaman rumah.

"Berdasarkan pengakuan pengamal perubatan tradisional, mereka menyatakan pokok ini sesuai untuk darah
tinggi dan merawat demam panas," katanya.

Ubat untuk darah tinggi diperolehi daripada buah tumbuhan yang dalam bahasa saintifiknya dipanggil Averrhoa
bilimbii ini.

"Caranya ialah ambil beberapa buah belimbing buluh yang segar dan kemudianya dikisar buah tersebut sehingga
lumat.

Tapiskan untuk dapatkan airnya. Campukan sedikit bahan perasa kerana rasanya agak pahit. Minumlah pada
waktu pagi ataupun petang," kata Dr. Mohd Said.

Bagi merawat demam panas pula, ambil beberapa helai daunnya yang segar.

Ramas dedaun itu dengan sedikait air sehingga agak lumat dan dan letakkannya diatas sehelai kain.

Demahkannya diatas kepala. Lakukan sehingga rasa panas berkurangan.


-
Pokok Belimbing Buluh
Belimbing Tanah Cegah
Darah Tinggi
Dari Keratan Akhbar Mingguan Malaysia

POKOK BELIMBING TANAH adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh secara meliar di kawasan lembah, tanah
lembab atau berlumut dan kaewasan lapang.

Tumbuhan uyang dalam botninya dikenali sebagai Averrhoa Spp ini adalah sejenis pokok yang bersaiz kecil dan
mempunyai batang berwarna hijau.

Akarnya pula jenis serabut, daunnya bercabang tiga dan bunganya berwarna ungu keputihan.

Menurut Pegawai di Pusat Sumber Genitik Tumbuhan, Institut Biosains UPM, Tajuddin Abdul Manap, tumbuhan
ini mempunyai khasiat dalam mencegah penyakit kencing manis dan darah tinggi.

"Berdasarkan pengakuan pengamal perunbatan tradisional, tumbuhan ini dikatakan sesuai untuk mencegah
penyakit kencing manis dan darah tinggi," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, pokok ini tidak boleh dianggap sebagai penawar untuk menyembuhkan dua jenis
penyakit tersebut kerana fungsinya lebih kepada pencegahan. Ini bererti, khasiat pokok ini hanya berkesan
apabila penggunaannya diamalkan selalu.

"Berdasarkan pengamal perubatan tradisional, khasiatnya berkesan jika kita menjadikannya sebagai amalan
dalam penjagaan kesihatan diri," katanya.

Bagi menghidari penyakit kencing manis,Tajuddin menjelaskan, daun belimbing tanah ini direbus sehingga
mendidih dan bila sudah suam, tapiskan air sebelum diminum.

"Buahnya pula jika kita makan, rasannya agak masam tetapi dikatakan cukup sesuai untuk mencegah penyakit
darah tinggi," katanya.

Tajuddin berkata, jika kaedah ini diamalkan selalu, insya-Allah kedua-dua jenis penyakit itu dapat dijauhkan.

Pokok Belimbing Tanah


Buah Keradang Untuk Awet
Muda
Dari Keratan Akhbar Mingguan Malaysia

ULAM mahupun sayuran sebenarnya tidak hanya tertumpu daripada jenis tumbuhan renek atau melata diatas
tanah atu memanjat.

Ada sesetengahnya terdiri daripada jenis tumbuhan yang sesuai dijadikan tempat teduhan, mempunyai buah dan
warna daun yang menarik.

Contohnya ialah POKOK KERADANG yang tumbuh rimbun dan sesuai dijadikan tempat teduhan. Pokok ini
mempunyai buah berwarna merah jambu dan unggu gelap pekat bila sudah matang.

Menurut Pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Intitut Biosains UPM, Tajuddin bin Abdul Manap, pokok
keradang atau nama botaninya carissa carandas, bukan sahaja cantik tetapi mempunyai khasiayt dari segi
kesihatan diri.

"Kalau ia berbuah lebat, pokok keradang ini kelihatan cantik kerana rimbunan hijau daun-daunnya bercampur
dengan buahnya berwarna merah jambu dan unggu gelap pekat.

Ini ditambah pula bunganya yang berwarna putih pecah lima," kata beliau ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut beliau sesetengah masyarakat Melayu percaya pokok yang sederhana tinggi dan berdaun keras serta
batangnya berduru keras ini mempunyai khasiat untuk awet muda.

Biasanya buah keradang yang sudah matang dimakan bersama ulam atau sayuran yang lain.

Namun begitu, buahnya yang sudah matang (warna ungu gelap pekat) itu bergetah bnila dipetik.

Sebab itulah, sebelum dicampur didalam mana-mana sayuran, ia harus direbus sehingga memdidih terlebih
dahulu.

"Mungkin kaedah itu adalah untuk menghilangkan keracunan getah yang ada pada buahnya itu. Rasanya agak
kelat. Tapi berdasarkan pengakuan beberapa pegamal perubatan tradisional, ia dikatakan boleh membantu
meningkatkan kesihatan diri," katanya.

Pokok Keradang
Hilangkan Panau Dengan
Daun Bunga Melur
Dari Keratan Akhbar Mingguan Malaysia

BUNGA MELUR merupakan sejenis tumbuhan yang sememangnya tidak asing bagi kita semua. Warnanya yang
putih suci dan keharuman baunya merupakan daya tarikan utama bunga ini, lebih-lebih lagi pada waktu pagi.

Titisan embun dan ditambah pula dengan kesegaran pagi menyebabkan kelopak bunga ini kembang mekar
mengeluarkan haruman yang cukup wangi.

Oleh itu, tidak hairanlah tumbuhan yang nama botaninya Jasmincun sambac ini diminati ramai, khususnya
mereka yang gemar menghidu haruman dan banyak ditanam sama ada dalam pasu atau di halaman rumah.

Pati bunga melur dari pokok jenis renek yang mempunyai daun hijau berkilat ini digunakan untuk menghasilkan
minyak wangi yang cukup menyamankan.

"Selain itu bunga melur juga mempunyai kegunaan dalam dunia perubatan tradisional, khususnya bagi merawat
demam panas dan juga panau," kata Pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Bio Sains, Universiti Putra
Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, tumpuan rawatan tersebut adalah pada daunnya yang hijau segar.

Beliau berkata, untuk merawat demam panas beberapa helai daunnya dicampur dengan beras dan seulas
bawang merah delam sebekas air.

"Kemudian ambil airnya untuk basuh kepala dan selepas itu lapkannya diseluruh badan. Amalkannya sehingga
badan terasa sejuk," katanya.

Untuk merawat panau pula, ambil beberapa helai daun bunga melur yang sudah dibasuh dan gosokkan pada
tempat yang dijangkiti panau.

"Lakukannya berulang kali. Biarkan hingga bekas gosokan tersebut kering," tambahnya.

Pokok Bunga Melur


Bunga Tahi Ayam Mujarab
Untuk Luka
Dari Keratan Akhbar Mingguan Malaysia

POKOK BUNGA TAHI AYAM menghasilkan bunga yang cantik dan warnanya sama ada kuning atau oren terang
memang menarik lagi sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan di halaman rumah.

Mungkin kerana baunya tidak seharum bunga mawar, melor, cempaka dan lain-lain, pokok bunga tahi ayam tidak
begitu diminati sebilangan orang.

Bagaimanapun, faktor bau tersebut tidak pula menyebabkan ramai di kalangan masyarakat hari ini
meminggirkannya sebagai tanaman hiasan, kerana pokok ini sebenarnya mempunyai khasiat yang tinggi dari
segi perubatan herba dan tradisional.

Menurut Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan Bio Sains UPM, Serdang, Selangor, Dr. Mohd Said Saad,
pokok ini mujarab untuk merawat luka-luka pada anggota badan.

"Pada asasnya tumbuhan ini mempunyai khasiat yang baik pada sudut perubatan herba kerana ia mempunyai
sifat antiseptik yang sesuai untuk merawat luka-luka pada tubuh badan," katanya dalam satu pertemuan di
pejabatnya.

Menurutnya lagi, sifat antiseptik tumbuhan yang dalam saintifiknya dinamakan sebagai Lantana camara ini,
terkandung pada lendir yang keluar dari daun-daunnya yang segar bila diramas.

"Kalau dipupuk daun-daun yang diaramaskan itu pada luka yang kita alami, ia mampu mengelakkan infeksi,
menghentikan darah keluar dan luka-luka cepat sembuh," katanya.

Malah, berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional tempatan, daun-daun pokok bunga
tahi ayam ini juga sesuai untuk merawat bengkak ataupun terseliuh pada anggota yang tertentu.

"Caranya adalah dengan meramas beberapa helai daunnya dan pupukannya di tempat yang bengkak atau
tenseliuh. Balutlah ia dengan sehelai kain dan biarkannya sehingga rasa bengkak itu hilang," ujarnya lagi.
Pokok Bunga Tahi Ayam
Butang Baju Siti Fatimah
Mengurangkan Rasa Sakit Gigi
Dari Keratan Akhbar Mingguan Malaysia

SAKIT gigi atau gusi bengkak, sememangnya antara penyakit yang kita kurang senangi. Kerana kesakitannya
sahaja boleh mengganggu sebahagian besar rutin harian kita.

Lebih-lebih lagi, kalau rutin harian kita memerlukan banyak bercakap dan bergerak ke sana ke mari.

Bagaimanapun, terdapat sejenis tumbuhan herba yang dipanggil subang nenek atau BUTANG BAJU SITI
FATIMAH yang boleh mengurangkan rasa kesakitan tersebut.

"Tumbuhan herba ini sesuai digunakan sementara untuk ke klinik pergigian," menurut Pegawai Penyelidik MARDI
Hilir Perak, Mohd. Jelani Bahaudin.

Menurut beliau, keberkesanan tumbuhan ini adalah berdasarkan pengakuan pengamal perubatan tradisional
yang ditemui.

"Saya sendiri yang menemui dan selepas menemubual beberapa pengamal perubatan tradisionai tentang khasiat
pokok tersebut.

"Mereka menyatakan keberkesanannya sudah terbukti sejak beberapa generasi sebelum ini, kata beliau ketika
ditemui, baru-baru ini.

Jelasnya tumbuhan yang nama saintifiknya, Sthenodesme Temtanara ini adalah senang tumbuh, khususnya di
kawasan yang lembap seperti tepi-tepi longkang yang berair.

Lebih-lebih lagi ujarnya, di kawasan kampung-kampung. Ia ditanam di tepi-tepi rumah sama ada sebagai
landskap ataupun herba.

"Pokok ini sememangnya senang tumbuh. Ia tidak memerlukan kita menyiram atau membajanya setiap hari,"
katanya.

Oleh itu tambahnya lagi, tidak hairanlah cara untuk menjadikannya sebagai bahan rawatan adalah agak mudah.

"Caranya adalah ambil beberapa helai daunnya dan bersihkan daun-daun tersebut terlebih dahulu. Kemudian,
tumbuklah daun-daun tersebut sehingga lumat dan selepas itu, sapulah di gigi atau gusi yang terasa sakit itu.

Selepas itu, anda pasti akan terasa semacam kebas di bahagian gigi atau gigi yang sakit, dan secara tidak
langsung ia boleh mengurangkan rasa sakit gigi," jelasnya lagi.
Pokok Butang Baju Siti Fatimah
Daun Cemperai Ubat Ulser
Mulut
Dari Keratan Akhbar Mingguan Malaysia

ULAM seolah-olah ada pertalian rapat dengan masyarakat Melayu. Mereka mempercayai amalan pemakanan
ulam setiap hari akan menjadikan seseorang awet muda.

"Ada benarnyn keyakinan mereka kerana memakan ulam boleh menyebabkan peredaran darah berjalan lancar
dan ia boIeh menyebabkan kulit kita selalu tegang," kata Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Universiti
Putra Malaysia (UPM), Dr. Mohd. Said Saad.

Katanya, ulam juga mempunyai kelebihan dalam merawat beberapa jenis penyakit tertentu.

Antara ulam yang berkhasiat ialah CEMPERAI atau nama botaninya Champereia griffihii.

"Selalunya daun pokok cemperai digunakan sebagai ulam, walaupun rasanya agak kelat," kata Dr. Mohd. Said.

Pokok cemperai yang sederhana besar mudah ditemui di kawasan kebun getah atau kelapa sawit. Daunnyn agak
keras dan bentuknya lurus menajam.

"Tetapi kita harus berhati-hati. Jika pokok cemperai ini tumbuh berhampiran pokok getah atau kelapa sawit, ia
mungkin beracub".

Antara kegunaan cemperai ialah untuk merawat ulser mulut. Menurut Dr. Mohd. Said, caranya ialah dengan
mengambil beberapa helai daun yang segar dan tumbuklah ia sehingga lumat.

"Bila sudah lumat, tampallah ia di kawasan mulut yang terkena ulser," ujarnya.

Rebusan akar pokok itu pula dipercayai dapat mengatasi masalah lemah anggota badan atau sengal-sengal
tulang.

"Rebus daunnyn dengan tiga gelas air hingga tinggal satu gelas. Minumlah pada waktu malam," katanya.

Pokok Cemperai
Delima Ubati Sakit Mata
Dari Keratan Akhbar Mingguan Malaysia

SELAIN pokok bunga atau sayuran, pokok buah-buahan turut dijadikan perhiasan di halaman rumah.

Tidak kira pokok itu bersaiz besar ataupun kecil, ia tidak penting kerana selain dapat mengeluarkan buah ia juga
sesuai dijadikati tempat berteduh.

Namun begltu, ada sesetengeh pokok buah-buahan turut mempunyai khasiat untuk kesihatan diri dan dapat
digunakan merawat penyakit tertentu.

Menurut pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM),
Tajuddin Abdul Manap, POKOK DELIMA dikatakan mempunyai khasiat tersebut.

Pokok itu yang dalam istilah botani dinamakan sebagai Punica granatum dikatakan sesuai untuk merawat batuk
biasa, melegakan sakit perut dan mencuci mata.

"Khasiat itu berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional," kata Tajuddin ketika ditemui
baru-baru ini.

Katanya, bagi merawat batuk beberapa biji buah delima yang muda dicuci terlebih dahulu sebelum dikisar
sehingga lumat.

Setelah itu tapiskan untuk dapatkan airnya sahaja . Minum air itu dan amalkannya untuk beberapa, hari.

"Bunganya yang segar pula sesuai untuk melegakan sakit perut dengan cara merebuskannya sehingga mendidih.
Tapiskan untuk dapat airnya. Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan," kata Tajuddin.

Air rebusan akar delima yang sudah dibersihkan pula boleh digunakan untuk mencuci mata yang sakit.

-
Pokok Delima
Daun Gajah Beranak Boleh
Ubat Demam Sejuk
Dari Keratan Akhbar Mingguan Malaysia

POKOK herba kali ini merupakan antara herba yang paling popular dalam ramuan perubatan tradisional
masyarakat Melayu.

Daunnya memanjang dan membulat di hujungnya.

Namun begitu, bentuk daun itu tidak pula menggambarkan bahawa nama panggilannya seakan-akan menyerupai
ciri-ciri itu.

Daun itu dipanggil GAJAH BERANAK atau nama saintifiknya Goniothalamus macrophyllus. Ia tergolong dalam
keluarga Annonaceae.

Tetapi kalau anda hanya mendengar namanya tanpa melihat rupa bentuk daunnya terlebih dahulu, pasti anda
akan menyangka saiz daunnya sebesar nama panggilan itu.

Daunnya bukanlah sebesar tapak kaki gajah. Bagaimana nama itu diperoleh, saya sendiri tidak tahu. Mungkln
kerana gajah suka kepadanya.

Ataupun kerana khasiatnya yang dianggap sebagai salah satu tumbuhan ubatan yang penting dalam perubatan -
tradisional Melayu," kata Renjer Baharuddin Alias sambil ketawa kecil ketika ditemui di Taman Etnobotani Institut
Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRTM).

Renjer Bahagian Tumbuhan Ubatan Herba FRTM itu menyatakan pokok gajah beranak sering digunakan oleh
masyarakat Melayu bagi merawat demam sejuk.

Cara merawat penyakit tersebut ialah dengan meminum air rebusan akar pokok gajah beranak.

"Ia berupaya memanaskan badan bagi mereka yang menghidap demam sejuk secara beransur-ansur,"
tambahnya.

Malah, keratan akar pokok itu juga digunakan sebagai ramuan ubat tanak terutama oleh kaum wanita selepas
bersalin.

"Keratan akarnya pula sering kali dijadikan sebagai tonik untuk menjaga kesihatan diri.

Namun begitu, bagi wanita hamil pengambilan akar gajah beranak adalah dilarang kerana boleh menyebabkan
keguguran," katanya.
Pokok Gajah Beranak
Daun Kaduk Sedap Dimakan
Mujarab Untuk Penyakit
Dari Keratan Akhbar Mingguan Malaysia

TIDAK dinafikan dibumi yang begini subur terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan, dan ada diantranya yang
baik untuk kesihatan, tak kiralah pokok tersebut terbiar ditepi-tepi longkang ataupun yang biasa ditanam dan
dijaga dengan baik.

Dan biasanya pokok-pokok yang menjadi hiasan di halaman atau dalam rumah kita, sememangnya mempunyai
khasiat pada sudut perubatan herba yang mungkin selama ini tidak kita ketahui.

Mungkin sesetangah daripada kita mengetahui hakikat tersebut atau kelebihannya. Sebab itulah pokok tersebut
ditanan kerana mudah apabila hendak digunakan dan kita tidak perlu meredah hutan atau kampung untuk
mendapatkannya.

Tetapi rasanya lebih ramai dikalangan kita yang lebih mengetahui kegunaan tumbuhan itu sekadar untuk hiasan
halaman rumah sahaja. Antara pokok tersebut adalah KADUK atau nama saintifiknya, Piper sarmentosum.
Daunnya seperti daun sirih tetapi lebih lembut. Kehijauannya agak lebih tua dan rasanya sedikit pedar dan pedas.

Menurut Pegawai Penyelidik MARDI Hilir Perak Mihd Jelani Bahaudin, terdapat banyak khasian sama ada pada
sudut penjagaan kesihatan dan juga rawatan penyakit tertentu.

Ini adalah berdasarkan pertemuaan saya dengan pengamal-pengamal perubatan tradisional dan mereka yang
mengamalkannya.

"Malah, pucuk pokok kadok turut digunakan sebagai ulam. Daunnya pula digunakan sebagai bahan penyedap
dalam masakan lemak," katanya. Beliau yang ditemui baru-baru ini menyatakan, antara khasiat yang agak
popular adalah untuk merawat penyakit sembelit, sakit gigi, malaria, cacing, lemah dan skit dalam tulang, batuk
dan panau.

Tambahanya lagi, kebayakan cara rawatan penyakit tersebut kecuali cacing, panau dan batuk, adalah merebus
seluruh pokok kaduk tersebut, bersama akarnya sekali dan rebus sehingga mendidih.

"Bila sudah mendidih sejukkan sekejap hingga ia sudah menjadi agak suam sedikit, ambil air rebusan tersebut
tan minulah perlahan-lahan," kata Mohd Jelani lagi. Tetapi bagi merawat cacing dalam perut, ujar beliau adalah
dengan mengambil beberapa helai daun kaduk yang segar.

"Daun-daun tersebut diramas-ramas setelah itu, dicampurkan dengan air. Kemudian, siramkan air itu keseluruh
badan," katanya.

Bagi batuk pula beliau menyatakan caranya ialah ambil beberapa helai daun kaduk - kisarkannya dengan sedikit
air sehingga agak lumat dan setelah itu, ambil daun yang telah dikisarkan untuk disapukan pada leher. Sama
juga untuk merawat penyakit panau. Jelas Mohd Jelani, ambil beberapa helai daunnya untuk ditumbuk sehingga
lumat.

"Kemudian pupukkannya pada bahagian yang dijangkiti panau tersebut," katanya.


Pokok Kaduk
Khasiat Istemewa Akar Kelulut
Dari Keratan Akhbar Mingguan Malaysia

KETIKA sebelum era sains dan teknologi ini, antara permainan yang cukup popular adalah buah daripada
POKOK KELULUT.

Apa tidaknya, selain pokok itu dendiri senang ditemui kerana habitatny dikawasan tanah terbiar, buahnya juga
mempunyai fungsi sebagai bahan permainan.

Walaupun buahnya adalah sebesar bijik mancis, tetapi ia sememangnya cukup senang terlekat pada pakian atau
kain sesaorang.

Ini disebkan buahnya itu disaluti oleh bulu yang sememangnya agak sensitif pada pakaian ataupun kain yang kita
pakai.

Oleh itu, tidak hairanlah, selain dari membalingnya, kalau kita terlanggar pokok itu pun, buah-buahnya akan
terlekat pada fabrik kita.

Bagaimanapun menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi MARDI,
serdang, Dr. Ahmad Zamzam Mohamed, pokok ini turut mempunyai keistimewaan dari aspek perubatan herba.

"Kelulut atau nama saintifiknya, Urena lobata, mempunyai keistimewaan yang nyata jika dilihat pada aspek
perubatan herba atau tradisional," katanya.

Beliau menambah, hakikat ini adalah berdasarkan kepada pengakuan pengamal-pengamal perubatan
tradisional," katanya lagi.

Antara keistimewaannya, jelas beliau adalah untuk mengurangkan sakit gigi. Caranya ialah mengambil akar
pokok kelulut tersebut.

Caranya yang sering diamalkan adalah ambil akar pokok kelulut dan bersihkannya terlebih dahulu. Kemudian
kunyahkanny perlahan-lahan.

Akar pokok kelulut juga, tambah Dr Zamzam lagi, turut digunakan bagi merawat demam yang berpanjangan.
Katanya akar tersebut ditumbuk terlebih dahulu sehingga agak lumat sedikit dan setelah itu, kisarkanya dengan
sedikit air.

Selepas itu, tapiskannya bagi mendapatkan air atau jusnya. Dan minumlah secara perlahan-lahan.

Tetapi untuk merawat luka-luka pula, kata beliau, adalah agaknya berlainan sedikit, walaupun ia mudah
dilakukan.

"Caranya adalah ambil beberapa helai daunnya. Tumbuk sehingga lumat dan pupukkannya ditempat luka
tersebut," katanya.
Pokok Kelutut
Daun Lakum Merawat Ibu
Selepas Bersalin
Dari Keratan Akhbar Mingguan Malaysia

POKOK LAKUM yang kadang-kadang dikenali sebagai ubi kertas adalha sejenis tumbuhan yang kaya
khasiatnya dalam perubatan herba.

Biasanya permukaan bahagian bawah daunnya yang muda berwarna putih melepak dan bila sudah tua ia
bertukar menjadi coklat.

Tumbuhan yang mempunyai daun yang bergerigi di bahagian tepi ini adalah sejenis tumbuhan yang memanjat
dan menjalar.

Menurut Renjer di Bahagian Tumbuhan Ubatan Herba Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
Baharuddin Alias, pokok yang dalam botaninya dikenali sebagai Vitis diffusa ini mempunyai khasiat yang baik.

Berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan herba, tumpuan khasiat pokok ini tertumpu pada daun
dan ubinya.

"Lakum sesuai untuk perempuan selepas bersalin dan kanak-kanak yang mengalami bisul atau kudis yang tidak
mempunyai mata," katanya.

Bagi rawatan perempuan selepas bersalin, ambil beberapa helai daun pokok lakum yang telah dikeringkan dan
rebus daun itu sehingga mendidih.

Bila sudah suam, minulah air rebusan itu perlahan-lahan dan amalkan pada waktu pagi setiap hari.

"Tapi daun lakum hendaklah dikeringkan dalam rumah dan bukannya di bawah cahaya matahari," kata
Baharuddin.

Untuk penyakit kudis atau bisul yang tidak bermata pula, cara rawatanya adalah dengan mengambil seulas ubi
pokok lakum yang telah dikeringkan dan asah ubi itu.

Kemudian celup dalam air dan sapu di tempat yang terkena bisul atau kudis tersebut sehingga sembuh, katanya.
Pokok Lakum
Daun Lembiaga Merawat
Telinga Bernanah.
Dari Keratan Akhbar Mingguan Malaysia

PADA kebiasaannya jika tumbuhan herba itu bergetah, manusia sering menggunakannya untuk rawatan luaran
sahaja seperti luka atau bisul.

Kita dinasihat supaya mengelak daripada menggunakannya bagi rawatan dalaman kerana tumbuhan yang
mengeluarkan getah ini biasanya beracun.

Bagaimanapun, POKOK LEMBIAGA agak berlainan sedikit. Walaupun tumbuhan ini mengeluarkan getah jika
dipatahkan dahan atau daunnya, tetapi getahnya tidak beracun.

Menurut pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains UPM, Tajuddin Manap, ada spesies
kupu-kupu (ulat) yang boleh hidup pada daun lembiaga.

Katanya, spesies ulat itu boleh membina sarang dan membiak dengan segar pada tumbuhan itu yang dalam
istilah botani dinamakan sebagai Calotropis gigantea.

"Bagaimana ulat boleh hidup dan membiak dengan segar pada pokok itu memang menghairankan," akui beliau
ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Menurut Tajuddin, berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional, tumbuhan itu yang sering
ditemui di kawasan berpasir boleh merawat beberapa jenis penyakit.

Getah yang dihasilkannya dikatakan sesuai untuk merawat telinga bernanah, sakit gigi dan resdung.

"Bagi telinga yang bernanah caranya adalah dengan mengambil sehelai daun dan dilayurkan atas api.

Setelah permukaan daun itu agak basah, perahkan air dan daun itu ke dalam telinga yang bernanah," katanya.

Untuk sakit gigi pula, patahkan mana-mana dahan atau daun pokok lembiaga untuk mendapatkan getahnya dan
sapu atau titiskan getah itu ke tempat gigi yang sakit.

"Untuk penyakit resdung pula, kalau mengikut pengamalnya adalah dengan membakar beberapa helai daun yang
telah dikeringkan.

Hidu asap itu. Semasa menghidu asapnya, hidung kita terasa perit dan akan mengeluarkan lendir. Amalkannya
sehingga kita terasa lega," katanya.
Pokok Lembiaga
Daun Nilam Mencegah
Serangga
Dari Keratan Akhbar Mingguan Malaysia

NYAMUK, lalat, tikus, lipas malah apa jua jenis serangga perosak sekalipun, memang mengganggu keselesaan
kita.

Ini kerana kebanyakan serangga bukan hanya membawa penyakit, bahkan kemunculannya di rumah boleh
menjejaskan kerja seharian dan imej kita yang mungkin dianggap pengotor oleh orang lain.

Pelbagai cara diamalkan untuk menghapuskan kemunculan serangga, namun cara yang paling lazim adalah
menggunakan racun pemusnah serangga yang dijual di pasaran.

Walaupun penggunaan racun serangga itu memang berkesan, tetapi biasanya ia hanya sebagai langkah
sementara dan kesannya hanya untuk jangka masa yang singkat.

Bagaimanapun, mungkin ada kalangan kita yang menggunakan tumbuhan tertentu untuk menghapuskan
makhluk perosak tersebut.

Antaranya adalah POKOK NILAM atau dari segi botani dikenali sebagai Pogostemon cablin yang dikatakan
sesuai untuk menghapuskan serangga perosak.

Pokok ini adalah dari jenis renek dengan batang bercabang dan tumbuh dalam bentuk rimbun. Ia sering ditanam
di kawasan kampung.

Daunnya pula berbentuk bujur dan bergigi di tepi serta mempunyai permukaan yang seolah-olah berbulu.

Menurut pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Biosains UPM, Tajuddin Abdul Manap, tumbuhan yang
jenis payah berbunga ini dikatakan mempunyai bau yang tidak digemari oleh serangga perosak.

"Ia seolah-olah bersifat antiserangga. Bendasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan herba, pokok ini
bagi manusia mempunyai bau yang wangi semerbak.

Mungkin benar kerana serangga perosak tidak gemar suasana yang wangi. Mereka cepat membiak jika kawasan
rumah kita busuk dan kotor", katanya.

Malah jelas beliau, daunnya juga bersifat antiseptik yang sesuai untuk mencuci dan mengembalikan kewangian
kepada pakaian kita.

Tajuddin berkata, air ramasan daunnya yang dicampurkan air hampas teh-O sering digunakan sebagai air bilasan
bagi mengambalikan kewangian kain batik.

"Selain itu, daun pokok ini juga dikatakan mengeluarkan pati minyak yang boleh dibuat minyak wangi", katanya.
Pokok Nilam

You might also like