Professional Documents
Culture Documents
BAHAGIAN I
PENGENALAN
Kesemua benda yang wujud di persekitaran kita merupakan warga alam sekitar, termasuklah manusia, haiwan, tumbuhan, batuan, mineral dan apa sahaja yang wujud di persekitaran kita. Secara umumnya warga alam sekitar ini boleh dipecahkan kepada dua komponen utama iaitu, komponen biotik dan komponen abiotik. Komponen biotik merupakan kesemua organisma hidup yang saling bersandaran dan berinteraksi antara satu sama lain di persekitarannya. Sementara komponen abiotik terdiri dari komponen fizikal yang menyokong kelangsungan hidup komponen biotik contohnya, air, tanah, cahaya dan suhu. Oleh kerana bumi merupakan sistem biosfera yang tertutup maka, kedua-dua komponen ini saling bersandaran dan berinteraksi antara satu sama lain untuk mewujudkan satu keseimbangan. Setiap warga alam sekitar yang wujud di sekitaran mempunyai peranan dan kepentingan yang tersendiri. Perlu di ingatkan bahawa kepelbagaian warga alam sekitar ini telah memberikan banyak perkhidmatan secara percuma kepada manusia seperti, sistem takungan air, angin untuk menyejukkan badan, bahan bakar untuk menggerakkan enjin dan pelbagai contoh lain lagi. Namun akibat dari sifat tamak dan kerakusan manusia kita semakin alpa dan terlupa mengenai kepentingan warga alam sekitar. Sebagai warga yang bertanggung jawab kita seharusnya selalu mengingatkan diri bahawa apa yang kita miliki di sekitaran kita adalah amanah dari generasi yang akan datang sekiranya tiada langkah untuk menghargai warga alam ini apakah yang akan kita wariskan kepada generasi akan datang?. Dalam kerja kurus ini akan membincangkan mengenai komponen yang membentuk warga alam sekitar, bagaimana komponen tersebut berfungsi dan kesannya dalam membentuk satu kestabilan dalam ekosistem.
bukan hidup).
BAHAGIAN II
Page 2
2.1
Pengelasan Warga Alam Sekitar (Organisasi Warga Alam Sekitar) Pendedahan dan pengetahuan mengenai pengelasan warga alam sekitar adalah penting bagi mendapatkan gambaran umum mengenai warga alam sekitar dan perkara yang akan ditekankan dalam perbincangan mengenai warga alam sekitar. Rajah 1.1 menunjukkan pengelasan warga alam sekitar:
RAJAH 1.1
Melalui rajah 1.1 dapat dilihat bahawa warga alam sekitar boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu, benda hidup dan benda bukan hidup. Benda hidup atau lebih dikenali sebagai organisma hidup, boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu haiwan dan tumbuhan. Sementara benda bukan hidup kemudiannya di pecahkan lagi kepada dua kumpulan yang utama iaitu, wujud secara semula jadi dan buatan.
2.2
Pembentukan Sistem Pengelasan Oleh kerana terdapat berbilion benda yang tergolong dalam warga alam sekitar, maka ia memerlukan satu sistem pengelasan yang sistematik mengikut persamaan ciri yang tertentu untuk memudahkan kita memahami setiap warga tersebut. Pembinaan sistem pengelasan adalah berdasarkan kaedah kekunci dikotomi, di mana menggunakan persamaan dan perbezaan ciri yang dipamerkan oleh organisma tersebut. Sebagai contohnya ialah pengelasan benda hidup berdasarkan benda hidup berdasarkan kepada ciri hidupan tersebut (haiwan dan tumbuhan). Kemudiannya pengelasan ini boleh di perkecil kepada bahagian-bahagian yang lebih kompleks seperti haiwan bertulang belakang dan haiwan tidak bertulang belakang,
Page 3
2.3
Kepentingannya Sistem Pengelasan Sistem pengelasan ini merupakan kaedah yang dicipta bagi memudah cara untuk mengkaji warga alam sekitar. Di samping itu juga kaedah ini dapat mengumpulkan organisma yang mempamerkan ciri yang sama oleh kerana itu dapat memudahkan untuk mengenal pasti dan meletakkan warga yang baru dikenal pasti dalam kumpulan yang berkaitan. Tambahan pula dengan adanya sistem pengelasan ini dapat memberikan satu nama yang khusus untuk kumpulan warga tersebut contohnya benda bukan hidup yang semula jadi maka kesemua benda yang tidak mempamerkan ciri-ciri benda hidup dan wujud secara semula jadi digolongkan dalam kumpulan benda bukan hidup semula jadi. Tanpa sistem pengelasan yang sistematik kajian lanjut untuk mengetahui kegunaan dan ciri-ciri bagi setiap warga adalah begitu sukar, terutama bagi warga yang baru ditemui. Keadaan ini boleh di analogi sebagai sebuah perpustakaan yang mempunyai buku yang banyak tetapi tidak tersusun mengikut kategori, adalah menyukarkan bagi pelanggan perpustakaan tersebut untuk mendapatkan maklumat berdasarkan buku yang diperlukan, berbanding dengan perpustakaan yang tersusun rapi mengikut kategori yang tertentu.
Page 4
BAHAGIAN III
3.1
Pengenalan Kepada Benda Bukan Hidup Tanpa kita sedari sebahagian besar dari benda yang wujud di persekitaran kita terdiri dari benda bukan hidup. Benda hidup merupakan benda yang tidak memiliki kehendak, tidak boleh membesar tidak boleh bergerak dengan sendirinya tanpa bantuan dan juga tidak boleh membiak.
Page 5
GAMBAR FOTO 3.1 Taman Permainan Kanak-kanak 3.2 Pengelasan Benda Bukan Hidup RAJAH 3.1 Peta Konsep Benda Bukan Hidup Benda bukan hidup boleh dikelaskan kepada dua kumpulan yang utama iaitu yang wujud secara semula jadi atau wujud secara buatan. Benda bukan hidup yang wujud secara semula jadi adalah seperti bahan mineral, pada kebiasaannya bahan-bahan ini wujud dalam kerak bumi dan diekstrak keluar oleh hidupan untuk memenuhi keperluan asas mereka dan di gunakan tanpa di olah menjadi bahan lain atau kemudiannya di olah menjadi sesuatu bahan lain yang bersesuaian dengan kehendak mereka. Kebanyakan benda hidup yang wujud secara semula jadi ini mempunyai bekalan yang terhad di mana bahan ini tidak boleh diperbaharui atau mengambil masa yang cukup
Warga Alam Sekitar (Bahagian A) Page 6
Alam sekitar adalah himpunan daripada benda hidup dan benda bukan hidup.
Rajah 3.3.1: Mini-persekitaran yang menunjukkan pergantungan benda hidup dan benda bukan hidup. Merujuk pada rajah 3.3.1 di atas, menunjukkan benda hidup yang terdapat dalam mini-persekitaran ini ialah ikan dan tumbuhan. Manakala benda bukan hidup ialah air, batu, kayu buruk dan udara. Semua benda ini berinteraksi di dalam persekitaran ini. Ikan
Warga Alam Sekitar (Bahagian A) Page 7
3.3 Kesan Kepelbagaian Dan Taburan Keterdapatan Benda Bukan Hidup. Taburan bermaksud di mana organisma itu dijumpai. Ini mungkin mengambil masa bertahun, bermusim, ataupun siang dan malam. Kewujudan pelbagai jenis benda bukan hidup, benda hidup dapat menjalankan fungsi-fungsinya terhadap alam sekitar
Warga Alam Sekitar (Bahagian A) Page 8
Page 9
BAHAGIAN IV KEPELBAGAIAN BENDA HIDUP 4.2 Pengenalan kepada Benda Hidup Benda hidup merupakan struktur kompleks yang tidak terdapat dalam benda bukan hidup. Secara fundamental, benda hidup terbina daripada unit-unit sel. Daripada unit-unit sel yang sama ini akan membentuk lapisan tisu. Setiap sel dalam tisu mempunyai struktur yang sama dan menjalankan fungsi yang sama. Kombinasi tisu yang berbeza akan membentuk organ seperti hati dan buah pinggang. Seterusnya apabila organ yang berbeza menjalankan fungsi yang sama akan membentuk sistem organ. Sesuatu organism adalah terbentuk daripada pelbagai siri sistem organ yang kompleks. 4.3 Pengelasan benda hidup Secara umumnya sistem pengelasan benda hidup yang diguna pakai hari ini terbahagi kepada 5 kumpulan iaitu haiwan, tumbuhan, fungi, bacteria dan organisma mudah (simple organism).
RAJAH 4.1 Peta Konsep Benda Hidup 4.2.1 Pengelasan Haiwan Haiwan boleh dikelaskan kepada dua iaitu Vertebrata dan Invertebrata. Haiwan yang mempunyai tulang belakang di kenali sebagai Vertebrata manakala haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang dikenali sebagai invertebrata. Kedua-dua kelas vertebrata dan invertebrata ini kemudiannya dikelaskan kepada kumpulan-kumpulan kecil.
Warga Alam Sekitar (Bahagian A) Page 10
Gambarajah 4.2.1.1: Gambarajah menunjukkan pengelasan haiwan invertebrata Vertebrata Haiwan ini dikelaskan kepada lima kumpulan iaitu ikan, amfibia, reptilia, burung dan mamalia. Terdapat beberapa karakter yang digunakan untuk mengelaskan haiwan vertebrata iaitu habitat, suhu badan, bentuk pergerakan, cara pembiakan dan cara mereka beraspirasi.
1) Ikan Ikan merupakan haiwan berdarah sejuk yang tinggal di dalam air. Pergerakan mereka adalah bergantung kepada ekor dan sirip yang membolehkan mereka berenang dengan pantas. Pembiakan Ikan adalah dengan cara penghasilan telur di permukaan air dan telur tersebut akan disenyawakan di luar badan (external fertilization). Ikan bernafas atau menerap oksigen dengan menggunakan insang. 2) Reptilia Habitat bagi kumpulan reptilia adalah di darat dan kadangkala di air. Haiwan ini tergolong daripada kumpulan berdarah sejuk. Reptilia mempunyai struktur kulit yang kering dan bersisik.
Warga Alam Sekitar (Bahagian A) Page 11
5) Mamalia Kebanyakan haiwan daripada kumpulan ini tinggal di darat manakala sesetengahnya tinggal di air. Haiwan ini merupakan haiwan berdarah panas dan bernafas dengan menggunakan paru-paru. Seluruh badan haiwan mamalia ini dipenuhi rambut dan bulu. Kebanyakan mamalia kecuali duck-billed platypus melahirkan anak, di mana telur yang dihasilkan oleh mamalia betina akan disenyawakan melalui persenyawaan dalaman dan perkembangan embrio akan berlaku di dalam tubuh mamalia betina. Keistimewaan mamalia ini adalah kebolehan untuk menyusukan anak yang dihasilkan oleh kelenjar mameri. Contoh-contoh haiwan mamalia ialah arnab, dolphin dan kelawar. 4.2.2 Pengelasan tumbuhan
Page 12
Gambarajah 4.2.2.1 : Gambarajah menunjukkan Pengelasan Tumbuhan Tumbuhan di kelaskan kepada dua iaitu tumbuhan yang berbunga dan tumbuhan yang tidak berbunga.
1) Tumbuhan berbunga Ciri-ciri tumbuhan berbunga ialah mempunyai akar, stem dan daun. Selain itu tumbuhan berbunga menghasilkan bunga hasil daripada pembiakan. Ciri-ciri lain bagi tumbuhan berbunga adalah ia menghasilkan biji benih. Biji benih terdiri daripada dua komponen iaitu plumul, radikel. Plumul akan membentuk pucuk manakala radikel akan membentuk akar. Kotiledon adalah bahagian penting yang akan membentuk embrio yang berasal daripada benih tumbuhan. Biji benih ini yang akan bercambah membentuk tumbuhan baru. Tumbuhan berbunga dikelaskan kepada bilangan kotiledon pada biji benih iaitu samada satu (mono) or dua (di) kotiledon. a) Monokotiledon
Page 13
struktur batang pula kurang tumbuhan jenis ini adalah contoh tumbuhan
Gambarajah 4.2.2.2: Gambarajah menunjukkan contoh benih monokotiledon b) Dikotiledon Tumbuhan jenis ini mempunyai dua kotiledon. Ciri-ciri lain bagi tumbuhan dikotiledon ialah membunyai daun yang berurat selirat. Struktur akar bagi tumbuhan ini adalah tunjang manakala struktur batang keras dan berkayu. Antara contoh-contoh tumbuhan dikotiledon ialah bunga matahari, bunga raya, bunga mawar dan pokok durian.
b) Mosses ( lumut) Mosses merupakan tumbuhan ringkas tidak yang mempunyai akar tidak ini
batang dan daun yang kecil tetapi sebaliknya mempunyai rhizome. memerlukan substrat untuk dan nutrien daripada atmosfera. spora. Contoh mosses ialah moss dan liverwort.
mempunyai
Tumbuhan
darat dalam keadaan yang lembap dan redup. Pembiakan mosses adalah melalui pembentukan
Page 15
c) Ferns
paku-
pakis)
Tumbuhan jenis paku-pakis ini mempunyai struktur akar, batang dan daun. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di darat dalam keadaan tanah yang lembap dan tempat yang redup. Pembiakan tumbuhan ini adalah melalui pembentukan spora. Contoh bagi fern ialah Birds nest fern dan stags horn fern.
Gambarajah 4.2.2.6: Gambarajah menunjukkan contoh fern (paku-pakis) d) Conifer Tumbuhan jenis ini mempunyai struktur akar, batang yang seperti jarum. Conifer tidak menghasilkan pembiakan. spruce. spora yang Contoh-contoh
sebenar, serta daun yang berbentuk mempunyai bunga tetapi sebaliknya juga berperanan sebagai benih untuk bagi conifer ialah pokok pine dan
Page 16
4.3
Kepentingan benda hidup terhadap alam sekitar Dalam ekosistem tertentu, wujudnya pelbagai organisma. Kebanyakan organisma dalam
suatu tempat akan hidup bersama-sama dan akan bergantungan antara satu sama lain, lalu berinteraksi mewujudkan keseimbangan dalam ekosistem. Ekosistem yang seimbang dapat mengelakkan Haiwan dan tumbuhan adalah hidup saling bergantungan. Tumbuhan memperoleh makanan melalui cahaya matahari untuk menjalankan fotosintesis. Gas karbon dioksida pula diperolehi daripada haiwan yang menjalankan proses respirasi. Di sebaliknya pula haiwan berespirasi menggunakan oksigen yang dilepaskan oleh tumbuhan yang menjalankan fotosintesis.
BAHAGIAN V
1.1
Page 17
b) Simbiosis Dalam hubungan ini organisma yang berbeza tetapi tinggal bersama dan mempunyai hubungan yang rapat, terdapat tiga pecahan hubungan yang terletak di bawah simbiosis iaitu komensalisme, parasitima dan mutualisma. Hubungan ini mendatangkan faedah kepada host dan juga penumpang kecuali hubungan parasit di mana penumpang mendapat keuntungan manakala host mengalami kerugian akibat kerugian kerana penumpang mengambil nutrient daripada host. Contoh :
Warga Alam Sekitar (Bahagian A) Page 18
GAMBAR FOTO 5.2 Menunjukkan Hubungan Simbiosis Antara Clown Fish dengan Terumbu Batu Karang 1.1 Jaringan Pemakanan Apabila
Jaringan pemakanan terdiri daripada rantai makanan yang menunjukkan bagaimana tenaga dipindahkan dari tumbuhan (pengeluar) kepada haiwan (pengguna). bakteria menjadi mineral ringkas. Contoh: organisma dalam rantai makanan mati ia akan diuraikan oleh pengurai seperti fungi dan
Page 19
RAJAH 5.1 Contoh Rantai Makanan a) Populasi Spesies Dalam Jaringan Pemakanan Mengambil contoh jaringan pemakanan dalam kolam:
Page 20
RAJAH 5.2 Contoh Jaringan Pemakanan Organisma di dalam kolam saling bersandaran antara satu sama lain untuk mendapatkan bekalan makanan. Peningkatan jumlah pemangsa ikan akan menyebabkan pengurangan jumlah ikan dalam kolam disebabkan banyak ikan menjadi mangsa. Sementara itu, jumlah berudu akan meningkat kerana populasi ikan yang berkurangan. Apabila populasi berudu meningkat akan menyebabkan pengurangan populasi alga di dalam kolam. Maka, dapat dilihat bahawa sebarang perubahan yang berlaku dalam mana-mana spesies yang berada dalam ekosistem yang sama akan menyebabkan perubahan secara keseluruhan terhadap ekosistem kawasan tersebut. Kesimpulannya rantai makanan merupakan satu jaringan yang memastikan keseimbangan ekosistem dengan mengawal populasi organisma dalam setiap aras dalam rantai makanan.
1.1
GAMBAR FOTO 5.1 Proses Sesaran Pada batuan Oleh Lumut dan Paku-Pakis Lumut ini akan mempercepatkan lagi proses pemecahan batuan tersebut disebabkan cengkaman akar dan lembapan yang menyebabkan kesan pemelarutan melalui tindak balas kimia berlaku terhadap batuan tersebut. Setelah satu tempoh tertentu tumbuhan yang lebih besar (terutamanya jenis fern) pula akan mula mendiami kawasan di atas batuan tersebut yang mula membentuk lapisan tanah top soil yang begitu kaya dengan mineral. Tumbuhan yang lebih besar ini memiliki akar yang lebih kuat dan akan menembusi celahan batuan dan membentuk rekahan yang akan mempercepatkan lagi proses pemecahan batuan di samping mendapatkan keperluan mineral dari tumbuhan.
BAHAGIAN VI
Warga Alam Sekitar (Bahagian A) Page 22
6.1
Kepentingan Warga Alam Sekitar Yang Sihat Terdapat sebilangan besar perkhidmatan penting yang kita perolehi dari kepelbagaian warga alam sekitar yang kita perolehi secara percuma. Namun begitu keadaan ini semakin berubah dan warga alam sekitar semakin mengalami kepupusan dan terancam. Oleh kerana itu satu langkah drastik haruslah diambil untuk memastikan pembangunan dilakukan dengan mengambil kira kepentingan warga alam sekitar yang lain. Di antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh warga alam sekitar secara percuma kepada manusia ialah, Perkhidmatan ekosistem seperti perlindungan sistem bekalan air (sistem takungan air), pembentukan tanah dan perlindungan (proses sesaran), penyimpanan nutrien dan kitaran semula, pemecahan bahan pencemar dan penyerapan, Kestabilan cuaca dan perubahan monsun dan kestabilan ekosistem. Sumber biologi seperti makanan, perubatan dan penemuan bahan untuk perubatan, produk kayu kayan, bank genetik. Faedah sosial seperti kajian, pendidikan dan pemerhatian, rekreasi dan pelancongan dan nilai kebudayaan.
6.2
Warga Alam Sekitar Terancam dan Hampir Pupus Sebahagian besar warga alam sekitar di dunia mengalami masalah hidupan terancam disebabkan oleh aktiviti manusia seperti : Pembalakan tidak terancang dan secara haram Pemburuan tidak terkawal dan secara haram Pembangunan tidak terancang
Kebanyakan warga alam sekitar mengalami masalah eksploitasi terlampau oleh manusia melalui pemburuan secara haram untuk mendapatkan faedah keuntungan dari bahagianbahagian tertentu pada haiwan, tumbuhan (contohnya; gading gajah, kulit harimau dan akar kayu) dan bahan semula jadi seperti petroleum, gas asli dan logam yang mempunyai nilai komersial yang tinggi.
Warga Alam Sekitar (Bahagian A) Page 23
6.2
Peranan Manusia dalam Mengatasi Masalah Kepupusan Warga Alam Sekitar Kaedah terbaik untuk menyelamatkan warga alam sekitar dari mengalami kepupusan ialah melalui pemeliharaan dan pemuliharaan. Pemeliharaan bermaksud pengurusan bijak, berhati-hati dan sistematik untuk mengelakkan pembaziran, kehilangan dan kerosakan kepada sumber. Pemuliharaan pula bermaksud melindungi warga alam sekitar di sekitaran supaya berada dalam keadaan keseimbangan. Perkara ini penting bagi memastikan : Melindungi habitat semula jadi dari mengalami gangguan. Mengelakkan dari mengalami kemerosotan mendadak warga alam sekitar seperti kekurangan sumber bekalan petroleum. Menjaga kestabilan populasi spesies terancam. Di antara langkah yang boleh diambil untuk ke arah pemeliharaan dam pemuliharaan warga alam semula jadi ialah: Pembalakan terancang Penanaman semula Pewartaan kawasan hutan simpan Pendidikan Penguatkuasaan undang-undang
6.3
Kaedah Dalam Menerapkan Semangat Memahami Dan Menghargai Warga Alam Sekitar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah. Sekolah merupakan institusi penting dalam mendidik murid-murid agar lebih menghargai warga alam sekitar. Ini kerana masa inilah mereka belajar tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar serta kesan-kesan sekiranya alam sekitar tidak dipelihara. Terdapat beberapa kaedah dalam menerapkan semangat memahami dan menghargai warga alam sekitar, antaranya ialah melalui pendidikan iaitu dengan memasukkan topik pemeliharaan
Page 24
Kesimpulan Secara umumnya dapat dilihat bahawa, setiap warga alam sekitar saling memerlukan satu sama lain untuk meneruskan kemandirian spesiesnya. Setiap warga alam sekitar itu mempunyai peranan yang tertentu dalam menentukan keseimbangan ekosistem, tidak kira sama ada ia terdiri dari benda bukan hidup atau benda hidup. Kepupusan sebahagian dari warga alam sekitar contohnya pokok-pokok akan memberikan satu timbal balas dalam bentuk kerugian iaitu masalah pencemaran udara, pemanasan global dan masalah cuaca tidak menentu, berlaku di sekitar dunia. Oleh kerana itu, sebagai warga yang menyayangi alam sekitar kita seharusnya
Warga Alam Sekitar (Bahagian A) Page 25
Bibliography
(2006). Retrieved febuary Monday, 2009, from India Child: http://www.indiachild.com/animal_kingdom.htm Abidin, T. H. (2005). SARAWAK FORESTRY TEACHES STUDENTS TO LOVE NATURE. Miri. Corker, D. B. (2003). Offwell Woodland & Wildlife Trust. Retrieved febuary Friday, 2009, from Biodiversity Article: http://www.countryside.co.uk/wildlife.htm
Page 26
Page 27