You are on page 1of 7

Novel 6.

20- Tema dan Persoalan


Nota daripada BPK Tema Novel ini membawa tema perjuangan golongan muda dalam menentang anasir-anasir barat yang mempengaruhi jiwa mereka. Perjuangan ini diwakili oleh Sukma, Rafiq dan Teja yang berusaha gigih untuk menyelamatkan golongan remaja (pelajar sekolah menengah dan universiti) daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiran barat yang menuntut kebebasan hidup seperti menganggotai kumpulan black metal yang telah dilakukan oleh Jerry.

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya; i. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya. Contoh: Ibu Sukma berasa sangat bimbang apabila Sukma ingin berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri di hadapan rumahnya pada jam 6:20 kerana baginya tindakan Sukma akan membawa bahaya kepada dirinya. ii. Konflik dalam keluarga. Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang berlaku antara ibu dengan Sukma. Ibu beranggapan Sukma mengalami tekanan perasaan dan telah membelikannya sebuah buku untuk mengurangkan masalahnya. iii. Tanggungjawab seorang sahabat. Contoh: Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu segala maklumat kelab WX2 walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya terancam. iv. Berani menegakkan kebenaran Contoh: Sukma,Teja dan Rafi berusaha mencari lebih banyak bahan bukti dan maklumat berkaitan kelab WX2. Sukma sanggup pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk mengetahui keadaan sebenar kelab tersebut. v. Menunaikan ketaatan terhadap perintah Tuhan. Contoh: Tuan Haji Syaqir dan Sukma tidak lupa menunaikan solat walaupun mereka sibuk dengan urusan masing-masing. vi. Prihatin terhadap masalah orang lain. Contoh: Tuan Haji Syaqir berusaha mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan merawat penyakit kulit Ehsan. vii. Remaja yang mudah terpengaruh. Contoh: Iskandar, Jerry dan Reny menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran barat.

NILAI DAN PENGAJARAN

i. Nilai kasih sayang Contoh: Ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan. ii. Nilai prihatin Contoh: Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan.

iii. Nilai setiakawan Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat. iv. Nilai tanggungjawab Contoh: Sukma masih lagi sempat mengikuti kuliah dan mengadakan perbincangan kumpulan walaupun dia dibelenggui dengan pelbagai persoalan tetamu misteri. v. Nilai saling menghormati Contoh; Ibu Sukma menyuruhnya menyediakan minuman kepada kawan-kawan Sukma ketika mereka berkunjung ke rumahnya. vi. Nilai kejujuran Contoh; Reny berterus-terang kepada Sukma bahawa dia mengenali Sukma daripada Iskandar dan mempunyai hubungan yang lebih daripada seorang kawan dengan Iskandar. vii. Nilai pengorbanan Contoh: Jerry sanggup memberi maklumat kepada pihak polis walaupun nyawanya terancam. viii. Nilai patriotik Contoh: Sukma dan Kak Ros saling membantu untuk membanteras ahli kumpulan WX2 yang akan menggugat keamanan negara. ix. Nilai keimanan Contoh: Sukma dan Hj Syaqir taat menunaikan kewajipan solat sebagai umat Islam. x. Nilai kecintaan Contoh: Sukma, Reny dan Kumpulan Waris Cinta melibatkan diri dalam seni tarian tradisi walaupun mereka merupakan golongan remaja. xi. Nilai kerjasama Contoh: Sukma, Rafiq, Iskandar, Jerry dan Kak Ros saling bekerjasama untuk membanteras ahli kumpulan WX2.

xii. Nilai rasional Contoh: Sukma berfikiran rasional walaupun Iskandar cuba mempengaruhinya tentang kegiatan Kelab WX2.

i. Kita hendaklah menghormati golongan yang lebih tua daripada kita Contoh: Sukma menghormati ibunya dengan tidak pergi menemui tetamu-tetamu misteri yang berkunjung ke rumahnya apabila dia ditegah oleh ibunya kerana bimbang akan keselamatannya. ii. Kita tidak harus mudah terpengaruh oleh anasir luar Contoh: Sukma dan Rafiq mampu menangkis pengaruh pemikiran barat meskipun rakan-rakannya sendiri telah terlibat dengan kumpulan WX2. Contoh: Ibu bapa hendaklah memberi peluang kepada anak-anak membuat pilihan dalam kehidupan mereka Contoh: Ibu bapa Jerry seharusnya memberi peluang kepadanya untuk menentukan pilihan hidupnya tetapi mereka berhak untuk memberi panduan dan nasihat. iii. Seorang sahabat hendaklah mempunyai sikap setiakawan Contoh: Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat. iv. Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik terhadap tanah air sendiri Contoh: Rafiq masih kekal dengan budaya dan cara hidup Melayu meskipun dia dibesarkan di luar negara. v. Kita mestilah bertanggungjawab melaksanakan amanah Contoh; Tuan Haji Syaqir bertanggungjawab melaksanakan tugasnya sebagai pengerusi jawatankuasa di kampungnya. vi. Kita hendaklah menunaikan kewajipan sebagai umat Islam Contoh: Haji Syaqir dan Sukma tidak culas menunaikan tanggungjawab mereka sebagai umat Islam. vii. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan cabaran Contoh: Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untuk menyara kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambah lagi ibu Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim. viii. Rakyat hendaklah sanggup berkorban demi kedaulatan negara Contoh: Ibu Sukma sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan golongan muda daripada terus terjerumus dalam pemikiran barat yang menggugat keamanan negara.

Watak Utama

Nur Sukma i. Anak perempuan tunggal pasangan Tuan Haji Syaqir dan Puan Delia yang berusia 19 tahun. ii. Penuntut Jurusan Sains dan Falsafah di sebuah institusi pengajian tinggi awam. iii. Seorang guru tarian zapin (Pada masa lapang, Sukma mengajar budak-budak berumur lima hingga dua belas tahun di kawasan perumahan tempat tinggalnya). iv. Seorang yang bersimpati terhadap orang lain (Sukma berasa simpati kepada wanita tua yang berada di luar pagar rumahnya). v. Seorang yang taat kepada perintah ibu (Sukma menurut perintah ibunya yang melarangnya daripada berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri yang berada di luar rumahnya). vi. Seorang yang merendah diri (Sukma memohon maaf kepada ibunya setelah dia berlaku kasar terhadap ibunya). vii. Seorang yang taat kepada perintah Tuhan (Walaupun sibuk dengan urusan harian, Sukma tetap menunaikan solat setiap waktu). viii. Seorang yang berani (Sukma pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk melihat keadaan sebenar kelab tersebut). ix. Seorang yang memiliki sifat setiakawan (Sukma sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baiknya iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pengaruh pemikiran barat). x. Seorang yang degil (Sukma tidak mahu mendengar arahan ayahnya supaya menunggu di dalam kereta ketika operasi dijalankan). xi. Seorang yang baik hati (Sukma mengambil makanan untuk Aim yang lapar ketika Aim datang ke rumahnya). xii. Seorang yang gigih berusaha (Sukma tidak berputus asa untuk mencari bukti dan maklumat berkaitan Kelab WX2). xiii. Seorang yang prejudis (Sukma berburuk sangka terhadap tingkah laku ibunya).

Watak Sampingan

Puan Delia i. Ibu Sukma dan isteri kepada Tuan Haji Syaqir. ii. Seorang yang berhati-hati (Ibu Sukma melarang Sukma daripada berjumpa dengan wanita tua, kanakkanak dan lelaki muda di hadapan pagar rumahnya). iii. Seorang yang menghormati tetamu (Puan Delia menyuruh Sukma menyediakan kuih dan air kepada Rafiq). iv. Pernah bekerja di sebuah syarikat besar. v. Berdisiplin, amanah, baik hati dan cantik. vi. Seorang yang penyayang (ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan). vii. Penghidap penyakit darah tinggi (Doktor menasihati ibu agar berehat di rumah). viii. Seorang perisik (Puan Delia menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan tersebut).

Tuan Haji Syaqir i. Seorang yang bertanggungjawab (Tuan Haji Syaqir melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pengerusi jawatankuasa kampung dengan penuh amanah). ii. Seorang yang prihatin (Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan). iii. Seorang yang taat kepada perintah Tuhan (Walaupun sibuk dengan urusan harian, Tuan Haji Syaqir tetap menunaikan solat setiap waktu). iv. Seorang yang berjasa kepada rakyat (Beliau dihormati oleh masyarakat sekeliling kerana jasanya terhadap mereka). v. Seorang yang tidak emosional (Beliau sentiasa tenang dalam menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku antara Sukma dengan Puan Delia). vi. Seorang yang bertolak ansur (Beliau tidak memarahi Sukma apabila mengetahui bahawa Sukma pergi ke Kelab WX2 seorang diri). vii. Seorang yang pandai memujuk (Beliau menyuruh Sukma agar memohon maaf kepada ibunya dengan segera setelah Sukma berlaku kasar dengan ibunya).

Teja i. Seorang mahasiswa di institut pengajian tinggi awam. ii. Teman karib kepada Sukma sejak berusia tiga belas tahun. iii. Seorang yang sedikit nakal dan gila-gila bahasa. iv. Seorang yang mempunyai semangat setiakawan yang tinggi (Teja sentiasa berusaha membantu rakan-rakannya). v. Sahabat yang prihatin terhadap masalah yang dihadapi sahabatnya (Teja membantu Jerry yang bermasalah). vi. Seorang anak yang taat terhadap kedua-dua ibu bapanya (Teja mengikut arahan ibunya yang menyuruhnya pulang ke rumah).

Reny i. Berketurunan Iban. ii. Seorang penari dari Kumpulan Waris Cinta. iii. Mahir segala jenis tarian tradisional. iv. Tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. v. Menimba ilmu hanya melalui pembacaan. vi. Seorang yang lemah-lembut dan berbudi bahasa (Reny memohon maaf kepada Sukma kerana tidak memberitahu tentang penglibatannya dalam Kelab WX2). vii. Seorang anak yang rajin (Reny rajin membantu keluarganya). viii. Terlibat dengan kumpulan WX2. Jerry i. Sahabat kepada Sukma dan berusia 19 tahun. ii. Ayahnya pernah bekerja dengan ayah Sukma. iii. Taat kepada kedua-dua ibu bapanya (Jerry mengikut arahan ayahnya untuk berpindah). iv. Hidupnya diatur oleh kedua-dua ibu bapanya (Jerry tidak diberi pilihan atau kebebasan dalam menentukan hidupnya). v. Seorang pemuda yang ingin mencari kebebasan (Jerry sering berkunjung ke Kelab WX2 dan ruang sepi). vi. Seorang lelaki yang baik dan boleh dipercayai (Jerry berterus terang tentang Kelab WX2 dan sedia

bekerjasama dengan polis). vii. Terlibat dengan kumpulan WX2. Iskandar i. Sahabat kepada Sukma sejak bersekolah menengah. ii. Tertarik kepada Sukma. iii. Gemar memberontak dan pesimistik (Iskandar suka melihat sesuatu dari sudut yang songsang). iv. Seorang lelaki yang ego (Iskandar suka merendahkan orang lain). v. Bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukan (Iskandar insaf tentang keterlanjurannya ketika menganggotai Kelab WX2). vi. Boleh bekerjasama dalam mengatasi kumpulan WX2. Kak Ros i. Jiran kepada keluarga Sukma. ii. Seorang Inspektor Polis yang berusia lingkungan 30-an. iii. Hidup bersendirian tanpa kedua-dua ibu bapanya. iv. Seorang yang cekal dan tabah (Kak Ros hidup sebatang kara setelah kematian kedua-dua orang tuanya). v. Berani menjalankan tugas (Kak Ros menyiasat tentang kegiatan Kelab WX2). vi. Sayang akan Sukma seperti adiknya sendiri (Kak Ros menasihati Sukma supaya sentiasa berhatihati). vii. Mengambil berat tentang Sukma (Kak Ros berusaha membantu Sukma).

Rafiq i. Berasal dari Washington. ii. Pelajar cemerlang dari Amerika. iii. Seorang lelaki yang baik hati. iv. Seorang yang mudah dibawa berbincang. v. Merupakan pelajar baharu di universiti yang sama dengan Sukma. vi. Tertarik kepada Sukma. vii. Seorang yang berperwatakan sederhana dan merendah diri (Rafiq sentiasa merendah diri walaupun dia pelajar cemerlang). viii. Seorang lelaki yang menyenangkan dan berwajah cerah. ix. Mengikut ayahnya berpindah ke Malaysia. x. Mempunyai semangat setiakawan (Rafiq sentiasa membantu Sukma mahupun Jerry yang bermasalah). Wanita Tua/Nenek i. Seorang wanita tua yang berdikari (Nenek hidup sendiri bersama-sama cucunya, Aim). ii. Sayang akan cucunya. iii. Bidan kepada ibu Sukma. iv. Pernah mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga Sukma (Nenek menjadi bidan dan pengasuh Sukma). v. Mempunyai seorang anak lelaki yang telah meninggal dunia. vi. Menjual buah-buahan di pasar untuk menyara kehidupannya. vii. Seorang yang tabah (Nenek membesarkan cucunya seorang diri setelah kematian anak lelakinya) viii. Seorang yang berperanan penting dalam mempengaruhi pandangan Sukma terhadap ibunya.

Abang Aim i. Seorang yang kurus, badannya melengkung , berkulit gelap dan lemah. ii. Seorang penghidap AIDS. iii. Pernah bekerja dengan ayah Rafiq di ladang. iv. Bekas ahli kumpulan WX2. v. Tinggal di belakang rumah Tok Siak. vi. Menceritakan tentang pergerakan kumpulan WX2 yang menggunakan Pati1 dan dadah untuk mempengaruhi pengikut mereka.

Aim kecil i. Anak yatim piatu yang baru berusia lima tahun. ii. Tinggal bersama dengan neneknya sejak berusia dua tahun. iii. Matang walaupun masih kecil. iv. Muncul di rumah Sukma pada 6.20 pagi. v. Gemar makan roti. vi. Mendengar kata (Aim sentiasa patuh akan nasihat nenek). vii. Sayang akan neneknya.

13. Su Ani i. Ibu saudara Teja. ii. Pemilik Kafe Flora. iii. Berkahwin dengan Su Rawi. iv. Seorang yang pemurah (Su Ani selalu meraikan Teja dan rakan-rakannya). v. Seorang yang baik hati (Su Ani mengajak Sukma dan rakan-rakannya makan di kafenya walaupun baharu mengenali mereka). vi. Mesra dengan kanak-kanak.

Pak Rashid i. Pemandu kepada ayah Sukma selama 6 tahun. ii. Berpakaian kemas berbaju kemeja putih dan berseluar hitam. iii. Seorang yang pandai menyimpan rahsia (Pak Rashid merahsiakan aktiviti ibu Sukma). iv. Prihatin terhadap Sukma (Pak Rashid bimbang akan Sukma yang sentiasa keresahan). v. Seorang yang baik hati (Pak Rashid sentiasa menawarkan tenaganya untuk membantu Sukma).

You might also like