You are on page 1of 4

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KOMPUTER Pada zaman sekarang yang mordern, saya pasti kebanyakan daripada kamu semua

memiliki sebuah komputer di rumah masing-masing. Terdapat pelbagai jenis komputer di dunia ini. Komputer telah banyak berjasa kepada kami kerana ia boleh mengurangkan kerja-kerja kami yang akan mengambil lebih masa dan tenaga tanpa kehadirannya. Komputer adalah sumber yang sangat penting di setengah kerja-kerja manusia. Contoh yang saya dapat memikirkan ialah menyimpan sijil kelahiran manusia, pengenalan peribadi (IC) dan yang lainlain. Ini semua telah disimpan dengan betul dengan pertolongan komputer. Komputer juga boleh menolong manusia dalam segi kerja-kerja pejabat atau sekolah dan juga boleh mengecilkan kerja keras seseorang itu seperti memberi persembahan. Sebagai seorang pelajar, saya sering menggunakan komputer untuk membuat kerja sekolah seperti sekarang. Guru melayu saya, Cikgu Ismail, juga telah bermula menyuruh murid-muridnya menggunakan komputer bagi kerja-kerja yang tertentu. Guru subjek yang lain juga sebergitu. Kebanyakan menggalakkan murid-murid mereka untuk membuat sebuah persembahan denga kegunaan komputer. Sekarang, internet sudah menjelma. Dengan menggunakan komputer dan internet, kami dapat memhabiskan kerja-kerja kami dengan masa yang lebih singkat. Saya pula boleh berbicara dengan guru dan rakan-rakan saya melalui komputer dan internet. Saya juga menggunakan komputer untuk membuang masa dengan bermain permainan komputer. Semua benda pasti ada keburukannya. Oleh itu, komputer juga boleh menyebabkan keburukan kepada penggunaannya. Salah satu contohnya adalah di waktu seseorang remaja seperti saya sedang membuat kerja sekolah di biliknya. Semasa membuat kerja sekolah, remaja itu boleh terganggu oleh kehadiran komputer di depan matanya. Fikirannya akan sering memikirkan bendabenda yang lebih menyeronokkan daripada kerja sekolahnya seperti permainan komputer. Disebabkan itu, jika iman remaja itu tidak kuat, dia akan berhenti membuat kerja sekolah lalu meneruskan bermain komputernya. Pada pendapat saya, pelajar perlu mengetahui tentang kegunaan komputer kerana dengan pengetahuan tersebut, pelajar akan tahu bila masanya untuk menggunakan komputer dan sebaliknya. Kerja-kerja seseorang pelajar akan tidak terhabis.

Pada zaman negara Malaysia yang pesat membangun ini penggunaan ict semakin meluas kepada semua golongan tidak terhad kepada golongan pekerja dan dewasa sahaja tetapi kanak-kanak juga tidak ketinggalan dalam mengikut rentak arus globalisasi ini. Kanak-kanak kini juga sudah tahu menggunakan komputer. Mereka boleh membuka dan menutup komputer. Mereka juga boleh menerokai perkara-perkara baru. Namun sejauh manakah ict boleh membawa manfaat kepada kanak-kanak khususnya dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana ict juga boleh membawa keburukan kepada mereka. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka ke arah menjadikan mereka insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang namun oleh kerana kebanyakkan ibu bapa

yang sibuk mengejar duniawi dalam mencapai kejayaan, status dan pangkat namun mereka lupa memberi didikan yang sempurna kepada anak-anak mereka. Ibu bapa yang bekerja di kota metropolitan amnya lebih cenderung bekerja daripada pagi hingga ke malam. Tugas mengasuh dan mendidik anak-anak diberikan kepada pengasuh yang digaji di rumah. Semasa kanak-kanak itu berada ditadika bolehlah guru melihatnya namun jika dirumah pengasuh tidak semestinya dapat menjaga semua gerak geri anak kita. Kanak-kanak akan menjadi bosan kerana tiada kawan untuk mereka bermain jadi mereka memilih untuk bermain permainan dalam komputer. Kanak-kanak akan duduk bermain permainan dalam komputer kerana ganjaran dan tawaran permainan tersebut, Oleh kerana kanak-kanak ada sifat ingin tahu yang tinggi dalam diri mereka maka mereka akan terusan bermain sehingga dapat mengetahui apakah yang berlaku pada penghujung permainan itu.Mereka boleh menjadi ketagih dengan permainan komputer. Jadi perkembangan mereka tidak akan berlaku dengan apa yang sepatutnya dicapai oleh kanak-kanak lain. Kecerdasan interpersonal mereka tidak akan berkembang kerana mereka hanya duduk bermain permaianan komputer.Mereka hanya memikirkan bagaimana mereka dapat menang dalam permainan tersebut sahaja daripada disudut sosio-emosi kanak-kanak itu mempunyai sifat pentingkan diri dan tidak ingin mengalah. Sifat itu bagus namun jika ia diaplikasikan dalam kehidupan mereka dalam semua situasi ia menjadi sesuatu yang tidak baik untuk mereka kerana ia memberi pengaruh yang negative. Kanak-kanak tersebut sudah pasti akan hanya memikirkan kepentingan mereka sahaja dan tidak mahu mengalah. Jika ianya diadaptasi dalam kehidupan mereka sebagai contoh di tadika kanak-kanak seperti ini tidak akan berkongsi barang permainan mereka dan jika ada pertandingan mereka akan cuba mendominasi pertandingan tersebut dan akan mengalami kekecewaan yang teramat sekiranya mereka kalah dalam pertandingan itu. Seterusnya ict juga memberi impak yang buruk kepada kanak-kanak sekiranya ianya tidak dicegah. Penggunaan internet tanpa kawalan boleh menyebabkan kanak-kanak dapat mengetahui perkara yang melangkaui batas umur mereka. Sebagai contoh bahan pornografi yang banyak tersebar didalam internet. Jika ia menaip kata kunci yang salah dan terbuka laman web yang tidak sepatutnya tiba-tiba laman web itu muncul kanak-kanak akan melihatnya kerana sudah fitrah semulajadi kanakkanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.Oleh sebab itulah kanak-kanak kini dapat mengetahui apa yang tidak sepatutnya mereka ketahui. Mereka akan meniru perkara-perkara negative itu tanpa mengetahui bahawa perkara itu sebenarnya salah. Ict pada zaman kini merupakan sesuatau yang amat diperlukan dalam pendidikan dan digunakan oleh guru ditadika-tadika namun tidak semua guru dapat mengaplikasakan ict dalam pengajaran mereka. Guru ditadika tidak semuanya mahir dalam menggunakan komputer dan kebolehan penggunaan komputer adalah terhad. Mereka tidak diberi latihan yang mencukupi maka komputer yang ada terbiar begitu sahaja dan tidak digunakan ini kan menyebabkan berlakunya pembaziran. Mereka tidak tahu mereka sebenarnya boleh mengaplikasikan pengajaran mereka dengan menggunakan komputer. Sebagai contoh pengajaran bercerita, mereka boleh menggunakan aplikasi Microsoft movie maker untuk digunakan di dalam kelas namun kadangkala jika ianya terlalu kerap digunakan, guru itu akan menjadi malas untuk membuat bahan pengajaran dan memikirkannya kerana kebanyakan maklumat mereka boleh menggunakan teknik copy and paste . Mereka tidak akan menjadi kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan menjadi bosan kerana guru mereka tidak kreatif dalam menyampaikan pengajaran kepada mereka.Mereka tidak akan

dapat belajar dengan berkesan. Sebagai contoh guru tersebut hanya meninggalkan kelas dan menyuruh murid untuk melihatnya sahaja tanpa bimbingan khusu daripada guru. Secara tidak langsung guru tidak akan dapat mengesan tahap pencapaian murid dari segi kelemahan dan kebolehan mereka. Kanak-kanak tidak akan dapat menonjolkan bakat mereka dan penguasaan mereka terhadap sesuatu perkara itu tidak dapat dinilai dan akan terbiar begitu sahaja. Deria rangsangan mereka tidak dapat dikembangkan kerana mereka tidak dapat mengetahui sesuatu yang sebenar. Misalnya, murid akan mengetahui sesuatu itu seperti epal dalam gambar sahaja tanpa mengalami sebenar pengalam itu dengan merasakan bahawa epal itu sebenarnya bulat dan rasanya manis. Hal ini kerana kanak-kanak akan lebih mudah mengingati perkara dan belajar melalhui pengalam mereka disekeliling. Guru juga akan menjadi malas lebih-lebih lagi dengan adanya akses internet dan e-mail. Melalui email mereka boleh menukar hasil kerja mereka dan penghasilan terhadap sesuatu perkara itu tidak menjadi produktif dan kreatif. Kaedah pengajaran akan menjadi stereotaip sahaja.Kanak-kanak tidak akan mendpat pembaharuan dalam pembelajaran mereka. Semua kanak-kanak akan belajar perkara yang sama dengan cara yang sama. Hal ini secara tidak langsung menjadikan kanak-kanak malas belajar dan cepat menjadi bosan dalam sesi pembelajaran. Guru akan menjadi gelabah dan pengajaran tidak akan berlaku jika guru tersebut hanya bergantung sepenuhnya kepada penggunaan komputer. Jika komputer itu rosak dan mempunyai masalah guru tidak akan dapat mengajar dan menyebabkan kanak-kanak akan memenuhi aktiviti mereka dengan perkara yang tidak berfaedah. Dalam pembelajaran bahasa misalnya dengan penggunaan komputer mereka tidak akan dapat belajar menyebut dengan betul kerana mereka hanya mendengar sahaja perkataan itu daripada audio yang dimainkan oleh komputer. Artikulasi mereka akan menjadi kurang betul dan tidak tepat. Diksi yang keluar daripada komputer juga amatlah terhad kerana kanak-kanak tidak akan belajar lebih daripada apa yang telah disetkan oleh guru mereka sahaja dan mereka tidak dapat mengaplikasikan diksi itu dalam kehidupan mereka dengan betul kerana mereka tidak dapat mengetahui secara jelas penggunaan diksi tersebut. Maka tahap kemahiran berkomunikasi mereka akan menjadi sangat lemah. Mereka tidak akan dapat menggunakan frasa-frasa ayat yang sesuai kerana kelemahan mereka dalam aspek pemilihan diksi. Dalam usaha mengintegrasi teknologi dalam pembelajaran sebenarnya menghadapi beberapa halangan yang harus difahami oleh guru dan pentadbir. Guru dan pentadbir haruslah bersedia menerima perubahan ini dengan fikiran terbuka dan postif serta cuba menengani perubahan yang bakal timbul dalam proses pengintegrasian teknologi ini. Di antara halangan-halangan itu mungkin masa, latihan guru, sumber dan teknologi. Untuk beralih daripada kaedah tradisional kepada teknologi sudah tentu mengambil masa yang lama. Guru-guru perlu mengikuti kursus kemahiran ICT secara berperingkat-peringkat dan mendapat sokongan dari pentadbir, kementerian serta sumber pakar-pakar dalam ICT yang mendapat kemahiran daripada luar negara. Bagaimanapun halangan yang besar adalah guru perlu menyesuaikan diri dengan alat teknologi dan menguasai pedagogi untuk mengurus kelas. Kay (1990) merumuskan bahawa sikap, kesedaran dan keupayaan aplikasi perisian merupakan cara terbaik untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan komputer.Woodrow (1991:

165) menjelaskan kesedaran tentang sikap guru pelatih terhadap komputer sebagai " a central in the evaluation of computer course and in the development of computer based curricula". Tanpa persiapan dari aspek sikap, segala perubahan yang dicadangkan akan menghadapi halangan yang paling besar untuk membentuk dan menggerakkan jentera utama perubahan iaitu sumber manusia ke arah menjayakan program perubahan di dalam sesebuah organinasi besar seperti kementerian pendidikan. Matlamat utama pengintegrasian teknologi adalah untuk melibatkan pelajar dalam pembelajaran bermakna dan bukannya untuk pelajar menggunakan teknologi semata-mata. Intihanya, ICT sememangnya membawa kebaikan kepada kita namun terdapat keburukan dalam penggunaan ICT sekiranya diabaikan begitu sahaja boleh memberikan kesan yang negative kepada kanak-kanak. Penggunaan ICT kepada kanak-kanak haruslah dengan bimbingan dan guru-guru juga harus kreatif menyampaikan pengajaran mereka tanpa bergantung sepenuhnya kepada ICT . Mencari maklumat dan teknik terbaru memanglah digalakkan kepasa semua guru-guru di tadika namun jika ia disalahgunakan apa ertinya teknologi maklumat yang canggih sekiranya anak-anak didik kita menjadi mundur kebelakang dan tidak dapat berfikir ke arah pembentukan masa depan terutamanaya tidak dapat memajukan negara.

Kanak-kanak pada masa kini menggunakan kebanyakan masa mereka untuk bermain permainan komputer. Ia merupakan sejenis hiburan yang bagus tetapi ia juga akan membahayakan kesihatan kita. Bermain permainan komputer mempunyai kebaikan dan keburukannya sendiri. Apabila kanak-kanak bermain permainan yang berasaskan pendidikan, mereka dapat mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan. Jika mereka bermain permainan aksi, tindak balas mereka akan menjadi lebih pantas. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak boleh bermain permainan berasaskan kekeluargaan. Bermain permainan komputer juga merupakan salah satu kaedah untuk mengatasi tekanan. Sebaliknya, permainan komputer akan membahayakan kesihatan kita. Banyak kanak-kanak mengalami kecanduan terhadap permainan komputer. Mereka menghabiskan sepanjang hari di hadapan komputer atau alat permainan. Mata mereka akan dirosakkan. Orang yang mengalami kecanduan biasanya tidak berhubung dengan keluarga mereka dan mereka akan lebih mudah terjebak ke dalam benda yang lain seperti dadah. Kesimpulannya, terdapat kedua-dua kebaikan dan keburukan bermain permainan komputer. Saya berasa kebaikannya akan melebihi keburukannya sekirannya kita mengetahui cara-cara menggunakan permainan dengan baik. Source: http://ms.shvoong.com/internet-and-technologies/gaming/2085629-kebaikan-dankeburukan-bermain-permainan/#ixzz1efTem5xf

You might also like