You are on page 1of 23



UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SINTOK, KEDAH DARUL AMAN.

SGRA3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR TUGASAN: REKA BENTUK KURIKULUM

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH


NAMA PELAJAR: 1. ALUNI BINTI ABDUL RAHIM 210065 NO.K/P:790216-07-5570 NO.TEL: 012-4029897 2. YUSLINA BINTI YUSOB 210074 NO.K/P:760925-02-5114 NO.TEL: 012-4517872 3. NOOR ANATI BINTI NOOR LAJIS 210105 NO. K/P: 820404-02-5524 NO.TEL : 012-3162544 4. ROZITA BINTI ABDUL HAMID - 210156 NO K/P: 771112-02-5874 5. NORLIZA BINTI MD SHARIF - 210154 NO K/P: 760927-02-5214 6. JAMALIAH BINTI TONGKOL - 210245 731217-13-5934 NAMA PENSYARAH: TN.HJ.ABU HASSAN BIN OTHMAN

REKA BENTUK KURIKULUM PENDAHULUAN

1. Sejarah perkembangan kurikulum di Malaysia

Pembentukan kurikulum negara telah berubah dari masa ke semasa mengikut peredaran zaman dan keperluan antaranya, sejarah pendidikan negara telah mengalami perkembangan sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara. Perkembangan dalam sistem pendidikan di Malaysia telah melalui lima fasa iaitu pada zaman pramerdeka (sebelum 1957), zaman pasca merdeka (19571970), zaman dasar ekonomi baru (1971-1990), zaman dasar pembangunan negara (1991-2000) dan zaman dasar wawasan negara (2001-hingga sekarang). Pada zaman pramerdeka iaitu pada zaman pemerintahan British, sekolah di Tanah Melayu telah dibahagikan kepada empat aliran iaitu sekolah Inggeris, Cina, Tamil dan Melayu yang menggunakan bahasa pengantar dan kurikulum yang berbeza. Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan terdapat beberapa laporan telah dihasilkan, antaranya Laporan Barnes (1951) yang bertindak untuk menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu, Laporan Fenn-Wu (1951) yang bertindak untuk menyemak pendidikan kaum Cina, Ordinan Pelajaran (1952) iaitu bertindak untuk mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan dan Laporan Razak (1956) yang bertindak untuk meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.
2

1.2 ZAMAN PASCA MERDEKA

Pada zaman pasca merdeka pula, Ordinan Pelajaran (1957) telah digubal berdasarkan Laporan Razak yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum yang sama pada semua peringkat. Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992.

1.3 ZAMAN DASAR EKONOMI BARU

Zaman Dasar Ekonomi Baru ialah zaman ketiga dalam sejarah perkembangan pendidikan negara. Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah yang menekankan kesimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi (Universiti Terbuka Malaysia, 2008). Dasar Ekonomi Baru dilancarkan melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) dengan sasaran tempoh masa 20 tahun. Dalam tempoh ini, pendidikan telah diberikan keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat

dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum di Malaysia. DEB dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Selain itu, terdapat banyak perubahan pendidikan yang berlaku dalam tempoh tersebut, Antaranya ialah Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah menengah dan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1982 di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Manakala di Sarawak pula ia dilaksanakan pada tahun 1990. Di samping itu, penggunaan Bahasa Inggeris di sekolah menengah juga diberi tumpuan dan penekanan. Sementara itu, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan terus mengekalkan penggunaan bahasa ibunda masing-masing. Ini selaras dengan Akta Pelajaran 1961 iaitu menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah. Antara perubahan lain yang berlaku ialah Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan mata pelajaran Sivik bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. Untuk menghasilkan teanaga pekerja yang berkemahiran tinggi, mata pelajaran Pendidikan Sains dan Teknikal pula diberi penekanan di peringkat sekolah menengah. Perubahan terakhir yang dilaksanakan pada zaman ini ialah meningkatkan peluang pemdidikan untuk warganegara Malaysia di samping memperbanyakan lagi kemudahan fizikal dan infrastruktur terutamanya di kawasan luar Bandar.

1.4 ZAMAN DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

Zaman Dasar Pembangunan Negara pula adalah rentetan daripada Zaman Dasar Ekonomi Baru. Pada zaman ini, bidang pendidikan mengalami lebih banyak perubahan berbanding dengan zaman sebelumnya. Antaranya ialah penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999, menaik taraf kelayakan guruguru iaitu daripada peringkat sijil kepada diploma, menaik taraf Makab Sultan Idris kepada Unversiti Sutan Idris dan yang terakhirnya menaik taraf Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik. Kesemua perlaksanaan ini adalah berasaskan dasar pendidikan yang diperkukuhkan lagi melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta seperti Akta Pendidikan 1996, Akta Insititut Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan akta-akta lain yang berkaitan dengan pendidikan.

1.5 ZAMAN DASAR WAWASAN NEGARA

Zaman kelima dalam sejarah perkembangan kurikulum ialah Zaman Dasar Wawasan Negara. Zaman ini juga dikenali dengan alaf ke-21, iaitu zaman teknologi maklumat. Tempiasnya juga turut dirasai dalam sistem pendidikan di Malaysia. Oleh yang demikian, pihak Kementerian Pelajaran telah membuat penambahbaikan dan pemantapan dalam sistem pendidikan terutamanya dalam perundangan, dasar dan program utama agar ia selari dengan arus pemodenan yang berlaku. Antara dasar yang dilaksanakan ialah pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada tahun 2003. Manakala program yang dijalankan pula ialah Program j-QAF iaitu diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan lagi pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam Tahun 1 hingga Tahun 6 menguasai Jawi, Al-Quran,
5

Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah. Di samping itu, perubahan bermakna yang berlaku dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Penubuhan tersebut telah menyebabkan tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia hanyalah tertumpu kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.

2.0 DEFINISI KURIKULUM Kurikulum pada dasarnya berasal daripada perkataan curere yang merupakan perkataan latin yang membawa maksud jejak atau laluan. Selain itu, kurikulum dalam bahasa inggeris memberi maksud jelmaan. Kurikulum dapat didefinisikan sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah, senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dan institusi pendidkan (Kamus Dewan Edisi Keempat 2007). Manakala definisi kurikulum mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah semua mata pelajaran yang diajar di sekolah, kolej dan lain-lain institusi pendidikan. Merujuk kepada definisi tersebut, jika sesuatu program pendidikan hendak dirancang dan bertujuan untuk mendapatkan kemajuan yang berterusan diperlukan, maka konsep tentang sesuatu kurikulum adalah amat penting untuk dijadikan landasan kepada perlaksanaan sesuatu kurikulum tersebut (Ralph W. Tyler 1990).

2.2 DEFINASI KURIKULUM BERDASARKAN PAKAR-PAKAR DAN PENGKAJI Terdapat pelbagai definisi terhadap kurikulum yang diberikan oleh pakar-pakar dan pengkaji. Sesetengah pengkaji berpendapat kurikulum merupakan satu pengalaman. Menurut Neagly dan Evans dalam Kamaruddin Hj. Husin dan rakan-rakan (2004) kurikulum ialah semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah yang bertujuan untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditetapkan mengikut keupayaan masing-masing. Saylor dan Alexander mendefinisikan kurikulum sebagai rancangan dalam menyediakan kesempurnaan

pembelajaran bagi mencapai tujuan secara menyeluruh dan objektif yang spesifik.

3.0 REKABENTUK KURIKULUM Kurikulum dapat dibahagikan kepada dua reka bentuk kurikulum iaitu reka bentuk kurikulum yang berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular. Kurikulum yang berbentuk standard adalah berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Manakala kurikulum yang berbentuk modular mengandungi kandungan yang telah diorganisasi dan disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit dan bahagian unit inilah yang dinamakan modul. (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009).

3.1 KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN Oleh yang demikian, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dibangunkan berasaskan kedua-dua rekabentuk kurikulum tersebut. Tujuan utama penetapan standard dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan adalah untuk ekuiti dan kualiti. Peluang pendidikan yang sama akan diberikan kepada semua murid untuk tujuan ekuiti bagi penetapan standard pendidikan prasekolah. Kualiti pula membawa maksud bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Standard kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang murid perlu ketahui dan boleh dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala aspek pembelajaran pula adalah merupakan satu penetapan kriteria atau indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009).

3.2 KURIKULUM ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK_KANAK Dengan ini, kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Kurikulum PERMATA Negara) dijadikan Kurikulum

Kebangsaan. Skop yang terkandung di dalam Kurikulum PERMATA adalah meliputi 6 bidang pembelajaran dan mengandungi aspek pengasuhan yang lengkap iaitu perkembangan sosio-emosi, sahsiah dan kerohanian,

perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal, perkembangan pramatematik dan pemikiran logik, perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran, perkembangan fizikal
8

dan

kemahiran

mengurus

diri,

perkembangan estetika dan daya kreatif serta aspek pengasuhan yang meliputi aspek-aspek keselamatan, pemakanan seimbang, penjagaan bayi dan kanakkanak dan amalan pengasuhan.

3.3 MODUL ASAS DAN MODEL BERTEMA Manakala kurikulum yang berbentuk modul mengandungi dua jenis modul iaitu Modul Asas dan Modul Bertema. Modul Asas pula terdiri daripada Komponen Bahasa (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil) Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik. Modul Bertema pula merupakan modul bersepadu yang mengandungi unsur-unsur dalam keenam-enam tunjang dan unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema ini juga dibina dengan menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009).

3.0

KURIKULUM SEMASA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) menjadi asas kepada pembentukan system dan Dasar Pelajaran Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Ketiga-tiga dokumen ini menegaskan perpaduan sebagai matlamat utama negara . disamping usaha-usaha juga mesti dilaksanakan untuk memajukan aspek-aspek pembangunan bangsa dan negara meliputi kebudayaan , social , ekonomi dan polotik.

Falsafah pendidikan kebangsaan merupakan satu garis panduan dalam bidang pendidikan di Malaysia. Falsafah ini bertujuan mengganjar diri ke kedudukan yang terkehadapan dengan menggunakan dasar-dasar secara asas untuk membentuk satu sisitem pendidikan yang seimbang bagi melahirkan insane yang baik, seimbang dan bersepadu dalam menjayakan hasrat dan citicita negara. Bermula dari satu konsep kepercayaan kepada Tuhan hinggalah menjadikan murid satu insane yang harmonis dan seimbang dari segi berpendidikan untuk melahirkan seorang insane yang berbudi perketi yang baik dan akhlak yang mulia agar insane itu dapat menjadi seorang masyarakat yang terdidik dan terbaik bagi masyarakat dan negara.

3.2 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN Falsafah pendidikan menekankan satu konsep yang penting tentang ilmu pengetahuan, dimana ilmu ini memainkan peranan yang penting dalam pembangunan insane dan masyarakat. Ilmu ini begitu penting dalam mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia dalam bidang pendidikan. Ilmu berfungsi mengubah manusia dan masyarat yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya.Jika dilihat dengan mata kasar, kita akan dapat mengetahui bahawasanya pendidikan merupakan satu proses sepanjang hayat dan proses ini melibatkan penambahan ilmu pengetahuan yang baru dari semasa ke semasa malah ilmu juga dapat mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada menjadi lebih sistematik, mudah dan teratur kepada manusia.

10

Pertalian diantara

pencipta,

manusia,

masyarakat setiap

dan negara

menjadikan pembangunan dan kesejahteraan

lapisan individu

mempunyai perhubungan yang akrab diatara satu sama lain. Apabila kita mengkaji, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diguna pakai dari dahulu hingga kini dalam bidang pendidikan kita dapati pendidikan bukan sahaja dengan mendapatkan segulung ijazah atau diploma tetapi untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan , ahli keluarga dan masayarakat dan warganegara yang berilmu,

bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti .(rujuk lampiran )

3.3

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Ordinan Pelajaran Malaysia mengalami pelbagai revolusi dan penambahbaikan setelah mengalami beberapa era dan pasca kemerdekaan. Pelbagai cabaran yang begitu kompleks menyebabkan wujudnya Dasar Pendidikan Kebangsaan . Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu bagi melahirkan generasi yang bersayu padu, seimbang, harmonis daripada aspek jasmani, emosi , rihani dan intelek. Melalui nilai-nilai ini diterapkan pula satu lagi nilai iaitu kemahiran yang cuba diserapkan dalam diri setiap murid agar dapat mandatangkan keupayaan kepada mereka agar mencapai kesejahteraan diri, memberi sumbangan kea rah kemakmuran dan keharmonian masyarakat dan negara pada masa akan datang. Terdapat banyak perubahan dalam arus pendidikan dari semasa kesemasa walaupun demikian perubahan itu sentiasa mendatangkan kebaikan kepada kita . ( rujuk lampiran ).

11

4.0

TRANSFORMASI KURIKULUM Kurikulum adalah penunjuk arah bagi murid-murid dan setiap guru di sekolah. Dasar ini telah dikaji mengambil kira segala keperluan pendidikan dan status sekolah untuk menjadikan sekolah sebuah sekolah yang klaster dan cemerlang. Dasar ini perlu lah selari dengan arus perdana dan selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Tranfomasi kurikulum perlulah selaras dan sejajar dengan arus pendidikan kini. Transfomasi kurikulum ini berfungsi menjadikan didikan yang sempurna dan lengkap yang dapat menjamin dan membolehkan mereka memperkembangkan potensi dalam pelbagai

sudut.Daripada masyarakat perindusterian perubahan pemikiran manusia berubah kapada masyarakat berinfomasi penggunaan teknologi manusia kepada teknologi tinggi. Tranfomasi pendidikan merupakan perubahan daripada masyarakat perindusterin kepada masyarakat yang berinfomasi.dan berteknologi tinggi. 4.1 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH Kurikulum Standard sekolah (KSSR) yang telah diistiharkan dan dilancarkan secara berperingkat bermula tahun 2011 merupakan perubahan dalam transfomasi pendidikan iaitu satu perubahan yang holistic kepada perubahan yang melibatkan bentuk,bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Kurikulum pendidikan Malaysia mangalami perubahan akhirnya pada tahun 1993. Transfomasi ini digubal dalam dua standart utama iaitu dari segi kandungan standart dan standart pembelajaran. Kandungan standart merujuk kepada satu pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan
12

boleh dilakukan dalam satu tempoh persekolahan. Guru-guru menggunakan modul ini untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran menggantikan buku teks. Standart pembelajaran pula merupakan satu pencapaian yang boleh diukur bagi satu kreteria pembelajaran.

4.2 PENGUASAAN 4M KSSR memberi tumpuan kepada pengguasaan 4 M bagi murid tahap 1 iaitu (membaca, menulis, mengira dan menakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembanagan soaialemosi, kerohanian , fizikal, kognatif, sikap dan nilai . Manakala bagi murid tahap 2 pula pembelajaran tertumpu pada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asasICT, perkembangan socialemosi, kerohanian, fizikal , sikap dan nilai. Kemeterian banyak memberikan penumpuan kepada teknologi tinggi dalam pengajaran seharian .Murid dapat meneroka arus teknologi sejak dari kecil lagi disamping mengaplikasikan teknologi dalam kehidupan seharian mereka.

4.3 SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN Kurikulum yang berteraskan kapada peperiksaan akan dimansuhkan dan digantikan dengan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam. Pentaksiran Berasaskan sekolah adalah untuk memperbaiki pembelajaran murid,

pentaksiran holostik dan berterusan serta membina modal insane dengan lebih berkesan. Pentaksiran dibahagikan kepada dua nahagian fomatif dan sumatit.
13

Guru tidak dibenarkan menilai murid serta menetakkan skala yang menunjukkan kebolehan mereka tetapi guru boleh menilai murid mereka dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran.Perkembangan murid dapat dipantau apabila segala hasil kerja mereka disimpan dan direkodkan secara sistematik dalam portfolio. Ibu bapa, guru boleh merujuk hasil pencapaian murid berkenaan dari semasa ke semasa . Port folio membolehkan guru menyemak dan menganalpasti kelemahan murid secara sistematik dan teratur. Pengukuran tahap pencapain murid dapat dilakukan menerusi standart prestasi yang berupaya menentukan pengusaaan murid mengikut band satu hinggaenam. Oleh itu mulai taun ini KSSR diperkenalkan untuk menggantikan KBSR.

4.5

PEMANTAUAN PENILAIAN MURID KSSR Sejauh mana keberkesanan KSSR tidak dapat dikenalpasti lagi setakad ini, namun demikaian pihak kementerian dan kerajaan sentiasa mengharapkan agar KSSR ini dapat menjadi satu kurikulum yang baru dan transfomasi yang baik bagi generasi kini dan yang akan datang.

5.0 PERUBAHAN DALAM KURIKULUM Perubahan dalam kurikulum bermakna kurikulum itu boleh diubah kepada yang lebih baik ataupun mungkin kepada yang lebih buruk lagi. Ini disebabkan konsep perubahan kurikulum membawa erti yang umum dan tidak
14

khusus. Memanglah tidak boleh kita terima hakikat bahawa sesuatu perubahan itulah yang membawa kepada yang lebih buruk lagi. Tetapi ini tidak pula bermakna yang ianya tidak boleh berlaku ataupun dilakukan (Razali Arof 1991).

5.1

OBJEKTIF PERUBAHAN Setiap perubahan yang dilaksanakan mempunyai objektif dan bentuknya tersendiri. Ini bermakna bahawa ahli-ahli pembentuk kurikulum perlu mengetahui tujuan dan bentuk perubahan yang hendak dilakukan. Apabila kita berbincang mengenai tujuan dan bentuk perubahan, sebenarnya kita menyentuh tentang jenis-jenis perubahan. Dalam bidang literatur terdapat sekurang-kurangnya empat jenis perubahan. Perubahan tersebut adalah perubahan bercorak hemeostatik, perkembangan, neomobilistik dan

metamorphistik. 5.2 PERUBAHAN MOMEOSTATIK Perubahan homeostatik adalah perubahan yang dibuat tanpa

memasukkan elemen-elemen pembaharuan yang bermakna. Perubahan yang dibuat hanyalah pertukaran atau gentian-gantian yang biasa sahaja (Razali Arof 1991). Contohnya ialah Guru Besar B menggantikan Guru Besar A disebabkan Guru Besar A telah bersara. Demikianlah keadaan seterusnya supaya semua aktiviti yang terlibat dapat berjalan seperti biasa. Dengan kata lain, perubahan jenis homeostatik ini membawa perubahan yang berciri atau bersifat kebiasaan.

15

Perubahan perkembangan bererti wujudnya unsur atau elemen perubahan dalam sesuatu kurikulum itu tetapi perubahan itu adalah bercorak pembaharuan kepada yang lama dan dalam konteks bentuk kurikulum yang telah dibentuk. Ini bermakna ciri-ciri dan sifat-sifat kurikulum yang ada masih dikekalkan. Cuma yang berubah mungkin dari segi teknik yang digunakan ataupun alat-alat yang digunakan. Selalunya perubahna jenis perkembangan ini dilaksanakan untuk mengatasi aktiviti-aktiviti yang lemah setelah dikenal pasti. Contohnya perubahan dalam isi disebabkan cara-cara yang digunakan dalam pemilihan isi itu didapati telah tidak sah. Ataupun penukaran dalam beberapa objektif kurikulum tersebut disebabkan kaedah yang digunakan untuk memilih atau mengenal pasti objektif-objektif untuk kurikulum itu adalah tidak tepat. Dalam keadaan seperti contoh di atas, maka sesuatu kurikukum itu akan diubah bagi mewujudkan pembaharuan untuk menjadikan sesuatu kurikulum itu lebih berkesan (Razali Arof 1991).

5.3

PERUBAHAN NEOMOBILISTIK Seperti juga dengan perubahan perkembangan, perubahan

neomobilistik juga membawa unsur atau elemen pembaharuan kepada kurikulum itu. Tetapi ia berbeza dengan perubahan perkembangan disebabkan perubahan neomobilistik wujud berdasarka faktor-faktor luaran seperti perkembangan ilmu dan penemuan teori baru serta prinsip baru. Dengan demikian, idea-idea atau pengetahuan baru itu sudah tentulah perlu diambil kira atau dimasukkan ke dalam kurikulum yang ada. Kalau perubahan itu tidak dilakukan, kurikulum tersebut tidak akan membawa faedah kerana ia

16

mengandungi idea-idea yang tidak boleh diterima lagi. Dengan demikian kurikulum tersebut perlu diubah atau lebih tepat diperbaharui dengan memberi perhatian atau memasukkan idea-idea yang baru ke dalamnya (Razali Arof 1991). Oleh itu, kurikulum tersebut akan selari dengan keadaan semasa serta lebih berfaedah. Namun demikian, perlulah diingat bahawa perubahan neomobilistik ini tidak membawa pembaharuan yang sangat besar kepada kurikulum. 5.4 PERUBAHAN METAMORPHITIK Perubahan metamorphistik pula wujud disebabkan oleh kemasukan idea-idea baru kepada kurikulum. Perubahan metamorphistik membawa perubahan yang sangat besar kepada sesuatu kurikulum sehingga sekurangkurangnya sebahagian besar daripada elemen-elemen dalam kurikulum itu terpaksa ditukar. Bukan sahaja bahagian rasional dan objektifnya perlu diperbaharui, tetapi juga isi kurikulum tersebut, pendekatan dalam penyusunan isi, pengajaran dan penilaian kurikulum juga perlu diperbaharui sesuai dengan kehendak baru mengenai fungsi dan objektif pendidikan (Razali Arof 1991).

5.5

FAKTOR-FAKTOR LAIN MEMBAWA KEPADA PERUBAHAN KURIKULUM Terdapat berbagai-bagai faktor yang membawa kepada perubahan sesuatu kurikulum. Kadang-kadang faktor-faktor itu bergerak sendirian dan kadang-kadang bergabung. Antara faktor-faktor itu ialah kewujudan atau perkembangan ilmu-ilmu yang baru. Seperti yang kita maklum, kedudukan
17

ilmu adalah sentiasa berkembang. Kita sering terbaca dalam akhbar, majalah atau mendengar melalui radio atau melihat melalui kaca televisyen tentang berbagai-bagai ilmu baru telah berjaya ditemui oleh para saintis terutamanya mengenai berbagai-bagai aspek yang bersangkutan dengan kehidupan seharian. Kurikulum yang telah dibentuk perlulah sentiasa dikemaskini supaya dengan demikian pelajar-pelajar atau penerima kurikulum itu akan

mempelajari ilmu-ilmu yang mutakhir dan tidak mempelajari ilmu yang sudah ketinggalan zaman atau lapuk yang tidak boleh digunakan lagi. Seterusnya ialah kehendak masyarakat yang berubah. Kehendak

masyarakat bukan sahaja bermacam ragam tetapi sentiasa berubah. Begitu juga dengan keadaan sesuatu benda, tidak ada yang kekal dan pasti mengalami perubahan. Itulah sebabnya kehendak yang timbul pada suatu zaman itu berbeza dengan zaman yang sebelumnya atau yang akan datang. Banyak perkara yang boleh mempengaruhi perubahan dalam kehendak masyarakat. Misalnya elemen pendewasaan ahli-ahli masyarakat itu sendiri. Kehendak pelajar remaja adalah berbeza dengan kehendak pelajar di peringkat kanakkanak. Dengan itu kurikulum yang dibentuk untuk kanak-kanak perlulah diperbaiki sekiranya kurikulum tersebut ingin pula diberikan kepada pelajarpelajar yang telah dewasa. Perubahan kurikulum juga boleh berlaku disebabkan oleh perkembangan dasar kerajaan. Sebagai contoh, di Malaysia beberapa tahun yang lalu, Bahasa Inggeris menjadi bahasa perantara di pejabat kerajaan dan swasta, dan juga bahasa pengantar dikebanyakan sekolah khususnya sekolah Inggeris. Tetapi menjelang tahun-tahun 1970-an, pihak kerajaan telah mengesyorkan

penggunaan Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi, bahasa urusan, bahasa


18

perhubungan dan juga bahasa pengantar dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat universiti (Hendyat Soetopo dan Wasty Soemanto 1991). Selain itu, idea-idea baru yang diperkenalkan ke dalam bidang pendidikan juga boleh mendorong ahli-ahli pembentuk kurikulum melakukan perubahan terhadap kurikulum yang telah sedia ada. Seterusnya, kurikulum itu juga boleh dilakukan perubahan dengan memperkenalkan pendekatan dalam bidang-bidang lain ke dalam bidang pendidikan. Contohnya, ilmu-ilmu dalam bidang penilaian diperkenalkan ke dalam bidang kurikulum bagi

meningkatkan lagi keberkesanan proses perkembangan kurikulum. Keadaan ini sudah tentulah boleh mencetuskan usaha bagi memperbaharui kurikulum yang sedia ada.

6.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kurikulum ialah rancangan yang dilakukan dengan terancang dalam pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum boleh dibina dan digubal semula untuk kesesuaian dalam pengajaran dan pengajaran berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Guru menjadikan kurikulum sebagai panduan bagi merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mengikut mata pelajaran yang diajar. Kandungan kurikulum membantu guru dalam membina perancangan pengajaran dan
19

menyusun aktiviti pelajar supaya matlamat dan objektif pengajaran dapat dicapai. Perubahan kurikulum berlaku dari semasa ke semasa bagi

meningkatkan kualiti pendidikan negara. Perubahan

yang dilakukan

bergantung kepada perubahan dan kepentingan semasa. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis perubahan kurikulum iaitu bercorak hemeostatik, perkembangan, neomobilistik dan metamorphistik. Oleh itu, pusat

perkembangan kurikulum berperanan dalam membentuk kurikulum supaya dapat diseragamkan di seluruh sekolah. Segala perubahan kurikulum mestilah berdasarkan kepada falsafah pendidikan untuk memperkembangkan potensi dan keupayaan individu (Azizah Lebai Nordin et al. 1999). Oleh itu, perkembangan kurikulum di Malaysia semakin berkembang kini. Hal ini, selaras dengan perubahan kurikulum yang mewajibkan untuk pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun. Konsep kurikulum yang dibina tidak hanya memfokus kepada akademik semata-mata tetapi juga kepada kerohanian dan kemahiran serta perkembangan pelajar dalam membentuk insan yang berketrampilan.

20

RUJUKAN Ahmad Durajat. 2008. Pengertian Kurikulum Tersedia. http;//akhmadsudrajat.wordpress.com/2008/01/31/teori-pendidikan dan-kurikulum/ . (22 Februari 2010) Berita Harian. Halaman 5 2009. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Standart Akan Dirintis. Kuala Lumpur. Dasar Cetak (M) Sdn Bhd. Hendyat Soetopo Dan Wasty Soemanto.1991.Pembinaan Dan Pengembangan Kurikulum Sebagai Subtansi Problem Administrasi Pendidikan. Jakarta : PT. Bumi Askara Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Abd Aziz, 2004. Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur : Karyazano Enterprise. Nasution.S .2006. Asas-asas kurikulum. Jakarta: PT Bumi Aksara Pusat Perkembangan Kurikulum. 2003. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur. Ralph W. Tyler terjemahan Haji Kamaruddin Hussin dan Hazil Abdul Hamid, 1991. Prinsip Asas Kurikulum dan Pengajaran. Muar : Percetakan Pesta Sdn. Bhd. Razali Arof, 1991. Pengantar Kurikulum. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. (2001). Pembangunan Pendidikan 20012010. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1984). Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
21

LAMPIRAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

22

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Dalam usaha mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan pelbagai langkah-langkah dan staregi telah disusun antaranya:1. Penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar

utama 2. 3. 4. Mengadakan kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan

menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu 5. 6. 7. Mendemokrasikan pendidikan Pelaksanaan KBSR dan KBSM Mempertingkatkan pendidikan Islam, kerohanian, moral dan

disiplin 8. 9. 10.
11.

Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik Mempelbagai kemudahan pendidikan di peringkat university Pengajaran bahasa ibunda Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum.

23

You might also like