TAJUK 2 MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

PENGENALAN

Bahasa adalah perantara untuk berkomukasi sesama mereka. Manusia perlu berkomunikasi kerana itulah lumrah kehidupan manusia yang saling memerlukan di antara satu sama lain dalam setiap aspek kehidupan. Tanpa keupayaan berbahasa, adalah sukar seseorang itu hendak meluahkan perasaannya, menyampaikan ideanya kepada orang lain, dan sebagainya. Bab ini akan membincangkan tentang masalah bahasa dan komunikasi yang meliputi masalah bahasa, masalah pertuturan, dan masalah kefasihan. Perbincangan akan tertumpu kepada jenis masalah, punca masalah dan cara membantu kanak-kanak yang menghadapai masalah tersebut. Bagi anda yang telah mengambil mata pelajaran HBSL 1103: Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran, anda akan dapati bahawa tajuk ini adalah sama dengan tajuk 3 (Kanak-kanak Masalah Komunikasi) dalam mata pelajaran tersebut. Ini kerana tajuk ini membicarakan perkara yang sama dan ditulis oleh penulis yang sama juga.

OBJEKTIF Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat: 1. membezakan antara masalah bahasa, pertuturan, dan kefasihan; 2. mengenal pasti punca masalah bahasa, pertuturan, dan kefasihan; dan 3. menjelaskan cara-cara yang dapat dilakukan untuk membantu mengatasi masalah bahasa, pertuturan, dan kefasihan . GAMBARAN KESELURUHAN TAJUK

Masalah Bahasa dan Komunikasi

Bahasa Pertuturan Kefasihan - jenis masalah - jenis masalah - jenis masalah - punca - punca - punca

- cara membantu - cara membantu - cara membantu

2.1 Masalah Bahasa

Definisi bahasa yang telah dibincangkan dalam tajuk 1 dengan jelas menyatakan bahawa bahasa adalah merupakan alat untuk manusia berkomunikasi. Oleh itu ketidakupayaan berbahasa akan menjejaskan keberkesanan komunikasi seseorang. The National Information Center for Children and Youth with Disabilities (1996), USA telah mendefinisikan masalah bahasa sebagai; “… adalah kelemahan dalam keupayaan untuk memahami dan/atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks, sama ada secara verbal dan bukan verbal. Di antara ciri masalah bahasa termasuklah penggunaan perkataan dan maknanya yang kurang sesuai, tidak upaya menyampaikan idea, bentuk tatabahasa yang kurang sesuai, kurang perbendaharaan kata, dan tidak upaya mengikut arahan.”

The American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) (1982) telah memberikan definisi dan jenis masalah bahasa yang lebih perinci seperti berikut; “Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan pemahaman yang menyimpang atau kandungan bahasa atau penggunaan dalam pertuturan, tulisan (atau kedua-duanya), atau sistem simbol yang lain. Masalah tersebut mungkin melibatkan satu atau gabungan mana-mana aspek bahasa berikut; (1) bentuk bahasa ( sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis), (2) kandungan bahasa ( sistem semantik), atau (3) fungsi bahasa dalam komunikasi (sistem pragmatik).”

Bentuk bahasa a. Fonologi adalah sistem bunyi bahasa dan peraturan linguistik yang menentukan kombinasi bunyi. b. Morfologi adalah peraturan linguistik yang menentukan struktur perkataan dan pembentukan perkataan daripada unsur makna yang asas (morfem). c. Sintaksis adalah peraturan linguistik yang menentukan susunan dan gabungan perkataan-perkataan bagi membentuk ayat dan hubungan di antara unsur dalam lingkungan ayat tersebut. Kandungan Bahasa

Semantik Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata yang lemah. dan tidak berupaya memahami makna perkataan. Fungsi Bahasa a. i. menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai. dan makna perkataan dan ayat. kehendak. Morfologi Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan yang luar biasa. Berdasarkan definisi masalah bahasa di atas. v. dan penggunaan “tenses” yang salah (bahasa Inggeris). iii. Aktiviti 2. ii. Pragmatik adalah sistem sosiolinguistik yang mencorak penggunaan bahasa dalam komunikasi. Semantik adalah sistem psikolinguistik yang mencorak kandungan pertuturan. “blink” untuk drink”. Sintaksis Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan menyampaikan pendapat yang kompleks. Fonologi Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi masalah dalam bahasa lisan. iv. struktur ayat yang salah. Mereka kerap membuat kesalahan menggantikan bunyi dalam perkataan seperti “nama” untuk “mama”.a. masalah-masalah yang dihadapi adalah seperti berikut. yang mungkin disampaikan secara pergerakan atau percakapan.1 . Pragmatik Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam situasi yang berbeza.

telinga dan otak akan menerima maklumat auditori (pendengaran) dan menterjemahkannya. tetapi terdapat juga kanakkanak yang tidak menunjukkan perubahan dan memerlukan intervensi awal untuk membantunya.1. Sesetengah kanak-kanak akan dapat menguasai bahasa walaupun agak lambat daripada yang lain.1 Punca Masalah Bahasa Antara punca masalah bahasa adalah: Kelewatan bahasa Ada kanak-kanak yang memperolehi bahasa lewat daripada kebiasaannya. Masalah bahasa yang mereka hadapi lebih tertumpu kepada ketidakupayaan memperoleh dan menguasai bahasa penerimaan yang tepat. Aphasia Aphasia merujuk kepada masalah bahasa akibat daripada ketidakupayaan untuk membentuk. Apakah masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran? Kanak-kanak masalah pembelajaran kebiasaannya menghadapi masalah bahasa yang serius. dan memberi makna kepada simbol-simbol arbitrari bahasa (Holland & Reinmuth. Bagi kanak-kanak kerosakan otak berpunca akibat kecederaan otak semasa lahir atau ketumbuhan (tumor) otak. dan ketidakupayaan menguasai serta melahirkan bahasa pelahiran. Manakala bagi orang dewasa pula mungkin akibat daripada strok atau kecederaan akibat kemalangan. ketidakupayaan memproses bahasa dengan tepat. Anda perlu membuat bacaan tambahan untuk menambahkan lagi maklumat dan pengetahuan anda tentang tajuk ini. 1982). tetapi atas sebab tertentu otak tidak dapat menterjemah maklumat auditori yang diterima daripada telinga dengan baik. Setakat ini anda diharap sudah dapat memahami tentang masalah bahasa secara am. 2. Aphasia berpunca daripada kerosakan otak. bincangkan masalah bahasa yang ditunjukkan oleh pelajarpelajar anda dengan memberi contoh yang sesuai bagi setiap aspek bahasa di atas.Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru. Kanak-kanak yang mempunyai CAPD tidak mengalami masalah pendengaran (pekak). Masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran secara khusus adalah seperti berikut: . atau memperoleh semula. Gangguan proses auditori pusat (Central auditory processing disorders /CAPD) Semasa berkomunikasi.

Menceritakan apa yang dilihat adalah lebih mudah dilakukan oleh kanak- . mempelbagaikan gaya berkomunikasi untuk menyesuaikannya dengan pendengar yang berbeza Latihan 2. menyatakan perkara atau bentuk yang abstrak iii. Ajar bahasa di dalam situasi Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak memahami isi pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar. Apabila mengajar bahasa kepada kanakkanak terutamanya kanak-kanak masalah pembelajaran. ii. v.i. Tindakan awal untk membantu memulihkan atau mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini dikenali sebagai intervensi. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka. menggunakan ayat yang betul dan lengkap v. 2. Terangkan apa yang orang lain lakukan Kemahiran menerang boleh ditingkatkan dengan cara meminta mereka menceritakan perkara yang dilakukan oleh orang lain. meminta penjelasan untuk mesej yang kurang difahami vi.1. kaedah fonik dan sebagainya. Contoh: membantu ayah di kebun. iii. memahami perkataan yang mempunyai pelbagai makna iv. menghasilkan mesej yang kompleks dari segi sintaksis vii. Satu cara mudah merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta mereka bercakap tentang apa yang mereka sedang fikirkan atau perkara yang mereka sedang lakukan. iv. guru hendaklah menggunakan beberapa teknik pengajaran yang khusus bagi memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak tersebut. bincangkan langkah-langkah pengajaran yang anda boleh lakukan untuk membantunya mengatasi masalah tersebut.2 Intervensi Pengajaran Bahasa Kanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklahlah diberi perhatian untuk dipulihkan dengan segera.2 Dengan memberi contoh setiap masalah bahasa yang ditunjukkan oleh kanak-kanak masalah pembelajaran. Di antara intervensi pengajaran bahasa yang mungkin dapat membantu kanak-kanak mengatasi masalah penguasaan bahasa mereka adalah seperti berikut: i. mengingat kembali perkataan ii. Guna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan konsep baru Pelbagai strategi pengajaran khusus boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak masalah pembelajaran seperti teknik REBUS. memaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lain viii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak mengikut peringkat umur mereka. kaedah VAKT.

2.kanak masalah pembelajaran. Artikulasi melibatkan gigi. vii. b. dan suara. Suara terbentuk dalam tiga komponen iaitu (1) pic (pitch) yang merujuk kepada tinggi rendah nada suara. (2) kekuatan.1 Unsur-unsur pertuturan Pertuturan mempunyai empat unsur. lelangit. dan pergerakan lidah untuk mengeluarkan bunyibunyi bahasa.3 Apakah yang dimaksudkan dengan intervensi awal? Apakah bentuk intervensi awal yang boleh dilakjukan untk membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah bahasa. Latihan 2. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang khusus Menunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya kanak-kanak dapat meniru kemahiran bahasa yang betul. c. Pertuturan melibatkan simbol-simbol yang diwakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang formal bertujuan untuk melahirkan idea dan bertukar-tukar fikiran.2 Masalah Pertuturan Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan memerlukan koordinasi di antara alat artikulasi. pernafasan.2. . Gunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa dalam lingkungan konteksnya Aktiviti harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah boleh dimanfaatkan untuk menyediakan pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh mereka pelajari. Ada individu yang mempunyai suara yang kuat dan ada pula yang suaranya lemah atau pun terlalu nyaring. iaitu suara. aktiviti harian pelajar juga boleh digunakan sebagai bahan atau tema pengajaran bahasa. Dalam merangka intervensi pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada kanak-kanak masalah pembelajaran. dan kelancaran. d. bunyi atau talun (resonance). Kelancaran adalah keupayaan bertutur tanpa teragak-agak atau tersekat-sekat yang boleh mengganggu komunikasi. Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh dajar dengan cara guru menunjukkan cara bacaan yang betul atau menayangkan rakaman pembaca berita TV membaca berita. atau kenyaringan suara. 2. Bunyi atau resonan adalah aspek bunyi-bunyi pertuturan dan ada kalanya dianggap sebagai sebahagian daripada suara. a. lelangit. aktiviti hendaklah berfokuskan pelajar. bibir. dan (3) kualiti suara. Selain itu. artikulasi. vi.

rentak dan kadar yang baik.2 Kategori masalah pertuturan Apakah yang dikatakan pertuturan normal? Pertuturan yang normal merujuk kepada keupayaan mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa melalui mulut. atau akhir perkataan. masalah suara. dan mempunyai perbendaharaan kata yang mencukupi sesuai dengan peringkat umur. dan masalah kelancaran. “besa” untuk “besar”. penyakit ataupun kecacatan pada hidung atau tekak. Masalah artikulasi terdiri daripada perkara-perkara berikut: penggantian pengguguran pengubahan. misalnya “malan” untuk “makan”” wabbit” untuk “rabbit”. dan penambahan Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan digantikan dengan bunyi yang lain. dan lain-lain. Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh menghilangkan maknanya. konsonan “s” disebut dengan hembusan angin yang kuat atau keterlaluan boleh mengubah bunyi perkataan tersebut. sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat atau percakapan yang tidak sesuai. “animal” disebut “ ammanimal” atau “ammaminal”. Pengguguran boleh berlaku di permulaan. a) Punca masalah artikulasi Masalah artikulasi boleh dikaitkan dengan beberapa faktor yang menyebabkan gangguan artikulasi. Di antaranya adalah seperti sumbing bibir atau sumbing lelangit. Masalah artikulasi Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi pertuturan yang abnormal. Masalah pertuturan boleh dibahagikan kepada tiga kategori besar. Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa Inggeris misalnya perkataan “sip” disebut “shlip”. Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran atau menghilangkan sesuatu bunyi konsonan. dilafazkan dengan baik. i. peniruan pertuturan yang salah ketika mula . Kesilapan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang masih belum matang. kelumpuhan otak. misalnya “idung” untuk “hidung”.2. kecacatan lidah. Sekiranya untuk perkataan “susah”.2. mempunyai kualiti semula jadi. misalnya “sssyusyah” Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan seperti “bawa” disebut “bawah atau bawuah”. iaitu masalah artikulasi. tengah.

Kebiasaannya sebutan perkataan sengaja tidak lengkap bagi memudahkan mereka meniru sebutan perkataan. Ahli terapi juga akan menunjukkan cara penyebutan yang betul dan menggunakan kaedah latih tubi untuk membina kemahiran bertutur dan juga bahasa. Bahan-bahan seperti gambar. buku. dan latihan-latihan melalui tunjuk cara penyebutan yang betul kepada kanak-kanak. Kanak-kanak akan menjadi sukar menerima atau mengeluarkan bunyi atau suara yang betul. Di antara strategi yang digunakan adalah: · aktiviti intervensi bahasa iaitu ahli terapi pertuturan akan berinteraksi dengan kanak-kanak dan bercakap dengan mereka. maka kanak-kanak tersebut akan mengalami masalah menyebut perkataan dengan betul. Terapi ini dilaksanakan melalui aktiviti permainan. menggunakan dua atau lebih bahasa . Pendekatan Interaktif . dan juga faktor persekitaran. b) Strategi Intervensi Masalah Artikulasi Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk membantu kanaka-kanak yang menghadapi masalah artikulasi sebelum masalah itu berlarutan dan memberi kesan yang negatif kepada kanakkanak tersebut. Misalnya ahli terapi akan menunjukkan cara menyebut sesuatu huruf.belajar bercakap sewaktu kanak-kanak. dalam kumpulan kecil. iaitu melibatkan artikulasi. Faktor persekitaran juga mempengaruhi keupayaan bertutur kanak-kanak misalnya persekitaran keluarga yang tidak banyak bercakap. atau peristiwa yang berlaku digunakan untuk merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak . Terapi Pertuturan Ahli terapi pertuturan akan menjalankan terapi bersama kanak-kanak secara individu. atau juga kanak-kanak yang terbiar tanpa bimbingan orang dewasa sebagai model. · Terapi artikulasi (alat pertuturan). misalnya “nacik” untuk “nasi”. dan komunikasi tambahan (augmented communication). Di antaranya adalah seperti terapi pertuturan. pendekatan interaktif.. Selain itu dia juga akan menunjukkan cara bagaimana lidah perlu digerakkan untuk menghasilkan bunyi “ r “sebut. Masalah pertuturan juga boleh berpunca daripada kelumpuhan otak (brain damage) yang mengawal sistem saraf tunjang dan pergerakan otot alat pertuturan. Sekiranya kesilapan sebutan ini tidak dibetulkan. misalnya “ r ” . tekanan emosi. tisu lembut. objek. penghasilan bunyi. Mereka juga menyebut perkataan dengan pelat. atau secara terus di dalam kelas untuk mengatasi masalah pertuturan kanak-kanak. Sumbing. Ketika masih bayi lagi. iaitu kecacatan lelangit atau bibir ialah kerenggangan tulang mulut. kanak-kanak belajar bertutur dengan meniru pertuturan orang dewasa. “be’ ak” untuk “berak” dan sebagainya. dan struktur bahagian atas bibir yang mengganggu pengeluaran udara melalui hidung dan menghasilkan suara yang sengau.

serak atau garau (hoarseness). sorakan yang terlalu kuat hanyalah bersifat sementara dan akan pulih apabila tekak diubati dan kekuatan bunyi pertuturan dikurangkan. ataupun perkara yang dia ingin lakukan. ii. bercakap senada (monotone voice) vii. Suara kurang menyenangkan apabila dikeluarkan secara sengau. merancang untuk lakukan. Semua suara berbeza dari segi nada. dsb) . Semua ini akan mengganggu komunikasi yang berkesan. Oleh itu kanak-kanak sumbing akan menyebut kebanyakan konsonan secara sengau kecuali bunyi vokal dan bunyi-bunyi konsonan “n”. menggenggam tangan. atau semasa pergi ke restoran dengan menggunakan bahasa dan sebutan yang betul. suara berbunyi kasar atau suara seperti orang menarik nafas sambil bercakap iv. Pertuturan sengau terhasil apabila udara dari paru-paru yang sepatutnya keluar melalui rongga mulut telah keluar mengikut rongga hidung ketika bercakap. dan punca suara dihasilkan. sebutan mereka akan menjadi lebih tepat di samping meningkatkan lagi perbendaharaan kata mereka. Oleh itu. “m”. suara sangat perlahan v. corak penekanan perkataan dalam ayat yang berlainan daripada biasa. pic (pitch) suara biasanya tinggi atau rendah viii. atau ahli terapi pertuturan akan cuba menggunakan sifat semula jadi kanak-kanak untuk bercakap tentang apa yang dia sedang lakukan. komunikasi tambahan diperkenalkan kepada kanakkanak ini. dan berbisik. dan “ng “. Komunikasi Tambahan Ada kalanya terdapat kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang mengalami masalah pertuturan yang serius tidak dapat bercakap dengan baik. Menurut Bloom (1991). Satu bentuk komunikasi tambahan adalah bahasa isyarat kod tangan yang biasanya digunakan oleh golongan masalah pendengaran. guru pendidikan khas. Guru akan dapat mengenal pasti pelajarnya yang menghadapi masalah suara berdasarkan petunjukpetunjuk berikut: i. Keadaan ini menjadikan suara sengau atau seperti hidung tersumbat . makan. suara orang yang sesak nafas iii. suara sengau ii.Melalui pendekatan interaktif ini. Sesi pemulihan ini dilakukan semasa kanak-kanak sedang bermain. Masalah suara Masalah atau gangguan suara melibatkan kualiti bunyi (akustik) suara yang tidak normal atau luar biasa yang dihasilkan ketika kanak-kanak bercakap. ahli intervensi yang mungkin terdiri daripada ibu bapa. kualiti suara. muka berkerut. bercakap seperti berlagu vi. dan ix. Justeru. Masalah suara akibat jeritan. tujuan pendekatan ini adalah untuk merangsang kanak-kanak supaya kanak-kanak banyak. bersusah payah menyebut perkataan ( cth: mengejip mata.

Individu yang gagap akan menunjukkan ciri-ciri tertentu pertuturannya. dan diikuti ketegangan otot tekak. Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut sesuatu perkataan berulang-ulang. mereka boleh dipulihkan melalui intervensi terapi pertuturan seperti yang dibincangkan sebelum ini. Di antaranya adalah: gagap sesuatu yang mesti berlaku kepada setiap kanak-kanak (2-4 tahun). Cuba menyembunyikan masalah gagap dengan mengubah nada dan kadar pertuturan. Melakukan pengulangan dan pemanjangan sebutan satu huruf yang sama . Gagap berlaku secara berselang-seli di antara pertuturan normal dan gagap mengikut kelonggaran dan ketegangan otot pertuturan.Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah suara. Gagap adalah bentuk gangguan kelancaran pertuturan yang paling biasa. Di antara ciri individu yang gagap adalah seperti berikut: Pertuturan tidak lancar kerana secara tidak sengaja kerap mengulang-ulang menyebut perkataan dan pemanjangan bunyi perkataan . Terdapat beberapa fakta yang berkaitan dengan gagap.4 Dapatkan rajah alat artikulasi (pertuturan) dan bincangkan bagaimana setiap bahagian artikulasi itu memain peranan dalam mengeluarkan bunyi-bunyi huruf. iii. tetapi akan beransur-ansur pulih setelah melalui pengalaman interaksi dengan persekitaran. tersekat-sekat. Masalah kelancaran Gangguan kelancaran melibatkan aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan kelicinan pertuturan seseorang. mengulang suku kata. Kaum lelaki lebih ramai gagap berbanding wanita. dan menggerakkan tangan semasa bertutur. Namun dari segi fizikal individu yang gagap tidak ada perbezaan dengan individu normal. perkataan atau frasa. Keadaan ini terjadi akibat gangguan pernafasan yang berpunca daripada penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. dan gagap boleh diturunkan melalui pertalian genetik keluarga. Latihan 2. memejamkan mata. Gagal mengaitkan perkataan dengan emosi. .

Ketika kanak-kanak sudah mula mahu bercakap. . b) Panduan mengurangkan masalah gagap Morley M. Menyesuaikan diri dengan gagap Ramai individu gagap berasa yang mereka adalah berlainan daripada orang lain hasil daripada pengalaman-pengalaman dan reaksi orang lain terhadap pertuturan mereka yang gagap. 2…Terapi mengurangkan ketegangan. pengalaman yang menakutkan. otot-otot pertuturan masih belum bersedia dan tidak stabil. Keadaan ini menyebabkan pertuturan menjadi tersekat-sekat dan berulang-ulang. dan mempunyai masalah kesihatan. Ketidakstabilan mekanisme neuromuscular untuk pertuturan ketika peringkat awal kanak-kanak. Berdasarkan pendapat daripada beberapa penulis.a) Punca masalah gagap Banyak faktor yang dikaitkan sebagai punca kepada masalah gagap. Kejutan secara tiba-tiba seperti kemalangan. dan menghidap sesuatu penyakit. Mereka perlu mengakui yang mereka gagap dan menerima hakikat ini secara positif tanpa rasa takut dan beremosi.(Relaxation therapy) Rawatan terapi mengurangkan ketegangan ini akan mengurangkan ketegangan fizikal dan mental. Peniruan pertuturan yang salah semasa proses mula belajar bertutur. (1972) telah memberikan lima prinsip rawatan untuk membantu individu gagap mengatasi masalah mereka. Sedarkan mereka bahawa ramai orang yang kononnya tidak gagap sebenarnya mengalami masalah bercakap tersekat-sekat dan mungkin gagap pada masa-masa tertentu. punca masalah gagap dapatlah dirumuskan seperti berikut. Sekiranya sejarah keluarga mempunyai ahli yang gagap. Seseorang yang mahir tangan kiri boleh menjadi gagap sekiranya dipaksa menggunakan tangan kanan untuk menulis atau membuat sebarang kerja. Keadaan fizikal yang lemah akibat kekurangan zat makanan. kematian orang tersayang terutamanya ibu atau bapa. Keadaan persekitaran juga boleh menyebabkan gagap terutamanya persekitaran rumah yang tidak selamat dan tidak menggembirakan serta hubungan emosi yang tidak cukup di antara anak dan ibu bapa. besar kemungkinan masalah gagap akan diturunkan kepada anak-anak mereka. Sekiranya diamalkan selalu akan meningkatkan keselesaan dan ketenangan mental yang akan meningkatkan kecekapan dan keyakinan untuk menjalani kehidupan tanpa tekanan.E.

individu gagap akan menghadiri sesi terapi secara berkumpulan. dan berbagai-bagai masalah dan situasi lagi.3 Kesimpulan Kemahiran bahasa sangat sukar dikuasai oleh kanak-kanak masalah pembelajaran. Bincangkan.5 Apakah masalah sosio-emosi yanhg dihadapi oleh individu yang mengalami masalah gagap.2. dan mengasingkan diri. Latihan 2. kandungan. Di sini dia akan bertemu dengan orang lain yang menghadapi masalah yang sama dan berkongsi pengalaman masing-masing. malu. Apabila kanak-kanak ini memasuki alam persekolahan masalah ini akan menjejas pencapaian akademik dan kemahiran sosial mereka.. Selain bermasalah menguasai komponen bahasa seperti bentuk. Cadangan diberi bagaimana individu itu mengatasi masalah yang dihadapinya dan menjadikan situasi gagap sebagai latihan untuk melaksanakan cadangan-cadangan yang diberi. masalah bahasa dan komunikasi boleh diatasi melalui pendekatan yang terancang dengan mengambil kira setiap ketidakupayaan yang kanak-kanak . Perbincangan. 2. membeli tiket bas. dan tugasan Pada setiap kali rawatan. Intervensi untuk memulihkan masalah gagap perlulah dimulai pada peringkat awal masalah gagap ditunjukkan sebelum menjadi lebih teruk. masalah dan situasi tertentu akan dibincangkan. dan penggunaannya. cadangan. Latihan hendaklah yang boleh menyumbang ke arah pengalaman pertuturan yang lancar dan latihan yang membantu mereka mengawal gagap ketika berlaku. Masalah bahasa dan komunikasi tidak boleh dipandang ringan kerana ketidakupayaan menyampaikan mesej dengan tepat dan jelas disebabkan gangguan pertuturan atau masalah bahasa akan menyebabkan kanak-kanak berasa tertekan. terdapat ramai juga kanak-kanak masalah pembelajaran yang mengalami masalah dalam pertuturan.Latihan-latihan yang membantu ke arah mengawal petunjuk-petunjuk Gagap. Misalnya yang berkaitan dengan penggunaan telefon. rendah diri. takut berhadapan dengan orang lain. Sebagai mana yang telah dibincangkan sebelum ini. Terapi kumpulan Apabila tiba masa yang sesuai.

Boston: Houghton Mifflin Company. iaitu masalah artikulasi. Educating Exceptional Children 7th .R. Boston: Allyn and Bacon. M. morfologi. dan masalah kelancaran. Antara punca masalah bahasa adalah kelewatan bahasa. dan kelancaran. 5. Masalah pertuturan boleh dibahagikan kepada tiga kategori besar. Masalah tersebut mungkin melibatkan satu atau gabungan mana-mana aspek bahasa berikut. pernafasan. doktor. guru. & Annastasiow. Rumusan 1. (2) kandungan bahasa ( sistem semantik). iaitu artikulasi. dan juga kaunselor. dan suara. aphasia. ed. Pelbagai pihak yang berkaitan hendaklah berganding bahu dan bekerjasama sebagai satu pasukan yang terdiri daripada ibu bapa.. dan sintaksis). 4. 2. atau sistem simbol yang lain. pentadbir sekolah. atau (3) fungsi bahasa dalam komunikasi (sistem pragmatik 3. . Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan pemahaman yang menyimpang atau kandungan bahasa atau penggunaan dalam pertuturan. ahli terapi pertuturan. (1) bentuk bahasa ( sistem fonologi. Intervensi awal adalah sangat penting untuk membantu kanak-kanak mengatasi masalah pertuturan dan bahasa mereka sebelum masalah itu menjadi satu kebiasaan dan sukar dipulihkan. Kirk. Early Childhood Language Arts. Gallgher. tulisan (atau kedua-duanya). (1992). Masalah pertuturan boleh dibahagikan kepada tiga kategori besar. (1993). Kata Kunci Komunikasi Artikulasi Terapi Intervensi Mekanisme neuromuskular Bacaan/Rujukan Jalongo. dan gangguan proses auditori pusat. masalah suara.alami. suara. Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan memerlukan koordinasi di antara alat artikulasi.

An Introduction to Children with Language Disorders.Reed. dan seterusnya kaedah-kaedah mengajar bacaan Bahasa Melayu. (1994)..R. 2. Berbagai-bagai kaedah dan teknik mengajar bacaan boleh digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. punca masalah membaca. menghuraikan kaedah-kaedah mengajar membaca MASALAH MEMBACA Masalah Bacaan Strategi Pengajaran Kemahiran Membaca Jenis Masalah Bacaan Kaedah Mengajar Bacaan Masalah dalam memaham Kaedah Khas Pemulihan Bacaan Punca masalah Membaca . guru hanya perlu sesuaikan kaedah-kaedah ini dengan keupayaan murid-murid. Adalah menjadi tugas guru mengesan kelemahan membaca muridnya dan seterusnya menjalankan pengajaran pemulihan bacaan dengan segera. 3. V. menjelaskan punca-punca masalah membaca . mengenal pasti jenis-jenis masalah bacaan . anda seharusnya dapat: 1. Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan jenis kesalahan bacaan. Kemahiran membaca adalah merentas semua mata pealajaran dan kelemahan dalam kemahiran membaca akan menyebabkan pencapaian rendah dalam pelajaran di sekolah . PENGENALAN Masalah membaca di kalangan murid sekolah bukanlah perkara luar biasa lagi walaupun mereka telah mengikuti pembelajaran bacaan terutamanya dalam pelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. New York: Macmillan College Publishing Company. OBJEKTIF Pada akhir tajuk ini. Bagi mengajar kanak-kanak berkeperluan khas. Kaedah dan teknik mengajar bacaan yang digunakan oleh guru hendaklah sesuai dengan kebolehan membaca murid.

” dibaca sebagai ”Buku itu tebal”. manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan kefahaman. dan peringkat nasional. Pelaksanaan Program Pemulihan dan Pengayaan dalam kelas KBSR tidak mencapai tahap yang dijangkakan . 6. dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca. misalnya ”buah” disebut ’uah”. Keadaan ini amat menakutkan apabila semakin ramai pelajar kita yang gagal membaca walaupun sudah memasuki sekolah menengah. seperti. Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pprogran Kelas Intervensi Membaca dan Menulis atau KIA2M. perkataan. . Satu usaha terbesar yang dilaksanakan adalah KBSR yang bermatlamatkan kecemerlangan pendidikan sekolah rendah. ”Buku itu sangat tebal.1 Masalah Bacaan Masalah bacaan di kalangan pelajar sekolah sekarang mendapat perhatian umum. Namun selepas fasa pertama KBSM. Manakala meninggalkan imbuhan adalah seperti ”mengandungi” disebut ”mengandung” dan sebagainya.didapati ramai pelajar kita yang masih gagal menguasai 3M. dan diikuti dengan KBSM di sekolah menengah.1. daerah. Antara masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah seperti berikut: a) membuang/meninggalkan (omission) Bunyi huruf.menyebabkan terdapat sebilangan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M hingga ke peringkat tahap II persekolahan rendah dan di peringkat persekolahan menengah. Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca. Kerisauan tentang masalah ini bukan hanya pada ibu bapa dan guru-guru sahaja malah sudah hingga ke peringkat pemimpin tertinggi negara . ”kering” disebut ”kerin”. Hakikat ini diakui dalam seminar Kebangsaan KBSR pada 1989 yang merumuskan. Berbagai-bagai usaha telah dilaksanakan di peringkat sekolah. Sebagai usaha untuk memulihkan masalah bacaan murid di sekolah randah. negeri.1 Jenis Masalah Bacaan Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui aktiviti bacaan nyaring. b) Ulangan (repetition) Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.6.

b) bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar.Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan adalah seperti berikut: a) membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan. ”Bala” disebut ”laba”.c) Gantian (substitute) Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca. guru juga perlu memerhati tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan. d) Tambahan (insertion) Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca. misalnya “buah” disebut “buwah”.” e) Pembalikan (reversals) Huruf. Contoh . Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. dan begitu juga dengan pembalikan frasa. Selain itu. Manakala terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga boleh mengubah maksud ayat.” dibaca sebagai ” Saya sangat suka makan rojak. f) Tidak kenal huruf Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanakkanak gagal membaca dengan baik. Manakala penambahan perkataan berlaku seperti berikut. . Keadaan ini menyebabkan kanakkanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan makna. perkataan. contoh: ”Dia makan nasi” dibaca sebagai ” Dia nasi makan”. atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang. ”Saya suka makan rojak. misalnya ”ladang” disebut ”lalang”. manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila perkataan diubah kedudukannya. g) Salah sebutan Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan.

j) cuba mengelak daripada aktiviti membaca. f) menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca. dan sebagainya. iii) gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan bacaan . pagi.2 Masalah-masalah dalam Memaham Bacaan Selain masalah bacaan nyaring. misalnya dalam ayat “Panjatlah lagi pokok itu. Guru dapat mengesan masalah memaham di kalangan muridnya berdasarkan pemerhatian dan juga melalui aktiviti-aktiviti soal jawab. sebelum. menggeleng kepada. merumus petikan.teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum menyebut sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan bacaannya. dan sebagainya. sekejap. g) tingkah laku yang tidak selesa seperti mengejip-ngejip mata. kuiz.” yang bermaksud melarang seseorang daripada memanjat pokok. berikan beberapa contoh masalah atau kesalahan bacaan yang kerap dilakukan oleh kanak-kanak. Masalah tidak memahami isi bahan bacaan tentu akan mengganggu proses pembelajaran murid berkenaan. i) kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan.c) teragak-agak (hesitation) . ii) tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi. 6. e) membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak. d) membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan. Antara masalah dalam kefahaman bacaan adalah: i) gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti selepas. sudah. kanak-kanak juga menghadapi masalah memahami apa yang dibaca. menceritakan semula. dan sebagainya. Latihan: Berdasarkan masalah-masalah bacaan di atas. h) Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau ”blurring”. mengerut dahi. Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-muridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid berkenaan menghadapi masalah dalam bacaan. dan k) tidak boleh membaca langsung.

terencat akal. Faktor fizikal ii. who. carta alir terutamanya untuk melatih membuat urutan peristiwa. Berikan contoh untuk menjelaskan jawapan anda. menggunakan kamus untuk mendapatkan makna perkataan. peta. Faktor emosi.3 Punca Masalah Membaca Punca masalah membaca adalah rumit dan sukar hendak ditentukan secara khusus.terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca. aphasia. dan yang paling penting adalah melalui teknik penyoalan seperti teknik soalan 5WH (what. Antaranya adalah seperti melatih mereka membuat pemetaan semantik atau peta konsep. dan bermasalah kesihatan (epilepsi.B. Masalah pemahaman bacaan akan menjejas pencapaian dalam pelajaran secara keseluruhannya sama ada di sekolah rendah atau di sekolah menengah. masalah pendengaran. . where. Faktor kognitif dan bahasa iii. dan carta organisasi. persekitaran. Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang rendah sehingga . v) gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca. masalah jantung. when. 6. carta alir. kurang zat makanan yang serius. dan sebagainya dalam buku. dll). dan pendidikan Faktor Fizikal Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah penglihatan. iv) lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca. masalah pertuturan. graf. vi) tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan yang dibaca. membuat carta organisasi. vii) tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta. Faktor Kognitif dan Bahasa Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan yang terencat akal akan menghadapi masalah dalam bacaan yang serius.why. Namun Guy L. iaitu : i. Masalah pemahaman kanak-kanak boleh diatasi melalui beberapa aktiviti pengajaran yang boleh merangsang pemahaman mereka terhadap bahan yang dibaca. dan rakan-rakannya (1994) telah membahagikan punca masalah membaca kepada tiga faktor besar . masalah neurologikal seperti kerosakan otak (serebral palsi. rajah. dll). dan how). Latihan: Apakah kepentingan membuat peta semantik.

Persekitaran. Antara kaedah yang sering digunakan adalah: iv. dan Pendidikan Masalah membaca kebiasaannya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak. Kaedah pelbagai deria . Kaedah fonik/bunyi vii. dan sebagainya akan menjejas pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca. dan sebagainya.menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjadi sangat sukar. Sebenarnya semua kaedah dan teknik itu boleh digunakan dengan berkesan Semuanya bergantung kepada cara kita merancang strategi pengajaran dan melaksanakannya ke atas murid berkenaan. Kaedah Gabungan Bunyi-kata viii. Faktor Emosi. tiada galakan keluarga. penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan. Kaedah Fernald . 6. kurang zat makanan.VAKT x. 6. Kemahiran-kemahiran yang dikuasai ini kelak akan membantu mereka menguasai kemahiran bacaan seterusnya Pengajaran membaca kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan strategi yang pelbagai. Kaedah abjad/huruf v. Faktor persekitaran bagi kanak-kanak yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga. Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca. mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah. Terdapat beberapa kaedah mengajar bacaan dalam Bahasa Melayu yang sesuai dengan binaan perkataan Bahasa Melayu yang terbentuk melalui gabungan suku kata.4 Strategi Pengajaran Kemahiran Membaca Terdapat berbagai-bagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan yang telah kita pelajari dan kita gunakan untuk membantu murid yang tidak dapat membaca dengan baik. Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu. Perkara terpenting adalah muridmurid ini perlu diajar menguasai kemahiran-kemahiran asas bacaan terlebih dahulu supaya pemerolehan kemahiran membaca mereka menjadi mantap. tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak. Kaedah VAK ix. Guru tidak boleh hanya bergantung kepada kaedah dan teknik tertentu sahaja kerana kerana penerimaan seseorang kanak-kanak terhadap perkara yang diajar adalah berbeza antara satu sama lain. Manakala faktor bahasa melibatkan bahasa penerimaan (receptive language) yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis. Kegagalan membaca menjadikan kanak-kanak kecewa dan menjejas emosi mereka. Kaedah pandang sebut/seluruh perkataan vi.5 Kaedah Mengajar Bacaan Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan beberapa kaedah mengajar bacaan kepada kanak-kanak.

bo. i. Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a. Contoh: Memperkenalkan huruf . Kaedah Fonik/bunyi Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru.z Memperkenalkan huruf vokal a. dan diftong ai. Misalnya bagi perkataan ”rumah”. au. Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu. namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu.ba. be. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. makan. bi.oi. emak. lari. Kaedah Pandang dan sebut/Kaedah Seluruh Perkataan Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris.ba + tu batu Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya. o. i. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari a – z. pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya. o.a . iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Selain itu. guru digalak menggunakan fonik atau bunyi huruf. huruf-huruf konsonan. e. bapa dan sebagainya. Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam membaca. Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan . Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya. guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf ”r” iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ]. Menurut kaedah fonik.xi. Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. bu Membentuk perkataan daripada suku kata . u Menggabungkan huruf konsonan dan vokal . u. main. Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan. Kaedah Gillingham Kaedah Abjad/huruf Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. e. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid belajar secara pandang (visual). Melalui kaedah ini.

huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ]. Dalam bidang fonetik. . Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf. Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf. ii. Hubungan antara nama . Murid membaca apa yg telah ditulisnya. vi. dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf (abjad) dan bentuk huruf. bunyi. ii. dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih dahulu dengan pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat diperlukan dalam setiap perkataan. Selepas itu membina suku kata dan seterusnya perkataan. Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat (proses bacaan). vii. iv. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula.membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Murid menyebut nama huruf dan kemudiannya menulis (proses mengeja). Murid menyebut nama huruf tersebut. ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ]. v. menulis huruf sambil menyebutnya (terjemahkan bunyi yang didengar kepada tulisan) dan seterusnya murid menulis huruf-huruf. bunyi. dan dalam kaedah ini murid diajar langkah demi langkah. i. Contoh. i. Latih tubi mengeja adalah perlu berdasarkan pendekatan pelbagai deria (multisensory). [ b ] + [ a ] = [ ba ] [ t ] + [ a ] = [ ta ] [ ba ] + [ta ] = [ bata ] Kaedah gabungan bunyi – kata ( Dari nama huruf dan bunyi kepada perkataan ) Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron. Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf itu Setelah murid sudah biasa dengan nama. guru boleh teruskan dengan latih/tubi berikut. Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf. a iii. dan bentuk huruf. Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf. Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. Sebagai contoh. dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. iaitu membunyikan huruf (terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh didengar).

huruf timbul yang besar dan lain-lain. memerhati perkataan yang hendak dipelajari ii. dan semua kaedah ini digolongkan sebagai pendekatan ki nestetik. . mewarna dengan jari. Langkahlangkah pengajaran adalah sepeerti berikut: . v.visual (penglihatan) A – audio (pendengaran) K .tactile ( sentuhan) Kaedah ini berpegang kepada prinsip “rangsangan” dalam pembelajaran dan berdiri atas Premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran . dan iv. kanak-kanak pemulihan. Kaedah VAK menggunakan prosedur pengajaran seperti berikut. lihat huruf (V) .6 Kaedah Khas Pemulihan Bacaan Terdapat segelintir kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang serius dan memerlukan kaedah bacaan khas untuk mengajar mereka seperti kanak-kanak Disleksia. murid hendaklah . 1989). kaedah VAKT. huruf dibuat daripada kertas pasir. membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal Prosedur VAK ini diulang-ulang sehingga perkatan dapat ditulis dengan betul. iaitu pelajar : i. Lynne. Dalam kaedah ini murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya. Kaedah VAK Kaedah VAK menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan). menggunakan talam berpasir/lumpur.(Margaret.Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT. menyebut perkataan itu iii.6. Janet. dan kaedah Gillingham. cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya. dan kanakkanak berkeperluan khas (PKBP). Kaedah Membaca Pelbagai Deria .Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu . Antara kaedah bacaan yang akan dibincangkan dalam bahagian ini adalah seperti kaedah VAK.VAKT (Multisensory Reading Method) Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT yang bermaksud. V .guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4” x 10” ( menggunakan krayon ) . kaedah Fernald.kinesthetic ( pergerakan ) T .kaedah ini menggunakan surihan (tracing)’ untuk mengajar bacaan .Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan.

ii. tetapi hanya melihat perkataan yang guru tulis. menyebut. Kaedah Fernald Kaedah ini diperkenalkan oleh Fernald G.Pelajar surih huruf-huruf dengan jari (T – K) sambil menyebut dan mendengar sebutan perkataan itu (A).Proses ini diulang sehingga pelajar boleh menulis perkataan tanpa melihat contoh. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang dijumpai dalam petikan.K.Pelajar tidak perlu surih setiap perkataan. lihat pergerakan tangan semasa tracing (V) xii.(1943. Peringkat 3: . rasa permukaan huruf dgn hujung jari (T) xi. Kaedah ini merupakan gabungan pendekatan pengalaman bahasa dan pembelajaran berasaskan pendekatan pelbagai deria (VAKT). rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K) x. Peringkat 2: .Pelajar juga memandang perkataan itu semasa membuat surihan(V) . iaitu: i. 1988) untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk. . Gillingham. Belajar melalui perkataan asas (sight words) yang terdapat dalam teks. dan iv. . dengar huruf yang disebut (A) ix.vi. dan Helen.Guru menulis perkataan dengan besar menggunakan crayon di atas kertas. iii. dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat surihan (A) Kaedah VAKT dijadikan asas kepada model-model pengajaran bacaan yang lebih perinci oleh tokohtokoh seperti Fernald. Terdapat empat peringkat pengajaran dalam kaedah Fernald. B. dan menulis perkataan tersebut. . Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan ingatan satu perkataan yang diberi. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang diberi. Peringkat pengajaran dalam kaedeah Fernald adalah seperti berikut: Peringkat 1: .M.Pelajar menulis cerita berdasarkan perkataan yang telah dipelajari. .Pelajar meneruskan menulis cerita dan menyimpan fail perkataan. dengar guru sebut huruf (A) vii. Pendekatan ini dibentuk untuk pengajaran secara individu. dan lain-lain. menyebut huruf (A) viii. .

A-K (Auditory – Kinesthetic). Murid tidak perlu menyebut bunyi-bunyi itu.Pelajar belajar perkataan baru dengan melihat. iaitu: i. atau bahagian-bahagian perkataan yang sudah dipelajari. Peringkat 4: . Kaedah Gillingham Kaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham dan Stillman pada tahun 1970 AN difokuskan untuk mengajar bacaan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah bacaan yang sangat teruk. Bunyi-bunyi huruf danperkataan digabungkan dengan pergerakan otot semasa menyebut dan menulis. Kaedah Gillingham menekankan pendekatan pelbagai deria yang terdiri daripada enam kesatuan deria yang sangat penting pada peringkat permulaan mengajar huruf –huruf. Kaedah Fernald mempunyai prinsip tertentu yang perlu dipatuhi. A-V (Auditory-Visual). Bunuyi-bunyi huruf dan perkataan digabungkan dengan imej visual. Perkataan yang ditulis dan huruf-huruf dihubungkan denga bunyinya.Pelajar sudah boleh menggunakan kemahiran bacaan untuk mengembangkan minat membaca. .. murid pemulihan. kejayaan hendaklah ditekankan supaya motivasi pelajar dapat ditingkatkan atau dikekalkan. V-A (Visual-Auditory). iii. kaedah Fernald menggunakan pengalaman bahasa pelajar dan kaedah VAKT. dan murid PKBP.Pelajar dapat mengecam perkataan-perkataan baru berdasarkan persamaannya dengan perkataanperkataan yang tercetak. ii. dan menulisnya terus daripada perkataanperkataan bercetak (teks). iaitu memerlukan lima sesi pengajaran seminggu untuk selama dua tahun (minimum) Kaedah Gillinghammenumpukan penstrukturan pengajaran yang tinggi dan berorientasikan pendekatan fonetik yang menggunakan teknik surihan (tracing) untuk mengajar huruf tunggal dan bunyi yang bersamaan dengannnya. ii.Guru tidak perlu menulis perkataan kerana pada tahap ini pelajar sudah boleh membaca daripada buku.dan iii. Tugasan ini seakan-akan aktiviti mengeja. Enam kesatuan asas itu adalah: i. Kesimpulannya. menyebut. hanya diguna untuk pelajar yang menghadapi masalah bacaan yang teruk sahaja seperti disleksia. Kaedah ini mengambil masa yang lama dan langkah-langkah pengajaran hendaklah dipatuhi dengan ketat. . keempat-empat peringkat perlu dikuasai mengikut urutan. .

K-A (Kinesthetic – Auditory).Visual). dan cuba membantu mereka membina kemahiran membaca seawal mungkin supaya masalah ini dapat dipulihkan sebelum menjadi lebih teruk. Langkah-langkah pengajaran.Dgn menggunakan kad latih tubi. mengenal pasti punca masalah. Sebagai rumusan. . vi. Latihan: Bezakan antara kaedah abjad dengan kaedah fonik dalam mengajar bacaan. tunjuk satu huruf kepada murid. . . semua guru adalah bertanggungjawab untuk mengesan kelemahan bacaan pelajarnya.Soalan guru . .iv.Murid menyurih ikut tulisan guru. K-V (Kinesthetic. guru membunyikan mengikut huruf. dan membunyikan huruf itu. dengar. mereka mengadun hurufhuruf menjadi perkataan.Soalan guru. Pergerakan otot semasa bertutur atau menulis dikaitkan dengan bentuk visual huruf-huruf. Guru menggunakan strategi ejaan lisan Langkah 3: . “Berikan nama huruf yang bunyinya [ č ] . V-K (Visual – Kinesthetic).guru mula memperkenalkan tulisan sambung. “Apakah bunyi huruf ini?” Langkah 2: . Tangan murid didibantu untuk menyurih atau menulis bentuk huruf sambil menyebut nama atau bunyi huruf tersebut. guru menyebut bunyi huruf dan murid mengikutnya . Huruf cetak dan perkataan dikaitkan dengan pergerakan otot semasa bertutur dan menulis. .Guru menulis huruf dan menerangkan bentuknya. pandang. Langkah 1: .Tanpa menggunakan kad latih tubi. v.Bila sudah mahir.Guru menyebut nama huruf dan murid mengikut sebutan guru . Setelah murid mahir 10 huruf (konsonan dan vokal).

5.B. kaedah VAKT. dan kaedah Gillingham digolongkan sebagai pendekatan kinestetik dan hanya digunakan untuk mengajar bacaan bagi kanak-kan ak yang mengalami masalah bacaan yang teruk. Guru tidak boleh hanya bergantung kepada kaedah dan teknik tertentu sahaja kerana kerana penerimaan seseorang kanak-kanak terhadap perkara yang diajar adalah berbeza antara satu sama lain.7 Kesimpulan Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang disaran dalam kaedah itu. Sekiranya guru memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah. persekitaran. manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan kefahaman. Oleh itu guru hendaklah memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Murid-murid ini perlu diajar menguasai kemahiran-kemahiran asas bacaan terlebih dahulu supaya pemerolehan kemahiran membaca mereka menjadi mantap. dan pendidikan 4. Guy L. iaitu faktor fizikal. 3. maka guru tidak boleh mengatakan yang dia menggunakan kaedah tersebut. faktor kognitif dan bahasa. 2. 6. Sekiranya guru tidak mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan atau mengikut sebahagian darikpada langkah sahaja. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan sematamata tidak mencukupi.6. Rumusan 1. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak berke[perluan khas. dan rakan-rakannya (1989) telah membahagikan punca masalah membaca kepada tiga faktor besar . Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-muridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid berkenaan menghadapi masalah dalam bacaan. dan faktor emosi. Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui aktiviti bacaan nyaring. Kata Kunci . Kaedah VAK. Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. kaedah Fernald. Pengajaran membaca kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan strategi yang pelbagai. kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan.

(1994). & John B. Pedagogi Bahasa. Barbara B. Boston: Allyn and Bacon.W.Kinestetik Surih Pelbagai deria Kognitif Aphasia Rujukan Kamarudin Hj. Margaret A. (1989). Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn.. Guy . R .. (1998).T.B. Reading Difficulties: Their Diagnosis and Correction. Lynne K. Miles A. .L. Bhd. Reading Problems: Assessment and Teaching Strategies. New Jersey: Prentice Hall.L.W.. Husin. & Janet W.L.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful