P. 1
PEMBAJAAN KELAPA SAWIT

PEMBAJAAN KELAPA SAWIT

|Views: 178|Likes:
Published by Gerald Jr Oboy

More info:

Published by: Gerald Jr Oboy on Jan 04, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/20/2015

pdf

text

original

PEMBAJAAN KELAPA SAWIT

Pembajaan merupakan komponen kos penanaman yang paling tinggi (50-60%) dalam sesuatu operasi ladang. Banyak ladang yang telah berjaya meningkatkan hasil melalui kualiti pembajaan yang baik. Namun begitu tidak kurang juga ladang-ladang yang telah membelanjakan wang yang banyak untuk jenis baja yang difikirkan terbaik, kerja percontohan daun/tanah serta analisis dan mengubahsuai kadar baja yang ditabur tetapi tidak memanfaatkan usaha-usaha ini disebabkan kelalaian dan penyeliaan yang tidak sempurna atau menyeluruh di ladang KESALAHAN-KESALAHAN YANG SERING DITEMUI DI LADANG
y

y y y y y y

Kaedah penaburan baja tidak betul. Baja tidak ditabur rata tetapi bertompok-tompok dalam bulatan pokok. Ini boleh menyebabkan kerosakan pada akar tanaman dan mengundang kepada kehilangan baja melalui air larian permukaan dan larut resap. Masa pembajaan tidak betul iaitu dilakukan pada musim kering ataupun musim hujan. Kadar baja tidak mencukupi terutama pada kawasan tanaman muda dan yang berpotensi untuk berhasil tinggi akibat daripada penyeliaan yang tidak sempurna. Ketidakseimbangan baja yang ditabur iaitu jenis baja ditabur tidak mengikut keperluan pokok. Salah tempat perletakan baja. Kesuburan pokok diatasi secara mudah iaitu dengan meningkatkan kadar baja berbanding dengan untuk memperbaiki sifat fizikal atau saliran tanah terlebih dahulu. Pelepah pokok sawit yang belum matang kerap kali dicantas secara berlebihan menyebabkan baja yang ditabur banyak tertumpu untuk pembentukan vegetatif pokok berbanding untuk pembentukan bahagian reproduktif seperti bunga dan tandan buah.

KEPERLUAN ZAT NUTRIEN PADA POKOK SAWIT A. Nutrien Utama 1. Nitrogen (N)
y y

Penting dalam pembentukan klorofil, protin dan beberapa enzim dalam tumbuhan. Memberi kesan terhadap luas permukaan daun, warna daun dan kadar penghasilan daun. Kekurangan N amat nyata pada pokok sawit muda yang ditanam pada kawasan berprofil cetek, berpasir ataupun tanah yang tidak bersaliran baik. Sumber baja N contohnya ammonium sulfat (21%N), urea (46%N), dan ammonium nitrate (34%N).

2. Fosforus (P)
y y

Kekurangan P boleh menyebabkan pertumbuhan palma terbantut, pelepah pendek, ukurlilit batang dan saiz tandan kecil. Bagaimanapun, kandungan P secara berlebihan dalam palma boleh menindas pengambilan kuprum (Cu) dan zink (Zn).

merendahkan kandungan boron (B) dan magnesium (Mg) dalam palma. daun berbentuk tulang ikan (fish-bone leaf) dan cacat hujung daun (blind leaf). respirasi tumbuhan dan pengaktifan enzim. Kalsium (Ca) y y y Keperluan Ca tidak begitu ketara pada tanaman sawit. P dan unsur mikro oleh palma. . Keperluan Ca oleh pokok sawit dapat dipenuhi secara tidak langsung dengan pemberian baja fosfat (RP) dan kapur (GML) kerana kedua-duanya mengandungi Ca. Hanya diperlukan pada tanah berasid dan gambut untuk mengurangkan keasidan tanah dan seterusnya meningkat penyerapan nutrien lain seperti N. 5. Kekurangan Mg kerap berlaku pada tanah berpasir dan sangat berasid. TSP (46% P2O5) dan Gafsa (29% P2O5) 3. Kalium (K) y y y Kandungan K yang cukup boleh meningkatkan ketahanan pokok sawit terhadap serangan penyakit dan musim kemarau serta boleh meningkatkan bilangan dan saiz tandan.y Sumber baja fosforus contohnya CIRP (35% P2O5).Selain itu ia juga berperanan untuk metabolisma fosfat. Daun pada pelepah tua yang terdedah pada matahari akan menjadi kuning/oren bermula pada tepi lai daun. Dalam keadaan teruk hujung dan keseluruhan pelepah bawah akan berwarna kuning/oren dan menjadi kering. Kekurangan K pada palma kerap berlaku pada tanah berpasir dan gambut. Kandungan K yang berlebihan dalam palma boleh menjejaskan kandungan minyak dalam tandan. daun pelepah kecil. Kandungan K dan Ca yang tinggi dalam tanah boleh menjejaskan pengambilan Mg oleh palma. Magnesium (Mg) y y y y y Magnesium adalah elemen utama dalam klorofil dan sangat penting untuk kecekapan fotosintesis. Boron (B) y Kekurangan boron menyebabkan rupabentuk daun tidak normal seperti daun bercangkuk (hooked leaf). Sumber Mg adalah seperti Kieserite (27% MgO) dan GML (18-20% MgO). Sumber K adalah seperti MOP (60% K2O) dan abu tandan (bunch ash) (30-40% K2O). Sumber: GML (18 ± 20% MgO) B. 4. Mikro Nutrien 1. Tanda-tanda kekurangan K adalah bintik-bintik oren (orange spotting) pada daun dan dalam keadaan teruk hujung daun menjadi kering. daun kerinting (crinkled leaf).

Masa Penaburan y Elakkan aplikasi baja pada musim panas berpanjangan atau musim hujan. K dan Ca yang tinggi dan tidak seimbang pada pokok sawit. Kadar Baja y Bergantung kepada umur pokok dan potensi hasil sesuatu kawasan. Daun pelepah bawah kekuningan dan dikenali sebagai 'peat yellow'. Sumber Zn adalah seperti zink sulfat FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGAMBILAN NUTRIEN OLEH POKOK SAWIT 1. 2. Kuprum (Cu) y y y y Kekurangan Cu berlaku pada pokok sawit yang ditanam pada tanah gambut atau sangat berpasir. dan jenis baja.y y y Keperluan B pada palma meningkat apabila pendebungaan sawit bertambah baik dengan bantuan agen pendebungaan seperti Elaeidobius kamerunicus. Kekurangan B juga berkaitan dengan kandungan N. Juga dikenali sebagai 'mid-crown chlorosis'. jenis tanah. Tempat Perletakan Baja y Bergantung kepada umur pokok dan topografi iaitu baja ditabur samada di bulatan. 3. 3. kuning dan akhirnya kering. 5. Zink (Zn) y y Kekurangan Zn kerap berlaku pada tanah gambut dan boleh menjejaskan pembentukan vegetatif dan reproduktif palma. jumlah hujan tahunan. Kaedah Penaburan y Manual iaitu samada di bulatan atau baris pelepah. Gejala yang teruk menyebabkan pucuk/daun pelepah muda menjadi pendek. Sumber B: Pelbagai sumber sodium borate seperti HGFB (46-48% B2O3) 2. lorong pelepah atau teres . 4. Sumber Cu adalah seperti kuprum sulfat. Kekerapan Penaburan y Bergantung kepada topografi ladang.

6. c) Aplikasi baja N dipecahkan kepada beberapa pusingan. Boleh dikurangkan melalui: a) Aplikasi baja berunsur N (urea) pada bulan lembap b) Baja N yang ditabur ditutup dengan tanah (raking in). c) Mengelakkan pembajaan pada bulan-bulan yang hujan tinggi iaitu hujan melebihi 250 mm per bulan atau bilangan hari hujan melebihi 15 hari per bulan. . Kualiti Baja y y y Baja yang tidak berkualiti mempunyai kadar nutrien yang lebih rendah daripada yang sepatutnya dan jika tidak diambil perhatian menyebabkan pokok tidak mendapat zat nutrien yang cukup dan kerugian pada pihak ladang. e) Meninggikan pH tanah berasid melalui pengapuran untuk meningkatkan kadar pertukaran kation (CEC). K dan Mg adalah nutrien utama yang boleh hilang melalui larut resap. Kehilangan melalui larut resap boleh dikurangkan secara: a) Aplikasi sesuatu jenis baja dipecahkan kepada beberapa pusingan. b) Menabur rata baja pada kawasan akar aktif tanaman untuk meningkatkan kadar serapan. Unsur N. Oleh itu setiap jenis baja yang diterima perlu disampel untuk analisa kedua-dua komponen berkenaan sebelum baja tersebut diaplikasi ke ladang FAKTOR-FAKTOR KEHILANGAN NUTRIEN 1. Persediaan Awal Ladang Tidak Betul y Berlaku hakisan di ladang secara meluas menyebabkan kehilangan banyak tanah atas (topsoil) 2. Larut resap (leaching) y y y Kerap berlaku pada kawasan tanah berpasir dan menerima hujan tinggi. Pemeruwapan (volatilisation) y Berlaku pada baja berunsur N seperti Urea. d) Sungkupan dengan tandan kosong untuk meningkatkan kandungan organik tanah. Dua komponen yang perlu diberi perhatian iaitu komposisi nutrien dalam baja dan peratusan kelembapan pada baja. 3.

d) Sungkupan permukaan tanah dengan pelepah yang dicantas ataupun tandan kosong. KESIMPULAN y y y Peningkatan penghasilan BTS bergantung kepada beberapa faktor seperti tanah. b) Kekalkan penutup bumi yang baik dalam ladang c) Penggunaan tandan kosong ataupun pelepah yang dicantas sebagai sungkupan d) Pembinaan teres dan tapak tanaman yang baik pada kawasan berbukit. Proses pengikatan ini boleh dan akan dikurangkan apabila: a) Bahan organik telah terurai sepenuhnya dan unsur N dibebaskan secara mineralisasi. Kehilangan nutrien melalui hakisan dan air larian permukaan boleh dikurangkan secara: a) Aplikasi baja dibahagikan kepada beberapa pusingan. suhu. kualiti baja dan keberkesanan pembajaan janganlah dipandang ringan oleh pihak pengurusan. amalan agronomi dan tahap pengurusan ladang. Hakisan y y Melibatkan kehilangan tanah atas dan zat nutrien yang terkandung bersamanya. pembajaan. e) Penggunaan ban (soil bund) ataupun 'silt pit' untuk memperlahan dan memerangkap aliran air pada kawasan teres 5. b) Fosforus (P) diikat oleh tanah yang kaya dengan unsur Fe dan Al. cahaya). Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pembajaan adalah: a) Kaedah membaja b) Masa penaburan c) Kadar pembajaan d) Persaingan rumpai e) Bilangan dirian pokok f) Serangan perosak & penyakit . Oleh kerana baja merupakan komponen kos yang tinggi dalam operasi perladangan sawit.4. c) Melakukan pengapuran pada tanah pH rendah. cuaca (hujan. di atas pelepah ataupun di luar bulatan pokok iaitu kawasan akar aktif untuk mengurangkan sentuhan baja dengan tanah. b) Aplikasi baja fosforus (P) secara jalur (band application). Zat Nutrien Diikat Oleh Tanah (Fixation) Contohnya: a) Nitrogen (N) diikat oleh tumbuhan kekacang ataupun mikrob untuk proses pereputan bahan organik.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->