You are on page 1of 23

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN PENGETUA.

TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PENUTUPAN RASMI SEMPENA KURSUS PRA PERSARAAN WARGA JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK 10 NOVEMBER 2011 1015 pagi : Peserta mengambil Tempat : 10.30 pagi : Kehadiran Tetamu dan Jemputan Pengumuman: Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn Hjh Nor Hayati binti Hj Bakri diiringi dif-dif kehormat dan guru-guru masuk ke Dataran Jaya. Semua hadirin diminta berdiri Pagi yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna Kami bawakan kepada anda Majlis Majlis penutupan rasmi kursus pra persaraan warga jabatan pelajaran negeri Sarawak 2011. 10.30 pagi : Nyanyian lagu negaraku. Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita kumandangkan suara untuk menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan muzik. Dipersilakan hadirin untuk berdiri. Majlis merakamkan ribuan terima atas nyanyian itu tadi. 10.40 pagi : Doa dan Ucapan-Ucapan BismilLahir Rahmanir Rahim Assalamu `Alaikum W.B.TSalam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Yang Berusaha, En. Yong Ing Thong Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Sarawak. Yang Dihormati, Barisan Fasilitor-fasilitor Kaunselor organisasi Jabatan Pelajaran Sarawak. Yang Dihormati Tuan-tuan dan Puan-puan peserta kursus pra persaraan warga jabatan pelajaran negeri Sarawak. Saya bagi pihak Jawatankuasa Pelaksana mengucapkan Selamat datang ke : Majlis penutupan rasmi kursus pra persaraan warga jabatan pelajaran negeri Sarawak 2011.

Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh Al fadhil Ustaz Zahri bin Mamat. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Zahri bin Mamat atas bacaan doa itu tadi. Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika suaranya tiada berbicara Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, En. Yong Ing Thong , Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Sarawak. Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha . En. Yong Ing Thong , Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Sarawak atas ucapan tadi. Hadhirin Yang dihormati Sekalian Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang Kepimpinanmu gemilang Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat dikandung badan 09.45 : Persembahan Multimedia Majlis diteruskan dengan persembahan multimedia mengisahkan tentang biografi dan memori perjalanan Begitulah tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia Sidang Hadhirin Sekalian, Tinggi sungguh pohon kuini, Dililit pepaku bersulam semalu, Melepaskan dirimu di saat ini, Basahlah kami meratap pilu. 12.15.tgh : Penyampaian Cenderamata Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini. Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha , En Yong Ing Thong, Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling JPN Sarawak untuk mengiringi Yang Diraikan Puan Hajah Noor Hayati bt Hj Bakri bagi menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Kita akan mulakan dengan penyampaian cendermata hasil sumbangan daripada pelajar SMK Sijangkang Jaya. Dipersilakan Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar untuk menyampaikan sumbang tersebut. Seterusnya, Begitulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan Pn Hjh Noor Hayati binti Hj Bakri. Majlis merakamkan sejutaan penghargaan dan terima kasih atas tanda ingatan, sumbangan dan tanda hati yang diberikan dan semoga menjadi memoir indah dalam dakapan Puan Hjh Noor Hayati. Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan

Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan Tuai padi antara nampak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan Sebelum saya mengakhiri majlis ini,izinkan saya menyampaikan bait-bait puitis yang bertajuk Bak Air yang Mengalir Bak Air Yang Mengalir Bak air yang mengalir. Tiba jua kiranya di muara waktu, Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu, Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku! Berdiri melihat denai-denai kenangan, Berbunga mesra dalam jambangan ingatan, Barangkali terdengar nanti, Suara bisikan melankolia, Ucap salam anak-anak remaja, Tegur sapa, senyum tawa, rakan sekerja. Tiba waktunya untuk menyusun jemari, Membuang segala kerikil bersalut di hati, yang terkhilaf dimaafi, yang sesal diinsafi, yang lebih dibahagi, yang kurang dilengkapi, Agar saat perpisahan ini indah, Terlerai segala durja gundah, Tersirna cebisan amarah, Terurai segala yang bercanggah. Bak air yang mengalir, Tiba juga kiranya di muara waktu, Pasti tersisa kenangan yang terindah,

Berhias luka tidak berdarah, Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu, Kerana sekali dipanggil guru, selamanya pun bergelar guru. Selamat tinggal suara-suara ceria, Padang perhimpunan dan dewan perkasa, Bilik darjah dan anak-anak keletah, Pejabat tugas dan pembantu ikhlas, Bilik guru dan timbunan buku, Ruang kantin tempat mesra terjalin. Selamat tinggal seribu kerenah, Datang dan pergi pelbagai wajah, Bercampur gembira bersisip gundah, Bergema didikan beralas madah, Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah! Selamat datang persaraan, Kerana segalanya hanya kesementaraan, Melengkapi perjalanan, Sebuah kehidupan! Bak air yang mengalir, Tiba juga kiranya di muara waktu, Di sini kami pasti merindu, hakikat seorang individu, Bernama Pengetua. Jelinglah kami jika rindu masih bertamu, Sapalah kami andai mesra akrab berpadu! Selamat berangkat dalam doa berkat, Selamat istirahat dari segala muslihat, Selamat bersara dengan senyuman mesra! Senyumlah seindah suria, Setelah mencurahkan segala-galanya, Pasti beroleh keredaan-Nya. Bak air yang mengalir, Sampai di sini kenangan indah pasti terukir!

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada .kerana sudi untuk bersama

kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis kita pada pagi ini. Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Pagi yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna Kami bawakan kepada anda Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai sempena persaraan En. Abdull Mutalib bin Denan, Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong. BismilLahir Rahmanir Rahim Assalamu `Alaikum W.B.T. Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran

Guru Penolong Kanan 1 SK LKTP Sungai Sayong Yang Berusaha Pn. Hjh. Fatimah binti Hashim Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK LKTP Sungai Sayong Yang Berusaha En. Rahmat bin Ibrahim Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum SK LKTP Sungai Sayong Yang Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Yang Dihormati En. Mohd Rosli bin Othman Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Menengah Yang Dihormati Tn. Hj. Muhammad bin Salleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Rendah Yang Dihormati En. Mohd Azmi bin Abdul Rahman Pegawai Maklumat Pejabat Pelajaran Daerah Kulai Yang Dihormati Barisan Guru Besar dan Pengetua Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Daerah Kulai Yang Dihormati En. Abdul Naser bin Bedu Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK LKTP Sungai Sayong Yang Dihormati En. Md. Sukor bin Marzuki

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai dan seluruh ahli jawatankuasanya Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong Seterusnya Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian. Selamat datang ke : Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan, Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong. Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad atas bacaan doa itu tadi. Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang

Kepimpinanmu gemilang Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar di SK LKTP Sungai Sayong. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat dikandung badan Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan. Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua. Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Harin bin Basiran, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Sungai Sayong. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Abdul Naser bin Bedu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK LKTP Sungai Sayong untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser bin Bedu atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai Pelajaran Daerah Kulai untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada yang Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan. Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan atas ucapan itu tadi. Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Little Khalifah. Mereka akan mendeklamasikan sebuah sajak yang bertajuk Jasamu Dikenang dan mendendangkan 2 buah lagu yang bertajuk Terlalu Indah dan Bertemu dan Berpisah. Itulah sebentar tadi kumpulan Little Khalifah yang telah menampilkan sebuah pesembahan yang cukup istimewa. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan. Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Sungai Sayong untuk mengiringi Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.

Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 1 Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 2 Dipersilakan wakil daripada kelas Pendidikan Khas Dipersilakan wakil daripada kelas 1 Cemerlang Dipersilakan wakil daripada kelas 1 Gemilang Dipersilakan wakil daripada kelas 2 Cemerlang Dipersilakan wakil daripada kelas 2 Gemilang Dipersilakan wakil daripada kelas 3 Cemerlang Dipersilakan wakil daripada kelas 3 Gemilang Dipersilakan wakil daripada kelas 4 Cemerlang Dipersilakan wakil daripada kelas 4 Gemilang Dipersilakan wakil daripada kelas 5 Cemerlang Dipersilakan wakil daripada kelas 5 Gemilang Dipersilakan wakil daripada kelas 6 Cemerlang Dipersilakan wakil daripada kelas 6 Gemilang Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser bin Bedu untuk menyampaikan cenderamata daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK LKTP Sungai Sayong. Dan yang terakhir, Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Md. Sukor bin Marzuki untuk menyampaikan cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK LKTP Sungai Sayong. Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis

turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran mengiringi Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan sebentar tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi. Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah Untuk pengetahuan semua, Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan turut berbesar hati untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan khusus daripada beliau sendiri. Justeru itu, sekali lagi Majlis ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan untuk menyempurnakan upacara tersebut. Yang pertama, dipersilakan kepada Yang Dihormati En. Md. Sukor bin Marzuki selaku wakil daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK LKTP Sungai Sayong. Seterusnya, dipersilakan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran selaku wakil Pentadbiran SK LKTP Sungai Sayong. Seterusnya, dipersilakan kepada En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai Pelajaran Daerah Kulai. Seterusnya, dipersilakan kepada En. Mohd Rosli bin Othman, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Menengah. Seterusnya, dipersilakan kepada Tn. Hj. Muhammad bin Salleh, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Rendah. Dan yang terakhir, dipersilakan kepada En. Mohd Azmi bin Abdul Rahman, Pegawai Maklumat, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai. Itulah sebentar tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan daripada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan. Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan Tuai padi antara nampak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita akan menyaksikan buat kali terakhirnya Yang Diraikan En. Abdul Mutalib bin Denan akan menandatangani buku rekod kehadiran sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi beliau di dalam dunia pendidikan ini. Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai ini. Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh. Oleh : Noor Azaref bin Naim SK LKTP Sungai Sayong 81000 Kulai, Johor 12 September 2008 p/s : moga dapat jadi panduan kepada pengacara-pengacara majlis.

Sunday, March 20, 2011

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN GURU (RETIREMENT FUNCTION: ADDRESS BY MASTER OF CEREMONY)
(Q: ketibaan tetamu kehormat, Dato Bro. Vincent Corkery / En Joseph Michael Lee, Pengerusi PIBG)

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat: Yang Berbahagia Dato Bro. Vincent Corkery / En. Joseph Michael Lee, Pengerusi PIBG SMK St Michael, Ipoh (Q: setelah tetamu dan hadirin mengambil tempat)

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera dan selamat pagi Yang Berbahagia Dato Bro. Vincent, En. Joseph Michael Lee, En. Phoon Chong Chee, Pengetua SMK St Michael, Ipoh En. Mohd Zahir bin Ramli, Penolong Kanan Drs. Rajendran Naidu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Tan Cheng Choo, Penolong Kanan Tingkatan 6 Puan Hajah Normah, Penolong Kanan Kokurikulum Guru-guru Kanan, guru-guru Pemimpin-pemimpin pelajar dan seterusnya pelajar yang dikasihi sekalian Guru umpama bintang cemerlang

Walau bersara jasa dikenang Hari ini, Selasa 22 Mac 2011 mencatatkan satu lagi lembaran sejarah bagi warga SMK St Michael, Ipoh. Pada pagi ini kita meraikan seorang guru yang akan bersara secara rasminya bermula esok. Majlis dimulakan dengan lagu Negaraku, diiringi oleh pasukan pancaragam sekolah. Hadirin diminta bersedia. (Q: selesai lagu) Terima kasih. Bagi membacakan biodata guru yang diraikan, majlis dengan segala hormatnya menjemput Puan Choong Sau Han ke pentas. Dipersilakan. (Q: tunggu sehingga Pn. CSH mengambil semula tempat beliau) Terima kasih Puan Choong Sau Han. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Tuan Pengetua, En. Phoon Chong Chee. Dipersilakan. (Q: setelah pengetua mengambil semula tempat beliau)

Terima kasih tuan pengetua. Kini tiba masa yang dinanti-nantikan. Marilah kita bersama-sama menghayati ucapan guru yang diraikan, Puan Tan Eng Sim. Majlis mempersilakan. (Q: usai ucapan; tunggu hingga Pn Tan ES mengambil tempat) Terima kasih Puan Tan Eng Sim. Ucapan puan akan menjadi kenang-kenangan sekalian yang hadir dalam majlis pada pagi yang hening ini. Sebagai tanda penghargaan warga SMI dan sebagai simbolik kenang-kenangan peribadi Puan Tan Eng Sim yang telah berkhidmat begitu lama di SMI, majlis menjemput Puan Tan Cheng Choo mengiringi Puan Tan Eng Sim untuk acara memotong kek. Dijemput. (Q: usai acara potong kek) Terima kasih Puan Tan Cheng Choo. Terima kasih Puan Tan Eng Sim. (Q: dan kedua-dua Pn Tan mengambil tempat) Sekarang, khas buat Puan Tang Eng Sim yang diraikan, terimalah persembahan pelajar SMI. Persembahan pertama oleh Yee Jing Wah dan Young Hui Ling dari UA1 dengan deklamasi sajak Diikuti persembahan kedua oleh kumpulan yang menamakan diri mereka Beh Heng Jian and The Girls dengan koir berjudul "Music of my heart" Persembahan terakhir ialah muzik harmonis pancaragam sekolah (Q: tamat persembahan. Pelajar mengambil tempat) Terima kasih kepada semua pelajar yang membuat persembahan. Tuai padi antara masak

Esok jangan layu-layuan

Intai SMI antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan Perkhidmatan Puan Tan Eng Sim sebagai pendidik sepanjang lebih tiga dekad lamanya sangatlah besar maknanya untuk negara. Sebagai tanda terima kasih pihak majikan, iaitu kerajaan Malaysia, majlis dengan penuh takzim menjemput Tuan Pengetua, En. Phoon Chong Chee bagi menyampaikan sijil perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Puan Tan Eng Sim. Sekali lagi majlis mempersilakan Puan Tan Eng Sim naik ke pentas bagi menerima sijil berkenaan. (Q: usai penyampaian sijil) Terima kasih Tuan Pengetua. Puan Tan Eng Sim diminta tunggu sebentar. (Q: setelah pengetua kembali ke tempat duduk) Acara berikut ialah penyampaian cenderamata kenang-kenangan. Majlis menjemput En. Joseph Michael Lee, Pengerusi PIBG menyampaikan cenderamata PIBG kepada Puan Tang Eng Sim. (Q: setelah En. Joseph ML mengambil tempat) Majlis mempersilakan pula wakil Kelab Staf untuk menyampaikan tanda mata kenang-kenangan guru dan kakitangan SMI. Dipersilakan En. Mohd Zahir bin Ramli, Penasihat Kelab Staf. (Q: teruskan mengikut giliran) Dijemput wakil-wakil tingkatan 3, 4, 5 dan 6 Atas. Wakil-wakil kelab dan persatuan. (Q: upacara berakhir, buat pengumuman) Terima kasih Puan Tan Eng Sim. Terima kasih semua. Acara sent off dimulakan. Murid tingkatan 3, 4 dan 5 diminta terus berada di tapak perhimpunan. Kepada pelajar tingkatan 6 Atas sila beratur mengikut susunan yang akan diselaraskan oleh En. A. Thedarajaran dan Puan Hajjah Zaleha.

Kampung Dermawan di Pulau Ara Mari singgah menjengkal rotan Walau puan akan bersara Budi dan jasa kekal di ingatan Bagi pihak majlis, saya mengucapkan selamat bersara buat Puan Tan Eng Sim. Salah dan silap harap dimaafkan. Panjang umur murah rezeki kita bertemu lagi. Wabillahi taufiq wal hidayah Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh Posted by CIKGU AZHAR RODZI at 9:30 PM

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERSARAAN

Untuk kali ke dua, Imanshah memasukkan teks pengacara majlis bagi majlis rasmi di sekolah Imanshah. Kalau dahulu berkaitan dengan MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG, kali ini Imanshah kongsikan pula majlis Persaraan seorang rakan pendidik. Imanshah izinkan

kepada sesiapa untuk copy teks ini. Bersamalah kita kongsi ilmu Allah ini. *********************** TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERSARAAN ENCIK MOHD ZAINUDIN BIN SALIM OLEH : CG IMANSHAH Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Encik Mohd Zainudin bin Salim, diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku dan lagu sekolah Ilmu Panduan Hidup, diiringi oleh Orkestra Muda Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Alfadhil Ustaz Ahmad Kamil bin Hamza. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Alfadhil Ustaz Ahmad Kamil atas bacaan doa sebentar tadi. Yang Berusaha Tuan haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, Pengetua Cemerlang Sekolah Tuanku Abdul rahman Yang Diraikan Encik Mohd Zainudin bin Salim

Yang berusaha Dato' Dawa bin Abdullah, Wakil PErsatuan Bekas Penuntut STAR (STAROBA) Yang berusaha Penolong-penolong kanan, Guru-guru kanan, guru-guru seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian. Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul bagi meraikan majlis persaraan seorang warga pendidik di alama mater yang tercinta ini. Untuk makluman semua, Encik Mohd zainudin bin Salim telah berkhidmat selama 19 tahun di sekolah ini. Sesungguhnya majlis yang kita adakan ini, tidak mampu untuk membalas segala keringat dan jasa yang diberikan oleh beliau terhadap sekolah ini. Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang Kepimpinanmu gemilang Bagi membuka tirai ucapan pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang Berusaha Tuan

haji Abdul hashim bin Abdul Karim, pengetua Cemerlang untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Kalungan apresiasi buat Yang Berusaha Tuan Pengetua Cemerlang atas ucapan yang dititipkan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat dikandung badan Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena majlis persaraan ini yang telah disediakan oleh pasukan Briged Bestari STAR. Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Encik Mohd Zainudin bin Salim. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan. Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Mohd Zainudin bin Salim atas ucapan itu tadi. Sudah teradat si anak lelaki

Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada pelajar tingkatan lima. Persembahan pertama merupakan deklamasi sajak berjudul "farewell teacher" oleh Isma Aiman bin Ismayatim diikuti persembahan kedua nayanyian lagi Kau Ilhamku oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka ORKES BINTANG. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini. Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, untuk mengiringi Yang Diraikan Encik Mohd Zainudin bin Salim untuk naik ke pentas. (MC membacakan senarai pemberi hadiah) Terima kasih diucapkan kepada Yang Diraikan Encik Mohd Zainudin bin Salim atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebentar tadi.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan Duhai tuan, , sebaik sahaja dikau beredar dari sekolah ini, maka terbukalah pintu rindu dihati kami. Selamat menerusan kehidupan. Mungkin budi mu yang tumpah di sini, hatta setitis mahupun selaksa. Bukanlah untuk dijual beli atau ditimbang kati kemudian hari. Yang dikau sampaikan selama ini hanyalah amanat dan tanggungjawab. Terima kasih dari sudut hati yang terdalam . Dan terakhirnya marilah sama-sama kita menyanyikan nasyid DOA PERPISAHAN buat terakhir kalinya. Sekian, terima kasih!

You might also like