You are on page 1of 11

1.

PENGHARGAAN

Assalamualaikum, Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan folio yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Sejarah Kemerdekaan Malaysia. Folio yang ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada ilmu yang diajar dalam subjek yang kami ambil ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu kami sepanjang kami menyiapkan projek folio ini. Pertama sekali, setinggi-tinggi terima kasih kami ucapkan kepada Tuan pengarah kolej matrikulsi kedah, Tuan Raja Sulaiman kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar. Sekalung penghargaan untuk pensyarah matapelajaran kemahiran dinamika saya iaitu Pn. Zainab Bt Abu Bakarkerana memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang kami menyiapkan folio ini. Selain itu, kami juga sangat menghargai jasa guru subjek kami kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk folio ini serta membantu kami dari semasa susah dan senang. Jasa beliau yang akan kami kenang hingga ke akhir hayat. Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa kami kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada kami sepanjang folio ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga kami ucapkan kerana memberikan kami bantuan dari segi kewangan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan folio ini. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek ini dijalankan dan disempurnakan.

2. PENDAHULUAN

Rakyat berjiwa merdeka adalah perkara ketiga daripada prinsip utama yang hendak dicapai di bawah program Islam Hadhari. Program tersebut dilancarkan oleh pihak kerajaan Malaysia dalam usaha untuk mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mempunyai daya saing yang tinggi di pentas global sesuai dengan kehendak serta tuntutan syariat Islam. Dari segi konsepnya, Islam Hadhari adalah Islam yang syumul atau komprehensif yang memberi penekanan menyeluruh terutama kepada pembangunan masyarakat masa kini. Secara khususnya, Islam Hadhari akan menjadi penggerak dan garis panduan kepada rakyat dengan memperlihatkan warisan dan ketamadunan Islam yang sedia wujud sebagai pemacu ke arah kecemerlangan dan kegemilangan sesuatu bangsa itu. Di bawah prinsip rakyat berjiwa merdeka, penekanan dan pendekatan yang hendak digunakan haruslah dihalusi secara mendalam bagi mengelakkan timbulnya salah faham dan kebimbangan kepada mana-mana pihak dalam sesebuah negara yang komposisi rakyatnya berbilang agama dan bangsa seperti Malaysia tercinta ini. Tambahan pula, majoriti rakyat di negara ini terdiri daripada bangsa melayu yang beragama Islam. Seiring dengan perlancaran konsep Islam Hadhari pada tahun 2005 yang lalu, pelbagai persediaan dan langkah telah dan sedang dilaksanakan. Dan jika dibincangkan dari aspek rakyat berjiwa merdeka, objektif utama Islam Hadhari ini adalah untuk memastikan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu yang sememangnya penganut agama Islam mempunyai semangat cintakan agama, bangsa dan tanahair serta mampu mencorakkan negara mengikut acuan kita sendiri sesuai dengan budaya warisan bangsa kita. Sehubungan dengan itu tajuk folio kami adalah tentang Kemerdekaan Malaysia.

3. OBJEKTIF

1. Memerihalkan tentang Rombongan merdeka 1956.

2. Menyatakan kandungan Perjanjian London 1956.

3. Membincangkan peranan dan kewibawaan pemimpin semasa Rundingan Kemerdekaan 1956.

4. Membandingkan tentang Rombongan London 1954 dengan Rombongan London 1956.

5. Mengumpul maklumat tentang keanggotaan, matlamat, dan asas penggubalan Suruhanjaya Reid.

6. Mengemukakan perkara-perkara yang dipinda dalam rang undang-undang yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid

7. Menyenaraikan kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah melayu 1957.

8. Menceritakan peristiwa pengishtiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

9. Menyenaraikan kandungan pemasyuran kemerdekaan.

10. membahaskan kemerdekaan mutlak Tanah melayu pada 31 Ogos 1957.

4.1 SEBAB SEBAB KEMERDEKAAN

Salah satu sebab yang membawa kepada Kemerdekaan Tanah Melayu ialah pengenalan Sistem Ahli. Untuk membina sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan suatu perkara yang bukan mudah untuk dilakukan. Sejak sebelum merdeka lagi, pihak British telah memberi latihan untuk mentadbir negara kepada penduduk tempatan supaya mereka mampu berkerajaan sendiri.

Pembinaan sebuah negara dan bangsa yang merdeka melibatkan rundingan dan kerjasama antara pemimpin terdahulu dengan pihak tertentu untuk menentukan hala tuju negara kita. Sistem ahli dilaksanakan pada bulan Januari 1951 sehingga bulan Jun 1955, iaitu sebelum pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) yang diadakan pada bulan Julai 1955.

Tujuan Sistem Ahli ditubuhkan adalah untuk melatih penduduk tempatan dan juga kaum lain menerajui Tanah Melayu. Idea penubuhan Sistem Ahli ini telah disuarakan oleh Dato Onn Jaafar dalam perbincangannya dengan Sir Henry di Kuala Lumpur. Mengikut cadangan Sir Henry, model yang telah dilaksanakan di negara Kenya dan Rhodesia Utara juga boleh dilaksanakan di Tanah Melayu.

Cadangan ini bertepatan dengan hasrat British untuk menjalankan dasar dekolonisasi, iaitu dasar pemberian bantuan ke arah berkerajaan sendiri secara beransur-ansur kepada tanah jajahan. Ahli-ahli yang dilantik untuk menganggotai Sistem Ahli diberi tugas menjana satu portfolio yang mengandungi beberapa buah jabatan kerajaan. Mereka diberi tanggungjawab menguruskan pentadbiran harian jabatan tersebut mengikut dasar-dasar yang tersedia. Mereka juga bertanggungjawab mencadangkan undang-undan yang berkaitan dengan jabatannya untuk dibentangkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan (MPP).

Untuk menyediakan cadangan undang-undang tersebut, Ahli akan berbincang dengan pegawai kanan British untuk mendapatkan persetujuan bersama. Pesuruhjaya Tinggi juga terlibat dengan memberi arahan dan persetujuan dalam perkara-perkara yang dibincangkan. Walau bagaimanapun, pada kebiasaannya cadangan undang-undang itu merupakan pendirian pentadbiran British. Sistem Ahli merupakan tapak asas yang penting untuk melatih penduduk ke arah berkerajaan sendiri. Sistem Ahli terdiri daripada ahli-ahli gabungan pemimpin pelbagai kaum di negara ini telah memulakan proses perpaduan kaum di Persekutuan Tanah Melayu. Justeru, Sistem Ahli telah memberi pendedahan yang berguna kepada penduduk tempatan untuk belajar mentadbir dan menerajui kerajaan apabila merdeka kelak.

Sebab kedua yang membawa kepada kemerdekaan negara ialah pakatan murni. Sebelum penubuhan Perikatan, terdapat beberapa usaha yang dilakukan untuk mengadakan pakatan murni di kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Pakatan ini adalah penting kerana ia akan menyatukan semua kaum yang terdapat di Tanah Melayu.

Pakatan murni merupakan suatu usaha semua di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. Setiap kaum mempunyai tuntutan yang berbeza dan masalah yang tersendiri. Penubuhan pakatan murni merupakan suatu jalan penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini yang sebelum ini dipisahkan oleh dasar pecah dan perintah oleh penjajah British.

Langkah pertama yang diambil ialah penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (CLC) pada bulan Januari 1949 di Pulau Pinang. CLC pada peringkat permulaan hanya dianggotai oleh dua kaum terbesar iaitu Melayu dan Cina. Orang Melayu bernaung di bawah UMNO yang diketuai oleh Dato Onn bin Jaafar dan MCA diterajui oleh Tan Cheng lock, Penubuhan CLC adalah titik permulaan kerjasama kaum di Persekutuan Tanah Melayu. Menurut Dato Onn bin Jaafar, perpaduan antara kaum menjadi asas kemerdekaan Tanah Melayu.

Langkah kedua ialah pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu pada tahun 1951 yang dicadangkan oleh Dato Onn bin Jaafar. Walau bagaimanapun, tindakan beliau dikecam hebat oleh masyarakat Melayu kerana mereka enggan berkompromi.

Langkah ketiga ialah penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya oleh Dato Onn bin Jaafar. Beliau menggunakan konsep kerjasama kaum dalam sebuah parti dan IMP terbuka kepada semua kaum. IMP gagal mendapat sambutan masyarakat Tanah Melayu masih mengasingkan diri mereka sebagai orang Melayu, Cina dan India.

Langkah seterusnya penubuhan Persidangan Nasional yang bertujuan untuk mencapai kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan perkauman. Kerjasama UMNO-MIC terbentuk apabila British menyuarakan akan mengadakan Pilihan Raya Perbadanan Kuala Lumpur pada bulan Februari 1952. Kerjasama antara UMNO Kuala Lumpur dengan MCA Selangor telah diusahakan oleh Dato Yahya Abdul Razak dan Ong Yoke Lin. Dalam pilihan raya tersebut, gabungan UMNO-MIC telah memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Gabungan UMNO-MIC juga telah memenangi 26 kerusi daripada 37 kerusi yang dipertandingkan di beberapa Bandar utama.
5

Pada pilihan raya negeri tahun 1954, Parti Perikatan telah memenangi 226 daripada 268 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan ini membuktikan permuafakatan kaum dalam pelbagai parti dapat diterima oleh penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Kerjasama ini akhirnya membawa kepada penubuhan Parti Perikatan yang dianggotai oleh parti-parti politik seperti UMNO, MCA dan MIC pada tahun 1955. pada tahun 1954, British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pilihan Raya dalam Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). Jawatankuasa ini dianggotai oleh pemimpin parti politik seperti Parti Negara, UMNO, MCA, MIC dan beberapa orang pegawai tinggi British.

Jawatankuasa ini telah mencadangkan 52 kerusi dipilih melalui pilihan raya dan 48 ahli MPP dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) tekah diadakan pada 27 Julai 1955 dan Parti Perikatan telah menyertai pilihan raya tersebut.

Manifesto yang digunakan oleh Parti Perikatan ialah untuk mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun. Mewajibkan pendidikan. Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan. Menjaga hak asasi manusia. Melindungi hak Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan. Keputusan pilihan raya 1955 ialah, Parti Perikatan telah memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dan Parti Persatuan Islam Se-Tanah Malaya (PAS) telah memenangi satu kerusi.

Kemenangan yang amat cemerlang oleh Parti Perikatan telah membolehkan Tunku Abdul Rahman, Ketua Parti Perikatan menjadi Ketua Menteri dan membentuk kabinet. Anggota kabinet yang ditubuhkan terdiri daripada pelbagai kaum dan berfungsi sehingga kemerdekaan dicapai.

Dengan kemenangan besar yang diperolehi oleh Parti Perikatan dalam pilihan raya tahun 1955, maka Pemuda UMNO telah mendesak Tunku Abdul Rahman supaya menuntu kemerdekaan dari kerajaan British. Tarikh 31 Ogos 1957 dicadangkan sebagai hari pengisytiharan. Apabila setiausaha Tanah Jajahan Inggeris, iaitu Alan Lennox Boyd dating ke Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1955, Tunku telah menyampaikan hasrat rakyat negara ini untuk menuntut kemerdekaan dari pihak British. Alen Lennox Boyd memberi jaminan bahawa beliau sanggup merundingkan tentang perkara tersebut di London pada awal tahun 1956.

Apabila Majlis Raja-raja mengadakan persidangannya pada September 1955, Tunku Abdul Rahman telah memaklumkan perkara tersebut kepada Majlis Raja-raja. Semua raja-raja bersetuju supaya satu perundingan diadakan dengan pihak British mengenai kemerdekaan Tanah Melayu.

4.2 LATAR BELAKANG PERISTIWA KEMERDEKAAN

Detik yang paling bermakna dan amat penting kepada Persekutuan Tanah Melayu ialah pemasyhuran kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Dengan pemasyhuran kemerdekaan ini,bererti persekutuan tanah melayu telah dibebaskan daripada penjajahan British untuk selama-lamanya.pemashyuran kemerdekaan dibuat tepat pada pukul 12 tengah malam pada 31 Ogos 1957 di hadapan Padang Kelab Selangor,Kuala Lumpur.Bendera Union Jack telah diturunkan dan sejurus kemudian,Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh beberapa orang pemuda UMNO. Peristiwa menurunkan bendera Union Jack yang penuh bersejarah ini disaksikan oleh ribuan rakyat negara ini.

Setelah bendera Union Jack mencecah bumi, orang ramai bersorak dengan tepukan gemuruh dan penuh kegembiraan. Rakyat dengan nada bergema melaungkan merdeka yang menandakan kemenangan rakyat terlepas daripada belenggu penjajah. Bendera Persekutuan Tanah Melayu kemudian berkibar megah di puncak tiang. Rakyat berasa bangga menyaksikan peristiwa ini. Pada jam 9.30 pagi, 31 Ogos,1957 bermula dengan nama Allah dan segala pujian bagiNya serta selawat dan salam ke atas para Rasul, Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama telah membacakan Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Stadium Merdeka Kuala Lumpur, di hadapan dua puluh ribu rakyat. Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari tiga puluh negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya.

Stadium Merdeka adalah bangunan negara yang dibina khas untuk melahirkan identiti kebangsaan kepada negara yang merdeka. Orang ramai memenuhi setiap tempat duduk di stadium itu yang menyaksikan peristiwa pemasyhuran tersebut. Raja-raja Melayu pula yang berpakaian songket berkilau, berseri-seri, dipayungi dengan paying diraja. Mereka duduk berbaris bersemayam di pentas khas. Wakil Ratu Elizabeth, Duke of Wellington telah bersedia dengan Dokumen Penyerahan Kuasa tersebut. Upacara dimulakan dengan ucapan wakil Baginda Ratu England. Kemudian, beliau menyerahkan dokumen pengisytiharan kemerdekaan kepada Yang di Pertuan Agong, ketua negara Persekutuan Tanah Melayu.

Dengan penyerahan dokumen pengisytiharan kemerdekaan tersebut, ini menandakan pemulangan semula kuasa politik negara kepada pemerintah tempatan setelah dikuasai oleh penjajah hampir selama 446 tahun. Pemulangan kuasa ini dilakukan dengan penuh tertib. Ketua Kerajaan Perikatan yang bakal menjadi Perdana Menteri pertama negara, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra telah membaca pengisytiharan kemerdekaan itu dengan lantang sekali. Beliau dengan penuh bersemangat melaungkan seruan merdeka ! Sebanyak tujuh kali. Laungan ini disambut dengan laungan merdeka oleh para hadirin. Laungan keramat ini
8

bergema memenuhi ruang stadium. Rakyat Tanah Melayu sungguh bersemangat dan gembira setelah berjaya melepaskan diri daripada penjajahan kuasa asing

4.3 KESAN KEMERDEKAAN

Sungguhpun, kelahiran Malaysia telah dialu-alukan oleh dunia namun rejim Indonesia dan Filipina ketika itu menentang kelahiranya. Kedua-duanya telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Rejim Indonesia juga telah melancarkan konfrantasi' yg pada hakikatnya peperangan tanpa perisytiharaan.

Pasukan keselamatan negara kita bersama dengan pasukan keselamatan negara sahabat telah memperolehikejayaan dalam pentempuran di hutan Sarawak Kalimantan, di Paya Rawa , Pontian dan Labis. Dan yang penting sekali di Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu. Konfrantasi ini berakhir pada bulan Mei 1966.

Tahun 1993 ini, maka genaplah usia kemerdekaan Tanah Melayu selama 47 tahun sejak tahun 1957.Keadan politik negara dalam tempoh 47 tahun ini terus stabil, walaupun terdapat sedikit kekacauan' namun dengan adanya Sistem Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di negara kita, ianya berjalan dalam suasana yana aman damai.

Kestabilan telah membolehkan kerajaan, sejak dari pimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Hussein Onn dan kini Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad,membina ekonomi negara melalui rancangan - rancangan pembangunannya di pelbagai bidang dalam keadaan dan suasana yang begitu baik.

Sememangnya, tidaklah dinafikan, dalam sejarah 47 tahun kita merdeka memang terdapat detik detik peristiwa hitam seperti Peristiwa 13 Mei 1969 yang disebabkan oleh tindak tanduk parti-parti politik perkauman yang keterlaluan.

Namun keadaan ini telah dapat diatasi, berkat usaha yang bersunguh-sungguh kepimpinan Kerajaan memupuk kembali suasana yang harmoni dan muhibbah di kalangan rakyat berbilang kaum.Sesungguhnya, sejak kita mencapai Kemerdekaan hingga kini, melalui proses pilihanraya umum, kita mempunyai sebuah Kerajaan Pusat yang kuat dan mantap, berwibawa, berkesanggupan meneruskan usaha ke arah kemajuan melalui rancanganrancangan yang dapat memenuhi kehendak dan keperluan rakyat.

10

5. RUMUSAN

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus menghargai kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Hal ini boleh disaksikan melalui pengamalan nilai nilai murni. Hal ini, boleh melahirkan warganegara yang berbangga sebagai rakyat Malaysia.

Kita mestilah menghormati raja dan pemimpin negara serta menghargai jasa dan perjuangan tokoh tokoh negara disamping menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan cara menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa kita. Kita hendaklah berbangga dengan sejarah negara kita.

Kita juga perlu bersemangat setia negara supaya peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara serta bersyukur kerana menjadi warganegara Malaysia, sebuah negara yang aman damai. Selain itu, rasa cinta akan bangsa,negara dan taat serta setia kepada raja dan pemimpin negara haruslah ada dalam diri kita. Kita wajar mempamerkan sikap bertanggungjawab kepada bangsa dan negara di samping berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.

Kita mestilah bersemangat kekitaan mengamalkan sikap bersatu padu dan berharmoni serta bertolak ansur selain bertolerasi sesama sendiri. Kita haruslah bekerjasama dan tolong menolong serta hormat menghormati antara satu sama lain. Selain itu, kita mestilah bersefahaman dan bermuafakat. Muhibah dan semangat bermasyarakat mesti ada pada diri kita.

Kita perlu berdisiplin, berakhlak dan berbudi pekerti mulia serta mempertahankan dan menjunjung Perlembangaan Negara, selalu mematuhi peraturan dan undang undang negara yang disediakan oleh pemimpin dan kerajaan, disamping berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi serta bertindak dengan sewajarnya. Kita juga mesti bersifat amanah dan jujur dan berlaku adil dan bertimbang rasa terhadap orang lain.

Selain itu, kita juga harus berusaha dan produktif seperti rajin dan gigih dalam sesuatu pekerjaan, serta berdikari, dan tabah menghadapi cabaran dan menyokong serta melibatkan diri dalam usaha pembangunan negara.

11

You might also like