You are on page 1of 2

TOLERANSI AGAMA DALAM ISLAM HADHARI

Oleh MOHD. SHAUKI ABDUL MAJID

Agenda pembangunan insan, pengurusan hidup duniawi yang seimbang


antara fardu ain dan fardu kifayah perlu diberi keutamaan kerana kemajuan
umat Islam dalam pelbagai bidang akan mencerminkan kemakmuran dan
kualiti hidup umat Islam itu sendiri.

Kemajuan yang dicapai dalam bidang-bidang seperti bioteknologi, teknologi


maklumat dan komunikasi (ICT), angkasa lepas, dan perubatan sudah tentu
dapat mengangkat martabat bangsa dan umat Islam bukan sahaja di
Malaysia malah di seluruh dunia.

Tidak dinafikan bahawa dunia Barat telah mendominasi peradaban dunia hari
ini sejak enam abad yang lalu, walaupun mereka sebenarnya banyak
menimba ilmu dan pengalaman dari kejayaan tamadun Islam. Bertitik tolak
dari sinilah, tibalah masanya untuk umat Islam bangun dari tidur dan
mengembalikan kegemilangan masa silam. Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda: Hikmah dan kebijaksanaan itu adalah barang hilang umat mukmin
yang mesti mereka peroleh kembali. Gagasan Islam Hadhari boleh menjadi
pemangkin ke arah ini.

Islam Hadhari tidak akan sempurna jika tidak dimasukkan ciri-ciri


keperibadian dan akhlak yang mulia. Ciri-ciri ini perlu ada pada segenap
lapisan masyarakat bermula daripada pemimpin tertinggi negara, para
pegawai kerajaan, kakitangan awam dan swasta, golongan belia sehinggalah
kepada rakyat jelata. Usaha kerajaan membasmi pelbagai permasalahan
ummah khususnya isu-isu sosial seperti rasuah dilihat sebagai usaha
mengembalikan semula kepercayaan masyarakat terhadap kerajaan.

Masyarakat Islam Hadhari perlu mempunyai prinsip serta komitmen yang


utuh terhadap agama yang dianuti. Mereka harus mematuhi segala ajaran
agama yang meliputi perintah dan larangan Allah s.w.t.

Dalam Islam, usaha saling berlumba untuk melakukan amalan dengan ikhlas
amat disanjung tinggi. Agama adalah amat penting dalam kehidupan
seseorang individu kerana ia menjadi panduan hidup dan mendorong
mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Dalam ibadah ritual, apa yang tergambar dalam batin bukanlah sebagai
beban, tetapi ia sebenarnya dicetuskan oleh kerinduan untuk sering bertemu
dengan Allah s.w.t.

Manusia yang beradab, luhur budi serta tinggi akhlaknya akan sentiasa
bermuhasabah mencari kesilapan dan sentiasa redha sekiranya ditimpa
musibah kerana memikirkan hikmah di sebaliknya.

1
Demikian juga prinsip toleransi anjuran Islam yang telah dilaksanakan
sepenuhnya oleh pemerintahan Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. masih
dapat dilihat dan dirasai oleh masyarakat di Malaysia. Antaranya ialah
memberikan kebebasan beragama kepada semua golongan. Kebebasan ini
dapat dilihat dalam pembinaan rumah-rumah ibadah mengikut agama
masing-masing.

Kerajaan sudah tentu tidak membenarkan masjid atau surau didirikan di


kawasan yang majoriti penduduknya menganut agama yang lain daripada
Islam demi memelihara keharmonian antara kaum. Bahkan dari segi
bilangannya, kerajaan sentiasa membenarkan supaya bilangan rumah ibadah
yang secukupnya untuk didirikan.

Setiap kaum atau golongan dibenarkan untuk mengajar agama di kalangan


masyarakat mereka sendiri tanpa sebarang halangan.

Bahan-bahan bacaan juga dibenarkan untuk dicetak dan disebar di kalangan


mereka untuk memastikan mereka dapat menghayati agama sendiri. Setiap
kumpulan masyarakat dibenar menghidupkan budaya masing-masing tanpa
sebarang tekanan asalkan ia tidak menggugat keharmonian antara kaum.

Kerajaan juga membenarkan pendidikan yang berbeza aliran di peringkat


rendah supaya bahasa dan budaya sesuatu kaum dapat terus dikekalkan.

Tiada sebarang sekatan kepada mana-mana kaum untuk melaksanakan


kegiatan ekonomi. Bahkan kerajaan menggalakkan usaha sama yang erat
antara kaum bagi menjayakan usaha masing-masing.

- MOHD. Shauki Abdul Majid ialah Penolong Pengarah Yayasan Dakwah


Islamiah Malaysia (Yadim).

Utusan Malaysia:: 9 Julai 2004

You might also like