P. 1
Gaya Kepimpinan Dan Motivasi

Gaya Kepimpinan Dan Motivasi

|Views: 165|Likes:
Published by Zarizah Sharif

More info:

Published by: Zarizah Sharif on Jan 04, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/17/2012

pdf

text

original

GAYA KEPIMPINAN DAN MOTIVASI 1.GAYA KEPIMPINAN 1.1 DEFINISI 1.

KEPIMPINAN adalah proses mempengaruhi ahli-ahli untuk mencapai matlamat pemimpin dan organisasi 2. Pengurusan merujuk kepada proses sosial untuk mendapatkan kerjasama penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah matlamat atau objektif yang paling berkesan .(Drucker 1997) 3. Pengurusan merupakan satu proses merancang , mengelompok , memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli serta menggunakan sumber –sumber lain untuk mencapai matlamat tertentu. (Stoner 1984) GAYA KEPIMPINAN 1. Gaya kepimpinan merujuk kepada pendekatan dan kaedah yang digunakan oleh seseorang pemimpin untuk mempengaruhi pengikut atau pekerjanya. GAYA KEPIMPINAN AUTOKRATIK 1. Melibatkan pembuatan keputusan oleh seorang ketua sahaja 2. Pengikut atau pekerja tidak diberi peluang langsung untuk memberi pandangan atau idea mereka 3. Gaya kepimpinan yang kurang memberi kebebasan kepada pekerja , tegas dan mengikut peraturan 4. Pekerja mesti produktif dan pekerja yang didapati melanggar peraturan akan dihukum 5. Dapat memastikan segala kerja yang dirancang berjalan dengan lancer dan matlamat dapat dicapai 6. Kepimpinan ini cenderung kepada ketidakpuasan pekerja dan kadar pusingan lantik henti pekerja yang tinggi GAYA KEPIMPINAN DEMOKRATIK ( PARTISIPATIF) 1. Memberi kebebasan kepada pekerja untuk menyumbang idea dan membuat keputusan bersama. 2. Setiap keputusan dibincang bersama antara ketua dengan subordinat dan keputusan akhir dibuat oleh pemimpin atau pengurus. 3. Kebaikan kepimpinan ini ialah ketua dan pekerja dapat bekerjasama untuk membuat keputusan yang terbaik 4. Kelemahan kepimpinan ini ialah proses membuat keputusan akan menjadi lambat dan mungkin menyebabkan organisasi gagal merebut sesuatu peluang

1.2

GAYA KEPIMPINAN LAISSEZ – FAIRE / BEBAS 1. Memberi kuasa sepenuhnya kepada pekerja organisasi untuk membuat keputusan. 2. Pemimpin memberikan sepenuhnya kepercayaan kepada subordinatnya dan setiap keputusan tanpa merujuk kepadanya. Subordinat bebas membuat sebarang keputusan. 3. Pemimpin seperti ini adalah tidak tegas dan kurang mengenakan tekanan terhadap pekerja 4. Kebaikan kepimpinan ini ialah kepuasan pekerja terhadap pekerjaannya akan meningkat atas kepercayaan yang diberi oleh ketua dan peluang menggunakan idea sendiri dalam membuat keputusan 5. Kelemahan kepimpinan ini adalah keadaan yang tidak terkawal kerana penyalahgunaan kuasa kebebasan yang diberi untuk kepentingan peribadi. Matlamat juga sukar dicapai akibat perbezaan pendapat semasa membuat keputusan GAYA KEPIMPINAN PENYERTAAN 1. Pekerja dianggap sebagai rakan kongsi dalam usaha mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan 2. Pihak pengurusan dan pekerja akan bertindak bersama supaya organisasi sentiasa berada dalam keadaan bertenaga dan mampu menghadapi cabarancabaran semasa serta masa depan GAYA KEPIMPINAN BIROKRATIK 1. Setiap operasinya berlandaskan kepada sistem dan peraturan-peraturanyang telah diwujudkan. 2. Mengamalkan peraturan dan tatacara melaksanakan tugas yang terperinci 3. Pemimpin atau pengurus bertindak mengikut prosedur, tatacara dan peraturan yang ditetapkan 4. Dalam menjalankan tugas seseorang pekerja perlu lalui kerenah birokrasi. Contoh , seorang pekerja yang ingin memohon cuti rehat, perlu mengisi borang permohonan cuti dan perlu berjumpa dengan ketuanya mendapatkan tandatangan kelulusan cuti tersebut.

1.3

KAJIAN TENTANG GAYA KEPIMPINAN

Ia amat mementingkan perhubungan baik dengan pekerjanya .Kepimpinan ini adalah tegas dan kurang memberikan peluang kepada pekerja untuk menyuarakan pendapat mereka b) Gaya Pertimbangan (Consideration) . Kajian Universiti Ohio Terdapat dua gaya kepimpinan yang lazimnya diamalkan oleh pemimpin yang berjaya : a) Gaya Penggunaan Struktur (Initiating Structure) . Kajian McGregor (Teori X dan Teori Y) .Pemimpin akan berusaha untuk menjalinkan perhubungan yang baik dengan pekerja dengan memberi peluang kepada mereka untuk membuat keputusan dan menyelesaikan sesuatu masalah bersama.Kepimpinan cenderung memberikan penekanan terhadap pencapaian matlamat organisasi dan pematuhan peraturan dalam organisasi .Kepimpinan ini memberi peluang dan kebebasan kepada pekerja untuk menyuarakan pendapat mereka .Perhatian berat yang berikan menyebabkan pekerja berpuas hati 3. Kajian Universiti Michigan Terdapat dua gaya kepimpinan yang lazimnya diamalkan oleh pemimpin yang berjaya : a) Gaya Kepemimpinan Berorientasikan Pengeluaran .Kepimpinan ini mementingkan perhubungan yang baik dengan pekerja dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada pekerja yang memerlukan 2. b) Gaya Kepemimpinan Berorientasikan Pekerja .Pemimpin akan menggunakan pendekatan yang tegas semasa berkomunikasi dengan pekerja bagi mencapai matlamat organisasi .Ia mengambarkan seorang pemimpin yang amat serius terhadap pencapaian matlamat organisasi . . .1.Kepemimpinan ini cenderung kepada rasa tidak puashati dikalangan pekerja kerana mereka tidak diberi peluang untuk membuat keputusan dan menjadi sasaran luahan perasaan ketua mereka.

sentiasa melarikan diri daripada tanggungjawab dan tidak suka mematuhi arahan . .Menggambarkan pemimpin yang terlalu memberi kebebasan kepada pekerjanya sehingga tingkahlaku pekerja tidak dapat dikawal dan menyebabkan organisasi gagal mencapai matlamat ii) Gaya Kepemimpinan Sokongan . Kajian Blake dan Monton Blake dan Monton telah menjalankan kajian terhadap gaya kepemimpinan yang diamalkan oleh firma kecil dan sederhana. mengenakan tekanan terhadap pekerja dan menghukum pekerja supaya matlamat organisasi tercapai b) Pemimpin Teori Y . bersedia memikul tanggungjawab.a) Pemimpin Teori X .Menggambarkan perhubungan yang baik antara pemimpin denganpekerja tetapi pemimpin gagal mempengaruhi pekerjanya untuk berusaha dan mencapai matlamat organisasi. Hasil kajian mereka menunjukkan terdapat 81 gaya kepemimpinan yang diamalkan oleh pemimpin di seluruh dunia. memarahi pekerja.Berdasarkan andaian positif ini. pemimpin harus sentiasa menjalinkan perhubungan yang baik dengan pekerja.Pekerja mesti diberi peluang atau kebebasan untuk menyumbang idea mereka semasa proses membuat keputusan. tidak suka bekerja. iii) Gaya Kepemimpinan Pengurusan Sederhana - Menggambarkan pemimpin yang agak matang dalam menjaga perhubungannya dengan pekerja agar mereka berusaha untuk mencapai matlamat organisasi iv) Gaya Kepemimpinan Autokratik . i) Gaya Kepemimpinan Laisser-faire .Pemimpin ini mengandaikan pekerja adalah malas.Berdasarkan andaian negatif ini pemimpin harus mengamalkan sikap tegas.Pemimpin mengandaikan pekerja adalah rajin. 4. membantu pekerja dan memotivasikan pekerja . boleh dipercayai dan sentiasa mematuhi peraturan.

rajin.4 CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BERJAYA Mengikut kajian yang dijalankan mengenai kepimpinan. Pendekatan ini cenderung perasaan tidak puas hati dalam kalangan pekerja v) Gaya Kepemimpinan Demokratik - Menggambarkan pemimpin yang mampu menjalinkan perhubungan yang baik dengannya dan pada masa yang sama berupaya untuk mempengaruhi pekerja supaya berusaha untuk mencapai matlamat organisasi 1. cirri-ciri pemimpin yang berjaya adalah seperti berikut : a) Sentiasa peka terhadap produktiviti dan matlamat organisasi dengan memberikan penekanan terhadap sumbangan pekerja b) Prihatin terhadap pencapaian dan produktiviti pekerja dengan memberikan ganjaran dan penghargaan yang berpatutan kepada pekerja yang berjaya c) Berpandangan jauh dengan memberikan keutamaan terhadap masa depan organisasi dalam usaha untuk mencapai wawasan yang ditetapkan. PERBEZAAN ANTARA PEMIMPIN DENGAN PENGURUS . Pengurus boleh menyertai program latihan atau mendapatkan tunjuk ajar daripada individu yang lebih berpengalaman e) Berdisiplin.- Menggambarkan pemimpin yang sangat tegas dengan perlakuannya bagi memastikan pencapaian matlamat organisasi. Misalnya merancang pembangunan jangka panjang organisasi d) Sentiasa berusaha untuk membaiki dan memajukan diri supaya diri supaya menjadiikutan pekerja bawahannya. berdikari dan sentiasa bekerja kuat untuk memajukan diri dan organisasi f) Bertanggungjawab dan jujur supaya mendapat kepercayaan atau sokongan tinggi daripada pekerja terhadap sebarang tindakan yang diambil atau keputusan yang dibuat.

mengagih sumber dengan cekap dan berkesan serta berusaha untuk mencapai matlamat yang lebih baik daripada yang telah ditetapkan Gaya Memberikan dorongan. iaitu menyusun. iaitu melaksanakan fungsi perancangan Menyusun dan mengorganisasi. MOTIVASI . motivasi kepimpinan dan inspirasi kepada pekerja melalui kaunseling serta jalinan perhubungan yang baik Komitmen Menyelesaikan masalah yang berlaku antara pekerja dan menganalisis serta menangani perubahan yang berlaku Tanggungjawab Bertanggungjawab dan sanggup menanggung beban apabila berlaku kesilapan di tempat kerja iaitu akauntabiliti Keperihatinan Prihatin terhadap isu peribadi pekerja dan pencapaian pekerja dan mewujudkan hubungan interpersonal yang baik PENGURUS Merancang.DIMENSI Perancangan PEMIMPIN Menetapkan hala tuju iatu visi dan misi organisasi Peranan Memainkan peranan mengurus. iaitu melaksanakan fungsi pengorganisasian dan penstafan dan berusaha untuk mencapai matlamat yang ditetapkan Mengarah dan mempengaruhi pekerja dengan menggunakan autoriti atau kuasa rasmi Memastikan aktivti organisasi berjalan pada landasan yang betul iaitu melaksanakan fungsi pengawalan Tidak berani mengambil risiko dan tidak menyalahkan diri sendiri apabila sesuatu yang tidak baik berlaku di tempat kerja Kurang prihatin terhadap isu peribadi pekerja dan pencapaian pekerja dan lebih mementingkan pencapaian matlamat organisasi 2.

Wikipedia mendefinisikan motivasi sebagai suatu proses untuk menggalakkan sesuatu tingkahlaku supaya dapat mencapai matlamat-matlamat yang tertentu. Keadaan dalaman yang menyebabkan seseorang individu bergelagat mengikut cara yang dapat memastikan tercapainya matlamat. keinginan dan tujuan yang ingin dicapai. Motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan hendak berjaya ataupun hendak mencapai sesuatu. motivasi adalah proses yang terjadi dalam diri yang menjadi daya penggerak dan memberikan tenaga bagi tingkahlaku di dalam diri seseorang yang dapat mewujudkan perasaan. 2. 9.2. 3.1 PENGERTIAN MOTIVASI 1. Motivasi juga berkait rapat dengan keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan (Mohamad Zaaba dan Zuraida Haji Ismail. 8. 6.2 PROSES MOTIVASI . 7. Motivasi adalah sesuatu yang ada (ataupun tiada) dalam diri dan minda yang akan menentukan kejayaan ataupun kegagalan dalam apa jua perkara yang dilakukan. motivasi bererti dorongan atau keperluan yang memimpin kepada sesuatu tindakan. Motivasi juga melibatkan sesuatu proses yang memberikan kuasa dan arahan yang menggerakkan tingkah laku seseorang. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rangsangan untuk kejayaan seseorang ataupun rangsangan hendak mengelakkan diri daripada kegagalan 5. Dirumuskan. 2004). 4. Motivasi berasal daripada perkataan Inggeris iaitu motivation yang bermakna bersemangat. 2. Menurut Sternberg (2001). Certo (1997).

Mencapai kesempurnaan dalam kehidupan dan memuaskan kehendak yang tidak terbatas.3 JENIS-JENIS MOTIVASI . 2. 2. TINGKAHLAKU 1. kelakuan dan perwatakan dalam usaha memenuhi setiap kemahuan dan keinginan diri bagi mencapai sesuatu matlamat atau tujuan. Hasil atau kepuasan yang dapat memenuhi keinginan dan kehendak diri samaada secara langsung atau tidak langsung.1997) KEPERLUAN 1. GANJARAN 1. MAKLUMBAL AS 1. Setiap perubahan sifat.KEPERLUAN TINGKAHLAKU GANJARAN MAKLUMBAL AS Model Proses Motivasi (Daft. Tindakan atau kaedah yang digunapakai oleh individu bersepadanan dengan ganjaran yang diterima. Setiap manusia ada keinginan dan kemahuan yang perlu dipenuhi bagi mencapai kepuasan diri.

2) MOTIVASI EKSRINSIK  Jenis motivasi ini dikaitkan dengan faktor luaran diri atau faktor persekitaran seperti hadiah atau ganjaran. untuk cuba mengatasi segala cabaran dalam proses mendapatkan sesuatu yang diingininya (Reeve. dan seterusnya membentuk suasana dan iklim persekitarannya. hukuman. atau tabii manusia. tekanan sosial. Ia juga merupakan ciri semula jadi manusia. EKSTRINS IK INTRINSI K . atau untuk dipuji. minat. atau apa sahaja sebab selain daripada untuk pemenuhan kendiri. rasa ingin tahu.  Apabila seseorang itu mempunyai keinginan yang intrinsik.  Motivasi ekstrinsik adalah berlawanan dengan motivasi intrinsik di mana aktiviti yang dibuat adalah bertujuan untuk mendapatkan ganjaran. 1996)  Menurut Deci (1975).MOTIVASI 1) MOTIVASI INTRINSIK  Jenis motivasi ini dikaitkan dengan faktor dalaman diri seperti keperluan. atau untuk mendapatkan perhatian seseorang yang disayangi. motivasi intrinsik dapat diterangkan sebagai suatu keadaan psikologi yang diakibatkan apabila individu menganggap diri mereka berkebolehan dan dapat menentukan sesuatu dengan sendiri. Jenis motivasi ini dikenali sebagai motivasi dalaman (intrinsik). dia tidak memerlukan apa-apa insentif atau hukuman untuk melakukannya kerana aktiviti itu sendiri sudah dapat memenuhi kepuasan dan keperluan dalaman individu itu. atau untuk mengelak daripada hukuman. dan rasa kepuasan diri.

persahatan dan komunikasi berkesan. Keperluan ingin dihargai dan menghargai melalui hasil sesuatu perkara yang dilakukan. Teori dua faktor (Herzberg) c. Antaranya ialah: a. Keperluan ingin disayangi dan menyayangi. 1. minum dan tempat tinggal yang diperlukan setiap manusia.4 TEORI MOTIVASI Terdapat pelbagai teori motivasi yang telah dibincangkan dan dibahaskan. Teori hierarki (Maslow) b. Keperluan Teori Hierarki Maslow Abraham Maslow (1943) menyatakan bahawa keperluan asas perlu dipenuhi sebelum seseorang individu focus untuk mencapai keperluan-keperluan yang lain. Keperluan ingin orang lain melihat potensi dan bakat .2. Abraham Maslow menyatakan keperluan dalaman mencerminkan perlakuan yang dipamerkan seseorang individu. Keperluan yang meliputi keselamatan diri dan keluarga dari ancaman serta jaminan hidup. Ini boleh ditunjukkan melalui teori hierarki: Bil 1 2 3 4 5 Jenis keperluan Fizikal Keselamatan Sosial Penghormatan Aktualisasi diri Ciri-ciri keperluan asas seperti makan.

2. polisi dan pentadbiran. a. Kesemua faktor diambil berat namun tidak dapat meningkatkan motivasi semasa bekerja tetapi tanpa kriteria tersebut kehidupan seseorang boleh terjejas.yang ada dalam diri sendiri supaya prestasi dapat dikekalkan. Terdapat dua faktor dalam penyelidikan Herzberg iaitu: Hygiene factor yang melibatkan organisasi. Teori dua faktor Herzberg Herzberg (1968) menyatakan terdapat beberapa faktor di tempat kerja yang menyebabkan kepuasan bekerja manakala terdapat beberapa faktor yang mengakibatkan ketidak puasan hati. penghargaan dan minat terhadap kerja yang dilakukan diambil kira. . Motivator di mana prestasi. gaji serta risiko diberhentikan. 1. c. persekitaran kerja. hubungan interpersonel. Teori Maslow menyatakan yang keperluan manusia hanya akan lengkap dan mempunyai tahap motivasi yang tinggi apabila telah mencapai kelima-lima keperluan ini. b.

. pekerja meningkat melalui motivasi Jika kedua-dua faktor ini digabungkan dan dijalankan serentak akan menghasilkan pekerja yang mempunyai motivasi yang tinggi semasa bekerja dan sentiasa memperbaiki diri. Kesan kepada organisasi: Moral organisasi yang berubah kepada lebih positif. Menentukan samada objektif organisasi tercapai atau Memotivasikan pekerja semaksimum yang mungkin. Mereka yang mempunyai ketiga-tiga aspek ini adalah pemimpin yang baik. IV. Hasilnya. e. motivasi dalaman pekerja itu sendiri. tidak. II. III. Menentukan samada hubungan antara pekerja dan pemimpin baik atau tidak. kuasa dan pencapaian yang baik. Teori keperluan David McClelland (1961) menyatakan tiga jenis keperluan motivasi iaitu sekutu. f. bertanggungjawab dan kurang rasa tidak puas hati sewaktu bekerja. I.d.

. Berterusan memperbaiki diri sendiri dan tidak pernah puas. Golongan ini menghindari perkara yang mempunyai peluang untuk gagal. Golongan pertama. individu yang mahukan kuasa untuk mengawal orang lain demi kepentingan sendiri dan juga kebaikan sesuatu yang lebih besar. Golongan ketiga. kuasa dan pencapaian yang baik. 2. V. Pencapaian objektif lebih penting daripada ganjaran II. Kepuasan diri lebih bermakna dari pujian orang lain III. Ciri-ciri yang mengamalkan teori ini adalah: I. sekutu di mana golongan ini menjaga hubungan dengan orang lain dan cuba meminta persetujuan dari pujian dari orang lain. Terdapat tiga teori yang dibincangkan oleh David McClelland dalam kajian beliau iaitu sekutu. di mana matlamat mampu dicapai walaupun sukar. orang yang mementingkan pencapaian sentiasa cuba untuk memperbaiki diri dan mengekalkan momentum tersebut. mencabar diri untuk VI. 3.1. IV. Golongan kedua. Mementingkan tanggungjawab dan mencapai sesuatu yang lebih hebat. 4. 5. Ganjaran wang dianggap sebagai pengukur kejayaan bukan matlamat akhir. Rasional dalam menetapkan matlamat.

2. Teori yang membincangkan kesamarataan dan kewajaran yang diamalkan dalam sesebuah organisasi mencetuskan motivasi yang tinggi di dalam diri individu. Teori kesamaan diasaskan oleh John Stacey Adam seorang ahli psikolgi yang mempunyai persamaan dengan Teori Maslow dan Teori Herzberg berkaitan motivasi dalam sesebuah organisasi.Teori Kesamaan (equity) John Stacey Adam (1963) menyatakan pekerja berusaha untuk mempertahankan ekuiti antara input (kerja yang dilakukan) dan (output) hasil yang mereka terima hasil dari usaha mereka. Input (kerja) Proses Output (hasil) Usaha Kerja keras toleransi Pekerja perlu merasakan sumbangan mereka seimbang di antara input dan output Gaji Pencen Pujian dan terima kasih . 1.

maka akan wujud persekitaran kerja yang kurang menyenangkan di kalangan individu berkenaan. . Jika timbul rasa ketidakpuasan hati. Teori hala tuju ini merumus kepada kesanggupan untuk mencapai hala tuju yang ditetapkan di dalam sesebuah organisasi ialah motivasi kerja. 2. Apabila individu merasakan input (kerja yang dilakukan) seimbang dengan output (hasil yang diperolehi). Teori Hala Tuju (goal setting) Edwin Locke (1960) menyatakan tugasan yang spesifik dan mencabar beserta respon yang positif akan menyumbang kepada hasil kerja yang baik.3. 4. individu akan gembira dan motivasi dalam melakukan pekerjaan mereka.

Teori hala tuju meningkatkan motivasi pekerja untuk mengambil bahagian dan diguna pakai dalam sesebuah oraganisasi. 5. Mempunyai tarikh akhir supaya kerja dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Hala tuju yang ditetapkan boleh diukur supaya mencapai objektif. Hala tuju yang ditetapkan jelas dan spesifik. Cara penetapan matlamat dalam teori hala tuju: Bil 1 2 3 4 Aspek Keputusan sehala Spesifik Boleh diukur Tarikh akhir Ciri-ciri Penetapan satu hala tuju sahaja yang perlu dicapai pekerja. . 4. Hala tuju yang ditetapkan perlu realistik dan mencabar diikuti ganjaran yang setimpal menyumbang kepada hasil kerja yang memuaskan. 3.Matlamat yang jelas dan spesifik membantu dalam mencapai objektif yang ditetapkan sesebuah organisasi. 6.

Meningkatkan motivasi pekerja dan usaha serta meningkatkan kualiti kerja individu yang terlibat. . b. b.7. Matlamat tidak tercapai jika pekerja kurang ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam melakukan tugasan yang diberikan. Menggalakkan pekerja menyiapkan tugasan dengan cepat dan efektif melalui insentif yang diberikan. Tiada bukti yang menunjukkan teori hala tuju meningkatkan kepuasan bekerja. Kelemahan teori hala tuju: a. Kelebihan teori hala tuju: a. 8.

1. . Teori peneguhan atau dikenali teori pengubahsuaian tingkah laku menjelaskan individu akan mengulang perlakuan yang digemari dan menjauhi perbuatan yang tidak disukai.Teori Peneguhan (Reinforcement) Burrhus Frederic Skinner (1969) menyatakan teori peneguhan ialah perubahan tingkah laku individu berdasarkan sesuatu yang digemari atau bermakna kepada diri individu terbabit.

motivasi ditingkatkan dengan cara pujian dan galakan. Pekerja dihukum apabila melanggar undang-undang atau melakukan sesuatu kesilapan. Bil 1 2 3 4 Kaedah Positif Negatif Hukuman Pengurangan Ciri-ciri Meningkatkan motivasi pekerja dengan cara pujian. Teori peneguhan menjelaskan empat situasi digunakan dalam organisasi yang dapat meningkatkan motivasi pekerja. kenaikan gaji dan lain-lain Apabila pekerja berhenti melakukan kesilapan.2. Mengurangkan kesilapan yang dilakukan individu dalam sesebuah organisi .

Ganjaran bermakna diubah Usaha yang benar-benar mendatangkan impak dalam sesebuah organisasi layak diberikan ganjaran. kepada Teori Motivasi Efektif 1. teori hala tuju dan banyak lagi. Pemimpin yang baik boleh menggunakan semua teori yang difikirkan sesuai seperti teori Maslow. Sentiasa individu. Teori pengubahsuaian berdasarkan: kelakuan dapat meningkatkan motivasi pekerja Bil 1 Ciri-ciri Penetapan yang jelas Ganjaran Kriteria objektif Pekerja memahami objektif yang telah ditetapkan dalam sesebuah organisasi dan mencapai objektif tersebut. Ganjaran yang ditawarkan objektif yang ditetapkan. sesuai dengan mengikut 2 3 4 Cara pengubahsuaian Penerapan teori yang kelakuan kesesuaian individu. 2. . Pemimpin yang baik tidak akan menggunakan teori yang telah dibincangkan sebaliknya menggunakan kaedah sendiri untuk meningkatkan motivasi pekerja. positif dalam menilai seseorang peningkatan 5 6 Positif Pujian Pujian menyumbang motivasi pekerja.3.

Noe. Strategic Management: Concepts and Cases. david. Pengajian Perniagaan Kertas Satu. 3. 2. Quality of Work Life. Profits (2nd Edition). Human Resources Management (9th Edition) Pearson Education International 6. 4. B. “Managing Human Resources : Productivity. Pemimpin yang fleksibel mampu meningkatkan motivasi pekerja dan memimpin sesebuah organisasi dengan baik. Dumaine. South Carolina.Goal Seeking Achievers . Bibliografi: 1.com/?expert=Stephen_Warrilow 7. (10th Edition) Francis Marion University. (1989). Robert M.com/editorials/6-24-2006-100325. R. Fred r. What is leaders of tomorrow see. Pearson Education International. Mokhtar Pet Mohd Asri Norazman (2010). Wayne Mondy.asp . W.Key to a Change Initiative http://EzineArticles.Cascio.3. 4.buzzle. Florence. Equity Theory And Employee Motivation http://www. Seorang ketua atau pemimpin perlulah bijak dalam membuat keputusan bagi meningkatkan motivasi individu dalam sesebuah organisasi. New York : McGraw-Hill Publishing Co. Acquired Needs Theory . (1989). Oxford Fajar Bakti 5.F. Fortune.

org/wiki/definasi_motivasi 12. Skinner ISI KANDUNGAN Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 Gaya kepimpinan Kajian gaya kepimpinan Ciri pemimpin berjaya Perbezaaan pemimpin dan pengurus Pengertian motivasi Proses motivasi Teori motivasi Bibliografi Kandungan Muka surat 1–2 3–5 5 6 7 8 10 – 17 18 .com/reinforcement-theory-motivation.net/business/people/motivation_theory_maslow.8.htm 11. Wikipedia Bahasa Melayu. Herzberg's Motivation-Hygiene Theory(Two Factor Theory) www. Motivation in theory ._F.asp 10 .com/mgmt/ob/motivation/herzberg 9.org/wiki/B.( 2009) `definasi motivasi’ http://ms. the free encyclopedia (2010) “B F Skinner” http://en.managementstudyguide. Reinforcement Theory of Motivation http://www.wikipedia. ensiklopedia bebas.maslow's hierarchy of needs http://tutor2u.wikipedia.netmba. Wikipedia.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->