You are on page 1of 8

HAKIKAT PENCIPTAAN MANUSIA

Telah diriwayatkan dari Imam Khatib Al-Baghdadi ra (Abu Bakr ibn Ali bin Sabit
) dengan sanad yang sahih bahawa telah berkata Sufyan As- Sauri ra " Agama ini
dibina dengan Asar-istinbat Al-Qur'an dan sunnah serta apa yang diriwayatkan dari
para sahabat yang membawa kepada maksud syariah (Al-Qur'an & Sunnah) - dan
bukanlah agama ini dibina dengan akal." Hakikat sebenar ciptaan manusia yang
mempunyai kaitan yang erat dengan Allah SWT iaitu selain unsur-unsur fizikal yang
wujud dalam penciptaan manusia, terdapat juga unsur lain yang cukup penting iaitu
unsur roh atau spiritual seperti yang disebut oleh Allah SWT dalam surah al Hijr ayat
29 bermaksud;

“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta aku tiupkan roh dari
(ciptaan)-Ku, maka hendaklah kamu (Iblis) sujud kepadanya”.

Berdasarkan hakikat kejadian manusia, insan yang cemerlang adalah insan


yang berupaya memahami hakikat penciptaan mereka serta menumpukan usaha
untuk memenuhi keperluan fizikal dan juga kerohanian mereka. Usaha untuk
menyepadukan kedua-dua unsur asas ini akan membawa manusia itu kepada
matlamat akhir iaitu memperolehi kebahagiaan dunia dan juga akhirat. Satu
kelebihan utama kepada manusia yang dianugerahkan oleh Allah SWT iaitu mereka
diberi pancaindera untuk memahami dan mengerti hakikat kejadian dan diberi akal
yang berupa keupayaan untuk memilih antara yang hak dan yang batil, sama ada
kebahagiaan atau jalan kesengsaraan. Manusia sesungguhnya merupakan satu
makhluk yang istimewa. Kita sebagai manusia tanpa disedari sebenarnya
merupakan semulia-mulia makhluk di muka bumi ini seperti mana firman Allah SWT
di dalam Al-Qur’an:

“Sesungguhnya telah kami ciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian”


(Surah At-Tin : 4)

Kejadian manusia itu sangatlah kompleks dan rumit sehingga memustahilkan


manusia itu untuk terjadi dan tercipta dengan sendirinya. Lihatlah perjalanan darah
dan sistem urat saraf, kombinasi daging dan tulang serta bentuk badan manusia
yang sungguh rumit dan unik.
Manusia di dalam bahasa arabnya disebut (‫ )أنننس‬iaitu insan (manusia) dan
menurut riwayat dari Al-Munziri yang bertanyakan Abi Haitsam apakah asal bagi
perkataan (‫ا‬An-nas) maka dijawab ianya ialah (‫ )أُناس‬dan dari sudut maksud pula
maka menurut dari riwayat Ibn Abbas ra pernah menyebut bahawa yang disebutkan
(insan) itu ialah kerana ianya berasal dari ‫ أنسنانا‬iaitu kelupaan kerana manusia atau
insan itu fitrahnya pelupa apabila telah berlalunya masa dan zaman (Sila lihat Lisan
Arab oleh Ibn Manzur m/s 241 Jilid 1).

Di dalam Islam, memerhati dan memahami hakikat kejadian manusia merupakan


satu tuntutan dan kewajipan kerana dengan memerhatikan hakikat kejadian
manusia dan memahami prosesnya baik menurut pedoman wahyu atau menuruti
penemuan dari ilmu sains dapat membawa manusia itu kepada kesedaran akan
kebesaran Allah dan menyembahnya dengan ilmu serta yakin.

Hal ini jelas disebut dalam firman-Nya :

“Dan dari apakah manusia itu diciptakan?” (Surah Abasa : 18). Ayat ini
didatangkan dalam Al-Qur’an melalui uslub (gaya) yang berbentuk pertanyaan
bagi menyuruh manusia itu supaya memerhatikan asal kejadiannya dari
apakah kita diciptakan.

Lalu kemudian Allah SWT menyambung dan menjawab kembali dengan firman-Nya :

“Dan dari setitis air mani lelaki itulah manusia dijadikan kemudian
diaturkannya menjadi sempurna” (Surah Abasa : 19).

Hal ini dibuktikan oleh kajian Saintifik walaupun ketika diturunkan Al-Qur’an kepada
Nabi Muhammad SAW pada 1400 tahun dahulu. Pada masa itu belum lagi wujud
mikroskop atau alatan canggih tapi demi kebenaran dan mukjizat Al-Qur’an sebagai
sumber ilmu dan wahyu dari Allah maka umat Islam yang memahami Al-Qur’an
sudah pun mengetahui akan fakta ini sejak turunnya wahyu kepada rasulullah
sallahualaihiwasalam.

Dari setitis air mani yang menghasilkan sperma itulah merupakan asas dan punca
kejadian manusia apabila ia bercampur dengan ovum (benih) di dalam rahim wanita
apabila berlaku proses persetubuhan seperti firman Allah SWT :
“Dan bahawa sesungguhnya Dialah (Allah) yang menjadikan pasangan suami-
isteri baik dari lelaki dan perempuan” (Surah An-Najm : 45). Iaitu Allah SWT telah
mentakdirkan kepada manusia dengan kekuasaan-Nya suatu fitrah supaya
cenderung dan tertariknya manusia itu sesama lawan jantina supaya dengan
demikian akan berlakunya proses persetubuhan yang akan menghasilkan kejadian
manusia seperti firman-Nya yang seterusnya :

“Dari air mani (air lelaki) ketika ianya tertumpah ke dalam rahim (kemaluan
perempuan)” (Surah An-Najm : 46). Demikianlah proses berlakunya kejadian
manusia apabila dengan takdir Allah SWT telah menetapkan bahawa wujudnya satu
tarikan dan kenikmatan antara lelaki dan perempuan sehingga mendorong masing-
masing untuk mendekati dan menghampiri lalu menjalin hubungan badan yang akan
menghasilkan kesan lahirnya dan terciptanya manusia.

“Sunnah (ketetapan) Allah yang telah ditetapkan kepada hamba-Nya dan rugilah
golongan yang tidak beriman” (Surah Al-Ghafir : 85).

Mengenai kejadian dan asal kejadian manusia ini juga turut disebut dalam hadis
baginda SAW sebagai bukti dan tanda mukjizat seperti yang diriwayatkan oleh
Abdullah Ibn Mas’ud ra yang pernah berkata :

Bermaksud.....

“Telah berjalan satu hari seorang Yahudi untuk ke majlis rasulullah


salallahualaihiwasalam yang sedang mengajar para sahabatnya maka
berkatalah golongan Quraisy kepada Yahudi itu dalam perjalanannya ‘Wahai
Yahudi, mengapa kamu tidak bertanyakan lelaki ini yang mendakwa dirinya
sebagai nabi dengan sesuatu soalan yang hanya mampu dijawab oleh para
nabi?’ Maka akhirnya lelaki Yahudi itu pun sampai dan duduk di majlis baginda
lalu bertanyakan ‘Wahai Muhammad beritahulah dari apakah diciptakan
manusia itu?’ Maka menjawablah baginda salallahualaihiwasalam dengan
sabdanya ‘Wahai Yahudi, diciptakan manusia itu seluruhnya dari air benih
lelaki dan dari benih perempuan” (hadis riwayat Ahmad dalam Musnadnya m/s
465 Jilid 1).
PROSES KEJADIAAN MANUSIA SELEPAS BERLAKUNYA PERCAMPURAN
ANTARA BENIH LELAKI DAN

Apabila berlakunya percampuran antara benih lelaki dan perempuan seperti


yang disebut dalam firman Allah SWT :

“Sesungguhnya kami ciptakan manusia dari setitis mani dan kami mengujinya
lalu kami menjadikannya mendengar lagi melihat” (Surah Al-Insan : 3) maka
benih lelaki iaitu sperma itu haruslah diuji dengan terpaksa menembusi lapisan
ovari wanita yang tebal dan tidak semua berjaya kecuali hanya satu benih yang
akhirnya berjaya menembusi lapisan ovum dan bersenyawa.

Apabila telah bersenyawa maka dengan izin Allah SWT tompokan benih itu
akan menjadi gumpalan darah yang bersemi lalu membentuk ketulan daging yang
penuh isi dan darinya diwujudkan tulang dari kalsium dan zat tertentu maka akhirnya
membentuk jasad dan fizikal khusus. Inilah yang disebut oleh Allah SWT dalam
firman-Nya :

“Sesungguhnya kami jadikan manusia itu dari sari tanah (asal kejadian Adam)
lalu kemudiannya kami jadikannya pula manusia itu dari air mani yang
disimpan di tempat yang kukuh (rahim), kemudian dari air mani itu kami
jadikannya segumpal darah yang pekat yang dari segumpal darah itu kami
jadikannya pula sebagai ketulan daging, dan dari ketulan daging itu
kemudiannya kami ciptakan tulang dan kemudiannya dari tulang itu kami
balutinya dengan daging dan membentuk jasad lalu kemudiannya jadilah dia
sebagai mahkluk yang sempurna” (Surah Al-Mukminun : 12-14).

Demikianlah penciptaan manusia yang akhirnya menjadi jasad yang hidup lalu
berjalan, bercakap dan mendengar serta melihat untuk dipertanggungjawabkannya
dengan kehidupan sebagai manusia untuk mencapai matlamat kejadiannya iaitu
sebagai hamba kepada Allah SWT dan beribadah kepada-Nya seperti firman-Nya :

“Dan tidaklah diciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah
kepada-ku” (Surah Adz-Zariyat: 56). Itulah tugas manusia sebagai hamba Allah
SWT dan demikianlah tanggungjawab kita sehinggalah datang ketentuan Allah
lalu akhirnya kita akan dikembalikan kepadanya dengan dimatikan kita serta
dicabut kehidupan dari kita.
“Kemudian sesudah itu (selepas hidup buat seketika) kamu akan dimatikan”
(Surah Al-Mukminun : 15). Kematian akan memisahkan kita dari kehidupan
dunia yang indah ini sekaligus menjadi sebuah kiamat kecil kepada diri kita
apabila segala nikmat ditarik dan hanya tinggal kegelapan kubur dan sebuah
alam baru yang menanti kita yang dinamakan sebagai alam barzarkh.

KEADAAN SELEPAS MATI

Sesungguhnya setelah dimatikan maka manusia itu akan berada di alam


penantian dari alam dunia ke alam akhirat. Maka alam pernantian itu dinamakan
alam kubur atau alam barzarkh. Di sana manusia itu akan mula mendapat
pembalasan yang setimpal dari apa yang diperbuat olehnya di atas muka bumi
dahulu.

Hal ini jelas dan wajib diimani dan sabit (jelas) disebutkan dalam sebuah hadis
yang sahih yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah ra dari Nabi Salallahualaihiwasalam
yang pernah bersabda :

“Sesungguhnya manusia itu apabila menjadi mayat maka dia akan didatangi
oleh malaikat, dan jika lelaki itu seorang yang soleh (baik) maka akan
dikatakan kepadanya keluarlah wahai jiwa yang baik dan berada dalam jasad
yang baik pula, keluarlah dengan kemuliaan dan bergembiralah dengan
keredhaan Tuhan, lalu apabila roh itu sudah keluar maka akan segeralah
dibawanya ke langit lalu apabila sampai di sana akan dibukalah pintu
kepadanya sambil ditanya oleh Malaikat di langit ‘Siapakah lelaki itu?’ Maka
dijawab ‘si fulan dan si fulan.’ Lalu akan menyambutlah para malaikat dengan
sebaik sambutan sambil menyebut ‘Selamat datang wahai jiwa yang baik dan
berada pula dalam jasad yang baik bergembiralah dengan keredaan tuhan dan
berbau wangilah jiwanya.’ Sehinggalah ruh itu dibawa jumpa Allah SWT lalu
dikembalikan ke kuburnya dengan kegembiraan sambil menanti di kuburnya
akan kedatangan hari kiamat.

Manakala jika manusia yang mati itu seorang yang jahat maka apabila
didatangi malaikat dikatakan kepada jiwanya keluarlah wahai jiwa yang keji, dalam
jasad yang buruk keluarlah dengan penuh kehinaan dan bergembiralah dengan
neraka dan azab. Lalu apabila dibawa roh itu ke langit maka berkatalah malaikat
penjaga pintu di langit, ‘Siapakah yang berbau busuk ini?’ maka dijawablah ‘fulan
dan si fulan’ maka berkatalah mereka, ‘Wahai jiwa yang keji tiadalah kebaikan
bagimu tidak lah dibukakan pintu buatmu wahai jiwa yang keji dalam jasad yang
buruk pula. Kembalilah engkau dalam kehinaan.’ Lalu roh itu pun dibawa ke
kuburnya lalu diazab. (Hadih Sahih riwayat Ahmad no.8754, Nasaie’, Ibn. Majah)

Sesungguhnya kematian bukanlah bererti penamat segala-galanya bahkan


ianya merupakan permulaan bagi sebuah kehidupan baru yang kekal. Tidaklah benar
bagi golongan kufur yang mengingkari kewujudan kehidupan selepas mati bahawa
dunia inilah segala-galanya dan apabila mati maka manusia hanya akan menjadi
tanah dan hilang terus dari muka bumi serta tamatlah segala perkara dan sengsara.
Mereka yang tidak beriman dengan kehidupan selepas mati maka mereka inilah
yang apabila menghadapi tekanan, penderitaan di dunia ini maka segera
memutuskan nyawa mereka yang diamanahkan oleh Allah dengan membunuh diri.
Membunuh diri sendiri disangkanya dapat menamatkan penderitaannya sedangkan
sebaliknya. Ia bahkan menambah deritanya apabila diseksa dan diazab di dalam
kehidupan selepas mati yang kekal dan abadi.

Sesungguhnya mati hanyalah permulaan kehidupan sebenar yang kekal abadi


dan hakiki. Adapun dunia ini hanyalah ibarat tempat permusafiran sementara dan
tempat ujian.Di dalam kubur manusia akan ditanya mengenai amal perbuatan
mereka di dunia, di situlah akan bermulanya titik pengazaban atau pembalasan
nikmat. Ini disebut oleh rasulullah dalam sabdanya yang bermaksud:

“Sesungguhnya seorang manusia itu apabila telah diletakkan dalam kubur dan
beredar kaum kerabatnya meninggalkan kuburnya maka akan terdengarlah
olehnya bunyi derapan kasut mereka itu dan datanglah dua malaikat duduk di
sisinya ”. (hadis Sahih riwayat Bukhari no. 1369)

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dengan hadis hasan yang marfu dari Abu Hurairah
ra bahawa nama para malaikat tesebut ialah Munkar dan Nakir. Disebutkan oleh
baginda rasulullah dalam hadis yang banyak baik melalui riwayat Abu Daud, Nasaie,
Abi Syaibah dan lain-lain mengenai datangnya dua malaikat dan menyoal manusia
akan siapakah tuhannya? Apakah agamanya? Siapakah nabinya? dan jika seorang
manusia itu dapat menjawab soalan para malaikat maka akan dibukakanlah baginya
pintu-pintu syurga sehingga dia dapat melihat tempat tinggalnya di syurga dan
diperluaskan baginya kubur serta beristirahatlah dia dengan penuh nikmat dan
tenang sambil menanti datangnya hari kiamat.

Adapun jika sebaliknya, iaitu dia tidak dapat menjawab soalan yang ditanya
oleh para malaikat maka seorang manusia itu akan dipakaikan dengan pakaian dari
api neraka dan dibukakan pintu neraka serta ditunjukkan tempat tinggalnya dalam
neraka sehingga menderitalah dia menerima azab seksa sehinggalah hari kiamat.

Sesungguhnya apabila manusia mati, maka akan hancurlah tulang-tulang dan


isi dagingnya menjadi tanah semuanya atau dimakan cacing atau binatang dalam
tanah sehingga tidak tinggallah kesan melainkan sebentuk tulang kecil di bahagian
punggung yang dinamakan sebagai tulang sulbi yang akan kekal sehingga kiamat.

Tulang sulbi manusia yang berada di hujung tulang belakang yang paling akhir
yang di dalam bahasa Inggris disebut sebagai Coccyx ini sebenarnya disebut dalam
hadis yang sahih oleh baginda dengan sabdanya :

“Semua bahagian tubuh anak adam akan binasa kecuali di hujung ekornya,
darinya dia mula diciptakan dan darinya dia akan dijadikan semula” (Hadis
Sahih riwayat Bukhari no. 4935).

Bagi mereka yang beramal soleh dan beriman kepada Allah maka mati
merupakan nikmat dan kegembiraan kerana mereka akan dapat memperolehi
ganjaran nikmat dan syurga. Manakala bagi mereka yang tidak beriman dan beramal
buruk maka mereka akan mendapat azab atas dosa-dosa mereka dan diazab di
dalam neraka.
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM

JOHOR BAHRU

KPLI AMBILAN JANUARI 2008

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

PENGAJIAN AGAMA ISLAM

TAJUK:

HAKIKAT KEJADIAN MANUSIA


&
PERANAN SEBAGAI PENDIDIK ANAK BANGSA

NAMA:

ASMAT BINTI ALI

820630-03-5528

PENSYARAH :

PN.NORHAYATI BT IBRAHIM

You might also like