You are on page 1of 4

SULIT

946/1 PPSTPM2008

PENGAJIAN PERNIAGAAN

KERTAS 1
(Tiga Jam)

SMK MATANG JAYA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM TAHUN 2008

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN

Jawab empat soalan sahaja: semua soalan dalam Bahagian A dan dua soalan dalam
Bahagian B.

Semua kerja penghitungan hendaklah ditunjukkan dengan jelas.

Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung[ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 4 halaman bercetak


Bahagian A

Jawab semua soalan.

1 (a) Huraikan bagaimana faktor ekonomi mempengaruhi aktiviti perniagaan. [2]

(b) Terangkan tiga peranan untung dalam perniagaan. [3]

(c) Nyatakan empat kepentingan misi sesebuah organisasi. [2]

(d) Huraikan tiga kepentingan pengorganisasian. [3]

(e) Jelaskan dua kegunaan Carta Gantt. [2]

(f) Bezakan antara kelebaran dan kedalaman campuran produk. [2]

(g) Jelaskan maksud ekuiti dan hutang. [3]

(h) Terangkan prinsip penuh percaya dalam konteks insurans. [3]

(i) Nyatakan tiga ciri pemikiran kreatif. [3]

(j) Nyatakan dua alat pembuatan keputusan secara kuantitatif . [2]

2 (a) Dengan memberikan gambar rajah, nyatakan peringkat-peringkat


kitaran hayat keluaran dan huraikan ciri-ciri setiap peringkat tersebut. [10]

(b) Jelaskan dua konsep fungsi perniagaan di bawah

(i) Campuran pemasaran


(ii) Campuran promosi [6]

(c) Jelaskan tiga kategori penyelesaian masalah yang boleh dilakukan


oleh En Ahmad di dalam membuat keputusan pembelian produk. [9]

2
Bahagian B

Jawab dua soalan sahaja

3 (a) Huraikan lima unsur persekitaran tugas yang mempengaruhi


perindustrian kereta di Malaysia. [15]

(b) Terangkan ciri-ciri dan peranan yang dimainkan oleh sektor awam,
swasta dan badan berkanun dalam membangunkan perniagaan
di Malaysia. [10]

4 (a) Syarikat Masa Sdn. Bhd. merupakan sebuah kilang yang mengeluarkan
jam tangan berjenama Watch. Huraikan langkah-langkah dalam proses
pengawalan bagi pengeluaran jam tangan di kilang tersebut. [6]

(b) Pihak syarikat bercadang menjual jam tangan dengan harga RM120
seunit. Kos berubah ialah 60% daripada harga jualan dan kos tetap
adalah sebanyak RM500 000.

(i) Hitung kuantiti jualan yang menghasilkan pulang modal dan jumlah kos
operasi yang terlibat pada kuantiti jualan tersebut. [3 ]

(ii) jika pihak syarikat meramalkan kuantiti jualan jam tangan dalam sebulan
ialah 20 000 unit, hitung dan tentukan sama ada syarikat tersebut
mengalami untung atau rugi pada kuantiti jualan tersebut. [3]

(iii) Hitung harga jualan seunit jam tangan bagi pengeluaran 20 000 unit
jam tangan dalam mencapai titik pulang modal. [3]

(c) Terangkan proses yang perlu dilalui untuk pembinaan sesebuah pasukan. [10]

5 (a) Huraikan pendekatan kontigensi dalam pengurusan. [10]

(b) Huraikan teori motivasi oleh Abraham Maslow [5]

(c) Huraikan perkara-perkara yang berikut :


(i) Jangkauan kawalan dan rantaian arahan
(ii) Delegasi
(iii) Misi dan objektif
(iv) Hierarki pengurusan [10]

3
6) (a) Latihan dan pembangunan ialah satu daripada aspek penting
dalam pengurusan sumber manusia.

(i) Huraikan maksud latihan dan pembangunan serta


kepentingannya kepada pekerja. [11]

(ii) Nyatakan tiga kelebihan dan tiga kelemahan latihan


sambil bekerja. 6]

(b) Jelaskan langkah-langkah yang terlibat dalam proses tindakan disiplin. [8]

7 (a) Huraikan tiga kemahiran pengurusan yang sangat diperlukan


oleh pengurus atasan. [9]

(b) Jelaskan tiga tanda ketegangan berkaitan dengan individu. [6]

(c) Huraikan empat kaedah yang boleh digunakan oleh organisasi


bagi mengatasi masalah ketegangan . [10]

8 (a) Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan langkah-langkah dalam


proses pembuatan keputusan yang perlu diambil oleh pengurus
syarikat tersebut. [12]

(b) Jelaskan dengan mengenal pasti jenis-jenis keputusan yang terlibat


dalam contoh di bawah:

(i) Penetapan gaji pekerja mengikut skil dan gred


(ii) Mereka bentuk dan memasarkan suatu produk baru
(iii) Syarikat mendermakan 1% daripada keuntungan untuk kebajikan
anak-anak yatim
(iv) Pesaing membuka pernigaan berhampiran dengan syarikat kita [8]

(c) Jelaskan maksud sikap proaktif yang dikemukakan oleh Stephen Covey. [5]

Kertas soalan tamat

You might also like