You are on page 1of 42

BENGKEL

SISTEM ENJIN

Enjin merupakan sebuah mesin yang digunakan untuk menukar tenaga haba kepada tenaga mekanikal dan seterusnya menggerakkan sesebuah kereta. Enjin kereta dibahagikan kepada dua bahagian iaitu enjin pembakaran dalam dan enjin pencucuh mampatan. Enjin pembakaran dalam menggunakan bahan api jenis petrol, jenis ini sangat meluas digunakan diseluruh dunia kepada kenderaan penumpang. Manakala enjin pencucuh mampatan menggunakan bahan api jenis diesel yang sinonim kepada kenderaan perdagangan berkapasiti besar.

Cara enjin pembakaran dalaman beroperasi terbahagi kepada dua cara iaitu enjin yang terdapat pada kereta biasa (enjin lazim) yang dipasang dengan karburator, dan enjin jenis sistem pancitan bahan api elektronik. Dalam enjin pancitan bahan api elektronik,

sistem bahan api dan sistem pencucuh dikawal melalui unit kawalan elektronik. Manakala enjin pencucuh mampatan pula beroperasi menggunakan campuran bahan api dan udara yang dibakar melalui proses mampatan tinggi. Enjin ini terdapat pada enjin diesel.

Dalam sesebuah sistem enjin banyak komponen boleh terdedah kepada pelbagai jenis kerosakan, seperti antaranya :

Enjin kekurangan kuasa

Rajah 5 (a) : Valve system operation

 Dinding silinder terlalu haus atau gelang omboh haus atau patah di dalam silinder

Cara untuk memastikan kerosakan tersebut adalah dengan menggunakan tolok mampatan yang dipasang pada lubang palam pencucuh pada setiap silinder. Setelah mengeluarkan palam pencucuh, pusingkan aci engkol dan periksa tahap mampatan pada setiap silinder. Jika tahap mampatan kurang daripada 10 bar, ini memberitahu ada kebocoran pada ruang silinder yang diakibatkan gelang omboh sudah haus dan akan menyebabkan enjin berkurangan kuasa serta memerlukan kerja baik pulih.

 Kelajuan melahu dilaras tanpa mengikut buku panduan servis

Apabila melaras kelajuan enjin semasa melahu sentiasalah merujuk buku panduan servis, contohnya enjin Honda City 1.3 liter, kelajuan melahu ialah 650-750 putaran per minit (ppm). Enjin Honda Accord, kelajuan melahu ialah 750 putaran per minit.

 Pemutus sesentuh terbakar atau haus yang teruk

Apabila pemutus sesentuh terbakar atau haus, voltan yang tinggi tidak dapat mengalir sepenuhnya melalui sesentuh. Oleh itu, buka tutup pengagih, cabut kabel voltan daripada tutup pengagih dan buka suis pencucuh. Perhatikan samada terdapat bunga api melompat antara titik sesentuh tersebut. Jika tiada bunga api antara titik sesentuh, gantikan dengan titik sesentuh yang baru. Kelegaan pemutus sesentuh berbeza untuk setiap pengeluar enjin, kelegaan lazimnya adalah antara 0.30-0.45 mm.

 Berikut adalah beberapa contoh model kereta berserta dengan kelegaanya.

Model enjin

Kelegaan palam pencucuh

Kelegaan pemutus sesentuh 0.40 mm 0.35 mm 0.35 mm 0.35 mm

Honda Toyota Proton Saga Datsun

0.80 mm 0.80 mm 0.80 mm 0.80 mm

Jadual 5.1 (a) : Menunjukkan kelegaan palam pencucuh dan kelegaan pemutus sesentuh Sumber : Masaalah Dan Cara Menyelenggara Kereta ( DBP, Joseph Baron )

 Minyak pelincir melebihi paras maksimum

Minyak pelincir yang melebihi paras maksimum boleh menyebabkan aci engkol teralu berat untuk berputar. Ketika mengisi minyak pelincir baru, setelah diisi biarkan seketika untuk minyak turun ke takungan minyak. Kemudian ambil bacaan pada batang celup. Isikan sehingga paras maksimum. Jangan tuang semua sekali minyak. Sesetengah kenderaan sahaja yang boleh.

 Enjin melahu terlalu laju

Periksa kelajuan melahu dengan penganalisis enjin atau takometer. Rujuk kepada spesifikasi servis tentang kelajuan melahu, iaitu antara 700-850 putaran per minit (ppm). Kebanyakan kereta mempunyai meter kelajuan pada papan pemuka dan kelajuan enjin dapat dikesan melalui meter tersebut.

 Palam pencucuh rosak

Rajah 5.1 (b) : Palam pencucuh

Jika terdapat palam pencucuh rosak, enjin akan berfungsi menggunakan dua atau tiga silinder palam sahaja. Untuk rawatan masaalah ini, buka palam pencucuh dengan perengkoh palam pencucuh dan periksa keadaan elektrod tengah dan elektrod bumi. Jika terdapat kesan terbakar atau elektrod tengah terlalu pendek, gantikan palam pencucuh tersebut mengikut kesesuaian kereta tersebut. Lakukan penyenggaraan palam pencucuh apabila odometer mencapai 10,000-12,000 km jarak perjalanan. Bersihkan endapan karbon di kebuk pembakaran setiap 25,000-34,000 km jarak perjalanan. Keadaan palam pencucuh dapat memberitahu kesilapan kerja enjin dan mungkin dapat mengelakkan kerosakan. Contohnya kadar campuran bahan api dengan udara atau kebocoran pada kebuk pembakaran enjin.

Enjin tidak dapat dihidupkan

 Adakah bateri terlalu lemah

Meter volt digunakan untuk menguji jumlah voltan yang terkandung dalam bateri tersebut. Jika bateri telah lemah, gantikan dengan bateri yang telah dicas sepenuhnya. Voltan bateri untuk menghidupkan enjin hendaklah tidak kurangdaripada 10 volt. Jika tiada bateri yang lain untuk tujuan tersebut, gunakan pengecas cepat (jumper) untuk menambah voltan bateri pada kenderaan yang hanya untuk menghidupkan enjin.

 Kerosakan pada sistem pencucuhan

Cabut kabel voltan tinggi daripada tengah pengagih dan letakkan pada jarak kira-kira 5 mm daripada punca bumi (badan kenderaan). Cuba hidupkan enjin dan pastikan terdapat kehadiran bunga api melompat diantara elektrod tengah dengan punca bumi. Jika terdapat percikan bunga api di antara kabel dan punca bumi. Kerosakan dijangka berlaku pada gelung pencucuh. Gantikan gelung pencucuh dengan yang baru.

 Titik sesentuh rosak

Buka tutup pengagih dan cuba hidupkan enjin. Perhatikan percikan bunga api melompat diantara titik sesentuh sejurus sahaja ia terbuka. Jika tiada percikan bunga api menyala antara

titik sesentuh maka ini menunjukkan titik sesentuh telah rosak, perlu diganti dengan yang baru, kadang-kala selepas memasang titik sesentuh yang baru, tiada terhasil bunga api diantara titik sesentuh dengan punca bumi. Titik sesentuh yang didapati mengandungi endapan karbon yang berlebihan juga boleh menghalang bunga api daripada menyala, menyebabkan enjin tidak boleh dihidupkan. Servis titik sesentuh dengan menggunakan kertas pasir halus bertujuan untuk membuang endapan karbon.

 Tiada atau lebih kelegaan tepet (tappet clearance)

Pelarasan injap yang sempurna memberikan sedikit kelegaan di antara batang injap dan hujung aci jumpelang rocker arm. Kelegaan injap membenarkan kembangan haba bagi komponen yang bekerja. Tanpa kelegaan menyebabkan injap-injap separuh terbuka semasa bekerja menyebabkan proses pembakaran campuran bahan api tidak sempurna. Akibat ini adalah kurang kuasa yang terhasil. Kelegaan ini adalah kecil, berbeza antara injap masukan dan injap ekzos. Juga berbeza antara pengeluar enjin. Contohnya Enjin Honda, kelegaan bagi injap ekzos adalah 0.30 mm dan injap masukan adalah 0.25 mm. Untuk Proton pula adalah 0.25 mm pada injap ekzos dan 0.20 mm pada injap masukan. Bacaan ini pada keadaan enjin sejuk.

 Tangki bahan api kosong / kerosakan pam bahan api

Cabut hos punca keluaran bahan api daripada pam bahan api dan cuba hidupkan enjin. Semasa keadaan ini, bahan api dijangka terpancut keluar dari hos tersebut. Jika terdapat bahan api keluar daripada hos keluaran, mungkin tiada bahan api dalam tangki. Periksa tangki bahan api dan masukkan bahan api kedalam tangki bahan api. Jika masih terdapat banyak bahan api

didalam tangki dan bahan api tersebut tidak terpancut, mungkin kerosakan berlaku pada pam bahan api dan mungkin perlu diganti.

Bunyi ketukan daripada enjin

 Kerosakan galas dan tukup galas

Selalunya ketukan yang kedengaran daripada blok enjin adalah disebabkan kehausan yang berlebihan pada galas atau tukup galas. Biasanya pada galas rod penyambung pada aci engkol atau galas antara aci engkol dan blok enjin. Masaalah ini hanya dapat diatasi dengan membaik pulih enjin. Tetapi jika bunyi ketukan tidak terlalu bising, ianya boleh diatasi dengan menggunakan minyak pelincir enjin yang tebal seperti SAE 40.

 Berikut adalah beberapa ciri-ciri enjin yang baik :

Enjin mudah dihidupkan. Enjin mempunyai kuasa pecutan yang baik. Suhu enjin sentiasa stabil dan tidak mudah terlalu panas. Enjin beroperasi dengan senyap.

Terdapat air yang keluar daripada ekzos,ini menunjukkan nisbah larasan bahan api yang tepat.

Enjin tidak bergegar semasa beroperasi. Bagi enjin sistem pancutan bahan api elektronik (EFI), kerlipan lampu isyarat kerosakan tidak ada semasa enijn beroperasi.

Rajah 5 (a) : Contoh enjin V 8

SISTEM PENYEJUKAN ( COOLANT SYSTEM )

Rajah 6 (a) : Sistem penyejukan

Jika enjin beroperasi secara berterusan, komponen yang bergesel akan mengeluarkan suhu yang tinggi. Walaupun jika suhu berkenaan tidak dikurangkan, ia akan merosakkan komponen-komponen yang sering beroperasi. Maka suatu sistem amat diperlukan untuk menyejukkan enjin ke tahap maksimum supaya enjin dapat beroperasi dengan stabil dan sempurna. Sistem ini dikenali sebagai sistem penyejukkan.

Sistem penyejukkan dibahagikan kepada dua jenis, iaitu penyejukkan cecair yang menggunakan bahan penyejukkan khas iaitu etil glikol dan satu lagi ialah penyejukkan angin yang ditarik melalui kipas ke arah radiator dan komponen enjin yang lain. Penyejukkan cecair menyejukkan suhu panas di bahagian dalam enjin dan penyejukkan angin menyejukkan bahagian luar enjin. Sesebuah enjin menggunakan kombinasi sistem penyejuk cecair dan sistem penyejuk angin.

Kebanyakan enjin kereta modal tahun 1980an dan 1990an menggunakan kipas penyejuk automatik yang cuma berfungsi pada takat suhu yang tetentu sahaja.

Namun begitu, kedua-dua jenis sistem ini selalu mengalami kerosakan yang akan menggugat kesempurnaan operasi sesebuah enjin.

 Antara kerosakan yang sering berlaku ialah :6.1 Enjin terlalu panas 6.2 Cecair dalam tangki air radiator sering berkurangan. 6.3 Terdapat kesan minyak pelincir dalam cecair radiator. 6.4 Terdapat rekahan atau keretakan pada Radiator. 6.5 Terdapat kebocoran pada saluran (Hose). 6.6 Motorkipas tidak berfungsi dengan baik.

6.1 Enjin terlalu panas

 Cecair tidak ditambah setiap hari.

Beberapa kemungkinan boleh menyebabkan air berkurangan dan radiator menjadi kering setiap hari. Selalunya, kerosakan berlaku pada gasket penebat pam air yang telah bocor atau haus, yang mungkin sudah terlalu lama digunakan atau kesilapan semasa pemasangan.

Jika ini berlaku, keluarkan pam air daripada enjin dan periksa kesan cecair yang menitik daripada injap semak pam preasure check valve. Jika terdapat kesan kebocoran, buka komponen pam air dan gantikan gasket penebat, jika keadaan impeller sudah uzur, berkarat. Penggantian perlu dilakukan. Dipasang kembali dan uji samaada masih ada kebocoran, diteliti punca kebocoran. Jika masih bocor mungkin permukaan pertemuan pam air dengan enjin sumpik, calar dan tidak rata memungkinkan air boleh keluar.

 Hos aliran cecair rosak.

Periksa juga hos aliran cecair daripada radiator kepada pam cecair, dan daripada enjin blok ke radiator. Jika hos didapati terseliuh atau patah, pengaliran

cecair daripada tangki cecair tidak akan mengalir dengan bebas dalam sistem penyejukkan lalu menyebabkan enjin terlampau panas. Jika hos aliran cecair didapati lembut, gantikan dengan yang baru.

 Termostat tidak beroperasi walau pada suhu yang tinggi.

Selalunya terdapat termostat yang tidak beroperasi seperti yang dijangka, atau cecair dalam radiator tidak berubah walaupun pada suhu yang tinggi. Injap termostat sepatutnya terbuka apabila suhu meningkat kepada 26C.

Jika hal ini berlaku, keluarkan daripada enjin dan periksa samaada injap dapat terbuka atau tertutup. Masukkan termostat kedalam balang yang hampir berisi air dan masukkan meter suhu ke dalam balang tersebut. Panaskan cecair dan perhatikan pergerakan injap termostat. Ia sepatutnya mula terbuka pada tahap suhu 79-80C bagi termostat yang bertanda 82C, jika injap tidak terbuka selepas 82C itu tandanya injap itu rosak. Untuk mengatasi masaalah ini, hanya perlu ganti termostat yang baru dengan suhu operasi sama seperti yang lama. Seeloknya gantikan dengan termostat yang dikeluarkan oleh pengeluar enjin.

 Jeriji radiator tersumbat atau mengepis.

Cara membaiki adalah dengan mengeluarkan radiator daripada enjin dan melakukan pancuran bertentangan. Proses ini adalah untuk membuang kotoran daripada jeriji radiator.

 Motor kipas rosak atau bilah kipas patah

Uji motor kipas dengan menggunakan kuasa bateri direct current lihat samaada berpusing atau tidak. Jika tidak gantikan dengan yang lain. Biasanya komponen ini tidak boleh dibaiki. Jika hanya bilah kipas sahaja yang patah atau piuh, gantikan dengan model yang sama.

6.2 Cecair dalam tangki air radiator berkurangan.

The image part with relationship ID rId9 was not found in the file.

The image part with relationship ID rId8 was not found in the file.

Rajah 6.2 : Laluan air sebagai agen penyejuk pada sesebuah kereta

Cecair dalam tangki air radiator sering berkurangan walaupun tiada kesan kebocoran pada bahagian luar enjin. Kerosakan seperti ini memang sukar di kesan tanpa alat penguji tekanan. Kerosakan ini mungkin disebabkan oleh dinding silinder yang retak dan cecair memasuki silinder sedikit demi sedikit semasa lejang kuasa. Untuk memastikan kerosakan, uji tekanan dalam sistem penyejukkan adalah antara10-15 bar. Jika tekanan berkurangan semasa alat penguji tekanan ditekan, dan pada masa yang sama tidak terdapat sebarang kebocoran daripada sambungan hos air dan pam air, maka disahkan kebocoran berpunca daripada dinding silinder.Jika hal ini berlaku, keluarkan semua cecair daripada enjin dan gantikan pelapik silinder

yang bocor atau retak dengan saiz yang sama, atau enjin kereta tersebut perlu diganti dengan enjin blok terpakai ataupun dengan blok enjin yang baru.

Berkemungkinan juga ada kebocoran yang halus pada radiator, ini dapat dilihat dengan membiarkan enjin hidup dan lihat jika ada air menitis atau keadaan berair pada radiator. Kemudian tanggalkan radiator dari kereta dan lakukan baik pulih.

6.3 Terdapat kesan minyak pelincir dalam cecair radiator.

Gasket kepala silinder bocor, atau bolt pengikat kepala silinder longgar. Ini menyebabkan minyak pelincir masuk ke saliran cecair penyejuk melaluinya. Jika ini berlaku, keluarkan cecair daripada radiator dan blok enjin, kemudian lakukan kerja baik pulih bahagian atas silinder enjin top overhaul.

 Ciri-ciri sistem penyejukkan yang baik pada enjin :Suhu enjin stabil semasa operasi Tidak terdapat sebarang titisan atau lelehan cecair daripada enjin. Tali sawat dalam keadaan ketegangan yang baik mengikut spesifikasi (antara 12-19) Enjin dapat dihidupkan dengan segera walaupun dalam keadaan cuaca sejuk.

Rajah 6.4 (a) : Melihat kerosakkan pada sirip radiator

SISTEM BAHAN API ( FUEL SYSTEM )

Rajah 7 (a) : Fuel system overview

Sistem bahan api bertujuan membekalkan bahan api sepenuhnya daripada tangki ke karburator mengikut keperluan enjin supaya enjin dapat beroperasi dengan baik dan sempurna. Terdapat dua jenis pam bahan api pada sistem ini iaitu pam bahan api elektronik dan pam bahan api mekanikal.

Pam bahan api elektrik beroperasi menggunakan kuasa elektrik daripada bateri dan pam jenis ini banyak digunakan pada kereta model lama seperti Austin Mini dan beberapa jenis lagi model kereta buatan eropah. Pam bahan api jenis mekanikal pula digunakan pada kebanyakkan kereta terkini kecuali enjin pancutan bahan api elektronik. Memandangkan pam mekanikal mempunyai komponen yang sering berfungsi pada setiap masa enjin beroperasi, maka ia akan mengalami pelbagai jenis kerosakan dan kegagalan berfungsi dengan sempurna. Antara kerosakan atau masaalah yang sering dialami adalah seperti :-

7.1 Pam gagal menghantar bahan ke karburator. 7.2 Pam tidak dapat membekalkan bahan api yang mencukupi ke karburator.

7.1 Pam gagal menghantar bahan api ke karburator

 Pam didapati tidak dapat menyedut petrol daripada tangki.

Jika berlaku keadaan sebegini, ia disebabkan oleh gegendang terkoyak atau bocor atau pegas telah lemah dan tidak mampu menarik gegendang dengan kuat untuk menyedut petrol daripada tangki. Lengan jumpelang pam yang terlalu pendek pun akan mengakibatkan tunjal gegendang tidak bergerak dan tiada vakum di capai untuk menyedut petrol daripada tangki.

Kebanyakkan pam bahan api masa kini adalah jenis pasang terus dan tidak dapat dipisahpisahkan komponennya. Jika ini berlaku, cara mengatasinya adalah dengan membuka pam bahan api tersebut daripada enjin, dan gantikan dengan yang baru. Pastikan lengan jumpelang sama panjang dengan yang lama.

 Adakah tidak terdapat bekalan bahan api yang cukup didalam tangki.

Apabila pam gagal menghantar bahan api ke karburator pastikan sama ada terdapat tangki bekalan bahan api di dalam atau tolok bahan api rosak dan sentiasa menunjukkan petunjuk ke arah F. Jika tiada bekalan, masukkan bahan api ke dalam tangki, perhatikan dan pastikan penunjuk pada tolok. Jika penunjuk pada tolok berubah mengikut kuantiti bahan api yang dimasukkan ke tangki, itu menunjukkan tolok berada dalam keadaan baik. Sebaliknya, jika penunjuk tidak berubah, anda perlu mengeluarkan tolok bahan api untuk di baiki atupun ditukar dengan yang baru jika perlu.

 Kemungkinan penapis bahan api tersumbat.

Bahan api petrol yang dimasukkan ke dalam tangki bahan api selalunya mengandungi habuk, debu dan air. Bahagian dasar tangki pula, sudah lama digunakan, terdapat kerak karat yang kemudiannya akan disedut oleh pam bahan api melalui penapis petrol. Inilah yang menyebabkan penapis tersumbat. Jika ini berlaku, keluarkan penapis bahan api daripada enjin dan semburkan dengan udara bertekanan

tinggi secara bertentangan dengan pengaliran bahan api dalam sistem bahan api sesebuah enjin tersebut.

7.2 Pam tidak membekalkan bahan api yang mencukupi ke karburator.

 Adakah penapis bahan api berfungsi dengan sempurna.

Penapis bahan api yang tidak dibersihkan daripada sebarang kotoran akan menyebabkan pelampung dilaras terlalu rendah lalu menyebabkan injap tertutup terlau awal. Ini menyebabkan bekalan untuk karburator berfungsi dengan baik tidak akan mencukupi. Jika ini berlaku, baraikan karburator dan laraskan pelaras lengan pelampung dalam keadaan lurus. Sebelum mamasang semula komponen, tiub saluran petrol pada karburator dengan udara bertekanan tinggi. Pasangkan gasket baru untuk mengelakkan kebocoran petrol semasa karburator beroperasi.

Selepas karburator siap dipasang pada enjin, hidupkan enjin dan perhatiakan aras minyak petrol dalam mangkuk pelampung yang boleh dilihat daripada bahagian tepi karburator melalui kaca penglihatan. Aras bahan api hendaklah sekurang-kurangnya separuh penuh dalam mangkuk pelampung. Jika terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan bahan api membanjiri karburator.

Rajah 7 (b) : Tangki bahanapi petrol

KARBURATOR (CARBURATOR)

Karburator adalah komponen yang dapat mencampurkan bahan api dan udara ke dalam kebuk pembakaran. Bahan api yang dipam akan terus masuk ke karburator dan ditakung di dalam kebuk apung. Di dalam kebuk apung terdapat beberapa komponen lain seperti injap yang

mengawal kemasukan bahan api ke karburator, pencekik, injap pendikit, jet utama, jet pemelahuan dan penapis bahan api.

Di bahagian luar karburator terdapat komponen pelaras karburator, iaitu skru pelaras angin dan skru pelaras bahanapi. Skru pelaras bahan api digunakan untuk melaras kuantiti bahan api. Manakala skru pelaras angin digunakan untuk melaras jumlah kemasukan angin yang akan dicampurkan dengan bahan api pada nisbah yang diperlukan mengikut kehendak dan keadaan enjin. Jika kenderaan bergerak laju, nisbah campuran bahan api akan sampai ke tahap 13-14.7 : 1(13-14.7 bahagian angin dan satu bahagian bahan api) iaitu nisbah yang ideal untuk enjin kereta.

Bil

Jenis litar

Nisbah campuran bahan api

1 2 3 4 5

Litar cekik Litar kelajuan pepura Litar kelajuan rendah Litar kelajuan sederhana Litar kelajuan tinggi (kuasa penuh)

10 : 1 12 : 1 13 : 1 15 : 1 13 : 1

Litar oam pencepat

10 : 1

Jadual 8 (a)

: Menunjukkan jenis litar dan nisbah campuran bahan api.

 Antara masaalah yang mungkin timbul berkaitan dengan karburator adalah seperti berikut :-

8.1 Enjin tidak dapat melahu dengan sempurna. 8.2 Enjin kurang kuasa. 8.3 Enjin mati secara tiba-tiba. 8.4 Enjin mudah dihidupkan tetapi bergegar dan kemudiannya terhenti. 8.5 Karburator dibasahi dengan bahan api setelah memandu.

8.1 Enjin tidak dapat melahu dengan sempurna.

Masaalah seperti ini berlaku selalunya disebabkan oleh jet melahu separuh tersumbat. Walaupun enjin beroperasi tetapi kelajuan (ppm) melahu tidak dapat dicapai lalu menyebabkan enjin tiba-tiba saja mati atau bergegar.

Jika ini berlaku, keluarkan karburator daripada enjin dan lakukan kerja baik pulih dengan peralatan yang sesuai. Masukkan komponen-komponen karburator ke dalam dulang dan basuh dengan petrol. Kemudian semburkan semua lubang talian bahan api dengan angin mampatan tinggi untuk menjauhkan kotoran. Cucuk semua lubang talian bahan api dengan dawai untuk membuang kotoran yang melekat. Pasangkan semula karburator pada enjin dan laraskan kelajuan melahu dengan kadar bunyi yang halus dan sempurna jika tidak terdapat alatan khas untuk pelarasan, tuning.

8.2 Enjin kurang berkuasa.

Pada ammnya enjin kurang berkuasa disebabkan oleh beberapa perkara kecil seperti kerosakan mekanikal ataupun elektrikal. Ini disebabkan oleh larasan bahan api petrol yang terlalu rendah daripada sepatutnya dan seterusnya ini mengakibatkan enjin berkurangan kuasa.

Untuk mengatasi masaalah ini, pusingkan skru melahu bahan api melawan pusingan jam. Hidupkan enjin dan laraskan kelajuan melahu, kemudian naikkan kelajuan pusingan enjin hingga 2500-3000 ppm. Jika tidak kedengaran letupan daripada ekzos, maknanya enjin dalam keadaan yang baik. Uji pandu kenderaan tersebut untuk menguji kelajuan dan pecutan.

8.3 Enjin mati secara tiba-tiba.

Kejadian seperti ini selalu berlaku apabila kenderaan berhenti semasa lampu isyarat berwarna merah (nyahpecutan mendadak) semasa kesesakan lalu lintas atau setelah memandu dengan kelajuan yang tinggi. Ini disebabkan oleh pelaras melahu tidak dipusing dengan betul, dan campuran antara bahan api dengan angin terlalu kurang. Pendikit perlu dibuka dengan lebih luas supaya kelajuan enjin stabil dan jika injak dilepaskan enjin akan mati.

Jika ini berlaku, pusing skru melahu bahan api melawan pusingan jam sedikit demi sedikit sambil mendengar bunyi enjin sehingga kelajuannya bertambah laju, antara 700-750 ppm tercatat pada papan pemuka.

8.4 Enjin mudah dihidupkan tetapi bergegar dan kemudiannya terhenti.

 Penapis udara tersumbat

Penapis udara tersumbat atau terdapat banyak habuk pada penapis juga boleh mengakibatkan kemasukan udara ke pancarongga pengambilan tersekat dan seterusnya nisbah bahan api yang ideal tidak dapat dicapai khususnya semasa enjin melahu.

Jika ini berlaku keluarkan penapis udara daripada enjin dan periksa keadaan penapis tersebut samaada masih boleh digunakan atau sebaliknya. Jika penapis udara kelihatan perlu dibersihkan, servis dengan pemampat udara yang bertekanan tinggi.

Sekiranya kertas katrij untuk membuat penapisan koyak atau basah teruk, ia perlu ditukar dengan yang baru dan saiz yang sama. Penapis udara yang tidak betul saiznya pada enjin akan menyebabkan kerengganan pada penapis tersebut. Ini seterusnya menyebabkan sebahagian daripada angin yang masuk ke pancarongga alur masuk tidak di tapis dan boleh menyebabkan habuk masuk ke silinder melalui injap kemasukan. Ini kemudiannya akan mengakibatkan dinding silinder bercalar hasil daripada pergerakan omboh turun dan naik dalam silinder dan menguis habuk dalam dinding silinder.

 Paip vakum karburator tecabut atau bocor.

Buka bonnet kereta dan periksa semua paip vakum daripada dan kepada karburator. Sekiranya terdapat paip vakum tercabut, sambungkan semula pada sambungan yang betul. Kadang-kala terdapat kebocoran pada kebocoran yang berlaku pada hos vakum yang boleh menyebabkan operasi enjin tidak lancar. Matikan enjin dan tukarkan hos berkenaan kepada hos yang baru. Selepas itu, hidupkan semula enjin dan pastikan enjin beroperasi dengan kelajuan yang lancar dan sempurna.

8.5 Karburator dibasahi dengan bahan api setelah memandu.

Ini selalunya disebabkan oleh gasket bahagian atas atau bahagian tengah karburator yang terkoyak atau bocor, dan membolehkan bahan api terkeluar. Baraikan karburator dan lakukan servis. Gantikan gasket karburator yang baru.

Apabila mengikat skru karburator, jangan ikat terlalu kuat hingga merosakkan benang skru. Benang skru yang rosak boleh menyebabkan karburator renggang sebelah, dan bahan api boleh terkeluar.

 Berikut adalah ciri-ciri sebuah karburator yang baik :

Enjin beroperasi dengan sempurna tanpa gegaran atau gangguan, tidak kira semasa melahu atau memandu dengan laju.

Tidak kedengaran bunyi letupan apabila menekan injak pendikit dengan sempurna. Kelajaun enjin tidak berubah atau tersekat ketika memecut. Enjin mudah dihidupkan walaupun tanpa membuka pencekik pada cuaca sejuk atau di dalam hujan.

Enjin melahu kepada tahap yang dijangka mengikut spesifikasi dengan seimbang. Penjimatan penggunaan petrol untuk setiap kilometer disebabkan keseimbangan campuran petrol dan udara.

Keadaan permukaan palam pencucuh yang tiada mendakan karbon.

Rajah 8 (a) : Cologne V6 2.0; 2.3 Carburator

SISTEM PENCUCUHAN ( IGNITION SYSTEM )

Tujuan sistem ini pada kenderaan adalah untuk mengagihkan voltan. Voltan sejumlah 12 volt daripada bateri melalui gelung utama hingga ke tahap 40,000 volt melalui gelung sekunder ke palam pencucuh yang melalui kabel voltan tinggi. Ini supaya percikkan api dapat melompat diantara elektrod positif dan elektrod bumi untuk menyalakan campuran bahan api dan angin dalam kebuk pembakaran combustion chamber enjin pada masa tertentu.

Rajah 9 (a) : Wiring diagram, dual electronic ignition with isolated backup battery

Sistem pencucuhan memainkan peranan yang penting pada sesebuah enjin dari segi kuasa, ekonomi, dan kawalan pancaran. Sistem pencucuhan mesti menghasilkan voltan tinggi arus elektrik ke silinder mengikut aturan pembakaran yang betul. Sistem ini memerlukan pelbagai jenis senggaraan termasuk menggantikan komponen yang rosak seperti menggantikan palam pencucuh, titik sesentuh, tukup pengagih dan menservis bahagian dalam tukup pengagih supaya

kuasa enjin berada pada tahap yang maksimum. Bagi enjin yang dipasang dengan titik sesentuh, jarak titik sesentuh menentukan keupayaan pecutan dan operasi sesebuah kenderaan.

Sistem pencucuhan elektronik pula tidak terkecuali daripada kerosakan. Ini juga memerlukan kerja senggaraan yang secukupnya dan berterusan dengan kelengkapan seperti penganalisis enjin, tako meter dan lampu pemasaan timing light. Antara masaalah yang sering berlaku dalam sistem pencucuhan adalah seperti berikut :-

9.1 Tiada percikan api pada titik sesentuh. 9.2 Gelung pencucuh cepat panas dan enjin tidak beroperasi dengan norma atau tiba-tiba mati. 9.3 Enjin berfungsi melalui tiga silinder atau kurang.

9.1 Tiada percikan api pada titik sesentuh.

Rajah 9.1 (a) : Distributor

Apabila enjin tidak dapat dihidupkan, buka tutup pengagih, manakala pengunci kereta pada kedudukan ON. Buka titik sesentuh dengan pemutar skru, sejurus sahaja sesentuh dibuka percikan bunga api sepatutnya melompat antara titik sesentuh. Tetapi jika sebaliknya (tiada percikan api), ia bermakna bekalan voltan daripada bateri tidak sampai ke titik sesentuh.

Jika ini berlaku, dapatkan jumlah voltan yang terdapat pada bateri dengan menggunakan meter volt. Bateri hendaklah sekurang-kurangnya 9-10 volt. Pastikan

wayar daripada teminal negatif gelung pencucuh bersambung pada terminal pengagih. Buka sambungan wayar pada sebelah pengagih dan sentuhkan ke punca bumi. Ia mesti mengeluarkan percikan api dan ini menunjukkan terdapat voltan bekalan sampai kepada titik sesentuh. Buka titik sesentuh yang dalam keadaan tertutup dengan pemutar skru dan periksa percikan api sekali lagi.

Sekiranya masih tidak terdapat percikan api, betulkan sambungan daripada gelung kepada pengagih, elakkan litar pintas terhadap punca bumi. Kemudian periksa keadaan titik sesentuh samaada lapisan masih baik atau sudah terlalu haus. Jika lapisan sesentuh didapati haus, pemilik kereta digalakkan menukar dengan yang baru. Laraskan jarak titik sesentuh antara 0.350.55mm. palam pencucuh perlu diservis pada setiap jarak 10,000 kilometer perjalanan.

9.2 Gelung pencucuh cepat panas dan enjin tidak beroperasi dengan normal atau tibatiba mati.

Tanda-tanda begini menunjukkan cecair dalam tabung gelung pencucuh telah berkurangan selepas lama digunakan, suhu tinggi dan voltan tinggi yang dihasilkan melalui gelung sekunder tidak dapat diserap sepenuhnya disebabkan cecair dalam tabung gelung pencucuh tidak mencukupi. Jika ini berlaku, pastikan tiada sambungan yang longgar pada kedua-dua terminal gelung pencucuh. Ketatkan jika terdapat kelonggaran pada terminal. Setelah kerja pemeriksaan kelonggran dibuat tetapi keadaan masih tidak berubah, ini menunjukkan gelang pencucuh telah rosak dan perlu diganti dengan yang baru.

9.3 Enjin berfungsi melalui tiga silinder atau kurang.

Tanda-tanda enjin berfungsi melalui tiga silinder bagi enjin kebuk ialah enjin bergegar, kurang kuasa, dan melahu secara tidak konsisten. Terdapat dua jenis kerosakan utama iaitu samaada daripada kerosakan palam pencucuh atau kabel voltan tinggi yang rosak. Jika ini berlaku, keluarkan palam pencucuh satu persatu.

Kemudian sambungkan ke kabel palam pencucuh, enjin diengkol dan pegang palam pencucuh kira-kira 5 mm daripada punca bumi (badan enjin). Perhatikan bunga api, jika tidak terdapat api pada palam pencucuh semasa diengkol, cabut palam pencucuh daripada kabel dan lakukan seperti dinyatakan tadi.

Jika terdapat percikan api semasa enjin diengkol, itu menunjukkan palam pencucuh tersebut telah rosak dan perlu diganti. Kadangkala semasa ujian dibuat, kabel palam pencucuh tertentu hanya mengeluarkan sedikit sahaja bunga api. Jika ini berlaku berkemungkinan semasa pemasangan kabel tersebut, tukup pengagihnya longgar. Oleh yang demikian, ketatkan pemasangan kabel tersebut pada tukup pengagihnya, dan uji sekali lagi.

Jika kabel dalam pencucuh bunga api tidak mengeluarkan bunga api semasa diengkol, itu menunjukkan kabel tersebut telah rosak dan perlu diganti dengan yang baru. Berikut adalah beberapa ciri-ciri sistem pencucuhan yang baik :-

Enjin mudah dihidupkan Bunyi enjin dalam keadaan stabil dan lancar tanpa gangguan dan meragam. Tiada kedengaran bunyi letupan daripada paip ekzos apabila kelajuan enjin dipertingkatkan.

Kuasa pecutan enjin mudah berada di tahap maksimum.

Rajah 9 (b) : Distributor cap for 6 cylinder

Rajah 9 (c) : Distributor cap (pandangan dalam)

SISTEM BREK ( BRAKE SYSTEM )

Rajah 10 (a) : Saluran aliran brek

Brek yang dipasang pada kenderaan adalah bertujuan untuk memberhentikan atau memperlahankan kenderaan daripada terus bergerak apabila diperlukan. Operasi sistem brek biasanya menjadi satu aspek yang paling penting bagi setiap pemandu untuk diambil perhatian serius. Oleh itu, keupayaan pembrekkan memainkan peranan penting dalam pemanduan kenderaan bermotor. Umumnya terdapat dua jenis sistem brek yang digunakan pada kenderaan masa kini, iaitu sistem brek hidraulik dan sistem brek mekanikal. Walaubagaimana pun kebanyakan kenderaan masa kini menggunakan teknologi sistem brek hidraulik kerana kuasa pemberhentiannya lebih baik daripada brek mekanikal.

Brek hidraulik menggunakan kuasa bendalir hidraulik untuk beroperasi. Bagi brek hidraulik masa kini, ia dipasang dengan gabungan brek cakera dan brek gelendong. Brek cakera dipasang pada roda hadapan manakala brek gelendong dipasang pada roda belakang. Brek merupakan peranti yang menggunakan kuasa geseran untuk memperlahankan atau memberhentikan mekanisme brek daripada terus bergerak. Dalam sistem tersebut terdapat berbagai-bagai kerumitan berlaku, yang boleh menggagalkan kenderaan daripad berhenti seperti yang dikehendaki pemandu. Antara kerumitan atau masaalah yang sering berlaku ialah :-

10.1 Brek hilang kuasa memberhentikan kenderaan. 10.2 Kereta hanya berhenti selepas injak brek ditekan jauh ke bawah. 10.3 Brek menyebabkan kereta tertarik ke sebelah. 10.4 Brek mencengkam. 10.5 Brek menyeret. 10.6 Brek mampung. 10.7 Brek tangan tidak berfungsi.

10.1 Brek hilang kuasa memberhentikan kenderaan.

 Kerosakan berlaku pada pam induk brek ( master pump).

Rajah 10.1 : Master pump

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kerosakan getah penebat, dinding silinder, pam induk bercalar, saluran hidraulik tersumbat atau kebocoran pada pam induk brek. Jika ini berlaku, cara mengatasinya adalah dengan membaik pulih pam induk brek. Periksa dengan teliti setiap bahagian komponen seperti penebat getah, dinding silinder, dan saluran hidraulik. Gantikan komponen yang rosak dan pasangkan semula pada kenderaan. Lakukan kerja penjujusan bleeding semasa enjin dihidupkan.

 Getah penebat pada silinder roda bocor atau haus.

Kebiasaannya ternampak kebocoran atau cecair brek terkeluar daripada silinder roda yang rosak. Letakkan kenderaan diatas pendorong dan atas tempat yang

rata. Tanggalkan roda yang mengeluarkan silinder roda. Rombak silinder roda yang bocor, dan gantikan komponen yang rosak (biasanya penebat rosak). Pasangkan semula semua komponen pada kenderaan, hidupkan enjin dan jujuskan sistem brek bermula daripada roda yang paling jauh dan berakhir dengan roda yang terdekat dengan pam induk brek.

10.2 Kereta hanya berhenti selepas injak brek ditekan jauh ke bawah.

 Lapik brek atau pad brek haus berlebihan.

Kehausan terjadi selepas pelapik brek atau pad brek digunakan dengan lama kerana setiap kali pengguna kenderaan memandu, tentunya brek amat diperlukan. Setiap kali injak brek ditekan, pelapik atau pad bergeser dengan gelendong brek atau cakera brek. Lama-kelamaan pelapik atau pad tersebut akan semakin nipis. Jika ini berlaku, tarikkan brek tangan dan naikkan kereta ke atas penyokong. Keluarkan roda dan tanggalkan pelapik atau pad brek daripada kedudukannya. Ganti keratan lapik pad brek dan pasangkan semula seperti sediakala.

Hidupkan enjin dan jujus sistem brek hidraulik sehingga tiada udara terkandung dalam sistem hidraulik. Sekiranya pelapik atau pad didapati masih licin dan tebal. Gosokkan pelapik dengan kertas pasir halus untuk membuang lapisan yang licin, kemudiannya pasangkan semula.

Rajah 10.2 (a) : Brake disk

Rajah 10.2 (b) : Cara brek beroperasi

10.3 Brek menyebabkan kereta tertarik ke sebelah.

 Pelapik atau pad berminyak pada sebelah roda.

Pelapik atau pad yang berminyak ini menyebabkan brek sebelah roda tergelincir dan tidak dapat berfungsi seperti roda-roda yang lain. Jika ini berlaku, cara mengatasinya adalah dengan membaraikan komponen brek pada sebelah roda berkenaan, dan memeriksa komponen yang rosak. Gantikan pelapik brek, penebat getah atau penutup habuk jika perlu.

10.4 Brek mencengkam.

 Brek cakera atau brek gelendong berpiuh atau piring belakang longgar.

Jika ini berlaku, baik pulih brek cakera atau brek gelendong dan lakukan servis ke atasnya. Jika terdapat kerosakan pada mana-mana komponen brek, gantikan dengan alat ganti yang baru. Tukarkan pegas atau spring yang lemah atau patah.

 Tiada jarak antara gelendong dengan pelapik brek.

Jika ini berlaku, baik pulih komponen brek pada roda berkenaan dan gantikan komponenkomponen yang didapati telah rosak. Sebarang kerosakan akan jelas dilihat dengan mata kasar.

10.5 Brek menyeret.

 Brek tangan tidak dilepaskan sepenuhnya, pelarasan brek tidak seimbang, pegas kasut patah.

Jika ini berlaku, baik pulih komponen brek pada roda berkenaan dan gantikan komponenkomponen yang dilihat telah rosak. Sebarang kerosakan akan jelas dilihat dengan mata kasar.

 Omboh melekat di dalam silinder.

Keadaan ini disebabkan oleh keadaan silinder yang telah berkarat dengan teruk, dan kerana itu omboh tidak dapat ditolak keluar daripada kedudukannya untuk menekan pelapik dan memberhentikan kenderaan. Jika ini berlaku, buat kerja baik pulih terhadap angkup atau gelendong brek dan tukarkan penebat getah, servis silinder serta bersihkan atau gantikan penutup habuk. Basuh pam brek pada silinder, bekas dan penutup minyak dengan air bersih. Setelah selesai, isi minyak dan lakukan penjujusan.

10.6 Brek mampung

 Udara dalam saluran hidraulik atau kebocoran pada silinder induk.

Keadaan ini berlaku apabila terdapat udara dalam saluran hidraulik atau kebocoran pada atau dalam silinder induk. Lakukan jujusan terlebih dahulu. Sebelum memasang semula silinder pada kenderaan. Ini untuk mengeluarkan udara berlebihan

dalam silinder induk. Setelah memasangnya pada kenderaan, lakukan pula jujusan pada setiap roda mengikut susunan jujusan.

10.7 Brek tangan tidak berfungsi.

Keadaan ini adalah biasanya disebabkan oleh kabel tangan yang terlalu panjang yang menyebabkan pelarasan menjadi kendur. Pastikan kabel digunakan sesuai dengan atau sama dengan alat ganti yang tulen. Jika tidak, saiz dan panjangnya akan memberi masaalah apabila memasang dan melakukan pelarasan. Letakkan kenderaan diatas tempat yang rata. Lepaskan brek tangan sepenuhnya dan laraskan melalui nat pelarasan dengan kabel ke tahap yang sesuai. Selepas itu tarik brek tangan dengan perlahan sehingga 5 bunyi klik kedengaran. Hidupkan enjin, masukkan gear satu dan cuba gerakkan kenderaan dengan perlahan dan tarik brek tangan. Kereta akan terhenti sejurus sahaja brek tangan di tarik. Jika sebaliknya laraskan semula sehingga ia dapat berfungsi sepenuhnya.

 Berikut adalah beberapa ciri-ciri sistem brek yang baik.:-

Kenderaan dapat berhenti seperti yang dijangka oleh pemandu. Cengkaman brek yang baik dan tidak menyeret. Keadaan injak brek dalam keadaan lembut dan selesa ketika memijak brek.

You might also like